Anda di halaman 1dari 31

TUGASAN

JANUARI 2016 SEMESTER

KOD MATA
PELAJARAN

EKM322

NAMA MATA
PELAJARAN

KESUSASTERAAN MELAYU

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

ARDIAH BINTI DULLAH

NO. MATRIK

E 30209130119

NAMA FASILITATOR :
AKADEMIK

AHADIAH SOAIBAH

PUSAT
PEMBELAJARAN

SEK.MEN. YU YUAN

BAHAGIAN A

Tujuan dan rasional kajian


Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengenal pasti
keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa
sepanjang pelaksanaan dan mengukur sejauh mana guru dapat
menerapkan elemen dan teks sastera dalam meningkatkan keberkesanan
kemahiran pembacaan murid. Fokus kajian ini adalah untuk melihat
bagaimana kemahiran seni
bahasa dapat memberikan penekanan pada standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh
murid. Standard kandungan dan standard pembelajaran ini berpaksikan
sistem kemahiran bahasa dan sistem bahasa yang disokong oleh elemen
pengisian kurikulum. Jika dirujuk pada tajuk kajian, kajian turut
membincangkan kepentingan unsur seni bahasa yang terdapat dalam
KSSR. Aspek seni bahasa ini merujuk keupayaan murid memahami,
mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran
yang menyeronokkan dalam konteks pendekatan didik hibur (pembelajaran
yang menyeronokkan). Oleh itu, didik hibur ini dilihat dapat mengupayakan
dan membolehkan bahasa yang indah itu dapat diperoleh secara mudah
daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon, mendeklamasi atau berpuisi
itu dilaksanakan secara lebih santai tetapi bermakna. Seni bahasa juga
menampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan gaya bahasa
khususnya ayat yang menggunakan unsur simile, peribahasa, bahasa
kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam teks yang dibaca. Oleh itu,
melalui idea yang kreatif, pembelajaran seni bahasa ini diharapkan akan
dapat melahirkan murid yang menguasai kemahiran lisan dan penulisan
dengan baik

Huraikan kaedah pengumpulan data

Kaedah kajian yang dijalankan ini merupakan kajian berbentuk


kuantitatif deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik yang dibina
oleh pengkaji bagi mendapatkan maklum balas daripada responden. Sejajar
dengan pandangan Mohd. Majid Konting (2009), kaedah penyelidikan
deskriptif tidak memerlukan usaha untuk mengawal sesuatu olahan. Hal ini
disebabkan penyelidik tidak menentukan terlebih dahulu factor yang
mendatangkan kesan terhadap sesuatu peristiwa. Soal selidik yang
digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan fakta,
kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya.
Sementara itu, Sidek Mohd. Noah (2002), menyatakan kajian
deskriptif dapat memberikan penerangan yang sistematik mengenai fakta
dan ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat.
Walau bagaimanapun, temu bual berpandu juga diadakan bagi
mendapatkan maklumat tambahan sebagai pengukuhan fakta kepada hasil
kajian ini. Responden yang terlibat dalam kajian ini seramai 75 orang guru
yang mengajar subjek Bahasa Melayu KSSR di sekolah terpilih. Sementara
sampel kajian telah dijalankan terhadap 30 orang guru terpilih daripada
sepuluh buah sekolah daripada setiap zon negeri, iaitu Sabah, Perlis,
Terengganu, Johor, Kuala Lumpur dan Kedah. Pemilihan sampel adalah
secara rawak.
Sekolah yang dijadikan sampel ini ialah sekolah rintis yang
telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sekolah uji kaji
untuk setiap modul yang dilaksanakan. Bagi kaedah temu bual, kajian telah
menemu bual dua orang guru yang terlibat secara sepenuhnya dengan
pendedahan KSSR. Lokasi responden ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Besi
dan Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda Aziz, iaitu kedua-duanya terletak
di Kuala Lumpur. Dua orang guru ini terdiri daripada guru yang mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu KSSR pada Tahap 1. Soalan temu bual
dibina khas oleh pengkaji manakala proses temu bual diadakan selama dua
hari berturut-turut. Tempoh masa untuk setiap orang responden ditemu
bual lebih kurang 30 minit seorang. Perbualan antara pengkaji dengan
responden dirakamkan dan dianalisis dalam bentuk transkrip.

Dengan berpegang kepada prinsip kerja Mohd. Majid Konting


(2009), soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan
fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal selidik
adalah sesuai dan berkesan digunakan bagi populasi yang besar. Begitu
juga soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas
subjek terhadap rangsangan soalan yang diberikan. Bagi mendapatkan
data, satu set soal selidik telah digubal.
Soal selidik yang digunakan untuk responden dalam kajian ini
terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian A berkaitan latar belakang
sampel kajian (guru KSSR Bahasa Malaysia sahaja) seperti lokasi sekolah,
jantina, kaum, umur, kelulusan akademik dan pengkhususan. Maklumat
yang diperoleh daripada bahagian ini bertujuan untuk memerihalkan latar
belakang responden. Bahagian B pula untuk melihat tahap kefahaman
terhadap huraian sukatan aspek seni bahasa dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia terhadap murid-murid sekolah rendah. Seterusnya bahagian C
pula bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan teks dan bahan bantu
mengajar dalam P&P seni bahasa dan bahagian D untuk melihat tahap
pembacaan murid terhadap elemen sastera. Pada bahagian akhir boring
soal selidik pula, pengkaji juga menyelitkan soalan berstruktur untuk para
guru memberikan pandangan secara umum dan bebas tentang
pelaksanaan KSSR ini.
Dapatan kajian
Kajian ini menggunakan statistik deskriptif untuk melihat
kekerapan dan min responden terhadap setiap item dalam soal selidik yang
dilakukan. Markah ujian yang didapati itu dianalisis dengan menggunakan
kekerapan dan peratusan.
Skor Min Secara Keseluruhan bagi Semua Pemboleh Ubah
Terdapat lapan pemboleh ubah dalam kajian ini yang diterokai dan
dibincangkan dalam analisis. Perbincangan diterangkan mengikut nilai skor
min bermula dengan nilai skor yang paling tinggi ke rendah. Nilai skor min
yang paling tinggi ialah 3.12(sp=630), iaitu para guru mengakui bahawa
penggunaan bahasa sastera dalam P&P seni bahasa membawa manfaat
penting kepada guru mahupun murid. Seterusnya skor min yang kedua
5

