Anda di halaman 1dari 112

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

NORASHIMA BINTI MOHMED


(03DKA11F2017)

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)


IBU PEJABAT KEJORA,
JLN. DATO HJ. HASSAN YUNUS, BANDAR PENAWAR,
81900 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAZIM

JUN 2013

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH

NORASHIMA BINTI MOHMED


(03DKA11F2017)

DI
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)
IBU PEJABAT KEJORA ,
JLN. DATO HJ HASSAN YUNUS, BANDAR PENAWAR,
81930 BANDAR PENAWAR,JOHOR DARUL TAKZIM

Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukan Kepada


Jabatan Kejuruteraan Awam
Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat
Penilaian Latihan Industri Dan Penganugerahan
Diploma Kejuruteraan Awam

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH

JUN 2013

PENGESAHAN PELAJAR

Saya akui laporan akhir latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya.

Tandatangan

NamaPelajar

NORASHIMA BINTI MOHMED

No. Pendaftaran

03DKA11F2017

Tarikh

01 NOVEMBER 2013

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.


Segala puji dan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurniaNya dan keredhaanNya, kami telah dapat menyelesai dan
menyiapkan laporan Latihan Industri ini dengan baik dan jayanya
sebagaimana yang telah disyaratkan untuk penganugerahan Diploma
Kejuruteraan Awam.
Pada kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan setinggitinggi terima kasih dan penghargaan kepada En.Mohd Hairuddin Bin Mohd
Yasin kerana sudi menerima saya sebagai pelajar latihan industri dan
Puan Rosnita Binti Mohamad sebagai penyelia kepada saya dalam usaha
menjayakan latihan industri ini. Sesungguhnya dengan kepercayaan,
bimbingan, dan panduan yang diberikan secara berterusan maka latihan
industri ini dapat dijayakan dengan sebaik mungkin.
Tidak lupa para pensyarah dan rakan sepejuangan yang sudi
memberikan kerjasama yang baik sepanjang waktu latihan industri ini
dijalankan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan bakti
yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung
atau pun tidak di dalam penghasilan latihan industri ini.
Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA
SURAT

BAB 1

BAB 2

Judul

Pengesahan Pelajar

ii

Penghargaan

iii

Isi Kandungan

iv

Senarai Rajah

viii

Senarai Jadual

ix

Senarai Lampiran

Senarai Simbol

xi

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI


1.1 Pendahuluan

1.2 Objektif Latihan Industri

1.3 Objektif Laporan

1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

LATAR BELAKANG ORGANISASI


2.1 Pengenalan Organisasi

2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi

2.3 Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit Di


KEJORA
2.3.1 Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan
Sumber Manusia

2.3.2 Bahagian Kewangan

2.3.3 Bahagian Perancangan Strategik

2.3.4 Bahagian Hartanah

2.3.5 Bahagian Teknologi Maklumat

2.3.6 Bahagian Pertanian dan Industri Asas


Tani

10

2.3.7 Bahagian Perancang Bandar dan Desa

10

2.3.8 Bahagian Pelancongan

11

2.3.9 Bahagian Pembangunan Sosial dan


Pemajuan Desa
2.3.10 Bahagian Kerajaan Tempatan / (LBJT)

12

2.3.11 Unit Ekonomi dan Usahawan

12

2.3.12 Unit Teknikal

12

2.4 Objektif, Visi dan Misi

BAB 3

BAB 4

11

13

2.4.1 Objektif

13

2.4.2 Visi

13

2.4.3 Misi

13

2.5 Piagam Pelanggan

14

2.6 Struktur Carta Organisasi KEJORA

18

2.7 Maklumat Bahagian (Unit Teknikal)

19

2.7.1 Latar Belakang Bahagian

19

2.7.2 Objektif Bahagian

19

2.7.3 Fungsi Bahagian

20

2.7.4 Carta Organisasi Bahagian

21

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI


3.1 Pengenalan

22

3.2 Ringkasan Mingguan Latihan Industri

23

LAPORAN TEKNIKAL
4.1 Pengenalan Projek

37

4.2 Pembinaan Suction Tank, Elevated Tank dan


Pump House
4.3 Jenis Tangki

40

4.4 Preliminaries Works

44

4.4.1 Pengenalan
4.4.2 Susun Atur Tapak dan Kemudahan
Perkhidmatan di Tapak Bina
4.4.2.1 Jalan Sementara

41

44
44
44

4.4.2.2 Pejabat Tapak

45

4.4.2.3 Tandas
4.4.2.4 Stor Menyimpan Alatan dan
Bahan-Bahan
4.4.2.5 Papan Tanda

45

4.4.2.6 Pagar Sekeliling Tapak Projek

46

4.4.2.7 Bekalan Elektrik dan Bekalan Air

46

45
45

4.4.3 Pemantauan Perlaksanaan Kerja

46

4.4.4 Ujian Tanah

47

4.5 Kerja-Kerja Tanah

47

4.5.1 Pengenalan

47

4.6 Kerja-Kerja Cerucuk

49

4.6.1 Pengenalan

49

4.6.2 Jenis-Jenis Cerucuk

49

4.6.3 Perlaksanaan Kerja

52

4.6.4 Prosedur Kerja Perlantakan Cerucuk

53

4.6.5 Prosedur Pelaksanaan Topi Cerucuk

56

4.7 Ujian Bebanan

58

4.7.1 Pengenalan

58

4.7.2 Perlaksanaan Kerja Ujian Beban

60

4.7.3 Penilaian Ujian

62

4.7.4 Cara Mengatasi Kegagalan Ujian Beban

63

4.8 Kerja-Kerja Konkrit

64

4.8.1 Pengenalan

64

4.8.2 Peralatan Yang Digunakan

65

4.8.3 Bahan Binaan

67

4.8.3.1 Pengenalan

67

4.8.3.2 Bahan Untuk Kerja Konkrit

67

4.8.3.3 Bancuhan Konkrit

71

4.8.3.4 Ujian Yang Dilakukan

75

4.8.3.5 Langkah-Langkah Kerja Konkrit

83

4.8.3.6 Pengawetan Konkrit atau Curing

89

4.8.3.7 Penanggalan Acuan Konkrit

91
91

BAB 5

4.8.3.7.1 Pemeriksaan Konkrit


KESIMPULAN

BAB 6

KOMEN DAN CADANGAN

97

RUJUKAN
LAMPIRAN

93

SENARAI RAJAH
NO

TAJUK

MUKA

RAJAH
2.2

SURAT
Logo Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
(KEJORA)

4.1

Bahan

gentian

kaca

digunakan

dalam

pembinaan Suction Tank

13

43

4.2

Pemasangan gentian kaca di Suction Tank

43

4.3

Spun Pile

51

4.4

RC Pile

51

4.5

Kerja-Kerja Penanaman Cerucuk di Suction


Tank

4.6

Kerja-Kerja Penanaman Cerucuk di Elevated


Tank

4.7

Load Test di Elevated Tank (Piling Point No.


56)

4.8

Load Test di Elevated Tank (Piling Point No.


15)

4.9

Jenis-Jenis Penurunan

4.10

Ujian

Penurunan

Ujian

Penurunan

55

59

59
77

(Runtuhan

sebanyak

(Runtuhan

sebanyak

900mm)
4.11

55

100mm)

79

79

4.12

Ujian Kiub

82

4.13

Ujian Penuangan Konkrit di Suction Tank

84

SENARAI JADUAL

NO.

TAJUK

MUKA

JADUAL
4.1

SURAT
Jenis-Jenis

Tangki

Simpanan

dan

Fungsinya
4.2

Peralatan, Loji dan Mesin Yang Digunakan


Dalam Kerja-Kerja Tanah

4.3

Peralatan Yang Digunakan Dalam Kerja


Konkrit

4.4

42

48

66

Antara Jenis-Jenis Kecacatan Pada Elemen


Yang

Telah

Mengatasi

Dikonkritkan

dan

Cara

92

SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN

TAJUK

Carta Aliran

Borang Senarai Kecacatan

Surat Kelambatan dan Lanjutan Masa


(EOT)

Surat Siap Kerja

Borang Laporan Ujian Kiub

Borang Permohonan Pemeriksaan Tapak

SENARAI SIMBOL
KEJORA

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara

RWS

Ranhill Water Services Sdn. Bhd.

P.P

Pegawai Penguasa

UT

Unit Teknikal

KKLW

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan


Wilayah

SBKS

ICT

Serah Balik Kurnia Semula


Information and Communications
Technology

KAS

Kemudahan-kemudahan Awam dan


Sosial

PSI

Pembangunan Sosial dan Institusi

GDayaW

Program Gerakan Daya Wawasan

JKR

Jabatan Kerja Raya

SPKR

Skim Pembangunan Kesejahteraan


Rakyat

PBR

Program Bina Rumah

PPP

Program Peningkatan Pendapatan

PLK

Program Latihan Kemahiran

EOT

Sijil Lanjutan Masa

BMP

Bilik Mesyuarat Pengerusi

PPJHK

Perakuan Pelarasan Jumlah Harga


Kontrak

PPSM

Pentadbiran dan Pengurusan Sumber


Manusia

CIDB

Construction Industry Development


Board Malaysia

JPD

Jalan Perhubungan Desa

LAD

Denda Lewat

CPC

Sijil Perakuan Siap Kerja

CNC

Sijil Perakuan Tidak Siap Kerja

CMGD

Sijil Perakuan Membaiki Kecacatan

CE

Civil Engineering

LP

Laporan Penilaian

SST

Surat Setuju Terima

BKPP

Borang Kelulusan Perancangan Projek

SH

Sebutharga

PBT

Pengambilalihan Tanah

UPEN

Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor

D&B

Design and Build

M&E

Mechanical and Electrical

C&S

Civil and Structure

CPM

Critical Path Method

TNB

Tenaga Nasional Berhad

SAJ

Syarikat Air Johor

RC

Reinforcement Concrete

PDA

Pile Dynamic Analysis

KDH

Kejora Development Holding

BS

British Standard

BAB 1
PENGENALAN

1.1

Pendahuluan
Latihan Industri adalah salah satu perkara wajib yang harus
dilaksanakan oleh pelajar Politeknik untuk mendapatkan Sijil ataupun
Diploma. Bagi pelajar yang mengambil peringkat Sijil akan menjalani
latihan industri pada semester yang ketiga manakala pelajar yang
mengambil peringkat Diploma pula akan menjalani latihan industri
pada semester yang keempat.
Pelajar akanditempatkan di syarikat di jabatan kerajaan
ataupun swasta. Pelajar boleh memilih sendiri tempat untuk
menjalani latihan industri dengan syarat tempat yang dipilih
bersesuaian dengan bidang yang diambil. Pelajar akan menjalani
latihan industri dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selama enam
bulan. Pelajar perlulah memanfatkan tempoh yang diberi untuk
mendapatkan pengetahuan yang luas tentang alam pekerjaan yang
sebenar.

Pelajar perlu mematuhi semua peraturan Politeknik dan


peraturan syarikat. Tahap disiplin yang tinggi perlulah dipamerkan
untuk menunjukkan minat pelajar dalam pekerjaan. Pihak Politeknik
akan memberikan sebuah buku untuk pelajar dan pelajar perlu
menulis aktiviti yang dilakukan ketika menjalani Latihan Industri.
Selain itu, pelajar juga diamanahkan untuk menjaga privasi
syarikat. Pelajar juga diberikan sebuah buku reflektif jurnal untuk
menulis aktiviti mingguan. Pelajar dikehendaki menghantar buku
tersebut untuk disemak dan mendapatkan tandatangan penyelia
setiap dua minggu sekali.
Selain itu, pelajar yang akan menjalankan latihan industri perlu
bersiap sedia untuk menjalani latihan industri. Pemakaian yang
kemas akan menunjukkan keperibadian seseorang pelajar. Pelajar
perlu menjaga nama baik Politeknik dengan cara menujukkan sikap
yang baik dan sopan.
Jika pelajar gagal menunjukkan prestasi yang baik atau
melanggar mna-mana peraturan maka pihak Politeknik atau syarikat
berhak memberhentikan pelajar tersebut. Pelajar yang gagal harus
mengulangi semula latihan industri. Sekiranya pelajar tersebut gagal
melebihi dua kali maka pihak Politeknik akan terus memberhentikan
pelajar. Hal ini bermakna pelajar tidak dapat menjalankan semester
akan datang bersama rakan-rakan yang lain.

1.2

Objektif Latihan Industri


Latihan industri adalah perkara yang diwajibkan dalam
pengajian di Politeknik. Untuk mencapai wawasan 2020 kerajaan
mewajibkan latihan industri untuk pelajar politeknik. Selain dapat
menghasil calon pemegang Diploma yang lebih bersedia untuk
menempuh pekerjaan pada masa akan datang, latihan industri ini
juga bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada pelajar.
Objektif latihan lndustri adalah seperti berikut:
1) Membina keyakinan diri pelajar.
2) Mendedahkan pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar.
3) Melahirkan pelajar yang amanah.
4) Pelajar dapat mempraktikan teori yang telah diajar atau
sebaliknya.
5) Menambah pengetahuan teknikal.
6) Meluaskan tahap pergaulan pelajar dengan kumpulan masyarakat
pekerja.
7) Membentuk pelajar kearah profesionalisme, bijak berkomunikasi
dan berdaya saing.
8) Memberi kesedaran tentang kepentingan akademi.
9) Menyediakan laporan selepas tamat Latihan Industri.

