Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN

Perkembangan merupakan perubahan bersifat kualitatif , tersusun, bertahap dan


berterusan pada diri manusia bermula semenjak percambahan sel hingga akhir hayat
organism hasil dari kombinasi pembelajaran, pengalaman dan kematangan melibatkan
aspek fizikal, emosi, mental dan sosial.

Menurut Mok Soon Sang (2008),

perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga
peringkat kematangan. Mengikut ahli psikologi perkembangan manusia dari aspek
perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua
faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan juga boleh
disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan
perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu.
Menurut Atan Long (1980) pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia
tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana
sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Selain itu, Gesell (1949)
menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global
semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang
biasa dilalui oleh kanak-kanak. Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan
sebagai satu perubahan kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan
sosioemosi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan
mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya.
Selain itu, menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan
secara kualitatif serta cenderung kearah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani,
moral dan sosial. Seterusnya, D.S.Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan
sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada
struktur organism dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan
pertambahan umur.

FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGHARUHI PERKEMBANGAN


INDIVIDU.

Setiap individu mempunyai peringkat perkembangan yang sama tetapi berbeza


dari sesi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Tiada individu yang mempunyai kadar
perkembangan yang sama diantara satu sama lain.
Faktor baka ini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang
menentukan baka atau ciri keturunan. Gen-gen yang mempunyai sifat baka dibawa oleh
DNA dan RNA yang terdapat dalam kromosom. Gen tersebut merupakan penentu
utama sebagai pewarisan cirri-ciri perkembangan individu. Perbezaan fizikal dapat
dilihat apabila setiap individu mempunyai ciri fizikal seperti saiz badan, tinggi, berat
serta kemahiran fizikal yang yang unik. Kajian menunjukan cirri fizikal ini diwarisi
daripada gen-gen ibu bapa. Perbezaan dari segi mental pula adalah setiap individu
mempunyai tahap kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza diantara satu sama
lain. Berdasarkan kajian yang dijalankan ahli psikologi, ibu bapa yang pintar cerdas
melahirkan anak-anak yang pintar cerdas. Emosi seseorang individu juga adalah
diwariskan daripada baka kedua-dua ibu bapa.
Faktor persekitaran berdasarkan teori yang diutarakan Eric Bronfrenbrenner iaitu
teori ekologi (2004) menfokuskan sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan
individu dari lahir hingga dewasa. Dalam teori ini terdapat lima sistem ekologi yang
terdiri

daripada lima jenis sistem iaitu

mikrosistem, mesosistem, ekosistem,

makrosistem, dan kronosistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.


Mikrosistem merujuk kepada persekitaran yang kebanyakan masa kanak-kanak
berinteraksi secara langsung dengan ibubapa, rakan sebaya, guru-guru dan orang
dewasa serta alam persekitaran manakala mesosistem merujuk kepada perkaitan
antara dua mikrosistem iaitu antara keluarga dengan sekolah.

LATAR BELAKANG RESPONDEN.

NAMA

: NAVINA A/P GUNASEKARAN

UMRUR

: 5 TAHUN

ASAL

: PERLIS

TEMPAT LAHIR

: HOSPITAL TUANKU FAUZIAH KANGAR.

PEKERJAAN BAPA

: KERJA BURUH

PEKERJAAN EMAK

: SURI RUMAH

BIL ADIK BERADIK

: 3 ORANG ( ANAK KE-3 )

HOBI

: MENONTON TELEVISYEN DAN BERMAIN

CITA CITA

: DOKTOR

SEKOLAH

: PRASEKOLAH SJK TAMIL KANGAR.

BERAT

: 24 KG

KETINGGIAN

: 110 METER

MAKANAN KEGEMARAN

: ICE CREAM

MINUMAN KEGEMARAN

: ORANGE JUICE

PERKEMBANGAN KOGNITIF.

Kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses
memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka perkembangan
kognitf kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan otak mereka serta
interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman.
Mengikut teori perkembangan Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2012),
perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu Peringkat
Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra-Operasi (2-7 tahun), Peringkat Konkrit (7-12
tahun) dan akhir sekali ialah Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Navina yang
dipilih oleh saya, berada pada tahap kedua berdasarkan teori Piaget yang dikenali
sebagai tahap pra-operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 2-7 tahun.
Pada peringkat ini, Navina boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk
mengambarkan sesuatu konsep. Mengikut Teori Jean Piaget, seorang kanak-kanak
yang mencapai umur empat tahun, kanak-kanak itu boleh betutur dengan fasih dan
melalui bahasa yang dikuasainya, perkembangan kognitif menjadi pesat. Jadi, Navina
jug tidak terkecuali dalam perkembangan ini. Untuk membuktikannya lagi, saya
memberi Navina beberapa ujian. Navina dapat mengenal pasti bentuk-bentuk seperti
tiga segi, empat segi, bulat, serta octagon. Saya melampirkan video yang diambil
semasa Navina mengatur simbol-simbol di bahagian lampiran.
Selain itu, Jean Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak pada peringkat ini,
tidak dapat memberi perhatian terhadap satu-satu perkara, mereka tidak dapat
mengambarkan konsep transformasi. Iaitu kanak-kanak tidak dapat melihat perubahan
yang berlaku dalam sesuatu proses transformasi. Kanak-kanan juga ketidak keupayaan
mengamati operasi songsang. Ia dibuktikan oleh eksperimen yang dijalankan oleh
Pieget, berkaitan dengan telur dan cawan. Selain itu, kanak-kanak yang berada di
tahap ini juga belum menguasai konsep pengabadian. Mereka mudah dipengharuhi
oleh bentuk,saiz dan tinggi.
4

Mengikut teori perkembangan Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2012),
kanak-kanak pada peringkat ini menunjukkan sikap egosentrik yang bermaksud,
mereka melihat dan memahami persekitaran melalui persperktif sendiri. Pada peringkat
ini, kanak-kanak selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan
perspektif yang sama dengan mereka. Mereka hanya boleh berfikir secara transduktif,
deduktif serta secara induktif. Melalui pemerhatian, saya mendapati Navina juga
seorang yang beregosentrik. Saya dapat melihat ciri ini apabila, Navina mewarnakan
buku warna mengikut suka hatinya dan tidak mengikut kesesuaian. Dia hanya
memikirkan pandangannya sahaja.
Selain itu, pada peringkat ini juga kanak-kanak akan cuba menggambarkan dan
merancang pergerakan/ aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk mebentuk
skema. Contonnya, Navina akan merancang permainan apa yang dia hendak main
apabila guru memberi kebenaran untuk bermain. Ini menunjukkan perkembangan
kognitifnya, selari dengan umurnya.
Tambahan lagi, kebolehan lain yang diperoleh pada peringkat ini ialah permainan
membayangkan (pretend play). Seperti mengambil watak kartun/ karakter popular
seperti spiderman, power rangers, barbie serta meniru perlakuan doktor, guru dan lainlain. Mereka juga memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup
seperti hujan turun kerana menangis. Saya dapat mengenal pasti hal ini terhadap diri
navina, semasa aktiviti yang menjaga kebersihan gigi yang dijalankan di prasekolah.
Navina diberi peluang untuk berlakon menjadi doktor gigi yang sedang memeriksa
pesakit. Navina dapat melakukannya dengan baik. Apabila saya menanyakan perkara
ini, dia memberitahu bahawa minggu lepas, dia pergi ke klinik gigi dan doktor membuat
pemeriksaan seperti itu terhadap ibunya. Saya melampirkan beberapa gambar dan
video berkaitan di helaian belakang.
Kesimpulannya, Navina mempunyai perkembangan kognitif yang baik dan
selaras dengan peringkat umurnya.

PERKEMBANGAN SOSIAL.
Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang
membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh
diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan sosial
melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah
laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau
lingkungan sosial. Saya telah mengkaji Navina melalui beberapa aspek sosialisasi yang
penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembangan
kongnisi sosial, persahabatan dan perhubungan dengan rakan sebaya.
Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan,
nilai, dan adat yang dianuti oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari
peraturan -peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Misalnya,
mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai,dan cara mentafsir tingkah
laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula
ditentukan pula oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu
budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain. Namun demikian, terdapat
banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan
etnik dan budaya.
Pada peringkat ini, Navina mengangap sahabatnya sebagai kawan sepermainan.
Sahabat yang menjadi teman adalah kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah
Navina. Ini berdasarkan teori tentang pandangan kanak-kanak terhadap persahabatan
yang dibuat (Damon , 1977;Selman 1980;1981; Youniss dan Volpe, 1978). Damon
(1977) telah membahagikan teori-teori tersebutan kepada tiga tahap. Navina berada
pada tahap satu iaitu Sahabat Sebagai Kawan Sepermainan. Tahap ini berlaku semasa
kanak-kanak pra sekolah (5-7 tahun) di mana sahabat dianggap sebagai kawan
sepermainan sahaja. Pada tahap ini, persahabatan dieratkan lagi dengan perkongsian
alat

permainan

dan

kanak-kanak

pada

tahap

ini

tidak

mementingkan

nilai

persahabatan.