tinggi ialah 3.11(sp=.387) menunjukkan guru memahami konsep


terhadap huraian sukatan pelajaran seni bahasa dan pendapat guru
mengatakan tahap pembacaan murid terhadap elemen sastera juga
berlaku peningkatan, iaitu dengan nilai skor min sebanyak 3.07
(sp=.266).
Bagi item pengajaran guru berdasarkan KSSR juga secara keseluruhan
mendapat nilai skor min 2.98 (sp=.257). Selain itu, penggunaan teks dan
bahan mengajar dalam P&P seni bahasa juga memberi nilai skor min
sebanyak 2.96 (sp=.243). Hal yang sama juga ditemui dalam masalah
pelaksanaan elemen sastera juga hanya mencatat nilai skor min yang
rendah, iaitu sebanyak 2.69 (sp=.216). Dapatan ini menunjukkan bahawa
seni bahasa merupakan satu pola kurikulum yang baharu dan umumnya
dapat meningkatkan mutu atau tahap kefahaman murid.
Tahap Pembacaan Murid terhadap Elemen Sastera
Pengajaran seni bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia
diajar oleh para guru menggunakan salah satu teknik, iaitu teknik didik
hibur. Kaedah, teknik dan pendekatan guru dalam penyampaian P&P itu
telah membuktikan bahawa matlamat pengajaran melalui nyanyian,
berpantun, bersketsa dan sebagainya supaya murid dapat menyebut dan
memahami
unsur seni bahasa dalam lagu adalah tinggi (min=3.06, sp=.346). Selain
itu, penerapan eleman seni bahasa dengan tujuan dan sasaran yang betul
telah dapat melahirkan murid yang dapat melafaz dan memahami puisi
dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah serta sedap
didengar (min=2.97, sp=.440). Hal ini turut membenarkan reaksi dan
tanggapan guru, iaitu guru bersetuju bahawa elemen sastera dapat
membantu murid memahami teks dengan lebih berkesan. Buktinya, nilai
skor yang diperoleh sebanyak 3.10 (sp=.314). Elemen sastera juga dapat
meningkatkan penguasaan bacaan murid secara mekanis (min=3.10,
sp=.355) dan mentalis (min=3.05, sp=.328). Seperti yang kita maklum
bahawa bacaan mekanis ialah bacaan yang dilakukan secara senyap
seperti membaca dalam hati yang bertujuan untuk memahami sesuatu teks
dengan mendalam, manakala bacaan mentalis ialah bacaan secara kuat,
perkataan dalam teks disebut secara kuat dan tepat serta menggunakan
tanda bacaan
6

yang betul. Selain itu, elemen sastera juga dikatakan pelengkap kepada
P&P seni bahasa yang dapat menunjukkan ( min 3.15,sp=.360).
Manfaat Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Seni Bahasa
Kajian ini telah menemukan suatu persepsi positif terhadap
keberkesanan dan manfaat atau faedah elemen sastera dalam P&P seni
bahasa kepada murid. Item ini diajukan kepada guru untuk melihat
kemajuan dan prestasi murid berdasarkan pemerhatian guru. Guru yang
terlibat telah memberikan pendapat bahawa manfaat pelaksanaan elemen
sastera terhadap P&P seni bahasa didapati peningkatan kemahiran murid
adalah sangat tinggi. Nilai min sebanyak 2.97 (sp=.382) menunjukkan
murid memahami maklumat yang disampaikan oleh guru dan min 3.30
(sp=3.55) merujuk guru berpendapat bahawa murid boleh mengulang
kembali apa yang telah mereka pelajari secara tepat. Guru juga mengakui
bahawa nilai min sebanyak 3.08 (sp=.365) menunjukkan peningkatan
terhadap penguasaan kemahiran lisan, sebanyak (min=3.13, sp=.346)
untuk kemahiran membaca, (min=3.02, sp=.371) bagi kemahiran menulis,
dan (min=3.13, sp=.346) untuk kemahiran menaakul. Hal ini membuktikan
bahawa seni bahasa telah dapat membantu mutu penguasaan kemahiran
3M (membaca, menulis dan menaakul). Peningkatan ini turut dapat
dikaitkan dengan mutu kaedah atau pendekatan yang diguna pakai guru
dapat membantu murid yang lemah dalam memahami teks yang dibaca.
Sebanyak 3.13 (sp=.384) guru juga bersetuju bahawa kecekapan pedagogi
mereka semakin meningkat selepas pelaksanaan seni bahasa seperti yang
disasarkan oleh sukatan KSSR.
Pengajaran Seni Bahasa Guru Berdasarkan KSSR
Berdasarkan hasil analisis menunjukkan guru menggunakan
pendekatan yang tersendiri sewaktu mengajar seni bahasa dalam bilik
darjah (m=3.18, sp=.451) dan ternyata guru mengaplikasi teknik didik
hibur dalam pembelajaran seni bahasa mereka (min=3.23, sp=.514) di
sekolah. Guru juga mempelbagaikan teknik pengajaran seni bahasa selain
daripada menggunakan teknik didik hibur (min=3.22, sp=.478). Ramai
guru kurang bersetuju bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran mereka
tertakluk di dalam bilik darjah sahaja dengan min=2.34 (sp=.674) dan para
guru sebenarnya kadangkala melakukan pengajaran di luar bilik
7