1.3 Objektif Laporan Akhir Latihan Industri


Setelah tamat menjalani latihan industri, pelajar diwajibkan
menyediakan laporan latihan industri. Pelajar perlu membuat laporan
tersebut mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik.
Laporan ini bertujuan menilai tahap keberkesanan latihan industri
yang telah dijalankan oleh pelajar.
Laporan ini juga bertujuan untuk melatih pelajar menguasai
kemahiran dalam mencari pengalaman sebelum memasuki alam
pekerjaan. Pelajar diwajibkan menghantar laporan ini dalam waktu
yang telah ditetapkan oleh Politeknik.
Selain itu, pelajar juga dapat berlatih untuk membuat
penyediaan laporan sebelum bekerja. Laporan ini juga menguji tahap
disiplin pelajar samada pelajar dapat menghasilkan laporan mengikut
tempoh yang ditetapkan. Laporan ini juga membantu pelajar untuk
berkomunikasi sesama pekerja, pengarah dan rakan-rakan untuk
mendapatkan maklumat tentang laporan.
Jika pelajar tidak dapat menyiapkan laporan maka pelajar
akan didenda atau diberhentikan oleh pihak Politeknik. Pelajar perlu
mengikut jadual yang telah diberikan oleh pihak Politeknik supaya
pelajar dapat menyiapkan laporan mengikut masa yang ditetapkan.
Sikap disiplin yang tinggi diperlukan oleh pelajar supaya pelajar
dapat menyiapkan laporan tersebut.

1.4

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar


Latihan industri yang telah dijalankan oleh setiap pelajar
mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Pelajar dapat melalui
alam pekerjaan yang sebenar sebelum tamat pengajian. Pelajar juga
akan lebih bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan di masa akan
datang. Ketika pelajar menjalankan latihan industri, pelajar akan
didedahkan dengan tugasan-tugasan yang dilakukan di syarikat yang
telah ditetapkan.
Pendedahan awal tentang pekerjaan akan membuatkan
pelajar lebih yakin untuk dalam bidang teknikal. Pelajar akan
menyedari tentang kepentingan akademi. Pelajar juga akan lebih
bersemangat dalam kerja berkumpulan. Dengan adanya latihan
industri pelajar akan mendapat pengalaman yang lebih luas.
Oleh itu, pelajar perlulah memanfaatkan tempoh yang
diberikan untuk menjalani latihan industri. Pelajar juga perlu
mempraktikan apa yang dipelajari di Politeknik di syarikat.

BAB 2
LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1

Pengenalan Latar Belakang KEJORA


Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) adalah
sebuah agensi kemajuan wilayah yang diletakkan di bawah
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Telah ditubuhkan
pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
1972 (Akta 75) dan Enakmen (Penyerahan Tugas-Tugas) Lembaga
Kemajuan Johor Tenggara 1972 (Enakmen Bil. 7 1972) yang
memberi fungsi dan kuasa-kuasa tertentu untuk membangunkan
Wilayah Johor Tenggara. Wilayah KEJORA terletak di dua (2) daerah
iaitu Kota Tinggi dan Kluang meliputi kawasan seluas 300,364
hektar.
KEJORA berfungsi seperti yang termaktub dalam Akta seperti
memaju, menggalak, membantu mengusahakan pembangunan
ekonomi

dan

mengusahakan

sosial

dalam

pembangunan

kawasan
tempat

Johor

Tenggara

tinggal,

dan

pertanian,

perusahaan, dan perdagangan dalam kawasan Johor Tenggara.


Selain itu, KEJORA mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan

kegiatan-kegiatan yang tersebut di atas dalam kawasan Johor


Tenggara.
2.2

Latar Belakang Penubuhan Organisasi


Telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta 75,
Akta

Lembaga

Kemajuan

Johor

Tenggara,

Enakmen

Bil.7/1972 Enakmen Kejora dan Enakmen Lembaga Kemajuan


Johor

Tenggara

bertanggungjawab

1972.Secara
untuk

umumnya

memajukan

KEJORA

kawasan

Johor

Tenggara yang mempunyai keluasan 300,364 hektar.


2.3

Bahagian-bahagian dan unit-unit di KEJORA


KEJORA mempunyai dua belas (12) bahagian dan unit di
mana setiap bahagian mempunyai tugas dan peranan masingmasing.
Kesemua bahagian dan unit serta tugas dan peranan di
KEJORA adalah seperti berikut :
2.3.1.1.1 Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber
Manusia
Menyediakan perkhidmatan dalam bidang-bidang
Pentadbiran Am, Kontrak dan Bekalan, Pengurusan
Sumber

Manusia

dan

Perhubungan

Awam/Koporat/Kualiti kepada anggota KEJORA dan

masyarakat

yang

dapat

memenuhi

kehendak

pengurusan dan kepuasan pelanggan.


2.3.1.1.2 Bahagian Kewangan
Menguruskan sumber kewangan dan aset KEJORA
secara berhemah dan telus berdasarkan arahan dan
peraturan kerajaan ke arah mencapai objektif
penubuhan KEJORA.
2.3.1.1.3 Bahagian Perancangan Strategik
Membantu

merealisasikan

wawasan

untuk

memajukan kawasan Johor Tenggara menerusi


aktiviti

Perancangan,

Pelarasan,

Pelaporan,

Pemantauan serta Penilaian ke atas pelaksanaan


program-program dan aktiviti-aktiviti pembangunan
fizikal dan sosial.Penumpuan diberikan kepada
Bandar-bandar baru, pusat-pusat penempatan dan
kampung-kampung
penyediaan
awam

dan

tradisional

prasarana,
sosial,

yang

melibatkan

kemudahan-kemudahan
pembangunan

ekonomi,

pembangunan sosial, dan institusi serta usahausaha untuk merapatkan jurang digital antara
penduduk luar Bandar dengan bandar.

2.3.1.1.4 Bahagian Hartanah


Melaksanakan tugas-tugas mendapatkan hak milik
tanah

daripada

Kerajaan

pembangunan

Negeri

bagi

projek-projek

tujuan

perumahan,

perindustrian, pelancongan, pertanian dan projek


kemudahan awam dan memberi perkhidmatan
kepada

bahagian-bahagian

melaksanakan

projek

di

KEJORA

pembangunan

dalam
seperti

menyediakan perakuan Serah Balik Kurnia Semula


(SBKS).
2.3.1.1.5 Bahagian Teknologi Maklumat
Membangun

dan

mengurus

selia

teknologi

maklumat yang berkesan sebagai input kepada


pihak pengurusan dalam melaksanakan dasar dan
mengatur strategi bagi mempertingkatkan taraf
hidup dan sosio ekonomi penduduk di wilayah
KEJORA dan membentuk masyarakat yang mampu
memanfaatkan ICT untuk tujuan kesejahteraan
hidup serta menilai dan melaporkan kemajuan
pelaksanaan

projek-projek

pembangunan

kepada pengurusan KEJORA dan Kementerian.

ICT

2.3.1.1.6 Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani


Memaju, menyelaras dan memantau pembangunan
lapan (8) perojek pembangunan pertanian iaitu,
Pembangunan
Pembangunan

Projek

Tanaman

Projek

Campuran,

Ternakan

Haiwan,

Pembangunan, Projek Akuakultur, Pembangunan


Ladang

Fertigasi,

Infrastruktur

Pembangunan,

Pertanian,

Projek

Pembangunan

Agro

Pelancongan, Pembangunan Kompleks PPPHT dan


Pembangunan Projek Ekonomi Pertanian.
2.3.1.1.7 Bahagian Perancang Bandar dan Desa
Menghasilkan pelan-pelan tataatur dan pelan-pelan
pembangunan serta Kawalan Pembangunan dan
Kelulusan Pelan Pembangunan selain menyelia dan
memantau
dijalankan

projek-projek
di

melaksanakan

dalam

pembangunan

wilayah

tugas-tugas

KEJORA

pengurusan

yang
dan
yang

berkaitan dengan jabatan.Selain itu, bahagian ini


membuat penyediaan maklumat-maklumat projek
pembangunan yang berkaitan dengan jabatan.

2.3.1.1.8 Bahagian Pelancongan


Menjadikan sektor pelancongan sebagai salah satu
pemangkin

utama

bagi

pertumbuhan

ekonomi

Wilayah Johor Tenggara menerusi penyelidikan


pelbagai kemudahan dan tarikan pelancongan sama
ada kerajaan dan pihak swasta.
2.3.1.1.9 Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan
Desa
Merancang

dan

menyelaras

wilayah

KEJORA

bandar

baru,

dengan

pusat-pusat

pembangunan

penumpuan

di

kepada

penempatan

dan

kampung-kampung tradisional dari segi penyediaan


Kemudahan-kemudahan Awam dan Sosial (KAS),
pembangunan ekonomi dan program Pembangunan
Sosial

dan Institusi (PSI) dan membangunkan

masyarakat termiskin serta pelaksanaan Program


Gerakan Daya Wawasan (GDayaW).

2.3.1.1.10 Bahagian Kerajaan Tempatan / (LBJT)


Melaksanakan kuasa pentadbiran dan perkhidmatan
di Bandar-Bandar Baru KEJORA mengikut Seksyen
7 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-undang
Kecil serta undang-undang yang dikuatkuasa serta
meningkatkan

mutu

perkhidmatan

Kerajaan

Tempatan KEJORA dalam melaksanakan kerjakerja penyelenggaraan dan kebersihan di BandarBandar

Baru

KEJORA

kemudahan-kemudahan

dengan

yang

lebih

mengadakan
baik

untuk

kesejahteraan masyarakat.
2.3.1.1.11 Unit Ekonomi dan Usahawan
Merancang strategi, menyelaras dan memantau
pembangunan ekonomi dalam sektor-sektor tertentu
di Wilayah KEJORA.
2.3.1.1.12 Unit Teknikal
Unit Teknikal telah diwujudkan di KEJORA sebagai
satu

bahagian

penyeliaan

dan

yang bertanggungjawab
pemantauan

untuk

projek-projek

pembangunan yang dijalankan di dalam Wilayah


KEJORA

serta

melaksanakan

tugas-tugas

pengurusan yang berkaitan dengan jabatan dan


menyediaan

maklumat-maklumat

pembangunan yang berkaitan.

projek

2.4

Objektif, Misi dan Visi KEJORA


2.4.1

Objektif
Objektif KEJORA berdasarkan kepada tiga objektif "Dasar
Ekonomi Baruiaitu
i.

mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi.

ii.

mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.

iii.

mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di Wilayah


Johor Tenggara.

2.4.2

Visi KEJORA
Menjadikan Wilayah KEJORA Makmur dan Sejahtera Pada
Tahun 2020.

2.2.2

Misi KEJORA
Menerajui Pembangunan Wilayah Johor Tenggara Melalui
Pemerkasaan Modal Insan dan Pemapanan Ekonomi Secara
Strategik dan Berkesan.

Rajah 2.2 LogoKEJORA

2.5

PIAGAM PELANGGAN
Piagam Pelanggan KEJORA seperti berikut:1. KEJORA komited dalam melaksanakan program

peningkatan

taraf social ekonomi penduduk luar Bandar menerusi penyediaan


kemudahan
pembangunan

awam
social

dan

amenity

termasuk

social
individu,

serta

program

keluarga

dan

masyarakat.
2. Projek-projek kemudahan awam serta ameniti sosial yang
diluluskan dan mula dilaksanakan dalam tempoh 90 hari daripada
tarikh kelulusan dan diserahkan kepada pihak berkaitan tidak
lewat dari 7 hari setelah projek siap.
3. Bantuan dan sumbangan berbentuk kewangan yang diluluskan
disalurkan selewat-lewatnya 7 hari sebelum program atau aktiviti
dijalankan.
4. KEJORA sentiasa komited membantu Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Masyarakat Bandar (JKKMB) supaya program
pembangunan sosial dan institusi dapat dilaksanakan dengan
berkesan termasuklah penyaluran peruntukan tahunan, latihan
AJK, mesyuarat bersama dan kehadiran di dalam aktiviti.

5. Komited untuk membantu golongan miskin tegar dan miskin


Wilayah KEJORA melalui Skim Pembangunan Kesejahteraan
Rakyat

(SPKR),

Program

Bina

Rumah

(PBR),

Program

Peningkatan Pendapatan (PPP), Program Pembangunan Minda


Insan (PPMI) dam Program Latihan Kemahiran (PLK), iaitu
penyelenggaraan data profail peserta serta penyediaan dan
perlaksanaan pelan tindakan.
6. Permohonan menyewa tanah kawasan tanaman campuran
diluluskan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup.
7. Permohonan sewaan premis/bengkel diluluskan dalam tempoh 60
hari dari tarikh iklan ditutup.
8. Skim pinjaman usahawan diluluskan dalam tempoh 60 hari dari
tarikh penerimaan permohonan bayaran yang lengkap.
9. Meluluskan permohonan kelulusan pelan :
i.

Kelulusan Pelan Susunatur, Pelan Bangunan, Pelan Kerja


Tanah, Pelan Pindaan dan Pelan Ubahan dan Tambahan
dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh
permohonan lengkap iaitu telah memenuhi keperluan
Jabatan Teknikal.

ii.

Meluluskan Pelan Ubahan dan Tambahan dan Pelan


Pindaan yang tidak melibatkan Jabatan Teknikal (tidak
melalui OSC) dalam tempoh tidak melebihi 30 hari.

iii.

Meluluskan Pelan Pindaan dan Pelan Ubahan dan


Tambahan Rumah Ringkas (Pelan yang di kenakan fee
minima RM 35.00) dalam tempoh tidak melebihi 14 hari.

10. Memastikan kesemua permohonan lesen perniagaan baru


diproses dalam tempoh 7 hari bekerja bagi permohonan lesen
yang tidak berisiko dan 30 hari bekerja bagi permohonan lesen
perniagaan yang berisiko setelah permohonan yang lengkap
diterima termasuk ulasan dari Jabatan Teknikal yang lain seperti
Jabatan Bomba.
11. Perkhidmatan mengangkut sampah sarap di kawasan kediaman,
perniagaan dan kilang bermula antara jam 7.30 pagi hingga 1.00
tengahari, iaitu sebanyak tiga kali seminggu mengikut kawasan.
Pembersihan kawasan tapak pasar malam dilakukan lebih kurang
12.00 malam pada hari-hari tertentu.
12. Semua aduan pelanggan akan diberi maklumbalas dalam tempoh
14 hari selepas aduan diterima.
13. Urusan jualbeli lot industri, diproses sebagaimana berikut:
i.