Selain itu, Menurut Sullivan, kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat
(chumship) yang mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan
egosentrik. Sullivan berpandangan, mempunyai kawan rapat membolehkan kanakkanak belajar untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk
memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut di mana kanak-kanak akan
menanamkan sikap menitiberatkan perasaan orang lain. Navina juga mempuyai kawan
rapatnya.Melalui pemerhatian dan temu bual saya mendapati kawan baiknya bernama
mages. Mereka duduk bersebelahan di dalam kelas mahupun di meja makan.
Navina juga bersifat periang dan mudah bergual dengan semua kank-kanak
yang lain. Dia dapat bermain dengan semua kawan-kawannya. Hal ini dapat dilihat oleh
saya semasa Navina terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti aktiviti luar dan banyak lagi.
Oleh sebab sifatnya yang periang, dia disukai oleh semua kawannya dan tidak dipulau
oleh mereka. Ini menyebabkab perkembangan sosial Navina bersama rakan-rakannya.
Navina juga boleh bersosial dengan guru dengan cara yang sopan dan baik.
Di sini, saya dapat merumuskan bahawa Navina mempunyai perkembangan
sosial yang baik setanding dengan tahapnya.

PERKEMBANGAN ROHANI.
Rohani merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala
dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai
oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan
dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik. Menurut
Imam Al Ghazali, rohani ialah perkara yang terdiri dari akal, nafsu jiawa dan roh. Kanakkanak harus dididik sejak kecil lagi untuk membentuk nilai-nilai yang murni.
Menurut islam, perkembangan rohani insan dibahagikan kepada empat peringkat
iaitu. Peringkat pertama ialah peringkat kanak kanak yang berada dalam lingkugan 2
hingga 6 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak memperoleh perasaan suka
didampingi. Selain itu, pada tahap ini Konsep ketuhanan hanya boleh difahami dalam
gambaran berbentuk benda atau lukisan sahaja. Selain itu, konsep kebesaran Tuhan,
nilai-nilai murni dan adab sopan peringkat biasa boleh difahami dan dihayati.
Navina yang dipilih saya, berada di peringkat ini. Setiap hari pada pukul 10 pagi
sebelum makan dia bersama-sama rakannya akan berdoa kepada tuhan kerana
memberi mereka makanan untuk dimakan. Ini menunjukkan perkembangan rohani
Navina. Selain itu, nilai-nilai murni Navina ynag lain juga menunjukkan perkembangan
rohani navina.

PERKEMBANGAN EMOSI.

The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai


perasaan yang kuat dari dalaman terutamanya daripada aspek mental atau naluri,
seperti kasih sayang ataupun takut. Justeru itu, bolehlah disimpulkan emosi sebagai
salah satu daripada ciri jiwa manusia yang boleh mempamerkan perasaan yang kuat
yang berpunca daripada psikologi atau mental seseorang dan emosi boleh berlaku
secara naluri bergantung pada sesuatu situasi.
Ibrahim Mamat (1997), menyatakan emosi ialah perasaan jiwa yang kuat yang
dialami oleh seseorang dalam tidak balasnya terhadap sesuatu ransangan. Adakalanya
ia boleh berbentuk positif seperti riang, gembira, seronok dan kasih dan adakalanya ia
berbentuk negatif seperti sedih, marah, benci dan dendam. Menurut Gesell, emosi
seseorang individu adalah semula jadi. Contohnya, tangisan mendayu-dayu meminta
supaya ibu memeluknya. Menurut Havighurst pula, emosi seseorang adalah
dipengaruhi oleh alam sekitarnya. (Suppiah Nachiappan, 2008).
Mengikut Teori perkembangan Erik Erikson dalam buku Mok Soon Sang(2012),
Navina barada pada tahap ketiga iaitu awal kanak-kanak tadika yang barada dalam
lingkunan 3 hingga 6 tahun. Ini merupakan tahap inisiatif lawan serba salah. Pada
tahap kanak-kanak akan belajar cepat dan bergerak cepat. Selain itu, kanak-kanak juga
akan peka terhahap yang betul dan yang salah dan akan berasa salah jika
diketawakan. Kanak-kanak juga akan membina sikap negative jika merasa serba salah.
Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah empati.
Kanak-kanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong
apabila mereka melihat seseorang sedih (Eisenberg & Fabes, 1998). Perkembangan
empati bergantung pada perkembangan intelektual dan bahasa. Perkembangan ini juga
disokong oleh personaliti dan pengalaman sosial mereka. Kanak-kanak pada peringkat
prasekolah yang lebih suka bersosial dan mahir dalam mengawal emosi lebih
cenderung bersifat empati. Mengikut teori ini, Navina merupakan seorang yang
9

