Anda di halaman 1dari 27

Fungsi Kritikan Sastera

Sebagai satu cabang disiplin ilmu yang bersistematik serta bersifat saintifik, kritikan juga
mempunyai tujuan serta fungsi yang tertentu:
i. Proses Berkarya
a. Menentukan status sesebuah karya kreatif sama ada berkualiti atau tidak
b. Memudahkan pengarang melihat ciri-ciri karya kreatif yang bermutu, bagi membantu
pengarang menghasilkan karya yang lebih baik
c. Membantu pengarang menepati kehendak pembaca / kelompok pembaca karya kreatif
(Memberi keterangan kepada pengarang bagaimana menyesuaikan diri sendiri dengan pembaca)
d. Menepati kiteria-kiteria karya kreatif
e. Menolong pengarang mendidik orang ramai
ii. Penghayatan Karya
a. Memudahkan pembaca menikmati / menghayati sesebuah karya kreatif (kupasan / analisa)
b. Membantu pembaca memilih karya yang berkualiti (menolong membezakan karya yang baik
dan yang tidak baik)
c. Membudayakan budaya membaca. (Memberi perangsang dan mendidik orang ramai supaya
lebih giat membaca)
d. Memperkenalkan buku-buku baru kepada orang yang tidak sempat membacanya
iii. Dunia Kritikan
a. Memperkembang serta menyebarluaskan ilmu pengetahuan
b. Mempromosi / mempopularkan ilmu kritikan sebagai satu disiplin ilmu yang boleh membantu
percambahan pengetahuan
c. Menyedarkan masyarakat tentang realiti sebenar kesusasteraan (Menolong menghapuskan
sebarang prasangka yang buruk terhadap sastera)
d. Membantu menjadi jalan tengah di antara pembaca dengan penulis (Membaiki salah faham di
antara pengarang dengan pembaca)
KRITIKAN SARANAN
Menganjurkan sesuatu untuk memperbaiki kekurangan atau memantapkan lagi unsur-unsur
membina sesebuah karya sastera atau memberi alternatif dari segi teknik dan sebagainya.Kritikan
ini jelas akan mengalirkan nilai positif dan amat signifikan kepada khalayak pembaca, pengarang
dan kritikan sastera itu sendiri. Pengkritik sewajarnya bertindak Secara objektif, prihatin dan
profesional.
KRITIKAN PENDEKATAN
Pertimbangan dan penilaian terhadap hasil sastera Yang dilakukan dengan menggunakan sesuatu
aspek atau landas tinjauan yang tertentu. Landas atau tinjauan itu merupakan ilmu atau Teori
tertentu.

KRITIKAN PENGANALISISAN
Kritikan yang bertujuan menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan yang sebenar,
termasuk menentukan kedudukan, prestasi dan pencapaian karya. Dalam proses ini pengkritik
akan melihat sesuatu aspek dalam karya secara terperinci dan mendalam sama ada tentang
bahasa, tema,plot perlambangan, nilai, sudut pandangan, aliran dan ideologi yang menyerlah di
dalam karya.
KRITIKAN PENILAIAN
Kritikan yang dibuat dengan melakukan pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks sastera
yang menyangkut tentang mutu. Dalam kritikan ini sesuatu teks sastera itu dapat ditentukan
mutunya melalui kekuatan dan kelemahan yang terkandung di dalamnya. Apa
Pun pengkritik tidak boleh bersikap bias / emosional atau memihak kepada mana-mana
Individu. Pengkritik harus jujur dengan menunjukkan kekuatan dan kelemahan karya secara
nyata.
Nota Ringkas Kritikan Sastera
Tajuk: Ciri-ciri Kritikan
Ciri Pendekatan
KRITIKAN PENDEKATAN
Pertimbangan dan penilaian terhadap hasil sastera Yang dilakukan dengan menggunakan sesuatu
aspek atau landas tinjauan yang tertentu. Landas atau tinjauan itu merupakan ilmu atau Teori
tertentu.
Maksud:
Pendekatan bermaksud suatu proses atau cara mendekati ssesuatu.Ianya merupakan usaha yang
dirangka dalam aktiviti pengkajian atau kaedah untuk mencapai pengertian tentang masalah
penelitian.
Contoh:
1. PENDEKATAN INTRINSIK
2. PENDEKATAN EKSTRINSIK
3. PENDEKATAN MORAL / AGAMA
4. PENDEKATAN PSIKOLOGI
5. PENDEKATAN SOSIOLOGI
KELEBIHAN / PERANAN
1. KAJIAN LEBIH BERVARIASI
Penggunaan pendekatan akan memudahkan pembaca memahami kritikan
2. MUDAH DIFAHAMI
Memungkinkan teks dikaji daripada beberapa aspek dengan kepelbagaian.
3. LEBIH WAJAR
Pendekatan memudahkan kajian dilakukan dan jelas.

4. PEMAHAMAN YANG BERKESAN


Pendekatan yang digunakan akan memberi kesan yang lebih mendalam
Ciri Penganalisisan
KRITIKAN PENGANALISISAN
Kritikan yang bertujuan menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan yang sebenar,
termasuk menentukan kedudukan, prestasi dan pencapaian karya. Dalam proses ini pengkritik
akan melihat sesuatu aspek dalam karya secara terperinci dan mendalam sama ada tentang
bahasa, tema,plot perlambangan, nilai, sudut pandangan, aliran dan ideologi yang menyerlah di
dalam karya.
Maksud:
Penganalisisan bermakna menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan sebenarnya,
termasuk menentukan kedudukan, prestasi atau pencapaian. Ianya juga bererti pengkritik
melaksanakan kerja penghuraian atau penganalisisan.
KELEBIHAN / PERANAN
1. Pengkritik melihat sesuatu aspek secara rinci /mendalam
2. Pengkritik melihat teknik penulisan yang digunakan
3. Pengkritik akan meninjau kepengarangan
4. Meneliti kecenderungan karya
Ciri Penilaian
KRITIKAN PENILAIAN
Kritikan yang dibuat dengan melakukan pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks sastera
yang menyangkut tentang mutu. Dalam kritikan ini sesuatu teks sastera itu dapat ditentukan
mutunya melalui kekuatan dan kelemahan yang terkandung di dalamnya. Apa
Pun pengkritik tidak boleh bersikap bias / emosional atau memihak kepada mana-mana
Individu. Pengkritik harus jujur dengan menunjukkan kekuatan dan kelemahan karya secara
nyata.
Maksud:
Kritikan yang dibuat dengan melakukan Pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks Sastera
yang menyangkut tentang mutu.
KELEBIHAN / PERANAN
1. Menentukan kekauatan atau kelemahan sesuatu karya sastera
2. mengetahui dan memahami banyak aspek
3. mengemukakan hujah dalam memberi justifikasi
4. jujur dan tidak bersikap bias
Sejarah Perkembangan Kritikan:
Kritikan Tahun 1950-an (Corak Kritikan ASAS 50)

Fakta 1: Kritikan berasaskan percanggahan falsafah berkarya.


H/C : Falsafah seni di antara Seni untuk masyarakat dengan Seni untuk seni telah
menambahkan kerancakkan dalam bidang kritikan kesusasteraan.
Seni untuk masyarakat telah didukungi oleh Asraf, A.Samad Ismail, Keris Mas manakala seni
untuk seni pula dianuti oleh Hamzah.
Fakta 2: Kritikan lebih mementingkan mesej,persoalan,pengajaran dan memberi kesedaran.
H/C : Kebanyakkan karya sastera yang ditulis oleh kebanyakkan penulis ASAS 50 inginkan
karya sastera berarah,berfalsafah dan bermatlamatkan kesedaran masyarakat pembaca.
Fakta 3: Kritikan turut menekankan Fungsi sosial
H/C : Karya sastera yang memberi tumpuan dan penekanan pada fungsi sosial akan dilihat
sebagai karya yang berjaya dan jika sebaliknya ianya akan di anggap gagal.Kiteria inilah yang
tidak dipersetujui oleh Hamzah, kerana baginya sastera mestilah berfungsi mendidik dan
menghiburkan.
Fakta 4: Kritikan menggunakan pendekatan Formalistik
H/C : Aspek-aspek gaya bahasa, plot dan perwatakan turut menjadi tumpuan untuk dianalisis
dalam kebanyakan kritikan yang ditulis oleh kebanyakkan penulis ASAS 50.
Fakta 5: Kritikan berkisar kepada pemasalahan keunggulan karya sastera.
H/C : Karya-karya sastera yang paling unggul ialah karya sastera yang secara totalnya memihak
dan membangunkan rakyat. Ini jelas dalam esei asraf yang berjudul Mencari Pembaharuan
dalam Kesusasteraan Melayu (Mastika, Mei 1950).
Fakta 6: Kecenderungan bentuk kritikan kepada sesuatu ideologi atau pegangan tertentu.
H/C : Kebanyakan esei kritikan yang ditulis berkisar pada ideologi tertentu iaitu sama ada
ideologi Seni untuk masyarakat ataupun Seni untuk seni.
Fakta 7: Kritikan-kritikan teori yang menintikberatkan permasalahan estetik sastera tidak
diterima.
H/C : Kritikan-kritikan yang agak terbuka dan membicarakan soal estetika karya sastera tidak
mendapat perhatian yang sewajarnya. Ini adalah kerana slogan ASAS 50 yang lebih dominan
telah menyebabkan kritikan tersebut ditolak. Dimana Hamzah yang banyak membicarakan soal
estetika karya sastera tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dan kemudiannya dia telah
disingkirkan daripada pertubuhan ASAS 50.
Fakta 8: Kritikan sastera tidak begitu tersusun dengan baik .
H/C :Persoalan dan idea tentang sastera sering dicampuradukkan dengan soal-soal peribadi
sehingga kritikan-kritikan sastera yang terhasil menjadi lebih bersifat krisis peribadi.
SEJARAH PERKEMBANGAN KRITIKAN
ZAMAN SELEPAS PERANG (1960-1970 an)
Latar belakang:

Kritikan sastera bertambah baik dan maju (walaupun sebenarnya ianya agak perlahan) Namun
jika diteliti menerusi aspek-aspek tertentu jelas
Kritikan sudah mulai diterima sebagai salah salah satu genre sastera.
Kritikan sastera pada era ini lebih bersifat teoritikal sudah ada arah tuju dan lebih berdisiplin.
Aspek-aspek yang dinilai
1.Pertambahan bilangan penulis
Latarbelakang:
Terdiri daripada pelbagai latarbelakang pendidikan, profesion, ilmu dan pengalaman.
Golongan Pertama:
Golongan ini mendapat pendidikan secara formal dalam bidang
Kesusasteraan (termasuk bidang Kritikan)
Ciri-ciri Kritikan golongan pertama
Bersifat ilmiah (Kajian & Penelitian terperinci)
Dihasilkan dalam bentuk tesis, disertasi dan monograf
Merangkumi banyak genre
Lebih beragam
Menggunakan pendekatan Formalistik / struktural
Golongan kedua:
Golongan peminat sastera & Kritikan (tidak mendapat pendidikan secara formal dalam bidang
Kesusasteraan)
Ciri-ciri Kritikan golongan kedua
Dihasilkan dalam bentuk karangan pendek yang kurang penelitian
Kebanyakan dalam bentuk esei
Kurang daya analisis
Disiarkan dalam majalah dan akhbar
Pendekatan terlalu subjektif / tidak bersifat impresionis
2.Keragaman/Variasi pendekatan
2.1 Pendekatan Sosiologi (warisan ASAS 50)
2.2 Pendekatan Formalistik
2.3 Pendekatan Struktural
2.4 Pendekatan Psikologi
Antara tokoh-tokoh kritikan yang menggunakan
Pendekatan di atas ialah:
Kassim Ahmad, Baharudin Zainal,Umar Junus ,Shahnon Ahmad, Hashim Awang, Yahya Ismail,
Ramli Isin.
3.Memiliki ilmu Kritikan khusus
3.1 Esei Kritikan Lebih teliti
3.2 Kebanyakkan kritikan bersifat kajian

3.3 Kritikan lebih terarah kerana terdapatnya penggunaan


pendekatan tertentu
3.4 Huraian / Analisis bersifat objektif
4.Ketelitian Kritikan yang ditulis
Memiliki Ilmu Kritikan Secara khusus
Ilmu Kritikan diajar diperingkat Universiti
(Universiti Malaya 1952 Singapura)
Universiti Malaya pindah ke Kuala Lumpur
Jabatan Pengajian Melayu.
DBP turut mengeluarkan majalah berkaitan dengan sastera.
5. Esei kritikan dibukukan
Karya kritikan dibukukan untuk bahan rujukan pelajar universiti menjadikannya sebagai tesis
Contoh:
Yahya Ismail (Menggunakan Pendekatan Sosiologi & Formalistik)
1. Kesusasteraan Moden Dalam Esei dan Kritikan 1 1967
2. Mengkaji Fiksyen 1967
3. Kesusasteraan Moden dalam Esei dan Kritikan 11 1968
Kassim Ahmad
1. Perwatakan Dalam Hikayat Hang Tuah 1964
2. Jalan Pulang, Ranjau Sepanjang Jalan & Salina
SOALAN:
Kritikan sastera di Malaysia pada tahap selepas kemerdekaan lebih maju dan tinggi
perkembangannya , berdasarkan kenyataan tersebut, jelaskan perkembangan kritikan sastera,
iaitu
Fakta 1: Kritikan bertambah baik dan maju berbanding sebelumnya.
Huraian/Contoh: Pertambahan bilangan penulis yang semakin ramai terlibat dalam penulisan
kritikan menjelaskan yang bidang ini semakin maju.
Antaranya ialah Yahya Ismail yang tampil dengan pendekatan yang dikenali sebagai pendekatan
New Criticsm.
Fakta 2: Berlaku pertambahan bilangan penulis / pengkritik
Huraian/Contoh: Kebanyakan penulis/pengkritik datang dari pelbagai latarbelakang sama ada
yang mendapat pendidikan formal dalam bidang kesusasteraan ataupun tidak.
Fakta 3: Keragaman dan variasi pendekatan yang digunakan dalam kritikan
Huraian/Contoh: Selain daripada penerusan / kesinambungan pendekatan sosiologi yang
digunakan sejak zaman ASAS 50 muncul beberapa pendekatan lain yang turut digunakan oleh
pengkritik yang mendapat ilmu dari Universiti tempatan mahupun luar negeri.
Yahya Ismail tampil dengan pendekatan Formalistik, Hashim Awang pula dengan pendekatan
struktural.

Fakta 4: Ketelitian penulisan kritikan


Huraian/Contoh: Penulisan kritikan lebih teliti dan terperinci kerana bersifat kajian kritikan lebih
tersusun dan jelas serta bersifat objektif.
Umar Junus menggunakan Pendekatan Formalistik di mana beliau mengkritik puisi-puisi melayu
yang termuat dalam bukunya yang berjudul Perkembangan puisi Melayu moden.
Fakta 5: Pengkritik kebanyakkannya memiliki ilmu kritikan secara khusus.
Huraian/Contoh: Pembukaan Universiti Malaya dan perpindahannya ke Kuala Lumpur membuka
ruang kepada ramai pelajar mendapat ilmu berkaitan dengan kritikan.
Antaranya ialah Kassim Ahmad yang merupakan antara pengkritik yang cukup dominan dalam
tahun 1960-an.
Fakta 6: Karya/Esei kritikan yang ditulis oleh pengkritik mulai dibukukan / didokumentasikan.
Huraian/Contoh: Karya/Esei yang dihasilkan oleh mahasiswa/siswi dibukukan untuk tujuan
rujukan yang kebanyakkannya dalam bentuk latihan ilmiah ataupun tesis.
SOALAN :
Yahya Ismail menggunakan pendekatan formalistik dan sosiologi menghasilkan karya yang
berjudul Kesusasteraan Moden Dalam Esei dan Kritikan 1 tahun 1967.
Fakta 1:Pengkritik muncul dengan pendekatan baru
Huraian/Contoh: Terdapat diantara pengkritik yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar
negara di peringkat sarjana. Kritikan di barat sudah berada pada tahap yang maju dan
berkembang serta diterima sebagai satu disiplin ilmu.
Hashim Awang tampil dengan pendekatan Psikoanalisis kerana terpengaruh dengan teori yang
dikemukakan oleh pakar psikologi Sigmund Freud.
Fakta 2: Terdapat pengkritik yang menerapkan nilai-nilai agama
Huraian/Contoh Agama yang merupakan sebahagian sastera kerana ianya pernah menjadi
wahana dalam penyaluran nilai-nilai agama.
Kitab suci al-Quran merupakan karya sastera yang terlalu agung dan tinggi nilainya yang tidak
termampu untuk ditandingi manusia.
Fakta 3: Tercetusnya polemik di antara pengkritik
Huraian/Contoh Polemik tercetus akibat daripada para sarjana tidak bersetuju dengan idea dan
pendapat yang disuarakan berhubung dengan doktrin, falsafah dan teologi.
Antara polemik yang mencetus kontroversi dan berpanjangan ialah polemik antara Shahnon
Ahmad dengan Kassim Ahmad sekitar tahun 1982 berhubung dengan konsep sastera Islam yang
disiarkan dalam majalah Dewan sastera.
Fakta 4: Kritikan yang dihasilkan mulai terikat dengan etika.
Huraian/Contoh Pengkritik yang menghasilkan kritikan mulai memperlihatkan etika kritikan
dengan bersifat jujur dan ikhlas. Kritikan tidak lagi menyentuh soal peribadi, lebih
bertanggungjawab, setiap pernyataan diikuti dengan hujah dan bukti-bukti yang jelas dan
kukuh.Antara karya kritikan yang dapat dilihat ialah karya Dharmawijaya iaitu Nasionalisme

dalam puisi-puisi melayu.


