Anda di halaman 1dari 23

1.

0 PENGENALAN

Kerajaan telah merangka pelbagai agenda pembangunan yang selaras dengan


tuntutan Islam melalui pendekatan seimbang dalam aspek-aspek spiritual, ekonomi,
pendidikan, kemasyarakatan, undang-undang dan sebagainya. Kerajaan menyedari
bahawa Islam bukanlah suatu agama bersifat ritual semata-mata, tetapi agama yang
bersifat praktikal iaitu diturunkan untuk mengatur kehidupan masyarakat secara
realistik. Dengan itu, suatu pendekatan yang dikenali sebagai Islam Hadhari telah
diperkenalkan untuk membangkitkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap
konsep sebenar ajaran Islam, dengan harapan akan dapat memacu pembangunan
ummah dan Negara.
Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru, tetapi
merupakan usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas menurut al-quran
dan As-sunnah sebagai teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari merupakan
suatu pendekatan anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap
ajaran Islam, sebagaimana yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Islam
Hadhari tidak sedikitpun mengurangkan prinsip-prinsip akidah, syariat dan akhlak dalam
ajaran Islam, malah menekankan penghayatan Islam yang syumul, menyeluruh dan
realistik bagi menterjemahkan agama dalam kehidupan. Pendekatan Islam Hadhari
akan membuktikan bahawa ajaran Islam dapat mendorong penganutnya menjadi umat
yang maju bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan
dan pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta Islam (Islamic
worldview) dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu
kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal.
Warisan tamadun Islam yang memperlihatkan kegemilangan umat Islam dalam semua
bidang akan dijadikan dorongan bagi memajukan ummah secara menyeluruh.
1

Beberapa prinsip Islam Hadhari dirangka bagi merangsang ke arah perubahan


minda umat Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau
partisan, yang sudah semestinya memerlukan satu perubahan pandangan global umat
Islam. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan
konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai
kekuatan dalam semua bidang kehidupan akan ditekankan, khususnya dalam
memenuhi prinsip-prinsip matlamat Pensyariatan syariat Islam (maqasid al-syariah)
yang sentiasa berkembang dan diantara lain yang menjadi pokok seperti menjaga,
memartabat dan memperkasa agama, akal, nyawa, harta, keturunan, maruah institusi
keluarga dan alam sekitar.
Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia
sebagai sebuah negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip
kesederhanaan (wasatiyyah), sesuai dengan tuntutan agama Islam. Ia selaras dengan
dasar-dasar negara yang dilaksanakan masa kini dan yang akan dicapai pada masa
hadapan seperti Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Negara dan sebagainya.
Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat yang sama
sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk.

2.0 Rasulullah SAW sebagai role model dalam konteks penghayatan Islam
Hadhari. Bincangkan.
2.1 Riwayat hidup Rasulullah SAW

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah pesuruh Allah yang


terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan
Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W
merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk
menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai
seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam,
membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan,
akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah.
Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan
seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar
Al Amin yang bermaksud 'yang terpuji'. Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Tarikh lahir beliau adalah subuh Isnin, 12
Rabiulawal bersamaan 20 April 571M. Ia turut dikenali sebagai tahun gajah kerana
sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah. Beliau
dilahirkan di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa beliau ialah Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Dan ibunya
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Pengasuh pertamanya Barakah Al-Habsyiyyah
yang digelar Ummu Aiman. Beliau merupakan hamba perempuan bapa Rasulullah
SAW. Ibu susu pertamanya adalah Thuwaibah yang merupakan hamba perempuan
Abu Lahab dan yang ibu susu kedua adalah Halimah binti Abu Zuaib As-Sadiah.
Kita akan melihat riwayat hidup Nabi Muhammad mengikut peringkat usia. Ia
tertera di rajah 1 :

Dilahirkan pada malam Isnin 12 Rabuilawal ,Tahun Gajah


bersamaan 20 April 570 masihi, di Kota Mekah.

Lahir

Berketurunan bangsawan arab Quraisy


Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib telah
meninggal dunia di Syam, semasa baginda berusia 2
bulan dlm kandungan ibunya .
7 hari setelah ibunya Aminah binti Wahab melahirkannya,

datuknya Abdul Mutalib membawa baginda ke kaabah dan


tawaf sebagai tanda kesyukyran dan menamakanya

Muhammad yang bererti "orang yang terpuji".