darjah contohnya di perpustakaan, makmal komputer dan sebagainya


(min=3.01, sp=.539). Nilai min yang sama, iaitu 3.01 menunjukkan para
guru mengakui bahawa cara pengajaran seni bahasa antara seorang guru
dengan guru yang lain adalah berbeza dengan jumlah nilai sisihan piawai
0.489. Nilai min 3.17 (sp=.481) menunjukkan guru bersetuju dengan
pelaksanaan elemen sastera dalam sukatan pelajaran sekolah rendah dan
guru memahami secara tepat tentang penggunaan seni bahasa dalam
pengajaran mereka dengan nilai min hanya 2.94 (sp=.496). Selain itu,
tugasan atau latihan yang diberikan kepada murid selepas waktu P&P
adalah selaras seperti yang telah diajar (min=3.16, sp=.408) dan mereka
bersetuju bahawa pengajaran seni bahasa diajar dalam tempoh masa yang
sesuai dengan nilai min mencatat sebanyak 3.02 (sp=.374). Nilai min yang
terendah ialah 2.51 (sp=.530) kerana ramai guru mengakui bahawa
sumber atau bahan yang digunakan untuk pengajaran seni bahasa adalah
tidak mencukupi dan terhad. Hal ini membuktikan bahawa seni bahasa
merupakan satu kaedah penting dalam membantu cara P&P guru Bahasa
Melayu. Kepelbagaian dan keterbukaan dalam P&P seni bahasa dilihat
menjadi faktor penting dalam usaha meningkatkan keyakinan diri guru dan
pemahaman murid.
Penggunaan Teks Sastera dan Bahan Mengajar dalam Pembelajaran Seni
Bahasa
Item diajukan kepada guru untuk mengetahui sejauh mana
penggunaan teks sastera dan bahan bantu mengajar yang diguna pakai
oleh guru sepanjang tempoh P&P yang melibatkan pembelajaran seni
bahasa dijalankan. Selepas dianalisis data hasil daripada maklumat dan
jawapan responden, didapati bahawa para guru yang terlibat dalam kajian
ini masing-masing berpuas hati dengan bahan puisi dan prosa seni bahasa
yang digunakan sebagai teks semasa P&P seni bahasa dijalankan, iaitu
dengan nilai skor min 2.72 (sp=.507). Sementara itu, dengan nilai skor min
3.10 (sp=.426) menunjukkan guru menggunakan bahan bantu mengajar
multimedia sastera yang lain seperti perisian komputer dan sebagainya.
Selain itu, guru
turut menggunakan bahan bantu mengajar bukan elektronik seperti kad,
gambar, carta dan buku (min=3.16, sp=.441) bagi membantu
kefahamanmurid. Di samping itu juga, para guru mengakui bahawa bahan
8

bantu mengajar seni bahasa bersifat kreatif dengan nilai skor min sebanyak
3.13 (sp=.384) dan kebanyakan bahan bantu mengajar itu dihasilkan
sendiri
oleh guru (min=2.93, sp=.451). Hal ini membuktikan bahawa bahan
sastera merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang dianjurkan
kerana sifatnya yang bersahaja, menyeronokkan dan boleh disampaikan
dalam pelbagai teknik. Oleh itu, dapatan kajian ini telah dapat memberikan
jawapan bahawa terdapat empat persoalan yang sering membelenggu P&P
guru BahasaMelayu. Empat persoalan yang dapat membantu
meningkatkan mutu P&P
guru bahasa dengan merujuk elemen seni bahasa ialah:
(1)keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
(2) keberkesanan teks sastera terhadap peningkatan tahap pembacaan
murid;
(3)fungsi teks sastera terhadap pemahaman pembacaan murid;
(4)perkaitan tahap pembacaan murid dengan pembelajaran mata
pelajaran bahasa.

Pandangan Guru terhadap Pelaksanaan Seni Bahasa dalam Sistem KSSR


Secara keseluruhannya didapati 30 peratus guru mempunyai
pandangan yang positif terhadap pelaksanaan seni bahasa. Kajian
mendapati bahawa para guru dapat memberikan tumpuan, dan suasana
pembelajaran menjadi lebih menarik. Guru mendapati bahawa murid
berupaya meningkatkan kemahiran mendengar berpandukan Aras
Kefahaman Taksonomi Bloom. Soalan pemahaman daripada teks sastera
menjadi lebih mudah dijawab dan hasilnya menunjukkan pencapaian
markah yang tinggi. Faktor kejayaan guru disebabkan oleh penglibatan
sepenuhnya guru sebagai pelaksana didik hibur tersebut. Maka ciri guru
yang dapat dirumuskan kesan daripada kajian seni bahasa ini seterusnya
dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran 3M. Pengajaran
guru perlu diterima dengan baik oleh murid. Penerimaan murid terhadap
pembelajaran seni bahasa khususnya apabila dikaitkan dengan teks
sastera seperti pantun dan lagu puisi (lagu rakyat) membuktikan bahawa
keyakinan diri murid bertambah meningkat dari satu tahap ke tahap yang
lebih baik.
9

