Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda
ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang
semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta
yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika
mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu
dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat
sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda
dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.
"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia
mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah AdDhuha, 93: 6-7)
Abdul Mutallib Wafat
Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia
lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu
kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa,
pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu
menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu
penduduk Makkah yang dalam kesusahan.
Muhammad diasuh oleh Abu Talib
Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk
menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding
saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di
kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia
menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad
yang mulia.
Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu
Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah
dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu
Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan
menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat
rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang
segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah
menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang
berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato
oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing
keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung
tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari
segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan
yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".
Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk
membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan
dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah
amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang
pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang
berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira
apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka
berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami
isteri.
Turunnya Wahyu Pertama
Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat
sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa
merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka
datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama
diturunkan kepada Muhammad.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)
Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba
menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada
Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.
Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum
kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang
menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai
kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman
dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di
kalangan keluarganya sahaja.
Dakwah Secara Terang-terangan
Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terangterangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.
"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan
(kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94)
Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda.
Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara
baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu
namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang
hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya.
Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:
"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan
di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya
sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya"
Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan
daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan
Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para
sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah
yang menerima siksaan yang berat.
Wafatnya Khadijah dan Abu Talib
Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy
kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu
makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya.
Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan
mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan
Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.
Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga
meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana
kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.
Hijrah Ke Madinah
Tekanan orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas
kepergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk
berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh
baginda.
Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar
kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar.
Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah
negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.
Negara Islam Madinah
Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy
di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain.
Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam
yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat
Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat
hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian
bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan
hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek
politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan
wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.
Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan
amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai
27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam.
Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624
M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak
semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.
Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk
Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah
telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah
pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.
Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan
pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah
menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah
menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang
bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua
adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di
antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan
kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu
berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."
Wafatnya Nabi Muhammad s.a.w
Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah.
Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin
negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang
pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh
terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.
Diposkan oleh danissha di 17:35
57 komentar:
Umam mengatakan...
trima kasih telah menampilkan kisah-kish para Nabi dengan indah,tapi kalo seandainya ditampilkan
dalil-dalil dari Al-Qur'an dan Haditsnya pasti akan lebih indah..... trims
26 Oktober 2008 02:31
google mengatakan...
junoth_3g mengatakan...
Assalamu Alaikum Wr,Wb
saya sagat berterimakasih banyak telah menampilkan cerita / sejarah para nabi dan rasul, namun dalam
penulisan( eja'an ) masih terdapat yg salah
13 September 2009 09:11
Murtadho mengatakan...
Assalamu'alaikum wr.wb
Terima ksh bnyk bwt anda yg bikin naskah Teks crta Rossulullah diatas. Tp klo menurt aku crtanya
msh kurg lengkp,terlalu singkat & bner apa yg diomongin Umam datas,lbh indah jk ditambahin ayat2
suci Al-Qur'an. Mhn m'f jka kata2ku td menyinggung perasa'anmu.
13 Oktober 2009 19:09
Murtadho mengatakan...
Assalamu'alaikum wr.wb
Terima ksh bnyk bwt anda yg bikin naskah Teks crta Rossulullah diatas. Tp klo menurt aku crtanya
msh kurg lengkp,terlalu singkat & bner apa yg diomongin Umam datas,lbh indah jk ditambahin ayat2
suci Al-Qur'an. Mhn m'f jka kata2ku td menyinggung perasa'anmu.
Wasalam
13 Oktober 2009 19:14
AL KALAM mengatakan...
Assalamualaikum,
Salut dengan adanya blog ini.
Saya mo minta ijin mengutip cerita dari blog ini sebagai aplikasi mobile agar bisa dibaca di ponsel,
boleh? :)
Beberapa aplikasi mobile sudah saya buat di AL KALAM - http://m.alkalam.asia
Semoga aplikasi kisah 25 nabi ini pun disetujui.
Jazakallahu, terima kasih sebelumnya
13 Januari 2010 16:39
abinaya mengatakan...