Sewaktu

Sewaktu bayinya ,Nabi Muhammad saw telah dihantar ke

Bayi

sebuah desa yang jauh dari kota untuk disusukan oleh


Halimatun Saadiah dan dipelihara oleh ibu susunya itu
sehingga 5 tahun.
Tujuan baginda dibesarkan di kawasan
pendalaman/desa:
Udara desa yang nyaman dan bersih sesuai untuk
kesihatan ,pembesaran mental dan fizikal kanakkanak.
Suasana desa tidak tercemar dengan unsur-unsur
yang tidak baik.
Supaya dapat diajar bahasa Arab baku (Arab Fusha)
Mendidiknya dengan kesusahan supaya tabah
menghadapi cabaran hidup.

Di desa nabi Muhammad membantu keluarga angkatnya


mengembala kambing.
4

Hikmah perkerjaan sebagai pengembala :

Pekerjaan ini telah mendidik jiwa baginda bersifat


sabar,tabah,rendah diri, kasih sayang sesama
makhluk, suka tolong menolong dll

o Pada usia 5 tahun, peristiwa pembelahan dada rasullah SAW


yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan
bahagaian syaitan yang wujud di dalamnya.

Zaman
kanak-kanak

o Ketika berusia 6 tahun,ibunya meninggal dunia di Madinah


semasa menziarah makam suaminya.Baginda dipelihara
oleh datuknya Abdul Mutalib.
o Ketika berusia 8 tahun, datuknya pula meninggal
dunia.baginda dipeliharapula oleh bapa saudaranya Abu
Talib. Baginda mengembala kambing untuk membantu
meringankan beban bapa saudaranya itu yang miskin dan
mempunyai 10 orang anak. Ketika usianya 12 tahun, baginda
mengikut bapa saudaranya berniaga ke Syam.
o Pada 9 tahun (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12
tahun)
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam
atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani
bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua
rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang
nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

Pada usia 20 tahun.

Zaman

Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab

Remaja

Sirah , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu


usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda

menyertai

peperangan

itu

beberapa

hari

dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.


Menyaksikan perjanjian Al-Fudhul; perjanjian damai untuk
memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

Ketika berusia 25 tahun, baginda bekerja dengan Khadijah


binti Khuwailid Memperniagakan barang dagangannya ke
Syam

Kemuliaan

dan

memperolehi

peribadi,

keuntungan

kejujuran,

yang

banyak.

kebijaksanaan

dan

keikhlasannya menguruskan perniagaan telah menarik hati


saidatina Khadijah dan melamar baginda dan seterusya
berkahwin.

Baginda

dikurniakan

orang

anak

hasil

perkongsian hidupnya dengan saidatina Khadijah.

Ketika berusia 40 tahun baginda dilantik menjadi rasul Baginda Berusia 40 Tahun
menerima wahyu pertama di Gua Hirak iaitu Surah Al Alaq ayat
15

Baginda meninggal dunia ketika usianya 63 tahun, setelah

Berusia 63

23 tahun menyebarkan Islam (13 tahun di Mekah dan 10

tahun

tahun di Madinah

Rajah 1 : Menunjukkan riwayat hidup rasulullah SAW


2.2 Perlembagaan Madinah
Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang
telah dirangka oleh Nabi Muhammad (saw) pada tahun 622 M, berpandukan wahyu
Allah. Piagam Madinah menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri
daripada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam. Piagam ini mencatatkan
tentang peraturan, tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya, serta dirangka
berasaskan persetujuan orang Islam (Muhajirin dan Ansar) dan orang bukan Islam.
Pembentukan Piagam Madinah 622 M (1H) telah dipersetujui oleh orang Islam
dan orang bukan Islam khususnya golongan Yahudi. Piagam Madinah mengandungi 47
fasal. Daripada 47 fasal itu, 23 fasal membincangkan hubungan di kalangan orang
Islam dan tanggungjawab mereka. Sementara 24 fasal lagi adalah tentang
tanggungjawab orang bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadap negara Madinah.
Walau bagaimanapun, kandungan Piagam Madinah boleh dirumuskan kepada
tujuh aspek penting yang merangkumi bidang politik, sosial dan ekonomi, iaitu dalam
aspek pentadbiran , agama, sosial, perundangan, pertahanan, dan kedudukan kaum
Yahudi.
Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan dan peraturan pemerintah sebelum
ini kerana perlembagaan ini ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammaad saw untuk
diguna pakai oleh rakyat Madinah.Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi
di Madinah, selain itu Al-Quran dan Al-Sunnah menjadi tatacara pemerintahan di
Negara.k
Berikut ialah beberapa asas kerajaan moden yang terdapat di dalam Piagam
Madinah:

Penyataan Mengenai Ummah dan Kerakyatan

Piagam Madinah telah menegaskan mengenai pembentukan ummah, dan


mentakrifkannya dengan menjadikan Islam sebagai asas kerakyatan dalam Daulah
Islamiah yang baru disamping menjelaskan hak-hak dan tanggungjawab rakyat
sebagaimana berikut:
Fasal 1. Ini adalah tulisan daripada Muhammad seorang nabi dan utusan Allah,
diantara orang-orang beriman daripada Quraisy dan penduduk Yathrib dan sesiapa
yang mengikuti mereka, yang bertemu mereka dan berjihad dengan mereka.
Fasal 2. Mereka adalah satu ummah tanpa manusia lain.
Fasal 3. Muhajirin daripada Quraisy di atas keadaan mereka, saling menjadi
`aqilah[15] antara mereka, mereka melepaskan tawanan mereka dengan makruf dan
adil sesama mukminin.
Begitu juga Piagam Madinah menyentuh mengenai kerakyatan bukan Islam
daripada Yahudi dan musyrikin Mekah yang datang ke Madinah, dengan menentukan
hak-hak dan tanggungjawab mereka, sebagimana dalam fasal berikut:
Fasal 24 Orang-orang Yahudi perlu mengeluarkan perbelanjaan peperangan
bersama orang-orang yang beriman apabila mereka berperang.
Fasal 25. Sesungguhnya Yahudi bani `Auf satu ummat bersama orang-orang yang
beriman, bagi Yahudi agama mereka dan bagi muslimin agama mereka, hamba-hamba
mereka dan diri mereka, melainkan sesiapa yang berlaku zalim sesungguhnya dia tidak
membinasakan melainkan dirinya dan ahli keluarganya.

Fasal 26. Dan bagi Yahudi bani al-Najjar seperti apa yang menjadi hak dan
tanggungjawab bani `Auf.

Pernyataan Mengenai Peribadi Ketua Negara.


Nas-nas Piagam Madinah menyatakan bahawa ketua kerajaan baru itu ialah

rasulullah (s.a.w.). Kepadanyalah dirujuk dalam menyelesaikan segala perselisihan dan


bagindalah yang akan memelihara nas-nas perlembagaan dan melaksanakan segala
ketetapannya.
Sebagaimana dalam fasal 23; Apabila kamu berselisih dalam apa perkara
sekalipun maka rujukannya ialah kepada Allah dan Muhammad. Begitu juga dalam fasal
42.

Mengakui Dasar Keadilan dan Persamaan.


Sebagaimana dalam fasal 13; Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan

bertakwa, maka tangan mereka ke atas sesiapa yang melampaui batas di antara
mereka, atau menuntut pemberian dengan cara yang zalim, dosa, permusuhan dan
kemusnahan antara mukminin, maka tangan-tangan mereka diatas mereka semua
walaupun keatas anak-anak salah seorang daripada mereka.
Fasal 16; Sesungguhnya sesiapa dikalangan Yahudi yang mengikuti kami maka
bagi mereka hak pertolongan dan persamaan tidak dizalimi dan tidak akan bertolongmenolong menentang mereka.

Pernyataan Dasar Perjanjian Perdamaian.


Fasal 45: Apabila orang-orang beriman di ajak berdamai bercampur dan

bersekutu, mereka ( Yahudi) akan berdamai dan bersatu begitu juga sekiranya mereka
( Yahudi) diajak berdamai dan bersatu maka menjadi tanggungjawab orang-orang
beriman menerimanya melainkan ke atas mereka yang berperang kerana agama.
9

Pernyataan Mengenai Sempadan Kerajaan .


Fasal 39 : Yathrib merupakan bumi selamat di dalamnya kepada ahli perjanjian ini.
Rasulullah saw telah menghantar beberapa orang sahabat untuk membina tanda

sempadan Madinah.

Pernyataan Dasar Larangan Melakukan Perjanjian Secara Sendiri.


Fasal 17 : Bahawa perdamaian orang-orang yang beriman adalah satu. Seorang

beriman tidak boleh membuat perdamaian tanpa mukmin yang lain dalam peperangan
di jalan Allah, melainkan hendaklah diatas sama rata dan keadilan sesama mereka.

Penyataan Menganai Dasar Dan Hak-hak Kejiranan.


Fasal 40: Sesungguhnya jiran seperti diri sendiri tidak dimudarati dan tidak

diinaya.

Dasar Takaful Dalam Melunaskan Hutang.


Fasal 12, 25 : Tidak dibiarkan orang-orang yang beriman terbeban dengan

hutang, melainkan tunaikanlah untuknya dan bantulah dia begitu juga Yahudi dengan
Yahudi.

Dasar Berkaitan Keamanan Negara.


Fasal 24, 36. Mempertahankan Madinah merupakan tanggungjawab semua

penduduk dan mereka yang tinggal dibuminya. Jelas di sini bahawa piagam Madinah

10

telah meletakkan asas yang penting kepada sesebuah kerajaan dengan menentukan
kuasa perundangan, kuasa eksekutif dan kuasa kehakiman disamping menyatakan
hak-hak dan tanggungjawab rakyat dan kerajaan.