Fakta 5:Ilmu kritikan diterima sebagai satu cabang ilmu Kesusasteraan Melayu.
Huraian/Contoh: Ilmu kritikan diterima dan mulai diajar sebagai satu disiplin ilmu dalam
kesusasteraan melayu di Institutsi Pengajian Tinggi.
Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan dan Universiti Sains Malaysia telah memperkenalkan
kritikan sebagai satu cabang ilmu.
Fakta 6: Penggunaan pendekatan-pendekatan baru.
Huraian/Contoh: Ramai pengkritik tampil dengan pendekatan-pendekatan baru yang lebih tepat
dan kegiatannya juga semakin berkembang.
Antara tokoh pengkritik baru yang tampil dengan pendekatan baru ialah Muhammad Hj. Salleh
dengan pendekatan puitika, Hashim Awang dengan pendekatan Estetika.
Fakta 7: Kritikan telah diperkatakan secara meluas dan mendapat perhatian pihak-pihak tertentu.
Huraian/Contoh: Kegiatan kritikan telah menjadi bahan yang turut diperkatakan dalam seminar
dan juga mendapat perhatian daripada pihak-pihak tertentu.
SOALAN
Pada tahun 1973 Seminar Kritikan Sastera telah diadakan di Johor Baharu yang dianjurkan
bersama Kementerian Belia dan Sukan.
Perkembangan Tahun 1960-an
Skema cadangan:
Tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan kritikan sastera.
F1: Faktor penubuhan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Huraian/contoh: Telah melahirkan ramai tokoh-tokoh akademik dan pengkritik muda yang
menerima ilmu kritikan secara formal. Antaranya ialah Kassim Ahmad, Umar Junus dsb.(m.s 698
Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden)
F2: Faktor perkembangan media massa dan media elektronik
Huraian/contoh: Kebanyakan akhbar dan majalah pada era ini menyediakan ruangan khas untuk
kritikan. Antara akhbar dan majalah yang prolifik menyiarkan kritikan ialah Utusan Melayu,
Berita Harian, Mastika dsb. .(m.s 698 Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden)
F3: Faktor Peningkatan sistem pendidikan
Huraian/contoh: perkembangan sistem pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan telah
menambah bilangan pembaca dan seterusnya melahirkan generasi yang berminat dalam kritikan
antaranya golongan pendidik, polis, kerani dsb. .(m.s 699 Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden)
F4: Faktor kritikan sastera mulai diterima sebagai satu disiplin ilmu
Huraian/contoh: Kritikan sastera mulai diterima sebagai satu disiplin ilmu yang tidak kreatif
tetapi deskriptif dan ilmiah sifatnya. Ini mendorong pihak universiti memperkenalkannya sebagai
satu kursus dalam pengajian. .(m.s 699 Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden)
F5: Faktor Pendekatan kritikan mula diamalkan

Huraian/contoh: Kritikan mulai dikerjakan secara formal dan ilmiah dengan pelbagai
pendekatan, dan ini membolehkan kritikan memiliki arah dengan natijah tertentu. Antara
pendekatan kritikan yang digunapakai seperti pendekatan Formalistik, Sosiologi dan pendekatan
moral.
F6: Kemunculan ramai penulis-penulis muda / perkembangan dalam bidang penulisan / karya
sastera yang dihasilkan semakin bertambah.
Huraian/contoh: Kesan langsung perkembangan sistem pendidikan, keghairahan golongan muda
berkarya, membuka ruang kepada perkembangan kritikan. Sebagai contoh genre novel sekitar
tahun 1960-64 yang diterbitkan hanya 31 buah, telah meningkat menjadi 187 buah di sekitar
tahun 1965 69. (m.s 70 Teori dan Pendekatan Kritikan Sastera Moden oleh Mana Sikana)

SOALAN
Empat ciri Kritikan jurnalistik (m.s 699 -701 Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden)
F1: Kritikan yang belum cukup serius pengolahannya/ tidak cukup ilmiah
Huraian/contoh: Kritikan yang dilakukan hanya bersifat selenjang terbang tidak lengkap dengan
catatan atau catatan kaki serta bibliografi sebagai rujukan.
F2: Kebanyakkan disiarkan dalam ruang khas dalam akhbar dan majalah.
Huraian/contoh: Kebanyakan kritikan jurnalistik mendapat tempat dalam ruangan sastera yang
disediakan oleh kebanyakkan akhbar dan majalah antara suratkhabar dan majalah yang
menyiarkan kritikan jurnalistik ialah Utusan Melayu, Berita Minggu
F3: Tidak menggunakan pendekatan tertentu
Huraian/contoh:Pengkritik yang terlibat dalam menghasilkan kritikan pada era ini kebanyakan
tidak terdedah dengan teori dan pendekatan tertentu. Mereka terdiri daripada peminat
kesusasteraan yang kebanyakannya penulis lepasan sekolah menengah. Antaranya seperti Keris
Mas, A. Samad Said, M.Noor Azam.
F 4: Kritikan tidak analitis / pendek / kurang daya analitis
Huraian/contoh: Kritikan yang dihasilkan adalah dalam bentuk esei-esei pendek yang yang
disiarkan dalam suratkhabar. Ini kerana mereka belum didedahkan kepada teori, pendekatan dan
amalan kritikan secara formal.
F5: Pengkritik yang terlibat tidak menerima pendidikan secara formal.
Huraian/contoh:Mereka terdiri dari kalangan peminat kesusasteraan Melayu yang menulis hasil
daripada pembacaan buku. Ada diantaranya bekerja sebagai kerani, anggota polis, tentera. editor,
pemberita dan pegawai tadbir.

SOALAN
Dua pendekatan kritikan yang digunakan oleh pengkritik pada era
F1: Pendekatan Formalistik
Huraian/contoh: Pendekatan ini memberikan penekanan terhadap isi dan bentuk karya sastera,
dengan kata lain perhatian formalistik adalah terhadap persoalan dan struktur karya seperti plot,
perwatakan, latar sudut pandangan dan lain-lain.
Yahya Ismail Kesusasteraan Melayu dalam Esei Kritikan I dan II
Mengkritik novel Rentung karya Shahnon Ahmad, Sisa
Laut oleh Wijaya Mala, Tak Ada Jalan Keluar oleh Suratman Markasan.
Hashim Awang - Cerpen Melayu Sebelum Perang Satu analisa tentang tema dan struktur.
F2: Pendekatan Sosiologi
Huraian/contoh: Satu cara melihat karya sastera dengan mengaitkannya dengan masyarakat.
Mementingkan masyarakat kerana sastera adalah cerminan masyarakat.
Kassim Ahmad - Esei Kesusasteraan Melayu Baru dalam Masyarakatnya(Majalah Bahasa)
Beliau telah mengkritik novel Musafir karya Hassan Muhamad Ali.
Ramli Isin - Riak dan gelombang
F3: Pendekatan Moral
Huraian/contoh: Ukuran moral paling asas yang digunakan dalam kritikan sastera adalah
menolak karya-karya tidak bermoral dan sebaliknya menggalakkan pengolahan dan penghasilan
karya-karya bermoral sebagai contoh dan teladan kepada pembaca.
Baharuddin Zainal - mengkritik sajak Sidang Roh dan Penyairmu karya Kassim Ahmad.
Mohd. Noor Azam - mengkritik cerpen Rindu Anak Pada Ayah karya Rokiah Abu Bakar.
Pendekatan Estetika :
Definisi
Pengetahuan yang luas tentang Estetika iaitu yang membicarakan
Tentang teknik penulisan, seni mengarang, kreativiti dalam
Pengolahan dan persembahan khususnya kemahiran mencipta
Dan melahirkan bentuk-bentuk baru terutama dalam bahasa.
Tumpuan/Penekanan:
1. Kesan keindahan, pengalaman, perasaan, imaginasi dan
wawasan.
2. Memahami dan menghayati keindahan penggunaan gaya
bahasa pengarang dalam menghasilkan karya sastera.
3. Keindahan dan keistemewaan, ketrampilan pengarang dalam

