Anda di halaman 1dari 2

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

Latar Belakang
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan
sebaik sahaja 25 buah Negara-negara berkecuali beserta 3 buah
negara pemerhati menghadiri persidangan pertama iaitu
Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara
Berkecuali (NAM) di Belgrade, Yugoslavia bermula pada 1-6
September 1961.
Pergerakan ini diasaskan oleh Presiden Tito (Yugoslavian),
Presiden Nasser (Egypt) dan Perdana Menteri Nehru (India) dan
disokong sepenuhnya oleh Presiden Indonesia iaitu Soekarno dan
Presiden Ghana iaitu Nkrumah.
Dalam pada masa yang sama, Pergerakan ini terbentuk hasil
daripada Perang Dingin (Cold War) yang berlaku pada lewat tahun
1940-an sehingga awal tahun 1990-an.
Tujuan penubuhan NAM setelah diisytiharkan dalam
Pengisytiharan Havana 1979 ialah untuk memastikan
kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negaranegara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme,
neo-kolonisme, pemisahan bangsa, perkauman dan
pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan di\ominasi
terhadap kuasa serta kumpulan politik.
NAM diasaskan di Bandung, Indonesia pada tahun 1955 walaupun
istilah berkecuali datangnya dari idea Perdana Menteri India,
Jawaharlal Nehru dalam ucapannya di Colombo, Ceylon (Sri
Lanka).
Di Colombo, Nehru memperkenalkan 5 tonggak asas dalam
menjalin hubungan antarabangsa di mana ia turut dikenali
sebagai Panchseel iaitu:
1. Hormati integri kawasan;
2. Saling tidak menceroboh antara Negara;
3. Saling tidak mencampuri urusan hubungan tempatan;
4. Mewujudkan saling kesamaan dan menguntungkan;
5. Mewujudkan keamanan.

Pada bulan April tahun berikutnya, satu persidangan telah


diadakan di Bandung dan dinamakan Persidangan Bandung.
Prinsipal Panchseel telah mula diperkembangkan dan disinilah
bermulanya pembentukan konsep pengecualian. Konsep ini
menyarankan negara-negara anggota tidak terlibat dalam
Konfrontasi Ideologi Timur-Barat semasa Perang Dingin. Secara
tidak langsung negara-negara anggota akan berusaha untuk
mencapai kemerdekaan, pembangunan ekonomi dan
pembasmian kemiskinan.
Tujuan Penubuhan Nam
Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota.
Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian
berhubung isu-isu semasa.
Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan
ideologi.
Memperjuangkan hak dan kepentingan Negara-negara sedang
membangun.
Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik
kepada isu-isu ekonomi.
Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota
NAM melalui rundingan.
Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM supaya
pertubuhan ini dihormati.

Anda mungkin juga menyukai