Anda di halaman 1dari 1

PERBINCANGAN ISU SEMASA :

Kedudukan Semasa Aset Alih


Status penghantaran Laporan Kedudukan Aset Alih Kerajaan Bagi Suku Tahun Keempat 2015 (1
Oktober 31 Disember 2016) telah dihantar ke PPD.
Aset Baru
Pada tahun lepas kita telah menerima 41 unit laptop 1 Malaysia berjenama Samsung. Semua
telah direkodkan (KEW.PA-3) dan dilabelkan. Komputer dan barangan ICT yang lama dalam
proses untuk pelupusan. Pegawai Aset berharap agar semua pihak dapat bekerjasama untuk
memastikan setiap unit laptop berada dalam keadaan yang baik.
Pinjaman Laptop
Status pinjaman terkini ialah dua buah laptop dipinjam untuk bahagian kewangan sekolah. Sebuah
laptop dipinjam oleh PK Hem. Pengecas laptop dipinjam oleh Pk Kokurikulum.
Aduan Kerosakan ICT
STS bagi tahun 2016 telah diisi dan diterima oleh sistem. KEW.PA-2 dan KEW.PA-9 dihantar ke
PKG Kapit untuk rujukan.
Aset Alih Bukan Milik KPM
Senarai aset alih bukan milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang rosak dan tidak
digunakan juga akan dihantar ke PPD pada bulan Februari ini bagi tujuan pelupusan.
Pegawai aset meminta semua yang terlibat untuk mengisi borang KEW.PA-7 iaitu senarai aset
alih kerajaan dan dihantar kepada beliau untuk pengemaskinian. Menjadi tanggungjawab pemilik
tempat tersebut untuk mengemaskini maklumat aset dari semasa ke semasa.
Pengemaskinian no siri aset
Pegawai aset akan mengemaskinikan no siri aset lama yang masih digunakan.
Harta Modal
Nilai had semasa harta modal adalah RM 2000.00 ke atas.

HAL-HAL LAIN
VLE Frog
En Muhammad Zaid telah mengedarkan ID pengguna dan password kepada semua guru untuk
melaksanakan Program VLE 1Bestarinet. Semua pihak perlu cuba untuk log in bagi mengaktifkan
ID masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai