Anda di halaman 1dari 164

Cinta Si Wedding Planner

Sinopsis
Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan
peristiwa kisah Zara si wedding planner dengan Fariz, bekas
tentera laut yang berhati batu.
Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya
sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa
jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang
selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak
lang hancur si tengah jalan.
Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka
antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya
lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam
kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.
Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la. - FARIZ
Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!- ZARA
Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke. FARIZ
Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian
Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci
antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum
wujud getaran cinta buat Fariz.

Dhiyana

Bab 1
S

edang aku leka membelek


rekod kewangan keluar masuk
bulanan, aku dikejutkan dengan
bunyi dari komputer riba jenama Acer yang dah berusia lima
tahun aku milki. Tertulis Buzz di skrin komputer riba. Aku
tersenyum apabila melihat nama pengirim.
<rocketman>: Tak tidur lagi?
Hmmm... Agak-agaknya pukul berapa sekarang di
Switzerland, eh? Dalam mengagak kitaran jam di benua lain,
jari-jemariku pantas mengetuk papan kekunci komputer
riba. Rekod kewangan aku letak ke tepi sebentar.
<ultraviolet>: No! Tak mengantuk lagi...
Tengah
periksa
rekod
monthy
financial.
<rocketman>: Dah lewat ni. Pergi la tidur.

Cinta Si Wedding Planner


Esok-esok boleh periksa, kan? Tak lari pun
rekod tu. Tidur, eh? You must take care of
yourself. I am coming back to see you
soon.
<ultraviolet>: Serious???
Aku sudah lupa dengan rekod kewangan. Perhatian
aku tertumpu pada skrin komputer riba. Berita ini benarbenar mengejutkan aku. Biar betul nak balik ni? Dah empat
tahun tak balik, tiba-tiba pula dia nak balik?
<rocketman>: Yes, my sweetheart... Izara
Batrisya. Li balik 4 Mac ni sampai la hujung
bulan April.
<ultraviolet>: Wow! Syoknya! Akhirnya,
selepas empat tahun, Li balik juga. Mesti mak
lang dengan pak lang suka sangat. Zara pun
suka sangat.
<rocketman>: Li rindu mak dan ayah. Dan Li
pun rindu banyak-banyak kat Zara.
<ultraviolet> : Buweeekkk!
<rocketman>: Kita bincang dengan mak dan
ayah pasal kita berdua, eh? Kalau boleh,
sebelum balik Swiss semula. And kalau

Dhiyana
diizinkan oleh Allah, kita bertunang dulu
sebelum Li balik penghujung bulan
April.
Aku gugup seketika dengan rancangannya.
Bertunang? Alamak! Mahu menggeletar lutut nak
berhadapan dengan mak dan ayah dia. Bukan aku tak kenal
mak dan ayah dia. Terlebih kenal ada la. Boleh ke aku nak
berhadapan dengan mak dan bapa saudara aku sendiri?
Berkasih dengan sepupu sendiri, ni la akibatnya.
<ultraviolet>: Perlu ke? Tak terasa awal lagi
ke? Dah habis studi ke nak menggatal sangat
ni?
<rocketman>: Dah habis studi tu la yang
menggatal ni. Boleh eh, sayang? Dah tak nak
tangguh lagi. Dah lama sangat berskandal ni.
Kita bertunang, eh?
<ultraviolet>: Itu pun kalau mak lang dengan
pak lang tak reject. Kalau reject, sila cari
orang lain la.
<rocketman>: No! They wont! Mak dan ayah
tak akan menghampakan kita. Nanti kita
bincang dengan mak dan ayah secara elokelok. Insya-Allah... Mak dan ayah akan
faham.

Cinta Si Wedding Planner


<ultraviolet> : Hmmm... Okey!
<rocketman>: Dan... Li ada kejutan untuk
Zara. Tapi kena tunggu lepas Li balik dulu,
okey?
<ultraviolet>: Arghhh... Baik tak payah bagi
tahu kat sini. Buat tertanya-tanya aje.
Hampeh!
<rocketman> : Hahaha...
Tidak lama aku berbual dengan gerangan si dia di
Yahoo Messenger. Hanya sekadar lima belas minit, kemudian
dia telah memaksa aku untuk pergi tidur sementelah malam
semakin larut. Arahannya aku akur apabila kelopak mataku
juga sudah berat untuk dibuka lagi.
Selesai menggosok gigi, aku mendapatkan katil
bersaiz queen yang menjadi tempat aku beradu. Comforter
aku tarik sehingga ke paras dada. Tersenyum-senyum aku
apabila membayangkan wajah si rocketman setelah empat
tahun tidak bersua muka. Hanya sekadar menatap di skrin
komputer riba apabila membuat panggilan video bersamanya.
Rocketman... Nickname di Yahoo Messenger. Nama
yang tertulis di sijil kelahiran dan juga kad pengenalan ialah
Ikmal Bazli bin Aziz. Pelajar jurusan kejuruteraan kimia di
salah sebuah universiti terkemuka di Switzerland. Dan juga
salah seorang sepupu aku di sebelah keluarga arwah ibu.
Sepupu aku yang teramat nakal pada zaman kanak-kanak.
Dia selalu mengusik aku tidak kira masa dan

Dhiyana
tempat. Ikmal Bazli juga ialah anak tunggal mak lang dan
pak lang. Hanya kepada Ikmal Bazli sahaja mak lang dan pak
lang mencurahkan kasih sayang mereka.
Dan aku... Sejak kematian abah dan ibu dalam
kemalangan tiga tahun lepas, aku hanya menumpang kasih
sayang mak lang dan pak lang. Aku juga rapat dengan mak
ngah, mak teh, mak long, tetapi tak dapat disamakan dengan
mak lang. Mak lang seperti ibuku. Susah dan senangku hanya
diketahui oleh mak lang dan pak lang.
Aku juga mempunyai seorang kakak yang kini
berada di Auckland. Irdina Hasya, kakakku. Selepas
berkahwin empat tahun yang lepas, Kak Dina dan suami,
Abang Naufal berhijrah ke Auckland kerana Abang Naufal
mendapat tawaran bekerja di kedutaan Malaysia di sana. Kini,
Kak Dina menjadi pensyarah di salah satu universiti di
Auckland.
Aku pula, selesai sahaja belajar, aku mengambil alih
perniagaan butik pengantin yang diuruskan oleh arwah ibu
dan abah sebelum meninggal dunia. Walaupun secara kecilkecilan perniagaan arwah ibu dan abah... Alhamdulillah dapat
membesarkan aku dan Kak Dina.
Kini, setelah empat tahun meninggalkan dunia
pelajar dan kampus, aku menyara diri sendiri dengan
perniagaan yang ditinggalkan oleh arwah ibu dan abah.
Alhamdulillah, dengan izin Allah aku mampu membuka
kedai bunga bersebelahan dengan butik.
Selesai sahaja bersarapan, aku mengemas meja dan
menyiapkan diri untuk ke butik dan juga kedai bunga.
Walaupun mempunyai kakitangan yang bertanggungjawab
untuk menguruskannya setiap hari, aku pasti akan datang
menjenguk mereka. Aku akan berada seharian di sana
sehinggalah tamat waktu operasi.
7

Cinta Si Wedding Planner


Aku memandu kereta Proton Satria milik aku
dengan penuh berhati-hati. Kejadian perlanggaran minggu
lepas masih terbayang lagi dalam fikiran aku. Salah pemandu
kereta itu juga kerana keluar simpang tanpa melihat
kenderaan yang datang dari arah kanannya. Akibatnya,
keretaku kemik di bahagian kiri.
Walaupun pada mulanya insiden itu malang bagi
aku, namun akhirnya ia mengundang rezeki kepada aku pula.
Pemandu kereta itu rupa-rupanya sedang mencari butik
pengantin yang diusahakan oleh aku. Pemandu itu berjanji
akan membayar ganti rugi kepada aku.
Bukan calang-calang orang juga pelangganku ini.
Memandu kereta BMW 5 Series. Mahu bertahun juga aku nak
membayar ganti rugi. Tapi, nasib baiklah pemandu itu
mengaku akan kesalahan dia sendiri. Fuh! Selamat aku!
Kalau tak, mana aku nak cekau duit nak bayar ganti rugi?
Kereta mahal tu!
Aku memberhentikan kereta di hadapan butik
pengantin. Megah berdiri tanda papan yang tertulis Dilarang
Meletakkan Kenderaan di hadapan butik. Kotak parkir itu
telah dikhaskan hanya untukku. Aku keluar dari perut kereta
untuk mengalihkan papan tanda itu. Setelah mengalihkan
papan tanda itu ke tepi, aku kembali memasuki ke dalam
perut kereta. Belum sempat aku memasukkan gear, sebuah
kereta Audi A5 berwarna putih memasuki kotak parkir milik
aku itu dengan penuh rasa megah dan selamba.
Tercengang aku dengan kelakuan tidak bermoral
pemandu kereta mewah itu. Aku memandang kereta mewah
itu, menanti akan gerangan pemandu yang bakal keluar dari
perut kereta. Selang beberapa saat kemudian, seorang lelaki
muda yang segak berkemeja warna ungu lengkap dengan
bertali leher keluar dari perut kereta.

Dhiyana
Pantas aku keluar dari perut kereta semula. Aku
menanti dengan sabar apabila pemuda itu berjalan melintasi
aku. Aku pandang riak wajah pemuda yang persis keturunan
Cina itu. Tegang riak wajahnya. Kalau silap tegur ni,
memang boleh bergaduh pula kami berdua.
Excuse me... Ini parking saya. Saya memang dah
reserved, tegurku apabila pemuda itu berjalan di hadapan
aku. Spontan pemuda itu menghentikan langkahnya dan
memandang aku.
Lidah aku kelu berpandangan dengan pemuda yang
dikategorikan sebagai golongan yang tampan dan bergaya
itu. Walaupun pemuda itu mengenakan cermin mata hitam,
aku dapat merasakan anak matanya memandang aku.
Excuse me? balasnya semula.
Ini parking saya. Saya memang dah reserved sejak
dulu lagi, ulangku sekali lagi.
Tak ada apa-apa tanda yang tunjukkan itu adalah
parking awak. So, sesiapa pun boleh parking kat situ, balas
pemuda itu semula. Berdesing telinga aku mendengar katakata sinis daripada pemuda itu.
Sorry. Saya tak ada masa nak bertekak dengan
awak pasal parking. Cari aje parking lain. Saya tak kesah kat
mana pun awak nak parking, sambung pemuda itu lagi.
Tanpa sempat aku membalasnya semula, pemuda itu terus
mengorak langkah meninggalkan aku yang masih termangumangu.
Saya tak kesah kat mana pun awak nak parking.
Terngiang-ngiang kata-kata pemuda itu di telingaku. Dengan
perasaan yang sebal, aku kembali memasuki perut kereta dan
memarkirkan kereta aku betul-betul di sebelah kereta yang
dipandu oleh pemuda itu.

Cinta Si Wedding Planner


Lantaklah! Berlagak sangat, kan? Pandai-pandai
kau la nak keluar macam mana sekejap lagi. Aku tak nak
ambil tahu. Terus sahaja aku menapak masuk ke dalam butik
seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Kak Zara.
pembantu aku.

Namaku

dipanggil

oleh

Farid,

Kenapa, Farid? sapaku kembali.


Kak Zara datang dengan Audi ke? Cayalah! Mahu
nak terburai ketawa aku dengan pertanyaan Farid.
Haah! Datang dengan Audi. Audi buruk sebelah
sana, sahut aku. Termangu-mangu Farid dengan jawapan
aku. Aku tersenyum kecil dan berlalu meninggalkan Farid.
Aku menapak masuk ke dalam bilik kecil yang
dijadikan sebagai bilik kerja aku. Pantas sahaja aku menekan
butang On di komputer. Beberapa minit kemudian, terpamer
skrin utama di komputer. Gambar arwah ibu dan abah
tersenyum kepada aku.
Aku membelek fail yang berderet di skrin. Jumpa
sahaja fail yang aku cari, terus aku klik. Tersusun deretan
gambar yang aku ambil di majlis perkahwinan pelanggan
aku. Disebabkan aku kekurangan kakitangan di bahagian
fotografi, aku menjadi bidan terjun untuk menguruskan
bahagian itu. Pada masa yang sama, aku perlu menguruskan
majlis bersejarah pelanggan aku mengikut kehendak mereka.
Ketika arwah ibu dan abah masih ada, aku juga
yang menguruskan bahagian fotografi. Jadi, tidak ada
masalah padaku untuk melakukannya. Cuma, keletihan agak
terasa kerana semuanya diuruskan olehku. Farid pula hanya
ditugaskan untuk membantu.
Aku kembali leka dengan tugas aku mengedit
gambar-gambar. Selesai sahaja tugas itu, aku akan ke kedai

10

Dhiyana
gambar rakanku untuk mencetak dan membuat photobook.
Sejam berlalu tanpa gangguan daripada staf yang turut
bekerja dengan aku.
Kak Zara... Mula kedengaran suara pekerja aku
dari muka pintu yang terbuka. Aku mengalihkan pandangan
aku dari skrin komputer.
Kenapa, Dayana? soal aku semula.
Ada lelaki ni... Marah-marah di depan butik. Dia
suruh Kak Zara alihkan kereta sebab dia nak keluar, jelas
Dayana akan kedatangannya.
Lelaki? Kemeja warna purple, black tie and...
chinese look? tekaku. Dayana menganggukkan kepalanya.
Aku mengeluh kecil lalu bangun dari kerusi dengan
kunci kereta yang digenggam kemas. Aku mengorak langkah
keluar dari butik. Kelihatan kelibat pemuda itu dari belakang
sambil bercekak pinggang.
Menyusahkan orang aje! Kedengaran bebelan
pemuda itu.
Dengan wajah yang penuh selamba, aku
menghampiri kereta aku dan terus sahaja meloloskan diri ke
dalam perut kereta. Aku mengundurkan kereta ke belakang
untuk memudahkan kereta mewah itu keluar dari kotak
parkir.
Aku dan pemuda itu berpandangan seketika.
Wajahnya kelihatan semakin tegang. Tiada langsung secarik
senyuman di wajah itu. Garangnya! Kereta mewah itu keluar
dari kotak parkir dan aku segera memarkirkan kereta aku di
situ.
Setelah mengunci pintu kereta, aku ingin
mengorak langkah memasuki ke dalam butik semula. Tetapi,

11

Cinta Si Wedding Planner


langkah aku dihalang dengan satu suara yang memanggil
aku tanpa rasa hormat. Aku menoleh ke arah suara itu.
Hei! Pergi belajar ambil lesen semula kalau tak
tahu parking, perli pemuda itu. Belum sempat aku
menjawab, kereta mewah itu telah pun meluncur laju.
Berlagak! dengus aku dengan kelakuan pemuda
itu. Macam ni agaknya perangai orang kaya. Berlagak! Di
dunia boleh la berlagak dengan kekayaan. Di akhirat kelak,
semua hamba-Nya adalah sama dari segi pangkat dan darjat.
Tidak kira miskin atau kaya.

12

Dhiyana

Bab 2
S

elesai sahaja menguruskan


pelanggan
yang
ingin
mendapatkan perkhidmatan aku
di bahagian fotografi untuk majlis pertunangan mereka, aku
kembali menyambung tugas aku yang tergendala sebentar
tadi.
Kak Zara... Saya ada cadangan untuk Kak Zara,
ujar Farid tiba-tiba. Entah bila la dia membuntuti aku masuk
ke dalam bilik kerja aku?
Cadangan apa, Farid? soal aku semula kepada
Farid.
Since tiada feedback mengenai iklan jawatan
kosong photographer tu, apa kata adik lelaki saya bantu Kak
Zara? Lagipun dia baru aje grad dalam bidang fotografi. Dan
masih mencari kerja, usul Farid kepada aku.
Jari aku yang sejak tadi menekan tetikus terhenti.
Otak aku ligat memikirkan cadangan Farid. Anak mata aku
terarah kepada Farid. Cadangan yang agak baik, sebenarnya.
Dah ada asas fotografi. Tak perlu nak ajar lebih-lebih. Hanya

13

Cinta Si Wedding Planner


perlu didedahkan dengan suasana yang sebenar.
Esok suruh dia datang interview. Dan bawa sekali
portfolio kalau dia ada buat, arah aku. Farid tersenyum
gembira.
Adik saya ada portfolio. Kak Zara jangan risau. Kak
Zara mesti suka, ujar Farid dengan gembira. Belum sempat
aku membuka mulut, Dayana pula datang memanggil aku.
Puan Marina datang nak jumpa Kak Zara, celah
Dayana.
Berkerut wajah aku memikirkan gerangan Puan
Marina yang disebut oleh Dayana. Nama macam biasa
didengar. Tapi... Puan Marina? sebut aku semula dengan
sebuah pertanyaan.
Puan Marina... Dengan anak lelaki dia yang
handsome tu. Yang langgar kereta Kak Zara minggu lepas.
Lelaki yang kita sangkakan Chinese tu, celah Farid pula
mengingatkan aku akan gerangan pemuda yang berlanggar
dengan kereta aku.
Oh... Okey! sahut aku apabila telah mengingati
semula akan gerangan wajah-wajah yang muncul di butik
aku pada minggu lepas selepas perlanggaran kereta.
Aku kembali meninggalkan kerja aku dan keluar
mendapatkan pelanggan yang sedang menunggu aku.
Kelihatan Puan Marina sedang berbual dengan seorang
wanita sambil membelek pakaian pengantin yang
bergantungan.
Ehem... Puan, ada apa-apa yang boleh saya bantu?
tegur aku apabila telah menghampiri Puan Marina dan
wanita itu. Spontan kedua-duanya menoleh dan memandang
aku.

14

Dhiyana
Zara... Kenalkan, ni anak sulung saya, Nadhrah.
Aku dan Nadhrah bersalaman sebagai tanda perkenalan.
Kemudian, tersungging senyuman di wajah Nadhrah dan
Puan Marina. Kenapa dia orang saling tersenyum pula?
Ada apa-apa yang saya boleh bantu puan dan Cik
Nadhrah? soal aku sekali lagi akan kedatangan mereka
berdua di butik.
Panggil saya Kak Nadhrah aje. Tak payah formal
sangat, tegur Nadhrah. Aku tersenyum kepada Nadhrah.
Sebenarnya, saya dan anak saya datang mengenai
cadangan saya minggu lepas. Mengenai upah jahit pakaian
kami sekeluarga di majlis nanti, terang Puan Marina. Aku
mengangguk kecil lalu menjemput mereka anak-beranak
melabuhkan punggung di atas sofa yang disediakan.
Kain untuk membuat pakaian saya dah beli. Untuk
lelaki dan perempuan, ujar Kak Nadhrah lalu menghulurkan
beg kertas yang mengandungi kain kepada aku.
Ukuran badan? soal aku semula.
Untuk perempuan hanya saya, mama dan juga this
little girl. Untuk lelaki kena tunggu suami, adik dan papa
saya datang sekejap lagi, jawab Kak Nadhrah. Spontan aku
menyorot pandangan ke arah kanak-kanak perempuan yang
duduk bersebelahan dengan Kak Nadhrah. Eh? Bila pula...
Nana... Anak perempuan saya. Kak Nadhrah
memperkenalkan kepada aku kanak-kanak perempuan itu.
Auntie Zara... Aku menghulurkan salam
perkenalan kepada Nana. Teragak-agak Nana hendak
menyambutnya.
Salam Auntie Zara, sayang, tegur Puan Marina.
Nana menyambut huluran tangan aku lalu tunduk mencium

15

Cinta Si Wedding Planner


tangan aku.
That is my girl, puji Kak Nadhrah.
Zara asal dari mana? Memang orang KL ke? soal
Puan Marina akan perihal diri aku. Aku menggeleng kecil.
Asal dari Penang. Arwah ibu dan abah berpindah
ke KL sebab arwah abah kena posting ke KL, jawab aku.
Posting? soal Kak Nadhrah semula.
Arwah abah polis. Arwah ibu pula uruskan butik ni
sambil dibantu saya dan arwah abah, terang aku.
Maaf kalau saya bertanya, parents Zara sekarang...
Kata-kata Puan Marina terhenti di situ sahaja.
Aku sudah dapat mengagak akan pertanyaannya itu.
Aku tersenyum hambar lalu mengangguk kecil. Arwah ibu
dan abah dah meninggal dalam kemalangan jalan raya tiga
tahun yang lepas. Saya hidup sendirian di KL, sambung aku.
Tiada ahli keluarga yang lain? teka Kak Nadhrah.
Ada seorang kakak di Auckland. Abang ipar saya
bekerja di pejabat kedutaan Malaysia di sana. Kakak pula
kerja sebagai pensyarah di sana. Mak saudara yang lain pula
ada di kampung, Penang dan Perlis, jawab aku.
Zara jangan sesekali kata Zara sendirian di KL.
Saya dan mama ada untuk Zara. Kami sekeluarga ada untuk
Zara. Tegas kata-kata Kak Nadhrah. Terkejut kecil aku
dengan kata-kata Kak Nadhrah. Apa hal pula ni?
Betul tu, Zara. Kami sekeluarga ada untuk Zara,
sahut Puan Marina pula mengiakan kata-kata Kak Nadhrah.
Biar betul ni? Baru dua kali berjumpa, Puan Marina
dah mula berperangai pelik. Kak Nadhrah pun sama ni. Pelik
pula aku dengan dua-dua beranak ni. Belum sempat aku
membuka mulut, kedengaran sensor pintu utama.

16

Dhiyana
Spontan, aku, Puan Marina dan Kak Nadhrah
mengalihkan pandangan ke arah pintu utama. Farid
menekan butang unlock untuk membenarkan beberapa
batang tubuh yang sedang menunggu di luar masuk ke
dalam butik.
Selamat datang, sapa Farid sambil membuka
pintu utama.
Papa! panggil Nana lalu meluru ke arah seorang
lelaki yang berusia 30-an. Mungkin ini suami Kak Nadhrah.
Selain daripada suami Kak Nadhrah, terselit juga
beberapa wajah yang lain. Seorang lelaki yang berusia
lingkungan 50-an, seorang pemuda yang telah aku kenali
kerana dia yang melanggar keretaku minggu lepas dan juga
seraut wajah wanita yang manis bertudung. Aku juga amat
mengenali wanita itu kerana dia bekerja berdekatan kawasan
ini.
Suami saya, Abang Yusri. Dan ini, papa saya. Kak
Nadhrah memperkenalkan ahli keluarganya kepada aku.
Itu bakal pasangan pengantin. Zara ingat lagi, kan?
Mikail dan Aliya, celah Puan Marina pula. Aku mengangguk
kecil. Aku membalas senyuman papa Kak Nadhrah. Raut
wajahnya iras dengan seseorang.
Angah mana? soal papa Kak Nadhrah. Masingmasing tertanya-tanya akan gerangan angah yang dipanggil
oleh mereka sekeluarga.
Nad ingatkan angah nak datang dengan papa,
jawab Kak Nadhrah.
Taklah. Awal-awal pagi lagi dah hilang dari ofis.
Papa ada tanya dekat Syiqah, Syiqah kata angah dah keluar,
balas papa Kak Nadhrah pula.

17

Cinta Si Wedding Planner


Mie call angah aje la, celah bakal pengantin lelaki
yang menggelarkan dirinya Mie.
Masing-masing saling berbual sesama mereka.
Sesekali aku memandang wajah Mikail dan Aliya. Sama-sama
padan! Seorang kacak dan seorang lagi cantik. Bagai pinang
dibelah dua jika digandingkan di atas pelamin nanti.
Angah kat mana? Kita orang semua dah ada di
butik, soal Mikail apabila talian berjaya disambungkan.
Kan alang dah SMS alamat butik kepada angah
semalam. Syiqah beritahu, angah dah keluar pagi tadi,
sambung Mikail lagi selepas mendengar butir perbualan di
hujung talian.
Yalah. Nanti alang beritahu papa dan mama, ucap
Mikail. Beberapa saat kemudian, talian dimatikan oleh Mikail.
Semua ahli keluarga termasuk aku memandang
Mikail. Eh? Kenapa pula aku juga nak ambil tahu akan
gerangan si angah yang disebut-sebut oleh dia orang
sekeluarga?
Angah kata dah datang awal pagi tadi. Tapi, tak
sempat nak singgah butik sebab angah dapat emergency call
daripada engineer. Angah kena pergi site, ada masalah, ujar
Mikail. Masing-masing melepaskan keluhan kecil.
Tak apalah. Kita ambil ukuran badan sesiapa yang
datang hari ni. Ukuran badan angah nanti mama suruh
angah datang sendiri, cadang Puan Marina, meredakan
suasana ketika itu.
Kenapa la aku rasa gerangan si angah ni seperti
tidak suka akan perjumpaan famili macam ni? Apa yang
disembunyikan oleh gerangan si angah ni? Seronok apa
dapat berkumpul seluruh famili macam ni. Suasana majlis
bersejarah yang bakal berlangsung tidak lama lagi akan

18

Dhiyana
semakin terasa. Bukan macam aku dengan Kak Dina. Dah la
duduk jauh beribu-ribu batu. Nak jumpa selalu pun susah.
Dah dua tahun aku tak berjumpa dengan Kak Dina.

19

Cinta Si Wedding Planner

Bab 3
S

udah seminggu adik Farid,


Fauzan membantu aku di
bahagian fotografi. Orangnya
cekap dan senang diajar. Hanya sekali sahaja aku memberi
tunjuk ajar, Fauzan sudah memahaminya. Cara kerjanya juga
amat aku senangi. Tak perlu aku nak berleter panjang kalau
masing-masing dah tahu tugas dan tanggungjawab.
Kini, aku mempunyai sedikit masa untuk
meluangkan masa di kedai bunga pula. Membantu pekerja
menyiapkan gubahan hantaran perkahwinan para pelanggan
yang ingin menggunakan bunga segar sebagai gubahan
hantaran mereka. Bab hantaran ini sedikit mencabar kerana
bunga perlu kelihatan segar sehingga selesai majlis. Memang
mencabar!
Kadangkala ada juga para pelanggan yang datang
memesan kalungan bunga untuk majlis pengebumian,
terutamanya pelanggan Cina. Nasib baik aku mempunyai dua
orang pekerja yang berbangsa Cina. Mereka berdua banyak
membantu aku.
Kak Zara... Kalungan bunga ni nak hantar ke

20

Dhiyana
mana? soal Fauzan yang secara tidak langsung membantu
aku dalam bab penghantaran.
Kat situ Kak Zara dah lekatkan alamat. Jan tahu
tak kat mana tempat tu? soal aku semula.
Saya tahu, Kak Zara, balas Fauzan.
Okey. Drive carefully, pesan aku sebelum Fauzan
menghilangkan diri bersama-sama kalungan bunga yang
perlu dihantarnya.
Aku kembali leka dengan gubahan bunga. Sekejap
lagi pelanggan akan datang mengambilnya. Bunga daisi.
Penerimanya juga bernama Daisy. Romantik sungguh si
teman lelaki yang beria-ia mahu menunjukkan rasa sayang
kepada cinta hatinya.
Tiba-tiba tumpuan aku diganggu dengan deringan
telefon di atas meja. Aku tercari-cari akan telefon bimbit aku
yang terlindung dengan batang-batang bunga yang dikerat.
Terlihat sahaja nama yang tertera di skrin, terus aku capai
dan menjawab panggilan itu.
Assalamualaikum, mak lang! sapa aku riang
apabila sudah mengetahui akan gerangan si pemanggil.
Waalaikumussalam. Ya Allah! Sakit telinga mak
lang dengar Zara menjerit. Nak jadi tarzan ke apa? bebel
mak lang di hujung talian.
Aku ketawa kecil. Haah, mak lang! Tarzan Malaya!
seloroh aku. Mak lang kembali dengan bebelannya. Bebelan
itulah yang amat dirindui setelah dua bulan aku tidak balik
menjenguk mak lang di kampung.
Bila Zara nak balik? Mak lang rindukan Zara.
Sibuk sangat ke dengan business tu sampai tak ingat mak
lang di kampung? Mak lang mula bertanyakan kepulangan

21

Cinta Si Wedding Planner


aku. Aku tersenyum kecil dengan pertanyaan mak lang.
Insya-Allah, minggu depan Zara balik. Minggu ni
Zara ada satu majlis nak diuruskan. Selesai sahaja semuanya,
Zara balik jenguk mak lang dengan pak lang, janji aku
kepada mak lang.
Mak lang ada Zara aje kat sini nak lepaskan rindu.
Dah la Dina pun jauh. Bazli pun jauh. Mak lang ada Zara aje
nak tumpang sayang. Zara tak sayangkan mak lang ke? Mak
lang memang pandai bermain dengan emosi aku. Aku mudah
cair apabila mak lang mula beremosi sebegini.
Zara sayangkan mak lang. Mak lang tempat Zara
tumpang kasih sayang lepas ibu dah tak ada. Zara janji,
minggu depan Zara balik jenguk mak lang. Mak lang masak
masakan kegemaran Zara, eh? Sambal petai udang! pinta
aku.
Dengan cepat mak lang bersetuju. Yalah! Mak lang
buatkan untuk Zara.
Aku tidak berbual lama dengan mak lang apabila
Dayana mula memanggil aku. Aku meninggalkan gubahan
bunga yang telah siap digubah. Aku mendapatkan Dayana
yang sudah beralih ke butik, bersebelahan dengan kedai
bunga.
Anak lelaki Puan Marina datang bagi baju contoh.
Katanya tak boleh tunggu lama untuk bagi ukuran badan.
Dia hanya pesan, ikut saiz dan ukuran baju contoh ni. Seluar
pula tak nak dijahitkan butang. Dia nak digantikan dengan
kancing seperti biasa, ujar Dayana akan pesanan anak lelaki
Puan Marina.
Aku mengambil beg kertas yang mengandungi baju
Melayu milik anak lelaki Puan Marina. Aku keluarkan
sepasang baju Melayu itu. Agaknya si angah kut datang. Aku

22

Dhiyana
belek baju Melayu itu dan mengagak saiz badannya dalam
fikiran aku.
Tinggi... Bersaiz besar, bukan gemuk. Maybe
tough... Besar sedikit daripada Mikail. Tinggi lebih kurang
sama. Hati aku meneka akan gerangan si anak lelaki Puan
Marina yang seorang lagi. Misteri sungguh anak kedua Puan
Marina ni.
Fashion designer kita tak balik dari lunch lagi?
soal aku kepada Dayana akan gerangan pereka pakaian yang
bekerja dengan aku. Tidak lain tidak bukan, Si Farid. Dialah
yang banyak membantu aku dalam hal rekaan terkini pakaian
pengantin.
Belum. Dia keluar dengan Shikin, balas Dayana.
Terjongket kening aku dengan jawapan Dayana.
Menarik ni! Sejak bila Farid berskandal dengan pembantu
sendiri? Hmmm... Mesti siasat ni.
Anak lelaki Puan Marina yang seorang ni lagi
handsome daripada bakal pengantin. Cair hati saya bila
berpandangan dengan dia. Subhanallah! Indahnya ciptaan
Allah. Tapi... Dia macam sombong. Susah sangat nak
senyum. Dayana pula mula membebel akan gerangan anak
kedua Puan Marina.
Yana... Handsome kadang-kadang tak menjamin
kebahagiaan. Biar buruk di luar tetapi handsome di dalam.
Itu yang penting. Handsome di dalam yang akan
memberikan kebahagiaan kepada kita. Handsome di luar
kadang-kadang akan membuatkan kita makan hati aje. Kalau
kedua-duanya handsome, anggap aje satu pakej lengkap. Kita
kena bersyukur kepada Allah sebab memberikan kita satu
anugerah yang lengkap pakejnya, ujar aku apabila Dayana
asyik memuji kekacakan anak kedua Puan Marina.

23

Cinta Si Wedding Planner


Tiba-tiba terdetik sesuatu dalam hati. Handsome
sangat ke? Teringin juga aku nak tengok. Boleh lawan
dengan ketampanan Ikmal Bazli, buah hati pengarang
jantung aku? Cakap tentang Ikmal Bazli, mak lang tak tahu
ke anak kesayangan mak lang nak balik bulan depan?

Malam-malam aku ditemani dengan aktiviti membaca


novel. Aku meniarap di atas katil sambil membaca novel karya
Zura Asyfar. Sebenarnya Saya Isteri Dia. Memang melekakan
aku dengan jalan ceritanya yang amat menarik.
Tumpuan aku diganggu dengan deringan. Tapi,
bukan dari telefon bimbit, dari komputer riba sebenarnya.
Aku hanya biarkan sahaja komputer riba aku dibuka. Dan
Yahoo Messenger dibiar log in. Aku mendapatkan komputer
riba. Terpamer nama rocketman di skrin. Buah hati
pengarang jantung aku!
Pantas sahaja aku mencapai kardigan lalu
disarungkan ke badan untuk melindungi tubuh aku yang
dilapisi pijama nipis. Tuala sekadar aku letakkan ke atas
kepala dan diselempangkan untuk melindungi batang leher
aku. Selesai sahaja aku menutup aurat yang terdedah, aku
lantas menekan butang Accept. Terpamer wajah Ikmal Bazli
di skrin.
Lambatnya... Itu perkataan pertama
disebutnya apabila kami saling berpandangan di skrin.

yang

Dah buat VC tanpa beritahu dulu. Take time la nak


capai kardigan dan segalanya. Lain kali beritahu dahulu kalau
nak VC, bebel aku semula kepadanya. Terukir senyuman di
wajah Bazli.

24

Dhiyana
Miss you, ucapnya berterus terang.
Me too, akui aku akan perasaan aku kepadanya.
Zara buat apa tadi? soalnya lagi.
Aku capai novel dan tunjukkan muka depan novel
kepadanya. Aktiviti berfaedah. Baca novel, balas aku.
Sebenarnya Saya Isteri Dia... Bazli membaca tajuk
novel yang aku pegang. Aku mengangguk.
Hmmm...
sambung Bazli lagi.

Sebenarnya,

Saya

Skandal

Dia,

Siapa? Jangan cari pasal dengan Zara, eh? gertak


aku apabila Bazli mula dengan perangainya yang suka
mengusik.
Kita kan berskandal, sayang. Selagi tak ikat apaapa, kira berskandal la tu. Itu yang Li nak ikat dengan Zara.
Dah tak nak skandal lagi, jelas Bazli.
Zara dapat tahu Li ada skandal lain selain Zara,
siap Li! Zara cari Li sampai dapat! gertak aku lagi.
Kedengaran tawa Bazli.
Tak la, sayang. Hanya ada Izara Batrisya dalam hati
Ikmal Bazli. Tiada yang lain. Melainkan... Kata-kata Bazli
terhenti di situ sahaja. Aku mula merenung wajah Bazli di
skrin komputer riba.
Melainkan apa?
Melainkan... Lahirnya Izara Batrisya junior nanti.
Tanda cinta kita, sayang. Our daughter, jawab lelaki yang
kelihatan tampan dengan penampilan wajahnya yang baru.
Kumis yang tumbuh di wajahnya itu dijaga rapi. Itu yang
membuatkan wajahnya kelihatan tampan.
Ikmal Bazli! Terkejut aku dengan jawapan Bazli.
Apa lagi, bulat la mata aku memandang wajah Bazli yang

25

Cinta Si Wedding Planner


sudah ketawa terbahak-bahak di skrin.
Angan-angan mat jenin! tempelak aku.
Tak salah, kan? Li akan jadikan ia kenyataan
selepas tiga bulan kita bernikah. Janji! sahut Bazli yang
seronok menyakat aku.
Tak senonoh! tempelak aku lagi dengan lawak
Bazli yang sememangnya membuatkan aku malu sendiri.
Bukan tak senonoh. Tapi, perancangan. Kita kena
ada perancangan, sayang. After all, anak kan anugerah
daripada Allah. Pengikat kasih sayang kita berdua. Dan
kehadiran tanda cinta dalam hidup kita akan mengukuhkan
lagi kasih sayang. Betul tak, sayang? jelas Bazli. Aku
tersenyum dengan penjelasannya itu.
That is my girl. Li rindukan senyuman tu. Dan
rindukan pemilik senyuman itu sangat-sangat. Tak sabarnya
nak balik bulan depan, luah Bazli lagi.
Speaking about that... Mak lang tak tahu lagi eh Li
nak balik bulan depan? soal aku apabila teringat semula
akan perbualan aku dengan mak lang siang tadi.
Bazli hanya tersengih-sengih dengan pertanyaan
aku. Daripada caranya itu, sudah aku faham akan jawapan
daripada Bazli.
Mak dan ayah tak tahu lagi. Hanya Zara yang tahu
tentang kepulangan Li. Lagipun, Li akan turun di KL dulu.
Jumpa Zara dan kita sama-sama balik kampung, ujarnya.
Semakin membulat mata aku dengan perancangan yang
sudah dibuatnya.
Bestnya dia buat perancangan tanpa beritahu kita
dulu. Rasa macam nak piat-piat aje telinga dia. Aku mula
geram dengan rancangannya. Sengaja aku menunjukkan
gaya seperti mahu menarik telinganya.

26

Dhiyana
Ala... Jangan la. Dah la mak dan ayah selalu tarik
telinga Li. Kalau Zara tarik telinga Li juga, bertambah capang
la telinga Li. Jatuh la saham Li. Hantaran daripada sepuluh
ribu dah tinggal lima ribu, gara-gara telinga lebar macam
telinga gajah. Bazli mula dengan melodramanya seperti mak
lang. Anak dan mak memang pandai main emosi aku.
Aihhh... Sabar ajelah.
Mana belajar perempuan kena hantar hantaran
kepada lelaki? Ikut adat orang India, eh? soal aku kepadanya
semula.
Bazli tersengih-sengih dengan pertanyaan aku.
Sekali-sekala ubah adat, balasnya lagi. Lantas aku
menunjukkan buku lima kepadanya. Segera Bazli
menggelengkan kepala. Kami berdua sama-sama tertawa
dengan gelagat masing-masing.
Hows your business?
menanyakan tentang perniagaan aku.

soal

Bazli,

mula

Alhamdulillah. Kedai bunga mula mendapat


sambutan. Terutamanya bakal pengantin. Dia orang banyak
nak gubahan hantaran fresh flower. Dan ada juga yang nak
gunakan fresh flower dalam wedding dia orang. Actually, ia
memang idea yang bagus. Perniagaan butik pengantin
digabungkan dengan perniagaan bunga. What a good
combination!
Ehem... Ehem... Siapa la yang bagi idea tu, kan?
Share daripada idea tu pun tak merasa lagi. Agak-agaknya
bila la dapat merasa, kan? Aku amat memahami katakatanya itu. Ingat aku lupa la tu yang dia tu si penyumbang
idea.
Yalah... Yalah! Zara ingat! Li penyumbang idea.
Balik nanti Zara bagi la share Li.

