Anda di halaman 1dari 8

Ana Zahra

Zahra, abang harap lepas ni tak aka nada perkara buruk akan berlaku lagi. Abang
harap kali ni anak kita akan lahir dengan selamat, lagi-lagi anak kita kali ni anak
kembar. Abang rasa abanglah suami yang paling bahagia di dunia ni senyuman it
uterus melakar di bibir manisnya. Saya pun harap macam tu bang. Abang tu kalau
gembira sangat pun hati-hatilah bawa kereta tu bang, tengok depan tu, asyik tengok
muka saya je
Entahlah..abang rasa macam tak nak lepas je tengok muka isteri abang yang
comel ni..
Ala abang ni, macamlah ini kali terakhir abang tengok muka saya ni..
Hahaha..mungkin kot..
Abang!! Abangg!! Kereta !! Kereta kat depan tu!! Abang!!! BOOMM!!!

ABANGG!!! tersedar aku daripada mimpi. Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi.
Jantung ini berdegup kencang. Aaron.. air mata terus membasahi pipi. Aku bangun
dan terus mengambil wudhuk. Hanya dengan menyerahkan diri ini kepada-Nya hati
ini akan menjadi tenang. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu, tempatkanlah suamiku
di sisi orang-orang yang beriman. Tenangkanlah jiwa, hati, dan fikiranku ini.
Berikanlah kekuatan kepadaku untuk menjalani hari-hariku seperti biasa.
Sesungguhnya aku sangat merindukan suamiku. Namun, aku sedar bahawa Engkau
lebih menyayanginya. Berikanlah kesabaran dan keimanan yang lebih kental
kepadakuAmin.. setelah selesai menunaikan solat dan berdoa, aku kembali
melelapkan mata.

Bunyi deringan jam loceng telah kedengaran. Aku membuka kelopak mata dan terus
menekan butang pada jam loceng tersebut bagi menghentikan bunyi yang
membingitkan telinga. Aku mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik mandi.
Aku ke dapur untuk membancuh secawan kopi. Beginilah hari-hariku yang hanya
ditemani oleh ruang-ruang sunyi dan sepi di setiap sudut rumah. Tetapi kehadiran
Ana sedikit sebanyak dapat mengisi ruang-ruang kosong dalam hidupku. Eh..Ana!
aku terus meletakan karipap yang telah aku panaskan sebentar tadi ke dalam
sebuah bekas dan mengambil dua kotak air milo di dalam peti sejuk. Aku hamper
terlupa tentang Ana.

Ana..Ana..buka pintu ni sayang, mak cik Zahra datang ni. Ana..Ana..buka pintu
ni..mak cik bawakan Ana karipap .. tidak lama kemudian pintu rumah itu pun dibuka.
Assalamualaikum Ana..Ana dah mandi? tanyaku sambil mengusap rambutnya.
Waalaikumsalam mak cik Zahra, Ana belum mandi lagi. Mak cik bawa karipap ke?
soal anak kecil itu. Ya, mak cik bawakan karipap kegemaran Ana. Ana mesti suka
kan? Kenapa Ana tak mandi lagi? tanyaku kembali. Ana tunggu mama balik..
jawab Ana. Mama Ana belum balik lagi?
Beginilah nasib anak kecil yang baru berusia 6 tahun ini. Sering dibiarkan begitu
sahaja. Ibunya pula sering keluar pada waktu malam dan balik pada siang hari.
Kadang-kadang aku terfikir, dimanakah sifat keibuannya sehingga sanggup
membiarkan anak kecilnya seorang diri dirumah. Terkadang Ana ditinggalkan
kelaparan dan tidak terurus. Mujur kami hanya tinggal bersebelahan. Akulah yang
sering memberi makanan, memandikan dan menemaninya apabila aku tidak sibuk.
Kehadiran Ana sangat bermakna bagi aku sehinggakan aku sudah menganggapnya
seperti anak sendiri. Hey, kau buat apa kat sini hah? serpaan itu membuatkan aku
terperanjat. Maafkan saya. Saya cuma.
Cuma apa?! Kau boleh tak kalau jangan menyibuk kat rumah aku ni! tengkingnya.
Maafkan saya. Ana , mak cik pergi kerja dulu ya aku bangun lalu berdiri di
hadapan wanita itu. Saya minta diri dulu.. ucapku. Tetapi dia hanya memandang
aku dengan jelingan yang tajam. Setiap kali melihat Ana bersama dengan aku,
wanita itu pasti menunjukkan kebencian dan kemarahannya. Aku terus berjalan
keluar pagar lalu masuk ke dalam kereta. Aku menghidupkan enjin kereta dan
memulakan perjalanan ke tempat kerja. Pada mulanya menaiki kenderaan
membuatkan aku trauma semenjak kejadian kemalangan itu. Kemalangan yang
meragut nyawa suamiku dan membuat aku kehilangan janin dalam kandunganku.
Namun akhirnya aku dapat meneruskan hidup dan menghilangkan rasa trauma aku
terhadap kenderaan. Aku sedar tiada gunanya aku menangisi seseorang yang telah
pergi, kerana sekuat manapun aku menangis Aaron tidak mungkin kembali begitu
juga janin yang berada berada dalam kandunganku. Aku reda dengan ketentuan
ilahi.
****

