Anda di halaman 1dari 3

PENJODOH BILANGAN

1. Siti Misha menerima __________ kalung mutiara kerana telah berjaya dalam peperiksaannya.
A seuntai
B seurat
2. Penjual sate di Jalan Wakaf Bahru telah menjual beratus-ratus __________ sate dalam tempoh beberapa
jam sahaja
A batang
B cucuk
3. Kartina membawa __________ sirih setiap kali menziarahi neneknya.
A seikat
B sepiak (sekacip pinang)
4. Ayah pergi ke tepi hutan dengan membawa __________ parang untuk mencari __________ kayu api.
A sebilah ... seberkas
B sebilahsebatang
5. Semasa pulang ke kampung, ibu membawa beberapa __________ pakaian untuk dihadiahkan kepada nenek.
A pasang
B helai
6. Hanya dengan sebuah perahu kecil yang mempunyai __________ layar, nelayan itu pergi ke laut untuk
menangkap ikan.
A sehelai
B sebidang
7. Sultan Alauddin berjanji akan menganugerahkan sepuluh __________ wang emas kepada sesiapa yang dapat
menangkap __________ penderhaka itu.
A cekak ... sekawan
B uncang ... segerombolan
8. Beberapa __________ sawah Pak Karim telah siap dibajak.
A keping
B relung
9. Selain tapak rumah dan __________ tanah, Haji Muin mempunyai beberapa __________ rumah kedai yang
disewakan.
A sekajang ... deret
B sebidang ... deret

10. Pencari rotan itu membawa pulang beberapa __________ rotan manar dan __________ buah salak yang
sudah masak.
A ruas ... seulas
B ikat ... setandan
11. Pak Tua mengalami kerugian yang besar apabila beberapa __________ sawah padinya ditenggelami air.
A petak
B bidang
12. Peniaga pasar malam itu merungut kerana __________ wang kertas RM50.00 yang diterimanya didapati
palsu.
A sehelai
B sekeping
13. Dia mengambil __________ perca kain untuk mengesat __________ dakwat yang tumpah di lantai.
A sehelai ... setitik
B secarik ... setompok
14. Petani itu memikul beberapa __________ padi dengan __________ pengandar sambil berjalan di atas
permatang.
A gemal ... sebatang
B ikatseruas

15. Puan Latifah menjahit beberapa __________ kain perca dengan menggunakan __________ benang emas
sebagai alas meja.
A helai ... segulung
B carik ... sebuku
16. Tuk Wan makan beberapa __________ cempedak goreng yang masih rangup.
A ulas
B biji
17. Adik mengeluarkan beberapa __________ duit syiling untuk membeli dua __________ jagung di pasar
tani.
A keping ... biji
B kepingtongkol
18. Semasa kunjungannya ke Sarawak, Tuan Ashraf membeli dua __________ sumpit sebagai buah tangan
untuk Dato' Dahlan.
A ruas
B batang
19. Datuk mengirimkan beberapa __________ petai dan lima __________ durian dari kampung.
A papan ... biji
B ikat ... longgok
20. Pak Samad menyirat __________ jala di bawah pokok kelapa.
A serawan
B sebidang
21. Se__________ perompak berjaya ditangkap dalam Operasi Ops Cekap.
A segerombolan
B sepasukan
22. Dia telah menjumpai __________ bom lama semasa mencangkul tanah di kebun sayurnya.
A sebutir
B sebiji
23. Pulau Sipadan adalah antara __________ pulau yang mempunyai alam semula jadi yang menarik.
A gugusan
B sekelompok
24. Negarawan-negarawan asing telah membawa beberapa __________ bunga untuk diletakkan di Tugu
Peringatan sebagai penghormatan kepada yang berjasa.
A jambangan
B kalungan
25. Adik mengambil __________ lidi untuk menghalau kucing di dapur.
A segenggam
B seberkas
26. Puan Tina menggunakan __________ benang untuk menjahit __________ baju Melayu suaminya.
A segumpal ... sehelai
B sebuku ... sepasang
27. Rohayu mengambil __________ beras dari genak itu lalu ditaburkan kepada anak-anak ayam.
A secubit
B segenggam
28. Nelayan itu menggunakan __________ jala semasa menangkap ikan bersama-sama dengan anaknya di
__________ sungai.
A serawan ... sebuah
B serawan ... sebatang
29. Lamin terpaksa merujuk beberapa __________ majalah untuk mengarang tujuh __________ syair.
A buah ... patah
B naskhah ... rangkap
30. Antara bintang-bintang yang bergemerlapan di langit, terdapat __________ Bintang Timur yang terang
cahayanya.
A sebutir
B segugus