Anda di halaman 1dari 49

SELAMAT DATANG

KE PEJABAT BHG UGAMA


BOLKIAH GARISON

Jasad seseorang muslim yang roh dan nyawanya


telah terpisah daripada jasadnya sepertimana yang
telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. di dalam Luh
Mahfuz
Firman Allah s.w.t



Maksudnya: Setiap yang berjiwa akan merasai mati.
Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan
kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya).
Dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan.
(AlAnbiya 35)

Hukumnya

Sunnat Muakaad

Hadis Rasulullah s.a.w.


Seorang Muslim yang menziarahi saudaranya
yang sedang sakit pada sebelah pagi, maka 70
ribu Malaikat akan sentiasa mendoakan supaya
diampunkan dosa-dosanya hingga ke petang,
dan apabila ia menziarahinya pada sebelah
petang, maka 70 ribu Malaikat akan mendoakan
supaya diampunkan dosanya hingga ke pagi dan
baginya kebun-kebun tempat memetik buahbuahan di syurga kelak .
( At-Tirmizi)

Sunat diajarkan kepada orang yang sakit kalimah


sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w.:
Ajarkanlah kepada mayat kamu (orang yang akan mati) kalimah
( HR Muslim)

Sunat didengarkan kepadanya surah yassin

Sunat menziarahi orang sakit selang beberapa hari kecuali


dengan keredhaannya (orang sakit).

Sunat bagi yang menzirahi duduk berdekatan dengan


kepala orang sakit sebagaimana diriwayatkan bahawa
Nabi Muhammad saw. Apabila meriziarahi orang sakit
baginda akan duduk dekat dengan kepalanya

Sunat bagi orang yang berziarah membaca doa ini Sebanyak 7 kali :


.

Ertinya: Ku pohonkan kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan yang
memiliki Singgahsana yang besar agar Menyembuhkan engkau .
(HR Abu Daud).

Bagi orang sakit yang boleh membaca hendaklah mendoakan dirinya dengan
lafaz :

Sunat bagi orang yang berziarah membaca doa


ini Sebanyak 7 kali :

Ertinya: Ku pohonkan kepada Allah yang Maha


Agung, Tuhan yang memiliki Singgahsana yang
besar agar Menyembuhkan engkau .
(HR Abu Daud).

Bagi orang sakit yang boleh membaca hendaklah


mendoakan dirinya dengan lafaz :

Sunat menyuruh orang sakit menghiasi diri dan


memakai bau-bauan khusus pada hari Jumaat.

Kita digalakan menghiburkan hati pesakit atau


keluarga simati

Menasihatkan orang yang sakit untuk sentiasa


berzikir dan berwirid mengingati Allah.

Membantu mereka untuk bersembahyang hajat dan


berdoa, Kerana jika ditakdirkan dia meninggal dunia,
biarlah matinya dalam keadaan beriman.

Orang sakit dinasihatkan untuk bertaubat dan


bersabar. Kerana orang yang menghadapi sakratul
maut, ketika itu mereka berperang dengan perasaan
masing-masing. Dan sekiranya mereka tidak
bersabar, tidak beriman dan tidak menerima hakikat
dia akan mati, syaitan akan datang menggodanya
sehingga ia mati dalam keadaan kufur. Sebaliknya
mereka yang beriman dan menerima hakikat
kematian dengan hati terbuka, akan merasa tenang
dalam menanti saat-saat kematiannya.

Sunat dihadapkan muka orang yang sakit kearah


kiblat dalam keadaan kakinya terlunjur kearah
kiblat.

Sunat menitikan air kedalam mulut orang yang


hampir mati, sekiranya ada tanda-tanda yang
menunjukan ianya sangat dahaga, maka ketika
itu hukumnya adalah wajib

Makruh tinggal lama ditempat orang yang sakit

Orang Islam juga diharuskan melawat orang sakit


yang tidak beragama Islam

Keluar peluh yang besar-besar, biasanya berwarna kuning.

Kakinya tidak menegak lagi.

Kening, serta telinga dan hidung mengendur, ibarat pokok


yang layu. Pada keadaan demikian, Rasullah s.a.w
berpesan agar kita membacakan Surah Yassin kepadanya,
agar ia mati dalam keadaan beriman. Rasullah s.a.w. ada
menyebutkan bahawa:

Sesiapa yang membacakan surah Yassin kepada jenazah


maka akan diampunkan dosanya oleh Allah swt. Insya Allah
.