Mama, mama nak pergi lagi ke? soal anak kecil itu apabila melihat ibunya sedang
berhias di dalam bilik. Ya. Aku nak pergi. Kau duduk je kat sini diam-diam.
Mama nak pergi mana..? kan hari dah malam? Mama janganlah pergi Ana takut
duduk sorang-sorang kat rumah nada percakapan Ana kedengaran sayu. Hey!
Kau ni apahal ah?! Aku ni nak pergi kerja! Cari duit! Kau ni apa tau?! Kau tau makan
je kan? Kalau aku tak kerjakau nak makan apa?! Kau boleh mati kelaparan kau
tauk tak?! Eh ..kalau ikutkan hati aku, dah lama aku buang kau tau tak!

Menyusahkan aku! Menghabiskan duit aku je bagi kau makan! Dah! Pergi! Jangan
kacau aku! anak kecil itu hanya terdiam dan mengalirkan air mata.
Apalagi kau tercegat kat situ?! Aku cakap pergi, pergilah! tanpa perasaan wanita
itu terus menolak anaknya keluar daripada bilik tersebut sehinggakan anak kecil itu
terjatuh. DUMMM!! Wanita itu terus menutup pintu dengan hentakan yang kuat. Anak
kecil itu terus menangis lalu berdiri dan berlalu pergi menuju ke biliknya tidunya.
****
Bau asam pedas yang sedang berada di atas dapur begitu menaikkan selera.
Sambil memasak asam pedas, aku memanaskan minyak untuk menggoreng karipap
yang telah aku siapkan tadi. Beginilah rutinku setiap hujung minggu. Aku akan
memasak sesuatu yang istimewa untuk Ana, terutama kuih karipap yang menjadi
kegemarannya.
Sedapnya..Ana nak lagiii.. sungguh berselera anak kecil itu menjamah
makanannya. Sedap ya? Nanti mak cik buatkan lagi ok? gembira hatiku melihat
gelagatnya. Dia hanya tersenyum dengan mulutnya yang penuh berisi makanan
sambil menganggukkan kepala.