pengolahan karya.
Ciri-ciri Karya Sastera sebagai karya Seni:
1. Menerangkan keindahan Sastera berdasarkan ciri-ciri keindahan bahasa.
2. Kesatuan karya Sastera itu dibina Atau dianyam Secara tersusun
3. Kerumitan karya Sastera itu berasaskan Isi dan unsur-unsur Bahasa yang di
gunakan
4. Karya sastera Yang baik atau bermutu Harus memiliki Kualiti dari Aspek
Gaya bahasa.
Rumusan:
Karya sastera adalah rakaman pengalaman kehidupan Insan di sarwajagat ini dengan tafsiran
pengarangnya. Ianya merupakan cerita-cerita biasa. Akan tetapi ia dijanakan atau
disalingbaurkan dengan daya imaginasi, kreativiti dan disesuaikan pula dengan pengalaman atau
pendidikan Pengarang menghasilkan karya sastera yang indah dan menarik.
Contoh & Karya:
Novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad merupakan sebuah novel biasa yang
memaparkan Persoalan kemiskinan hidup petani menerusi watak Lahuma dan Jeha, tetapi ianya
menjadi indah dan menarik ditangan Shahnon Ahmad kerana pengarangnya berupaya
meninggalkan impak (kesan) kepada emosi, imaginasi dan pengalaman pembacaan tentang nasib
keluarga Lahuma dan Jeha. Shahnon juga berupaya menguasai laras bahasa petani-mudah, tepu
dengan perulangan dan ianya adalah stail pengarang.
Dalam Puisi aspek gaya bahasa dimanipulasikan dengan baiknya untuk menghasilkan sebuah
karya seni yang indah dan menarik. Antara penyair yang mendapat perhatian Ialah: Usman
Awang, Rahman Shaari, Lim Swee Tin, Kemala dan T. Alias Taib.mereka amat prihatin dalam
pemilihan diksi bagi memperoleh kepersisan, teliti dalam pembinaan kalimat dan penggunaan
simbol serta citra, di samping unsur rima dan Ritmanya.
2. Mana Sikana merupakan tokoh kritikan tanah air yang yang terkenal
Bincangkan sumbangan beliau dalam perkembangan sastera tanah air. [25]
(a) Latar belakang
F1 : Nama sebenar Abdul Rahman Napiah.
F2 : Lahir pada 9 Oktober / 1945 di Bagan Serai Perak.
F3 : Menerima pendidikan awal di Sekolah Umum, Bukit Chandan / Kuala Kangsar, Perak.
F4 : Meyambung pelajaran di SM Izzuddin Shah, Ipoh (1959 1967)
F5 : Giat menulis sejak dibangku sekolah / pernah dilantik sebagai pengarang majalah sekolah.

F6 : Mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur (1967-1968)


F7 : Pernah mengajar di beberapa buah sekolah di Johor Baharu.
F8 : Aktif menulis skrip drama radio / TV ketika mengajar di Johor Baharu.
(b) Sumbangan Karya
F1 :Mana Sikana banyak menulis kajian / kritikan sastera
Contoh:
Dalam Tema Kewujudan, dalam Dewan Sastera. Julai 1976
Sastera Islam dan Hubungannya dengan Sastera Melayu, dalam Dewan Bahasa, Ogos 1976
Pengakuan dan Penyanggahan Resensi dan Kritikan, dalam Dewan Bahasa, April 1977.
Penyair-penyair Muktahir Malaysia Terbaik, dalam Sewan Bahasa, April 1978.
Kaktus-kaktus karya Kemala, dalam Dewan Bahasa, Disember 1979.
F2 : Banyak terlibat dengan polimik contohnya tentang sastera Islam / perkembangan drama
mutakhir / aliran sastera / karya-karya bercorak eksperimental.
Contoh
Pemikiran Islam dalam Sastera Melayu (1983)
Aliran dalam Sastera Melayu (1983)
F3 : Giat menulis drama pada awal 1975 hingga kini.
Contoh
Apa-Apa (1981)
Jejak-jejak yang Hilang (1982)
F4 : Beliau juga aktif menulis karya kreatif
Contoh
Api di Lembah Ketibung (1981)
Api di Lembah Kecubung (1981)
Santau (1981)
F5 : Mana Sikana banyak menulis esei yang bersifat akademik
Contoh
Abzyz (1986)
Kritikan Sastera: Teori dan Kaedah (1986)
Perkembangan dan Perubahan Drama Melayu Moden (1989)

Teori Kesusasteraan Moden: Strukturlisme, Samaiotik, Stilistik, Psikoanalisis, Resepsi dan


Intertekstualiti (1990)
Sastera Melayu Moden: perubahan dan Tamadun (1991)
ISU
Elemen-elemen yang akan diteliti :
1. Latar belakang (Sejarah)
Bila
Siapa
Di mana
2. Isu (Topik)
Definisi
Tokoh yang terlibat
3. Contoh karya yang dihasilkan
1. PERTENTANGAN FUNGSI SENI
Latar belakang:
Tahun 1950-an / Era ASAS 50 wujud 2 kelompok yang memperjuangkan
konsep / falsafah Seni yang berbeza antara Seni untuk masyarakat seni untuk seni.
Di antara tokoh yang Terlibat:
Asraf dan rakan-rakan dengan Hamzah (wujud polemik antara mereka)
Isu / Topik Pertentangan konsep atau falsafah seni:(antara 2 falsafah seni)
Seni Untuk Masyarakat
Mementingkan fungsi sosial dan menekankan persoalan perutusan unsur didaktik dan sastera
harus berupaya menyedarkan masyarakat.
Seni untuk seni
Sastera adalah wahana yang berfungsi untuk mendidik serta memberi
Hiburan kepada khalayak pembaca. Dalam tradisi Yunani ianya
Menekankan keperluan keindahan atau estetika sama pentingnya
Dengan fungsi sosial, persoalan, mesej dan didaktik.
Daripada 501 buah esei kritikan yang dihasilkan oleh pengarang ASAS 50,hampir 75 %
daripadanya membincangkan tentang fungsi seni sastera. Kebanyakkannya berpihak kepada Seni
untuk Masyarakat. Hamzah dan kelompok kecilnya terpinggir.
Isu ini cukup signifikan dalam jagat Kritikan Kesusasteraan Melayu dan ianya sama penting
dengan penubuhan ASAS 50 itu sendiri.
Kesan percanggahan falsafah seni ini menyebabkan penulisan esei dan kritikan yang
menggunakan teori kesusasteraan bertambah rancak dan dihasilkan dalam jumlah yang banyak.
Mutu eseinya juga meningkat.

IDEALISME FORMALISTIK
Latar belakang
Pendekatan yang tertua digunakan dalam jagat kritikan di Malaysia iaitu menerusi tulisan Keris
Melayu tahun 1935. Ada pula pendapat yang menyatakan bahawa Aminuddin Baki yang
memulakan kritikan Formalistik apabila beliau mengkritik novel Korban Kesuciannya
Karya Keris Mas tahun 1949.
Penubuhan UM 1952 di Singapura turut menyumbangkan perkembangan penggunaan
pendekatan Formalistik sabagai satu pendekatan dalam kritikan.
Pendekatan ini digunapakai secara serius dalam kritikan pada
1960-an.
Prof. Hashim Awang
Menamakan pendekatan Ini sebagai pendekatan Struktur:
Iaitu menilai aspek-aspek Formal yang terdapat dalam sesebuah karya
Sastera, seperti tema,Plot,watak, latar,s.pandangan dan G.bahasa.
Prof. Rahman Shaari
Dalam karya prosa Formalistik melihat perwatakan, plot,Gaya bahasa, nada dan latar.Bagi karya
puisi pula aspek Bunyi, rentak dan gaya bahasa.
Yahya Ismail:
Pendekatan ini disebut juga Ontological criticism beliau adalah pendukung New Criticsm
Kritikan yang melihat karya Sastera sebagai karya sastera.
KAITAN SASTERA DENGAN MASYARAKAT
Dari perspektif sejarah, isu ini mula menyerlah dalam jagat kritikan Kesusasteraan di tanah air
kita seawal dekad 1950-an. Ianya ditandai dengan kemunculan ASAS 50. Sasterawan yang
mengasaskan ASAS 50 bergerak berteraskan Moto Seni untuk Masyarakat.Isu perkaitan
sastera dengan masyarakat menjadi semakin mantap dan serius dalam dekad 1960-an
terutamanya di tangan Kassim Ahmad, di mana beliau memperlihatkan kemantapan dalam
pengemukaan isi dan istilah dari aliran realisme sosialis.Kesusasteraan merupakan wahana
konkrit dalam bentuk dokumentasi yang berupaya memberikan senario atau gambaran peristiwa
masyarakat
Pada era mana pun.Sastera merakamkan segala aktiviti kegiatan manusia atau masyarakat.
Berbicara tentang kaitan sastera dan hubungannya dengan masyarakat bermaksud kita meneliti
karya sastera dan hubungannya dengan masyarakat sama ada masyarakat tempat karya itu
dilahirkan atau masyarakat yang menghasilkan karya itu.
Asraf Kesusasteraan ialah lebih dari hanya bayangan sesuatu masyarakat kesusasteraan tidak
terpencil sendiri dalam suatu menara gading yangIndah.Kesusasteraan dan masyarakat, keduaduanya mempunyai pertalian yang rapat dan tidak terpisah antara satu sama lainnya.