Merapatkan kedua kelopak matanya hingga


kedua biji matanya tertutup mukanya dan diikat
dagunya untuk memelihara mulutnya daripada
dimasuki binatang atau serangga

Senamkan segala sendi-sendinya dengan


melipat-lipatkan sendi-sendinya.

Menutup seluruh anggota badannya dengan kain


yang bersih dan ringan.

Letakkan benda yang berat seperti gunting diatas


perut simati, supaya perutnya tidak kembong.

Sunat menghibahkan kepada orang ramai, supaya


orang datang untuk menyembahyangkan mayat
tersebut dan bukan untuk bermegah-megah

Ikatkan kedua tangannya seperti qiam didalam


sembahyang, dan ikat kakinya agar tidak
terkengkang.

Letakkan mayat tersebut ditempat yang tinggi dan


menghadap qiblat

Segala hutang piutang simati hendaklah dibayar


sama ada dengan hartanya sendiri atau pertolongan
keluarga.

Menanggalkan segala yang palsu daripada simati,


seperti gigi palsu, rambut palsu dll.
Segera dilakukan kepadanya perkara-perkara yang
wajib keatasnya.

4 Perkara
Di Mandikan

Di Kafankan
Di Sembahyangkan

Di Kebumikan

Meratakan air pada seluruh badan


setelah
dihilangkan segala najis daripadanya
jika ada

Mengangkat mayat ke bilik / ruang pemandian


dengan perlahan di dahului dengan kepala, dalam
keadaan seluruh badannya tertutup.
Terdinding daripada pandangan orang ramai dan
diletakkan pada tempat yang tinggi sedikit dari
permukaan lantai
Keadaan mayat yang terlentang bujur
menghadap ke arah kiblat iaitu dengan
menghalakan kepalanya ke arah sebelah
matahari naik dan kakinya ke arah matahari mati

Semasa memandikan mayat hendaklah di tutup


dengan sehelai kain sarong yang nipis / (kain
basah) supaya air boleh menyerap masuk ke
badannya dan supaya auratnya tidak kelihatan.
Dan kepalanya hendaklah ditinggikan sedikit
supaya air mandinya itu mudah mengalir kearah
kaki

Menurut pandangan Imam Nawawi adalah tidak


harus bagi orang yang memandikan mayat
tersebut menyentuh atau memandang aurat si
mati melainkan dalam keadaan yang perlu /
dharurat

Sunat ditutup mukanya dengan sehelai kain Ketika


memandikannya hendaklah mayat itu di dudukkan di
atas tempat pemandian dengan badannya
disandarkan ke lutut kanan tukang mandi (Pengapai)
sementara tangan kanannya memegang mayat itu
kemudian perutnya mayat itu ditekan dari atas
kebawah, dilakukan beberapa kali dengan tangan
kirinya supaya keluar segala kotoran dari dalam
perut mayat tadi.

Penolong tukang mandi menyiramkan air ke atas


mayat untuk membasuh dan membersihkan segala
kekotoran atau najis yang keluar melalui kemaluan
mayat itu.

Kemudian mayat itu dibaringkan semula dan dibasuh


kemaluan depan dan belakang dengan tangan kiri
bersarung (Meruang) dengan niat tertentu.

Disugikan giginya dengan telunjuk yang bersarung


dan dibersihkan lubang hidung, lubang telinga,
celah-celah kuku tangan dan kaki.

Sebelum memandikannya, hendaklah terlebih


dahulu mengambil wudhu keatas mayat dengan
sempurna dengan niat tertentu.

Setelah selesai melakukan Istinja dan mengambil


wudhu ke atas mayat tersebut baharulah mula di
mandikan iaitu bermula dari bahagian kepala
hingga kehujung kakinya, meliputi tubuh
badannya dengan niat tertentu.

Niat Wudhu

(
)

Sahaja Aku Mengambil Wudhu yang sunat


bagi mayat Lelaki ini kerana Allah Taala


(
)

Sahaja Aku Mengambil Wudhu yang sunat


bagi mayat Perempuan ini kerana Allah
Taala

Bagi Mayat Lelaki


(
)

Sahaja aku melakukan mandi yang wajib bagi mayat Lelaki


ini kerana Allah Taala

Bagi Mayat Perempuan

(
)

Sahaja aku melakukan mandi yang wajib bagi mayat


Perempuan ini kerana Allah Taala

Niat Istinja (Meruang)



(
)

Sahaja Aku Menginsinja bagi mayat Lelaki


ini kerana Allah Taala

(
)

Sahaja Aku Menginsinja bagi mayat


Perempuan ini kerana Allah Taala

Bermula dengan membasuh daripada bahagian


keseluruhan kepala, muka dan lehernya dengan
air yang bercampur dengan perahan daun bidara
atau dengan menggunakan sabun.