Setelah selesai makan, aku duduk di halaman rumah sambil memerhatikan Ana
yang sedang bermain buaian kecil di halaman rumahku yang dahulunya aku impikan
untuk anak-anakku. Tiba-tiba air mataku mengalir mengenangkan waktu itu.
Zahra! Tengok ni apa yang abang belikan
Buaian? Cantiknyaabang belikan untuk siapa? soalku. Untuk anak
kitalah..untuk siapa lagi jawabnya. Aikkk? Belum lahir lagi dah dibelikan buaian?
Abang ni, saya baru je mengandung dua bulan. Ishhh .. macam-macamlah abang
ni.. aku hanya mampu tersenyum melihat sikapnya yang memang sangat teruja
untuk menimang cahaya mata. Tak kisahlah, janji abang bahagia.. terpancar
kebahagiaan pada wajahnya.
Mak cikmak cik.. terhenti lamunanku apabila Ana menerpaku. Kenapa mak cik
menangis? Mak cik sakit ke? Mak cik sakit kat mana? soalnya bertalu-talu. Tak
sayang, mak cik tak sakit, mak cik tak apa-apa aku tersenyum sambil mengelap
pipiku yang dibasahi air mata. Aku mengambil kesempatan untuk bertanya kepada
Ana tentang ibunya.
Ana, malam tadi mama Ana ada kat rumah tak? soalku. Malam tadi mama keluar.
Dia pakai cantik-cantik, lepas tu dia cakap dia nak pergi kerja. Ana cakap kat mama
Ana takut duduk rumah sorang-sorang , tapi mama marahkan Ana. Mak cik, kenapa
mama benci dengan Ana? Ana sayang sangat dekat mama. Mama tak sayangkan
Ana ke mak cik? dapatku lihat kesayuan pada wajahnya.

Ana..semua ibu sayangkan anaknya, termasuklah ibu Ana. Mungkin ibu Ana sibuk.
Tak ada ibu yang bencikan anaknya, ingat tu jawabku untuk menyenangkan
hatinya. Sedih hatiku memikirkan nasib Ana. Di manakah letaknya naluri seorang ibu
dalam diri wanita itu? Semalam dia pergi sehingga petang ini dia masih belum
pulang. Entah makan atau tidak Ana semalaman.
Mak cik, Ana nak pergi tandas.. dengan pantas dia berlari menuju ke dalam
tandas. Hati-hati Ana, jangan lari..nanti jatuh..
Aku juga turut masuk ke dalam rumah untuk menonton televisyen. Sedang aku
menonton televisyen, tiba-tiba pintu rumahku diketuk dengan begitu kuat .

****
Hey! Kau ni kan, berapa kali dah aku cakap tak payah nak mengemis nak minta
kesian kat rumah sebelah tu ! Aku dah naik muak bagi amaran pasal benda ya sama
dekat kau! Heh , mana kau letak telinga kau ni hah?! Mana?!! dengan kasarnya
wanita itu menarik dan mencubit cuping telinga anak kecil itu sehinggakan anak kecil
itu menangis teresak-esak.
Hey, kau ingat tak dulu aku pernah cakap dekat kau jangan sampai aku hilang
sabar? Sekarang ni..memang aku dah hilang sabar!! tengkingan wanita itu
membuatkan Ana menangis dengan lebih kuat. PANGG!! Satu tamparan singgah di
pipi kecil Ana. Wanita itu meluru masuk ke kawasan dapur lalu mengambil sebatang
penyapu dan kembali ke ruang tamu. Mari sini kau!! dengan kasarnya dia menarik
tangan Ana lalu memukul anak kecil itu dengan pukulan yang bertalu-talu
menggunakan penyapu. Ana menangis sambil meraung kesakitan.
Kau ni memalukan aku kau tau tak! Kau nak buat orang cakap yang aku ni tak
pandai jaga anak?! Tak ada duit nak bela anak?! Hah??!! setelah puas melepaskan
amarahnya dengan memukul Ana, wanita itu mengheret Ana ke dalam kawasan
dapur. Tindakan yang dilakukan seumpama orang ya sudah hilang akal. Dia
mengambil air panas yang sedang mendidih di atas dapur lalu mencelurkan tangan
kecil Ana ke dalam air panas tersebut. Ambik kau! Inilah balasannya kalau kau
degil tak dengar cakap aku! Sengaja nak menguji kesabaran aku! Ana merontaronta kesakitan.
Mamasakittt..mama..sakitt..Ana janji.. Ana tak buat lagisakitt ma suara
tangisan anak kecil itu sudah kedengaran serak akibat meraung kesakitan dari tadi.
Baru puas hati aku! tindakan kejam itu sangat menyeksakan buat Ana. Wanita itu
pula umpama syaitan bertopengkan manusia.
****