Assalamualaikum Wr.Wb
saya pribadi sangat berterimakasih atas adanya naska tersebut krn menambah wa2san & sejarah islam
krn saya pribadi menganut agama islam..semoga amalan anda mendapat ganjaran yg setimpal dri allah
SWT....amin ya robal alamin
@wok mengatakan...
Allahumma Shalliala Syaidina Muhammad wa ala ali syaidina muhammad...ya Rasullulah engkau
adalah panutan dan tauladan kami.. kerinduan kami tak terperih...air mata ini tak cukup untuk
meluapkan kerinduan kami...salamun Qaulam mirrabbir rahim..
8 Februari 2010 09:14
ass...
Wass...
hen_drie mengatakan...
saya sangat berterima kasih karena telah menampilkan hadis-hadis 25 nabi. yang insya allah bisa
bermanfaat bagi saya dan bagi semua umat islam
8 Juni 2010 09:36
hen_drie mengatakan...
saya sangat berterima kasih karena telah menampilkan hadis-hadis 25 nabi. yang insya allah bisa
bermanfaat bagi saya dan bagi semua umat islam
syukran katsiran...
Syukron,..
Alhamdulillah
welcome mengatakan...
terima kasih atas artikelnya
welcome mengatakan...
http://yuli-suryanto.blogspot.com/
artikel yang menarik
14 Agustus 2010 13:47
welcome mengatakan...
http://yuli-suryanto.blogspot.com/
malaekat??
dini mengatakan...
agung mengatakan...
Makasih atas infonya...,sangat bermanfaat buat saya. jangan lupa berkunjung ke web saya di
www.nabimuhammad.info ya,,,makasih.
4 Februari 2011 18:36
Nurida mengatakan...
assalamualaikum wbt..syukran kepada yang
saya dalam mencari kisah-kisah para Rasul..:)
sastro mengatakan...
thx ya....bs buat tambahan ilmu...n smga bs meneladani dari kisah bliau
minta ijin copi kisah2nya...
thx ilmunya....
maaf ijin copy
fardan99_blogspot.com mengatakan...
ASS..WR..WB..
SUBHANALLAH,,,
SEMOGA KITA SMUA DPT MENGIKUTI JEJAK RASULULLAH SAW DLM MENEGAKAN
AGAMA ALLAH SAW,,,,
AMIEN,,,,,
fardan99_blogspot.com mengatakan...
ASS..WR..WB..
SUBHANALLAH.....
SEMOGA KITA SMUA DAPAT MENGIKUTI JEJAK BAGINDA NABI BESAR MUHAMMAD
SAW, DLM MENYIARKAN AGAMA KEBENARAN YAITU ISLAM,,,,,
ALLAHU AKBAR,,
qitthun mengatakan...
Ijin share Semua cerita nabi yaa,,
aaaaterimakasih banyak,,,
22 Mei 2011 03:33
qitthun mengatakan...
Assalamu Alaikum Wr,Wb
Ijin shere semua cerita para NABI ya ,,
Terimakasih banyak,,,
22 Mei 2011 03:34
rizkynurrohmat mengatakan...
Assalamualaikum...
Semoga Allah senantiasa meluruskan hati kita semua, terima kasih untuk penulis karena semua kisah
ini tentu dicari umat muslim termasuk saya, karena kita mengharap ke surga tidak seperti orang kafir
yang mengharap neraka.
Wassalam,
Idang Rohimat
Karawang.
29 Mei 2011 23:18
sungguh sangat berbeda isa dan muhammad.isa terkemuka di dunia dan akhirat.isa manusia suci.
Raimay mengatakan...
Assalamu'alaikum Wr.Wb, terima kasih sudah bersedia shared info, postingan ini sangat membantu
saya, semoga bermanfaat bagi kita semua umat islam. Ijin copas semua ya, mau saya pelajari,
penasaran banget ma kisah" Nabi. Makasih ""
20 September 2011 19:47
syiar-muslim.blogspot.com mengatakan...
Assalamualaikum wr.wb
kami khaira ummah dari syiar-muslim.blogspot.com ingin meminta izin untuk meng-copy kisah-kisah
para nabi untuk kami post dblog khaira ummah ,untuk media ta'lim ,dan Allah pasti akan mengganti
dg pahala atas manfaat dan kebaikan tersebut
wassalamualaikum
nyko mengatakan...
mantaf ae.. Sbelumnya maaf q cm bz komen aja,postingan nie masih kurang lengkap msih byak yg
blum di critain loch..