27

Cinta Si Wedding Planner


Bazli kembali ketawa apabila aku mengingati
semula penyumbang idea dalam perniagaan baru itu. Mahu
saja aku menarik telinga sepupu merangkap buah hati
pengarang jantung aku itu kerana seronok sangat mengusik
aku. Nasib baik tak ada depan mata. Kalau tak, bertambah
lebar la telinga tu.
Li dah ada plan bila dah tamat belajar ni? Nak
kerja di KL? soal aku apabila teringat semula akan soalan
yang ingin aku tanyakan kepadanya sejak beberapa hari lepas.
Tak sure lagi. Tapi Li ada kejutan untuk semua,
jawab Bazli dengan teragak-agak. Aku dapat kesan ada
sesuatu yang disembunyikan oleh Bazli.
Li... Li ada sesuatu yang Li sorokkan daripada
Zara, kan? Zara dapat rasakan, ada sesuatu yang penting Li
sorokkan daripada Zara.
Pertanyaan aku dijawab dengan senyuman oleh
Bazli. Yeah! Sesuatu yang agak penting. Mesti Zara terkejut
punya. Nanti bila Li balik, Li bagi tahu. Tunggu, ya?
Aku mula berasa seram sejuk dengan jawapan
Bazli. Apa yang disembunyikan oleh Bazli daripada
pengetahuan aku sebenarnya?

28

Dhiyana

Bab 4
M

ajlis perkahwinan yang


menggunakan perkhidmatan
daripada butik aku berlangsung
dengan meriah, tanpa ada rungutan daripada pasangan
pengantin, mahupun daripada keluarga pasangan pengantin.
Kedua-dua pasangan itu hanya tersenyum dengan hasil
bayaran yang dibayar oleh mereka. Aku menarik nafas lega
apabila melihat senyuman itu.
Fauzan membantu aku dalam hal fotografi. Dari
majlis akad nikah sehinggalah ke majlis bersanding. Fauzan
cepat belajar akan sesuatu. Kami berdua sama-sama
menumpukan perhatian kepada tugas di dalam majlis.
Family photo! ujar pengantin lelaki kepada ahli
keluarga. Ahli keluarga mula berkumpul untuk mengambil
gambar bersama-sama dengan pasangan pengantin. Aku yang
bertugas sebagai jurukamera utama sudah bersiap sedia
dengan kamera kesayangan aku.
Aku menghalakan lensa kamera ke arah pasangan
pengantin yang sudah dihimpit oleh ahli keluarga untuk
mengabadikan kenangan dalam majlis penuh gemilang ini.

29

Cinta Si Wedding Planner


Senyum semua... Satu... Dua... Tiga... Jari aku
menekan butang kamera. Terpahat satu potret famili di
dalam kamera aku.
Free style! arah aku kepada ahli keluarga
tersebut. Dengan penuh selamba mereka semua berlagak aksi
selamba. Dengan kiraan tiga, sekali lagi aku
mengabadikannya sebagai satu kenangan.
Friends photo! ujar pengantin lelaki kepada
rakan-rakannya pula.
Ahli keluarga mula bersurai dan digantikan pula
dengan rakan-rakan pasangan pengantin. Masing-masing
mula mengambil tempat untuk mengambil gambar bersamasama dengan pasangan pengantin yang kelihatan bergaya di
dalam sut dan juga gaun.
Riz! Kau jangan malu alah nak ambil gambar. This
is my wedding, okay? tegur pengantin lelaki kepada
rakannya yang tidak turut menyertai mereka.
Spontan aku memandang ke arah lelaki yang
dipanggil Riz oleh pengantin lelaki. Tergamam aku seketika.
Dia? Bukan ke dia... Chinese guy yang drive Audi beberapa
minggu lepas? Yang selamba parking kat tempat parking
aku? Bukan dia ke?
Fariz Adryan... Come join us! Salah seorang rakan
pengantin mula memanggilnya. Seorang demi seorang mula
memaksa gerangan yang dipanggil Fariz Adryan bergambar
bersama. Pemuda yang berwajah seperti bangsa Cina
mengalah dan menyertai rakan-rakannya.
Dia Melayu? Biar betul? Mati-mati aku ingatkan dia
Chinese. Fariz Adryan... Boleh tahan nama tu, sesuai dengan
orangnya. Ya Allah! Apa aku merepek ni? Ingat rocketman,
Zara. Dia buah hati pengarang jantung kau.

30

Dhiyana
Ready semua... On my count! One... Two... Three!
Snap!
Ermmm... Zara, boleh ambil gambar saya dengan
Fariz? pinta pengantin lelaki kepada aku. Aku mengangguk
setuju.
Pengantin lelaki yang segak bersut kembali
mendapatkan gerangan Fariz Adryan. Tidak lama kemudian,
kedua-duanya mendapatkan aku semula. Aku dan Fariz
berpandangan seketika. Bibir Fariz seperti mahu
menuturkan sesuatu kepada aku. Tetapi aku tidak
mengendahkannya.
Okay... Ready! Dalam kiraan tiga, sekeping
gambar diambil oleh aku. Kemudian, kepingan kedua diambil
dengan aksi yang berbeza pula.
Pengantin lelaki mendapatkan ahli keluarganya
apabila dipanggil. Hanya Fariz masih terpacak berdiri di
hadapan aku. Aku abaikan sahaja susuk tubuh itu sambil
meneruskan kerja aku semula, mengambil gambar setiap
aksi para tetamu yang hadir.
Mana kau park kereta buruk kau? soalnya tibatiba dengan bahasa yang aku rasakan amat sopan sekali.
Di tempat yang sememangnya khas untuk saya,
balas aku semula.
Masih block kereta orang? soalnya menyindir aku
akan kejadian lepas.
Tempat khas untuk saya. Tak perlu nak block
kereta orang lain pun, jawab aku tidak mahu kalah dengan
perang sindiran kami berdua.
Berlagak! tempelak Fariz dengan dengusan kecil
lalu mengorak langkah meninggalkan aku.

31

Cinta Si Wedding Planner


Eh? Siapa yang berlagak sebenarnya? Dia ke aku?
Jawapan aku dikira berlagak juga ke? Dah memang betul apa
yang aku jawab. Takkan van aku yang nak mengangkut
barang-barang diletakkan di luar kawasan dewan?
Semestinya aku parkir berdekatan dengan dewan, dikhaskan
hanya untuk untuk perancang perkahwinan seperti aku. Ini
memudahkan kerja-kerja aku untuk mengangkat barang
masuk ke dalam van apabila selesai majlis nanti.
Apalah nasib aku bertemu dengan orang yang
berlagak sombong macam ni? Dah la muka dikategorikan
boleh tahan kacak, tapi perangai... Hampeh! Berlagak!
Malang la sesiapa yang jadi isteri dia. Cemberut aje wajah
kacak tu. Nak cepat tua agaknya kut.

Seperti yang dijanjikan dengan mak lang minggu lepas,


selesai sahaja majlis yang aku uruskan, aku akan pulang
ke kampung menjenguk mak lang dan pak lang. Setelah
memberi pesanan kepada pekerja-pekerja, aku meninggalkan
Kuala Lumpur. Butik dan kedai bunga aku tinggalkan di
bawah pengawasan Kak Lina, pekerja lama sejak arwah ibu
ada lagi.
Aku memandu kereta buruk yang dipanggil oleh
gerangan Fariz Adryan. Buruk ke? Proton Satria... Memang la
oldies. Tapi, tetap bertahan sehingga sekarang. Banyak
berjasa kepada aku sejak aku belajar sehinggalah sekarang.
Aku berhenti sekejap di Hentian Sungai Perak
untuk mengisi perut aku yang kosong sejak pagi tadi. Sempat
lagi aku membeli sedikit buah-buahan untuk mak lang.
Selesai mengisi perut, aku kembali ke kawasan parkir.

32

Dhiyana
Langkah kaki aku terhenti tidak jauh dari tempat
kereta aku diparkir. Kelihatan sebuah kereta mewah yang
berwarna putih terparkir di sebelah kereta aku. Bukan kerana
kereta itu yang membuat aku bereaksi seperti begitu. Tetapi
gerangan kelibat yang sedang bersandar di kereta mewah itu.
Pandangan aku tidak salah lagi melihat gerangan
itu walaupun hanya dari sisi. Dia kelihatan santai dengan
kemeja T berkolar dan juga seluar jean berwarna hitam
tersarung ke tubuhnya. Cermin mata hitam tidak lekang dari
wajahnya yang persis keturunan Cina. Dia kelihatan leka
mengunyah buah yang dibelinya.
Nak berjemur di tengah panas ke? Tak takut kulit
gelap? tegurnya tanpa memandang aku. Aku tersedar
daripada lamunan.
Patut la macam kenal kereta buruk ni. Ingatkan
tadi nak block aje di bahagian belakang kereta kalau tak ada
parking kosong. Nasib baik ada parking kosong kat sebelah
kereta buruk ni, sindir Fariz yang masih leka mengunyah
buah.
Buruk perangai bercakap sambil mengunyah,
sindir aku kembali yang sudah menghampiri kereta.
Fariz terdiam. Wajahnya masih mempamerkan riak
wajah sombong. Aku tidak mempedulikan pandangannya
yang memandang aku.
Boleh pula kereta buruk ni bertahan sampai ke
sini. Takut juga kalau tinggal tayar aje. Fariz Adryan masih
tidak mahu mengaku kalah. Aku hanya mengabaikan
sindiran itu. Sabar, Zara. Buang masa aje nak bertekak
dengan dia.
Opocot! Tidak semena-mena, si sombong boleh
pula melatah. Hilang kekacakannya! Hilang lagak sombong

33

Cinta Si Wedding Planner


Si Fariz Adryan. Terasa mahu meletus ketawa aku di situ juga
dengan latahnya dek terkejut dengan deringan telefon
bimbit.
Waalaikumussalam. Ya, ma, sapa Fariz cuba
mengawal perasaan malunya di depan aku.
Angah ada di Sungai Perak. Singgah makan
sekejap. Mungkin lagi dua jam sampai la kat sana. Ya, mama.
Nanti angah call bila dah sampai kat hotel. Dont worry, ma.
Angah bukan budak lagi. Tahulah angah jaga diri, bual Fariz.
Aku seperti tertarik ingin mendengar perbualan
Fariz. Tetapi apabila difikirkan semula, tidak sopan aku
memasang telinga. Dia siapa, dan aku pula siapa? Kenal pun
tidak. Hanya tahu nama dia, Fariz Adryan. Titik!
Angah datang dua hari aje, ma. Tak lama pun.
Angah minta maaf sebab tak beritahu mama. Nanti angah
dah balik KL, angah balik rumah papa. Pesan kepada alang
tolong tengokkan Captain dengan Nemo di rumah angah.
Karang mati kebulur pula, pesan Fariz lagi.
Sembang dengan mama rupa-rupanya. Anak manja
mama la ni. Hmmm... Tak padan dengan muka handsome,
tapi anak manja mama. Aku malas mahu memasang telinga
lagi. Lantas aku loloskan tubuh ke dalam perut kereta.
Aku mengundur kereta dari kotak parkir. Aku
memberhentikan kereta sebelum melewati Fariz yang sudah
tidak berbual lagi di telefon. Mulutnya kembali mengunyah
buah. Aku menurunkan cermin tingkap kereta dan
menjengulkan kepala aku ke luar.
Orang-orang tua selalu pesan, buruk perangai
kalau makan sambil berdiri. Opocot! sindir aku kembali
dengan senyuman kemenangan apabila Fariz mengetap gigi
dengan sindiran aku. Nak lawan dengan Zara, kan? Ni, Izara

34

Dhiyana
Batrisya la! Juara debat sekolah!
Aku ketawa kecil sendirian di dalam kereta apabila
mengenang kembali wajah terkejut Fariz dengan deringan
telefon bimbitnya. Boleh pula dia melatah. Aihhh... Hilang
handsome. Kalau melatah depan awek, mesti kena gelak
sakan.
Sedang aku ketawa sendirian, aku dikejutkan
dengan bunyi hon dari belakang kereta. Pantas aku
memandang cermin pandang belakang. Terkejut aku dengan
gerangan kereta mewah yang berwarna putih itu. Sekejap
sahaja dia sudah berada di belakang aku.
Tersungging senyuman nakal di bibir aku. Nak
main-main, eh? Perlahan-lahan kaki aku yang menekan pedal
minyak diangkat sedikit demi sedikit dari pedal. Kelajuan
kereta mula berkurangan dan beransur-ansur menjadi
perlahan. Semakin bingit telinga aku dengan bunyi hon dari
kereta mewah yang membuntuti dari belakang. Aku tidak
mengendahkan bunyi yang membingitkan itu.
Tidak sampai seminit, kereta mewah itu memberi
isyarat ke kanan dan segera memotong kereta aku. Dan
pantas sahaja kereta itu menukar laluan dan berada di
hadapan aku pula. Kelajuannya sengaja dikurangkan. Apabila
aku mula menekan pedal minyak, dia juga seperti mahu
menambah kelajuan keretanya pula.
Arghhh! Fariz Adryan! Apa kena dengan dia ni?
Gengster lebuh raya! Aku tahu la kereta kau mewah, tak
perlu nak berlagak dengan aku. Aku cuba mencari peluang
untuk memotong kereta milik Fariz. Ada sahaja peluang,
terus aku memotong kereta yang dipandu oleh Fariz. Aku
menyelit-nyelit di celahan kenderaan yang bergerak laju di
lebuh raya.

35

Cinta Si Wedding Planner


Alhamdulillah... Akhirnya, tiada lagi kelihatan
kereta mewah milik pemandu berlagak sombong, Si Fariz
Adryan. Perjalanan aku kembali tenang dan aman.
Sehinggalah sekali lagi aku terlihat akan kelibat kereta milik
Fariz di atas jambatan Pulau Pinang.
Kereta itu hanya melewati aku tanpa mengganggu
perjalanan aku lagi. Aku melihat sekilas ke arah Fariz yang
sedang memandu kereta. Kelihatan bibir Fariz terkumatkamit bergerak. Lagak gayanya seperti berbual dengan
seseorang. Guna handsfree kut.

36

Dhiyana

Bab 5
A

ku menyusuri jalan kecil


yang bertar. Kiri dan kanan
aku menyajikan pemandangan
sawah yang menghijau. Aku membuka tingkap kereta untuk
mengambil udara dan angin petang. Nyamannya.
Senyuman aku mati serta-merta dek sengihan Alif,
rakan sepermainan aku. Alif yang sedang menunggang
motosikal lantas memberhentikan motosikalnya dan
memberi laluan kepada aku. Aku melewati Alif lalu
memberhentikan kereta di sebelah motosikal Alif.
Terima kasih, Alif, ucap aku. Alif tersengih-sengih
mempamerkan barisan giginya yang kelihatan kekuningan.
Kuat merokok!
Lama cuti, Zara? soal Alif. Aku terdiam seketika.
Otak aku ligat memikirkan tempoh aku akan berada di
kampung.
Tak lama kut. Tiga hari aje. Tak boleh tinggal
lama-lama cik abang kat KL. Nanti meroyan satu KL cari
aku, seloroh aku dengan perkataan cik abang. Alif ni

37

Cinta Si Wedding Planner


sebenarnya menaruh hati kepada aku. Tetapi, awal-awal lagi
aku dah tolak! Bukan kerana memilih, tetapi disebabkan Alif
ni dah berkahwin.
Cik abang? soal Alif semula. Aku mengangguk
laju.
Anak sihat? Sepantas mungkin
mengalih topik perbualan kami berdua.

aku

cuba

Anak-anak sihat. Alhamdulillah, balas


Terlopong aku mendengar jawapan Alif. Anak-anak?

Alif.

Dah bertambah seorang lagi ke? teka aku. Alif


mengangguk kecil dengan senyuman malu. Malu la sangat.
Dalam hati bangga gila!
Wah! Semakin bertambah anak kau, Alif. Rezeki
Allah nak bagi! sambung aku lagi.
Alhamdulillah. Terfikir juga nak tambah
cawangan baru. Itu pun kalau kau bagi lampu hijau la.
Malam ni juga kita bernikah. Tak payah nak membazir masa,
seloroh Alif tanpa rasa malu. Buntang mata aku dengan
lawak selamba Alif.
Kau sanggup nak bertumbuk dengan cik abang
aku? Cik abang aku bukan calang-calang orang. Sekali dia
debik kau, tersungkur pengsan dua hari. Kalau lawak
selamba ni didengar dek Bazli mahu dikejarnya Alif di
tengah-tengah petak sawah dengan pelepah kelapa. Nak cari
nahas! Barannya jangan diusik.
Eleh... Aku tak takut la. Ni Alif! Sekali aku buka
kekuda, dia yang tersungkur atas tanah, jawab Alif dengan
penuh rasa riak.
Weh! Aku blah dulu. Perut aku memulas la. Dah
tak sabar nak termenung dalam jamban rumah mak lang

38

Dhiyana
aku. Aku memintas sebelum Alif meneruskan niatnya untuk
mengayat aku lagi.
Tanpa menunggu jawapan daripada Alif, segera aku
memasukkan gear dan menekan pedal minyak. Kereta mula
bergerak meninggalkan Alif yang terkulat-kulat ditinggalkan
aku. Tak padan anak dah dua, ada hati nak tambah
cawangan lagi. Memang nak kena bedal dengan pelepah
kelapa dek Bazli la tu.
Aku memasuki simpang kecil ke rumah mak lang
yang terletak di tengah-tengah sawah. Island house! Itu yang
aku dan Kak Dina gelarkan. Rumah mak lang terletak di
tengah-tengah sawah, tak ubah seperti pulau yang berada di
tengah laut.
Bunyi deruman enjin kereta yang memasuki
halaman rumah kelihatan seperti mengejutkan mak lang dan
pak lang. Kedua-duanya menjenguk melihat aku dari tingkap
yang terbuka luas. Melebar senyuman di kedua-dua wajah
yang sudah aku anggap seperti ibu bapa aku sendiri setelah
kehilangan ibu dan abah.
Aku mematikan enjin kereta lalu melolos keluar
dari perut kereta. Mak lang menapak laju menuruni tangga
apabila terlihat kelibat aku. Dia menerpa ke arah aku lalu
memeluk tubuh aku. Aku membalas pelukan mak lang.
Ya Allah! Rindunya mak lang kepada Zara. Rindu
sangat! luah mak lang, masih tidak melepaskan pelukan.
Zara pun rindukan mak lang, sahut aku. Terasa
pelukan sedikit regang. Wajah aku dipegang oleh mak lang.
Bertalu-talu ciuman sayang mak lang mendarat di wajah aku.
Mak lang rindu sangat kepada aku nampaknya.
Ya Allah! Bibah! Kut ya pun, kesian Si Zara tu
sama. Penat tak hilang lagi, Bibah dah tambahkan penat Zara

39

Cinta Si Wedding Planner


lagi. Dah naik lemas Zara tu Bibah peluk, tegur pak lang
dengan reaksi mak lang yang tanpa dijangka itu.
Abang mana tahu macam mana Bibah rindukan
Zara. Zara aja yang kita ada nak tumpang rindu. Dina dengan
Li jauh kat tempat omputih, bebel mak lang dengan sendu
kecil. Hujung lengan baju Kedah dijadikan kain pengesat air
mata. Mak lang dah mula melodrama. Telenovela Melayu!
Tak apa, pak lang. Zara, okey. Mak lang kan buah
hati Zara. Hilang penat Zara bila mak lang peluk Zara tadi.
Sayang mak lang ketat-ketat! Aku kembali memeluk tubuh
mak lang. Mak lang mencebik bibir kepada pak lang. Boleh
pula mak lang melawak macam tu dengan pak lang.
Dah! Jom naik. Mak lang dah masak sambal petai
udang. Abang, bawakan beg Zara ke atas, ajak mak lang
sambil memberi arahan kepada pak lang. Sempat lagi bagi
arahan mak lang ni.
Abang juga yang kena buat semuanya, bebel pak
lang dengan arahan mak lang. Ketika aku melintasi pak lang,
aku tunduk menyalami tangannya.
Tak apa, pak lang. Nanti Zara bawa naik sendiri,
ujar aku kepada pak lang ketika pak lang bertanyakan kunci
kereta kepada aku.
Selepas bersolat maghrib berjemaah, kami bertiga
makan malam bersama-sama. Riuh suasana di meja makan
apabila mak lang dan pak lang saling berlumba-lumba mahu
melayani aku. Penuh pinggan dengan lauk-pauk yang
dicedok oleh mak lang dan pak lang.
Masjid kampung nak dipindahkan ke pak lang?
soal aku mengenai masjid kampung yang seperti mahu
dirobohkan ketika aku melewati kawasan masjid petang tadi.
Taklah. Diubah suai jadi lebih besar. Ada orang

40

Dhiyana
derma ke masjid dan usulkan mahu besarkan masjid. Pak
lang dengar kontraktor juga, jelas pak lang. Aku
mengangguk kecil lalu meneruskan suapan ke mulut.
Kat KL Zara tak berkawan dengan siapa-siapa ka?
celah mak lang pula.
Bibah. Mendatar sahaja suara pak lang menegur
mak lang. Eh, kenapa pula ni?
Berkawan la, mak lang. Kan kawan-kawan U Zara
ada di KL. Kadang-kadang kita orang jumpa, lepak, makan
sama-sama, jawab aku. Kelihatan mak lang seperti teragakagak mahu bertanya dengan lebih lanjut.
Kenapa, mak lang? soal aku pula.
Kawan laki ka perempuan? soal mak lang semula.
Aku tersenyum dengan pertanyaan mak lang. Duadua, mak lang.
Sekali lagi mak lang kelihatan teragak-agak mahu
bertanya kepada aku. Aku terkesan sesuatu dari lirikan mata
mak lang kepada pak lang. Aku abaikan sahaja lirikan mata
suami isteri di hadapan aku ini. Suapan diteruskan lagi ke
mulut.
Mak lang hang ni ha, Zara. Nak tanya hang ada
boyfriend ka belum? Susah sangat nak bertanya. Asyik kona
kanan, kona kiri aja. Pak lang berterus terang tanpa
selindung.
Tersedak aku dengan pertanyaan pak lang yang
straight to the point. Serta-merta sambal petai terasa amat
pedas di dalam mulut. Segera aku capai gelas dan meneguk
air masak kosong sehingga habis segelas. Masih terasa pedas
namun sedikit reda berbanding tadi.
Apa dia, pak lang? Boyfriend? soal aku semula.

