Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
BIDASARI
RANGKAP 1
DENGARKAN TUAN SUATU RIWAYAT
RAJA DI DESA NEGERI KEMBAYAT
DIKARANG FAKIR DIJADIKAN HIKAYAT
SUPAYA MENJADI TAMSIL IBARAT
RANGKAP 2
ADA RAJA SUATU NEGERI
SULTAN HALIFAH AKAS BESTARI
ASALNYA BAGINDA RAJA BAHARI
MELIMPAH NGADIL DAGANG SENTERI
RANGKAP 3
HAIRAN ORANG EMPUNYA TEMASYA
BAGINDA ITULAH RAJA PERKASA
SANGAT TIADA MERASAI SUSAH
ENTAH PADA ESOK DAN LUSA
RANGKAP 4
SERI SULTAN RAJA BESTARI
SETELAH IA SUDAH BERISTERI
BEBERAPA BULAN BEBERAPA HARI
HAMILAH PUTERI PERMAISURI
RANGKAP 5
BEBERAPA LAMANYA DALAM KERAJAAN
BAGINDA DUDUK BERSUKA-SUKAAN
DATANGLAH BEROLEH KEDUKAAN
BAGINDA MENINGGALKAN TAKHTA KERAJAAN
RANGKAP 6
DATANGLAH KEPADA SUATU MASA
MELAYANGLAH UNGGAS DARI ANGKASA
UNGGAS GURDA SANGAT PERKASA
MENJADI NEGERI ROSAK BINASA
RANGKAP 7
DATANGLAH MENYAMBAR SUARANYA BAHANA
GEMPARLAH SEKALIAN MULIA DAN HINA
SEISI NEGERI GUNDAH GELANA
MEMBAWA DIRI KE MANA MANA
RANGKAP 8
BAGINDA PUN SEDANG DIHADAP ORANG
MENDENGAR GEMPAR SEPERTI PERANG
BERTITAH BAGINDA RAJA YANG GARANG
GEMPAR INI APAKAH KURANG
MAKSUD RANGKAP
RANGKAP 1
Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah negeri Kembayat. Pengarangnya hanya mahu
Dikenali sebagai
fakir tanda merendah diri. Tujuan hikayat supaya menjadi contoh dan
Perbandingan
kepada pembaca.
RANGKAP 2
Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah yang gagah perkasa serta bijaksana. Baginda
Dahulunya seorang yang cemerlang. Keadilan baginda menggamit kedatanggan para
Pedagang dan orang soleh.
RANGKAP 3
Kegagahan pemerintahan baginda baginda memang mengkagumkan. Sesaat pun baginda tidak
Mengalami kesususahan. Namun, tiada siapa yang tahu sama ada berkekalan atau tidak.
RANGKAP 4
Sultan bertambah seri apabila berkahwin, selang beberapa bulan permaisuri pun hamil.
RANGKAP 5
Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan aman sentosa, malapetaka datang melanda
Baginda terpaksa berundur diri.
RANGKAP 6
Tiba-tiba muncul seekor burung raksaksa di ruang angkasa. Geruda melanggar Kembayat
Sehingga menimbulkan hura-hara dan kemusnahan
RANGKAP 7
Geruda melakukan seranggan dengan suara yang luar biasa. Sekalian rakyat menjadi huru-hara
Kekalutan. Seluruh negeri dilanda duka lara dan lesu, serta rakyat berlari tanpa arah tujuan.
RANGKAP 8
Ketika baginda bersemayam sambil menghadap pembesar dan rakyat jelata, keadaan huru hara
Bagaikan di medan perang jelas kedengaran. Baginda menitahkan dengan nada yang tegas
tentang perkara cemas apa pula yang berlaku.
TEMA:
CABARAN YANG DIHADAPI OLEH
SEORANG RAJA KETIKA MEMERINTAH
NEGARA.