1 November 2011 10:12
yblumar mengatakan...
ben mengatakan...
arigatou gozaimasu, saya sudah membaca semua cerita 25 Nabi di blog ini, Alhamdulillah menambah
pengetahuan saya.
God bless you
edhocronos mengatakan...
saya mengucapkan banyak terima kasih atas ilmu yang bermanfaat...
mohon izin copas,,,
tks
1 Mei 2012 17:28
Poskan Komentar
kisah25nabi.blogspot.com
Arsip Blog
NABI ILYAS AS
NABI ILYASA' AS
NABI YUNUS AS
NABI ZAKARIA AS & NABI YAHYA AS
NABI ISA AS
NABI MUHAMMAD SAW
Mengenai Saya
danissha
Lihat profil lengkapku
NABI ILYAS AS
Nabi Ilyas diutus kepada penduduk Baalbek, sebelah barat Kota Damaskus (Libanon
Timur sekarang). Dia mengajak kaumnya beribadah hanya kepada Allah dan
meninggalkan penyembahan terhadap patung yang mereka namakan Ba`la. Hal inilah
yang mengakibatkan mereka menganiayanya. Ibnu Abbas mengatakan bahwa Ilyas
adalah paman Nabi Ilyasak.
namun betapapun gigihnya Nabi Ilyas berdakwah, kaumnya tidak mau
mendengarkannya. Maka Allah menghukum mereka dengan azab didunia dan akhirat.
Selepas kematian Nabi Sulaiman A.S., kerajaan telah mengalami perpecahan. Pengaruh
syaitan telah berleluasa. Manusia yang beragama diejek-ejek. Undang-undang Somaria
telah membunuh kebanyakan golongan yang mengetahui dan mengikuti akidah yang
sebenar. Pengaruh kejahatan menjadi semakin buruk dan Allah telah menghantar Nabi
Ilyas A.S. untuk memulihkan manusia pada zaman pemerintahan Raja Ahab dari Israil.
Baginda berusaha berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan manusia daripada
mempercayai banyak tuhan dan melarang mereka menyembah Tyrian Bal.
Baginda juga menasihati manusia untuk menyembah Allah dan mengelakkan diri
daripada melakukan kejahatan. Apabila usahanya tidak dihiraukan dan tidak
membuahkan hasil, baginda tiba-tiba muncul sebeum raja dan tukang tiliknya
memberitahu yang arus deras dan kebuluran akan melanda negeri tersebut. Baginda juga
memberitahu yang Tyrian Bal tidak mempunyai kuasa untuk menahan bencana tersebut.
Para penduduk tidak mengendahkan amarannya dan tidak mengubah kepercayaan
mereka. Kenabian Nabi Ilyas akhirnya terbukti benar dan seluruh negeri dilanda banjir
besar dan rakyat mengalami kebuluran. Selepas dua tahun, Nabi Ilyas memohon Allah
mengurniakan belas kasihan dan keampunan-Nya kepada penduduk yang kebuluran itu.
Mereka telah mengakui kekuasaan Allah dan berasa sangat menyesal.
Sejurus selepas arus deras berhenti dan Allah telah menarik balik sumpahannya, Allah
telah menyuruhnya memanggil al-Yas'a menggantikannya. Baginda melaksanakan
perintah Allah dengan penuh ketaatan dan hilang secara misteri. Terdapat satu petikan
dalam ayat al-Quran yang bermaksud:
" Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa dan Zulkifli. Semuanya termasuk orang-orang yang
paling baik" (Shaad, 28: 48) .
Diposkan oleh danissha di 17:52
0 komentar:
Poskan Komentar
Posting Lebih Baru Posting Lama Beranda
Langganan: Poskan Komentar (Atom)
Web
kisah25nabi.blogspot.com
Arsip Blog
NABI ISA AS
NABI MUHAMMAD SAW
Mengenai Saya
danissha
Lihat profil lengkapku