Bagi mayat lelaki yang menyimpan janggut yang


panjang, sunat disisir dengan sikat yang jarang.
Sekiranya bulu janggutnya atau rambut
kepalanya gugur semasa memandikannya, maka
hendaklah dipungut untuk dimasukkan kedalam
kafan semasa ia dikafankan.

Bagi mayat perempuan pula hendaklah


dihuraikan rambutnya supaya air dapat
membasahi keseluruhan rambutnya dengan
mudah.Jika rambutnya gugur maka hukumnya
sama dengan rambut mayat lelaki dan begitu
juga segala rambut yang gugur pada masa
sebelum memandikan.

Diikuti dengan membasuh lambung kanannya


dibahagian hadapan yang meliputi bahu, ketiak,
tangan kanan, dada, perut, kemaluan, paha,
dan seterusnya kehujung kaki kanannya.

Diikuti dengan membasuh lambung kanannya dibahagian


hadapan yang meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, perut,
kemaluan, paha, dan seterusnya kehujung kaki kanannya.

Diikuti pula dengan membasuh lambung kirinya dibahagian


hadapan yang meliputi bahu, ketiak, tangan kiri, dada sebelah
kiri, perut sebelah kiri, dan seterusnya bahagian yang telah di
lakukan pada sebelah kanan.

Pada akhirnya barulah dimandikan dengan air yang bercampur


sedikit kapur barus pada keseluruhan badan mayat tersebut.
Sunat diulang-ulang sehingga menjadi tiga, lima atau tujuh kali
untuk kesempurnaan.

Setelah selesai hendaklah dikeringkan mayat tersebut dengan


cara dilap badannya sehingga ia benar-benar kering sebelum ia
diangkat ketempat kafannya supaya tidak basah kain kafannya
ketika ia dikafankan.

Peralatan yang diperlukan untuk


mengafankan mayat ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Sebidang Tikar Atau Tilam Atau Sebagainya


Lima Utas Tali pengikat kain kafan
Kain Kafan (sunnat berwarna putih)
Kapas
Debu Gaharu
Kapur Barus
Air Mawar / Minyak Wangi.

1). Sebidang Tikar Atau Tilam Atau Sebagainya


Kegunaannya ialah untuk alas atau lapik mayat. Ia adalah merupakan
satu tanda penghormatan terhadap mayat berkenaan

2). Lima Utas Tali pengikat kain kafan


Ialah untuk mengikat digahagian luar daripada kain kafan supaya kafan
mayat itu kemas dan tidak mudah terbuka sebelum tiba masa untuk
dibuka. Tiga (3) utas untuk mengikat dibahagian badan mayat, dua (2)
utas untuk mengikat dibahagian hujung kepala serta hujung kaki
Mayat

3). Kain Kafan (sunnat berwarna putih)


Ialah Kain putih untuk menutup sekelian
badan jenazah

Bagi Jenazah lelaki ialah tiga (3) lapis kain putih.


Tiap-tiap selapis meliputi seluruh badannya dan
harus ditambah dengan sehelai baju dan serban
Bagi jenazah perempuan ialah lima lapis kain
putih. Satu kain untuk menutup di antara pusat
dan dua(2) lutut, satu (1) lapis untuk baju, satu
lapis untuk tutup kepala dan dua lapis untuk
menutup seluruh badannya.

4). Kapas
Ialah untuk membalut atau menutup pada
setiap sendi mayat
5). Debu Gaharu
Ialah untuk menutup segala bau yang tidak
menyenangkan yang mungkin terdapat pada
mayat. Debu Gaharu itu hendaklah
ditaburkan ke
atas setiap helai kain kafan dan kapas yang
digunakan untuk mengafan mayat.

