Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN FAKTA : CARA-CARA MENGHARGAI GURU

Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar supaya menjadi


insan yang berguna kepada bangsa dan negara. Guru juga ibarat ibu bapa
kedua kepada pelajar kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah.
Oleh itu, sebagai murid kita sewajarnya menghargai guru. Terdapat banyak
cara untuk menghargai guru kita.
Antara cara untuk menghargai jasa guru ialah dengan menghormati
mereka. Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kita.
Mereka mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna. Contohnya, kita
boleh mengucapkan salam apabila berjumpa dengan guru. Kita juga tidak
boleh sombong terhadap guru.
Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja
sekolah mereka. Guru memberikan kerja sekolah bukannya untuk
membebankan pelajar, sebaliknya sebagai latihan tambahan atau
pengukuhan di rumah. Oleh itu, kita mesti menghantar kerja sekolah
mengikut masa yang ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam latihan, guru
akan membetulkannya. Ini pastinya dapat membantu pelajar untuk
membuat pembetulan.
Kita juga boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di
sekolah. Disiplin sangat penting untuk menjadi pelajar yang berjaya dalam
pelajaran. Contohnya, kita perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat
dalam kes-kes buli, gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah, dan lainlain.
Pelajar boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru. Pelajar
boleh membantu guru dengan membawakan buku-buku guru ke bilik guru.
Mereka juga boleh memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan hari
guru pada 16Mei.
Pelajar boleh menghargai guru dengan mengenang jasa guru. Hal ini
disebabkan guru telah banyak berjasa. Contohnya, kita boleh memberikan
hadiah kepada guru semasa sambutan Hari Guru pada 16 Mei.Kita juga perlu
menunjukkan kasih sayang kepada guru. Kita bolehlah menziarahi guru
ketika mereka sakit. Dengan ini guru akan berasa gembira dan bangga
terhadap pelajarnya.
Sesungguhnya, guru ibarat lilin yang sanggup menerangi orang lain.
Oleh itu, setiap pelajar perlu menghargai guru. Ini kerana, jasa guru tidak
ternilai harganya dalam melahirkan insan-insan yang berjaya, cemerlang dan
gemilang.

Anda mungkin juga menyukai