Anda di halaman 1dari 3

UNDANG-UNDANG PERMAINAN FUTSAL MENGIKUT FIFA

1. Memulakan Permainan
Permainan dimulakan dengan melambung duit siling.Pihak yang kalah mestilah berada di
kawasannya sendiri.
2. Bola Masuk / Bola Keluar
Bola dikira masuk sekiranya berada di dalam kawasan permainan, kawasan
touchline dan kawasan garisan gol. Bola dikira keluar jika berada di luar kawasan tersebut.
3. Jaringan
Dikira apabila bola melepasi garisan gol di antara 2 tiang gol dan di bawah palang gol.
4. Faul dan kelakuan kurang sopan
Tendangan bebas terus diberikan pada pihak lawan jika dengan sengaja melakukan 10
kesalahan seperti berikut:
a. Menyepak atau cubaan menyepak pemain lawan
b. Membentes pemain lawan
c. Menerpa serta melompat ke arah pemain lawan
d. Menyerang pemain lawan
e. Menyerang pemain lawan dari belakang
f. Menghadang pemain lawan dengan sengaja
g. Menolak pemain lawan
h. Menerpa pemain lawan dengan bahu dengan sengaja
i. Tekel menggelungsur sliding tackle yang membahayakan
j. Memegang bola (kecuali penjaga gol)
5. Kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti tendangan bebas tak langsung diberikan dari garisan
6 meter bagi 8 jenis kesalahan iaitu:
a. Permainan yang bahaya
b. Menghalang dengan sengaja
c. Menyerang / menerpa penjaga gol di dalam kawasan penalti
d. Penjaga gol membuat balingan terus melepasi garisan tengah tanpa disentuh oleh manamana pemain
e. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar ke belakang kepadanya.
f. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar dari tendangan ke dalam dari
rakan sepasukannya.
g. Penjaga gol mengawal bola dengan mana-mana bahagian anggotanya lebih dari 4 saat.
h. Penjaga gol menyentuh bola yang dihantar ke belakang dengan mana-mana bahagian
anggotanya sebelum bola itu melepasi garisan tengah ataupun disentuh oleh pemain lawan.

6. Pemain boleh diberi amaran dengan melayangkan kad kuning dan pihak lawan diberi tendangan
bebas tak langsung dari tempat kesalahan dari garisan 6 meter jika berlaku di kawasan penalti.
a. Pemain gantian memasuki gelanggang dari tempat yang salah atau pemain yang diganti
belum betul-betul meninggalkan gelanggang.
b. Seseorang pemain sentiasa melanggar undang-undang permainan.
c. Seseorang pemain tidak patuh dengan keputusan pengadil.
d. Berkelakuan tidak sopan atau kurang ajar.
7. Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah untuk kesalahan berikut:
a. Kesalahan permainan yang berat.
b. Berkelakuan ganas
c. Kesalahan menggunakan bahasa tercemar
d. Kesalahan atas kesalahan kedua (2 kad kuning)
e. Bertindak menghalang peluang jaringan gol lawan dengan niat yang tidak professional
f. Menghalang peluang jaringan pihak lawan didalam kawasan penalti dengan sengaja.
8. Peraturan Buang Padang
a. Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus sehinggakan tidak
dibenarkan duduk dibangku simpanan.
b. Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2 minit permainan
berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol yang mana terdahulu.
c. Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau penolong pengadil jika
penjaga masa tidak digunakan.
d. Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga permainan
diberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil.
9. Tendangan Bebas
a. Jenis : Tendangan bebas terus.
b. Dinding wall Sekurang-kurangnya 5 meter dari jarak bola yang akan disepak
c. Had masa Tendangan mesti diambil dalam jangka masa 4 saat.
10. Tendangan Penalti
a. Diambil dari titik penalti di tengah-tengah garisan 6 meter
b. Semua pemain mesti berada di luar kawasan penalti sekurangnya 5 meter dari titik penalti.
c. Penendang tidak boleh memainkan bola pada kali kedua hanya setelah disentuh oleh
pemain lain.
11. Tendangan ke dalam
a. Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalam.
b. Bola diletak di atas garisan touchline sebelum menyepak.
c. Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas touchline kalau tidak tendangan ke
dalam diberikan kepada pasukan lawan.

d. Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4 saat kalau tidak tendangan ke dalam
diberikan kepada pasukan lawan.
e. Penendang tidak boleh memainkan bola kali kedua sebelum bola itu disentuh atau
dimainkan oleh pemain lain kalau tidak pasukan lawan akan diberikan tendangan bebas tak
langsung dari tempat kesalahan.
f. Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan diambil.
g. Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam.
12. Membebaskan Kawasan Gol
a. Dilakukan menggantikan tendangan gol
b. Dari dalam kawasan penalti, penjaga gol membaling bola untuk meneruskan permainan.
13. Tendangan Sudut
a. Bola diletakkan di bucu dua garisan gol dan garisan tepi. Jika bola itu salah letak,tendangan
sudut akan diambil alih oleh pihak lawan.
b. Mesti diambil dalam masa 4 saat. Jika gagal bererti pihak lawan akan diberikan tendangan
bebas tak langsung dari tempat sudut tersebut.
c. Penendang sudut tidak boleh memainkan bola kali kedua. Jika tidak, pihak lawan akan
diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan tersebut.
d. Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 meter jauh dari tempat tendangan
sudut dibuat.
e. Gol boleh dijaringkan dari tendangan sudut.
14. Tendangan Penalti
a. Pengadil utama menentukan gawang gol yang akan digunakan.
b. Undian dengan cara lambungan siling digunakan.
c. 5 tendangan diambil oleh 5 orang pemain yang di pilih dari setiap pasukan. Ketua pasukan
masing-masing mengumumkan pemain-pemain yang telah dipilih kepada pengadil utama
sebelum penalti dijalankan.
d. Jika penalti terikat selepas 5 tendangan, tendangan tambahan akan diambil melalui sudden
death oleh pemain-pemain yang belum melakukan tendangan penalti.
e. Pemain yang dibuang padang semasa permainkan tidak boleh mengambil bahagian.
f. Mana-mana pemain boleh mengambil tempat penjaga gol jika perlu.
g. Semasa tendangan penalti dilakukan, semua pemain mesti berada di
separuh gelanggang yang tidak digunakan.
15.Tiada permintaan time out atau offside.
16.Tiada had bilangan penggantian pemain semasa perlawanan berlansung.
17.Pemain yang telah keluar boleh masuk semula ke dalam gelanggang.
18.Penggunaan bola saiz 4 yang mempunyai lantunan 30% lebih rendah.

Anda mungkin juga menyukai