Peratusan guru menunjukkan 60 peratus daripada murid-murid yang


berusia 7-8 tahun berupaya membina keyakinan diri dengan begitu baik.
Hal ini menyebabkan, kemahiran lisan murid di dalam bilik darjah dapat
ditingkatkan. Malah lebih penting daripada itu, dalam aspek bercerita,
lakonan dan nyanyian, penglibatan dan kesungguhan murid itu benarbenar
menunjukkan peratusan yang besar dan hal ini bermakna guru telah
berjaya dalam proses P&P mereka. Kesimpulan yang boleh dirumuskan
daripada pendekatan seni bahasa ini ialah guru yang melaksanakan
pendekatan ini wajar bersifat:
(1) Santai Mendengar lagu dan membaca seni kata lagu yang digemari.
(2) Kelakar Mengubah suai seni kata lagu mengikut jalan tema sendiri.
(3) Seronok dan gembira Banyak aktiviti nyanyian dan gerak badan.
(4) Semangat mencuba Usaha murid untuk menghasilkan cerita ringkas
daripada tema atau

perkataan dalam seni kata lagu

berkenaan.
(5) Tidak takut dan kurang stres Guru turut menyanyi bersama-sama
murid.

10

11

BAHAGIAN B
Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal
yang tertulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan,
sama ada dalam bentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional,
atau puisi tradisional bagi mengimbangi perkembangan intelek, rohani,
emosi, dan jasmani, di samping memaparkan nilai kemanusiaan serta citra
masyarakat.
Kurikulum Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah digubal dengan
memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan kepada aspek sastera melalui
teks yang dikaji serta disepadukan dengan elemen perisian kurikulum.
Apresiasi karya sastera dilaksanakan melalui kajian teks berdasarkan aspek
sastera, iaitu tema dan persoalan, watak dan perwatakan, plot, latar, gaya
bahasa, bentuk, nada, sudut pandangan, nilai kemanusiaan, dan
pengajaran. Kajian teks ini meliputi bidang prosa dan puisi, iaitu terbahagi
kepada prosa moden dan prosa tradisional. Prosa moden pula terdiri
daripada genre novel, cerpen, dan drama. Puisi tradisional pula meliputi
pantun, syair, gurindam, dan seloka berbanding puisi moden yang hanya
ada sajak. Terdapat pelbagai definisi dalam usaha memberi makna kepada
kata kesusasteraan.
Perkataan sastera dikatakan berasal daripada bahasa Sanskrit
castra yang bermaksud kitab suci. Kesusasteraan pula membawa
pengertian sebagai segala penghasilan sastera yang dinikmati atau
disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan, mahupun melalui lisan
dan pendengaran (Harun Mat Piah et. Al, 2006). Sastera juga merangkumi
semua aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif (Ismail
Hussein, 1998). Hal ini turut ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997) yang
memberi pengertian sastera sebagai satu seni yang bercorak intelektual
dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik. Sabaruddin Ahmad
(1963) merujuk kesusasteraan sebagai manifestasi daripada gerak jiwa
manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa. Pada hakikatnya,
kesusasteraan atau seni bahasa itu ialah bingkisan yang dipersembahkan
oleh sasterawan sebagai Seterusnya, Hashim Awang menyimpulkan erti
12

kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.


Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea
dan fikiran pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya
fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya
itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan
keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Menurut Syed Ali Ashraf (1989:36) sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu
yang berseni tetapi ianya merangkumi segala aktiviti
manusia secara kreatif.
Meneliti pandangan yang diutarakan oleh para sarjana
memperlihatkan bahawa sastera ditandai dengan pelbagai ciri khusus.
Justeru, tugasan ini akan membincangkan dan menjelaskan konsep
kesusasteraan, ciriciri khusus sastera, kategori serta fungsinya dengan
contoh- contoh yang bersesuaian. Dalam hal ini perbincangan akan
ditumpukan kepada kategori sastera mengikut masa dan bentuk seperti
yang dijelaskan oleh Harun Mat Piah (2003). Untuk maksud ini, beberapa
bahan dan teks sastera akan dirujuk sebagai bahan analisis yang mewakili
karya tradisional mahupun moden. Antara sumber petikan yang akan
diketengahkan bagi kategori sastera tradisional genre prosa ialah dari
Sejarah Melayu
dan Sastera Rakyat. Manakala rangkap dari Gurindam Dua Belas akan dikaji
untuk mewakili sastera tradisional genre puisi. Sastera Melayu moden yang
berbentuk prosa pula akan diwakili oleh karyakarya Abdullah Munsyi
manakala sajak Kamala yang bertajuk Telok Gong pula akan mewakili
puisi Melayu moden. Namun demikian, bagi mengelakkan kekusutan,
maksud perkataan itu diberikan etimologi, yakni kajian asalusul bahasa.
Sastera merupakan satu bidang seni kreatif di mana bahasa adalah
medium pengantarnya. Sastera ditandai dengan beberapa unsur khusus
yang mampu membentuk tamadun dan peradaban sesuatu masyarakat
selain memperlihatkan sikap dan pandangan pengarangnya. (Arbaie et
al,2008) Secara
ringkasnya sastera dilengkapi dengan unsur-unsur yang berikut:
S Seni bahasa yang indah
A Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarang
S Sensori atau daya sensitiviti pengarang
13

T Tersurat & tersirat


E Estetika atau keindahan dari segi bahasa
R Realiti kehidupan
A Alternatif
Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi
yang digunakan
dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan
kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan
mengungkapkan makna yang difikirkan. Adunan teknik-teknik yang sesuai
dan ketepatan diksi menjadikan sesebuah karya itu hidup dan bertenaga.
Selain daripada penggunaan bahasabahasa yang indah dan tersusun,
sastera juga diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang
pengarang perlu memikirkan perutusan, amanat, atau lontaran idea yang
ingin disampaikan atau dikongsi dan direnungi bersama oleh pembaca.
(Arbaie et al,2008 hlm 1) Unsur akaliah ini merupakan langkah pertama
yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya. Dengan
perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang perlu mengolah
dan menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau
sensitiviti mereka. (Arbaie et al,2008 hlm 1) Untuk itu, seorang pengarang
haruslah bersifat sensitif atau peka dan prihatin akan masyarakatnya.
Pengamatan pengarang akan masyarakatnya dijadikan sumber asas dalam
menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan pelbagai daya rasa ini akan
membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan kepada pembacanya.
Daya rasa seperti belas simpati, benci , marah atau geram akan
dihubungkaitkan dengan fenomena yang dipaparkan.
Karya itu akan lebih bernilai sekiranya apa yang dipaparkan pernah
dilalui atau dialami oleh pembaca. Kesusasteraan berasal daripada
cantuman kata su dan sastra dalam bahasa Sanskrit. Kemudian diberi
apitan kean untuk membentuk kata nama. Makna-maknanya adalah
seperti berikut:
i. Su Baik, indah, cantik, seni, dan berfaedah.
ii. Sastra Karya(lisan/bertulis) atau buku.
iii. Susastra Karya yang indah dan berguna.
iv. Kesusasteraan Semua bentuk karya bernilai seni dan berguna.

14

Berdasarkan huraian- huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa


kesusasteraan
merupakan kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan
ditujukan kepada khalayak, iaitu terdiri daripada pembaca bagi karya yang
bertulis atau penonton drama. Oleh sebab itu, istilah Kesusasteraan Melayu
merujuk kepada karyakarya yang ditulis dalam Bahasa Melayu.
Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal
yang tertulis dalam Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan
sama ada berbentuk cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi
tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, di
sampingmemaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.
Kesusasteraan Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun, di
samping memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Selain daripada
itu, sastera turut mengandungi unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak
terhasil dengan kekosongan (Arbaie, 2008). Sebaliknya ia terhasil atas
dorongan tertentu dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di
persekitaran. Penafsiran pembaca yang berencam mengundang pembaca
memikirkan mesej yang ingin disampaikan penulis melalui karya tersebut.
Namun begitu, tidak semua lambang yang tersurat itu memberi erti apa
yang tersirat kerana wujud maknamakna simbolik di sebalik katakata yang
diungkapkan. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa kesusasteraan dapat
dirujuk sebagai hasil karya yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu.
Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina
keperibadian ahliahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripada unsur dan
fungsi di dalamnya mempunyai makna dalam teks karya selain berfungsi
dalam kehidupan masyarakat.
Secara umumnya, pengkategorian sastera akan merujuk kepada
tradisional dan moden. Karya sastera seperti Sastera Rakyat,Sastera Epik
dan Sastera Hikayat adalah diketegorikan sebagai genre Prosa dan sastera
Melayu tradisional.
Sastera Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah
diwarisi secara turun-temurun. Sastera tradisional disebarluaskan melalui
lisan dan memberi gambaran cara hidup atau budaya sesuatu masyarakat.
Ia bersifat kolektif atau hak milik bersama. Tiada sesiapa yang tahu siapa
pengarangnya dan tidak diketahui tarikh sesuatu sastera itu dihasilkan.
15

Ianya lahir di kalangan masyarakat masa lampau dan disampaikan secara


lisan dari satu generasi ke satu generasi yang lain kerana pada umumnya
masyarakat pada zaman tersebut masih belum mengenal huruf dan tidak
tahu menulis. Penyebaran sastera Melayu tradisional juga terhad
disebabkan khalayak yang terbatas dan bersifat esklusif. Oleh kerana ianya
disampaikan melalui lisan, banyaklah berlakunya perubahan dan tokok
tambah serta penyesuaian. Tema, latar serta watak dalam sastera
tradisional berpusat kepada masyarakat yang mewarisinya dan dipandang
tinggi oleh masyarakat tersebut sehinggakan karyakarya
itu dianggap suci dan keramat.
Salah satu genre prosa Melayu tradisional adalah sastera rakyat.
Sastera rakyat berfungsi
sebagai salah satu wadah hiburan. Ia lazimnya diceritakan oleh
tukangtukang cerita pada waktu malam untuk menghilangkan penat
selepas bekerja di siang hari. Sastera rakyat juga dikenali dengan nama,
penglipur lara. Lazimnya cerita penglipur lara ini diiriingi dengan alat muzik
tertentu, ciri umum tertentu seperti berkisar di sekitar istana, mengenai
putera - putera
raja yang tampan, gagah, berani dan sakti dan puteri-puteri raja yang
cantik jelita tiada bandingannya seperti dalam contoh Hikayat Malim
Deman dan Hikayat Anggun Cik Tunggal di mana watak-wataknya berpusat
kepada anak-anak raja. Cerita-cerita penglipur lara ini penuh dengan
kisahkisah kesaktian dan dewa dewi. Ini kerana masyarakat Melayu ketika
dahulu mempunyai sistem kepercayaan tradisinya yang amat ketara
perbezaannya jika dibandingkan dengan masyarakat moden sekarang.
Justeru itu, rata-rata penceritaan serta konteks cerita sesebuah karya itu
menyentuh kepada unsur-unsur ghaib, dongeng dan mitos serta
alam yang luar biasa. Sepertimana fungsinya sebagai penglipur lara, cerita
ini lazimnya bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati dan
peperangan-peperangan
yang terpaksa dihadapi oleh wira dalam mencapai sesuatu tujuan. Selain
hiburan, sastera juga membawa unsur didaktik atau pengajaran. Ceritacerita teladan merupakan salah satu sastera tradisional yang berbentuk
prosa. Ceritacerita ini bertemakan pendidikan moral sama ada
berlandaskan peraturan kehidupan sosial dan budaya atau pengajaran
16

agama. (Arbaie et al,2008 hlm 104) Jika cerita penglipur lara berkisar
kepada anakanak raja, cerita teladan ini pula lazimnya terdiri daripada
manusia biasa. Kebanyakannya berlatar belakangkan dunia
nyata dan menggunakan gaya pertuturan seharian. Di samping
memberikan didikan moral , cerita teladan ini lazimnya memberikan kesan
yang mendalam di jiwa kanak-kanak.
Pastinya ramai kanak-kanak yang mengenali cerita Si Tanggang,
Batu Belah Batu
Bertangkup dan Cerita Bawang Putih dan Bawang Merah. Ajaran utama
dalam ceritacerita
teladan ini ialah balasan baik terhadap setiap kebaikan dan sebaliknya
seperti mana yang dapat kita lihat dalam cerita Si Tanggang. Tanggang
adalah seorang anak yang tidak mengenang jasa ibunya dan durhaka.
Bukan sahaja Tanggang tidak mengakui ibunya, dia juga telah menolak
ibunya hingga jatuh ketika ibunya berjumpa dengan Tanggang. Anak
durhaka dan biadap terhadap ibunya ini telah akhirnya disumpah menjadi
batu. Satu pengajaran yang cukup meninggalkan kesan betapa makbulnya
doa seorang ibu dan balasan yang setimpal yang diterima oleh seorang
anak yang durhaka. Pengajaran yang sama juga dapat kita lihat dalam
cerita Batu Belah Batu Bertangkup di mana ibu Melur telah ditelan oleh
batu belah kerana kecewa dengan perbuatan anaknya yang tidak
meninggalkan walaupun secebis telur ikan tembakul. Kekecewaan itu telah
mengakibatkan ibunya berlari menyerah diri agar ditelan oleh batu belah.
Dalam konteks kesusasteraan Melayu, pandangan yang diberikan
oleh para sarjana bersifat pelbagai antaranya pandangan Usman Awang
yang mengaitkan sastera sebagai hasil tulisan yang mencerminkan
kehidupan manusia. Antara fungsi utama terhasilnya sesebuah karya oleh
seorang pengarang ialah dengan tujuan didaktik atau pengajaran kepada
masyarakatnya. Dalam hubungan ini Usman Awang berpendapat bahawa
sesuatu karya sastera itu bukan hanya untuk tujuan keseronokan sahaja
tetapi juga mengungkapkan gagasan dan pemikiran pengarangnya. Ini juga
ditegaskan oleh A. Samad Said (1996) yang menjelaskan bahawa sastera
adalah rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat, ianya merupakan
satu refleksi kehidupan yang diterjemahkan secara halus dan berhemah
oleh pengarangnya.
17

Sastera juga berfungsi memberikan gambaran tentang kehidupan


masyarakatnya.
Dalam Sejarah Melayu , Sultan Melaka dikatakan sanggup
memenuhi tuntutan Puteri Gunung Ledang demi mencapai hasrat untuk
memperisterikannya. Tuntutan Puteri Gunung Ledang ialah 7 dulang hati
nyamuk, 7 dulang hati kuman, jambatan emas dan istana di puncak
gunung Ledang dan semangkuk darah Raja Muda. Segala permintaan Puteri
Gunung Ledang dapat dilaksanakan oleh Sultan walaupun ianya bermakna
mengorbankan rakyat jelata. Hanya semangkuk darah Raja Muda yang
memisahkan Sultan Melaka daripada mencapai hasrat hatinya. Ini kerana
semua yang terlaksana atau yang dapat dipersembahkan merupakan hasil
penat lelah rakyat . Manakala, untuk mengambil semangkuk darah Raja
Muda, adalah satu pengorbanan yang tidak dapat ditunaikan oleh Sultan
Melaka sendiri. Peristiwa ini juga memberikan gambaran kehidupan
masyarakat pada waktu itu yang terikat dengan kepercayaan, adat dan
tradisi selain memperlihatkan sejauh mana ketaatan rakyat terhadap raja
yang disembah. Sultan Melaka mengenepikan belas ihsannya terhadap
masyarakatnya demi mencapai keinginannya memperisterikan Puteri
Gunung Ledang. Peristiwa ini juga memperlihatkan pengabdiann rakyat
kepada seorang raja sewaktu dikerahkan membina jejambat emas dari
puncak Gunung Ledang.
Oleh itu, kesusasteraan dapat dirujuk sebagai hasil karya yang
mempunyai mesej dan pemikiran tertentu. Sesebuah hasil karya adalah
pancaran dari kehidupan masyarakat. Selain itu , karya sastera juga dapat
dikategorikan mengikut genre. Setiap genre itu ditandai dengan ciriciri
khususnya. Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan
membina keperibadian ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripada
unsur dan fungsi di dalamnya mempunyai makna dalam teks karya selain
berfungsi dalam kehidupan masyarakat.

