Anda di halaman 1dari 2

SELOKA BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

MAKSUD
Rangkap 1
Raja memerintah empat orang pembesar dan pawang raja membina istana yang
tersergam indah. Seramai 44 orang tukang yang mahir dipaksa bekerja tanpa henti
siang dan malam.
Rangkap 2
Masa yang diambil untuk membina istana yang lengkap selama 7 bulan. Istana itu
mengandungi sembilan bilik, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong dan 12
anjung tinggi.
Rangkap 3
Tiga ruang di istana yang unik dan menarik dikhaskan kepada lapan orang menteri .
Rangkap 4
Hiasan dalaman istana bermotifkan unsur-unsur alam. Corak ukiran amat indah dan
halus seninya.
Rangkap 5
Setelah istana itu siap tukangnya dibunuh agar tiada orang yang boleh meniru seni
bina istana tersebut. Lalu istana itu pun dipersembahkan kepada raja dan
permaisurinya

TEMA
Sindiran terhadap golongan raja yang mengutamakan kepentingan sendiri untuk
kemahsyuran peribadi sehingga sanggup mengorbankan nyawa orang lain.
Contohnya:
(R1)

Pawang mengerah orang bekerja.


Empat puluh empat tukang dan utas.
Siang malam tidak berhenti.

(R5)

Istana siap tukang pun mati.,


Tiada orang dapat meniru:

PERSOALAN
1. Persoalan seni bina istana masyarakat melayu tradisional.
(R3) Galang-galangnya ular berang.
Kasau kecil puteri menyembah.
Kasau lentik helang berbega.
2. Persoalan golongan raja yang mementingkan diri sendiri.
(R5) Istana siap tukang pun mat.,
Tiada orang dapat meniru:
3. Persoalan kehalusan seni ukiran melayu tradisional
(R4) Lilit-melilit akar Cina:
Garam sebuku sisa jeragan.
Bunga kenanga dimakan ular.
Layang-layang di pintu Raja.