41

Cinta Si Wedding Planner


Pak lang diam tanpa reaksi. Mak lang pula yang mengangguk
laju.
Dah ada ka? soal mak lang pula. Aku hanya
tersenyum penuh makna kepada mak lang dan pak lang. Biar
Bazli sendiri yang ceritakan semuanya.
Zara? Mak lang masih ternanti-nanti akan
jawapan aku. Aku pula hanya mendiamkan diri dan
tersenyum penuh makna. Malu alah dengan pertanyaan mak
lang.
Kalau senyum tu ada la. Tak payah la duk risau
sangat. Nanti dia dah bersedia, dia bawalah jumpa kita.
Pandai la Zara nak jaga diri dia. Tak payah nak kalut sangat,
tegur pak lang apabila mak lang asyik nak mengorek rahsia
aku.
Mana tak risaunya, bang. Zara tu dah la duk
sorang-sorang. Tak dak sapa-sapa nak jaga dia kat sana. Lain
la dengan Bazli tu. Katanya dah ada, nanti nak bawa mai
jumpa kita, sahut mak lang.
Aik? Lagi cepat si rocketman ni beritahu mak lang
kata yang dia dah ada. Tak payah nak bawa mai jumpa, mak
lang. Dah ada depan mata mak lang pun. Cuma belum
diperkenalkan sebagai buah hati pengarang jantung anak
kesayangan mak lang aje.
Entah-entah, omputih mana la dia nak bawa balik
nanti. Mintak simpang la Bibah, oit... bebel pak lang.
Sekali lagi aku tersedak dengan kata-kata pak lang.
Bazli nak bawa omputih? Langkah mayat aku dulu! Memang
cari nahas la kalau macam tu!
Ya Allah! Cuba makan tu perlahan-lahan. Bakal
mak mentua datang nak meminang terus tak jadi. Tak lari ke
mana pun sambal petai tu, tegur mak lang sambil menuang

42

Dhiyana
air ke dalam gelas aku yang sudah kosong.
Dah ada depan bakal mak mentua pun, mak lang.
Confirm mak lang takkan reject Zara! Mak lang kan sayang
Zara.

Leher aku terasa lenguh kerana asyik menundukkan kepala


sambil mengedit gambar majlis perkahwinan semalam. Kerja
aku dibawa sekali pulang ke kampung. Biarlah... Dapat juga
aku mengisi masa lapang.
Sekeping demi sekeping gambar aku edit
sehinggalah jari-jemari aku terhenti apabila tiba di sekeping
gambar. Kelihatan pemuda yang berwajah seperti keturunan
Cina sedang berdiri megah di sebelah pengantin lelaki.
Wajahnya mengukir senyuman. Tetapi senyuman itu aku
rasakan seperti dipaksa, dan bukan dari kerelaan hati. Tak
ikhlas!
Aku amati wajah itu. Matanya yang sepet, hidung
sedikit mancung, bibirnya kelihatan kemerahan, alis kening
yang tebal dan... Kalaulah dia senyum seikhlas hati, pasti
wajah itu akan kelihatan sangat kacak. Silap-silap boleh cair
hati mana-mana wanita yang tengok senyuman dia.
Aku? Cair dengan dia? Please la... Nak cari nahas
dengan Ikmal Bazli? Bukan bergegar satu KL, tetapi bergegar
satu Malaysia dengan amukan dia. Baran dia jangan diusik.
Karang meletup gunung berapi yang dah lama tak meletus.
Ooo... Ni la bakal menantu untuk mak lang, eh?
sergah mak lang tiba-tiba. Terkejut aku dengan sergahan
mak lang. Terkebil-kebil aku memandang mak lang.

43

Cinta Si Wedding Planner


Apa dia, mak lang? soal aku semula.
Abang! Mai lekas! Ni ha, bakal menantu kita!
Segaknya! Cina ka? Alamak! Mak lang mula menyebar
khabar angin. Pak lang pun dah mula ambil tempat kat
sebelah mak lang. Kedua-duanya memandang pemuda iras
Cina yang segak bergaya di skrin komputer riba aku itu.
Mak lang... Pak lang... Dia bukan boyfriend Zara.
Dia kawan pengantin lelaki. Kami terserempak kat majlis
aje, terang aku sebelum mak lang dan pak lang mula
berangan akan menantu yang kacak ini.
Cina ka, Zara? soal pak lang pula.
Melayu. Fariz Adryan, jawab aku.
Hah! Dah tau nama tu. Ni mesti dah lama kenal.
Zara pun nak jadi macam Bazli juga ka? Nanti nak bawa mai
jumpa mak lang dengan pak lang ka? sergah mak lang lagi.
Pantas aku menggelengkan kepala dengan laju.
Bukan macam tu, mak lang. Kebetulan aje semua
ni. Zara bukannya kenal dia pun, tekan aku sebelum mak
lang dan pak lang salah anggap akan gerangan Fariz Adryan
lagi. Apa punya malang la nasib aku hari ni? Boleh pula aku
leka tengok gambar si mamat berlagak ni. Hesy... Bala ni!
Bala!
Belum sempat pak lang membuka mulut
bertanyakan gerangan Fariz Adryan, kedengaran deringan
panggilan video dari komputer riba aku. Tertera nama
rocketman di skrin. Fuh! Penyelamat aku!
Bazli, ujar aku kepada pak lang dan mak lang.
Pantas aku menekan butang Accept dan memberi ruang
kepada mak lang dan pak lang untuk berada di hadapan
skrin.

44

Dhiyana
Sweetheart, sapa Bazli. Terkejut aku dengan
sapaan Bazli. Dia memang cari pasal la.
Eh? Mak... Ayah. Suara Bazli seperti terkejut
apabila melihat wajah mak lang dan pak lang.
Siew kepala hotak hang! bebel pak lang. Pantas
mak lang menampar bahu pak lang.
Dah tak kenal Zara dengan Siew? sambung pak
lang lagi. Nasib baiklah pak lang tak faham apa yang Si Bazli
cakapkan. Kalau tak, mampus aku!
Zara balik kampung, eh? soal Bazli semula. Malu
la tu.
Tak. Balik bandar, balas pak lang bersahaja.
Errr... Mak dengan ayah sihat? soal Bazli yang
terkena dengan sindiran pak lang. Aku tersengih
kegembiraan apabila memperolehi modal untuk mengenakan
Bazli selepas ini. Aku berlalu ke dalam bilik untuk
mengambil tudung. Pasti Si Bazli akan mencari aku selepas
ni.
Sihat, alhamdulillah. Li, sihat? Kedengaran suara
mak lang pula mencelah.
Alhamdulillah, mak.
Semakin segak anak mak, puji mak lang dengan
penampilan baru Bazli.
Ya ka, mak? Li, segak eh? Patut la ramai sangat
suka kat Li, seloroh Bazli bangga dengan diri sendiri. Masuk
bakul angkat sendiri!
Bila hang nak balik, Li? Setahu ayah, tempoh
pengajian dah tamat. Hang buat apa kat sana lama-lama, Li?
Ayah dah penat nak layan kerenah mak hang ni. Hang balik
layan mak hang la pula.

45

Cinta Si Wedding Planner


Aku yang mendengar bebelan pak lang juga turut
ketawa kecil. Bazli pula dah ketawa terbahak-bahak. Mak lang
apa lagi, mulalah dengan sepitan ketam apabila pak lang
mula merungut. Aku tersenyum bahagia melihat kemesraan
mak lang dan pak lang.
Yalah! Penat nak dengar Bibah membebel tentang
anak-anak. Sorang kat sana, sorang kat sini, sorang lagi kat
situ pula. Dina dah berkahwin, kena la ikut suami. Zara pun
kalau dah berkahwin lepas ni kena la ikut suami dia, tambah
pak lang.
Zara takkan ke mana-mana pun, ayah. Tiba-tiba
sahaja Bazli menjawab kata-kata pak lang. Tergamam aku
dengan jawapan Bazli. Jangan la buat hal!
Kenapa? Li tak nak bagi Zara kahwin? soal mak
lang pula. Suasana semakin panas pula aku rasakan. Tiada
langsung balasan daripada Bazli. Kelu lidah la tu.
Bulan depan Li balik Malaysia. Li cuti lama. Li ada
sesuatu nak bincang dengan mak dan ayah. Mengenai masa
depan Li dan hidup Li, ujar Bazli tanpa menjawab
pertanyaan mak lang.
Li nak kahwin ka? teka mak lang. Bazli tidak
segera menjawab.
Li harap mak dan ayah tak tolak pilihan Li.
Jawapan Bazli sudah cukup membuatkan mak lang
tersenyum lebar. Pertanyaan mak lang sudah menemui
jawapannya.
Mana budak bertuah, Izara Batrisya binti Aziz?
tambah Bazli bertanyakan diri aku. Terkejut aku apabila Bazli
menyebut nama penuh aku.
Zara... Nak ke mana pula malam-malam ni? soal
mak lang apabila terlihat aku sudah siap bertudung.

46

Dhiyana
Tak ke mana-mana pun. Tu, ha... Li, jawab aku
sambil jari ditunjukkan ke arah komputer riba.
Riak wajah mak lang sedikit terkejut dengan
jawapan aku. Mak lang mengalih pandangan pada pak lang.
Mereka berdua saling berpandangan dengan penuh rahsia.
Kemudian, mereka memandang aku semula. Perlahan-lahan
aku merapati mak lang dan pak lang yang masih berhadapan
dengan komputer riba.
Hai Li, sapa aku apabila terlihat akan wajahnya di
skrin. Rindunya aku kepada dia.
Balik kampung tak beritahu Li. Bebelannya mula
kedengaran. Aku tersengih-sengih mempamerkan barisan
gigi kepadanya.
Kita chat kejap lagi, okey? pesan aku kepadanya.
Bazli hanya mengangguk kecil.
Mak lang dan pak lang kembali meneruskan
perbualan dengan Bazli. Pelbagai soalan ditanya oleh
pasangan suami isteri itu yang amat merindui anak tunggal
mereka yang jauh di perantauan.
Dua puluh minit kemudian, mak lang dan pak lang
sudah penat mahu berbual lagi dengan Bazli. Tambahan pula,
mak lang mula berasa mengantuk. Memang peluang aku ni!
Sebaik sahaja mak lang dan pak lang menghilangkan diri ke
dalam bilik, aku juga turut menghilang ke dalam bilik tidur.
<ultraviolet>: Sorry tak bagi tahu Li yang
Zara balik kampung minggu ni. Unplanned
program. Mak lang suruh Zara balik. Zara
pun rindu mak lang.

47

Cinta Si Wedding Planner


Itu alasan aku. Hantar.
<rocketman>: Nasib baik tak kantoi tadi.
Kalau kantoi, malu Zara nanti. Jawab la
dengan mak dan ayah.
<ultraviolet>: Yalah, Siew! Nasib baik pak
lang tak dengar jelas. Yang Li tiba-tiba
panggil Zara macam tu kenapa?
<rocketman>:
Sebab
Zara
sweetheart Li. My one and only.

memang

<ultraviolet>: Buwekkk! Geli pula tekak ni.


Hihihi...
Kami berdua bersembang di Yahoo Messenger tidak
sampai lima belas minit apabila aku mula berasa mengantuk.
Aku meninggalkan Bazli dengan janji akan mimpikan dirinya
dalam tidur aku. Tetapi... Bukan Bazli yang muncul! Si
sombong, Fariz Adryan pula yang muncul! Apa kes aku
mimpikan dia pula? Ni mesti penangan deretan pertanyaan
daripada mak lang dan pak lang malam tadi. Cis! Buat rosak
tidur aku aje.

48

Dhiyana

Bab 6
S

elesai sahaja bersarapan,


aku sudah menghilangkan diri
bersama-sama motosikal pak
lang. Pak lang pula entah ke mana menghilang dengan
penghulu kampung. Katanya nak pergi jumpa kontraktor
yang akan membina semula masjid baru di kampung. Peluang
aku la nak cilok motosikal pak lang.
Aku memecut laju menuju ke arah kuala, tempat
nelayan menambat sampan. Di kuala ada jeti untuk
pendaratan ikan. Peraih akan menunggu di situ untuk
mengambil ikan daripada nelayan. Ikan segar! Takkan nak
biar aje? Baik aku beli daripada nelayan aje.
Kelihatan kelibat Pak Cik Leman sedang
melepaskan ikan yang tersangkut di pukat. Aku parkir
motosikal di bawah pohon dan berjalan menghampiri Pak
Cik Leman yang leka dengan kerjanya sambil dibantu oleh
anak lelakinya.
Assalamualaikum, Pak Cik Leman, sapa aku.
Serentak Pak Cik Leman dan anak lelakinya, Budin
memandang aku.

49

Cinta Si Wedding Planner


Waalaikumussalam. Ha, Zara! Baru balik? balas
Pak Cik Leman.
Semalam Zara balik. Rindukan mak lang. Itu yang
Zara balik jenguk mak lang, ujar aku.
Banyak ikan, Pak Cik Leman. Nak Zara tolong?
Zara pun dah lama tak buat kerja macam ni. Aku cuba
menghulurkan bantuan. Kesian pula aku tengok pukat yang
menimbun di dalam sampan Pak Cik Leman.
Tak apa, Zara. Budin pun ada boleh tolong pak
cik, tolak Pak Cik Leman. Tapi, tolakan itu tak boleh
mematikan niat aku. Ikhlas ni!
Aku turun ke dalam sampan Pak Cik Leman.
Tercengang Pak Cik Leman dan Budin melihat aku sudah
turun ke dalam sampan yang berenjin itu.
Budin... Zara nak sarung tangan, pinta aku.
Budin yang termangu-mangu hanya menuruti permintaan
aku. Lantas aku menyarung sarung tangan dan duduk di
birai sampan sambil membantu Pak Cik Leman.
Macam mana hidup di KL, Zara? Pak Cik Leman
mula senang dengan bantuan aku. Buktinya, Pak Cik Leman
pun dah penat nak melarang niat aku.
Alhamdulillah, Pak Cik Leman. Cuma tu la,
kadang-kadang penat. Semua benda kita nak uruskan. Kedai
bunga, butik pengantin lagi, pelanggan la, apa la. Aku mula
berbual mesra dengan Pak Cik Leman.
Tak baik mengeluh. Itu kan rezeki daripada Allah.
Walaupun penat tapi hasilnya berbaloi. Semuanya hasil penat
lelah Zara juga. Penuh berhemah Pak Cik Leman menegur
aku. Aku tersengih-sengih dengan nasihat Pak Cik Leman.
Atirah belajar mana sekarang ni, Pak Cik Leman?

50

Dhiyana
Tertanya-tanya aku akan kelibat si adik bongsu Budin.
UIA Gombak. Jurusan syariah katanya. Dah
semester ketiga, balas Pak Cik Leman sambil tangannya
ligat melepaskan ikan yang tersangkut di pukat.
Ayah... Udang lipan tu nak jualkan kepada Tauke
Lim ka? celah Budin sambil menunjukkan longgokan udang
lipan. Wah, banyaknya! Kalau buat mi udang syok ni!
Itu nak dijualkan kepada tok penghulu.
Kontraktor yang bina masjid tu mai hari ni. Tok penghulu
dah pesan kepada ayah semalam, ujar Pak Cik Leman.
Budin letak dalam tong ni saja la. Segera Budin
memasukkan longgokan udang lipan ke dalam tong biru.
Budin saja la yang selalu bantu pak cik. Adik-adik
yang lain semuanya belajaq lagi. Kadang-kadang Si Syafiq
ada juga turun ke laut tolong kami berdua. Sambil tangan
ligat melepaskan ikan, Pak Cik Leman semakin ramah
berbual dengan aku.
Izara Batrisya! Kedengaran nama aku dipanggil.
Lantas aku menoleh ke arah suara tersebut. Tiga batang
tubuh sedang berdiri di atas jeti memandang aku yang
dengan selamba membantu Pak Cik Leman tanpa
menghiraukan bau hanyir.
Antara ketiga-tiga wajah itu, hanya satu wajah
membuatkan senyuman aku terus mati. Aku dan dia saling
berpandangan. Wajah itu selalu mengenakan kaca mata
hitam. Aku dapat rasakan anak mata yang terlindung di
sebalik kaca mata itu turut memandang aku. Dia buat apa kat
sini?
Pak lang... Zara bantu Pak Cik Leman dengan
Budin. Kesian pula Zara tengok sebab banyak sangat ikan nak
kena lepaskan dari pukat, jelas aku sebelum pak lang

51

Cinta Si Wedding Planner


membuka mulut bertanyakan tujuan aku ke situ. Daripada
nak membeli ikan terus jadi amal jariah pula.
Ajis... Aku dah melarang. Tapi, Zara yang
berkeras, jelas Pak Cik Leman pula, risau pak lang akan naik
darah tiba-tiba.
Zara kacau kau dengan Budin buat kerja? soal pak
lang. Segera aku menggeleng laju menjawab pertanyaan pak
lang.
Tak adalah. Zara tolong aku lepaskan ikan aja dari
pukat. Tak ada mengacaunya. Dah la, Zara. Ambillah ikan
dengan udang untuk Zara. Arahan Pak Cik Leman terus
sahaja aku akur. Udang harimau weh! Masak kuning kunyit
mula terbayang dalam fikiran.
Zara... Meh Budin letak dalam plastik, ujar Budin
lalu membantu aku memasukkan ikan dan udang ke dalam
plastik.
Terima kasih, Pak Cik Leman... Budin, ucap aku
apabila beg plastik mula bertukar tangan.
Terima kasih Zara sebab tolong pak cik dengan
Budin, balas Pak Cik Leman semula. Aku tersenyum kepada
mereka berdua.
Pak lang, tarik Zara naik ke atas, pinta aku lalu
menghulurkan tangan kepada pak lang. Tinggi weh, aku nak
langkah kaki. Kalau pak lang seorang aje tak apa. Ni, ada pula
tok penghulu dengan mamat berlagak sombong, Si Fariz
Adryan. Kena la kontrol, beb!
Dah bau hanyir ikan, bebel pak lang akan bau
semula jadi ikan yang telah melekat pada pakaian aku.
Zara balik dulu la, pak lang, ujar aku memohon
diri namun sempat ditahan oleh pak lang.