2.3 Islam hadhari


Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus
kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam
dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui
penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan
fizikal. Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem
ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan
sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun
tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa
dunia.
Dari segi istilah, perkataan hadhari membawa maksud yang bertamadun atau
Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai
Civilizational Islam, dan dalam Bahasa Arab sebagai Al-Islam al-Hadhari. Manakala
takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah Suatu pendekatan pembangunan manusia,
masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif
tamadun Islam. Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan
menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara terpisah-pisah seperti Islam bersifat
politik, Islam bersifat tasawwuf dan seumpamanya. Islam Hadhari membawa maksud
ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup
masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi
cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global,
budaya meterialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.
2.3.1 Visi
11

Visi Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.
Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Konsepnya ialah negara
yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan
berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan
berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan Agama.
2.3.2 Misi
Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan
Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.
2.3.3 Objektif
Objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat yang
mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari,
berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran
semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.
2.3.4 Prinsip Islam Hadhari
Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)

Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI


Kerajaan adil dan beramanah
Rakyat berjiwa merdeka
Penguasaan ilmu pengetahuan
Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
Kehidupan berkualiti
Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
Keutuhan budaya dan moral
Pemeliharaan alam semula jadi
Kekuatan pertahanan

12

2.4 Perkaitan Antara Rasulullah SAW Dengan Penghayatan Islam Hadhari


Setelah mengkaji piagam Madinah, kita dapat bandingkan apakah kaitan Rasulullah
SAW dengan prinsip Islam Hadhari. Peranan dan kepimpinan Rasulullah SAW menjadi
salah satu aspek penting untuk mewujudkan Islam Hadhari. Rasullah bertindak sebagai
role model dalam konteks islam hadhari. Hal ini kerana, Islam Hadhari berpandukan
piagam madinah yang dibuat Rasullah Saw.
2.4.1 Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI
Prinsip keimanan merupakan teras kepada pendekatan Ialam Hadhari. Umat islam
hendaklah mengamal serta menunjukkan kemurniaan ajaran Isla berdasarkan al-Quran
dan al-Sunnah. Prinsip ini ingin memastikan kemantapan akidah umat Islam
direalisasikan dalam bentuk amalan-amalan yang bersifat produktif dan mampu
membawa kepada kemajuan diri, masyarakat dan negara. Contohnya, baginda
menyuruh pengikutnya sembahyang lima kali sehari, sedangkan baginda sendiri
berbuat lebih daripada itu. Baginda menyuruh pengikutnya berpuasa sebulan dalam
setahun, sedangkan baginda berbuat lebih daripada itu. Melalui cara-cara ini Baginda
dapat menjadi role model yang terbaik kepada semua da jugalam menunjukkan
keimanan kepada agama msing-masing. Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan
penuh dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa kuasa luar biasa
walaupun dianugerahkan pelbagai keistimewaan oleh Allah SWT.
Dalam melaksanakan hak kebebasan beragama, Malaysia sebagai negara Islam
tidak menghalang agama-agama lain diamalkan dan dihormati dengan seadil-adilnya.
Perkara ini turut disebut di dalam perkara 11 Perlembagaan negara yang memberi
kebebasan beragama ke atas rakyat. Selain itu, melalui prinsip Islam Hadhari ini dapat
mengamalkan nilai-nilai seperti keimanan yang mantap, ketaqwaan yang mantap,

13

pegangan agama islam yang kukuh, pengamalan kolekktif nilai-nilai murni serta
masyarakat yang beragama selaras dengan prinsip pertama Rukun Negara.
2.4.2 Memperkukuh Rukun Negara serta Wawasan 2020.
Displin membentuk minda beretika dan beradab dalam jiwa seseorang. Kepatuhan
pada disiplin akan membentuk etika yang memberi panduan atau kaedah untuk
bertindak di atas landasan kebenaran. Kehidupan sosial tertakluk kepada dua perkara
iaitu kawalan diri luaran dan dalaman. Kita tertakluk kepada undang-undang bertulis
sebagai kawalan diri luaran. Sebagai kawalan diri dari sudut dalaman, kita bergantung
pada etika. Manusia bukan saja memerlukan undang-undang sebagai kawalan luaran
untuk hidup lebih aman, malah etika menyumbang kepada aspek pelaksanaan undangundang.
Pendekatan Islam Hadhari yang digariskan oleh kerajaan berhasrat membina
sebuah negara/masyarakat yang mengikat dua ciri iaitu sebuah negara/masyarakat
madani dan umrani. Sebuah negara/masyarakat madani adalah tamadun yang
membangun dari segi kemanusiaannya. Negara/masyarakat umrani pula membangun
dari segi fizikal atau materialnya. Islam Hadhari menggabungkan kedua-dua ciri itu.
Oleh itu, prinsip Islam Hadhari mengukuh dan memastikan nilai dalam Rukun Negara
dan Wawasan 2020 tidak dipinggirkan. Tidak hairan mengapa Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi bersungguh-sungguh mempromosikan Islam Hadhari ke
serata dunia kerana pendekatan itu adalah praktikal. Melalui pendekatan itu, faktor
akhlak memainkan peranan penting dalam diri setiap anggota masyarakat. Akhlak, etika
dan moral dalam pendekatan Islam Hadhari adalah asas yang memastikan maqasid
syariyyah (objektif syariah) dapat dilaksanakan. Hal itu kerana setiap ahli masyarakat
yang berakhlak dan bermoral akan dapat memberi sumbangan sosial berlandaskan
kebenaran dan keadilan. Tidak dapat dinafikan bahawa pegangan agama memainkan
peranan penting dalam diri seseorang. Ia berkait rapat dengan moral dan undangundang yang digubal berlandaskan moral. Landasan moral pula adalah agama.

