Anda di halaman 1dari 26

1.

0 Sejarah dan asal usul gasing


Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin
dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan
dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang
dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain
gasing. Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan
remaja dan kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan, kepantasan, dan
kerjasama berpasukan. Di samping itu, mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan
berpeluang berbincang tentang pelbagai perkara.
Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang
menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Terdapat
cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah
diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula mudah dipusing dengan tangan.
Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan
tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan
diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin.
Ketika ligat ia disebut "gah", yang bermakna tegak dan kuat semasa berpusing daripada istilah inilah
dikatakan bermulanya permainan gasing.
Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan "laga telur"
yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak pada masa itu begitu asyik memusingkan
dan melagakan telur. Dengan ini, timbulkan idea mengukir kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan
paksi. Selain itu, seutas tali juga digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan
tangan kurang ligat dan pusingannya tidak tahan lama.
Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa
permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk leper dan
bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan.
Kemudian, mereka menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka
menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan
mengenai sasaran. Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk
seperti gasing yang terdapat pada hari ini.

2.0 Undang-undang atau peraturan permainan


Berdasarkan Peraturan Permainan Gasing yang dikeluarkan oleh Asean Gasing Asociation
(AGA) pada tahun 2003 yang lalu, terdapat beberapa aspek yang berkaitan dengan aturan
permainan gasing ini, di antaranya:
a) Jumlah pemain
b) Jenis permainan
c) Jenis gasing
Berdasarkan jumlah, permainan gasing dapat dikelompokkan menjadi tiga iaitu :
a) Permainan Beregu
b) Permainan Ganda
c) Permainan Tunggal.
Permainan beregu terdiri dari 4 orang per regu, 1 orang cadangan, permainan ganda terdiri dari
2 orang per regu, 1 orang cadangan, sementara permainan tunggal dimainkan oleh 1 orang
sahaja. Jenis permainan gasing dapat dibagi menjadi dua, uri dan pangkah. Jenis uri adalah
permainan yang berfungsi untuk melihat kepanjangan masa untuk gasing berputar, sedangkan
pangkah adalah permainan yang dilakukan dengan cara memangkah gasing lawan yang sudah
diputar. Manakala, permainan beregu dan ganda adalah 20 minit, sementara permainan tunggal
15 minit. Selain itu, berat gasing yang diselarikan untuk dimainkan adalah 6-8 kilogram, ukuran
lebar lingkaran 36-46 cm; tinggi 8-12 cm. Gasing yang dibolehkan adalah yang berbentuk
jantung, piring, guci atau rembang.

3.0 Pelan cara pembuatan gasing

Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah,
merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu
kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis
kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering
digunakan untuk membuat gasing.
Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang
telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu
tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.
Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah
pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram
dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau
dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada
gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

1. Potongan kayu diukir terus membentuk Gasing yang dikehendaki, Gasing Uri, Gasing
Pemangkak dan Gasing Penahan.

2. Setelah berbentuk gasing, kemudian dihaluskan.

Kayu sepanjang 50 cm, biasanya dapat menghasilkan tiga buah gasing

3. Kemudian bahagian tengah gasing diberi kawat atau paku supaya putaran tahan lama,
dan kekal dan di balancing dengan cara memutar gasing di atas sebuah papan.

4.0 Ilustrasi untuk jenis-jenis gasing

Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau
leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina,
gasing buku benang dan gasing pinang.

Gasing Uri

Ciri-ciri:
Bentuk : rendah dan agak leper
Berat : 6 kg
Lilitan : 60 cm
Tinggi : 8 cm
Gasing ini amat terkenal di negeri Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja dililiti
dengan simpai. Gasing ini disimpai dengan menggunakan timah, besi atau plumbum.
Jika simpai ini diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika
simpainya besi ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.
Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang
memegang pokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu
dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat
daripada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di
hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena
gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan
dibuat di atas tanah yang keras.
Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang
telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang
pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.

Gasing Pangkah

Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri
daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan
memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukanpasukan yang mengambil bahagian.
Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah
pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka
ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing
mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing
pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun
sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti
berpusing.
Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai
pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas
lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti
berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi
pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.

Gasing Leper Kelantan

Ciri-ciri:
Bentuk: Rendah dan juga leper
Berat: 8 kg
Lilitan: 48 cm
Tinggi: 6 cm
Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain
tradisional. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama.
Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih
dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal.

Gasing Kuno

Ciri-ciri:
Bentuk : sederhana dan berembang
Berat : 0.6 kg
Lilitan : 30 cm
Tinggi : 8 cm
Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terengganu, Pahang, Kedah,
Selangor dan Johor. Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada
bentuk berembang. Biasanya ia hanya di gunakan untuk memangkah dan diperbuat
daripada kayu merbau, ru, meranti dan keranji.

