Anda di halaman 1dari 2

Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran

Awalan maha -: yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contoh:


Maha_
Maksud
Mahaguru
Guru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan atau universiti,
profesor, ketua sesuatu kumpulan silat.
Maharaja
Raja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar
Mahasiswa
Penuntut di universiti
mahasiswi
Penuntut perempuan di universiti
Awalan tata - : yang bermaksud peraturan, acara, kaedah susunan atau sistem
Tata Maksud
Tatacara
Susunan acara, agenda
Tatabahasa
Pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses
pembinaan ayat ( penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu.
Tatacara
Cara dan peraturan
Tatanegara
Susunan dan bentuk pemerintahan negara.
Tatasusila
Adat sopan-santun dan budi perkerti yang baik.
tatatertib
Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, disiplin.
Akhiran wan : bermaksud pelaku atau pemilik. Contoh:
-wan
Maksud
Angkasawan
Orang yang pergi ke angkasa lepas.
Bangsawan
Orang yang berbangsa atau keturunan mulia.
Budayawan
Ahli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban)
Cendekiawan
Orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar, intelektual
Dermawan
Orang yang suka menderma ( pemurah )
Jelitawan
Gadis atau wanita yang jelita atau cantik
Jutawan
Orang yang kaya dan memiliki harta yang banyak
Hartawan
Berharta , kaya
Karyawan
Penghasil karya, pencipta atau penulis
Negarawan
Orang yang mahir dengan cara pemerintahan Negara, orang yang
memegang atau pernah memegangntampuk pemerintahan sesebuah
negara.
Olahragawan
Orang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam
olahraga.
Peragawan
Lelaki yang mempamerkan atau memperagakan pakaian.
Pustakawan
Orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang
perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan perpustakaan, ahli
perpustakaan.
Rupawan
Perempuan yang cantik.

sejarawan

Ahli sejarah

Sukarelawan

Orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan suka rela.

Usahawan

Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaaan, pengusaha.

Wartawan

Orang yang menulis berita atau rencana untuk media massa.

Akhiran man : bermaksud yang ahli atau pemilik sesuatu sifat. Contoh:
man
Maksud
Budiman
Orang yang berbudi
Seniman
Orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta
dapat memperagakan hasil seninya seperti pelukis, penyair, penyanyi.

Akhiran wati : bermaksud perempuan yang ahli Contoh:


wati
Maksud
Olahragawati
Orang perempuan yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam
olahraga.
Peragawati
Permpuan yang memperagakan atau mempamerkan pakaian yang
dipakainya.
Seniwati
Bintang filem
Sukarelawati
Orang perempuan yang melakukan sesuatu dengan sukarela.
Akiran - ita : bermaksud wanita. Contoh:
-ita
bidunita
Penyanyi atau pelakon wanita.

Maksud