Contoh Soalan:
2. Terdapat pelbagai isu dibicarakan dalam tulisan kritikan sastera.
(a) Nyatakan lima isu tersebut [10m]
(a) Isu-isu
F1 : Konsep Pertentangan Fungsi Seni.
F2 : Idealisme Formalistik.
F3 : Kaitan Sastera dengan Masyarakat.
F4 : Konsep Sastera Islam.
F5 : Penggunaan Pendekatan Barat dengan Pendekatan Melayu.
(b) Huraikan tiga isu tersebut beserta peranannya. [15m]
i. Isu Konsep Pertentangan Fungsi Seni
F1 : Isu ini bermula pada tahun 50-an ketika ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan.
F2 : Pertentangan konsep ini adalah antara konsep Seni Untuk Masyarakat dan Seni Untuk Seni.
F3 : Konsep Seni Untuk Masyarakat didukung oleh Ashraf manakala Hamzah Hussain
memperjuangkan Seni Untuk Seni. Hamzah dikatakan gagal dalam perjuangannya.
F4 : Konsep Seni Untuk Masyarakat merupakan hasil karya yang berlandaskan masyarakat,
memandangkan masyarakat ketika itu hidup miskin / tertindas.
F5 : Karya-karya yang memperkatakan tentang masyarakat disanjung tinggi kerana
kandungannya memperjuangkan cita-cita masyarakat.

ii. Isu Idealisme Formalistik


F1 : Penubuhan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya menjadikan kritikan lebih
berdisiplin dan berilmu seperti Syed Husin, Ali Ahmad, Hassan Ahmad dan juga Baha Zain.
F2 : Kritikan ini dimantapkan lagi dengan kemunculan Hashim Awang, Shahnon Ahmad, dan
Yahya Ismail yang mirip kritikan ala barat.
F3 : Kritikan lebih menitikberatkan keseimbangan antara persoalan dan estetik.
F4 : Peranan penting kritikan yang membabitkan isu ini ialah kritikan yang dilakukan dengan
lebih mendalam jika dibandingkan dengan kritikan zaman Aminuddin Baki pada tahun 40-an.
F5 : Kritikan ini tertumpu kepada intrinsik seperti tema / persoalan/ watak / latar dsb.
iii. Isu Kaitan Sastera Dengan Masyarakat
F1: Bermula ketika perjuangan ASAS 50.
F2 : Slogan Seni Untuk Masyarakat lebih mementingkan masyarakat dalam karya.
F3 : Contoh tulisan Ashraf ialah Mencari Pembaharuan dalam Kesusasteraan Melayu.
F4 : Kassim Ahmad mengkritik Ranjau Sepanjang Jalan, dan Meditasi. Kassim Ahmad
menganggap Ranjau Sepanjang Jalan agak aneh kerana tidak menepati realiti hidup petani.
Beliau menganggap karya ini bernada pesimis.
F5 : Kassim Ahmad juga menganggap sajak Sungai Mekong tidak bermanfaat kepada
masyarakat.

iv. Isu Konsep Sastera Islam


F1 : Isu ini ketara pada akhir tahun 1970-an dan 1980-an.
F2 : Isu ini dimulakan oleh Shahnon Ahmad dalam tahun 1977 dengan gagasan bersastera
mengikut Islam wajib dijalankan kerana Allah / tiada yang lain melainkan Allah.
F3 : Shahnon berpendapat sastera merupakan salah satu amalan manusia supaya manusia
sentiasa merealisasikan dirinya sebagai hamba / khalifah Allah.
F4 : Tercetus polimik antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad berhubung konsep sastera
Islam; polimik tertumpu kepada sifat, definisi dan fungsi kesusasteraan Islam.
F5 : Bagi Kassim Ahmad seni sastera Islam ialah seni yang dicipta oleh manusia dengan
menggunakan bahasa dan mengandungi keindahan / kebenaran / kebaikan serta nilai estetik.
v. Isu Penggunaan pendekatan Barat dengan Pendekatan Melayu
F1 : Isu ini timbul dalam arus kritikan sastera di Malaysia sekitar awal 1970-an.
F2 : Tokoh yang lantang menyuarakan pendekatan kritikan Barat ini ialah Yahya Ismail yang
baginya, sastera Melayu harus belajar dari Barat yang merupakan kerabat kesusasteraan dunia.
F3 : Pengkritik-pengkritik yang berpegang kepada prinsip ini mahu memindahkan teknik kritikan
Barat dengan harapan mahu melihat sastera Melayu melepaskan diripada dari cengkaman
kebangsaan yang sempit.
F4 : Pendapat ini telah mendapat tentangan hebat penulis/pengkritik Malaysia dan tokoh yang
paling lantang ialah Shahnon Ahmad yang berpendapt bahawa sastera Melayu mempunyai nilai,
budaya, sejarah dan ukuran tersendiri.
F5 : Sebelum 1970-an Kassim Ahmad dan Pena Patriot cuba menggemukakan pendekatan
realisme sosialis yang menjurus kepada melahirkan sisitem masyarakat sosialis.
.

2. Kehadiran isu kritikan dalam jagat kesusasteraan Melayu menjadikan situasi kesusasteraan
bangsa kita semakain rancak dan menyerlahkan petanda-petanda yang baik dan matang. Bertitik
tolak pada dekad 1950-an sehingga ke penghujung dekad 1990-an dapat dikenal pasti sekurangkurangnya lima isu yang cukup releven dan signifikan dalam jagat kritikan kesusasteraan.
Antaranya isu pertentangan fungsi sastera, isu idealisme formalistik dan juga isu sastera Islam.
Berdasarkan penyatan dia atas,
(a) nyatakan tokoh-tokoh pengkritik yang terlibat dalam memperkatakan isu-isu di atas. [6]
i. Isu Pertentangan Fungsi Seni
Fakta 1: Asraf (1 markah)
Fakta 2: Hamzah (1 markah)
ii. Isu Idealisme Formalistik
Fakta 1: Yahya Ismail (1 markah)
Fakta 2: Hashim Awang (1 markah)
iii. Isu Sastera Islam

Fakta 1: Kassim Ahmad (1 markah)


Fakta 2: Shahnon Ahmad (1 markah)
(b) Huraikan isu-isu di atas yang telah menjadi polemik di kalangan tokoh-tokoh pengkritik di
atas [12]
i. Isu Pertentangan Fungsi Seni
Fakta 1: Asraf tampil dengan falsafah Seni Untuk Masyarakat
Huraian/Contoh: Mementingkan fungsi sosial dan menekankan persoalan / perutusan
unsur didadktik dan sastera harus berupaya menyedarkan masyarakat.
Ini terbukti menerusi esei tulisannya bertajuk Mencari Pembaharuan
dalam Kesusasteraan Melayu, Mastika , Mei 1950.
Fakta 2: Hamzah tampil dengan falsafah Seni Untuk Seni
Huraian/Contoh : Sastera adalah wahana yang berfungsi untuk mendidik serta
memberikan hiburan kepada khalayak pembaca. Dalam tradisi Yunani
ianya menenkankan keperluan keindahan atau estetika sama pentingnya
dengan fungsi sosial, persoalan, mesej dan didaktik.
Adakah Kesepian di dalam Kesusasteraan Kita, Majalah Hiboran.
ii. Isu Idealisme Formalistik
Fakta 1: Hashim Awang menamakannya sebagai pendekatan struktur
Huraian/Contoh: Kecenderungan pendekatan ini menelusuri unsur-unsur dalaman atau
struktur yang membina sesebuah karya sastera. Kenyataan ini diperjelaskan oleh beliau dalam
bukunya yang bertajuk Kesusasteraan Melayu dalam Kritikan dan Sejarah.
Fakta 2: Yahya Ismail menamakannya sebagai pendekatan ontologikal (New Criticsm)
Huraian/Contoh: Pendekatan ini melihat aspek yang membina sesuatu karya sastera
dengan memadukan unsure-unsur ekstrinsik dengan unsure-unsur
intrinsik. Kupasan beliau ini dimuatkan dalam bukunya berjudul Kesusasteraan Melayu Dalam
Esei dan Kritikan I & II.
iii. Isu Sastera Islam
Fakta 1: Sahnon menegaskan sastera Islam adalah dari segi lahiriah dan batiniah
Huraian/Contoh: Mencakupi fenomena dalam karya, latarbelakang aspirasi dan nawaitu
pengarangnya serta berpaksikan ketauhidan dan keimanan pengarang. Contohnya kertas kerja
Shahnon bertajuk Kesusasteraan : Antara yang
Hak dengan Batil.
Fakta 2: Kassim memberatkan logik dan berpendapat sastera Islam bersifat sejagat
Huraian/Contoh: Sastera Islam bersifat sejagat dan ianya boleh menerima nilai-nilai
universal . Justeru itu, sastera Islam boleh ditampilkan oleh pengarang

bukan Islam asalkan ianya mempunyai nilai-nilai agama Islam.


Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad, 1987
Polemik Sastera Islam, K.L, DBP.
(c) Bincangkan kepentingan isu isu di atas dalam perkembangan kritikan sastera di Negara kita.
[7]
Fakta 1: Melahirkan ramai golongan pengkritik baru.
Fakta 2: Merancakkan lagi dunia kritikan / jagat kritikan
Fakta 3: Menyerlahkan lagi bidang kritikan sebagai satu disiplin ilmu.
Fakta 4: Kritikan Sastera mulai mendapat tempat dalam jagat Kesusasteraan dan diterima sebagai
satu genre sastera.
Fakta 5: Membantu menjelaskan senario sebenar tentang sesuatu isu yang menjadi polemik.
Fakta 6; Menyuburkan minat masyarakat kepada genre kritikan sastera sebagai satu disiplin
ilmu.
(c) Kepentingan isu-isu di atas dalam perkembangan kritikan
Pendekatan Agama
Pendekatan agama ialah satu kaedah mencari nilai-nilai agama daripada sebuah karya sastera
untuk dijadikan contoh dan teladan bagi Pembaca.
Pendekatan agama dalam Kritikan sastera bertujuan untuk membimbing masyarakat
Pembaca/audeins dan Memberi Pengajaran berteraskan Ajaran agama.
Dalam pengertian Falsafah ,agama ialah satu konsep yang telah dirumuskan tuhan dan
diturunkan melalui Kitab / sunnah nabi bagi menentukan Kebaikan dan Keburukan.
Apabila agama dikaitkan dengan kesusasteraan, Para peneliti dan Pemina sastera meletakkan
bahawa sesebuah karya yang baik itu haruslah memiliki
Nilai-nilai agama berdasarkan ajaran dalam kitab / sunnah nabi.
Ciri-ciri Pendekatan Agama:
Sesebuah karya sastera yang mempunyai nilai-nilai agama harus disanjung.
Mementingkan isi(berteraskan ajaran agama) daripada bentuk
Menganalisis karya dari sudut pengajaran atau didaktiksme
Mempunyai dasar atau norma-norma yang ditetapkan oleh ajaran agama berteraskan kitab alquran dan hadis
Pendekatan ini turut mengambilkira dasar-dasar agama mementingkan nilai-nilai dan norma
masyarakat
Nilai-nilai agama tidak statik dan bersifat dinamis sesuai sepanjang zaman
Contoh Kritikan Pendekatan Agama:
Kritikan Suhor Antarasaudara (Dewan Sastera, Febuari 1976:33-35) Beliau mengkritik kumpulan
sajak Penemuan karya A. Wahab Ali kritikannya bukan sahaja menunjukkan nilai-nilai positif

yang berhubungan dengan Islam tetapi menegur penyairnya apabila wujud aspek yang dianggap
bertentangan atau tidak releven dengan ajaran Islam. Shahnon Ahmad turut mengkritik
menggunakan pendekatan agama Ini dapat dilihat menerusi kritikan beliau terhadap novel Salina
karya A.Samad Said. Shahnon Ahmad berusaha menerapkan pendekatan agama dalam
mengkritik watak dan perwatakan Siti Salina sebagai insan yang ...
kekosongan iman yang membiarkan dirinya berada dalam...
kemabukkan rasaa dan sengaja menjerumuskan dirinya ke lembah
pelacuran di samping...menyimpan jantan iaitu Abdul Fakar.
Perbandingan antara Pendekatan Moral & Agama
Perbezaan:
1. Nilai dan norma moral ditentukan oleh sesuatu masyarakat
2. Nilai dan norma agama ada kaitannya dengan peraturan dan hukum-hakam agama yang
ditetapkan oleh tuhan.
3. Nilai dan norma moral tidak seragam dan berbeza-beza pula mengikut tempat,masa dan
masyarakat.
4. Nilai dan norma agama relevan pada era apa pun dan di mana sahaja.
Persamaan
1. Matlamat kedua-duanya menjurus kepada kebaikan nahi mungkar
2. Mewujudkan kesejahteraan hidup dalam masyarakat.
3. Cenderung memberi nasihat / pengajaran kepada khalayak pembaca.
PENDEKATAN ESTETIKA/KEINDAHAN
Pendekatan estetika ini bermula sebagai satu cabang Disiplin ilmu lingkuistik yang mula
berkembang di Benua Eropah pada penghujung abad ke-19 dan Awal abad ke-20. Dimana nilai
sesebuah karya sastera dilihat dari
Sudut keberkesanan penggunaan stailistik atau Gaya bahasa sebagai aspek keindahan dalam
Sesebuah karya sastera.
Genre Sastera mempunyai
Nilai-nilai estetika atau keindahan yang tersendiri. Sastera adalah karya seni yang mempunyai
keindahan
Keindahan adalah bersifat subjektif
Pentafsiran berasaskan Perasaan & kejiwaan seseorang
Keindahan turut melibatkan Teknik dan aspek gaya Bahasa.
DEFINISI
Menurut Prof. Hashim Awang Kesusasteraan yang menggunakan PendekataN Estetika di mana
karya Sastera dianggap sebagai hasil seni Perbincangan dan penilaian keseluruhannya berkisar
pada unsur-unsur seni yang terdapat dalam karya.
Pengetahuan yang luas tentang Estetika iaitu yang membicarakan tentang teknik penulisan, seni
mengarang, kreativiti dalam pengolahan dan persembahan khususnya kemahiran mencipta dan
melahirkan bentuk-bentuk baru terutama dalam bahasa.

Tumpuan:
1. Kesan keindahan, pengalaman, perasaan, imaginasi dan
wawasan.
2. Memahami dan menghayati keindahan penggunaan gaya
bahasa pengarang dalam menghasilkan karya sastera.
3. Keindahan dan keistemewaan, ketrampilan pengarang dalam
pengolahan karya.
Ciri-ciri Karya Sastera Subjektif
Menerangkan keindahan sastera berdasarkan ciri-ciri Keindahan Bahasa.
Kesatuan karya sastera itu dibina atau dianyam secara tersusun kerumitan karya sastera itu
berasaskan Isi dan unsur-unsur bahasa yang digunakan
Karya sastera yang baik atau bermutu harus memiliki kualiti dari aspek Gaya bahasa.
Karya sastera adalah rakaman pengalaman kehidupan Insan di sarwajagat ini dengan tafsiran
pengarangnya. Ianya merupakan cerita-cerita biasa. Akan tetapi ia dijanakan atau
disalingbaurkan dengan daya imaginasi, kreativiti dan disesuaikan pula dengan pengalaman atau
pendidikan Pengarang menghasilkan karya sastera yang indah dan menarik.
Novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad merupakan sebuah novel biasa yang
memaparkan persoalan kemiskinan hidup petani menerusi watak Lahuma dan Jeha, tetapi ianya
menjadi indah dan menarik ditangan Shahnon Ahmad kerana pengarangnya berupaya
meninggalkan impak (kesan)kepada emosi, imaginasi dan pengalaman pembacaan tentang nasib
keluarga Lahuma dan Jeha. Shahnon juga berupaya menguasai laras bahasa petani-mudah, tepu
dengan perulangan dan ianya adalah stail pengarang.
Dalam Puisi aspek gaya bahasa dimanipulasikan dengan baiknya untuk menghasilkan sebuah
karya Seni yang indah dan menarik.antara penyair yang mendapat perhatian Ialah:
Usman Awang, Rahman Shaari, Lim Swee Tin,Kemala dan T. Alias Taib Mereka amat prihatin
dalam pemilihan diksi bagi memperoleh kepersisan, teliti dalamPembinaan kalimat dan
penggunaan simbol serta citra, di samping unsur rima dan ritmanya.

