Anda di halaman 1dari 10

Ludwig Van Beethoven (1770-1827)

Beethoven adalah seorang composer muzik Jerman yang menciptakan


muzik yang menarik dan dramatis.Ludwig Van Beethoven ( 17
Disember 1770 26 Mac 1827) seorang penggubah Jerman dan juga
seorang tokoh unggul dalam sejarah muzik klasikal. Beliau juga
merupakan seorang ahli muzik terpenting dalam tempoh peralihan
antara muzik era klasikal dan muzik era romantis di dalam muzik
barat. Muzik dan reputasinya banyak memberi inspirasi dan juga
memberi tekanan dan cabaran kepada ramai penggubah-penggubah
untuk generasi-generasi berikutnya, begitu juga kepada ahliahli muzik dan para pendengar. Walaupun beliau pada hari ini dikenali
sebagai seorang penggubah, Beethoven adalah juga seorang pemain
piano yang dikagumi.Beethoven juga seorang penggubah bebas
pertama dengan membuat penggubahan muzik untuk konsert-konsert,
menjual gubahanmuziknya untuk penerbit-penerbit dan mendapat
bantuan kewangan daripada sebilangan pelanggan-pelanggan kaya.
Beliau memilih kerja bebas daripada mencari pekerjaan tetap di
gereja atau tempat bangsawan sepertimana pemuzik atau penggubah
lain.

Wolfgang Amadeus Mozart (1756-1791)

Wolfgang Amadeus Mozart menghasilkan simfoni dengan beberapa


nada yang dipilih secara acak dari tuts piano. Hidupnya yang singkat,
beliau telah menulis lebih dari 600 komposisi muzik, termasuk 41
simphony, dan opera seperti The Magic Flute dan The Marriage of
Figaro. Mozart menulis simfoni pertamanya semasa berusia 8 tahun.
Wolfgang Amadeus Mozart (27 Januari 1756 - 5 Disember 1791)
,dibaptiskan
sebagai Johannes
Chrysostomus
Wolfgangus
Theophilus Mozart Mozart adalah di antara penggubah Eropah yang
amat terkenal dan banyak daripada hasil karya beliau telah menjadi
sebahagian dari standard untuk repertoir konsert-konsert simfoni
orkestra.

Jimi Hendrik (1942-1970)

James Marshall "Jimi" Hendrix adalah penyanyi, penulis lagu, gitaris


dan tokoh budaya Amerika. Sering disebut sebagai salah satu pemain
gitar listrik paling berpengaruh dalam sejarah muzik rock. Dia boleh
memainkan gitar dengan tangan kanan ataupun tangan kiri. Gitar
Fender Stratocaster dengan tanda tangannya berharga sangat mahal.
Jimi juga penemu efek gitar WAH pedal.

Yehudi Mennin (1916-1999)

Yehudi Menuhin menjadi terkenal sebagai pemain biola berbakat pada


usia ini.Pertunjukkan konsert biola pertamanya di hadapan publik
pada usia 7 tahun. Ia juga memimpin orkestra dan mengadakan
festival musik. Tahun 1963,beliau mendirikan sekolah muzik untuk
anak-anak inggeris yang berbakat. Lahir di New York, dan berpindah
ke Amerika dan tinggal di situ sehingga hujung hayatnya.
George Gershwin (1898-1937)

George Gershwin berasal dari Amerika .Terkenal dengan gaya klasik


dengan muzik jazz dan blues Amerika. Ia menulis Rhapsody in Blue
dan opera Porgy and Bess

Ravi Shankar (1920 - 2012)

Ravi Shankar (7 April 1920 11 Disember 2012) adalah seorang


komposer India yang terkenal kerana kebolehannya memainkan sitar.
Muziknya dikagumi oleh The Beatles dan Yehudi Menuhin., Pandit Ravi
Shankar adalah seorang instrumentalis India yang terkenal dengan
karya rintisannya yang membawa kekuatan dan pesona muzik klasik
tradisi India ke dunia Barat. Ini dilakukan melalui kerjasamanya
dengan The Beatles khususnya George Harisson dan juga kerana
karisma peribadinya sendiri. Karier muziknya merentang selama lebih
dari enam dekad dan Shankar baru-baru ini memegang Rekod
Guinness untuk karier antarabangsa terlama.

