Anda di halaman 1dari 3

MODUL TB 5 - kesalahan tb

Latihan 13
Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan
bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Ketika kami melalui di kawasan yang gelap lagi sunyi itu bulu roma kami mulai menegang lalu
menyebabkan kami mempercepat langkahan kaki.
(ii) Longgokan kayu-kayu yang belum diangkat lagi itu mengganggu kenderaan yang bermundarmandir dari kampung itu ke pekan.
(iii) Pada masa inilah kita harus buktikan kemampuan kita merealisasikan niat menjadi negara maju.
[ 6 markah ]
Jawapan
(iv) Ketika kami melalui / lalu di kawasan yang gelap lagi sunyi itu bulu roma kami mulai meremang
lalu menyebabkan kami mempercepat langkahan kaki.
(v) Longgokan kayu/kayu-kayu yang belum diangkat lagi itu mengganggu kenderaan yang lalu-lalang
dari kampung itu ke pekan.
(vi) Pada masa inilah harus kita buktikan kemampuan kita merealisasikan hasrat menjadi negara
maju.
Latihan 14
Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan
bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatan diminta melihat kegiatan penjual cakera padat haram
yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
(ii) Ulasan saya tentang kesilapan tatabahasa itu tidak bertujuan untuk menghina penulis tetapi
sekadar memberikan pandangan personaliti.
(iii) Kerajaan telah beberapa kali menjalankan program pemasukan nilai-nilai murni selain
mengingatkan para pelajar di negara ini supaya menjauhi diri daripada bahaya dadah .
[ 6 markah ]
Jawapan
(i) Pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatan diminta melihat kegiatan penjual cakera padat haram
yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
(ii) Ulasan saya tentang kesilapan tatabahasa itu tidak bertujuan untuk
menghina penulis tetapi sekadar memberikan pandangan peribadi.
(iii) Kerajaan telah beberapa kali menjalankan program penerapan nilai-nilai murni selain
mengingatkan para pelajar di negara ini supaya menjauhkan diri daripada bahaya dadah .
Latihan 15
Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan
bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Pegawai istana memberitahu kepada saya bahawa seluruh kaum kerabat turut serta mengiringi
jenazah almarhum untuk dikebumikan.
(ii) Ramai rupa baharu telah diperkenalkan oleh parti-parti yang bertanding di dalam pilihan raya kali
ini bagi menggantikan mereka yang telah digugurkan.
(iii) Encik Ujang memperisteri anaknya dengan seorang budayawan yang terkenal dalam arena politik
negara.
[ 6 markah ]
Jawapan