6). Kapur Barus


Juga merupakan diantara bahan yang boleh
menguatkan tubuh badan mayat. Cara
pengunaannya ialah dengan dihancurkan terlebih
dahulu sehingga jadi debu kemudian dicampur
dengan debu gaharu sehingga menjadi sebati
7). Air Mawar / Minyak Wangi
Tujuannya sama dengan pengunaan Debu Gaharu
dan Kapur Barus iaitu untuk menghilangkan bau
mayat. Cara pengunaannya ialah dengan
dirinjiskan ke atas setiap helai kain kafan dan pada
badan mayat.

1.Penyediaan Kain Kafan

Potong kain mengikut panjang mayat dan handaklah dilebihkan


hujung kain pada kepala dan kaki untuk mengikat.
Potong kain mengikut ukuran sebanyak lima helai, tiga helai untuk
kain kapan sehelai untuk mandi dan sehelai untuk mengelap, bagi
mayat lelaki, dan ditambah baju dan serban. Bagi mayat perempuan
ditambah lagi dua helai (dua lapis).
Sediakan 5 atau 7 tali pengikat diambil dari tepi kain kapan .
Bagi mayat uzur hendaklah disediakan sarong tangan dan penutup
mulut untuk kegunaan tukang kafan.

Setelah semuanya siap ambil tikar yang berukuran 4x6 kaki

bentangkan (urak) kemudian letakan tall pengikat sebanyak 5 atau 7


helai, kemudian letakan kain kafan sebanyak 3 lapis bagi lelaki dan 5
lapis bagi perampuan, kemudian untuk baju dan serban. Setiap lapis
kain kafan hendaklah dibubuh serbuk kapur barus.

Kemudian dilipat dan disimpan ditempat yang sempurna


dan selamat.

Setelah mayat siap dimandikan, maka kain kapan yang


telah dilipat tadi hendaklah dibentangkan/diurak ditempat
yang tertutup dari orang ramai, kemudian mayat diangkat
perlahan-lahan dengan mendahulukan bahagian kepala dan
letakkan diatas kain kapan yang telah disediakan.

Sumbatkan semua anggota yang berlubang seperti dua


telinga, hidung dan luka-luka yang ada pada badan,
letakkan kapas pada kedua mata dan mulutnya bagi tujuan
menghalang dari dimasuki bintang/serangga.

Letakan kapas yang dibubuh kapur barus pada anggota


sujud, hidung, dua tapk tangan, dua kepala lutut, dua tapak
kaki dan setiap sendi-sendi anggota badan.

Mulakan lipatan kain dari sebelah kiri, kemudian di-ikuti


sebelah kanan manakala hujung pada kepala dan kaki
hendaklah dikumpulkan (dipumpung)untuk di-ikat.

Ikatkan mayat dengan tall pengikat yang telah disediakan,


dengan ikatan simpul (ikat sintak ) disebelah kiri mayat,
kemudian angkat mayat pada papan kerana untuk
disembahyangkan.

Hukum Sembahyang Mayat adalah fardhu kifayah.

Pahala bagi orong yang sembahyang mayat ada diterangkan dalam


hadith yang diriwayatkan oleh AlJamaah yang bermaksud :
Barang siapa telah sembahyang atas jenazah mendapat satu kirat. Dan
barang siapa turut mengiringinya diletakkan kedalarn kubur, maka Ia
mendapat dua kirat. Satu kirat sama dengan (sebuah) bukit Uhud .

Dari Ibnu Abas yang telah diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Bukhari
Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Tidaklah dan kalangan orang Islam itu mati disembahyangkan 40 orang
yang
tidak menyekutukan Allah, melainkan syafaat mereka untuk mayat itu
diterima
oleh Allah .

Diriwayat oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah RH, dari Nabi saw bersabda,
Barang siapa yang disembahyangkan keatasnya 100 orang Islam nescaya
diampunkan dosanya oleh Allah .

Orang yang hendak sembahyang hendaklah membuat 3 baris ( saf )


Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud bahawa Nabi s.aw. Bersabda
yang bermaksud:
Tidaklah dan kalangan mukmin yang mati disembahyangkan oleh
orang-orang Islam sehingga sampai 3 baris (saf), melainkan
diampunkan Allah s.a.w. akan dosanya.

Mayat lelaki hendaklah diletakan kepala sebelah barat manakala


bagi mayat Perempuan maka diletakkan kepalanya kesebelah timor.

Afdhal jenazah tersebut di-imamkan oleh keluarga yang terdekat


kepadanya seperti anaknya, bapanya, bapa saudaranya dan
seterusnya jika tiada barulah kepada orang lain.