14

Salah satu komponen terpenting dalam kepemimpinan itu adalah manusia


(insan). Oleh itu, pemimpin berakhlak dan beretika wajib dibentuk melalui satu program
dan pemantauan. Pemimpin kaya (umrani), tetapi kurang sifat madaninya
(kemanusiaan) akan menghancurkan masyarakat/tamadun. Sekiranya amanah dan
tanggungjawab diberikan kepada pemimpin tidak berakhlak, maka tunggulah saat
kehancuran masyarakat/tamadun itu. Ia bertepatan dengan maksud hadis: "Apabila
suatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah datangnya hari
kiamat."
2.4.3 Kerajaan adil dan beramanah
Adil ialah memberi hak kepada yang berhak. Pelaksanaan keadilan tidak melihat
kepada keturunan, warna kulit, bangsa dan kedudukan, miskin ataupun kaya, atau
perbezaan agama. Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan
kewajipan yang diberikan. Pendekatan Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus
(good governance ) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan
Negara yang cekap, adil, amanah dapat melahirkan Negara yang makmur. Selain itu,
Islam Hadhari menekankan amalan tadbir urus yang baik dan adil serta amanah
kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah akan
melahirkan negara yang baik, maju dan dirahmati. Rasulullah SAW menjalankan
kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama. Beliau menunjukkan beberapa
etika yang perlu dipatuhi oleh mana hakim.
Kepimpinan baginda yang adil dan saksama telah terserlah sebelum kerasulan
baginda lagi apabila berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara ketua ketua suku
Arab Mekah yang hampir menumpahkan darah iaitu meletakkan semula batu hitam
atau Hajarul aswad dipenjuru Kaabah. Yang seterusnya adalah mendamaikan
pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah melalui perjanjian Aqabah
satu dan dua. Nilai yang dapat dibangunkan ialah pentadbiran yang adil bagi semua
rakyat, tadbir urus yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan bertanggungjawab
serta kebajikan rakyat terpelihara dan berjimat cermat mengelak pembaziran.
15

Contohnya, di Malysia juga, segala undang-undang adalah untuk semua tanpa mengira
kedudukan dan agama.
2.4.4 Rakyat berjiwa merdeka
Rakyat berjiwa merdeka juga merukan salah satu aspek dalam Pendekatan
Islam Hadhari. Jiwa merdeka bermaksud jiwa insan yang tidak memberi kepatuhan
mutlak melainkan kepada Allah SWT semata-mata dan kepada Rasul-Nya. Kepatuhan
kepada makhluk selain dari-Nya adalah dilarang terutama dalam perkara berbentuk
maksiat dan derhaka. Antara faktor kejayaan sesuatu bangsa ialah sejauhmana minda,
sikap dan budaya masyarakat tersebut terikat dengan pemikiran dan amalan negatif,
tanpa berusaha melakukan sesuatu anjakan paradigma. Setiap rakyat perlu bersedia
untuk berubah dan memerdekakan pemikiran serta budaya yang positif dan melihat ke
hadapan.
Masyarakat yang berjiwa merdeka adalah masyarakat yang kreatif dan inovatif
serta dapat melahirkan idea-idea bermanfaat untuk membangun diri dan masyarakat.
Namun pada masa yang sama setiap anggota masyarakat masih terikat dengan
peraturan-peraturan dan undang-undang serta etika yang luhur. Kesan penjajahan yang
membelenggu semangat, pemikiran dan budaya perlu dipulihkan dengan semangat jati
diri. Semangat berjiwa merdeka sangat diperlukan bagi mengangkat martabat harga diri
dalam menghadapi sebarang situasi. Rakyat juga perlu konsisten dalam menghadapi
apa jua cabaran dari dalam dan luar, serta tidak taksub dengan budaya dan tradisi lama
yang bertentangan dengan nilai-nilai tamadun yang luhur. Manakala masyarakat yang
berjiwa merdeka boleh melahirkan pemikiran yang dinamik serta progresif. Idea-idea
bemas ini mampu memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke mercu
yang diredhai Allah.
Tambahan lagi, pelbagai nilai seperti semangat jati diri, berfikiran terbuka dan
mampu bersaing berdikari serta tidak taksub dengan budaya-budaya lama yang
melemahkan dapat diterapkan melaui aspek ini.
16