Gasing Baba

Ciri-ciri:
Bentuk : tinggi dan seperti telur
Berat : 0.6 kg
Lilitan : 38 cm
Tinggi : 20 cm
Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa
digunakan oleh pemain Baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Perlis,
Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asasnya gasing ini berbentuk telur.
Gasing Tanjung

Ciri-ciri:
Bentuk : tinggi dan Berembang.
Berat : 0.6 kg
Lilian : 30 cm
Tinggi : 10cm
Gasing Tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan
oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia fungsinya sebagai gasing pengacau dan untuk
memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini
diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.

Gasing Jantung

Ciri-ciri:
Bentuk: jantung
Berat : 0.25 kg
Lilitan : 20 cm
Tinggi : 12 cm
Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak,
Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang menamakannya sebagai gasing
lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini yang akan membezakan
negeri asal gasing ini. Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau,
manakala pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan
sepetir.

5.0 Media untuk cara bermain gasing

Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum
tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu
daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing
membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza.
Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing,
memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri.
Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan.
Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut
dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian
dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing
ini boleh dilagakan atau diurikan.
Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter
dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing
itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya
direnggut.

MELILIT TALI
Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di
jari kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana
tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang
baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam
lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi
penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah
terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada
tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk
memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan
sendiri.
Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking
pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain.
Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya
tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain
yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan
menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada
leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan
beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan,
kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada
lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau
menegak uri.

MELILIT GASING
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada
lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang
diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada
pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama.
Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya
dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah
dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi
menghasilkan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di
bahagian bahu gasing.
Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula
bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing.
Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik
dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan
pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk
mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali
tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan
semua orang.

MEMUSING GASING
Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara
yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk
menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara
yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat
dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan
sentap.

PUSING SORONG TARIK

Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan
dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di
hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini.
Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba
di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah
rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan
tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira
45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.

PUSING SENTAP

Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat
dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing
menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras
lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak
sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi,
sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak
gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras
bahu sebelum dilepaskan.

MEMANGKAH GASING
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan,
perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan
menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang
biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok,
pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

PANGKAH TOTOK

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan.
Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu
pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing.
Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika
menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang
berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

PANGKAH HENTAK

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula
diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun
tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan
pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat
mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan.
Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang
sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper.
Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.

PANGKAH LAYANG

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas
kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran
dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan
yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis
ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

PANGKAH TEBANG

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga
merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat,
kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing
lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk
tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya
yang berat dan pepat.

MENGANGKAT GASING
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang
sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing
memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah
pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau
kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah
yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah
pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan
menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan
berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan
tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali
yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat
patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.

6.0 Nilai yang terdapat dalam permainan gasing.


Permainan gasing mengandungi nilai-nilai yang bermanfaat bagi keperibadian dan kebudayaan
masyarakat Kalimantan Timur. Jika melihat nilai-nilai ini tentunya menjadi ironis ketika gasing
makin lama makin sulit ditemui di daerah Kalimantan Timur. Nilai-nilai yang terdapat dalam
permainan gasing seperti:
i.

Nilai seni.

Nilai seni tercermin dari pembuatan gasing yang tertentu sahaja memerlukan keterampilan
seni ukir dan kayu yang keras. Oleh itu, gasing dibuat dengan serutan yang sangat halus,
sehingga gasing juga dapat dijadikan benda seni yang dapat dikoleksi. Bentuk gasing yang
kecil bahagian atasnya dan besar bahagian bawahnya seperti kendi atau teko tempat minum
meningkatkan pada bentuk dewa rezeki dalam kepercayaan orang Cina.
ii. Nilai pariwisata
Nilai pariwisata tampak begitu jelas ketika penyelenggaraan pertandingan gasing. Hal ini
disebutkan demikian kerana pada masa tersebut banyak orang akan datang dari tempatan atau
dari negara lain untuk menikmati pertandingan tersebut. Hal ini telah menambahkan
pendapatan penduduk daerah dan juga akan mengenalkan Provinsi Kalimantan Timur sebagai
daerah tujuan wisata yang perlu dikunjungi.
iii. Nilai kejujuran
Semasa pertandingan gasing dijalankan, pertandingan gasing tertentu sahaja mengajarkan
pada pemain dan masyarakat umumnya. Hal ini disebutkan demikian kerana pemain dapat saja
tidak jujur dalam pertandingan, misalnya dengan memukul gasing musuh terlalu dekat atau
bersekutu dengan juri pertandingan sehingga dimenangkan.
iii.

Nilai kerjasama antara ahli pasukan

Pada beberapa pertandingan gasing, terkadang pertandingan memang sengaja diatur


berdasarkan pasukan bukan perseorangan. Jika atas nama pasukan maka satu pasukan harus
mempunyai kerjasama yang baik untuk mendapat kemenangan. Pelatih dan pemain harus bijak
dalam membuat strategi, khususnya semasa mencarikan lawanan. Jika salah dalam
mencarikan lawan permainnya tentu saja akan mengakibatkan kekalahan.

iv.