Permohonan untuk membeli lot industri diluluskan dan


ditawarkan dalam tempoh 45 hari dari tarikh iklan ditutup.

ii.

Surat perjanjian jualbeli lot industri antara pembeli dan


KEJORA disempurnakan dalam tempoh 30 hari daripada
bayaran 10% dijelaskan.

iii.

Permohonan tanah lot industri dimajukan kepada Kerajaan


Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan
dokumen-dokumen lengkap daripada pihak syarikat.

iv.

Permohonan pertukaran nama syarikat, aktiviti syarikat dan


mencagarkan lot industri kepada institusi kewangan dimajukan
kepada Kerajaan Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh
penerimaan permohonan yang lengkap.

14. Permohonan pelepasan gadaian akan diselesaikan dalam tempoh


18 hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
15. Menyediakan, menyiapkan dan membekalkan maklumat aktiviti
dalam tempoh 14 hari daripada permohonan diterima.
16. Memberi layanan mesra, adil dan saksama kepada semua
pelanggan.

2.6 STRUKTUR ORGANISASI KEJORA


2.6.1

Struktur Organisasi KEJORA

2.7 Maklumat Bahagian (Unit Teknikal)


2.7.1

Latar Belakang Bahagian


Mesyuarat Pengurus Bahagian Bil 4/2011 bertarikh 1 Mac
2011 dan perbincangan susulan dengan tuan pengurus besar
pada 12 April 2011 telah bersetuju untuk mewujudkan Unit
Teknikal bagi melaksanakan kerja-kerja Pembangunan projek
dengan lebih teratur.

2.7.2

Objektif Bahagian
Unit Teknikal telah diwujudkan di KEJORA sebagai satu
bahagian yang bertanggungjawab untuk :
i) Penyeliaan

dan

pemantauan

projek-projek

pembangunan yang dijalankan di dalam Wilayah


KEJORA.
ii) Melaksanakan tugas-tugas pengurusan yang berkaitan
dengan jabatan.
iii) Penyediaan maklumat-maklumat projek pembangunan
yang berkaitan.

2.7.3
i.

Fungsi Bahagian
Merancang projek-projek pembangunan (fizikal) bersama
bahagian lain.

ii.

Menyelia pembangunan projek bermula daripada pengeluaran


dokumen

tawaran

projek

sehingga

proses

pengeluaran

perakuan muktamad.
iii.

Mengurus proses perlantikan perunding.

iv.

Menyediakan

pelan

rekabentuk

dan

anggaran

kos

pembangunan fizikal.
v.

Menyediakan khidmat teknikal untuk penentuan rekabentuk


dan kos yang diperlukan daripada bahagian-bahagian yang
lain.

2.8

STRUKTUR ORGANISASI BAHAGIAN


2.8.1

Carta Organisasi Unit Teknikal


En. Hairudin b.Mohd Yasin
(Ketua Unit Teknikal)

Unit Pentadbiran

Venugopal a/l K.B


Dharan
(Pemb. Tadbir N22)

Murnee bt Isman
(Pemb. Tadbir N17)
Mokhtar b.
Mohd Salleh
(Pemb. Am N4)

Ahmad Razali
b. Sunarwi
(Pemb. Am N4)

Unit Projek
Rosnita bt Mohamad
(Jurutera)
Noorazlan b. Ahmad
Sihab
(Jurutera Awam)
Mohd Azri b. Zunaidak
(Jurutera Elektrik)

Unit Ukur Bahan


Intan Farhana bt.
Mohd Roslan
(Jurukur Bahan)

Noorzeyanna bt.
Md Jawat
(Pen.Jurukur
Bahan)

Norazlinda bt. sahat


(Pen. Jurutera Awam)
Zaidi b. Abd. Rahman
(Pen. Peg. Senibina)
Noriza bt. Jaffar
(Pelukis Pelan J22)

Hj.Rosli bin Hj. Surip


(Juruteknik Awam)

Sharifah bt Minhaj
(Pelukis Pelan J22)

Siti Aisah bt.


Mohamad
(Juruteknik Awam)

Khairul Amri b. uding


(Pelukis Pelan J17)

Ramli b. Shafie
(Juruteknik Awam)

Shalan bin Yahya


(Pelukis Pelan J17)

Hj. Rozahan bin


A.Kadir
(Pelukis Pelan J17)

BAB 3
RINGKASAN MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan
Latihan Industri boleh dijalankan di jabatan kerajaan atau firma swasta
supaya pelajar dapat membezakan suasana kerja sebenar dengan suasana
di politeknik. Pelajar juga terdedah kepada cabaran dan masalah yang akan
dilalui setelah bekerja kelak. Pelajar yang menjalani Latihan Industri
mestilah merekodkan setiap kerja yang dilakukan di tempat Latihan Industri
dijalankan di dalam buku laporan harian.
Ringkasan mingguan ialah ringkasan bagi kegiatan atau kerja yang
dilakukan semasa menjalani Latihan Industri iaitu di Lembaga Kemajuan
Johor Tenggara (KEJORA). Skop kerja yang dilakukan adalah merangkumi
pelbagai perkara yang berkaitan dengan kos kejuruteraan awam yang di
ambil semasa menuntut di Politeknik POLIMAS seperti kejuruteraan jalan,
kejuruteraan binaan dan juga kejuruteraan senggara. Tujuan ringkasan
aktiviti ini disediakan adalah sebagai petunjuk untuk ulangkaji dan
memenuhi syarat bagi melengkapkan proses Latihan Industri ini.Pelajar
perlu menghantar buku reflektif jurnal 2 minggu sekali untuk mendapatkan
tandatangan penyelia dan buku tersebut perlulah disemak oleh penyelia.

3.2 Ringkasan Mingguan Latihan Industri


MINGGU PERTAMA (17.06.2013 - 21.06.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu pertama ialah:
1. Membaca profil syarikat dan kod etika untuk mengetahui tentang
syarikat dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi di syarikat.
2. Mengemaskini dan menyusun fail minit mesyuarat dalam almari
yang telah ditetapkan.
3. Membantu menyiapkan surat untuk minit mesyuarat.
MINGGU KEDUA (24.06.2013 28.06.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kedua ialah:
1. Mengemaskini senarai projek tender pada tahun 2009-2013.
2. Belajar cara berkomunikasi mencari maklumat berkaitan tender di
unit teknikal.
3. Belajar membuat Bill Of Quantitidalam bentuk microsoft excel.
4. Pergi lawatan tapak di Mini RTC Bukit Raja projek membaikpulih
pusat komputer.

MINGGU KETIGA (01.07.2013 05.07.2013)


Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ketiga ialah:
1. Memperbetulkan semula senarai tender dan laporan sebutharga.
2. Mengemaskini dan menyusun fail minit mesyuarat dalam almari yang
telah ditetapkan.
3. Menghadiri perhimpunan bulanan bagi bulan Julai 2013.
4. Fotostat beberapa dokumen.
5. Menaip beberapa muka depan untuk dokumen sebutharga.
MINGGU KEEMPAT (08.07.2013 12.07.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu keempat ialah:
1. Menaip semula Bill of Quantityuntuk kg jaya sepakat.
2. Menaip beberapa muka depan untuk dokumen sebutharga
3. Fotostat dokumen untuk rujukan pelanggan.
4. Mengemaskini dan menyusun fail minit mesyuarat dalam almari
yang ditetapkan.
MINGGU KELIMA (15.07.2013 19.07.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kelima ialah:
1. Mengira jarak crusher runbagi setiap projek.
2. Pergi ke tapak di bandar mas untuk mengukur jalan yang rosak di
setiap bahagian.
3. Belajar baca pelan dan melipat pelan.

4. Menyenaraikan status bayaran bagi setiap syarikat.


5. Fotostat dan menyusun dokumen untuk dibuat lampiran.
MINGGU KEENAM (22.07.2013 - 26.07.2013)
Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu keenam ialah:
1. Masukkan data ke dalam sistem.
2. Membantu untuk scan surat masuk ke dalam my surat yang
hendak di hantar ke bahagian lain.
3. Membantu menyediakan surat mesyuarat tapak.
4. Pergi ke lawatan tapak di bilik fail.
MINGGU KETUJUH (29.07.2013 - 02.08.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ketujuh ialah
1. Membantu menyediakan borang pelantikan jawatan Jurutera
Residen dan Penyelia Tapak secara kontrak bagi projek tender
kejora.
2. Membantu menyediakan surat untuk mesyuarat tapak.
3. Membantu

memperbetulkan

semula

kesalahan

sebutharga

SH1643.
4. Membantu memasukkan sebutharga dari excel ke dalam eperolehan.
5. Membantu menyediakan surat akuan sumpah untuk perakuan
muktamad.
6. Menghadiri perhimpunan bulanan untuk bulan ogos 2013

7. Fotostat 1 dokumen senarai kuantiti.


MINGGU KELAPAN (05.08.2013 07.08.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kelapan ialah:
1. Menghantar perakuan bayaraan interim kepada unit kewangan.
2. Membantu membuat salinan fotokopi untuk surat penyerahan
tapak.
3. Mendapat tugasan dari En.Azri (Jurutera Elektrik) untuk membuat
laporan penilaian bagi sebutharga SH1648.
4. Mendapat tugasan dari En.Noorazlan (Jurutera Awam) untuk
membuat laporan penilaian bagi sebutharga SH1634.
5. Kemaskini buku jurnal refleksi.
6. Mengemas semua ruang di unit teknikal sempena Hari Raya
Aidilfitri.
MINGGU KESEMBILAN (12.08.2013 16.08.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kesembilan ialah:
1. Mencari maklumat yang berkaitan dengan syarikat untuk
dimasukkan ke dalam laporan akhir latihan industri sesi jun 2013.
2. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) membuat
pembetulan dalam laporan penilaian sebutharga SH1634.

3. Mendapat tugasan dari En.Azri (Jurutera Elektrik) untuk membuat


laporan penilaian sebutharga SH1683 dalam bentuk microsoft
word dan memberi softcopy setelah siap.
4. Mendapat tugasan dari Cik Linda (Jurutera Awam) untuk
membuat laporan penilaian sebutharga SH1700 dalam bentuk
microsoft word dan memberi softcopy and hardcopy kepada Cik
Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) setelah siap.
5. Mendapat tugasan dari Cik Noorzeyanna (Pen.jurukur bahan)
untuk membuat kadar harga pembinaan jalan dalam bentuk
microsoft excel dan memberi softcopy and hardcopy setelah siap.
6. Belajar dan mendengar keterangan mengenai pelan bersama
Pn.Noriza (Pelukis Pelan)
7. Pergi ke tapak di bilik fail bersama En.Azri (Jurutera Elektrik)
untuk melihat keadaan semasa.
8. Mendapat tugasan dari Cik Noorzeyanna (pen.jurukur bahan)
untuk menyemak semula penyata akaun dan analisis kecukupan
modal.
9. Pergi ke lobi untuk mendapatkan senarai nama staff kejora.

MINGGU KESEPULUH (19.08.2013 23.08.2013)


Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kesepuluh ialah:
1. Mendapat tugasan dari En.Gopal (Pem.Tadbir) untuk menyemak
no.siri di setiap barang (borang daftar inventori) dalam bilik setiap
pegawai di unit teknikal.
2. Pergi tapak di johor lama bersama Hj. Rozahan (pelukis pelan)
untuk melihat proses yang sedang dijalankan di tandas masjid
johor lama.
3. Membantu En.Azri (Jurutera Elektrik) bagi mendapatkan no.VOT
dan TARIKH IKLAN untuk laporan penilaian di unit kewangan.
4. Mendapat tugasan dari Cik Noorzeyanna (Pen. jurukur bahan)
untuk menyiapkan kadar harga.
5. Mendapat tugasan dari En.Noorazlan (Jurutera Awam) untuk
menghantar pelan kepada En.Mazlan (unit PSPD) untuk dicop
dan minta borang hijau darinya.
6. Mendapat

tugasan

dari

Pn.Murnee

(Pem.tadbir)

untuk

menghubungi setiap syarikat yang terlibat dalam mesyuarat yang


diadakan oleh unit teknikal (bagi memastikan pihak mereka
maklum dan menghantar wakil untuk mesyuarat tersebut).

MINGGU KESEBELAS (26.08.2013 30.08.2013)


Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kesebelas ialah:
1. Mendapat

tugasan

dari

Pn.Murnee

(Pem.Tadbir)

untuk

menghubungi setiap syarikat yang terlibat dalam mesyuarat yang


diadakan oleh unit teknikal (memaklumkan tentang terdapat
pindaan waktu mesyuarat tersebut).
2. Membantu

Cik

Noorzeyanna

(Pen.Jurukur

Bahan)

untuk

memasukkan item sebutharga dari microsoft excel kedalam ePerolehan.


3. Pergi ke tapak bina projek RAPID di punggai bersama
En.Noorazlan (Jurutera Awam), Pn.Rosnita (Jurutera) dan Cik
Intan (Jurukur Bahan) untuk mengukur dan mengecek barang
yang digunakan di tapak.
4. Pergi ke tapak bina di kg.jaya sepakat dan kg. Sri pekan bersama
Cik Linda (pen.jurukur awam) untuk penyerahan tapak dan
memantau proses kerja yang dijalankan.
5. Membantu menysusn dokumen tender di tempat yang disediakan.
6. Menyemak no.siri setiap barang di ruang unit teknikal bagi
memastikan setiap barang mempunyai no.siri.

MINGGU KEDUA BELAS (02.09.2013 06.09.2013)


Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kedua belas ialah:
1. Membantu En.Azri (Jurutera Elektrik) menyiapkan dokumen
outcome dalam bentuk word dan membuat salinan fotokopi bagi
borang selidik Outcome.
2. Membantu En.Gopal (Pem.Tadbir) bagi meminta maklumat
mengenai

peratusan

prestasi

projek

setiap

pekerja

yang

memegang projek tersebut.