52

Dhiyana
Udang lipan ni bawa balik sekali. Suruh mak lang
masakkan udang lipan ni. Tuan Fariz akan makan malam di
rumah kita nanti, pesan pak lang sambil menghulurkan
tong biru yang diambil daripada Budin.
Berkerut wajah aku dengan pesanan pak lang.
Mamat berlagak sombong ni akan makan malam di rumah
pak lang? Apa kes?
Tuan Fariz akan bermalam di homestay rumah
pak lang. Rumah tok penghulu ada tetamu. Tuan Fariz akan
makan malam dengan kita malam nanti, jelas pak lang.
Penjelasan pak lang memang mengundang rasa tidak selesa
kepada aku.
Punya la banyak hotel kat Penang ni, rumah pak
lang juga dia nak target. Skodeng aku ke apa? Apa hal pula
nak skodeng aku? Kenal pun tidak!
Kat hujung muara sana kalau ditambak boleh
dijadikan tempat istirahat para pengunjung, tok haji. Betul
tak, pak lang? Suara si mamat berlagak sombong mula
kedengaran.
Walaupun dia berbual dengan tok penghulu dan
pak lang, aku dapat rasakan anak mata dia asyik memandang
aku. Lantas aku menunjukkan buku lima kepada Fariz untuk
menggertak dia. Namun, tiada langsung secarik senyuman
yang terukir di wajah Fariz. Malah, kerutan pula kelihatan.
Tak puas hati la tu. Huh!
Pulang sahaja ke rumah, mak lang pula membebel
kerana aku keluar tanpa memaklumkan kepada mak lang
terlebih dahulu. Tambahan pula, dengan bau hanyir yang
menusuk hidung mak lang. Semakin berpanjangan la mak
lang membebel.
Ya Allah! Apa la nak jadi dengan anak dara sorang

53

Cinta Si Wedding Planner


ni? Keluar bau wangi, balik rumah bau hanyir. Zara pi kuala
tarik ikan naik untuk peraih ka?
Tetapi... Sebaik sahaja aku menghulurkan
sebungkus plastik yang penuh dengan pelbagai jenis ikan dan
udang, bebelan mak lang mula reda. Ditambah pula dengan
satu tong kecil yang penuh dengan udang lipan, serta-merta
bebelan mak lang terus terhenti.
Pak lang pesan suruh mak lang masak udang ni
untuk makan malam. Ada tetamu bermalam di homestay
rumah malam ni. Pesanan pak lang aku sampaikan kepada
mak lang. Ternyata mak lang langsung tidak terkejut dengan
pesanan pak lang. Mak lang dah tahu kut! Aku aje yang tak
tahu.
Tuan Fariz dah mai tadi. Letak beg dengan barang
dalam homestay. Mak lang ingatkan orang Cina mana, tibatiba saja dia bagi salam kat mak lang. Terkejut mak lang.
Tapi... Muka dia... Kata-kata mak lang terhenti di situ. Aku
mula mendaki anak tangga menuju ke bilik di tingkat atas.
Sebaik sahaja kaki aku mendarat di atas anak
tangga pertama yang diperbuat daripada papan, suara mak
lang yang terjerit kecil membuat aku terkejut. Langsung kaki
aku mati di situ, seperti digam.
Boyfriend Zara, kan? Patut la mak lang tengok
macam kenal, teka mak lang. Lantas aku menoleh ke arah
mak lang. Alamak! Mak lang ni, dah mula nak jadi Internet
bergerak.
Bukan boyfriend Zara. Zara pun tak kenal dia.
Hanya tahu nama dia aje. Itu pun secara kebetulan kat majlis
kawan dia. Mak lang jangan kecoh-kecoh. Malu Zara nanti
kalau dia dengar. Nanti dia kata Zara ni syok sendiri pula,
jelas aku buat kesekian kalinya. Mak lang hanya tersengih-

54

Dhiyana
sengih dengan penjelasan aku.
Apa salahnya kalau betul pun. Segak! Sopan pula
tu. Mak lang mula memuji melangit akan gerangan Si Fariz
Adryan. Sopan? Macam tu sopan ke, mak lang? Please la...
Zara nak mandi. Mak lang jangan sebut pasal ni
depan dia nanti, pesan aku sekali lagi. Mak lang masih
dengan sengihan nakal. Macam-macam mak lang aku ni.
Makan tengah hari, Zara? laung mak lang apabila
aku sudah berada di anak tangga yang teratas.
Tak tahu. Pak lang kata makan malam aje, balas
aku sebelum meneruskan langkah ke bilik tidur.
Sekali lagi mak lang membebel kepada aku apabila
melihat aku yang sudah siap bersedia dengan pakaian yang
penuh dengan keselamatan. Aku tersengih-sengih
mempamerkan barisan gigi apabila turun ke dapur.
Zara... Zara... Apa la nak jadi dengan anak aku
sorang ni? Aku suruh tumbuk cabai buat sambal belacan, dia
pula pakai segala mak nenek macam nak pi melaram.
Aihhh... Sesak nafas aku!
Aku tersengih-sengih dengan bebelan mak lang.
Kena bersiap sedia! Dengan apron digantung ke leher, cermin
mata hitam dijadikan sebagai pelindung, topi Bazli pula aku
jadikan sebagai serkup untuk menghalang rambut daripada
berguguran. Bergaya sakan aku hanya untuk tumbuk cili
buat sambal belacan.
Fesyen, mak lang! balas aku.
Fesyen la sangat. Cakap aja takut pedih mata. Ni,
mesti selalu makan nasi bungkus aja. Aihhh... Kalau dah
berlaki nanti, mahu laki cari yang lain, Zara oi, tambah mak
lang lagi.

55

Cinta Si Wedding Planner


Bazli nak cari yang lain? Memang cari nahas la.
Confirm! Berita Ultraman lawan raksasa terpampang kat
muka depan surat khabar. Tunggang-langgang KL nanti dek
amukan aku. Jangan buat pasal.
Toksah dok melangut. Dah melaram sakan, kan?
Tumbuk cabai ni. Nanti pak lang nak balik makan tengah
hari sebelum sambung pi buat kerja yang lain, arah mak
lang. Dengan penuh rasa tanggungjawab dan ingin
mengambil hati bakal mak mentua, aku turutkan juga. Apaapa pun, mak lang tetap kesayangan aku!
Selesai sahaja aku membuat sambal belacan, aku
bantu mak lang menyediakan lauk untuk makan tengah hari
pula. Asah bakat ni! Ternyata masakan aku menjadi. Mak lang
puji melangit. Kembang setaman aku!
Pak lang tiba di rumah ketika aku sedang
menyiapkan meja makan. Tetapi, hanya kelibat pak lang
seorang sahaja. Mana tetamu sombong tu? Belum sempat
aku bersuara, mak lang ternyata lebih pantas bertindak. Kata
pak lang, tetamu itu pergi ke bandar jumpa kawan.
Ermmm... Minta-minta la dia sesat. Tak tahu jalan
nak balik ke rumah pak lang. Fuh! Amin... Balik KL terus
pun aku tak apa, aku lebih suka.

56

Dhiyana

Bab 7
A

ku benci dengan suasana makan


malam ketika ini. Rosak makan
malam aku aje! Antara kami
bertiga muncul pula orang keempat di meja makan. Tak lain
dan tak bukan, Fariz Adryan... Si sombong!
Mak lang dan pak lang sakan melayani tetamu dari
KL. Setiap jenis lauk dicedok ke atas pinggan Fariz. Tak pula
Fariz menolaknya, malah siap makan bertambah sehingga
dua pinggan. Boleh pula Si Fariz tahan dengan sambal
belacan buatan aku? Tak pedas ke?
Jangan malu, Tuan Fariz. Tambah la lagi, pelawa
mak lang yang berada di sebelah aku. Aihhh... Anak buah
sendiri tak nak pula pelawa.
Jangan panggil saya Tuan Fariz, mak lang... pak
lang. Panggil aje Fariz. Papa saya yang tuannya. Saya ni
hanya membantu papa. Si sombong mula merendah diri.
Pandai pula Si Fariz ni merendah diri.
Zara... Yang gaul nasi sampai dah jadi benyai tu,
kenapa? Tak sedap? celah pak lang apabila terkesan akan

57

Cinta Si Wedding Planner


kelakuan aku sejak dari tadi. Aku memandang pak lang.
Kemudian, aku memandang ke arah Fariz yang berada di
hadapan aku pula. Tersungging senyuman sinis di wajah
kacak itu.
Tak ada apa-apa la, pak lang, balas aku lalu
menyuap nasi ke mulut. Sebenarnya, dah hilang selera nak
makan.
Fariz memang asal dari KL? Mak lang mula
menjadi polis, menyoal siasat akan Fariz. Mak lang dah mula
berangan la ni.
Mama orang Melaka. Papa asal KL, jawab Fariz.
Aku malas mahu mencelah. Aku hanya menumpukan
perhatian kepada makan malam.
Berapa adik-beradik? soal mak lang lagi.
Empat orang. Dua perempuan, dua lelaki.
Fariz yang ke... Belum sempat mak lang
menghabiskan pertanyaan, Fariz lebih cepat memintas.
Yang kedua, mak lang. Sulung dan bongsu,
perempuan. Dua lelaki di tengah-tengah.
Semakin ligat mak lang bertanya. Sehinggalah ke
soalan maut. Jeng, jeng, jeng! Fariz dah kahwin?
Fariz dan pak lang sama-sama tersedak dengan
pertanyaan mak lang. Pak lang memberi jelingan maut
kepada mak lang. Mak lang pula menghantar jelingan maut
itu kepada aku pula. Apa hal aku pula yang kena ni?
Segelas air habis diteguk oleh Fariz. Namun, tak
dapat meredakan perasaan terkejut. Lantas aku menuangkan
air ke dalam gelas kosong itu. Layan tetamu la katakan!
Sekali lagi Fariz meneguk sehingga air tinggal separuh.
Ehem... Ehem... Belum lagi, mak lang. Sibuk

58

Dhiyana
dengan kerja, jawab Fariz apabila perasaannya mula reda.
Wajah Fariz kelihatan berona merah. Aku tersenyum kecil
dengan perubahan wajah itu. Baru sergah macam tu dah
malu.
Maaf, Fariz. Mak lang dah bertukar kerjaya pula
malam ni. Muda-muda dulu teringin nak jadi polis tapi tak
ada rezeki. Pak lang mula mencelah sebelum mak lang
bertanya dengan lebih lanjut lagi.
Selesai makan malam, aku membantu mak lang
mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk
kotor. Pak lang pula masih melayani Fariz di ruang tamu, di
tingkat atas. Bincang soal pembinaan masjid la kut.
Zara, sat lagi bancuh kopi untuk pak lang dengan
Fariz, pesan mak lang.
Berkerut wajah aku dengan pesanan mak lang.
Selalunya mak lang yang buatkan. Kenapa aku pula yang
kena buatkan kali ni? La... Kan selalu mak lang yang
buatkan. Kenapa Zara pula? Tanpa sedar, aku menyoal
kembali arahan mak lang.
Bancuh aje la, jangan banyak soal, arah mak lang
dengan tegas. Mak lang aku dah kenapa pula?
Mak lang berkenan la dengan Fariz tu, Zara.
Teringin sangat nak jadikan menantu, tambah mak lang,
berterus terang.
Mak lang ni biar betul? Haram semua tu, mak
lang! Lelaki sama lelaki mana boleh kahwin, seloroh aku
untuk mengenakan mak lang. Ternyata mak lang memberi
perhatian pada setiap butir percakapan aku.
Ke situ pula dia. Mak lang bercakap untuk Zara.
Kalau untuk Bazli nak buat apa? Nabi tak mengaku umat!
tukas mak lang. Aku tersengih-sengih.

59

Cinta Si Wedding Planner


Tak payah nak berangan la, mak lang. Entah-entah
dia dah ada awek kat KL tu. Lagipun tadi dia cakap dia belum
berkahwin. Makna kata dah ada awek la tu, tukas aku pula
sebelum mak lang berangan dengan lebih jauh akan mimpi
indah itu.
Firasat mak lang mengatakan Fariz tak dak awek
lagi. Tengok muka pun dah tahu, tekan mak lang akan katakata hatinya. Aku hanya sekadar menggelengkan kepala. Mak
lang... Mak lang...
Zara... Buatkan kopi! laung pak lang dari tingkat
atas. Lantas aku menoleh ke arah pak lang yang sedang
berdiri di muka pintu tangga.
Kejap lagi Zara bawakan ke atas, akur aku dengan
arahan pak lang.
Langkah pertama... Nak pikat hati lelaki kena
bancuh kopi yang paling sedap. Tak manis dan tak tawar.
Secukup rasa! Mak lang kembali memberi pesanan kepada
aku. Tip memikat hati lelaki pula dah!
Mak lang pikat hati pak lang guna air kopi, eh?
teka aku sambil memasukkan serbuk kopi ke dalam teko.
Bukan kopi. Tapi... Karipap! Karipap daging!
Sampai sekarang pak lang tak akan beli karipap kat kedai
kopi, balas mak lang. Meletus ketawa aku dengan jawapan
mak lang. Cinta karipap daging ni!
Gelak la! Gelak! Jangan sampai suatu hari nanti
Fariz ni tergila-gilakan kopi Zara dah la, tempelak mak lang.
Lantas aku menggeleng laju dengan tawa yang masih bersisa.
Boleh pula macam tu? Minta simpang la!
Dulang yang berisi teko dan tiga biji cawan aku
letakkan di atas meja kecil di ruang tamu. Aku menuang air
kopi ke dalam ketiga-tiga cawan dan meletakkannya di atas

60

Dhiyana
meja. Aku berlalu membawa dulang ke dapur. Seketika
kemudian, aku menapak kembali ke ruang tamu dan berlalu
ke bilik tidur. Tidak lama kemudian, aku kembali keluar
sambil membawa komputer riba dan terus ke beranda
rumah.
Kedengaran mak lang, pak lang dan Fariz rancak
berbual. Pelbagai perkara dibualkan mereka bertiga. Aku
malas hendak menyertai mereka bertiga. Lebih baik aku
habiskan kerja edit gambar. Sekali pun aku tak mendengar
tawa Fariz. Hanya kedengaran tawa pak lang dan mak lang.
Apa kena dengan Fariz ni? Sindrom Down ke?
Aku semakin leka membelek gambar yang
kelihatan elok untuk dicetak dan dijadikan sebagai photo
album. Tiba-tiba, aku dikejutkan dengan bunyi deringan
telefon bimbit di tepi komputer riba. Terpamer nombor yang
tidak aku kenali di skrin. Siapa pula ni?
Helo... Assalamualaikum, sapa aku apabila talian
berjaya disambung.
Waalaikumussalam. Zara, kan? sapa pemanggil
semula.
Ya... Saya, Zara. Boleh saya tahu ni siapa? soal aku
semula. Suara perempuan! Serius aku tak cam!
Kak Nadhrah la! Zara ingat lagi tak Kak Nadhrah
datang dengan mama dan Nana untuk bagi ukuran badan?
jawab si pemanggil.
Aku terdiam seketika. Otak aku ligat memikirkan
bayangan wajah-wajah yang datang mengunjungi butik.
Bulat mata aku apabila wajah-wajah seisi keluarga itu datang
menerpa ke benak fikiran aku.
Hah! Saya ingat! Ada apa-apa masalah ke yang Kak
Nadhrah nak beritahu saya? Fuh! Jangan nak buat aduan

61

Cinta Si Wedding Planner


pasal majlis dah la. Minta-minta jangan cancel. Amin...
Tak ada apa-apa masalah. Siang tadi Kak Nadhrah
ada singgah butik. Tapi, Zara tak ada pula. Pekerja Zara cakap
Zara balik kampung di Penang. Lama ke Zara balik
kampung? jelas Kak Nadhrah. Fuh! Selamat aku!
Insya-Allah... Esok petang saya dah balik KL
semula. Boleh saya tahu kenapa Kak Nadhrah cari saya?
Giliran aku pula menyoal akan tujuannya ke butik.
Mama ajak lunch. Tapi, bukan rezeki mama la
pula, balas Kak Nadhrah. Serba salah pula aku rasa sebab
Puan Marina bersusah payah ke butik untuk mencari aku.
Tapi, kenapa pula cari aku? Ada apa-apa masalah ke?
Maafkan saya, Kak Nadhrah. Saya tak tahu Puan
Marina akan datang ke butik cari saya. Sampaikan salam
maaf daripada saya kepada Puan Marina.
Eh... Tak apa. Bukan salah Zara pun. Maafkan Kak
Nadhrah sebab mengganggu Zara malam-malam macam ni,
sahut Kak Nadhrah.
It is okay, Kak Nadhrah, balas aku.
Kirim salam kepada keluarga Zara. Nanti kita
jumpa di KL. Assalamualaikum.
Insya-Allah... Waalaikumussalam, sapa aku
kembali lalu menamatkan talian. Aku melepaskan nafas
panjang lalu kembali menumpukan perhatian di skrin
komputer riba.
Namun, tidak sampai sepuluh minit, aku
dikejutkan dengan suara garau yang sudah terpacak di muka
pintu beranda. Aku pandang sekilas batang tubuh yang
berbaju Melayu dan berkain pelekat sambil menekap telefon
bimbit ke telinga.

62

Dhiyana
Waalaikumussalam... Yes, along! sapanya lalu
menapak ke luar beranda.
Angah still ada di Penang. Insya-Allah... Paling
awal angah balik sebelum tengah hari. Dan paling lewat
angah balik after asar. Along kan tahu, angah tak suka drive
waktu lunch? bualnya dalam talian.
Esok angah direct balik rumah angah. Lusa after
working hours angah singgah rumah mama. Dinner dengan
mama. Angah promise, along!
Aku abaikan sahaja batang tubuh yang turut
menyertai aku di meja. Sambil leka berbual di telefon,
tangannya sepantas kilat menarik komputer riba milik aku.
Beraninya! Tak minta izin daripada tuan badan pula tu.
Lusa pagi angah ada meeting dengan klien. Tak
percaya tanya papa. Bukan angah nak mengelat la. Dah angah
ada kerja. Promise, lusa petang angah balik rumah mama.
Weekend angah bermalam rumah mama. Promise! janji
Fariz lagi. Aihhh... Dia memang anak manja mama. Asyikasyik mama.
Pesan kepada alang, jangan lupa Captain dengan
Nemo di rumah angah. Tahu la sibuk nak berkahwin, tapi
jangan sampai lupa dia orang dua ekor tu kat rumah.
Bukannya senang angah nak dapat spesies macam tu, bebel
Fariz lagi.
Aku kembali menarik komputer riba tetapi
dihalang oleh Fariz. Anak matanya menjeling tajam kepada
aku. Siapa tuan punya komputer sebenarnya? Dia ke aku?
Yalah!
Kirim
salam
kepada
mama.
Waalaikumussalam. Fariz menjawab salam sebelum
menamatkan talian. Apabila tamat sahaja talian, tangannya
ligat menekan menekan touch pad komputer riba.