Nilai pelestarian budaya

Permainan gasing merupakan salah satu permainan tradisional Malaysia. Memainkan atau
bahkan mempertandingkan gasing berarti pula ikut melestarikan kebudayaan tradisional.
Apalagi gasing saat ini dijalankan sebagai olahraja tradisional yang dipertandingkan pada
peristiwa-peristiwa olahraga di daerah Kalimantan Timur. Pada pemain gasing, pelestarian
budaya sebenarnya tidak hanya terlihat dari penyelenggara memang sengaja membuat aturan
ini. Hal ini bertujuan untuk melestarikan permainan tradisional.

7.0 Analisis kebaikan dari sudut perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.
5.1 JASMANI
Berbeda dengan permainan elektronik, dalam permainan gasing tradisional gerak fisik sangat
ditekankan. Berkesempatan memainkan permainan ini amat baik untuk meyalurkan tenaga
pelajar yang berlebih kerana pelajar memang harus banyak bergerak. Perminanan gasing
tradisional juga biasa merangsang perkembangan koordinasi mata dengan anggota badan
lainnya. Variasi bentuk permainan dapat lebih meningkatkan kemampuan motorik dan
koordinasi tubuh pelajar
5.2 EMOSI
Semasa permainan berlangsung pelajar perlu belajar bersabar sementara menunggu giliran
mereka. Sikap kesabaran adalah amat penting dan dapat dipupuk melalui permainan gasing.
Semasa bermain permainan gasing, kita akan belajar bertenang dan tidak akan membuat
keputusan dengan terburu-buru. Oleh itu, dalam kehidupan seharian pelajar tersebut tidak
mudah melepaskan geram dengan sesuka hatinya.
5.3 ROHANI
Permainan gasing dapat menggalakkan pelajar meluahkan perasaan gembira dan keseronokan
semasa bermain. Selain itu, permainan gasing juga dapat membantu kita untuk menerima
kemenangan dan kekalahan dengan hati yang terbuka. Dengan itu, kita dapat bersedia untuk
menerima sebarang dugaan dan cabaran dengan hati yang tenang dan redha tanpa sebarang
rungutan.
5.4 INTELEK
Pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang ada dalam permainan dan mengira dan
berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah melalui proses menganalisi dalam permainan
congkak untuk mencapai kemenangan dalam permainan gasing. Tambahan pula murid juga
dapat berfikir secara kreatif dan kritis serta inovatif melalui permainan gasing. Justeru kita
dapat mengukuhkan proses pemindahan pembelajaran yang berlaku dalam matapelajaran

tertentu seperti Matematik serta dapat meningkatkan daya ingatan murid terhadap apa yang
dipelajari dan menganalisi soalan-soalan penyelesaian dalam Matematik.

5.5 SOSIAL
Aktiviti gasing dapat mewujudkan interaksi antara satu sama lain yang dapat meningkatkan
tahap sosial kita kerana kita dapat bertukar-tukar maklumat dan pandangan dalam permainan
congkak. Tambahan pula, gurau senda dalam permainan gasing dan kerjasama untuk
mengatasi persoalan dalam permainan juga dapat meningkatkan interaksi sosial antara muridmurid. Kita juga akan belajar untuk untuk berkomunikasi dengan orang lain bagi mengeratkan
hubungan antara satu sama lain.

Refleksi

RUJUKAN

INTERNET
Arinah Binti Zaidan. (2009 April 29). PERMAINAN TRADISIONAL.
http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/aplikasi/506. Dilayari pada 5 Mac
2014.
NUR FADHILAH AHMAD KHAIRI. (2009 March 30). Permainan Tradisional Kaum-kaum di
Malaysia. http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/. Dilayari pada 5 Mac
2014.
Edan Coba. (2009 August 27). The Story ~ Cerita Kita Warisan Kita. http://edancobathestory.blogspot.com/2009/08/congkak-permainan-tradisional-yang.html.
Dilayari pada 6 Mac 2014.
WIKIPEDIA Ensiklopedia bebas. ( 2014) Congkak. http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak. dilayari
pada 6 Mac 2014.

Buku
Penerbit Femina Gasing & Congkak
Dewan Bahasa & Pustaka Gasing dalam masyarakat melayu
Mingguan Malaysia Bersaing di gelanggang gasing
Berita Harian Gasing pangkah kembali popular

Lampiran

Gambar di atas menujukan pelan gasing berpusing

Gambar di atas menujukkan kawasan pertandingan gasing

Gambar di atas menujukan kawasan bermain gasing tradisional di kampung.

Anda mungkin juga menyukai