Anda di halaman 1dari 2

PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN DALAM KONTEKS PDP

Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perlu
difikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa
elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas
malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yang perlu difikirkan terlalu
banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yang terbaik untuk membina dan
merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian.
Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang
berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang
diharapkan serta digemari oleh para pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan
lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar,
sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran
dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.
Dalam proses pemilihan bahan pula sesuatu model reka bentuk pengajaran itu mampu
membimbing dan membantu guru untuk membuat pilihan, menghasilkan serta menggunakan
media tersebut secara lebih tepat berlandaskan kriteria yang dinyatakan seperti bersesuaian
dengan ciri-ciri pelajar, memenuhi objektif pengajaran serta melalui proses penilian bahan agar
penggunaannya nanti lebih mantap, berkesan dan mendapat respons yang positif daripada
pelajar.
Reka bentuk pengajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah serta kejayaan satu-satu program atau kurikulum
kursus. Antara kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran adalah seperti berikut :

Meningkatkan pencapaian pelajar.

Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur.

Memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran mudah


tercapai.

Membantu dalam memproses membuat keputusan.

Menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras bagi


kumpulan yang pelbagai.

Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu program yang
besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.
Secara amnya peranan dan kepentingan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

boleh dilihat dalam aspek-aspek berikut:


Pembelajaran kendiri
Penggunaan pelbagai teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menggalakkan
pembelajaran kendiri dikalangan pelajar-pelajar. Guru hanya bertanggung jawab memilih media
yang sesuai yang dapat menggalakkan pembelajaran dikalangan pelajar-pelajar.
Meningkatkan Keberkesanan
Pembelajaran Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru dalam
meninggkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara keseluruha. Sebagai
contoh bahan-bahan visual yang menarik dan konkrit bukan sahaja dapat meningkatkan
kefahaman pelajar terhadap sesuatu tajuk bahkan ianya mampu meningkalkan kesan yang
mendalam dalam jiwa pelajar.
Peluang Belajar Kepada Semua
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran telah mengubah sistem dan proses
pembelajaran yang konvensional kepada sistem yang lebih terbuka dan bebas. Melalui
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat belajar secara jarak jauh. Dengan
cara ini juga sistem pembelajaran dapat disesuaikan kepada ramai pelajar mengikut kesesuaian
mereka dan ini akan akan dapat memberikan peluang kepada ramai pelajar khususnya kepada
pelajar-pelajar dewasa untuk belajar secara separuh masa.
Secara kesimpulannya, tumpuan terhadap teknologi dalam pengajaran tidak tertumpu
kepada perkakasan semata-mata, sebaliknya lebih melaksanakan lebih menekankan cara
pemikiran yang membolehkan pelajar mencapai matlamat pendidikan sesuai dengan
persekitaran mereka. Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan
masyarakat yang berilmu dan berpendidikan apabila peluang belajar terbuka luas melalui
penggunaan teknologi.

Anda mungkin juga menyukai