Mayat hendaklah diletakan disebelah qiblat, imam hendaklah berdiri


dekat dengan kepala bagi mayat lelaki dan dekat pinggang bagi
mayat perempuan

Jika bilangan mayat ramai kesemuanya lelaki, maka mayat itu


dibariskan menghadap qiblat dan disembahyangkan sekali gus,
demikian juga semua mayat perempuan. Tetapi jika mayat itu ramai
terdiri daripada lelaki dan perempuan maka lebih dahulu mayatmayat lelaki hendaklah dibariskan
hampir hampir dihadapan imam, kemudian mayat perampuan pula
dibariskan mayat lelaki tadi, dan imam berdiri dekat dengan kepala.

Rukun sembahyang mayat terbahagi


kepada
7 perkara:

Berdiri bagi yang berkuasa untuk berdiri

Niat

Empat (4) kali takbir termasuk Takbiratu Ihram

Membaca surah Alfatihah selepas takbiratul ihram

Membaca selawat selepas takbir yang kedua

Membaca doa selepas takbir yang ketiga.

Memberi salam selepas takbir yang keempat.

KEDUDUKAN MAYAT DAN IMAM DALAM


SEMBAHYANG

kiblat
KEPALA

MAYAT LELAKI

Imam berdiri bertentangan


Kepala mayat

KAKI

KEDUDUKAN MAYAT DAN IMAM DALAM


SEMBAHYANG

kiblat
KAKI

MAYAT PEREMPUAN

Imam berdiri bertentangan


Punggung mayat

KEPALA

Niat pada sembahyang jenazah dilakukan ketika


Takbiratul Ihram.

Adapun lafaz niat bagi sembahyang jenazah


adalah seperti berikut:
Bagi Mayat Lelaki





Ertinya: Sahaja aku sembahyang keatas mayat lelaki ini empat
takbir fardhu
kifayah mengikut imam kerana Allah Taala .

Bagi Mayat Perempuan

Ertinya: Sahaja aku sembahyang keatas mayat perempuan ini


empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala

Bagi Mayat Kanak-Kanak Lelaki





Ertinya: Sahaja aku sembahyang keatas mayat kanak-kanak
lelaki ini empat takbir fardhu kifayah mengikut imam
kerana Allah Taala
Bagi Mayat Kanak-kanak Perempuan




Ertinya: Sahaja aku sembahyang keatas mayat kanak-kanak
perempuan ini empat takbir fardhu kifayah mengikut imam
kerana Allah Taala
Mayat Yang Tidak Diketahui Oleh Makmum



Ertinya: Sahaja aku sembahyang atas orang yang
disembahyangkan oleh imam empat takbir mengikut imam
kerana Allah Taala

)(1
) (2 )(3


) (4 )(5



) (6
)(7





,




,





,

Sunat diteruskan doa selepas takbir


keempat sebelum melakukan salam.

*
*
*

*
*
*
*
*
*

Sunnat mengali kubur sedalam atau setinggi ukuran


berdiri dan lebihkan sehasta.
Menggali kubur secara liang lahad adalah lebih afdal.
Faedah mengali kubur :
i) Mengelakkan dari dibongkar oleh binatang buas.
ii) Supaya tidak zahir baunya.
iii) Mengelakkan dari dipermainkan orang.
Afdal orang yang mengkebumikan jenazah itu secara
ganjil.
Makruh menanam jenazah dengan kerandanya sekali.
Sunat ditutup jenazah itu dengan sebarang penutup
supaya apabila ditimbus tidak ditimpa oleh tanah.
Haram membuat binaan yang kekal di atas kubur.
Makruh menulis nama-nama si mati pada tanda batu
atau batu nisan.
Sunat meninggikn sedikit kubur itu sekadar sejengkal.

Sunat memberi salam.


Mengucup dan menjabat kubur itu adalah dilarang.
Boleh duduk dan juga berdiri.
Mengadap kiblat.
Sunat menziarahi kubur.
Harus kaum wanita menziarahi kubur dengan syarat
tidak menimbulkan fitnah dan tidak meratap-ratap.

TAZIAH

Melahiran perasaan dukacita bersama kepada


keluarga yang salah seorang daripada anggotanya
meninggal dunia dan juga kepada yang berdukacita
kerana kematian itu seperti sahabatnya yang karib,
dengan tujuan supaya keluarga itu bersabar dan
mendoakan supaya mayat itu mendapat keampunan
daripada Allah.