63

Cinta Si Wedding Planner


Kurangkan lighting. Retouch di bahagian muka
yang berkilat macam kena lumur minyak. Reduce colour
boost. Nanti pixel pecah, gambar tak cantik, ngomelnya
sambil membantu aku mengedit gambar. Tahu pula dia pasal
edit gambar ni.
Tolong cas handphone aku. Charger tak ada,
tertinggal di hotel. USB cable pun tak ada. Pandai-pandai kau
la, eh? pintanya lalu meninggalkan aku yang terkulat-kulat.
Cinabeng punya Fariz!
Aku ambil telefon bimbit yang berskrin lebar itu.
Ermmm... BlackBerry. Nasib baik aku ada cable BlackBerry
kepunyaan aku. Boleh juga tumpang cas. Kalau disuanya
iPhone, memang aku pulangkan semula.
Aku masuk ke dalam rumah semula untuk
mengambil USB cable. Telefon bimbit Fariz aku cas di
komputer riba. Sejam kemudian, tiada lagi kedengaran suara
mereka bertiga berbual. Barangkali mak lang dan pak lang
dah beransur masuk ke bilik kut. Tapi, mana pula Fariz ni?
Tak nak telefon dia ke?
Air kopi tadi ada lagi tak? sergah Fariz tiba-tiba
mengejutkan aku daripada suasana sepi malam. Aku pandang
Fariz dengan riak wajah tidak berpuas hati.
Nak apa? soal aku.
Buatkan aku air kopi macam tadi, pintanya.
Ambil sendiri kat dapur,
memandang semula skrin komputer riba.

arah

aku

lalu

Kau tetamu ke, aku tetamu? sindir Fariz.


Dengan perasaan sebal, aku membawa komputer
riba masuk ke dalam rumah. Telefon bimbit miliknya aku
serahkan semula. Pintu beranda aku kuncikan selaknya

64

Dhiyana
apabila kami berdua sudah berada di dalam rumah. Kami
berdua sama-sama menuruni tangga menuju ke dapur.
Lepas ni pergi tidur. Tak payah nak minta apa-apa
lagi, arah aku kepadanya seperti kanak-kanak kecil. Cawan
yang berisi air kopi panas aku hulurkan kepada Fariz. Fariz
menyambut akan huluran itu dan terus berlalu menuju ke
pintu dapur yang terbuka. Aik? Blah macam tu aje? Tak ada
terima kasih?
Terima kasih, ucapnya lalu keluar menuju ke
homestay yang dihuninya. Homestay yang dimiliki pak lang
diasingkan dari rumah induk. Ini memudahkan penghuni
homestay bebas bergerak tanpa mengganggu pemilik
homestay.
Sebaik sahaja kelibat Fariz menghilang ke dalam
rumah homestay, pintu dapur aku tutup. Aku mendaki anak
tangga menuju ke tingkat atas semula. Suis lampu dapur aku
padam dari tingkat atas. Suasana dapur menjadi suram.
Seram pula aku! Baik aku blah masuk bilik aje.

65

Cinta Si Wedding Planner

Bab 8
S

arapan
pada
pagi
itu
ditugaskan kepada aku untuk
menyediakannya. Mak lang hanya
menjadi pemerhati merangkap penilai. Mak lang sendiri yang
sediakan menu. Aku pula terpaksa menyediakannya. Dah la
mengantuk pun tak hilang lagi. Seawal tujuh pagi dah kena
turun ke dapur. Mak lang memang sengaja nak kenakan aku
ni.
Nasi lemak, telur rebus dan sambal sotong menjadi
menu pilihan mak lang. Sesekali akan kedengaran suara mak
lang menegur tugas aku di dapur. Ni Izara Batrisya la. Cakap
aje nak makan apa, semua boleh masak. Antara jadi ke tak
jadi aje.
Pukul lapan lima belas minit pagi sudah kelihatan
kelibat Fariz keluar dari homestay. Pak lang pula
sememangnya ternanti akan kelibat tetamu itu dari pintu
dapur lagi. Pak lang dan Fariz saling menyapa apabila bersua
muka. Laju sahaja aku berlari menuju ke tingkat atas
sementelah aku tidak mengenakan tudung sejak masuk ke
dapur. Tercengang mak lang melihat aku berlalu sebegitu

66

Dhiyana
sahaja.
Apabila aku turun semula ke dapur, mak lang sudah
menghidangkan sarapan pagi di atas meja makan. Aku
tersengih-sengih kepada mak lang apabila aku sudah siap
mengenakan tudung di kepala. Aku membantu mak lang
menuang air ke dalam cawan. Pak lang dan Fariz mula
mengambil tempat di meja makan. Doa makan dibaca oleh
pak lang sebelum kami berempat bersarapan.
Pertanyaan Fariz di meja makan memecah
kesunyian suasana pagi. Dan pertanyaan itu juga
membuatkan aku sedikit terkejut.
Ermmm... Mak lang... Boleh buatkan kopi untuk
saya? Saya tak minum teh susu. Maafkan saya, mak lang.
Boleh! Apa salahnya, jawab mak lang akan
permintaan Fariz. Serta-merta mak lang menghantar isyarat
mata kepada aku. Ala... Aku juga ke yang kena buatkan? Kan
dia minta mak lang buatkan? Mengada-ada betul la Si Fariz
ni pun!
Arahan mak lang aku turutkan juga. Segera aku
bangun dari kerusi untuk buatkan air kopi yang diminta oleh
Fariz. Selang beberapa minit, secawan air kopi yang berwap
tipis aku letakkan di hadapan Fariz.
Terima kasih. Maaf kalau menyusahkan, ucap
Fariz. Aku hanya tersenyum kecil lalu kembali berlabuh di
sebelah mak lang.
Kami bertiga bersarapan seperti biasa. Fariz
berselera benar, dua pinggan nasi lemak dijamahnya. Makan
ke melantak ni? Mak lang dan pak lang memang ramah
melayani Fariz. Banyak sungguh pertanyaan yang disoal
mereka berdua. Aku pula hanya sekadar memasang telinga
tanpa ada niat untuk mencelah.

67

Cinta Si Wedding Planner


Zara balik KL hari ni? Tiba-tiba pak lang menyoal
aku. Tiga pasang mata sedang memandang aku yang sejak
tadi hanya diam membisu.
Lepas asar kut. Zara nak jumpa Tauke Lim dulu,
mengenai tanah arwah abah. Kalau Tauke Lim boleh bertolak
ansur, Zara ingat nak bayar deposit dulu. Dah lama sangat
dibiarkan kepada Tauke Lim, jelas aku.
Toksah dok pikiaq pasal tanah tu la, Zara. Tauke
Lim dah jual kepada orang lain pun, ujar pak lang. Sertamerta suapan aku terhenti. Aku memandang pak lang dan
mak lang menagih penjelasan.
Dah jual? soal aku sekali lagi. Pak lang
mengangguk kecil.
Ada orang sanggup beli dengan harga yang lebih
tinggi daripada harga Tauke Lim letak untuk Zara, jelas pak
lang.
Awan mendung mula berarak. Wajah aku sertamerta menjadi sugul. Tanah peninggalan arwah abah! Ya
Allah! Itu satu-satunya harta yang arwah abah ada. Bergegas
aku berlalu meninggalkan meja makan membawa pinggan
yang masih bersisa nasi lemak dan lauk ke singki untuk
dicuci.
Zara... panggil mak lang dengan lembut untuk
memujuk hati aku.
Zara keluar sekejap, ujar aku lalu mendaki tangga
menuju ke tingkat atas. Panggilan mak lang tak lagi aku
hiraukan. Malah pandangan mata tetamu juga tak aku
pedulikan lagi. Dalam fikiran aku hanya mencari Tauke Lim
dan menagih penjelasan.
Aku menyusuri jalan yang bertar menuju ke kuala,
kedai ikan milik Tauke Lim menjadi destinasi aku.

68

Dhiyana
Pasti Tauke Lim berada di sana ketika ini. Ternyata
berjaya tekaan aku. Terlihat kelibat Tauke Lim yang hanya
berseluar pendek dan bersinglet sedang mengarah pekerjapekerjanya mengalih tong yang berisi ikan.
Aku keluar dari perut kereta dan menghampiri
Tauke Lim. Tauke Lim! sapa aku. Serentak Tauke Lim
menoleh memandang aku.
Izala! sapa Tauke Lim kembali dengan pelat
Cinanya.
Saya mau tanya tanah abah saya. Macam mana?
Saya dengar Tauke Lim sudah jual sama orang lain. Mana
boleh macam tu, tauke. Aku mula meluahkan tujuan aku
berjumpa dengannya.
Haiya! Itu tanah manyak untung. Itu olang
sanggup bayal double dari halga saya letak sama you. Dia
mau beli juga! Saya sudah cakap sama dia itu tanah you
punya. You sudah mau bayal, jelas Tauke Lim. Entah betul
ke tak ni?
Kalau tauke sudah cakap sama dia, apa pasal tauke
angkat duit daripada dia juga? tempelak aku.
Saya pun mau guna duit. Mau kasi sama anak di
overseas lagi. Dia bayal full payment! balas Tauke Lim
seakan-akan menyindir aku.
Aku mengeluh kasar dengan jawapan Tauke Lim.
Dia... Melayu ke, Cina atau India?
Melayu! You tunggu saya kasi dia punya contact
number. Tauke Lim menghilang ke dalam kedai. Tidak
sampai lima minit Tauke Lim sudah kembali keluar dengan
wajah sedikit hampa.
Itu name card saya punya anak sudah tak tau letak

69

Cinta Si Wedding Planner


mana la. Saya cali dulu. Nanti kalau jumpa saya kasi sama
Ajis, you punya pak lang. Aku mengeluh hampa dengan
jawapan Tauke Lim. Aku hanya mengangguk kecil lalu
beredar meninggalkan Tauke Lim dengan wajah hampa.
Maafkan Zara, abah.
Aku memarkirkan kereta di laman rumah. Kereta
mewah milik Fariz masih berada di laman rumah. Tetapi,
kelibatnya tidak pula kelihatan. Barangkali keluar dengan
pak lang menaiki motosikal. Langkah kaki aku tidak
menghala ke arah tangga rumah. Tetapi menuju ke arah
pangkin kecil yang berada di tepi sawah. Aku melabuhkan
punggung di situ sambil menenteramkan perasaan aku.
Suasana sepi sambil ditemani dengan bunyi desiran
angin menggamit rasa pilu dalam hati. Perlahan-lahan air
mata yang aku tahan sejak tadi mengalir di pipi. Aku biarkan
tanpa dikesat.
Abah... Maafkan Zara. Zara tak sempat nak beli
semula tanah tu daripada Tauke Lim. Maafkan Zara, abah,
ucap aku dengan nada perlahan, diiringi sendu kecil. Dari
sendu kecil bertukar menjadi tangisan kecil pula. Aduh...
Sensitif betul hati aku ni kalau bab arwah abah dan ibu.
Kalau menangis bagai nak banjir satu kampung
pun tak dapat kembalikan tanah tu semula, celah satu suara
garau seperti menyindir aku. Lantas aku menoleh
memandang raut wajah yang sedang terpacak berdiri tidak
jauh dari pangkin.
Tak ada kena-mengena dengan awak pun,
tempelak aku kembali.
Yang kau menangis macam mati laki, kenapa?
Hanya kerana tanah kebun tu aje? sindir Fariz lagi.
Bagi awak hanya sebidang tanah. Tapi, bagi saya

70

Dhiyana
amat bermakna semua tu. Awak tak tahu, Fariz... Betapa
bermaknanya tanah tu pada saya, tukas aku sedikit terasa
dengan sindiran Fariz.
Itu tanah peninggalan... Belum sempat aku
menghabiskannya, Fariz lebih pantas memintas.
Tanah peninggalan arwah abah kau? teka Fariz.
Aku hanya diam membisu. Lama-kelamaan aku mengangguk
lemah.
Berapa Tauke Lim nak jual kepada kau? soal Fariz
lagi.
Lima puluh ribu, balas aku.
Buyer tu beli berapa pula?
Dua kali ganda, jawab aku, ringkas.
Wow! Seratus ribu! Pandai Tauke Lim berniaga,
sindir Fariz dengan memuji Tauke Lim.
Kenapa arwah abah kau pajak tanah tu kepada
Tauke Lim? soal Fariz lagi. Dah macam polis pula Si Fariz
ni. Bersoal siasat sakan.
Arwah abah nak bantu pak lang. Anak pak lang,
Bazli... Dapat tawaran sambung belajar di Switzerland tapi
pak lang tak ada duit. Arwah abah pajak la kepada Tauke
Lim, jelas aku. Kelihatan Fariz hanya mengangguk kecil.
Aku nak balik KL pukul tiga setengah nanti, lepas
makan dengan solat zuhur. Nak gerak sekali tak?
Terkebil-kebil aku dengan pertanyaan Fariz. Eh?
Fariz ni ajak aku balik sekali ke? Biar betul? Macam tak
percaya aje. Tanpa sedar aku mengangguk bersetuju.
Tiga setengah tepat, okey! Aku tak nak lewat. And,
tak payah nak membazir air mata macam mati laki. Nak kata
dah kahwin tak juga, nak kata dah bertunang pun tak juga.

71

Cinta Si Wedding Planner


Lagak gaya macam mati laki! pesan Fariz. Sempat lagi Fariz
membebel kepada aku sebelum berlalu meninggalkan aku
sendirian di pangkin.
Macam tak percaya aje tadi tu Fariz Adryan. Cakap
banyak juga Si Fariz ni. Sepanjang aku mengenali gerangan
Si Fariz Adryan, tak la cakap banyak seperti ini. Sekarang ni,
siap dengan membebel lagi!
Tepat pukul tiga setengah petang, aku sudah siap
bersedia dengan enjin kereta yang sudah dihidupkan. Aku
bersalaman dengan pak lang dan mak lang sebelum pulang
ke KL. Fariz juga bersalaman dengan pak lang sebelum
beransur pulang. Wajah mak lang tersenyum lebar apabila
melihat kami berdua pulang bersama-sama. Tak pernah aku
melihat wajah mak lang seceria itu.
Kuiringi kepulanganmu dengan secebis doa dan
juga segunung harapan. Harap-harap menjadi la, eh, bisik
mak lang ketika aku berpelukan dengan mak lang. Aduhhh...
Mak lang dah mula dengan angan-angan indah. Mak lang...
Mak lang... Bazli nak letak mana?
Fariz mengekori aku dari belakang. Dari Penang
sehinggalah sampai ke KL, Fariz hanya membuntuti kereta
aku di belakang. Tiada langsung tanda mahu bermain dengan
aku seperti pada awal-awal pemergiannya ke Penang. Jika
aku memasuki hentian rehat untuk merehatkan diri sekejap
atau ke tandas, Fariz turut mengikuti aku. Tiba-tiba terasa
seronok pula ada orang escort sepanjang perjalanan.
Terakhir sekali kami berhenti di Tol Duta. Sekadar
berhenti untuk mengucapkan terima kasih kerana menemani
aku sepanjang perjalanan pulang. Lagipun, kami berdua akan
membawa haluan masing-masing selepas melewati tol. Fariz
yang wajahnya tiada secarik senyuman pun, terus sahaja

72

Dhiyana
meninggalkan aku sebaik sahaja aku mengucapkan terima
kasih.
Macam tak ikhlas aje teman aku. Ada juga lelaki
macam ni? Malang betul la siapa yang jadi awek dia. Huh!

73

Cinta Si Wedding Planner

Bab 9
S

ekembalinya aku ke KL, aku


kembali sibuk dengan kerja di
butik dan juga kedai bunga. Ada
sahaja tempahan pelanggan. Malah, khidmat fotografi untuk
majlis mencukur jambul, bertunang, majlis perjumpaan dan
macam-macam lagi semakin mendapat sambutan ramai.
Tak
menang
tangan
aku
dan
Fauzan
mengendalikan bahagian fotografi. Nasib baik Kak Lina
banyak membantu aku untuk menguruskan butik. Kedai
bunga pula diuruskan oleh Mary jika aku tidak
berkesempatan menjengah kedua-duanya.
Aku banyak bergerak ke sana dan ke sini bersamasama Fauzan. Sehingga ada pelanggan yang mengatakan
kami berdua ialah pasangan kekasih apabila melihat
kemesraan kami berdua. Rakan sekerja aje la! Nak mampus
dengan Bazli?
Dua minggu ke hulu dan ke hilir bersama-sama
Fauzan memenuhi permintaan pelanggan dan menguruskan
album yang sudah hampir siap, aku dapat menarik nafas lega
apabila dapat juga menapak ke butik dan berehat di bilik

74

Dhiyana
kerja aku.
Aku meletakkan beg sandang yang tertera tulisan
Canon di atas meja. Beg itulah mengisi segala kelengkapan
gadget canggih yang aku gunakan untuk mengambil gambar.
Itu kamera DSLR pertama yang aku beli. Dan gambar arwah
ibu dan abah yang menjadi potret pertama aku abadikan
menggunakan kamera itu.
Aku tersandar keletihan di kerusi kulit. Jari
telunjuk aku menekan butang On di CPU. Sementara
menunggu skrin utama terpampang, aku lelapkan mata
seketika untuk merehatkan minda dan juga tubuh yang
keletihan sejak kebelakangan ini.
Kak Zara... Sorry mengganggu. Ada pelanggan nak
jumpa Kak Zara. Puan Marina, ujar Dayana yang sudah
terpacak di muka pintu yang terbuka. Aku kembali membuka
kelopak mata dan mengangguk kecil lantas terus bangun dari
kerusi.
Sebaik sahaja terlihat kelibat Puan Marina dan juga
Kak Nadhrah, kedua-duanya tersenyum manis kepada aku.
Aku juga turut membalas senyuman mereka walaupun
kelihatan lemah. Aku merapati Puan Marina dan menyalami
kedua-dua beranak itu.
Zara dah lunch? Saya dan mama nak ajak Zara
lunch sekali, sapa Kak Nadhrah akan tujuannya.
Serba salah pula aku rasakan kalau menolak ajakan
mereka berdua. Sementelah dua minggu lepas aku pulang ke
kampung ketika mereka berdua mengunjungi butik untuk
mempelawa aku. Walaupun keletihan, aku setuju juga
dengan ajakan mereka berdua.
Baiklah.
Restoran Oldtown yang tidak jauh dari butik

75

Cinta Si Wedding Planner


menjadi pilihan Puan Marina. Aku hanya mengikuti
cadangan dan pilihan mereka berdua. Kami bertiga memesan
menu yang diingini kepada pelayan itu.
Nad... Mana angah? Tak keluar ofis lagi? Katanya
nak lunch sekali, kan? soal Puan Marina bertanyakan kepada
Kak Nadhrah akan gerangan si angah yang disebutnya.
Sekejap... Nad call angah. Telefon bimbit yang
berada di atas meja segera disentuh skrin lebar. Seketika
kemudian Kak Nadhrah melekapkan telefonnya ke telinga.
Kak Nadhrah sabar menanti panggilannya dijawab.
Angah... Barangkali panggilan Kak Nadhrah sudah berjaya
disambungkan.
Pula? Dah tu, tak jadi la lunch sekali ni? soal Kak
Nadhrah lalu terdiam seketika. Kerutan kelihatan di
wajahnya.
Yalah. Waalaikumussalam. Kemudian, Kak
Nadhrah menamatkan panggilan itu. Wajah Kak Nadhrah
kelihatan sedikit sugul.
Angah kena jumpa klien dari Jepun, last minute.
Angah kata sorry kat mama. Malam nanti angah singgah
rumah untuk dinner, ujar Kak Nadhrah kepada Puan
Marina. Puan Marina hanya menggeleng kecil.
Angah... Angah... Dulu kerja navy tak la sesibuk
macam ni. Sejak kerja dengan papa, sibuknya mengalahkan
Perdana Menteri. Apa yang dikejarnya pun tak tahu la. Sibuk
memanjang, omel Puan Marina.
Itu la, mama. Nad pun dah tak tahu nak nasihat
macam mana. Nak kena ikat kaki angah juga la, mama. Baru
angah tahu melekat di rumah. Aku hanya sekadar
mendengar perbualan anak-beranak itu tanpa ada niat untuk
mencelah.