(iv) Pegawai istana memberitahu saya bahawa seluruh kaum kerabat turut serta mengiringi jenazah
almarhum untuk dimakamkan.
(v) Ramai muka/tokoh baharu telah diperkenalkan oleh parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya
kali ini bagi menggantikan mereka yang telah digugurkan.
(vi) Encik Ujang memperisterikan anaknya dengan seorang negarawan yang terkenal dalam arena
politik negara.
Latihan 16
Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan
bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Golongan pemulihara alam menentang pengeluaran pakaian yang diperbuat dari bulu binatang.
(ii) Ketika berkhemah bersama anggota kadet di kawasan hutan itu, hanya telefon tangan yang
menjadi penghubung antara dia dengan keluarganya.
(iii) Yang Berusaha wakil rakyat itu sudi merakamkan kata aluan dalam buku cenderamata sempena
program Kembara Bahasa.
[ 6 markah ]
Latihan 16
(i) Golongan pencinta alam menentang pengeluaran pakaian yang diperbuat daripada bulu binatang.
(ii) Ketika berkhemah bersama-sama anggota kadet di kawasan hutan itu, hanya telefon bimbit yang
menjadi penghubung antara dia dengan keluarganya.
(iii) Yang Berhormat wakil rakyat itu sudi merakamkan kata alu-aluan dalam buku cenderamata
sempena program Kembara Bahasa.
Latihan 17
Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan
bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Keluarga David tidak boleh mendiami di rumah itu lagi setelah rumahnya hancur akibat ribut.
(ii) Demi untuk menegakkan keadilan, Noor Linda telah membawa kes kecurian kepada
pemberitahuan Tok Penghulu.
(iii) Walau apa rintangan, saya tetap akan menggandingkan anak saya dengan wanita itu.
[ 6 markah ]
Jawapan
(i) Keluarga David tidak boleh mendiami di rumah itu lagi setelah rumahnya musnah akibat ribut.
(ii) Demi untuk menegakkan keadilan, Noor Linda telah membawa kes kecurian kepada
pemberitahuan Tok Penghulu.
(iii) Walau apa rintangan, saya tetap akan menikahkan anak saya dengan wanita itu.
Latihan 18
Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan bahasa.
Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat itu tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
(i) Orang yang rajin berusaha kebanyakannya merupakan orang yang tidak memahami erti kecewa
dan hampa di dalam mencapai segala khayalannya.
(ii) Bapa dia seorang pakar masakan yang terkenal di luar negara dan kini telah kembali ke tanah air
untuk berkhidmat ke sebuah hotel terkenal sebagai pengurus makanan.
(iii) Kebanyakan pelajar-pelajar 5 Bestari bukan menyiapkan latihan yang diberikan oleh Cikgu Halim.
Jawapan
(i) Orang yang rajin berusaha kebanyakannya merupakan orang yang tidak memahami erti kecewa
dan hampa di dalam mencapai segal impiannya.
(ii) Bapanya seorang pakar masakan yang terkenal di luar negara dan kini telah kembali ke tanah air
untuk berkhidmat di sebuah hotel terkenal sebagai pengurus makanan.
(iii) Kebanyakan pelajar / pelajar-pelajar 5 Bestari tidak menyiapkan latihan yang diberikan oleh Cikgu
Halim.

Latihan 19
Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan bahasa.
Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat itu tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
(i) Ibu menyediakan abang sarapan pagi dan makan tengah hari setiap hari oleh kerana di tempat
kerja abang tidak ada kedai minum.
(ii) Semasa mereka berkelah di Tasik Kenyir seminggu yang lalu, mereka terpaksa duduk berlapikkan
dengan tikar plastik kerana tiada bangku disediakan untuk kemudahan ramai orang yang datang
berkunjung ke tasik tersebut.
(iii) Daripada sini kamu hendaklah memusing ke kiri atau kanan untuk mencari nota rahsia,
seterusnya ikutlah arahan yang diberikan sehinggalah kamu sampai di destinasi yang dicurahkan.
Jawapan
(i) Ibu menyediakan abang sarapan pagi dan makan tengah hari setiap hari oleh sebab di tempat
kerja abang tidak ada kedai makan.
(ii) Semasa mereka berkelah di Tasik Kenyir seminggu yang lalu, mereka terpaksa duduk berlapikkan
dengan tikar plastik kerana tiada bangku disediakan untuk kemudahan ramai orang yang datang
berkunjung ke tasik tersebut.
(iii) Daripada sini kamu hendaklah memusing ke kiri atau ke kanan untuk mencari nota rahsia,
seterusnya ikutlah arahan yang diberikan sehinggalah kamu sampai di destinasi yang dicurahkan.
Latihan 20
i. Penggunaan kad kredit yang tidak terjaga akan mendatangkan pelbagai masalah pada pemiliknya.
ii. Aplikasi komputer telah memudahkan urusan di bidang pentadbiran dan penyelerasan mata wang.
iii. Pihak polis diarahkan agar supaya tidak memberikan muka kepada pemandu-pemandu yang
melanggar sekatan jalan raya.
Jawapan
i. Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan mendatangkan pelbagai masalah kepada
pemiliknya.
ii. Aplikasi komputer telah memudahkan urusan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan mata
wang.
iii. Pihak polis diarahkan agar / supaya tidak memberikan muka kepada pemandu-pemandu yang
melanggar peraturan jalan raya.