Entah mengapa hatiku berdebar-debar. Semalaman aku tidak dapat tidur


memikirkan Ana. Apa agaknya yang telah terjadi setelah kejadian petang tadi.
Setelah mendengar bunyi ketukan pintu yang kuat petang tadi, aku terus bergegas
bangkit dari sofa untuk membuka pintu. Baru sahaja pintu itu dibuka aku terus
menerima satu tengkingan yg hebat.
Hey perempuan! Mana anak aku hah?! dia terus menjerit nama Ana berkali-kali.
Ini mesti kerja kau kan? Hey, berapa kali aku nak ingatkan kau, jangan nak
menyibuk dengan urusan aku!
Tidak lama kemudian Ana pun keluar menuju ke muka pintu. Itu pun kau! Mari sini
kau! Balik ! siaplah kau lepas nii wanita it uterus menarik tangan Ana lalu
membawanya pulangke rumah. Aku masih terpana di hadapan pintu. Saat itu aku
sedar, aku langsung tiada hubungan darah daging dengan Ana. Tapi bukankah
tindakan seperti itu terlalu kasar untuk anak kecil seperti Ana? Ya Allah,
lindungilah Ana, sesungguhnya Engkaulah yang maha memberi perlindungan..

Pagi itu hatiku masih tidak tenang. Aku tahu jika aku berjumpa dengan Ana, pasti
ibunya akan marah. Tapi entah mengapa hatiku terus mendesak untuk menemui
Ana. Lagipula selalunya pagi-pagi seperti ini wanita itu belum pulang. Tanpa
membuang masa aku terus bergegas menuju ke rumah Ana. Aku membuka pintu
rumahnya yang tidak berkunci lalu mencari Ana di dalam rumah.

****

Aku memandu kereta menuju ke rumah untuk mengambil beberapa barang


keperluan. Setibanya keretaku di hadapan pintu pagar, aku terus diterjah oleh
seseorang. Serangan itu membuatkan aku terperanjat. Aku terus keluar daripada
kereta untuk mencari kepastian.
Hoi ! Perempuan tak sedar diri! Mana anak aku hah?! belum sempat aku berkatakata dia sudah memberi aku tengkingan yang hebat.
Apa awak cakap? Anak? Itu ke yang awak anggap anak? Yang dipukul, yang
didera sampai dia tak mampu bangun sebab kecederaan yang dia alami terlalu
kritikal angkara seorang insane yang menganggap dirinya ibu padahal hakikatnya
taraf dia lebih rendah daripada binatang!! Ibu jenis apa kau ni hah?!! aku
melepaskan segala kemarahan yang terbuku di dada.
Kau cakap apa ni..? kau tau ke siapa aku..? kau tau kea pa yang aku rasa..? kau
tau kea pa yang aku lalui selama ni ..? kau tu tak tau apa-apa!! Lebih baik kau