3. Sesi perjumpaaan bersama penyelia Pn.Rosnita (Jurutera) untuk
perbincangan mengenai Progress report akhir.
4. Membantu En.Noorazlan (Jurutera Awam) bagi menyediakan
Power Point untuk laporan anugerah kualiti pengurusan projek.
5. Sesi pemantauan penyelia dari Politeknik Mersing (Cik Azreen bt
Khamis).
6. Menghadiri perhimpunan bulanan bagi bulan september 2013.
7. Menghadiri program membudayakan al-quran di KEJORA.
8. Membantu En.Gopal (Pem.Tadbir) bagi mengemaskini dokumen
sebutharga daripada tahun 2010-2013.

MINGGU KETIGA BELAS (09.09.2013 13.09.2013)


Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ketiga belas ialah
1. Membantu

En.Noorazlan

(Jurutera

Awam)

menyiapkan

hardcopyslide presentation sebanyak 25 salinan dan menghantar


kepada Pn.Noorazah (Unit Perancangan Strategik).
2. Membantu

Cik

Noorzeyanna

(Pen.Jurukur

Bahan)

fotostat

dokumen dan mengira semula jumlah sebutharga bagi setiap


projek.
3. Membantu

En.Zaidi

(Pen.Peg.Senibina)

bagi

menyiapkan

sebutharga dalam bentuk microsoft excel


4. Membantu membuat salinan gambar dari kamera ke pendrive.
5. Membantu Azwani (Pelajar Praktikal) membuat tag nama untuk
unit teknikal.
6. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) memasukkan
sebutharga AK600 ke dalam sistem e-Perolehan.
7. Faxs surat dan menelefon untuk memaklumkan bagi mesyuarat
tapak ke 2 (RAPID) kepada 8 buah syarikat.
8. Masuk mesyusarat mengenai sukaneka sempena cuti malaysia.
9. Lawatan tapak di (RAPID) bersama En.Noorazlan (Jurutera
Awam) dan berbincang mengenai projek tangki air di pejabat tapak
RWS.

MINGGU KEEMPAT BELAS (16.09.2013 20.09.2013)


Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu keempat belas ialah:
1. Melawat tapak bersama Pn.Sharipah (Pelukis Pelan) di kg.sayang
untuk melihat projek pondok rela
2. Sesi bergotong-royong di setiap unit sempena bulan 5S.
3. Pergi ke tapak di masjid johor lama bersama Hj.Rozahan (Pelukis
Pelan) bagi penyerahan siap kerja.
4. Menyusun atur pelan-pelan di bilik pelupusan sementara di unit
teknikal.
MINGGU KELIMA BELAS (23.09.2013 27.09.2013)
Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu kelima belas ialah:
1. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) menyemak
dokumen sebutharga untuk disahkan oleh Dato Hj Azizan B. Md.
Rais (Pengurus Besar KEJORA).
2. Membantu En.Noorazlan (Jurutera Awam) mengisi borang untuk
di faxskan ke syarikat lain.
3. Membantu Pn.Rosnita (Jurutera) bagi melengkapkan dokumen
lampiran

untuk Laporan Penuh Anugerah Kualiti Pengurusan

Projek Tahun 2013.


4. Melihat Progresss Project longkang di Jalan Murni, Jalan
Pembangunan dan Jalan Perumahan timur Bandar Penawar.

5. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) membuat


salinan fotokopi dokumen lampiran.
MINGGU KEENAM BELAS (30.09.2013 04.10.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu keenam belas ialah:
1. Membantu cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) menyiapkan
dokumen sebutharga daripada format Microsoft Word ke format
Microsoft Excel.
2. Mendapat arahan untuk bersama En.Azri (Jurutera Elektrik) bagi
memantau progress di tapak bina bangunan Ibu Pejabat
KEJORA.
3. Menolong mengisi borang CIDB yang tidak lengkap untuk
pekerja.
4. Mendapat arahan untuk bersama En.Azri (Jurutera Elektrik) bagi
penyerahan siap kerja di kawasan tempat letak kereta Tg. Balau
dan kawasan tanah perkuburan bandar penawar.
5. Membantu En.Ramli (Juruteknik Awam) melengkapkan dan
menyiapkan dokumen Bayaran Interim 1 dan surat lanjutan masa
(EOT).
6. Mendapat arahan untuk bersama En.Noorazlan (Jurutera Awam)
bagi meminta gambar yang berkenaan projek untuk Laporan
Akhir di pejabat RWS Teluk Ramunia.

MINGGU KETUJUH BELAS (07.10.2013 11.10.2013)


Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ketujuh belas ialah:
1. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) membukukan
dokumen perakuan pelarasan jumlah harga kontrak (PPJHK).
2. Membantu En.Azri (Jurutera Elektrik) bagi menyemak dan
melengkapkan senarai lukisan/pelan lampu jalan untuk dipasang
di 14 buah kampung.
3. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) membuat
salinan hardcopy (print) bagi profil syarikat CIDB untuk tawaran
tender/sebutharga/arahan kerja-SULIT.
4. Menghadiri perhimpunan bulanan bagi bulan Oktober 2013.
5. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) menyiapkan
surat dokumen pusat komuniti.
6. Membantu En.Noorazlan (Jurutera Awam) menyiapkan laporan
penilaian SH1703.

MINGGU KELAPAN BELAS (14.10.2013 18.10.2013)


Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kelapan belas ialah:
1. Mengurus surat keluar / masuk ke dalam sistem.
2. Pemantauan tapak untuk pemasangan longkang di jalan murni.
3. Pemantauan tapak di The Wetlands Belukar Durian, Sedili.
4. Penyerahan siap kerja di jeti sedili kechil, kota tinggi.
MINGGU KESEMBILAN BELAS (21.10.2013 25.10.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kesembilan belas ialah:
1. Pemantauan tapak di Kg. Sayang.
2. Bersama-sama Encik Azri (Jurutera Elektrik) untuk membuat
Pemantauan Tapak dipersimpangan Petronas Desaru-Bandar
Penawar.
3. Penyerahan siap kerja di Kg.Jaya Sepakat.
4. Mendapat arahan untuk bersama-sama Puan Aisah (Juruteknik
Awam) ke Penyerahan Siap Kerja dan memantau progress
project di Pengerang (Inspection besi for Elevated Tank)
5. Mendapat arahan untuk bersama-sama Encik Noorazlan (Jurutera
Awam) ke Mesyuarat Tapak Kali Ke-3 di Pejabat Tapak RWS di
Teluk Ramunia.

MINGGU KEDUA PULUH (28.10.2013 01.11.2013)


Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kedua puluh ialah:
1. Memantau progress kerja untuk cube test dan compaction test di
anak syarikat Kejora Development Holdings.
2. Membantu Puan Rosnita (Jurutera) membuat Surat Panggilan
Sesi Taklimat Pembentangan Projek Bagi Tujuan Perunding dan
memperbetulkan kesalahan di dalam minit mesyuarat.
3. Mendapat arahan untuk mengikuti Encik Shalan (Pelukis Pelan)
ke Kampung Belukar Durian melihat progress work bagi
pembinaan chalet dan jambatan gantung.
4. Mendapat arahan untuk bersama-sama Haji Rosli (Juruteknik
Awam) ke pemantauan kerja-kerja Coring Test bagi sepanjang
jalan ke Muzium Johor Lama.
5. Memulangkan badge kepada Puan Marliana di Bahagian
Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.

BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pengenalan Projek


Pihak Petronas akan membangunkan sebuah Hub Industri Minyak dan Gas
di Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Lanjutan dari itu, sebanyak tiga (3) buah
kampung yang akan dibuatpengambilalihan tanah (PBT) iaitu, Kampung
Sungai Kapal, Kampung Langkah Baik dan Kampung Teluk Empang bagi
Fasa 1, manakala bagi Fasa 2 ialah Kampung Jawa, Kampung Batu Mas
dan Kampung Sebong. Di Fasa 2, terdapat empat (4) buah kampung yang
disediakan lotnya. Tetapi hanya tiga (3) buah kampung sahaja yang
terdapat di Fasa 2.Sebuah lagi kampung belum ditentukan lagi nama
kampungnya, tetapi lot untuk sebuah kampung itu memang disediakan.
Dalam mesyuarat diantara pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri
Johor (UPEN) dengan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA),
pihak UPEN meminta KEJORA melaksanakan projek Cadangan Pembinaan
Tangki Air dan Pemasangan Paip Retikulasi Untuk Pembangunan
Perumahan dan Insfrastruktur di Plot A Bagi Penduduk Yang Terlibat
Dengan Pembangunan Hub Industri Minyak dan Gas di Pengerang, Kota

Tinggi, Johor.Bagi projek ini, kaedah turnkey telah digunakan.Kaedah ini


adalah salah satu kaedah conventional yang telah sekian lama digunakan di
Malaysia.Seperti yang diketahui makna kaedah ini ialah perjanjian di antara
dua pihak yang bersetuju di mana satu pihak menawarkan kerja (majikan)
dan satu pihak lagi bersedia menjalankan kerja-kerja yang ditawarkan
(kontraktor).Turnkey pula bermakna menyerahkan kunci apabila projek siap
kelak.Kontrak turnkey yang ditakrifkan di dalam bahan rujukan membawa
maksud satu perjanjian di antara majikan yang mencadangkan projek
dengan kontraktor di mana kontraktor bertanggungjawab merekabentuk,
menyiapkan dan membiayai kos-kos pembinaan sehingga projek yang
dicadangkan siap (Hand Over).Majikan hanya membuat pembayaran
setelah projek siap (apabila kontraktor menyerahkan kunci).
Kontraktor mempunyai kuasa ke atas projek dan boleh menentukan
apa yang patut dilakukan ke atas projek yang sedang dijalankan. Ini kerana
kontraktor adalah sebagai majikan sehinggalah projek diserahkan. Pihak
kontraktor akan mengeluarkan modal untuk menjalankan projek dan
memastikan projek berjalan mengikut apa yang terkandung dalam
perjanjian untuk memastikan projek dapat disiapkan dan diserahkan secara
sempurna bagi mendapatkan bayaran daripada majikan.
Di sini kontraktor hendaklah memberi jaminan bahawa rekabentuk
yang dicadangkan dan dipersetujui oleh majikan adalah yang terbaik.Ini
penting kerana kontraktor bertanggungjawab terhadap majikan di atas apaapa kecacatan yang timbul dari kesilapan rekabentuk.Ini bermakna

kontraktor bertanggungjawab

walaupun itu bukanlah berpunca dari

kesalahan dan kecuaiannya.


Dalam hal ini, pihak KEJORA bertindak sebagai pemilik projek telah
bersetuju untuk melantik Syarikat Air Johor (SAJ) untuk melaksanakan
projek tersebut.Tetapi SAJ tidak mempunyai lesen untuk melaksankan
projek pembinaan.Pihak SAJ telah mencadangkan anak syarikat mereka
iaitu, Ranhill Water Services Sdn. Bhd. (RWS) sebagai kontraktor untuk
melaksankan projek pembinaan ini.
Sekiranya sesuatu projek menggunakan kaedah turnkey, maka
secara automatik kaedah Design and Build digunakan.Maka dengan itu,
pihak RWS diminta untuk mencari atau melantik pihak perunding dan subkontraktor yang berkaitan. Pihak Perunding yang dilantik oleh pihak RWS
ialah perunding dari Syarikat RAF Consult Sdn. Bhd. sebagai Juruperunding
Sivil dan Struktur, perundingdari Syarikat NHK Ultimate Consult Sdn. Bhd.
bertindak sebagai Juruperunding Mekanikal dan Elektrik dan perunding dari
syarikat Pakatan Ukur Bahan Sdn. Bhd. sebagai Perunding Jurukur Bahan.
Pegawai Penguasa bagi projek ini ialah Pengurus Besar KEJORA,
manakala

Wakil

Pegawai

Penguasa

ialah

Ketua

Unit

Teknikal,

KEJORA.Mesyuarat Serah Tapak telah dilakukan pada 9Julai2013 dan


sekali gus merupakan tarikh bermulanya proses pemibinaan. Tarikh siap
projek dijangka pada 8Januari2015.Jangka masa pembinaan di dalam
kontrak ialah selama 18 bulan.

Kaedah Design and Build digunakan secara automatik kerana


kaedah turnkey telah digunakan. Jumlah harga di dalam kontrak ialah
RM16,978,831.43. Kaedah Design and Build merupakan satu konsep di
mana hanya satu pihak sahaja dipanggil iaitu RWS yang akan memeterai
kontrak

dengan

pihak

KEJORA

untuk

menjalankan

kerja-kerja

perancangan, kerja reka bentuk dan kerja pembinaan mengikut kehendakkehendak yang telah dinyatakan dan dipersetujui dengan pihak KEJORA.
Setelah projek itu siap dibina dengan sempurna, RWSakan menyerahkan
projek tersebut kepada pihak KEJORA untuk dilengkapkan dengan
landskap, hiasan dalaman, peralatan serta kelengkapan-kelengkapan lain
yang tidak termasuk didalam kontrak.
4.2 PembinaanSuction Tank, Elevated Tank dan Pump House
Dalam projek ini, cadangan membina tangki air melibatkan tiga elemen iaitu,
pembinaan tangki air (Elevated), tangki air (Suction) lengkap dengan pam
serta kuarters pekerja dan kerja-kerja elektrikal dan mekanikal untuk
operasi.

4.3 Jenis Tangki


Tangki simpanan juga dikenali sebagai tangki agihan, kerana selain
menyimpan air tangki ini juga berfungsi mengagihkan air kepada pengguna.
Terdapat pelbagai jenis tangki simpanan yang digunakan dan lazimnya
diletakkan pada aras yang lebih tinggi dari kawasan bekalan bagi
memastikan tekanan yang diperlukan untuk pengagihan mencukupi
sehingga ke kawasan yang paling jauh dari tangki simpanan. Tangki ini
dibina daripada pelbagai jenis bahan.Bahan-bahan yang biasa digunakan
untuk membina tangki ialah konkrit, keluli dan bahan gentian seperti kaca
dan plastik.Bagi projek ini, bahan gentian kaca digunakan dalam pembinaan
suction tank.Jadual 4.1 menunjukkan jenis-jenis tangki simpanan dan
fungsinya.

