Anda di halaman 1dari 1

LAMPIRAN 1-6

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


AMALAN REFLEKSI
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu/Perkara yang difokuskan:


Kad keluar masuk kelas.

2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:


2.1 Kekuatan:
-Guru dapat mengawal bilangan pelajar yang keluar masuk dari kelas kerana pelajar
tidak dapat keluar dari kelas sekali gus. Oleh itu, disiplin di kelas dapat dikawal.
-Keselamatan pelajar juga dapat terjamin. Hal ini adalah kerana pelajar tidak boleh
keluar dari kelas sesuka hati. Mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada guru dan
jika mereka lewat balik ke kelas, guru dapat mengetahui dan boleh mengambil tindakan
yang sepatutya. Oleh itu, mereka tidak mempunyai peluang untuk berkomunikasi
dengan orang asing.

2.2 Kelemahan

-Pelajar yang menghadapi hal kecemasan tidak dapat keluar dari kelas jika sudah ada
pelajar yang telah keluar kelas. Mereka tidak dapat menyelesaikan hal mereka dengan
segera.

3. Cadangan Penambahbaikan:
Guru perlu sediakan kad keluar masuk yang lebih banyak bagi pelajar dapat
keluar dari kelas jika menghadapi hal kecemasan.