jangan masuk campur urusan aku!! Suka hati akulah nak buat apa!! ucapan wanita
itu membuatkan hati aku terasa sakit dan rasa sakit itu diiringi oleh air mata.
Inilah lumrah seorang manusia kan..? Tak kenal erti syukur apabila diberi sebuah
anugerah daripada Allah SWT. Untuk pengetahuan awak, saya pernah mempunyai
suami dan saya pernah mengandung. Saya mengandung bukan sekali , tetapi tiga
kali. Namun malangnya, kandungan saya untuk kali pertama telah gugur seusia 2
bulan. Kandungan saya yang kedua juga telah gugur seusia 1 bulan. Saya rasa
sangat kecewa, betapa saya menginginkan seorang anak pada saat itu. Sekali lagi
Allah telah memberi rezeki kepada saya. Saya mengandung untuk kali yang ketiga
dan saya sangat teruja apabila mengetahui bahawa saya mengandungkan anak
kembar. Tetapi akibat satu kemalangan, saya kehilangan suami saya. Bukan itu saja,
tetapi buat kali yang ketiga saya turut kehilangan anak kembar dalam kandungan
saya. Waktu itu saya terfikir bahawa lebih baik saya turut terkorban dalam
kemalangan itu daripada saya harus menanggung segala keperitan itu! sebak
dadaku apabila menceritakan tentang masa lalu. Apabila saya melihat Ana, rasa
rindu saya terhadap anak-anak saya terubat. Tapi apalah malang yang menimpa
anak itu apabila mendapat ibu yang bersifat binatang seperti awak ni hah?!! Mana
maruah awak sebagai seorang ibu??!! PANGG!! Tidak semena-mena tanganku
terus singgah di pipi wanita itu.
Memangmemang semua orang menyalahkan aku! Semua keburukkan ada pada
aku! Segala penghinaan dan kata cacian pantas dilemparkan kepada aku! Tapi tak
pernah ada seorang pun tau..tak pernah ada seorang pun faham perasaan akutak
pernah ada seorang pun yang merasai peritnya situasi dan penderitaan yang aku
alami!! air mata wanita itu mula mengalir. Dulu aku bahagia dengan
perkahwinanku. Aku bahagia dengan suamiku. Tapi ternyata kebahagiaan buat aku
hanyalah sementara. Akibat menanggung terlalu banyak hutang angkara perjudian,
suami aku tergamak menjual aku! Aku dijual oleh suamiku sendiri!! Dan AnaAna
adalah hasil yang aku dapat setelah aku terjebak ke dalam dunia yang gelap ini!!
Sekarang kau faham kan?!! Aku tak pernah minta semua ni!!! Puas hati kau??!! Aku
benci budak tu!! Aku benci!!
Aku terkesima mendengar luahan tentang kehidupan sebenar wanita itu. Ternyata
apa yang dia alami begitu pahit.
Tetapi , Ana tidak berdosa, dia tak tahu apa-apa, kenapa awak buat dia macam
tu? Dia pernah cakap yang dia sangat sayangkan awakdia sangat sayangkan
ibunya.awak tak kesian kat dia ke? perlahan-lahan air mataku menitis lagi.
Wanita itu hanya mampu terdiam, terduduk, dan menangis.