2. Kritikan telah menjadi satu daripada genre penting dalam kesusasteraan Melayu, dikerjakan
secara formal dan ilmiah dengan pendekatan-pendekatan yang pelbagai dan ditentukan (juga
diterima) supaya setiap tulisan memiliki arah dengan natijah tertentu juga. Hanya dengan
mengamalkan pendekatan tertentu sahaja maka kesusasteraan kita dapat dipastikan
peningkatannya. (Petikan , Sejarah Kesusasteraan Melayu, hlm. 703)
Berdasarkan petikan di atas.
a). Namakan dua pendekatan dan nama pengkritik yang paling awal digunakan dalam jagat

kritikan di Malaysia.
i. Pendekatan formalsitik Aminuddin Baki
ii. Pendekatan Sosiologi Asraf
b). Berdasarkan salah satu pendekatan yang anda nyatakan di atas, huraikan
i. Maksud [4]
a. Pendekatan Formalistik
i. Pendekatan Formalistik (maksud)
F1 : Kritikan yang meneliti binaan sesebuah karya dari segi aspek instrinsik.
F2 : Binaan dalamanan sesebuah karya sastera atau struktur binaan sesebuah karya
F3 : Karya prosa aspek yang diteliti melibatkan aspek latar, gaya bahasa, plot dan tema.
F4 : Karya puisi aspek yang diteliti melibatkan aspek, rentak, gaya bahasa, bentuk dan juga
struktur.
ii. Ciri-ciri
F1 : Tema, rumusan atau persoalan yang dibuat selepas tamat membaca sesebuah karya.
F2 : Memberi penekanan terhadap isi dan bentuk karya sastera yang juga dikenali dengan istilah
ekstrinsik dan intrinsik.
F3 : Perhatian pendekatan formalistik adalah terhadap persoalan dan struktur karya seperti plot,
perwatakan latar, sudut pandangan dan lain-lain.
F4 : Melihat struktur atau bentuk karya mengikut lunas-lunas tertentu seperti tema, plot, watak,
gaya bahasa dan beberapa unsur lain.
F5 : Melihat keharmonian / kesesuaian aspek-aspek intrinsik yang membina sesebuah karya
sastera.
iii. Tokoh dan contoh karya [4]
iii. Tokoh dan contoh karya
F1 : Yahya Ismail Mengkritik novel Lambak karya Zaid Ahmad
H/C1 : Tumpuan terhadap isi cerita, watak walau bagaimanapun ia turut menyentuh aspek
simbolisme. Beliau menganggap aspek gaya bahasa dan teknik novel ini berhasil Teknik naratif
yang digunakan lebih mudah bagi mengawal perjalanan cerita.
F2 : Hashim Awang- Mengkritik novel keluarga Gerilya oleh Pramoedeya Anantateor.
H/C2 : Struktur binaan yang menjadi tumpuan ialah aspek plot, signifikan dengan nama
pendekatan struktural. Beliau melihat sudut plot, menurut beliau novel tersebut plotnya terbahagi
kepada tujuh peringkat, peringkat-peringkatnya ialah permulaan, pertikaian, perumitan,
perkembangan, tegangan, kemuncak, tegangan akhir dan peleraian.
c). Penggunaan pendekatan tertentu dalam kritikan jelas dapat meningkatkan lagi mutu
kesusasteraan Melayu. Buktikan.
F1 : Memperbaiki atau meningkatkan mutu karya sastera
H/C1 ; Pendekatan yang digunakan yang turut melibatkan penggunaan ilmu tertentu boleh

memberi impak kepada penulis, dimana penulis boleh mengambil pengajaran terhadap aspekaspek yang lemah. Contohnya kritikan yang dihasilkan oleh Hashim Awang menjadi rujukan
kepada golomngan penulis.
F2 : Dapat mendorong / melahirkan aliran baru / menggiatkan pelbagai ragam / stail penulisan.
H/C2 : Pengkritik bukan hanya menegur, tetapi turut memberikan saranan, senario ini boleh
membantu penulis mencuba sesuatu yang baru. Seperti kritikan yang dibuat oleh Yahya Ismail.
F3 : Berfungsi menganalisis, menghurai, menilai karya sastera.
H/C3 : Penggunaan pendekatan tertentu dalam kritikan akan memboleh pengkritik menganalisis
sesebuah karya dengan lebih terperinci dan ini akan membolehkan penulis mengenalpasti
kelemahan atau kekuatan sesebuah karya sastera dari setiap aspek.
2. Pendekatan agama merupakan salah satu pendekatan yang semakin popular dalam dunia
kritikan di tanah air kita.
(a) Jelaskan maksud pendekatan agama [4]
Fakta 1: Pendekatan agama ialah Satu kaedah mencari nilai-nilai agama daripada sesebuah karya
sastera untuk dijadikan contoh dan teladan bagi pembaca.
Fakta 2: Pendekatan agama dalam Kritikan sastera bertujuan untuk membimbing masyarakat
pembaca/audeins dan memberi pengajaran berteraskan ajaran agama.
Fakta 3: Dalam pengertian Falsafah ,agama ialah satu konsep yang telah dirumuskan tuhan dan
diturunkan melalui kitab / sunnah nabi bagi menentukan kebaikan dan keburukan.
Fakta 4: Apabila agama dikaitkan dengan kesusasteraan, para peneliti dan peminat sastera
meletakkan bahawa sesebuah karya yang baik itu haruslah memiliki nilai-nilai agama
berdasarkan ajaran dalam kitab / sunnah nabi
(b) Huraikan empat prinsip kritikan pendekatan agama [12]
Fakta 1: Sesebuah karya sastera yang mempunyai nilai-nilai agama harus disanjung
Huraian/contoh: Karya sastera yang isi ceritanya menekankan nilai-nilai agama iaitu nilai-nilai
baik yang termaktub dalam ajaran agama akan mendapat pengiktirafan sebagai sebuah karya
yang baik. Pengiktirafan panel penilai terhadap novel Mereka Yang Tertewas karya Hasanudin
Md. Isa yang mempunyai nilai-nilai agama telah meletakkan buku itu sebagai novel bercirikan
Islam.
Fakta 2: Mementingkan isi(berteraskan ajaran agama) daripada bentuk
Huraian/contoh: Aspek isi ialah cerita dan persoalan yang dipaparkan dalam karya. Isi karya pula
ditentukan oleh corak dan aliran masyarakat waktu itu, lebih-lebih lagi persoalan yang menjadi
topik semasa. Sastera yang mempunyai nilai-nilai agama adalah sastera yang dianggap bermutu
dari segi isinya.

Fakta 3: Menganalisis karya dari sudut pengajaran atau didaktiksme dalam agama
Huraian/contoh: Didaktik dalam sastera ialah karya yang mengandungi unsur-unsur pengajaran
yang boleh memandu para pembaca ke suatu arah dan tujuan yang berguna. Dari prinsip itu,
kesusasteraan mempunyai suatu tanggungjawab etika iaitu alat untuk memperbaiki masyarakat
dari sudut agama.
Fakta 4: Mempunyai dasar atau norma-norma yang ditetapkan oleh ajaran agama berteraskan
kitab al-quran dan hadis
(c) Jelaskan kepentingan pendekatan agama dalam genre kritikan [9]

(b) Huraikan empat prinsip kritikan pendekatan agama


Huraian/contoh: Karya sastera sebagai sumbangan bagi meninggikan adab/kemanusiaan dari
sudut agama.
Fakta 5: Pendekatan ini turut mengambilkira dasar-dasar agama
Huraian/Contoh: Dalam kritikan tempatan ajaran agama islam turut diberi penekanan, elemenelemen yang berkaitan dengan dasar-dasar agama seperti yang termaktub dalam kitab.
Fakta 6: Nilai-nilai agama tidak statik dan bersifat dinamis sesuai sepanjang zaman
Huraian/Contoh: Perubahan nilai masyarakat terus terjadi dan ianya turut mempengaruhi karyakarya sastera yang mana didalamnya turut memuatkan nilai-nilai agama yang sesuai sepanjang
zaman.
(c) Jelaskan kepentingan pendekatan agama dalam genre kritikan
Fakta 1 : Menjurus kepada kebaikan / nahi mungkar dan kesejahteraan hidup masyarakat.
Huraian/contoh: Pengkritik yang menggunakan pendekatan agama akan menjurus / menilai
aspek yang dianggap bertentangan atau tidak releven dengan ajaran Islam.Contoh Kritikan oleh
Suhor Antarasaudara yang menegur penyair-penyair yang tidak menunjukkan nilai-nilai positif
menurut ajaran Islam.
Fakta 2: Memberi nasihat kepada khalayak masyarakat
Huraian/contoh: Nasihat yang berteraskan ajaran agama agar para penulis tidak terpesong dari
segi akidah dan pegangannya. Contohnya Shahnon Ahmad yang pernah mengkritik sajak-sajak
Kassim Ahmad yang bertajuk Sidang Roh dan Iman.

Fakta 3: Menentukan karya sastera yang mempunyai elemen-elemen agama.