76

Dhiyana
Mama memang nak ikat pun. Tapi, Nad tengoklah.
Sibuk aje.
Aku hanya tersenyum dengan perbualan mereka
berdua. Walaupun aku langsung tidak memahaminya, aku
hanya berikan senyuman kepada mereka. Lantaklah! Janji
aku tak menyombong. Dah la dia orang ni pelanggan aku.
Zara nampak letih, kenapa? soal Puan Marina
kepada aku.
Biasalah, puan. Letih ke sana ke sini penuhi
permintaan pelanggan. Ambil gambar sana-sini, itu yang
letih, jawab aku.
Kenapa tak suruh staf aje yang ambil gambar?
soal Puan Marina lagi.
Kami berdua sama-sama ambil gambar, balas aku.
Nanti majlis Mie, Zara juga ke yang ambil
gambarnya?celah Kak Nadhrah pula.
Saya dengan Fauzan yang ambilnya. Lagipun kami
berdua aje yang terlibat dalam fotografi, jelas aku.
Puan Marina memandang aku lalu menghadiahkan
sebuah senyuman kepada aku.
Kalau saya nak tanya sesuatu, Zara jangan terasa
hati, ya? Aku mengangguk kecil akan kata-kata Puan
Marina.
Zara dah ada teman lelaki? soal Puan Marina. Aku
terkejut kecil dengan pertanyaan itu tetapi aku kawal riak
wajah aku sebaik mungkin.
Dua pasang mata memandang aku dengan penuh
minat dan kesabaran. Aku memandang wajah kedua-duanya
silih berganti. Namun, belum sempat aku membuka mulut,
suara lain pula mencelah.

77

Cinta Si Wedding Planner


Along! Mama! Spontan kami bertiga mengalihkan
pandangan ke arah suara tersebut. Kelihatan Aliya dan Mikail
terpacak berdiri tidak jauh dari meja yang kami bertiga
duduki. Kedua-duanya merapati meja.
Lunch tak ajak, sindir Mikail dengan nada
bergurau. Dengan penuh hormat tangan Puan Marina dan
Kak Nadhrah disalami oleh Mikail dan Aliya.
Orang tu berkepit dengan bakal isteri sepanjang
masa. Maklumlah, dah nak dekat tarikh, kan, perli Kak
Nadhrah kembali. Tersengih-sengih Mikail. Kedua-duanya
mengambil tempat di meja yang diduduki kami bertiga.
Asalnya mama nak ajak angah lunch sekali. Tapi,
angah ada plan lain last minute. Kena jumpa klien dari Jepun
pula. Itu yang kami bertiga aje, jelas Puan Marina. Mikail
dan Aliya tersenyum kecil dengan penuh makna. Kenapa aku
rasa lain aje senyuman dia orang berdua? Ada sesuatu ke
yang aku tak tahu?
Haah! Angah tiba-tiba dapat call. Angah kena
jumpa klien dari Jepun di Subang. Sekarang ni angah dah
jarang duk diam di ofis. Ada aje kerja angah di luar. Paling
kerap sekali angah selalu turun tapak projek di Damansara
dengan Klang, ujar Mikail akan pergerakan abangnya itu.
Aihhh... Tak tahu la apa nak jadi dengan angah ni.
Suka buat hal sendiri. Dulu tak macam ni pun. Ada saja masa
untuk famili. Sekarang ni hanya hujung minggu aje ada di
rumah. Enam hari lagi asyik sibuk dengan kerja, bebel Puan
Marina akan gerangan si angah yang menjadi sebutan
mereka sekeluarga.
Kalau Zara nak tahu, angah ni lain daripada yang
lain. Angah tak banyak cakap, diam aje. Tapi, kerja angah tiptop! Nak tengok angah senyum pun susah. Muka angah

78

Dhiyana
selalu aje serius, celah Mikail bercerita akan gerangan
abangnya. Kak Nadhrah menganggukkan kepala bersetuju.
Hanya Nana aje yang mampu buat angah ketawa
dan tersenyum. Along selalu curi-curi tengok dia orang
berdua bermain. Angah selalu tersenyum bermain dengan
Nana, sampuk Kak Nadhrah pula.
Angah... Angah... Susah nak tahu apa isi hati dia.
Sejak kejadian tu terus angah jadi macam ni, keluh Puan
Marina dengan nada perlahan. Tertanya-tanya aku akan
kejadian yang menimpa gerangan angah keluarga ini.
Mama... Sabar, eh? pujuk Kak Nadhrah.
Insya-Allah, puan. Anak puan akan kembali
tersenyum dan ketawa seperti dulu semula. Puan sekeluarga
perlu berdoa kepada Allah. Kadang-kadang pengalaman lepas
membuatkan seseorang itu bereaksi sebegitu. Insya-Allah,
pada masa akan datang, senyuman dan tawa akan menghiasi
wajah anak puan semula, pujuk aku pula. Puan Marina
tersenyum kecil lalu mengangguk kecil.
Hmmm... Kenapa dengan si angah ni, eh? Apa
masalah dia sebenarnya? Teringin pula aku nak jumpa dan
bersua muka dengan si angah ni. Serius sangat ke penyakit
dia?
Zara sibuk hari ni? soal Puan Marina ketika kami
berlima sedang menjamu selera.
Tak la sangat. Cuma nak semak kerja pembantu
saya semasa saya tak datang ke butik, jelas aku.
Nak pinjam Zara dalam dua jam, boleh? soal Kak
Nadhrah pula. Terpinga-pinga aku dengan pertanyaan
mereka silih berganti.
Kak Zara ikut aje along dengan mama. Ada la tu

79

Cinta Si Wedding Planner


projek dia orang berdua. Tak rugi pun, malah
menguntungkan, celah Mikail pun. Tetapi, aku terdengar
sesuatu apabila Mikail menyebut pangkal nama aku. Aku tak
salah dengar, kan?
Sejam kemudian, aku, Kak Nadhrah dan Puan
Marina sudah berada di sebuah butik pakaian. Mikail dan
Aliya sudah pulang ke pejabat semula. Aku hanya
membuntuti langkah kaki Kak Nadhrah dan Puan Marina.
Aku datang menaiki kereta bersama-sama mereka berdua.
Baju kurung yang pelbagai rekaan dan warna
bergantungan di dalam butik itu. Puan Marina dan Kak
Nadhrah leka memilih. Aku pula sekadar menjadi pemerhati
akan gelagat dua beranak itu. Jadi pemerhati aje la. Nak beli
pun rasa nak pengsan lepas tengok harga. Sehelai baju dah
ratusan ringgit, dan ada juga yang mencecah ribuan ringgit.
Lebih baik aku simpan duit.
Mama... Ini okey tak? Kak Nadhrah menunjukkan
sehelai baju kurung moden berwarna ungu kepada Puan
Marina. Puan Marina merapati Kak Nadhrah.
Nad... Tema Mikail kan warna pic. Cari baju warna
pic la, tegur Puan Marina akan pilihan Kak Nadhrah.
Tema Aliya kan purple. Kita kan dah plan, purple
colour untuk majlis bertandang, balas Kak Nadhrah pula.
Puan Marina terdiam seketika.
Cari yang simple dan elegan, Nad. Mama tengok
baju ni pun dah serabut dengan labuci. Entah macam mana
pula orang yang nak pakainya nanti. Betul tak, Zara? Tibatiba aje nama aku disebut oleh Puan Marina. Aku
mengangguk bersetuju dengan kata-kata Puan Marina.
Memang baju kurung moden yang menjadi pilihan Kak
Nadhrah sedikit sarat dengan labuci. Dan itu bukan pilihan

80

Dhiyana
aku.
Tengok tu, Zara pun bersetuju dengan mama,
tambah Puan Marina lagi.
Kak Nadhrah kembali memilih pakaian yang lain
pula. Kedua-duanya tekun memilih pakaian yang
bergantungan. Aihhh... Aku ni hanya menjadi penasihat ke?
Tak bosan ke pilih lama-lama? Kalau ikutkan aku, tak sampai
sejam dah dua pasang baju aku beli.
Nad... How about this? Puan Marina
menayangkan sehelai baju kurung Pahang yang berkain
kapas kepada Kak Nadhrah. Simple! Aku suka!
Wow! Mama... Along suka! Kak Nadhrah setuju
akan pilihan Puan Marina.
And... How about this, mama? Giliran Kak
Nadhrah pula menayangkan sehelai baju kurung moden
berwarna ungu. Rekaannya ringkas dan hiasannya juga tidak
merimaskan pandangan sesiapa yang melihat. Cantik!
Nice! puji Puan Marina.
Zara try kedua-dua baju ni. Arahan Puan Marina
membuatkan aku terkejut. Buntang mata aku memandang
kedua-dua beranak yang sedang menghulurkan pakaian yang
menjadi pilihan mereka.
Zara? panggil Puan Marina lagi, mengejutkan aku
daripada perasaan terkejut. Menggigil lutut aku untuk
melangkah menghampiri mereka berdua.
Zara try baju-baju ni dulu. Tengok muat tak
dengan saiz Zara. Kalau tak muat, nanti kita request saiz
yang bersesuaian dengan Zara, arah Puan Marina. Aku
memandang Puan Marina menagih penjelasan.
Mama nak belikan Zara baju untuk majlis alang

81

Cinta Si Wedding Planner


dengan Aliya. Mama nak bawa Zara ke majlis bertandang
rumah Aliya, jelas Kak Nadhrah. Semakin bulat mata aku
memandang Puan Marina dan Kak Nadhrah.
Kenapa saya, puan? soal aku setelah lama
mendiamkan diri.
Entah kenapa hati saya suka sangat dengan Zara.
Saya dah anggap Zara macam anak saya sendiri, jawab Puan
Marina berserta senyuman di wajahnya.
Tapi... Tak perlu la puan membazir beli pakaian
untuk saya, ujar aku pula. Terasa macam ambil kesempatan
la pula.
Tak salah kan saya membeli untuk anak saya
sendiri? soalnya seraya tangan aku ditarik lembut dan
diarahkan mengambil pakaian yang dihulurkan oleh Puan
Marina. Kelu lidah aku untuk berkata-kata lagi.
Zara... Anggap aje macam seorang mama belikan
untuk Zara, pujuk Kak Nadhrah apabila aku seperti terkaku
dengan kata-kata Puan Marina. Tangan aku ditarik mengikuti
langkahnya ke bilik persalinan.
Saya tunggu Zara di luar bilik. Zara cuba, ya?
Nanti panggil saya, ujar Kak Nadhrah lalu meninggalkan
aku yang masih termangu-mangu di bilik persalinan itu.
Pintu bilik persalinan aku tarik selaknya. Aku
menggantungkan pakaian yang dipilih oleh mereka berdua
tadi. Sepasang pakaian saja sudah mencecah enam ratus
ringgit. Kalau dua helai saja sudah mencecah ribuan ringgit.
Ya Allah!
Zara... Okey tak? Muat tak baju tu? Kedengaran
suara Puan Marina dari luar bilik persalinan.
Sekejap. Saya belum cuba lagi, jawab aku. Aku

82

Dhiyana
semakin serba salah untuk menolak atau menerima
pemberian Puan Marina.
Kalau dah siap Zara keluar, eh? Saya nak tengok,
pinta Puan Marina.
Okey, balas aku, pendek.
Aku pandang pakaian itu. Memang cantik! Tapi,
harga pakaian itu yang membuatkan aku terasa serba salah
untuk menerimanya. Dalam buntu mencari jawapan, aku
mencuba juga pakaian itu.
Selang beberapa minit kemudian, aku membuka
pintu bilik persalinan. Kelihatan Kak Nadhrah dan Puan
Marina sudah menunggu di luar bilik. Kedua-duanya
tergamam apabila melihat pakaian yang dipilih oleh Puan
Marina sudah tersarung di tubuh aku.
Perfect! Along suka, mama! puji Kak Nadhrah.
Zara cuba sehelai lagi, yang warna purple pula,
arah Puan Marina. Aku hanya turuti dan kembali masuk ke
dalam bilik persalinan.
Aku menggantikan baju yang dipilih oleh Puan
Marina kepada pakaian yang menjadi pilihan Kak Nadhrah
pula. Yang ini pun cantik! Kedua-duanya amat cantik! Selesai
sahaja menyarungkannya, aku kembali keluar dari bilik
persalinan untuk menunjukkan pakaian yang membaluti
tubuh aku.
Cantik! Zara selesa tak dengan saiz baju-baju tu?
Aku sekadar menganggukkan kepala. Lidah aku kelu untuk
berkata-kata.
Kalau macam tu, kita bayar aje la. Zara pergi salin
semula, ujar Puan Marina. Aku akur dan kembali semula ke
dalam bilik persalinan untuk memakai semula pakaian aku
tadi.

83

Cinta Si Wedding Planner


Aku semakin dihantui perasaan bersalah apabila
Puan Marina yang menjelaskan pembayaran kedua-dua helai
pakaian itu. Pada saat aku ingin membayarnya, Puan Marina
lebih awal menyerahkan kad kreditnya kepada juruwang
butik. Sementara itu, Kak Nadhrah pula tersengih-sengih
kepada aku.

84

Dhiyana

Bab 10
K

ini,
aku
lebih
banyak
menghabiskan masa di butik
dan di kedai bunga. Bahagian
fotografi yang selalu diuruskan oleh aku dan Fauzan telah
menerima kedatangan ahli baru. Amsyar, senior Fauzan
semasa di universiti dahulu. Amsyar salah seorang graduan
dalam bidang pereka grafik. Disebabkan masih mencari
pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya, Amsyar
menawarkan khidmatnya untuk membantu aku dalam bidang
fotografi kerana dia juga mempunyai asas dalam bidang itu.
Tugas luar ofis aku serahkan kepada Amsyar dan
Fauzan. Aku juga wujudkan sebuah bilik kecil di sebelah bilik
kerja aku untuk mereka berdua. Ini memudahkan mereka
berdua untuk melakukan kerja tanpa diganggu.
Keesokan harinya akan berlangsung majlis akad
nikah Mikail dan Aliya. Puan Marina turut menjemput aku ke
majlis akad nikah yang diadakan di Banting, kampung Aliya.
Tetapi, aku terpaksa menolaknya kerana sudah berjanji akan
menghadiri majlis perkahwinan rakan sekuliah aku pula.
Tetapi, aku tidak boleh menolak pelawaannya untuk

85

Cinta Si Wedding Planner


menghadiri majlis persandingan di rumah pengantin
perempuan. Untuk tidak menghampakan permintaan Puan
Marina, aku turutkan juga.
Kak Nadhrah awal-awal lagi sudah menghubungi
aku untuk menjemput aku di rumah. Dimintanya alamat
rumah aku untuk memudahkan dia dan Abang Yusri
menjemput aku. Amsyar dan Fauzan awal-awal lagi sudah ke
Banting untuk mengambil gambar majlis akad nikah Mikail
dan Aliya. Mereka akan bermalam di homestay untuk
menunggu keesokan harinya untuk majlis bersanding pula.
Aku membelek pakaian yang dibeli oleh Puan
Marina kepada aku beberapa minggu lepas. Memang cantik
dan saiznya padan sekali dengan tubuh aku. Aku berpusing
berulang kali di hadapan cermin untuk melihat penampilan
aku. Tak over sangat kut.
Tidak lama kemudian, aku menerima pesanan
ringkas daripada Kak Nadhrah mengatakan dia dan Abang
Yusri sudah menunggu aku di luar rumah. Terkocoh-kocoh
aku keluar dari bilik lalu menuruni tangga dengan laju ke
tingkat bawah. Kasut yang bertumit tinggi dua inci aku
sarungkan ke kaki.
Setelah mengunci pintu pagar, aku menghampiri
sebuah kereta Toyota Wish yang terparkir di tepi jalan.
Kelihatan Kak Nadhrah dan Abang Yusri setia menunggu aku
di dalam kereta itu. Aku membuka pintu kereta lalu
meloloskan diri ke dalam perut kereta. Kanak-kanak kecil
yang dipanggil dengan panggilan mesra Nana berada di
sebelah aku.
Assalamualaikum, sapa aku apabila berada di
dalam perut kereta.
Waalaikumussalam, jawab Kak Nadhrah dan

86

Dhiyana
Abang Yusri serentak.
Zara nampak cantik hari ni, puji Kak Nadhrah.
Sweet, tambah Abang Yusri pula yang kembali
memandu kereta menuju ke jalan besar.
Terima kasih. Kak Nadhrah dan Abang Yusri pun
dah mengalahkan pengantin. Tampak berseri-seri, puji aku
pula.
Itu seri pengantin, Zara! seloroh Abang Yusri
sambil ketawa kecil.
Sayang mama, salam Auntie Zara, tegur Kak
Nadhrah supaya Nana menyalami aku. Nana akur lalu tunduk
menyalami aku.
Hai, Nana, sapa aku. Nana tersenyum manis.
Macam tu la anak papa, puji Abang Yusri pula.
Papa... Pak ngah mana? soal Nana tiba-tiba tercari
kelibat pak ngah yang disebutnya. Tertanya-tanya aku juga
akan gerangan pak ngah ni. Angah yang selalu disebut oleh
Kak Nadhrah dan Mikail ke?
Pak ngah kan bawa pak lang dengan mak lang naik
kereta. Mak su pula naik kereta dengan atuk dan nenek,
jawab Abang Yusri.
Okey, papa. Senang saja Nana menerima jawapan
Abang Yusri.
Cari pak ngah dia aje, celah Kak Nadhrah.
Biarlah. Sekurang-kurangnya angah tu masih
boleh tersenyum, ketawa bila dengan Nana, pujuk Abang
Yusri seperti terkesan akan nada jauh hati Kak Nadhrah.
Alahai. Merajuk la pula Kak Nadhrah ni.
Semalam abang dengar angah membebel kepada

87

Cinta Si Wedding Planner


alang sebab alang suruh angah drive kereta Honda Civic tu.
Alang nak angah jadikan kereta tu sebagai kereta pengantin.
Gerun pula abang kalau angah tiba-tiba melenting.
Aku sekadar menjadi pendengar setia akan
perbualan pasangan suami isteri yang berada di hadapan aku.
Nana pula asyik menggenggam tangan aku seperti tak nak
dilepaskan. Eh, Nana ni kenapa pula? Macam tak nak aku lari
jauh aje.
Alang tu sengaja cari pasal. Dah tahu kereta tu
benda paling sensitif untuk angah. Mama dengan papa pun
tak pernah bercakap pasal kereta tu. Dibiarkan aje di garaj
tak bergerak langsung. Hujung minggu dibasuhnya seperti
biasa, lepas tu dihidupkan enjin tanpa memandu di atas jalan
raya.
Semakin seronok pula aku mendengar cerita akan
gerangan angah yang sedikit pelik perangainya itu. Terdetik
satu keinginan di sudut hati untuk bersua muka dengan
gerangan si angah. Kenapa si angah boleh jadi macam tu
pula, eh?
Abang jangan tanya angah pasal hal ni. Kalau rasa
nak tengok angah melenting, pergilah beranikan diri
bertanya kepada angah. Acu hampir-hampir nak makan
penampar lepas bersoal siasat banyak sangat pasal kereta tu,
sambung Kak Nadhrah lagi memberi amaran kepada Abang
Yusri.
Abang tahu la.
Zara jangan terkejut eh kalau dengar pasal angah
ni. Angah memang macam tu. Lagak gaya angah ni macam
dia yang abang long, saya pula yang angahnya. Angah ni exnavy, sebab tu angah ni strict orangnya. Tapi, angah ni baik.
Kak Nadhrah kembali menarik perhatian aku dengan cerita