18

BAHAGIAN C

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

KELAS

: Tahun 4 Beta

TEMA

: Yang Baik Jadikan Teladan

TAJUK

: Sang Kancil dan Sang Gajah

MASA

: 60 Minit
19

STANDARD
PEMBELAJARAN : Membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai
jenis ayat secara mekanis dan lancer, sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul.
OBJEKTIF
i.
ii.
iii.

: Pada akhir pelajaran, murid dapat :

Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan,


intonasi yang betul, dan gaya penyampaian yang menarik.
Mempersembahkan cerita & menghuraikan sesuatu yang didengar
dengan intonasi yang betul dan penghayatan yang sesuai.
Menyatakan watak dan perwatakan dalam karya.

PENGISIAN KURIKULUM:
Ilmu : Moral
Nilai murni : Kerjasama, hormatmenghormati, keberanian dan
kebijaksanaan.
i. Kemahiran berfikir : menilai,mencirikan
iii. Kemahiran belajar cara belajar :mendengar aktif
SISTEM BAHASA
Tatabahasa: Kata kerja
BAHAN BANTU MENGAJAR:
Slaid power point ,petikan teks.

Langkah
dan masa
Set Induksi
(5 minit)

Isi Kandungan

Aktiviti
pembelajaran
dan pengajaran
1. Guru
Memaparkan
gambar-gambar
binatang.

1. Slaid Power point


Memaparkan gambar
gambar binatang.
(lampiran 3)
Contoh:
-Kancil
-Gajah

2. Murid
dikehendaki
20

Catatan

Memaparkan
gambar gambar
binatang.
BBB
Slide Power
Point

-Burung

Mengenalpasti
binatang dengan
teliti.
3. Guru menyoal
tentang jenis
binatang yang
terdapat dalam
gambar
tersebut.
Soalan:
a. Apakah jenis
binatang
yang terdapat
dalam gambar
ini?

Langkah
dan masa
Perkemban
gan

Isi Kandungan

Aktiviti
pembelajaran
dan pengajaran
1. Murid
dibahagikan

Aktiviti Membaca
Petikan teks
21

Catatan

Petikan teks
cerita Sang

Langkah 1

Sang Kancil dan Sang


Gajah
(Rujuk Lampiran 1)

kepada lima
kumpulan.
2. Guru
mengedarkan
teks Sang
Kancil dan Sang
Gajah kepada
setiap
kumpulan.
3. Guru memilih
secara rawak
daripada setiap
kumpulan untuk
membaca
petikan
teks dengan
intonasi dan
sebutan yang
betul.
4. Murid-murid
yang lain
dikehendaki
untuk
mendengar
dan memahami
teks yang
disampaikan
oleh
rakan mereka.
(Baca dalam
hati).

5. Kemudian
guru
membetulkan
kesalahan (jika
ada) serta merta
semasa murid
membaca teks
tersebut.
Kesalahan :
sebutan,
22

Kancil dan Sang


Gajah

Bacaan
mekanis
BCB
mendengar
aktif Murid lain
diminta beri
perhatian
terhadap
kesalahan
sebutan
BBB:
Teks petikan
*Pendekatan
Komunikatif
*Teknik
bercerita

tanda baca.

Langkah
dan masa
Langkah 2

Isi Kandungan

Mempersembahkan
cerita Sang Kancil dan
Sang Gajah
dengan
sebutan, intonasi
dan penghayatan
yang sesuai.

Aktiviti
pembelajaran
dan pengajaran
1. Murid
dikekalkan
dalam kumpulan
yang sama.
2. Guru
memberikan
contoh
persembahan
cerita
dengan
mengunakan
sebutan,
intonasi
dan
penghayatan
yang sesuai.
3. Setiap
kumpulan
diberikan watak
yang berbeza
bagi
melakonkan
cerita
Sang Kancil dan
Sang Gajah di
hadapan
kelas.
4. Murid
diberikan teks
dialog (Rujuk

23

Catatan

BBB
Kad watak
berlidi, teks
dialog.
KP:
Verballinguistik
*Kaedah ajuk
hafaz
*Teknik
dramamain
peranan

Lampiran 2)bagi
setiap watak.
5. Murid
dikehendaki
mengajuk dan
menghafaz
dialog
berdasarkan
watak
yang diberi.
6. Murid
dikehendaki
memilih salah
seorang
daripada
mereka untuk
melakonkan
watak
yang telah
diberikan.
7. Murid
berbincang
dalam kumpulan
tentang aktiviti
lakonan yang
akan
dijalankan.
8. Murid
mempersembah
kan
lakonan di
hadapan
kelas dengan
sebutan dan
intonasi yang
betul
serta penuh
dengan
penghayatan.
9. Guru memberi
tunjuk ajar
kepada
24

setiap lakonan
yang
dipersembahkan
.

Langkah
dan masa
Langkah 3

Isi Kandungan

Aktiviti
pembelajaran
dan pengajaran
1. Murid masih
dikekalkan
dalam
kumpulan yang

Watak & Perwatakan:


i.
Kancil
Bijak,Menepati
janji
25

Catatan

KP:
*Teknik
dramasimulasi

ii.