Jadual 4.1 : Jenis-Jenis Tangki Simpanan dan Fungsinya.


Bil

Jenis Tangki

1.

Tangki Simpanan Loji

Fungsi
Menyimpan air yang telah diolah di loji
rawatan sebelum disalurkan untuk
diagihkan kepada pengguna melalui
tangki

pengimbang

dan

tangki

perkhidmatan.
2.

Tangki Pengimbang

Menerima bekalan air bersih dan


mengagihkan

kepada

satu

atau

beberapa tangki perkhidmatan. Tangki


pengimbang juga perlu menyimpan
bekalan

air

dalam

kuantiti

yang

banyak. Muatan minimum ialah 450m


dan maksimum 9000m
3.

Tangki Perkhidmatan

Tangki perkhidmatan ialah tangki yang

a. Tangki bentuk cendawan

membekalkan air yang diterima dari

b. Tangki bentuk silinder

tangki pengimbang untuk diagihkan

c. Tangki segi empat

kepada

kawasan

kawasan
perindustrian.

agihan

perumahan
Terdapat

seperti
atau
pelbagai

bentuk tangki perkhidmatan seperti


bentuk cendawan, silinder dan segi
empat.

Rajah 4.1 : Bahan gentian kaca digunakan dalam pembinaan Suction Tank

Rajah 4.2 : Pemasangan gentian kaca di Suction Tank

4.4 Preliminaries Works


4.4.1

Pengenalan

Dalam sebuah projek pembinaan, preliminaries adalah salah satu


perkara yang paling utama di mana ia telah dipersetujui oleh keduabelah pihak iaitu pihak KEJORA dan RWS dan telah termenterai di
dalam tender kontrak yang telah dikeluarkan.
Ini termasuklah dokumen-dokumen yang terlibat seperti
terkandung di dalam kehendak permulaaan syarat-syarat am.
Contonhya, sample dan ujian, pemeriksaan tapak, insurans untuk
kemalangan dan kerosakan harta benda, Insurans of Workmen
Compensation/ SOCSO, contoh-contoh bahan atau ketukangan,
susun atur tapak, program kerja Critical Path Method (CPM), gambar
kemajuan kerja dan segala dokumen yang berkaitan.
4.4.2 Susun Atur Tapak dan Kemudahan Perkhidmatan Di Tapak Bina
4.4.2.1 Jalan Sementera
Adalah penting bagi sesebuah tapak projek menyediakan jalan
keluar masuk bagi kemudahan untuk laluan jentera.Selain itu,
ianya bagi memudahkan bahan-bahan binaan dibawa masuk
dengan mudah dan cepat.

4.4.2.2 Pejabat Tapak


Merupakan tempat untuk menjalankan mesyuarat tapak dan
tempat menyimpan segala dokumen penting mengenai tapak
serta

carta-carta

program

kerja.

Kontraktor juga

akan

menyediakan segala kelengkapan dan alatan bagi keselesaan


Pegawai Penguasa dan semua yang terlibat dari pihak
KEJORA.Bagi projek ini, pejabat tapaknya di Teluk Ramunia.
4.4.2.3 Tandas
Keperluan ini juga akan disediakan oleh pihak kontraktor bagi
kemudahan kedua-dua belah pihak.
4.4.2.4 Stor Menyimpan Alatan dan Bahan-Bahan
Stor memainkan peranan penting bagi menyimpan segala alat
kelengkapan yang akan diguna di dalam projek. Stor akan
dipastikan selamat dan terjamin daripada dicuri. Ianya juga
untuk mengelakkan bahan-bahan yang mudah rosak terdedah
pada cuaca.
4.4.2.5 Papan Tanda
Papan tanda akan disediakan oleh pihak kontraktor kerana ia
telah tertakluk di dalam tender projek. Lukisan pelan bagi
papan tanda juga disediakan mengikut spesifikasi KEJORA.

4.4.2.6 Pagar Sekeliling Tapak Projek


Merupakan salah satu daripada langkah keselamatan yang
harus dipatuhi oleh pihak kontraktor. Tujuannya adalah untuk
memastikan orang awam tidak memasuki kawasan pembinaan
yang

boleh

mengakibatkan

kemalangan

yang

tidak

disengajakan atau disengajakan.


4.4.2.7 Bekalan Elektrik dan Bekalan Air
Pihak kontraktor juga akan memastikan segala bekalan
kemudahan ini disediakan di tapak projek. Kontraktor akan
memohon kepada TNB dan kepada SAJ bagi memenuhi
keperluan ini. Pemasangan bekalan ini akan dipasang oleh
sub-kontraktor.
4.4.3 Pemantauan Perlaksanaan Kerja
Secara amnya, tugas KEJORA adalah memantau perjalanan segala
aktiviti di tapak pembinaan bagi setiap kerja yang dilakukan untuk
memastikan aktiviti yang akan dilakukan mengikut spesifikasi yang
telah ditetapkan. Antara skop aktiviti yang dilihat adalah kerja ukur,
kerja tanah, penyediaan pelan tapak, penyiasatan tapak, kerja-kerja
awalan, kerja substruktur dan superstruktur, kerja kayu, kerja-kerja
konkrit dan sebagainya yang terlibat dalam pembinaan.

4.4.4 Ujian Tanah


Dalam projek pembinaan tangki air ini, ujian yang dilakukan ke atas
tapak bina adalah menggunakan ujian Proba Mackintos. Secara
amnya, penyiasatan tanah adalah satu langkah yang paling utama
dalam sesebuah pemibinaan yang dilaksanakan.
Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mengelak masalahmasalah pada struktur pembinaan. Antara masalah yang mungkin
timbul adalah berlakunya enapan tanah dan boleh menjejaskan
struktur yang lain.
4.5 Kerja-Kerja Tanah
4.5.1

Pengenalan

Dalam melaksanakan kerja-kerja penggalian, beberapa aspek


penting harus diambil kira. Pihak kontraktor mestilah memastikan
kawasan

pengalian

berada

dalam

keadaan

selamat

bagi

memudahkan untuk membuat anggaran bagi segala keperluan untuk


kawasan kerja tersebut mengikut had kerja yang telah diberikan
mengikut spesifikasi.
Sepanjang pemantauan saya ke tapak bina, segala kerja
tanah telah siap dilaksanakan, kerja yang sedang dilakukan adalah
kerja-kerja perlantakan cerucuk. Jadual di sebelahadalah peralatan,
loji dan mesin yang digunakan dalam kerja-kerja tanah.

Jadual 4.2 : Peralatan, Loji dan Mesin Yang Digunakan Dalam


Kerja-Kerja Tanah
Bil.

Jentera dan

Kegunaan

Mesin
1.

JCB

Digunakan untuk kerja pengorekan,


memunggah tanah dan mengangkut
barang.

Bad Pusher

Digunakan untuk kerja-kerja seperti


meratakan tanah pada ketebalan
yang diperlukan.

3.

Mesin Compact

Diguna

bagi

kerja-kerja

seperti

pemadatan tanah bagi mencapai


kehendak yang diperlukan.
4.

Mini Roller

Digunakan

bagi

meratakan

permukaan tanah terutama selepas


menggunakan mesin compact.

4.6

Kerja Cerucuk
4.6.1 Pengenalan
Asas

bangunan

merupakan

elemen

terpenting

dalam

sesebuah binaan di mana ianya berfungsi untuk menanggung


dan mengagihkan beban daripada struktur bangunan terus ke
lapisan tanah. Beban yang ditanggung adalah beban hidup,
beban mati, beban angin yang akan disebarkan dengan
selamat tanpa berlaku kerosakan pada bangunan. Asas juga
mesti

mempunyai

kedalaman

yang

mencukupi

bagi

mengukuhkan kedudukan bangunan dari dipengaruhi oleh


keadaan tanah sekeliling. Asas yang digunakan mestilah
mempunyai daya ketahanan dari serangan bahan kimia yang
terdapat dalam tanah.
Dalam projek ini, spun pile digunakan untuk pembinaan
elevated tank. Manakala square pile digunakan dalam
pembinaan suction tank.
4.6.2 Jenis-Jenis Cerucuk
Cerucuk boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut
keadaan tanah iaitu :
i)

Cerucuk Tanggung Hujung (End Bearing Pile)

ii)

Cerucuk Geseran (Friction Pile)

Cerucuk tanggung hujung adalah cerucuk yang dilantak


sehingga ke lapisan tanah keras iaitu setelah mencapai set
yang telah ditetapkan, di mana beban yang di bawa dari
bangunan akan terus disebarkan ke permukaan tanah keras.
Cerucuk geseran pula adalah cerucuk yang tidak
mencapai permukaan tanah keras tetapi telah mencapai set
yang telah ditetapkan sewaktu kerja perlantakan dijalankan, di
mana beban akan ditanggung oleh geseran antara permukaan
cerucuk dengan permukaan tanah.
Panjang cerucuk yang digunakan adalah 12m bagi
starter pile dan 6m bagi sambungan. Set perlantakan bagi
cercucuk pula adalah 24m. sekiranya kerja perlantakan
cerucuk telah mencapai 24m dalam, maka hentakan akan
dihentikan. Cerucuk yang digunakan mestilah telah cukup usia
dan mendapat kelulusan sebelum digunakan. Segala kerja
perlantakan cerucuk adalah mengikut pelan yang telah
ditetapkan dan akan diawasi oleh penyelia tapak dari pihak
kontraktor dan wakil dari pihak KEJORA.

Rajah 4.3 : Spun Pile

Rajah 4.4 : RC Pile

4.6.3 Perlaksanaan Kerja


a) Maklumat Cerucuk
Apabila cerucuk tiba di tapak bina, pemeriksaan dan
pengesahan adalah perlu dilakukan supaya cerucuk yang
dibekalkan telah mencapai usia 28 hari. Cerucuk mestilah
tertera tarikh ianya dibuat, kelas cerucuk, berat cerucuk
dan nombor rujukan. Selain itu, memeriksa rekod ujian bagi
setiap cerucuk adalah penting dan menyemak jumlah
cerucuk yang dibekalkan mengikut pesanan yang telah
ditetapkan.
b) Pelan Terperinci
Setelah semua maklumat telah lengkap diperolehi, pelan
kedudukan cerucuk pada bangunan perlu disertakan bagi
memudahkan kerja perlantakan berjalan lancar dan
menepati kedudukan yang telah ditetapkan. Pelan tersebut
juga akan melampirkan lukisan topi cerucuk dan saiz
acuan.

c) Aktiviti Menanam Cerucuk


Sebelum aktiviti perlantakan cerucuk dilakukan, kedudukan
cerucuk mestilah tepat pada tanda yang telah ditetapkan
mengikut pelan yang sedia ada. Bahan-bahan dan alatan
yang digunakan untuk kerja perlantakan cerucuk adalah
mesin perlantak, drop hammer (bergantung pada diameter
pile), mesin welding, minyak antiras atau pencegah karat
dan driving cap.
4.6.4 Prosedur Kerja Perlantakan Cerucuk
1) Jarak cerucuk yang hendak dilantak mestilah sama dengan
jarak yang terdapat pada borang perlantakan cerucuk.
2) Semasa mendirikan cerucuk, pastikan cerucuk mengikut
kedudukan yang telah ditanda dan mengikut pelan.
Kepugakan cerucuk dipastikan dengan menggunakan
timbang air atau pelambab antara dua sudut berbeza.
3) Pada peringkat awal, perlantakan dilakukan perlahan-lahan
mengikut ketinggian sebenar jatuhan penukul apabila
kedudukan telah stabil.
4) Rekod perlantakan akan dicatat pada borang perlantakan
yang disediakan.
5) Setiap kedalaman 0.3m, bacaan bilangan hentakan akan
direkod pada borang sehingga mencapai set.

6) Starter pile yang digunakan berukuran 12m dan akan


disambung

menggunakan

cerucuk

6m

panjang.

Sambungan akan dibuat selagi belum mencapai set.


Sambungan dibuat menggunakan welding dan disapu
dengan cat antiras atau cat cegah pengaratan. Perlantakan
akan diteruskan selepas 15 minit bagi memastikan
sambungan betul-betul kukuh.
7) Kepugakan akan diperiksa seklai lagi sebelum kerja
perlantakan dilakukan.
8) Setelah mencapai set, graf akan diletak pada cerucuk dan
bacaan akan diambil pada 10 hentakan terakhir di mana
setiap satu kotak graf mewakili 1mm dan sekiranya set
yang ditetapkan oleh RWS adalah 24mm, maka graf yang
terhasil mestilah tidak melebihi 24mm tersebut.
9) Semasa mengambil set, jatuhan penukul hendaklah
diperlahankan untuk memastikan graf yang terhasil lebih
berkesan.

Rajah 4.5 : Kerja-Kerja Penanaman Cerucuk di Suction Tank

Rajah 4.6 : Kerja-Kerja Penanaman Cerucuk di Tangki Elevated

4.6.5 Prosedur Perlaksanaan Topi Cerucuk atau Pile Cap


Selepas kerja-kerja lantakan cerucuk dilakukan disetiap point
yang ditetapkan mengikut pelan, kerja pemotongan cerucuk
akan dilakukan untuk membuat topi cerucuk. Terdapat 3 jenis
topi cerucuk iaitu 1 point, 2 point dan 3 point.
Berikut adalah langkah-langkah bagi kerja membuat topi
cerucuk :
i.

Selepas kerja piling siap dilakukan, permukaan keliling


tanah pada cerucuk akan dikorek sedalam 1.5m dalam.

ii.

Bentuk cerucuk bergantung pada beban yang hendak


ditanggung di mana sekiranya beban yang ditanggung
besar nilainya, bentuk tiga segi atau 3 point digunakan.

iii.

Cerucuk akan dipotong mengikut panjang yang telah


ditetapkan

sehingga

hanya

menampakkan

50mm

sahaja.
iv.