Huraian/contoh: Pendekatan agama penting bagi menetukan jalur tulisan sesuatu karya sastera
berada pada landasan yang betul. Contoh Shahnon Ahmad pernah mengkritik novel Salina karya
A.Samad Said dengan tajuk kritikannya Siti Salina: Sebuah Renungan Kembali Beliau
mengkritik perwatakan Salina sebagai insane yang kekosongan iman kerana menjuruskan dirinya
ke lembah pelacuran.
2. Pendekatan Keindahan (Stilistik) merupakan pendekatan yang sering digunakan dalam
kegiatan kritikan sastera.
a) Jelaskan pengertian pendekatan tersebut
Fakta 1: Kajian yang berkaitan dengan usaha mendapatkan
atau membuktikan ciri-ciri keindahan bahasa yang universal
dalam sesebuah karya.
Fakta 2: Kajian kepada stail dan teknik dalam konteks fungsi keindahan dan
dan intelektual
Fakta 3: Kajian yang melihat karya sastera sebagai hasil seni.
Perbincangan dan penilaiannya berkisar kepada unsur-unsur seni
yang terkandung dalam karya sastera.
b) Huraikan TIGA unsur yang ditekankan dalam pendekatan itu. [9] c) Nyatakan TIGA sebab
pendekatan ini penting digunakan dalam kritikan sastera. [12]
Fakta 1 Mencari keindahan bahasa
H/C - Memperlihatkan keserasian kekerapan pemakaian bentuk-bentuk
linguistik tertentu seperti ayat-ayat, kata-kata, dan bunyi-bunyi huruf
tertentu.
- Memahami dan menghayati keindahan penggunaan bahasa dalam
karya
Fakta 2 Keragaman bahasa
H/C - Menilai keindahan melalui keragaman bahasa dengan
keserasiannya
- Dapat menunjukkan kebenaran yang dihasratkan penulis
Fakta 3 Menilai kesan keindahan secara menyeluruh
H/C - Memeriksa sastera dengan tumpuan utama kepada gaya dan
teknik penulisan dalam konteks fungsi / makna dalam system nilai
tertentu.
- Menilai keindahan karya dari segi pengalaman, perasaan,
imaginasi, dan wawasan.
Fakta 4 Keindahan dan keistimewaan karya

H/C - Menilai keindahan dan keistimewaan pengolahan karya


- Membicarakan teknik penulisan, seni mengarang, kreativiti dalam
persembahan karya
- Membincangkan unsur-unsur seni yang terkandung dalam karya
sastera.
c) Tiga sebab pendekatan Keindahan (Stilistik)
Fakta 1 Menerangkan keindahan
H/C - Dapat menerangkan keindahan karya sastera itu dengan lebih
baik
- Menunjukkan keselarasan pemakaian ciri-ciri keindahan bahasa
yang universal dan yang tertentu dalam karya sastera
Fakta 2 Membimbing pembaca
H/C - Membantu pembaca menikmati karya sastera dengan lebih baik.
- Unsur keindahan dalam karya dicungkil untuk dibaca dan dihayati
pembaca.
- Membantu pembaca memilih karya / merangsang minat membaca
karya sastera.
Fakta 3 Membimbing penulis
H/C - Membantu penulis membaiki atau meninggikan mutu karyanya
- Membantu penulis memahami kemahuan pembaca.
- Memberi panduan dan merangsang penulis menghasilkan karya
yang baik
Fakta 4 Menilai karya sebagai sebuah hasil seni
H/C - Untuk menentukan sesebuah karya mempunyai unsur-unsur
keindahan
- Membezakan antara teks yang baik dengan teks yang tidak
Bermutu dari segi kepuitisan / keindahan bahasa
- Menyumbang / menyampai pengetahuan melaui tafsiran
tentang karya tersebut.
Soalan 2
Konsep Pendekatan Sosiologi [ 4 ]
F1: Pendekatan Sosiologi merupakan satu cara mengaitkan sastera dengan masyarakat.
F2: Perkaitan sastera dengan masyarakat dalam pendekatan sosiologi dilihat menerusi tempat
karya sastera itu dihasilkan.
F3: Pendekatan sosiologi juga melihat karya sastera sebagai cerminan masyrakat.
F4: Pendekatan sosiologi juga melihat karya sastera sebagai satu dokumen sosial.

Tiga Unsur Dalam Pendekatan Sosiologi. [ 9 ]


F1 : Unsur Perkaitan antara karya sastera dengan masyarakat karya itu dihasilkan.
H1 : Pandangan pengkritik sosiologi terdapat perkaitan/perhubungan yang rapat antara karya
sastera dengan masyarakat karya itu dihasilkan. Ini kerana pengarang adalah anggota sesuatu
masyarakat tidak dapat mengelak daripada menjadikan kehidupan masyarakatnya dan dirinya
sebagai bahan utama untuk menghasilkan karya sastera.
C1 : Novel Empangan , karya Zakaria Ali menceritakan pengalamannya semasa belajar di
Amerika Syarikat dan kehidupan masyarakatnya yang mengamalkan adat Pepatih di Negeri
Sembilan.
F2 :Unsur karya sastera sebagai cermin masyarakat.
H2 : Pengkritik Sosiologi beranggapan bahawa sesuatu karya sastera itu merupakan bayangan
atau refleksi dari kehidupan sesuatu masyarakat. Ini disebabkan sesuatu karya sastera itu seakanakan boleh menggambarkan gambaran kehidupan sebenar pada masa karya itu di hasilkan.
C2 : Novel Salina , karya A. Samad Said dapat menggambarkan penderitaan hidup segelintir
masyarakat Melayu di kota di zaman perang.
F3 :Unsur karya sastera sebagai dokumentasi sosial.
H3 : Pengkritik Pendekatan Sosiologi percaya bahawa sesuatu karya sastera adalah alat perakam
atau rekod peristiwa yang boleh dijadikan dokumen sosial sesuatu masyarakat. Ini kerana karya
sastera itu berupaya merakam peristiwa dan nilai-nilai masyarakat pada satu-satu waktu tertentu.
C2 : Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur , karya Keris Mas merupakan dokumentasi
masyarakat golongan koperat Melayu di era selepas merdeka.
Empat tokoh Pengkritik Sosiologi dan tulisannya, [12]
F1 : Asraf (Asraf Haji Abdul Wahab)
H/C1 : Berpegang kepada fahaman , kesusasteraan dan masyarakat mempunyai perkaitan yang
amat rapat. Mempelopori slogan Seni Untuk Masyarakat .Karya sastera dengan masyarakat
tiada terpisah antara satu sama lain.Masyarakat dan sastera adalah satu.Kajian ke atas karya
sastera sama dengan kajian ke atas masyarakat di mana karya itu dihasilkan kerana sastera
adalah cermin masyarakat. Tulisan kritikan Asraf : Mencari Pembaharuan dalam Kesusasteraan
Melayu.dlm. Mastika, Mei 1950.
F2 : Kassim Ahmad
H/C2 : Berpegang kepada fahaman realisme sosialis dalam menghasilkan karya terdapat
kecenderungan yang besar memuatkan masyarakat.menerapkan istilah sosialis dalam kritikan
seperti kapitalis, proletar , borjuis , reaksioner , revolusioner , kelas , progresif dan radikal. karya
yang bermutu adalah kesepaduan antara persolan-persolan masyarakat dengan nilai
estetika/keindahan. menyanjung tinggi karya Masuri SN, Keris Mas dan Usman Awang kerana
disamping persoalan masyarakat tidak mengetepikan keindahan karya.Tulisan kritikan Kassim
Ahmad, Kesusasteraan Melayu Baru dalam Masyarakatnya. dlm. Bahasa, Januari 1957.
F3 : Ismail Hussein
H/C3 : Berpegang kepada fahaman akar umbi (tradisi) terdapat perkaitan antara karya

dengan masyarakat sesuatu tempat/sejarah tradisinya.mengaitkan teori(ilmu) sastera Melayu


dengan dengan tradisi atau akar umbinya.kritikannya bersifat nasionalistik dalam konsep Melayu
dan gagasan Nusantara segala penderitaan dan pergolakan yang digambarkan dalam karya
seharusnya dikaikan dengan sejarah, politik, kebudayaan dan sistem nilai masyarakat
Melayu.Tulisan kritikan Ismail Hussein, Sastera dan Masyarakat Kuala Lumpur, Pustaka
Zakry Abadi : 1974.
F4 : M. Noor Azam.
H/C4 : Berpegang kepada fahaman bahawa proses penghasilan karya sastera terbit daripada
masyarakat.cenderung memperkatakan tema dan persoalan dalam karya ada hubungannya
dengan kehidupan masyarakat tersebut.mengupas karya sastera dalam hubunganya dengan
kehidupan dan masyarakat yang melahirkan karya berkenaan. Tulisan kritikan M. Noor Azam ,
Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Melayu 1957 -1972 (antologi bersama) Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976.
F5 : Ramli Isin
H/C5 : Berpegang kepada fahaman bahawa terdapat hubung kait sosial karya dengan realiti
semasa tumpuan tulisan kritikan terhadap keadaan sosial serta kemanusiaan orang- orang kota
dan desa.Isu utama karya adalah penderitaan yang dipancarkan oleh masyarakat kota atau desa
melalui karya sastera. Tulisan kritikan Ramli Isin , Riak dan Gelombang Sastera Melayu.
Kuala Lumpur .Dewan Bahasa dan Pustaka : 1984.

Anda mungkin juga menyukai