Johann Sebastian Bach (1685-1750)

Johann Sebastian Bach adalah seorang komposer Jerman .Beliau


menggubah muzik untuk alat muzik seperti harpsichord dan
clavichord, dan juga untuk orkestra. Karyanya yang paling terkenal
adalah Brandenburg concer
7. Heitor Villa Lobos (1887-1959)

Heitor Villa Lobos adalah seorang komposer muzik klasik yang


menggunakan melodi dan ritma Brazil dengan pengaruh Afrika untuk
menciptakan muzik gaya baru yang indah. Beliau adalah salah seorang
komposer besar Amerika Latin.

Tan Sri Dr. P. Ramlee

Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku
Zakaria bin Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi,
pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan
Singapura. Beliau mula bermain muzik dengan Ukulele, dan akhirnya
beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin
(pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai
Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau
pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun
1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam
pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal
namanya dan nama P. Ramlee itu kekal hingga ke akhir hayatnya .Filem
pertama lakonan P. Ramlee ialah "Chinta", sebuah filem yang
dikeluarkan pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai
penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan
telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948
hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam
dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem
Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee
yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua
pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem
terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972
dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur"
pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Dato' Sudirman bin Haji Arshad

Dato' Sudirman bin Haji Arshad (25 Mei 1954 - 22 Februari 1992)
merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia. Beliau
telah memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi apabila
dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTM 1976" pada 11 Ogos 1976.
Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran
"Penghibur Nombor 1 Asia" (pada 19 Mac 1989) dari Pahang, Malaysia
sebelum kehadiran Siti Nurhaliza. Di samping itu, terdapat juga
gelaran yang lain untuk beliau seperti "Penghibur Milik Masyarakat",
"Seniman Rakyat" dan "Elvis Malaysia". Beliau juga mempunyai
pelbagai kebolehan sebagai seorang penyanyi, penghibur, penggubah
lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak),
pelukis kartun, usahawan dan pelakon. Beliau mula mencipta namanya
sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang
RTM peringkat akhir yang diadakan di Dewan Pay Fong, Melaka pada
11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu "Seruling Bamboo" .Beliau
mendendangkan lagu "Jali Jali", sebuah lagu klasik dari Indonesia.
Para penonoton telah melihat dengan jelas sekali bahawa suaranya
memang unik.

Dato Johari Salleh

Dato Johari Salleh dilahirkan pada 9 Februari 1940 di Geylang,


Singapura. Anak lelaki kepada keluarga Mohd Salleh Bin Mohamad
berasal dari Melaka dan Puan Munarah Shuib, berasal dari Singapura.
Beliau mula belajar muzik dan menggubah lagu daripada ayahnya
sendiri serta dari seorang guru muzik bernama Saaban Saliman.
Pada tahun 1968 Johari Salleh mendapat Diploma in Music
(Composition and Arrangement) daripada Berklee College of Music,
Boston, USA.Beliau banyak berkarya dalam bentuk muzik simfonik
untuk digunakan oleh orkestra-orkestra besar seperti dari Sepanyol,
Orkestra Sinfoni Kebangsaan Malaysia dan Kuala Lumpur Symphony
Orchestra. Beberapa karya simfoni Dato Johari Salleh pernah
dipersembahkan oleh The New York Symphonic Ensemble, Singapore
Symphony Orchestra, St.Pittersburg Philharmonic Orchestra dari
Russia dan Cadaquez

Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin

Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP
(lahir 11 Januari 1979) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu pop
dari Malaysia. Selain banyak menerima lebih 100 anugerah tempatan
dan antarabangsa, beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia
oleh Alicia Keys di majlis MTV Asia Awards 2005 di Bangkok,
Thailand kerana kehebatan vokal sopranonya serta pencapaian
terbilang di dalam dan luar negeri. Pada Ogos 2006, beliau bernikah
dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa; dua
bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota
Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato' di
awal namanya.Beliau mula menempa nama sebagai artis yang mencapai
jualan berbilang platinum, semenjak menjuarai Bintang HMI 1995
pada usia 16 tahun apabila beliau ditawarkan kontrak rakaman dari
empat syarikat rakaman antarabangsa.Single pertamanya, "Jerat
Percintaan" dari album sulungnya menjadi juara keseluruhan
Anugerah Juara Lagu ke-10 di samping merangkul dua lagi anugerah
untuk Persembahan Terbaik dan Kategori Balada.