Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DI RAJA SEKOLAH RENDAH 2013

PERINGKAT ZON PUDU


TEKS PIDATO PESERTA KE-4
TAJUK: BERBUDI BAHASA BUDAYA KITA
Bismillahirrahmanirrahim.
Budi bahasa indah nan santun,
Mekar megah di pentas dunia,
Jari sepuluh kemas ku susun,
Mohon bicara menyusun kata.
Assalamualaikum wrt. salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Salam aspirasi saudara/i pengatur majlis, barisan panel hakim yang
arif lagi bijaksana , guru-guru penuh berkarisma seterusnya rakan-rakan yang
sentiasa celik akal minda dan penerus wadah tonggak negara.
Sebelum hujah-hujah saya utarakan, izinkan saya mengupas intipati maksud
pidato saya yang bertajuk BERBUDI BAHASA BUDAYA KITA.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, budi ditakrifkan sebagai akal,
kebijaksanaaan atau sifat baik.
Perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan
yang diberikan kepada individu yang lain. Lazimnya, orang yang menaburkan
budi tidak mengharapkan balasan. Budi atau sumbangan itu baik dari segi
tenaga atau material, mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkati Allah SWT.
Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang
diterima, memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.
Manakala buda ya pula ialah cara hidup manusia.
Sidang Dewan yang dihormati,
Kututup rapat pintu definisi, kubuka pula maksud isi.
Jinak sungguh burung merpati,
Terbang rendah hala ke desa,
Molek pekerti cerminan hati,
Indah bahasa budaya bangsa.
Bicara saya yang pertama berteraskan kata kunci; budi bahasa bermula dari
rumah. Keluarga memainkan peranan penting dalam memupuk dan mendidik
setiap ahli keluarganya mengenai perkara asas berbudi bahasa dan nilai-nilai
murni. Seperti kata pepatah melayu, jika mahu melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Selain itu ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh teladan yang

baik. Jangan seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Berbudi bahasa
adalah budaya kita yang menjadikan seseorang itu berhemah tinggi, lebih
bertanggungjawab, berfikiran luas dan terbuka.
Menyusul pula gagasan kedua di bawah kata kunci; budi bahasa amalan kita.
Selain memberi senyuman dan ucapan salam, amalan hormat-menghormati
antara satu sama lain juga amatlah dianjurkan. Amalan ini dapat menjalinkan
kemesraan dan seterusnya merapatkan hubungan masyarakat majmuk di
negara ini. Apatah lagi jika penghormatan itu diberikan kepada orang tua tidak
kira di mana-mana sahaja kita berada. Bukankah pepatah ada menyebut
bahawa yang muda kita kasihi manakala yang tua harus kita hormati?
Sekiranya amalan ini dapat dipraktikkan, ianya dapat menjaga keharmonian
hidup bermasyarakat. Ia mewujudkan perpaduan berbilang kaum di negara kita.
Ini dapat membantu mening meluncur turun; menggelongsor.katkan ekonomi
negara kita kerana bila negara aman ramai pelabur asing akan datang melabur
di negara kita.
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Menyusuri pula idea ketiga di bawah kata kunci; budi bahasa penentu bangsa
gemilang. Bangsa yang baik budi pekertinya akan dipandang mulia tetapi
bangsa yang buruk pekertinya akan sentiasa berada dalam kerendahan biarpun
dilimpahi dengan kemewahan. Ini kerana kemuliaan sesuatu bangsa itu kekal
selagi mewarisi akhlak dan budi pekerti yang mulia. Lihatlah masyarakat Jepun
yang terkenal dengan budi bahasa yang tinggi telah menjadi bangsa yang maju
di dunia, sehinggakan kerajaan kita telah mengerakkan Dasar Pandang ke
Timur.
Amalan budi bahasa yang cemerlang boleh meningkatkan
kecemerlangan sesuatu bangsa.
Sidang pendengar yang budiman,
Menelusi hujah saya yang keempat; anak-anak pewaris generasi berbudi
bahasa. Anak-anak juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapanya
seperti menghormati dan mentaati perintah ibu bapa. Maruah ibu bapa perlu
dijaga; Janganlah menconteng arang ke muka ibu bapa.
Yang tua kita hormati
Yang muda kita kasihi
Budi bahasa kita sanjungi
Keluarga bahagia kekal harmoni.
Warga dewan yang dihormati,
Secara tuntas, amalan berbudi bahasa bukan bersifat sementara atau hangathangat tahi ayam. Sebaliknya budi bahasa adalah warisan bagi pelajar dan
wajib ada pada semua individu. Amalan ini harus menjadi paksi kehidupan kita

yang mesti diteruskan kerana ia merupakan nilai murni yang telah kita warisi
sejak turun-temurun dan menjadi budaya kita. Bak kata pepatah hidup
dikandung adat mati dikandung tanah.
Akhir kata,
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di pulau angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Sekian Wabillahi Taufiq wal Hidayah, Assalamualaikum w.b.tuh

Anda mungkin juga menyukai