2.4.5 Penguasaan ilmu pengetahuan


Ilmu merupakan asas untuk mencapai kemajuan. Bangsa-bangsa yang berjaya dan
maju adalah mereka yang menguasai ilmu. Pendekatan Islam Hadhari menyeru rakyat
Malaysia supaya menjadi umat peneroka ilmu dalam pelbagai bidang. Tujuan
penguasaan ilmu adalah bagi mewujudkan umat yang bertamadun. Rakyat Malaysia
perlu menjadi umat peneroka ilmu, umat yang mampu berdikari, serta berupaya
menangani cabaran semasa dalam kehidupan. Dalam menghadapi cabaran globalisasi,
faktor ilmu bersepadu, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi
melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan
ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap
pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat.
Penguasaan ilmu pengetahuan secara berterusan akan membantu masyarakat
Malaysia sentiasa kehadapan dan bersifat semasa. Ini boleh dimantap dan
diperkasakan dengan penekanan ilmu bersifat Ilmu wahyu sehingga mampu menjana
sebuah negara yang disegani sebagaimana yang pemah dicetuskan tamadun Islam
suatu masa dahulu. Mereka menjadi pencetus perkembangan tamadun ilmu di dunia
barat. Nilai yang dapat dibangunkan dalam penghayatan aspek ini ialah umat yang
cintakan ilmu, menjadikan bangsapeneroka ilmu, mendalami ilmu fardhu ain (bagi umat
Islam) dan menguasai semua bidang ilmu fardhu kifayah, meninggalkan ilmu-ilmu
negatif yang boleh merosakkan akidah serta membina masyarakat melalui pendekatan
ilmu.
2.4.6 Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
Pendekatan Islam Hadhari menekankan pembangunan ekonomi yang seimbang
dan menyeluruh dalam masyarakat. Kerjasama yang baik antara agensi Kerajaan
17

dengan sektor swasta sangat diperlukan bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang
lebih mapan, serta memberi keutamaan kepada ekonomi yang berkait dengan
keperluan asasi rakyat.
Selain itu, membangunkan kekuatan ekonomi merupakan suatu tuntutan fardhu
kifayah, serta memenuhi konsep jihad dalam bidang tersebut. Pembangunan ekonomi
seimbang dan komprehensif memberikan satu pendekatan yang menggabungkan
kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan
melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan
ekonomi di dalam negara dan di peringkat global.
Ekonomi sesuatu ummah dan kekukuhannya merupakan tunggak dalam Islam.
Sistem ekonomi Islam menolak sebarang unsur-unsur ketidakadilan, malah Islam
memeranginya dari pelbagai sudut. Antaranya sistem riba dalam ekonomi yang
berteraskan kapitalisme. Contohnya, Rasulullah SAW memperkenalkan dasar ekonomi
baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah dan menggalakkan umat
Islam bekerja keras serta bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian. Beliau
berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang Yahudi.
2.4.7 Kehidupan berkualiti
Pendekatan Islam Hadhari menekankan aspek kualiti hidup secara kolektif. Kita
hendaklah menjadi umat yang berkualiti dari aspek pemikiran, tingkahlaku dan cara
hidup. Umat yang berkualiti mampu melahirkan idea-idea yang positif serta membentuk
masyarakat yang sejahtera. Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara
memenuhi keperluan asas kehidupan seperti meningkatkan kualiti penghayatan
kehidupan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan
yang aman damai, peluang dan hak memiliki harta, serta jaminan kepada generasi
masa hadapan yang cemerlang.

18

Ciri dan nilai yang dapat diterapkan melaui konteks ini ialah, menjadikan iadah
khusus sebagai kehidupan berkualiti, prsekitaran yang selamat dan selesa , mewujukan
keluarga yang harmoni serta mewujudkan masyarakat yang penyayang.