Gajah Baik hati

sama.
2. Guru
menyediakan
satu kotak ajaib
yang
mengandungi
watak watak
dalam cerita
Sang Kancil dan
Sang Gajah.
3. Murid dari
setiap
kumpulan
dikehendaki
mencabut salah
satu watak dan
menggayakanny
a
di hadapan kelas
tanpa bersuara.
4. Kumpulan
yang
memerhatikan
perlu
meneka watak
yang digayakan
serta
memberikan
perwatakan
watak
tersebut dalam
cerita Sang
Kancil dan Sang
Gajah.
5. Guru
bertanyakan
tentang watak
yang
menjadi pilihan
mereka dan
mengapa
mereka
26

memilihnya?

Langkah
dan masa

Isi Kandungan

Aktiviti
pembelajaran
dan pengajaran
1. Murid
membaca
soalan
pemahaman
tersebut dan
memahami
kehendak
soalan.

Pentaksiran Soalan
pemahaman
(Rujuk Lampiran 2)

Catatan

BBB:
Lembaran
kerja
KP:
Menjana idea

2. Murid mencari
dan menyemak
semula petikan
cerita
Sang Kancil dan
Sang Gajah

Pemulihan

Aktiviti Membaca
Petikan teks
Sang Kancil dan Sang
Gajah

Penggayaa
n

Mempersembahkan
cerita Sang Kancil dan
Sang Gajah dengan
sebutan, intonasi
dan penghayatan
27

3. Murid menulis
jawapan di
ruangan
yang disediakan.
1. Guru
memperbetulkan
sebutan serta
intonasi yang
kurang sesuai
digunakan oleh
murid.
1. Murid
berbincang
dalam kumpulan
tentang aktiviti
lakonan yang

BBB:
Petikan Teks
Sang Kancil
dan Sang
Gajah

BBB
Kad watak
berlidi, teks
dialog.

yang sesuai.

Penutup

akan
dijalankan.
2. Murid
mempersembah
kan
lakonan di
hadapan
kelas dengan
sebutan dan
intonasi yang
betul
serta penuh
dengan
penghayatan.
1. Guru
berbincang
dengan murid
berkaitan
dengan
isi pelajaran hari
ini.

Rumusan pembelajaran.

KP:
Verballinguistik

Murid memberi
respon tentang
pengajaran
dan
pembelajaran
hari ini.

2. Guru
merumuskan
isi pelajaran
untuk
hari ini.

LAMPIRAN 1
Sang Kancil dan Sang Gajah

Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik


bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang
kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar
berkali-kali malangnya tidak berjaya. Setelah segala usaha yang dilakukan
adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir;
28

Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini
Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil
keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa.
Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak
kaki yang besar.
Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni tak lain, mesti gajah ni!
Kemudian Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk
menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang. Kemudian sang gajah yang
lalu itupun menegur sang kancil;
Eh sang kancil, tengah buat apa? Tanya si Gajah.
Aku terjatuh dalam lubang yang besar inilah, dah berkali-kali aku cuba
untuk keluar tapi tak berjaya, bagaimana kalau engkau berjaya tolong aku
untuk keluar dari sini, aku akan bagi tebu yang paling besar di dalam hutan
rimba ini! balas sang kancil
Oh, ye ke, baiklah tapi aku nak keluarkan engkau bagaimana?
Cuba engkau tengok sekeliling, mana tau ada dahan kayu ke pokok
tumbang ke untuk keluarkan aku dari lubang ini
Oh aku Nampak ada dahan kayu
Kemudian sang gajah menggunakan kekuatannya menolak tunggul
kayu dan menggunakan belalainya untuk menolak tunggul kayu ke dalam
lubang.
Kemudian sang kancil pun keluar dari lubang itu dan seperti yang
dijanjikan, memberikan sang gajah tebu yang paling besar dalam hutan
rimba
-TAMAT-

LAMPIRAN 2

Nama: _______________________
Tarikh: _______________
29

Jawab semua soalan yang diberikan berdasarkan teks petikan Sang Kancil
dan Sang Gajah yang telah anda baca.

1. Berapakah jenis binatang yang terlibat dalam cerita ini?


______________________________________________________________
2. Bagaimakah Sang Kancil tahu bahawa Sang Gajah berada di sana?
______________________________________________________________
3. Apakah benda yang diguna oleh Sang Gajah untuk membantu Sang
Kancil?
______________________________________________________________
4. Apakah benda yang Sang Kancil janjikan kepada Sang Gajah jika dia
menyelamatkannya daripada lubang tersebut?
______________________________________________________________
5. Apakah pengajaran yang anda peroleh daripada cerita ini?
__________________________________________________________

RUJUKAN
i.
ii.

Arbaie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala


Lumpur : Tinta Press Sdn Bhd.
Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
30

iii.
iv.
v.
vi.

Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia BAHASA MELAYU. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
http://www.pelitaku.sabda.org/pemahaman_tentang_karya_sastra 3/
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kesusasteraan&d=10
PELAKSANAAN ELEMEN SASTERA DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SENI BAHASA KURIKULU STANDARD SEKOLAH
RENDAH Shamsudin Othman(shamsudean66@gmail.com) ,
Abdul Rasid Jamian arasid@educ.upm.edu.my ,Jabatan Pendidikan
Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti
Putra Malaysia.

31

Anda mungkin juga menyukai