Hukumnya adalah sunnat takziah itu di sampaikan


sebelum mayat itu dikubur dan sesudah ia dikubur
sehingga tiga hari selepas kematian.

BACAAN TALQIN

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha


mengasihani. Maha suci Allah,tuhan yang maha gagah,
tuhan yang maha berkuasa dan kekal selama-lamanya.
Allah yang maha gagah berkuasa mengenai kematian dan
kefanaan hamba-hambanya,untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang
lebih baik amalannya, sesungguhnya amal usaha kamu itu
akan diperlihatkan kepada kamu pada hari Qiamat kelak.

Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah, Allah


yang berkuasa mrnghukum serta kepada Allah SWT lah
kamu semua dikembalikan.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan


bahawasanya pada hari qiamat sajalah akan disempurnakan
balasan-balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang di jauhkan
dari neraka dan di masukkan kedalam syurga. Makntuk
habuan ua sesungguhnya dia telah berjaya. Dan ingatlah
bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahan
dan pangkat kebesaran,tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang-orang yang terpedaya.

Dari tanah Allah menciptakan kamu dan kedalam tanah Allah


akan mengembalikan kamu. Dan daripada tanah pula Allah
akan mengeluarkan kamu sekali lagi.

Dari tanah, Allah menciptakan kamu iaitu untuk mencari


ganjaran balasan dan pahala. Ke dalam tanah kamu akan di
kembalikan iaitu untuk habuan ulat dan tanah.

Dan daripada tanah pula, kamu akan di keluarkan ( di hari


kebangkitan) untuk di bangkitkan dan diperhitungkan semua
amal perebuatan.

Wahi hamba Allah, anak daripada hamba Allah,semoga Allah


mengurniakan rahmatnya kepada kamu,dunia dan segala kemegahan
dan perhiasannya telah kamu tinggalkan.Maka sekarang kamu sudah
berada dalam permulaan alam berzah daripada alam-alam akhirat.

Maka janganlah lupa janji yang telah kamu ikralkan semasa


meninggalkan kami di dunia ini untuk kamu menuju dan menempuh
alam akhirat iaitu pengakuan bahawa tiada tuhan yang di sembah
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu
pesuruh Allah.

Sekarang kamu telah berada antara timbunan tanah dan di antara


kumpulan orang-orang mati. Maka apabila datang kepada kamu dua
Malaikat yang kedua-duanya sebagai wakil daripada Allah untuk menyoal
kamu dan orang lain seperti kamu daripada umat Nabi Muhammad SAW.
Maka Janganlah kamu terkejut dan takut akan kedua-duanya itu. Kerana
kedua-dua Malaikat itu sama seperti kamu juga sebagai makhluk Allah.

Apabila kedua-dua Malaikat datang kepada kamu dan mendudukan kamu


sambil bertanya, siapa Tuhan kamu dan siapa Nabi kamu,apa Agama
kamu, apa kepercayaan kamu, apa pengikut kamu, di mana kiblat kamu
dan siapa saudar-saudar kamu, apa keyakinan kamu ketika engkau mati.
Maka kamu jawab kepada kedua-dua Malaikat itu : Allah Tuhanku yang
sebenar. Maka apabila kedua-duanya bertanya kali kedua,maka katakan
lah kepada keduanya Allah Tuhanku yang sebenar dan apabila keduanya
bertanya kali ketiga iaitu pertanyaan akhir yang menentukan kebaikan,
maka kamu jawablah dengan lidah yang petah tidak merasa takut dan
gerun

Apabila kedua-dua Malaikat datang kepada kamu dan


mendudukan kamu sambil bertanya, siapa Tuhan kamu dan
siapa Nabi kamu,apa Agama kamu, apa kepercayaan kamu,
apa pengikut kamu, di mana kiblat kamu dan siapa saudarsaudar kamu, apa keyakinan kamu ketika engkau mati. Maka
kamu jawab kepada kedua-dua Malaikat itu : Allah Tuhanku
yang sebenar. Maka apabila kedua-duanya bertanya kali
kedua,maka katakan lah kepada keduanya Allah Tuhanku
yang sebenar dan apabila keduanya bertanya kali ketiga iaitu
pertanyaan akhir yang menentukan kebaikan, maka kamu
jawablah dengan lidah yang petah tidak merasa takut dan
gerun, Allah Tuhanku, Muhammad Nabi ku,Islam Agamaku, Al
Quran ikutanku, Kaabah kiblatku, sembahyang 5 waktu
kewajibanku, orang Islam adalah saudara-saudara ku, Nabi
Ibrahim bapaku, aku telah hidup dan telah mati atas
pengakuan yang tetap bahawa tiada Tuhan yang di sembah
melaikan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Berpegang teguhlah wahai hamba Allah dengan keterangan