2.4.8 Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita


Islam melindungi hak dan kebajikan semua peringkat masyarakat khususnya kaum
wanita. Kedudukan kaum wanita adalah sangat mulia. Peranan mereka amat penting
dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Kedudukan mereka akan terus
dimartabatkan berdasarkan hak dan peranan yang bersesuaian. Pendekatan Islam
Hadhari juga ingin memastikan supaya tidak wujud pengabaian dari segi kebajikan
serta hak kumpulan minoriti dalam masyarakat, tanpa mengira bangsa ataupun suku
kaum untuk menjadi anggota masyarakat yang bahagia dan berjaya.
Hak kemuliaan insan di atas merupakan salah satu prinsip maqasid as-syariah
yang telah disebut terdahulu dan pembelaan yang dilakukan dalam Islam dibuat tanpa
diskriminasi walaupun berbeza dari segi agama. Jalinan penjagaan hak dalam Islam
Hadhari turut didokong menerusi undangundang dan perlembagaan negara. AI-Quran
telah merakamkan tentang penjagaan hak di atasnya. Di dalam beberapa siri
peperangan jihad umat Islam misalnya, golongan wanita yang dilihat lemah turut
memainkan peranan sekadar kemampuan mereka, apabila menyertai pasukan tentera
Islam dengan memberi sokongan moral dan rawatan ke atas tentera yang cedera di
medan pertempuran.
2.4.9 Keutuhan budaya dan moral
Dalam usaha meningkatkan kemajuan Negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan
moral perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan
luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin
kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat. Dengan demikian, kemajuan
19

ekonomi dan teknologi akan berkembang seiring dengan keluhuran budaya dan
ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Cabaran-cabaran semasa berkaitan
dengan kepincangan moral hendaklah diatasi secara bersepadu dan bijaksana oleh
setiap anggota masyarakat.
Islam Hadhari seperti yang telah dijelaskan sebelum ini merupakan satu bentuk
perubahan atau anjakan paradigma ke arah ketamadunan yang dikehendaki oleh Islam.
Namun ia bersifat menurut acuan Malaysia agar ia lebih dinamik. Dalam menetapkan
budaya menurut acuan tersendiri, Malaysia menerusi Islam Hadhari terus menekankan
prinsip raja berperlembagaan sebagai sumber budaya dan moral pentadbiran dalam
sistem pemerintahannya. Berbeza dengan sistem barat apabila faktor tanah dianggap
sebagai unsur asasi dalam pembinaan sesebuah kerajaan.
2.4.10 Pemeliharaan alam semula jadi
Pendekatan Islam Hadhari menekankan kesedaran tentang tanggungjawab dan
kepentingan hubungan antara manusia dengan alam. Alam semulajadi atau alam tabie
merupakan pinjaman daripada Allah SWT untuk keperluan manusia dan makhlukmakhluk lain. Justeru alam tabie perlu dimakmurkan secara bijaksana untuk
kesejahteraan sejagat secara berterusan. Pendekatan Islam Hadhari menekankan
aspek pemuliharaan alam semulajadi untuk kehidupan kini dan generasi akan datang
melalui pengurusan sumber alam yang seimbang dan terancang.
Pembangunan yang merosakkan eko-sistem harus diminimakan serendah yang
perlu, bukannya pembangunan yang berpaksikan faktor ekonomi sehingga menjejaskan
alam sekitar. Melalui pembudayaan ini, keindahan dan keunikan alam semulajadi boleh
dinikmati dan seterusnya membuktikan keagungan dan kewujudan Tuhan Maha
Pencipta. Tanpa alam semula jadi dunia tidak akan befungsi.
2.4.11 Kekuatan pertahanan

20

Islam Hadhari melihat bahawa pertahanan bukanlah isu sehala yang hanya merujuk
kepada kekuatan ketenteraan dan kekuatan teknologi persenjataan, malah Islam
Hadhari turut memfokuskan terhadap kekuatan diri, jati diri, fizikal dan spiritual. Ini
bermakna Islam Hadhari melihat aspek pertahanan dari perspektif yang lebih luas
maksudnya. Kekuatan persenjataan semata-mata tidak cukup bagi mempertahankan
negara, jika aspek pertahanan jati diri diabaikan.
Selain itu, Islam mengambil berat aspek keselamatan dan pertahanan Negara.
Pendekatan Islam Hadhari menekankan supaya negara memiliki kekuatan pertahanan
terbaik dan disegani serta mampu berdikari dalam urusan penyediaan alat dan
teknologi pertahanan. Di samping itu Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan
kepada usaha untuk membangunkan teknologi pertahanan yang sesuai dengan
keperluan semasa dan cabaran masa hadapan. Keselamatan sistem maklumat dan
kerahsiaan negara perlu dipertingkatkan. Pendekatan Islam Hadhari berusaha
menerapkan semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan rakyat bagi
mewujudkan sebuah negara yang aman damai dan berdaulat.
Peranan Nabi Muhammad memberi impak yang amat besar terhadap kekuatan
pertahanan. Beliau menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang
ketenteraan. Beliau menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah)
yang disertai oleh baginda. Akidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam
kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan. Beliau berjaya merangka taktik dan
strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islam.