Kotak bentuk dipasang mengikut saiz yang ditetapkan


dalam pelan. Saiz pile cap biasanya mengikut standard
spesifikasi.

v.

Besi bagi pile cap akan dimasukkan terlebih dahulu


sebelum

pile

plug

dimasukkan.Pile

plug

akan

dimasukkan 1m dalam keadaan cerucuk dan besinya


akan diikat pada besi topi cerucuk.

vi.

Saiz besi pula bergantung pada beban yang ditanggung


dan rekabentuk topi cerucuk mengikut lukisan pelan.

vii.

Lapisan kedap atau lean concrete dilakukan pada


permukaan tanah yang telah dipadatkan.

viii.

Pemeriksaan besi pada topi cerucuk akan dilakukan


oleh Pegawai Penguasa bersama Perngurus Projek
untuk mendapatkan kelulusan sebelum dikonkrit.

ix.

Selepas tempoh konkrit tamat, pengawetan atau curing


pada topi cerucuk akan dilakukan menggunakan guni
basah.

x.

Tamat tempoh pengawetan, semburan anai-anai akan


dilakukan yang bertujuan untuk membentuk satu
rintangan bahan kimia untuk tempoh jangka masa
panjang di tanah di bawah lantai bangunan untuk
mencegah serta menghalang kehadiran anai-anai.

xi.

Selepas semua kerja di atas dilakukan pada semua


point yang terdapat pada pelan, permukaan yang digali
akan ditimbus semula dan dipadatkan.

4.7

Ujian Bebanan
4.7.1 Pengenalan
Terdapat dua kaedah dalam menjalankan ujian beban iaitu
kaedah PDA (Pile Dynamic Analysis) dan Load Test (Maintain
Load Test). Ujian ini dijalankan untuk menguji kekuatan
cerucuk untuk menampung beban yang akan menampung
beban yang akan ditanggung bagi mengelak berlakunya
lebihan beban dan kegagalan cerucuk yang dilantak. Selain
itu, ianya juga untuk memastikan kerja melantak cerucuk
mencapai kedalaman yang maksimum (end bearing)
PDA pula beroperasi menggunakan teknologi moden di
mana penggunaan computer digunakan untuk mendapatkan
keputusan. Cara ini mengambil masa yang singkat dan cepat.
Namun, keputusannya tidak begitu tepat. Kaedah Maintain
Load Test pula mengambil masa selama 2 hari atau 48 jam.
Beban akan dikenakan berperingkat-peringkat dan diturunkan
juga berperingkat dan cara ini lebih berkesan berbanding
kaedah PDA.

Rajah 4.7 : Load Test di Elevated Tank (Piling Point No.56)

Rajah 4.8 : Load Test di Eleveted Tank (Piling Point No.15)

4.7.2 Perlaksanaan Kerja Ujian Beban


Terdapat tiga (3) peringkat dalam kerja ujian beban iaitu :
a.

Penambahan Beban

b.

Maintained Load (Tida Penambahan Beban)

c.

Penurunan Beban
i.

Penambahan Beban
Beban diletakkan di atas cerucuk semasa
menambahkan

berat

berperingkat-peringkat

sama nilai hingga berat iaitu berat beban dua kali


beban working load(berat beban + 10% berat
maksimum)
Penambahan

beban

dibuat

secara

8peringkat untuk bangunan dan bagi kerja jalan,


12 peringkat dilakukan. Bacaan pemendapan
cerucuk akan dibaca pada Dial Gauge bagi
setiap 15 minit untuk jam pertama dan 30 minit
untuk jam kedua.

Penambah beban akan dibuat setelah


bacaan pemendapan atau kadar pemendapan
tidak melebihi 0.25mm atau 0.01 inci dalam satu
jam. Sekiranya perbezaan pemendapan melebihi
had di atas, penambahan tidak akan dibuat lagi
sebaliknya bacaan setiap 15 minit diteruskan
sehingga kadar pemendapan tidak melebihi
kadar 0.25 mm/jam. Gred graf pemendapan
melawan masa akan ditunjukan pada setiap
beban penambahan.
ii.

Maintained Load (Tida Penambahan Beban)


Beban

untuk

maintained

load

adalah

penambahan beban mencapai beban maksimum


(2 kali working load). Beban maksima ujian akan
dikekalkan

selama

24

jam

dan

bacaan

pemendapan dibuat pada setiap satu jam.

iii.

Penurunan Beban
Penurunan beban dibuat secara peringkat pada
kadar berat yang sama nilai dan dilakukan pada
setiap satu jam. Bacaan pemendapan diambil
pada setiap 15 minit. Bagi bacaan ujian beban
berakhir setelah 1 jam bebanan sifar di mana
bacaan diambil pada setiap 15 minit.

4.7.3 Penilaian Ujian


Residual Settlement selepas bebanan disifarkan tidak
melebihi 6.5mm. Jumlah pemendapan telah melebihi
12.5mm ketika beban pada paras working load. Jika
jumlah pemendapan telah melebihi 38.0mm atau 10%
daripada garis pusat cerucuk yang mana nilai terendah
pada bebanan maksima ujian (2kali working load).

4.7.4 Cara Mengatasi Kegagalan Ujian Beban


Berikut adalah langkah bagi mengatasi sekiranya
berlaku kegagalan ujian beban ditapak bina :
i)

Kerja Ukur Aras atau Survey Level


Survey Level harus diperiksa terlebih dahulu.
Sekiranya Dial Gauge tidak bertindak balas, ini
menunjukkan terdapat kesalahan pada Gauge.
Load

juga

akan

diplotkan

dan

Settlement

menggunakan Survey Level.


ii)

Kesalahan Bacaan
Ketika mengambil bacaan pada Dial Gauge
pastikan permukaan unitnya betul.

iii)

Pemeriksaan Graf Load


Graf Load harus dipastikan dengan teliti.

iv)

Jika Masih Berlaku Kegagalan


Maintained

Load

akan

dipercepatkan

(bergantung pada bahagian yang gagal). Perlu


menggunakan pile yang lain untuk ditetapkan.
v)

Jika Berlaku Dua Kegagalan Load


Buat penyemakan rekod cerucuk dan pastikan
Damn Grade The Pile, 1 Psi = 14.223kg sq in.

Faktor-faktor penting sebelum ujian beban


dibuat ialah memastikan Hydrolic Jack tidak
bocor dan mempunyai simpanan, memastikan
jarak antara alatan atau susunan batu, pastikan
pile yang digunakan mempunyai permukaan
yang rata dan diluluskan serta memastikan berat
konkrit blok yang digunakan ialah 1tan.
4.8

Kerja-Kerja Konkrit
4.8.1 Pengenalan
Dalam kerja-kerja konkrit di tapak bina, beberapa aturcara
perlaksanaan

kerja

konkrit

telah

dipraktikalkan

bagi

memperoleh kualiti pengkonkritan yang menepati sfesifikasi


kerja bagi menjaga mutunya.
Bagi projek pembinaan tangki air ini, bancuhan konkrit
yang digunakan adalah konkrit siap campur (ready mix).
Memandangkan

industri

konkrit

siap

campur

sedang

membangun, maka ramai kontraktor akan menggunakan


kaedah ini dalam projek pembinaan mereka. Kebaikan cara ini
adalah bekalan konkrit akan dibekalkan berterusan mengikut
masa yang ditetapkan dan mutunya lebih terjamin.

Gred konkrit yang digunakan adalah Gred 35 yang


memenuhi kehendak KEJORA dan menepati kehendak pihak
RWS. Kilang pembekal konkrit sebaik-baiknya terletak hamper
dengan tapak bina iaitu tidak melebihi 4km. dalam projek ini
pembekal konkrit adalah Syarikat Long Yong Sdn. Bhd. dan
Kejora Development Holding.
Sewaktu lawatan yang dibuat sepanjang tempoh
bekalan konkrit dihantar ke tapak bina, pihak pembekal
menggunakan sukatan yang dipersetujui oleh pihak KEJORA
dan RWS setelah lulus ujian percubaan. Hasil daripada
keputusan itu, konkrit siap campur ini boleh dibancuh dan
dibekalkan ke tapak bina.
4.8.2 Peralatan Yang Digunakan
Dalam menghasilkan konkrit yang bermutu, penggunaan
mesin dan jentera moden diperlukan bagi menjimatkan masa
dan

memudahkan

kerja

konkrit

selain

menjimatkan

penggunaan tenaga kerja. Jadual di bawah menunjukkan


peralatan-peralatan yang digunakan dalam kerja konkrit.

Jadual 4.3 : Peralatan Yang Digunakan Dalam Kerja Konkrit


Bil.
1.

Peralatan
Jentera Kren

Kegunaan
Diguna untuk mengangkut bancuhan
konkrit siap campur dari lori ke tapak
bina.

2.

Langkau

Diguna untuk meletakkan bancuhan


konkrit yang akan diangkat oleh kren.

3.

Mesin

Diguna

Penggetar

yang terperangkap di dalam bancuhan


tanpa

untuk

mengeluarkan

menyebabkan

udara

pengasingan

bahan-bahan dan untuk mendapatkan


ketumpatan konkrit yang maksimum.
4.

Perkakas

Diguna untuk mendapatkan kemasan

Kemasan

yang

dikehendaki

akibat

daripada

bancuhan konkrit yang tumpah semasa


penuangan.
5.

Guni Basah

Digunakan untuk memastikan konkrit


yang dituang, diawet untuk mencapai
kekuatan

maksimum

ketahanlasakkan konkrit.

dan

4.8.3 Bahan Binaan


4.8.3.1 Pengenalan
Konkrit adalah bahan yang terhasil daripada campuran
batu baur, simen, pasir dan air mengikut nisbah yang
ditetapkan

untuk

mendapatkan

kekuatan

yang

diperlukan. Kekuatan konkrit bergantung pada nisbah


bancuhan.
4.8.3.2 Bahan Untuk Kerja Konrit
Bahan-bahan di atas akan diuji oleh pihak KDH dan
Long Yong yang bertanggungjawab untuk menentukan
sifat bahan tersebut mematuhi kehendak spesifikasi.
Kadar pensampelan dan ujian bagi bahan-bahan
hendaklah mematuhi arahan Pegawai Penguasa atau
sebagaimana yang disyorkan di dalam kontrak.
Segala kerja pensampelan dan ujian yang
dijalankan adalah di luar bidang kuasa KEJORA. Maka
KEJORA

hanya

pensampelan.

akan

meluluskan

ujian

dan

i)

Simen
Simen yang digunakan mestilah simen yang telah
diluluskan. Simen yang biasa digunakan adalah simen
Portland dan mestilah mematuhi kehendak Piawai
Malaysia M.S 7.13. Perakuan ujian oleh pembekal
secara amnya boleh diterima sebagai bukti keutuhan
bahan tersebut, namun Pegawai Penguasa mungkin
memerlukan ujian tambahan dilakukan ke atas manamana simen yang disyaki rosak yang disebabkan oleh
faktor usia atau kerosakkan pada kampit. Pegawai
Penguasa boleh mengarahkan supaya simen dibawa
keluar dari tapak bina jika didapati kampit simen
mengalami kerosakkan. Dalam projek ini, Simen
Portland Biasa digunakan.
Kontraktor

biasanya

akan

memilih

simen

Portland biasa atau simen Portland cepat keras, tetapi


tiada bayaran tambahan dibuat sekiranya simen yang
lebih mahal digunakan. Simen hendaklah dihantar ke
tapak bina dalam kenderaan yang bertutup untuk
mengekalkan mutunya. Di tapak bina, simen mestilah
disimpan di dalam stor untuk dilindungi daripada cuaca
dan akan dikeluarkan mengikr giliran penghantaran ke

dalam stor. Bekalan simen pukal hendaklah disimpan di


dalam silo yang diluluskan.
ii)

Batu Baur
Penggunaan bau baur mestilah mematuhi Piawaian
Malaysia M.S 74. Semua batu baur hendaklah dari jenis
yang kuat, tahan lasak, bersih dan tidak mengandungi
bahan-bahan perosak yang boleh member kesan
kepada kekuatan dan ketahanlasakkan konkrit dan
tetulang.

Batu

baur

hendaklah

terlindung

dari

pencemaran dan batu baur yang mempunyai saiz yang


berlainan disimpan secara berasingan. Terdapat dua
jenis batu baur iaitu batu baur halus dan batu baur
kasar.
a) Batu Baur Halus :
Batu baur halus hendaklah dari pasir yang terdapat
dikawasan air tawar. Ianya hendaklah mengandungi
selut atau bahan-bahan halus yang lain dan
melebihi 3% mengikut isi padu apabila diuji
mengikut Piawaian Malaysia M.S 7.5 dan juga tidak
mengandungi bahan-bahan organic yang boleh
menampakkan
dengan

warna

kecerahan

yang

warna

gelap
No.3

berbanding
apabila

diuji

mengikut

Piawaian

Malaysia

yang

sama.

Penggunaan pasir dari pecahan batu adalah tidak


dibenarkan.
b) Batu Baur Kasar :
Batu baur kasar hendaklah terdiri daripada pecahan
batu baur keras kecuali bagi kerja bawah tanah, di
mana hanya pecahan batu granit sahaja yang oleh
digunakan.

Batu

baur

mestilah

bersih

dari

mengandungi ketul-ketul tanah liat yang melebihi


1% mengikut berat. Contoh batu baur yang kering
hendaklah tidak menunjukkan pertambahan berat
yang melebihi 8% setelah direndam dalam air dan
diuji mengikut Piawaian Malaysia M.S 7.5 dan
hendaklah mempunyai bentuk yang sesuai dan tidak
menyerpih dengan indeks sepihan tidak melebihi 35.
Saiz maksimum batu baur adalah batu baur 19mm.
c) Penggredan Batu Baur
Analisa untuk penggredan batu baur hendaklah
mengikut Piawaian Malaysia M.S 7.5 dan hendaklah
mengikut

had-had

yang

ditetapkan

di

dalam

spesifikasi. Penggredan di antara had-had yang


ditentukan hendaklah mengikut sepertimana yang

diluluskan oleh Pegawai Penguasa. Jika didapati


perlu, batu baur halus hendaklah dibasuh atau
ditapis untuk mematuhi piawai yang disebut di atas
kehendak Pegawai Penguasa.
iii)

Air
Air yang digunakan dalam kerja konkrit mestilah bersih
dan bebas dari unsur-unsur yang memudaratkan dan
hendaklah

mendapat

kelulusan

Penguasa.