****

Setelah satu minggu berada di hospital, akhirnya doktor telah membenarkan Ana
pulang. Fikiranku masih terkenangkan peristiwa semasa aku menjumpai Ana dalam
keadaan yang begitu lemah dan tidak berdaya di dalam rumahnya sepanjang
pemanduanku. Rasanya ingin gugur jantungku pada saat itu.
Setelah keretaku tiba di hadapan pintu pagar rumah Ana, aku membangunkan anak
kecil itu yang tidur sepanjang perjalanan tadi. Pintu rumahnya kelihatan terbuka.
Mesti mama Ana ada kat rumah. Jom mak cik Zahra hantar Ana ke dalam rumah..
setibanya aku di muka pintu aku terkesima melihat situasi yang sedang berlaku.
Wanita itu sedang bertekak dengan seorang lelaki.
Maria, tolonglah aku.. aku perlu duit ni..bagilah aku duit..kau kan dah banyak duit
sekarang ni.. pinta lelaki itu. Hey Sham! Kau dah gila ke?! Kau nak buat apa
dengan duit tu hah?!! Nak judi?! Nak beli dadah?! Hah..?!! Eh..aku tak ada duitlah!!
Kau jangan nak tipu aku lah! Kau tau tak sepatutnya kau tu berterima kasih dengan
aku! Kalau tak disebabkan aku..kau tak hidup senang macam ni tau tak!! tengking
lelaki itu. Berterima kasih dengan kau? Berterima kasih sebab kau dah hancurkan
hidup aku selama ni?? Kau jual aku..kau buat aku jadi seorang pelacur..itu yang kau
suruh aku berterima kasih??!!! Dasar jantan gila!!! Berambus kau dari sini!! jerit
wanita itu. Aku tak peduli! Bagi aku duit cepat! lelaki itu menyerang wanita itu lalu
mengacukan sebilah pisau dilehernya. Aku berasa sangat terkejut melihat adegan
itu. Aku mengeluarkan telefon bimbit dan segera menghubungi pihak polis.
Tiba-tiba Ana melepaskan genggaman tanganku lalu berlari menuju kea rah ibunya.
Ana!!! Jangan!! jeritku sekuat hati. Jangan ganggu mama!! jerit anak kecil itu.
Apabila Ana menghampiri ibunya, tidak semena-mena lelaki itu menolak Ana
dengan begitu kuat sehingga Ana tercampak dan kepalanya terhentak ke dinding.
Bunyi hentakan itu begitu kuat. Anaaaaaaaa!!!!! aku terus berlari ke arah Ana. Ana
kelihatan sudah tidak sedarkan diri. Kepalanya pula berlumuran dengan darah.
Anaaabangun sayanggg. air mataku mengalir deras. Anaaa!!! wanita itu
menjerit lalu melepaskan dirinya dari tahanan lelaki itu untuk berlari mendapatkan
Ana. Tanpa diduga, pisau yang berada dalam genggaman lelaki itu telah menusuk
tepat pada perut wanita itu. Aku seperti tidak percaya melihat apa yang baru saja
terjadi. Lelaki itu kelihatan cemas dan tidak tentu arah. Akhirnya dia keluar dari
rumah untuk melarikan diri. Ternyata dia telah terperangkap. Pihak polis baru sahaja
tiba di hadapan rumah. Namun lelaki tu berjaya meloloskan dirinya dan dia terus
dikejar oleh pihak polis.
Aku terus bergerak ke arah wanita itu. Awak..awak ok? Bertahan ya.. sekejap lagi
ambulan datang.. aku berasa sangat cemas dengan situasi tersebut. Wanita itu
terus menggengam erat tanganku. Mama..maafkan

a..a..aku..se..selamatkanAna.. c..ca..cakap de..dekat dia.. yang a..aku..


min..minta.. maaf
Baik.. saya akan cakap..tapi yang penting awak mesti bertahan,awak mesti kuat..
air mataku tidak berhenti mengalir. Sebak di dada tidak dapat dibendung.
Bertahanlah.. hanya itu yang mampu aku ucapkan.
****

Dua minggu telah berlalu. Aku duduk di hadapan rumah sambil menikmati angin
yang lembut menyapa diri serta ditemani oleh suasana tenang yang sunyi dan sepi.
Kembali memikirkan segala perkara yang telah terjadi. Beberapa hari selepas
insiden itu berlaku, akhirnya pihak polis berjaya mengesan dan menangkap lelaki
tersebut. Maria pula telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam kenderaan
Ambulan dalam perjalanan menuju ke hospital, dan Ana
Mak cik, jom la main dengan Ana.
Aku masih dapat melihat bayangan wajah Ana sedang bermain di atas buaian itu
walaupun hakikatnya dia telah pergi menghadap ilahi. Kecederaan pada bahagian
kepala dan otak Ana sangat serius menyebabkan bahagian otaknya terpaksa
dibedah. Namun proses pembedahan itu menemui kegagalan dan Ana pula tidak
dapat diselamatkan. Apabila difikirkan kembali, terlalu banyak perkara yang telah
aku lalui selama ini. Mungkin Allah sedang menguji kesabaranku dan sejauh mana
aku mampu bertahan. Mungkin Dia menyimpan sesuatu yang lebih baik untukku
pada masa hadapan. Aku yakin, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Namun,
kenangan bersama Ana akan terus kekal abadi dalam hidupku.
Kau..terlalu istimewa, kasih dan sayangmu terpancar, seikhlastiada batasan
terus membara, terkilan rasa jiwa inginku lihatmu dewasa.. apa daya..Tuhan lebih
menyayangimu

Siti Ainaa Binti Norman


5 sains 1 (2012)

Anda mungkin juga menyukai