21

3.0 Penutup

Gagasan hadhari boleh menjadi pemangkin ke arah ini. Sesungguhnya konsep hadhari
ini merupakan gagasan pemikiran dan gerak kerja yang amat bermakna bagi Malaysia
dalam usaha membangun sebuah negara maju serta bertamadun dalam kerangka
ajaran Islam sebagai agama rasmi negara. Pada asasnya, konsep hadhari merujuk
kepada amalan agama yang menekankan soal ketamadunan, pembangunan dan
kemajuan, yang bersifat komprehensif dan seimbang. Ini merujuk kepada keperluan
untuk menggabungkan kecemerlangan aspek fizikal dan spiritual, duniawi dan ukhrawi
dan kejayaan peribadi dan kesejahteraan masyarakat. Bagaimanapun, disebabkan ada
umat Islam yang terkeliru dan mengabaikan salah satu dan kedua-dua aspek, maka
nilai Hadhari ini perlu ditekankan bagi meletakkan kembali umat Islam pada landasan
sebenar mengikut syariatnya. Dalam sejarah pentadbiran negara, nilai-nilai hadhari
sememangnya dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan.
Usaha pembangunan membasmi buta huruf dan program membasmi kemiskinan
merupakan sebahagian daripada hadhari walaupun ia tidak disebut dengan istilah
sedemikian. Begitu juga dengan dasar-dasar yang bertujuan memperbaiki kedudukan
ekonomi Malaysia dan umat Islam semuanya merupakan sebahagian daripada ciri
Hadhari. Dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Wawasan 2020
juga selaras dengan hadhari. Konsep hadhari juga ialah Islam yang dinamik, yang
sedar akan perubahan-perubahan yang berlaku di sekelilingnya. Jika tidak, umat Islam
akan terus ketinggalan ditelan arus zaman. Cabaran-cabaran dalam bidang ekonomi,
kewangan, teknologi dan perdagangan antarabangsa yang bersifat global perlu disahut
supaya kita memperkasakan keupayaan dan potensi bagi menangkis segala bentuk
penindasan yang dilakukan oleh negara-negara maju.

22

Kemelut yang melanda ekonomi dunia 1997 menjadi iktibar bahawa kita perlu
bersedia pada bila-bila masa dan bertindak dengan penuh teliti dan tepat agar negara
tidak menerima kesan ketara daripada sesuatu kegawatan ekonomi. Dalam bidang
teknologi dan perdagangan, usaha-usaha perlu dilakukan supaya negara Malaysia
yang mempraktikkan budaya hadhari yang mampu berdaya saing dan memiliki
semangat kental bagi memajukan bidang-bidang tersebut setaraf dengan pencapaian
peringkat antarabangsa. Namun demikian, dalam mengejar kemajuan dan
melaksanakan pembangunan, Malaysia tidak mahu budaya Islam terkorban atau
terpinggir. Oleh sebab itulah, sejak dahulu lagi kerajaan sentiasa berusaha
memperkenalkan program-program Islam.
Kesimpulannya, konsep hadhari ini merupakan lanjutan kepada komitmen
berterusan mengisi erti sebagai agama rasmi negara yang ingin melihat kepentingan
pembangunan spiritual yang setara sebagai komponen penting dalam kehidupan
ummah. Namun begitu, kita melihat konsep hadhari mempunyai keistimewaan
tersendiri, lebih-lebih lagi Islam sering dikaitkan dengan gejala-gejala negatif seperti
kejahilan, kekolotan, kemunduran, penindasan dan keganasan. Kerajaaan perlu
memastikan konsep hadhari ini diambil serius oleh semua pihak sebagai slogan dan
amalan, bukan sahaja kerajaan tetapi juga rakyat keseluruhannya, termasuk badanbadan bukan kerajaan (NGO). Malahan Islam Hadhari sememangnya wajar dijadikan
sebahagian daripada ramuan indentiti khusus umat Islam di Malaysia. Rasullah SAW
sememangnya seorang role model yang tiada tangdingnya kerana baginda mempunyai
cirri kepimpinan yang luar biasa. Kita perlu mencontohi Islam Hadhari yang digubal
berdasarkan Piagam Madinah yang dibuat olah Rasullah SAW.
Kita memerlukan keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal.
Pendekatan menjayakan Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat
memperkasa perjuangan bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat. Petikan
Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dalam
Perhimpunan Agong UMNO ke 55 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
pada 23 September 2004.

23