Kontraktor

hendaklah

dari

Pegawai

mengatur

untuk

membekal dan menyimpan air yang secukupnya di


tapak bina untuk kegunaan membancuh dan mengawet
konkrit.

Air

juga

hendaklah

menepati

kehendak

Piawaian Malaysia M.S 7.3.


4.8.3.3

Bancuhan Konkrit
Bancuhan konkrit hendaklah sepertimana yang
ditentukan di dalam spesifikasi dan sepertimana
yang telah diluluskan oleh P.P. Campuran konkrit
hendaklah dikadarkan mengikut salah satu cara
berikut :
i.

Campuran direkabentuk..

ii.

Nisbah air simen.

a)

Campuran Konkrit Nominal


Kecuali jika selainnya diluluskan oleh P.P, konkrit
hendaklah

dikadarkan

sepertimana

yang

terkandung di dalam spesifikasi. Kuantiti untuk


simen, batu baur halus dan kasar hendaklah
ditentukan dengan timbangan berat dan air
dengan sukatan isipadu. Batu baur halus dan
kasar hendaklah disukat secara berasingan.
Penimbang sukatan hendaklah digunakan untuk
menimbang berat simen, batu baur halus dan
kasar. Kejituan berat yuang ditunjukkan oleh
penimbang

sukatan

hendaklah

sentiasa

diperiksa dan hendaklah dipastikan supaya


berada dalam lingkungan 2 % daripada jumlah
berat sebenar batu baur dan simen dalam satu
sukatan.
Kadaran campuran bahan-bahan tersebut
adalah bertujuan untuk kegunaan kerja kecil di
tapak bina yang terpencil dan hanya boleh
digunakan dengan kelulusan P.P. Dalam situasi
ini, kuantiti simen hendaklah ditentukan dengan
timbangan berat dan untuk batu baur halus dan
kasar dengan sukatan isipadu. Isipadu batu-batu

baur hendaklah disukat dengan menggunakan


kotak penyukat yang diluluskan.
Timbangan berat dan sukatan isipadu
batu-batu baur halus dan kasar seperti yang
terkandung di dalam spesifikasi

adalah untuk

bahan-bahan dalam keadaan kering. Ujian ke


atas batu baur hendaklah dilakukan dua kali
sehari atau lebih kerap lagi sekiranya difikirkan
perlu oleh P.P. Kandungan air di dalam batu
baur hendaklah di ambil kira apabila menentukan
kuantiti air yang akan di masukkan ke dalam
campuran. Nisbah air simen yang betul akan
menghasilkan

kekuatan

konkrit

yang

akan

mampu dikerjakan dan dipadatkan secukupnya


dengan menggunakan penggetar.
Sekiranya
adalah

keras

didapati

campuran

semasa

konkrit

bancuhan,

pengubahsuaian hendaklah dilakukan dengan


menambah kadaran kedua-dua air dan simen
tanpa menambah nisbah air simen tersebut.
Kadaran simen hendaklah ditambah sekiranya
kekuatan kiub kerja jatuh di bawah paras yang
ditentukan.

b)

Campuran Konkrit Direkabentuk


Campuran konkrit direkabentuk boleh digunakan
dan hendaklah menepati perakuan Kod Amalan
C.P 114. Gred-gred konkrit yang digunakan
hendaklah sepertimana yang ditunjukkan di
dalam jadual di bawah ini dan jadual ini adalah
menggantikan Jadual 4 dari Kod Amalan C.P
114.
Simen, batu baur halus dan kasar dan air
hendaklah menepati fasal-fasal yang ditentukan
di dalam spesifikasi sebelum daripada ini.
Sekiranya

kontraktor

memilih

untuk

menggunakan campuran konkrit direkabentuk,


dia hendaklah mengambil kerja seorang pekerja
yang cekap dan mempunyai kelayakan yang
sesuai untuk mereka bentuk campuran tersebut,
untuk mengawasi dan mengarahkan semua
peringkat kerja persediaan dan peletakan konkrit.
Percontohan,

pembuatan,

pengujian

kiub-kiub

dilaksanakan

oleh

kontraktor

P.P

hendaklah

pengawetan
kerja

atau

dan

hendaklah
wakilnya

menyediakan

dan

semua

kemudahan. Kontraktor atau wakilnya boleh


hadir semasa kiub kerja ini dibuat dan diuji.

Berikut

adalah

butiran

yang

perlu

dikemukakan oleh kontraktor sebelum P.P boleh


membenarkan sebarang campuran direkabentuk
digunakan.
a. Keadaan dan sumber bahan.
b. Butir-butir lengkap campuran-campuran
percubaan, kesemuanya menepati Kod
Amalan C.P 114 dan Piawaian British B.S
1881.
c. Kuantiti

yang

dicadangkan

mengikut

timbangan berat bagi setiap bahan untuk


menghasilkan satu meter padu konkrit
yang dipadatkan secukupnya.
4.8.3.4

Ujian Yang Dilakukan Ke Atas Konkrit


Bagi memastikan bancuhan konkrit sesuai dan
telah mengikut standard yang telah ditetapkan.
Maka terdapat dua jenis ujian yang biasa
dilakukkan di tapak bina untuk menguji kekuatan
konkrit iaitu ujian penurunan dan ujian kiub.
Ujian-ujian ini akan dilakukkan sebaik
sahaja bancuhan konkrit sampai di tapak bina.

a)

Slump Test
Tujuan utama ujian penurunan adalah untuk
memastikan konkrit yang dikehendaki mengikut
prosedur yang ditetapkan. Ia dilakukan sebelum
kerja penuangan konkrit pada struktur bangunan
dijalankan. Ujian ini perlu dijalankan ke atas
semua truck mixer yang masuk ke tapak.
Terdapat 3 jenis penurunan yang kerap
kali terjadi iaitu penurunan sebenar (true slump),
penurunan ricih (shear) dan penurunan runtuh
(collapse).
Peralatan Dan Bahan
i.

Ferastrem berbentuk kon setinggi 300mm


. berdiameter bahagian atas 100mm dan
diameter bahagian bawah 200mm dan
terdapat dua pemegang sisi.

ii.

Rod pemadat diperbuat daripada keluli.


Berdiameter
600mm.

iii.

Pembaris

iv.

Plat tapak

16mm

dan

pajangnya

Rajah 4.9 : Jenis-Jenis Penurunan

Prosedur Kerja
1. Letakkan plat tapak yang telah dilembabkan
diatas permukaan lantai yang rata.
2. Letakkan kon ferastem di atas plat.
3. Tahan kon ferastem menggunakan kedua-dua
belah kaki pada pemegang kaki.
4. Masukan konkrit pada lapisan pertama dan
dihentak menggunakan rod besi sebanyak 25
hentaman
5. Masukkan konkrit untuk lapisan kedua dan
dihentak menggunakan rod besi sebanyak 25
hentaman.
6. Masukkan konkrit untuk lapisan ketiga dan
dihentak menggunakan rod besi sebanyak 25
hentaman
permukaannya

kemudian

diratakan

pada

7. Angkat kon acuan dengan berhati-hati secara


pugak.
8. Biarkan konkrit bergerak secara sendiri tanpa
ada sebarang gegaran
9. Setelah runtuhan stabil terbalikkan kon acuan
dan letakkan rod besi diatas acuan.
10. Bacaan diambil dan dicatatkan.

Rajah 4.10 : Ujian Penurunan (Runtuhan sebanyak 900mm)

Rajah 4.11 : Ujian Penurunan (Runtuhan sebanyak 100mm)

b) Ujian Kiub (Cube Test)


Tujuan

ujian

persampelan

ini

adalah

untuk

150mm kiub

mendapatkan

yang seragam

agi

menentukan ketumpatan kekuatan mampatan. Ujian


ini juga dilakukkan sebaik sahaja bancuhan tiba di
tapak bina.
Peralatan yang digunakan adalah :
i)

Acuan

besi

tuang

keluli

(150mm

150mm)
ii)

Klip penahan

iii)

Plat tegak, bolt dan nat

iv)

Bar penghentak (25mm, 1.8kg)

Prosedur Ujian Kiub


a) Sebelum konkrit dimasukan ke dalam acuan,
pastikan acuan bersih dan telah disembur
minyak bagi memudahkan acuan dibuka.
b) Konkrit dimasukkan sebanyak 3 lapisan dan
setiap lapisan dihentak 35 kali.
c) Acuan akan dibiarkan selama 24 jam dan setiap
kiub

akan

dikenalpasti.

ditanda

untuk

lebih

mudah

d) Selepas acuan dibuka, kiub akan dimasukkan ke


dalam tangki yang disediakan untuk tujuan
pengawetan.
e) Pastikan paras air tangki melebihi ketinggian
kiub.
Tempoh ujian kiub yang dilakukkan di tapak bina ini
ialah 7 hari dan 28 hari. Setelah mencapai tempoh
tersebut, kiub akan di bawa ke makmal konkrit untuk
ujian tekanan ke atas kiub. Tujuan ujian ini adalah
untuk

memastikan

konkrit

tersebut

mematuhi

piawaian yang ditetapkan. Sewaktu ujian tekanan ini


dilakukkan, ianya hendaklah diwakili oleh pihak
RWS dan pihak KEJORA.
Alat yang digunakan untuk ujian ini adalah mesin
menguji kekuatan konkrit (concrete compression test
machine).

Rajah 4.12 : Ujian Kiub

4.8.3.5

Langkah-Langkah Kerja Konkrit


a) Perletakkan Konkrit
Terdapat beberapa keadah dalam perletakan
konkrit,

antaranya

ialah

menggunakan

langkau, pam, sebuk penyampai dan kaedah


tremi.

Dalam

projek

ini,

kaedah

yang

digunakan adalah kren dan langkau.


Kren dan Langkau
Ini adalah kaedah yang biasa digunakan dalam
pembinaan

bagi

struktur

yang

tinggi.

Langkau

digunakan untuk mengangkut konkrit baru dari tempat


penyediaan ke tempat perletakan. Kren menara pula
diguna untuk mengangkat langkau dan kren ini
biasanya

digunakan

apabila

pembinaan

struktur

melebihi 30m. campuran konkrit yang diguna mestilah


mempunyai cirri-ciri rekabentuk tertentu yang telah
ditetapkan.

Rajah 4.13 : Penuangan Konkrit di Suction Tank

Penggunaan bahan tambah dalam bancuhan


konkrit adalah penting supaya kandungan air dapat
dikurangkan. Campuran konkrit yang diadun dengan
bahan tambah dapat membentuk satu campuran yang
mempunyai nilai turun yang tinggi dan kebolehkerjaan
yang baik.
Konkrit yang telah siap dibancuh hendklah
dituang secepat yang boleh. Tujuannya adalah untuk
mengelakkan berlakunya pengasingan bahan-bahan
dan untuk mengelak dari pencemaran. Cara-cara
pengendalian dan pengangkutan konkrit yang sesuai

adalah

mustahak

untuk

mengelak

berlakunya

pengasingan dalam bancuhan dan bagi memudahkan


kerja-kerja penuangan konkrit berjalan lancar. Semakan
berikut adalah penting semasa kerja konkrit dilakukan,
antaranya adalah :
Ketika Mengangkat Konkrit
a) Semua laluan mestilah bebas daripada sebarang
halangan yang boleh menyebabkan konkrit lewat
sampai ke tapak bina.
b) Persediaan yang sesuai penting untuk mengelakkan
konkrit berlaku pengasingan, kehilangan bahanbahan dan terdedah pada pencemaran.
Ketika Menuang Konkrit
a) Konkrit yang telah siap dan tiba di tapak bina
mestilah dituang dalam tempoh 45 minit selepas
dibancuh.
b) Ujian penurunan dan ujian kiub akan dilakukan
terlebih dahulu sebaik sahaja konkrit tiba di tapak
bina sebelum kerja dijalankan.
c) Semasa kerja konkrit dilakukan, Juruteknik akan
memantau sepanjang kerja penuangan konkrit
sehingga siap bagi memastikan kerja-kerja ini
berjalan lancer.

d) Tenaga kerja mestilah cukup bagi memastikan tiada


berlaku sebarang pergerakan tetulang.
e) Cara penuangan mestilah betul untuk mengelakkan
pengasingan bahan-bahan. Jarak jatuh mestilah
tidak melebihi 1.5m dengan menggunakan tingkap
atau pelongsor.
f) Konkrit hendaklah dituang berlapis-lapis dan tidak
melebihi 600mm setiap lapis.
b) Pemadatan Konkrit
Pemadatan
penyusunan

konkrit

adalah

semula

dan

satu

proses

penghimpitan

partikel-partikel daripada simen, pasir dan


batu-baur dengan cara mengeluarkan udara
yang terperangkap di dalamnya.
Pemadatan dilakukan dengan sempurna
selepas konkrit dituang ke dalam acuan.
Pemadatan

yang

tidak

sempurna

akan

menyebabkan ruang berongga wujud dan ini


akan memudahkan air meresap masuk ke
dalam tetulang yang boleh menyebabkan
baerlaku pengaratan pada tetulang. Konkrit
yang sedemikian bukan sahaja mempunyai

kekuatan mampat yang rendah malahan


ketahanlasakan konkrit akan turut terjejas.
Terdapat dua cara bagi pemadatan
iaitu

alat

penggetar

benam

dan

meja

penggetar (biasanya diguna di makmal).