mempunyai nilai empati. Dia empati terhadap seorang murid yang didenda oleh guru
dengan menolongnya.
Selain itu, Navina merupakan seorang yang beremosi ceria dan gembira. Oleh
sebab Navina merupakan seorang periang dia sangat disukai oleh rakan-rakannya.
Sebagai contoh lain perkembangan emosi juga dapat dilihat apabila navina memilih
warna-warna ceria seperti oren dan merah untuk mewarna. Semasa bermain juga
Navina sentiasa beremosi gembira. Tetapi semasa dia jatuh ketika aktiviti permainan
luar dia mula menangis.
Kesimpulannya, Navina juga mempunyai tahap perkembangan emosi yang baik
selaras dengan umurnya.

10

PERKEMBANGAN JASMANI.

Perkembangan jasmani merupakan satu aspek yang menekankan asas


pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria.
Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2003), perkembangan jasmani kanak- kanak boleh dibahagikan kepada empat
bahagian iaitu; kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga
dapat dikaitkan dengan kebolehan Navina menggunakan anggota badan, otot, dan
koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian.
Perkembangan adalah suatu proses yang rencam (kompleks). Menurut Gallahue
(1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada
tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut
atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga kategori
dalam perkembangan jasmani kanak-kanak ini adalah keseimbangan (stability),
pergerakan (locomotion), manipulasi (manipulation). Keseimbangan merujuk kebolehan
kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti.
Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut.
Manakala manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di
persekitarannya. Ini dapat dilihat pada diri Navina apabila dia melakukan aktiviti
jasmani.
Schmidt dan Wrisberg (2000) menjelaskan bahawa kemahiran jasmani kanakkanak perlu dlilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka. Bagi aspek
kemahiran jasmani tertutup bermakna kanak- kanak menjalankan aktiviti dalam
persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka
pula bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti jasmani
sentiasa berubah. Kedua-dua kategori ini perlu dalam memperkembangkan kemahiran
11

kanak-kanak. Contohnya untuk melatih sesuatu pergerakan kanak-kanak memerlukan


persekitaran yang tertutup. Manakala dalam sesuatu permainan kanak-kanak akan
melalui persekitaran yang terbuka. Navina mempunyai pekembangan jasmani yang
seimbang. Hal ini dapat dilihat apabila dia bermain semasa aktiviti luar.
Tambahan lagi, perkembangan fizikal mempunyai berberapa prinsip asas bagi
memastikan perkembangan seseorang individu stabil dan teratur. Prinsip yang pertama
ialah perkembangan mempunyai arah tertentu yang dapat diramalkan iaitu dari tengah
badan dan berterusan sehingga ke luar badan. Prinsip yang kedua ialah susunan
perkembangan adalah serupa bagi semua namun ada yang dahulu dan ada yang
kemudian, tapi urutan tidak berubah. Pada umur yang sama, ada kanak-kanak yang
berjaya duduk dahulu namun ada yang lebih lambat. Ada juga yang akan terus berjaya
berdiri selepas berjaya duduk namun urutan ini tidak akan berpatah balik ke peringkat
sebelumnya. Prinsip yang ketiga menyatakan bahawa perkembangan bermula daripada
keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya dari umum kemudian
kepada yang lebih khusus.
Berdasarkan teori-teori di atas Navina mempunyai perkembangan jasmani yang
stabil.

12

LAMPIRAN

13

GAMBAR SATU : NAVINA


BERLAKON SEBAGAI
DOKTOR

GAMBAR DUA : NAVINA


SEDANG BEWARNA

GAMBAR SATU : NAVINA


BERSOSIAL DENGAN GURU

14

GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN PERKEMBANGAN NAVINA:

15