Anda di halaman 1dari 1

"AKU SEBUAH MESIN BASUH"

Aku sebuah mesin basuh automatik. Aku sangat berguna kepada semua suri rumah tangga
yang berada di dunia ini.
Aku dilahirkan di sebuah kilang yang sangat besar. Kilang itu bernama kilang Elektronik
Toshiba yang terletah di Shah Alam.
Aku diperbuat daripada bahan - bahan seperti plastik dan alat - alat elektronik. Saiz
badanku besar dan berat. Badan aku dilengkapi dengan penutup, tempat meletak sabun pencuci, dan
butang - butang arahan . Oleh itu, aku merupakan mesin basuh yang sangat canggih
Aku dijual oleh orang ramai dengan harga RM 1500. Harga itu agak mahal.Aku telah
dipamerkan di sebuah kedai bernama kedai wawasan.
Pada suatu hari, aku telah dineli oleh seorang wanita, bernama Puan Aisyah. Aku
digunakan oleh tuanku untuk membasuh pakaian ahli keluarganya. Aku digunakannya setip hari. Tuanku
menggunakanku dengan sangat cermat.
Aku berasa sangat gembira kerana dilahirkan sebagai sebuah mesin basuh.

Aku sebuah Komputer Riba


Aku sebuah komputer riba yang berjenama HP.Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer yang terletak di
Johor Bahru.Aku berbentuk segi empat dan berwarna hitam.Aku merupakan hasil ciptaan canggih pada
era kemajuan sains dan teknologi.
Selepas siap dibuat,aku dimasukkan ke dalam kotak.aku dan rakan-rakan dihantar ke sebuah kedai
komputer dengan lori yang besar.Aku dipamerkan di dalam almari kaca.Aku diletakkan tanda harga RM
2499.Di sana,aku berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan aku yang berjenama lain.Kami
mempunyai keistimewaan tersendiri untuk menarik perhatian pelanggan.
Pada suatu hari,seorang wanita berkunjung ke kedai komputer tersebut.Dia ingin membeli komputer
untuk anaknya sebagai hadiah hari jadi.Selepas mendengar penerangan penjual komputer ,dia tertarik
oleh kecantikan dan keistimewaan aku lalu memilih aku.Aku dibeli dan dibawa pulang ke
rumah.Kehadiran aku disambut oleh ahli keluarganya dengan tangan terbuka.
Tuan aku bernama Bin Quan.Dia murid yang rajin dan bertanggungjawab.Tuan aku menggunakan aku
untuk melayari internet,mambuat projek sekolah,bermain permainan komputer atas talian dan
sebagainya.Aku berasa bangga dan gembira kerana dapat bergembira bersama tuan aku.
Bin Quan menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh.Setiap kali selepas
menggunakan aku,dia akan menutup aku dengan penutup plastik.Tuan aku mengelap aku pada setiap
hujung minggu.Tuan aku menggunakan aku dengan cermat.

Anda mungkin juga menyukai