Pemilihan saiz penggetar bergantung
pada ukuran acuan dan susunan tetulang di
dalam acuan. Sekiranya kedudukan tetulang
terlalu rapat, maka penggetar yang lebih kecil
digunakan. Sekiranya penggetar tidak dapat
dimasukkan ke dalam acuan yang kecil,
maka

pemadatan

dari

bahagian

luar

dibenarkan. Ini dilakukan dengan menggetar


bahagian luar dinding acuan supaya konkrit
dapat bergerak dan memenuhi ruang acuan.
Sebagai
stiffeners.

contoh
Cara

toang
ini

penyokong

mestilah

atau

mendapat

persetujuan dari Pegawai Penguasa terlebih


dahulu.
Tujuan untuk mengeluarkan udara
yang terperangkap di dalam acuan adalah
untuk mendapatkan ketumpatan konkrit yang
maksimum. Masalah yang mungkin timbul

jika terdapat udara di dalam acuan adalah


kekuatan konkrit, ikatan antara konkrit dan
tetulang terjejas dan rekabentuk konkrit tidak
kemas. Berikut adalah syarat sewaktu kerja
pemadatan dilakukan :
a) Kelengkapan alatan mestilah digunakan dengan
betul oleh pekerja-pekerja mahir.
b) Apabila menggunakan penggetar pastikan ;
i.

Ketika penggetar dimasukkan, pastikan ia


turun secepat mungkin mengikut beratnya
sendiri kerana ia membolehkan udara
yang terperangkap pada bahagian bawah
acuan

lapisan

konkrit

terkeluar

ke

permukaan dahulu.
ii.

Alat penggetar dibiarkan selama 10 saat


dan tempoh sebenar bergantung kepada
kebolehkerjaan dan saiz penggetar.

iii.

Alat

hendaklah

dikeluarkan

perlahan-

lahan.
iv.

Ketinggian alat penggetar mestilah tidak


melebihi 500 mm untuk elak pengasingan.

v.

Sewaktu pemadatan, elakkan terkena


tetulang kerana ini boleh menjejaskan
ikatan tetulang dalam acuan.

4.8.3.6

Pengawetan Konkrit atau Curing

Pengawetan adalah proses penyenggaraan terhadap


konkrit yang baru dituang supaya ia sentiasa dalam
keadaan lembab untuk jangka waktu tertentu. Bagi
projek ini tempoh masa yang diambil bagi kerja curing
adalah selama 7 hari dan bahan yang diguna adalah
guni. Air sangat diperlukan bagi konkrit yang baru
dituang untuk memudahkan tindak balas kimia antara
komponen simen dan air dan proses ini dilakukan
sehingga konkrit benar-benar keras.
Konkrit yang diawet dengan sempurna akan
lebih kuat dan padu da lebih tahan lama jika
dibandingkan dengan konkrit yang tidak diawet. Tujuan
sebenar pengawetan adalah untuk mengelak air
dipermukaan konkrit kering terlalu cepat akibat proses
penyejatan. Sekiranya ini berlaku, permukaan konkrit
akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan retakan
apabila berlaku pengecutan. Tempoh pengawetan yang
biasa dilakukan adalah selama 7 hari dan sebaikbaiknya

adalah

28

hari

untuk

membolehkan

keseluruhan komponen-komponen konkrit bertindakbalas dengan secukupnya.


Cara Pengawetan dilakukan,
i.

Permukaan konkrit akan diletakkan dengan guni basah.

ii.

Air akan disembur sekurang-kurangnya dua kali sehari


bagi memastikan air tidak akan kering.

iii.

Proses ini akan dilakukan berterusan sehingga waktu


yang ditetapkan.

Kerja pengawetan penting dalam pembinaan kerana :


i.

Mencegah dari berlaku retakan akibat dari proses


penggecutan.

ii.

Untuk meningkatkan kepada lelesan.

iii.

Meningkatkan kekuatan konkrit agi satu jangka masa


yang panjang.

iv.

Untuk

meningkatkan

ketahanlasakkan
dilakukan,

konkrit.

konkrit

kebolehtetapan
Sewaktu

hendaklah

dn

pengawetan

dilindungi

dengan

lembapan yang sempurna dan mestilah berterusan


menggunakan
ditetapkan.

guni

basah

selama

tempoh

yang

4.8.3.7

Penanggalan Acuan Konkrit.


Tujuannya adalah untuk memastikan acuan
ditanggalkan dengan cara yang paling efisyen
dan untuk memastikan kemasan konkrit. Wakil
Pegawai Penguasa akan memastikan acuan
ditanggalkan

dengan

betul

dan

mengikut

spesifikasi yang ditetapkan.


4.8.3.7.1
i.

Pemeriksaan Konkrit

Selepas

penanggalan

acuan

dan

kerja

pengawetan dilakukan, konkrit akan diperiksa


oleh Pegawai Penguasa bagi memastikan kerja
menepati

Spesifikasi

Lukisan.

Sebarang

kecacatan akan dicatat.


ii.

Pemeriksaan termasuklah ketepatan pembukaan


mengikut

rekabentuk,

contohnya

jejalur,

lengkungan dan kepugakan.


iii.

Pengeringan

permukaan

konkrit

yang

baru

didedahkan bermula dari acuan ditanggalkan


dan seterusnya diawet dengan sempurna.
iv.

Semua

acuan

digunakan

dan

mestilah

topang

yang

mendapat

hendak
kelulusan

Pegawai Penguasa. Topang diguna apabila

acuan dibuka untuk membantu menyokong


konkrit yang masih muda.
Jadula 4.4Antara Jenis-Jenis Kecacatan Pada Elemen Yang Telah Dikonkrit
dan Cara Mengatasi.
Bil.

Kecacatan

Cara Mengatasi

1.

Honeycomb

Hendaklah

dibuang

sekurang-kurangnya

25mm ke dalam konkrit dan ditampal


menggunakan simen sikar.
2.

Pengasingan

Diperbaiki menggunakan mortar dan ini


bergantung pada tahap kecacatan.

3.

Rongga

Penampalan mortar digunakan.

4.

Keretakan

Kecacatan ini memerlukan perhatian serius


kerana jenis dan corak keretakan hendaklah
dipastikan dahulu.

5.

Dimensi melebihi had dan

Wakil Pegawai Penguasa perlu menentukan

salah penjajaran

tahap had berkenaan dan menetapkan


kaedah pembaikan.

6.

Kerosakan

fizikal

pada

Tahap kerosakan perlu ditafsir oleh Wakil

bahagian struktur sewaktu

Pegawai

Penguasa

sebelum

sebarang

penanggalan acuan

keputusan dibuat ke atas kerja pembaikan.

BAB 5
KESIMPULAN

Pada keseluruhannya, latihan industri ini telah banyak memberikan pengajaran


dan pengalaman yang tidak ternilai kepada saya. Sepanjang tempoh 20 minggu
(satu semester) di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), saya telah
diberikan banyak pendedahan melalui tunjuk ajar serta bimbingan daripada
kakitangan di Unit Teknikal, KEJORA terhadap pengalaman sebenar dalam
alam pekerjaan.
Melalui latihan industri ini, banyak manfaat yang dapat diperolehi oleh
pelatih terutamanya sebagai cabang dalam memotivasi dan mendisiplinkan diri
dalam menggunakan peluang yang ada sama ada melalui tugas dan
tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh syarikat atau jabatan tempat
latihan industri. Dengan kesedaran untuk memikul tanggungjawab yang
diberikan, ini secara tidak langsung pelatih akan mempelajari cara-cara untuk
membuat sesuatu kerja dengan betul dan mengikut apa yang diarahkan oleh
pihak majikan.
Oleh yang demikian, penglibatan pelajar secara aktif dapat membantu dan
memberikan pemahaman atau pengetahuan yang lebih daripada teknik-teknik

yang dipelajari dengan mengabungkan antara teori dan praktikal yang dilalui
sendiri melalui kemahiran di tempat kerja.Walau bagaimanapun, hubungan yang
baik di antara pelatih dan kakitangan firma dapat memupuk keberkesanan
komunikasi dan sifat hormat-menghormati di antara satu sama lain.
Melalui program latihan industri ini juga dapat memberikan pelajar untuk
merasai suasana alam pekerjaan dan cara untuk bekerja. Selain itu dapat
memberikan pelajar untuk mempelajari cara untuk berkomunikasi dalam
suasana bekerja.
Sebelum memulakan program latihan industri juga diberikan pendedahan
melalui kelas softskill. Dalam kelas ini ianya mengajar kita untuk berkomunikasi
dan semuanya ini dapat diaplikasikan semasa program berjalan. Program ini
juga memastikan pelajar dapat menyesuaikan diri dalam suasana pekerjaan.
Melalui latihan ini jugalah pelatih dapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada
kakitangan firma yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang yang
diceburi. Bagi mendapatkan keberkesanan daripada latihan industri ini, pelatih
juga didedahkan dengan cara melakukan kerja khususnya pembinaan sebenar
yang tidak dilakukan di politeknik.
Dengan kemahiran yang telah saya perolehi, saya dapat melengkapkan diri
bagi mencapai wawasan 2020 dan menjadi modal insan yang berguna pada
masa hadapan. Ia juga merupakan pelengkap untuk saya terus maju ke
hadapan tanpa rasa takut dan malu bagi meneruskan pembelajaran di peringkat
yang lebih tinggi.

Di samping itu, latihan industri juga merupakan latihan yang banyak


memberi pengetahuan dalam cara-cara melaksanakan sesuatu pembinaan. Ia
merangkumi pelbagai peringkat iaitu sebelum pembinaan, semasa pembinaan
dan peringkat akhir pembinaan. Dengan itu, saya dapat melihat dan
mempelajari kaedah pembinaan tersebut secara lebih terperinci.
Secara keseluruhannya, latihan industri dapat memberikan ilmu yang
bermanfaat kepada para pelajar. Hal ini kerana ianya bukan sahaja dapat
melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam pelbagai bidang malahan dapat
menyahut hasrat kerajaan yang mahukan lepasan dari institusi-institusi
pengajian di negara ini menerajui negara dalam pelbagai bidang ekonomi, sains
dan kejuruteraan.
Akhir sekali, para pelatih juga dapat meningkatkan kemahiran dan memupuk
keyakinan serta meningkatkan prestasi diri masing-masing kerana banyak
pengetahuan dan pengalaman yang berguna dapat diperolehi ketika menjalani
latihan industri ini.
Oleh itu, sebagai kesinambungan daripada program latihan industri ini,
program ini amat penting dan melatih pelajar untuk lebih berdikari dalam usia
yang masih muda.

BAB 6
KOMEN DAN CADANGAN

Sepanjang tempoh saya menjalani Latihan di Lembaga Kemajuan Johor


Tenggara (KEJORA), saya telah memperolehi banyak pengetahuan dan
pengalaman yang berguna samaada dari segi teori mahupun amali. Unit
Teknikal, KEJORA merupakan unit di bawah tanggungjawab Timbalan
Pengurus Besar (Pembangunan).
Unit Teknikal menguruskan kerja-kerja kontrak dengan melaksanakan
program-program tender, sebutharga dan arahan kerja berkerjasama dengan
perunding-perunding yang dilantik. Selain itu, Unit Teknikal menjalankan kerjakerja pengurusan dan penyeliaan projek dari mula hingga selesai serta
memantau program-program kontrak berdasarkan kepada Laporan Kemajuan
Kerja Semasa sesebuah kontrak (secara sebutharga atau tender).
Unit ini lebih menekankan kepada penyediaan projek pembangunan seperti
menyediakan kemudahan awam dan sosial, jalan raya, bekalan api, air dan
telekomunikasi dan bertanggungjawab di atas segala urusan perlantikan
perunding, pengiklanan, penilaian, pemanggilan tawaran dan tawaran setuju
terima dan penyeliaan kontrak sehingga perakuan tuntutan pembayaran Interim.

Sesuatu yang amat positif dapat saya lihat di sini, sebagai pemaju,
mereka memberikan perkhidmatan yang bermutu serta perlindungan kepada
pengguna yang dijamin member impak yang besar kepada sesebuah
keluarga.Bebanan kerja semakin hari semakin bertambah demi memberikan
pekhidmatan dan perlindungan

yang terbaik.

Komen dan cadangan saya

kepada KEJORA bukanlah untuk kepentingan diri tetapi untuk kemajuan agensi
ini. Komen dan cadangan saya adalah seperti berikut :
Kerjasama
Kerjasama antara semua anggota di Unit Teknikal dan KEJORA yang lain
amat baik sepanjang perkhidmatan saya. Semasa saya menjalani latihan di
sini, saya diberikan tunjuk ajar tentang proses pekerjaan dengan baik.
Komunikasi
Di Unit Teknikal dan KEJORA, semua kakitangan berkomunikasi dengan
baik dan sedia memberikan tunjuk ajar tanpa diminta. Secara keseluruhannya
komunikasi di antara pekerja setakat ini di dalam keadaan yang baik. Saya
berharap agar komunikasi sesama pekerja dapat dipertingkatkan lagi dari
semasa ke semasa supaya tidak timbul masalah komunikasi di antara pekerja.
Disiplin
Masalah disiplin pekerja masih perlu diperbaiki.Elakkan daripada melambatlambatkan tugas masing-masing dan pastikan sesuatu kerja dapat diselesaikan
pada waktunya. Selain itu masalah dari segi masa juga perlu di atasi kerana ada
sesetengah pekerja tidak peka dengan waktu masuk kerja.

BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

Ab. Aziz bin Abd. Latif, Ismail bin Yusof, Abdul Aziz in Abu Bakar (2003).
Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5. Edisi 2003.Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Yusop bin Paal, Werdah binti Abdul Halim, Sarifah binti Daud (2002).
Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4. Edisi 2002.Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Laman

Web

Rasmi

Lembaga

Kemajuan

Johor

Tenggara.

http://www.kejora.gov.my/
Siti Aisah binti Mohamad (2005).Laporan Latihan Industri- Jabatan Kerja Raya
Kluang, Karung Berkunci 518, 86000 Kluang. Edisi 2005.Politeknik Sultan
Haji Ahmad Shah.

LAMPIRAN