ini dan ketahuilah bahawa engkau akan tetap tinggal di alam
berzah ini hingga hari di bangkitkan semua yang ada di dalam
kubur.

Maka apabila di tanya nya kepada kamu mengenai seorang


lelaki yang telah di utuskan kepada kamu dan sekalian
makhluk-makhluk yang lain, maka kamu katakanlah bahawa
dia adalah Nabi Muhammad SAW yang telah datang kepada
kami dengan penjelasan-penjelasan dan keteranganketerangan yang nyata daripada Tuhannya. Maka kamu telah
mengikutnya dan telah beriman dan percaya kepadanya dan
kami telah mengakui benar akan kerasulannya. Maka selepas
sahaja masing-masing berundur katakanlah Hasbi Allah
cukuplah bagiku Allah yang menolong dan memelihara aku,
tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah. Dan
kepadanya aku berserah diri dan Allah adalah Tuhan yang
mempunyai Arasy yang besar.

Ketahuilah wahai hamba Allah,bahawa mati itu benar dan


masuk liang kubur itu pn benar dan soalan Mungkar dan
Nangkir itu benar, kebangkitan semula dari kubur itu benar, di
hitung pahala dan dosa (amalan yang di lakukan) itu adalah
benar, timbangan amalan buruk dan baik itu juga benar,meniti
SiratulMustaqim itu benar,syurga itu benar dan neraka itu
benar,dan hari qiamat itu pasti datang dan Allah akan
membangkitkan siapa yang adsa didalam kubur.

Semoga Allah menetapkan kamu dengan ucapan kalimah yang


tetap,Allah menetapkan pendirian orang-orang yang beriman dengan
kalimah yang tetap teguh ( kalimah Tauhid) dalam kehidupan dunia
dan akhirat.

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang, tetap


dengan kepercayaan dan pembawaan yang baik, kembalilah kepada
Tuhanmu dengan keadaan kamu berpuasa hati ( dengan segala
nikmat yang di berikan) lagi di redai ( di sisi Tuhan) serta masuklah
kamu dalam kumpulan hamba-hamba Allah yang berbahagia dan
masuklah ke dalam syurga Allah.

Dan kami memohon penjagaan kami Ya Allah, wahai Tuhan,teman


bagi setiap yang keseorangan,wahai Tuhan yang sentiasa hadir dan
tidak berjauhan,temanilah keseorangan kami dan keseorangannya,
kasihanilah keterasingan kami dan
keterasingannya,ajarkanlah/lancarkanlah hujahnya dan janganlah
datang fitnah kepada kami selepasnya, ampunilah kami dan
ampunilah dia wahai Tuhan seluruh alam. Akuilah kesucian
Tuhanmu,Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa
yang mereka katakan. Serta ingatlah bahawa segala puji tertentu bagi
Allah yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Anda mungkin juga menyukai

  • Puasa Tingkatan dan Jenisnya
    Puasa Tingkatan dan Jenisnya
    Dokumen7 halaman
    Puasa Tingkatan dan Jenisnya
    Mas Ismandi Hassan
    Belum ada peringkat
  • HIKMAH PUASA
    HIKMAH PUASA
    Dokumen29 halaman
    HIKMAH PUASA
    Mas Ismandi Hassan
    Belum ada peringkat
  • Puasa
    Puasa
    Dokumen23 halaman
    Puasa
    Mas Ismandi Hassan
    0% (1)
  • PUASA RAMADHAN
    PUASA RAMADHAN
    Dokumen24 halaman
    PUASA RAMADHAN
    Mas Ismandi Hassan
    Belum ada peringkat
  • MISWAK
    MISWAK
    Dokumen25 halaman
    MISWAK
    masnur273
    Belum ada peringkat
  • QURBAN
    QURBAN
    Dokumen48 halaman
    QURBAN
    Mas Ismandi Hassan
    Belum ada peringkat