88

Dhiyana
mengenai adiknya itu.
Pak ngah memang baik! Pak ngah selalu bermain
dengan Nana. Main anak patung, kadang-kadang pak ngah
bawa Nana main layang-layang, celah Nana pula. Aku
tersenyum manis lalu sebuah ciuman aku hadiahkan di dahi
Nana.
Nana sayangkan pak ngah? soal aku.
Nana mengangguk laju. Patung koala ni pak ngah
yang belikan untuk Nana. Pak ngah beli di Australia,
sambung Nana lagi sambil menunjukkan patung koala
kepada aku.
Comel macam Nana, puji aku. Semakin melebar
senyuman Nana.
Zara jangan takut kalau bersemuka dengan angah
nanti. Memang angah nampak macam garang, serius. Tapi,
angah tak macam tu pun.
Tak ada la. Saya okey, ujar aku. Ya ke tak gerun?
Hmmm... Tengok aje la nanti. Apa la penyakit si angah ni?
Serius tak tentu pasal.
Rombongan pengantin lelaki seramai sepuluh buah
kereta yang disertai oleh kaum keluarga dan juga rakanrakan Mikail tiba di rumah pengantin perempuan pada jam
dua petang seperti yang dirancang. Rakan Mikail menjadi
pengapitnya. Di belakang Mikail pula disertai oleh kaum
keluarga dan juga rakan-rakan yang lain. Di celahan wajah
yang ramai itu aku terlihat seraut wajah yang sudah lama
tidak aku lihat. Eh, dia buat apa kat sini?
Aku keluar dari rombongan itu dan mendapatkan
Amsyar dan Fauzan yang sedang mengambil gambar
rombongan pengantin lelaki. Sesekali anak mata aku melirik
raut yang selalu tampak serius seperti biasa. Tiada secarik

89

Cinta Si Wedding Planner


senyuman di wajah itu.
Semua okey, Jan? soal aku kepada Fauzan. Anak
mata aku masih melirik kepada wajah yang sedang berbisik
dengan seorang wanita yang berada di sebelahnya. Sama
cantik dan sama padan.
Okey, Kak Zara. Abang Amsyar pun tak ada
masalah, jawab Fauzan.
Petang ni balik KL? soal aku lagi. Anak mata aku
masih lagi melirik kepada wajah itu. Dan tidak semena-mena
pandangan mata kami berdua bertaut. Dia hanya
memandang aku tanpa senyuman. Pandangan matanya
sedikit tajam dan menggerunkan.
Lepas outdoor balik la. Esok pagi saya dengan
Abang Amsyar masuk lewat sikit, balas Fauzan.
Tak payah datang la esok. Cuti, berehat di rumah.
Jawapan aku menerbitkan senyuman lebar di wajah Fauzan.
Zara! Kedengaran nama aku dipanggil oleh Kak
Nadhrah. Tangannya juga digamit berulang kali memanggil
aku menyertai rombongan mereka.
Take your best shot, okay? pesan aku kepada
Fauzan. Fauzan mengangguk laju.
Aku kembali menyertai rombongan dan si dia itu
masih leka memandang aku sehingga wanita yang berada di
sebelahnya menampar lembut pipinya. Pandangan dia
kembali ke arah wanita yang berada di sebelahnya.
Aku menyertai meja yang diduduki oleh Kak
Nadhrah, Abang Yusri, Nana dan juga beberapa ahli keluarga
yang lain. Dia masih berkepit dengan wanita yang mesra dan
ramah itu. Siapa dia sebenarnya? Ahli keluarga atau salah
seorang rakan Mikail?

90

Dhiyana
Izara Batrisya! Aku tersedak kecil apabila nama
aku disebut penuh oleh satu suara. Suara tu macam kenal
aje. Lantas aku berpaling dan memandang sesusuk tubuh
yang terpacak berdiri di depan aku dengan wajah terkejut.
Kirin? Syakirin? sapa aku kembali sambil
tertanya-tanya akan gerangan yang sedang tersenyum lebar
melihat aku itu.
Weh! Agak-agak la hang dah tak kenal aku? Aku pi
India bukannya sepuluh tahun pun, sindir Syakirin. Aku
terkejut dengan rakan seuniversiti yang terpacak berdiri di
hadapan aku itu.
Kirin? Macam mana kau boleh... Belum sempat
aku menghabiskan kata-kata, Syakirin lebih pantas
memintas.
Kurus? teka Syakirin. Aku tersengih-sengih
kepada Syakirin.
Aku derma lemak aku kat penduduk India. Weh!
Hang ni makin lawa nooo. Terkejut aku tengok hang tadi,
seloroh Syakirin yang sememangnya masih lekat loghat utara
dalam pertuturannya walaupun sudah tiga tahun menuntut
di India.
Aku pun hampir tak kenal kau tadi. Berubah tiga
ratus enam puluh darjah weh. Hilang imej budak debab,
seloroh aku kembali. Mengekek ketawa aku dan Syakirin.
Zara... Rindunya aku kepada hang, luah Syakirin.
Aku berdiri lalu memeluk tubuh Syakirin yang dahulunya
debab.
Kau buat apa kat sini? soal aku apabila pelukan
terlerai.
Ni kenduri adik tiri aku la, weh. Hang pula, apa

91

Cinta Si Wedding Planner


cerita? Kawan adik ipaq aku ka? Atau hang bakal jadi ahli
keluarga adik ipaq aku? Terkejut aku dengan jawapan
Syakirin. Tiba-tiba anak mata aku menangkap satu kelibat
yang sedang menghampiri aku dan Syakirin. Alamak! Dia nak
datang ke sini ke?
Zara kenal Kirin? celah Kak Nadhrah yang turut
berada di situ. Aku dah lupa akan Kak Nadhrah sekeluarga
yang berada di situ.
Kirin ni kawan Zara semasa di UiTM dulu, balas
aku.
Sebenarnya, Kak Nad... Kami roommate since first
semester sampai la habis diploma. Zara ni, roommate yang
cukup gila otak dia. Otak masuk ayaq! sampuk Syakirin pula
dengan selamba.
Kalau Kirin nak tahu, Zara ni sebenarnya... Anak
angkat mama dan papa Kak Nad. Terkejut beruk aku dengan
salam perkenalan Kak Nadhrah akan diri aku kepada
Syakirin. Bulat mata aku memandang Kak Nadhrah. Abang
Yusri pula tersenyum menggelengkan kepala. Syakirin lagi la
terkejut beruk.
Kelibat yang sudah hampir dengan aku juga turut
terkejut dengan salam perkenalan Kak Nadhrah. Langkah
kakinya terhenti tidak jauh dari aku. Kami sama-sama
memandang apabila aku mengalihkan pandangan aku
daripada Kak Nadhrah.
Angah, kenapa? Sapaan Kak Nadhrah kepada
kelibat yang dipandang oleh aku itu membuatkan aku
hampir pitam. Pandangan kami berdua bertaut hanya sekejap
sahaja. Segera dia mengalihkan pandangannya ke arah Kak
Nadhrah pula.
Nana!

jawab

gerangan

92

si

angah

sambil

Dhiyana
memanggil anak saudaranya.
Pak ngah! Nana melonjak kegembiraan apabila
terpandang akan kelibat si bapa saudara pula.
Angah... No ice cream for Nana, okay? Nana baru
baik daripada batuk aje, pesan Kak Nadhrah apabila Nana
sudah berada di dalam dukungan si angah.
I will! sahutnya lalu beredar dari situ. Sekali lagi
kami berpandangan sebelum dia berlalu. Seperti biasa,
wajahnya tampil dengan riak serius. Tertelan biji asam ke apa
dia ni? Asyik serius aje memanjang.
Itu la angah. Kak Nadhrah memperkenalkan
gerangan si angah.
Yang di sebelah angah tu, Acu Sofea. Adik bongsu
kami bertiga. Dia belajar di Australia, tambah Kak Nadhrah
lagi akan gerangan wanita yang sememangnya rapat dengan
gerangan si angah.
Hang dah cayaq ka, Zara? bisik Syakirin
menyindir aku.
Kau ni Kirin, tak habis-habis. Tak ada masa weh
nak layan semua tu, tukas aku akan sindiran Syakirin.
Kak Nad... Pinjam Zara. Dah lama tak sembang
dengan Zara. Dia ni bekerjaya besar, susah nak jumpa. Dua
puluh empat jam sibuk memanjang! perli Syakirin lagi.
Pinjam aje la, Kirin. Kak Nad faham bila member
dah berjumpa, balas Kak Nadhrah. Belum sempat aku
membuka mulut, pantas sahaja Syakirin menarik tangan aku
meninggalkan kawasan kanopi.
You owe me an explanation. About you and Kak
Nads family. Syakirin mula menuntut akan penjelasan. Aku
sudah sedia maklum akan perangai Syakirin yang satu ini.
Aihhh... Anak mami ni kan. Aku sekeh juga nanti.
93

Cinta Si Wedding Planner

Bab 11
W

alaupun masih mengantuk,


aku menggagahkan diri
untuk memandu kala hening
pagi menuju ke lapangan terbang. Aku tersandar di kerusi
yang disediakan dengan keadaan yang masih mengantuk.
Tersengguk-sengguk aku menunggu kepulangan tuan tanah
kedaung yang akan sampai tidak lama lagi.
Sesekali aku melihat jam yang terlilit di
pergelangan tangan. Sudah hampir lima belas minit aku
menunggu di situ. Bermakna sudah hampir lima belas minit
melewati waktu ketibaan kapal terbang yang dinaiki Bazli.
Namun, kelibatnya masih lagi tidak kelihatan.
Aku meneguk lagi air kopi panas yang aku beli dari
vending machine. Sudah dua cawan aku teguk namun
langsung tidak berkesan. Malah mengantuk semakin terasa.
Sudah beberapa kali aku menguap kecil menahan kantuk
sambil menunggu tuan tanah kedaung. Perlahan-lahan aku
menutup kelopak mata untuk melelapkan mata seketika.
Seminit, dua minit, tiga minit... Lima minit...
Sepuluh minit... Sunyi sepi sahaja suasana aku rasakan.

94

Dhiyana
Semakin seronok pula lena aku kala sunyi sepi sebegini
sehingga aku terlupa di mana aku berada sekarang.
Sehinggalah satu suara menerjah gegendang telinga.
Izara Batrisya binti Aziz!
Berulang kali nama penuh aku dipanggil suara
tersebut. Terasa dekat sekali, seakan-akan berbisik di telinga
aku. Walaupun terasa berat kelopak mata untuk dibuka, aku
gagahkan juga. Terkebil-kebil aku memandang sekeliling.
Aku masih di lapangan terbang, ingatkan di rumah.
Aku pandang kelibat yang turut duduk di sebelah
aku. Terkebil-kebil aku memandang wajah yang kelihatan
segak dengan kumis nipis menghiasi wajahnya. Sudah lama
aku tidak menatap wajah itu secara bersemuka sebegini.
Kenapa ni? Mengantuk sangat? soalnya kepada
aku. Aku mengangguk kecil lalu melentokkan kepala di atas
bahunya.
Takkan nak tidur di sini pula? Balik tidur di rumah
la, sayang, pujuknya dengan nada lembut. Aku mengangguk
kecil.
Macam mana Li nak tolak troli kalau Zara asyik
menyendeng macam ni? tegurnya akan telatah aku. Aku
mengangkat kepala semula dari bahu yang kusangkakan
bantal empuk. Aihhh... Mengantuknya.
Aku dan Bazli jalan beriringan meninggalkan ruang
lobi. Kami menuju ke kawasan parkir. Aku menyerahkan
kunci kereta kepada Bazli. Pandai-pandai la Bazli nak simpan
bagasi dia ke dalam bonet kereta. Aku pula terlebih awal
meloloskan diri ke dalam perut kereta di sebelah pemandu.
La... Li jet lag la, Zara. Letih ni, adu Bazli.
Zara mengantuk. Mengantuk sangat-sangat! Dah

95

Cinta Si Wedding Planner


tak boleh buka mata lagi. Kalau Zara drive, alamatnya tengah
hari nanti pak lang dan mak lang jenguk kita di hospital,
balas aku pula.
Yalah... Li drive. Sayang tidur, okey? Akhirnya
Bazli mengalah jua. Bazli mengambil tempat di bahagian
pemandu.
Thank you, ucap aku.
Kasihmu diterima, sayang, sahut Bazli lalu
mengucup tangan aku. Aku tersenyum kecil dengan keadaan
mamai.
McDonalds breakfast start pukul berapa, Zara?
soal Bazli sambil memandu kereta. Kes tak nak bagi aku
tidur la ni.
Empat setengah pagi, jawab aku dengan mata
yang tertutup rapat.
Kita breakfast dulu nak tak? ajak Bazli.
Jawapan aku pula... Aku menguap dengan mulut
yang terbuka luas, pantas tangan aku menutup mulut. Aku
berpura-pura mengantuk. Tapi, hakikatnya aku memang
mengantuk yang amat. Di dalam kepala sudah terbayang
tilam, bantal dan selimut. Kalau tak kerana nak menjemput
Bazli, sudah pasti aku sedang terbongkang tidur.
Kita balik rumah aje la. Nanti kita breakfast
McDonalds. Sekali lagi Bazli mengalah dengan kehendak
aku. Dalam kesuraman cahaya, aku tersenyum kemenangan.
Sejam kemudian, kereta yang dipandu oleh Bazli
sudah berhenti di hadapan rumah teres dua tingkat yang aku
huni. Rumah peninggalan arwah abah. Selepas arwah abah
pencen daripada menjadi polis, arwah abah membeli rumah
teres ini untuk kami sekeluarga.

96

Dhiyana
Li tidur di hotel aje la, ujar Li apabila tiba di
hadapan rumah.
Ada Dayana dalam rumah. Dayana tidur di rumah
Zara selama Li bermalam di sini, terang aku akan pelawaan
aku.
Li park kereta kat dalam. Bahaya kalau park di
luar. Karang patah side mirror kereta, pesan aku kepada
Bazli lalu keluar dari perut kereta untuk membuka pintu
pagar buat Bazli.
Bazli akur akan pesanan aku lalu memarkirkan
kereta di laman rumah. Aku menutup kembali pagar rumah.
Setelah mematikan enjin kereta, Bazli beralih ke bonet
belakang kereta untuk mengeluarkan bagasi yang berisi
pakaian. Aku pula membuka pintu jeriji dan pintu utama
rumah.
Li tidur di bilik tetamu di tingkat bawah. Dayana
dah guna bilik tetamu di tingkat atas, ujar aku kepada Bazli
setelah kami berdua memasuki ke dalam rumah.
Aku kembali terbayang tilam dan bantal yang
berada di tingkat atas. Sudah berapa kali aku menguap
menahan kantuk. Aku tahu Bazli perasan akan tingkah laku
aku. Buruk betul perangai menguap dengan mulut terbuka
luas di depan teman lelaki. Memang jatuh saham!
Zara naik atas tidur dulu. Pandai-pandai Li aje la.
Nanti siang kita berbual lain. Zara dah tak tahan sangat ni,
jelas aku kepada Bazli.
Bazli menguntum senyuman dengan penjelasan
aku. Pergilah tidur. Li, okey. Macam Li tak biasa dengan
rumah arwah pak long pula. Ni kan bakal rumah Li juga,
sahut Bazli berserta selorohnya. Aku tersenyum kecil.
Okey. Good night. Assalamualaikum, sapa aku

97

Cinta Si Wedding Planner


sebelum berundur diri.
Waalaikumussalam. Good night, sayang, sapa
Bazli kembali.
Aku membalas senyuman Bazli dengan hati yang
berbunga riang. Aku mendaki anak tangga menuju ke tingkat
atas meninggalkan Bazli yang berada di tengah-tengah ruang
tamu. Pandai-pandai Bazli cari bilik tetamu aje la. Bukannya
tak biasa dengan rumah ni, kan. Dah terlebih biasa pun.
Sejurus selepas menapak masuk ke dalam bilik
tidur, terus aku menanggalkan tudung dan kardigan. Aku
humban tubuh aku ke atas tilam empuk dan lantas menarik
comforter menyelubungi tubuh aku. Tidak sampai lima
minit, tidur aku sudah dijemput.
Lena aku diganggu dengan ketukan di daun pintu.
Kemudian, kedengaran nama aku dipanggil oleh suara garau
dari arah luar bilik. Terpinga-pinga aku yang baru tersedar
daripada tidur. Aku belek jam yang masih terlilit di
pergelangan tangan.
Buntang mata aku melihat jam tangan aku. Sudah
pukul sepuluh setengah pagi. Alamak! Comforter yang
menyelimuti tubuh, aku tolak dengan kasar. Segera aku
turun dari katil.
Izara Batrisya! Sampai pukul berapa nak tidur ni?
bebel suara garau dari luar bilik tidur. Aku menoleh ke arah
pintu yang masih tertutup rapat. Suara macam kenal. Aku
tak mimpi, kan?
Eh? Awal pagi tadi kan aku pergi jemput Bazli di
lapangan terbang? Bazli bermalam di rumah aku dua hari
sebelum kami pulang ke kampung. Dah nyanyuk ke apa aku
ni?
Zara dah bangun. Kejap! Zara nak mandi dulu,

98

Dhiyana
laung aku sebelum Bazli menerjah masuk ke dalam bilik
tidur aku.
Fifteen minutes, sayang. Dayana dah tunggu kat
bawah ni. Breakfast dan pergi kerja sekali. Bos kena la tunjuk
contoh kat pekerja. Ni tak... bebel Bazli lagi.
Sekejap! balas aku kembali lalu bergegas
menghilangkan diri ke dalam bilik air. Bazli kalau bab
membebel kalah mak lang. Dia juara! Mengalahkan nenek!
Dua puluh minit kemudian, terkocoh-kocoh aku
turun dari tingkat atas menuju ke ruang dapur. Sarapan pagi
sudah siap tersedia di atas meja makan. Dayana dan Bazli
sudah sedia menunggu aku di meja makan.
Jom Dayana... Abang Li hantar pergi kerja. Tunggu
orang tu, alamatnya kelaparan la kita. Tetamu pula yang kena
layan diri. Terkesan nada jauh hati Bazli apabila aku tidak
melayaninya seperti yang diharapkannya.
Li... Aku cuba melunakkan nada aku untuk
memujuknya.
Dah tak sempat nak bersarapan. Tengok jam tu
dah dekat pukul sebelas pun. Masa untuk kerja! jawab Bazli
apabila mengetahui niat aku untuk memujuknya. Cepatcepat Bazli mengemas meja makan.
Aku capai sekeping roti putih dan terus berlalu
keluar dari ruang dapur. Aku menghenyak punggung di atas
sofa di ruang tamu. Biar Dayana dan Bazli yang mengemas
meja makan. Tidak lama kemudian, kedua-duanya keluar ke
ruang tamu.
Tak payah nak melepak, buang masa. Kerja,
mencari rezeki tu lebih penting, tegur Bazli apabila aku
hanya duduk dengan wajah yang masam mencuka sambil
mengunyah roti kosong.

99

Cinta Si Wedding Planner


Dengan perasaan sebal, aku membuntuti langkah
Bazli dan Dayana untuk keluar dari rumah. Bazli mengunci
pintu utama dan pintu jeriji. Sementara itu, aku membuka
pintu pagar rumah untuk memudahkan Bazli keluarkan
kereta dari pekarangan rumah. Setelah Bazli mengeluarkan
kereta, aku mengunci pintu pagar semula dan meloloskan
tubuh ke dalam perut kereta.
Cantik sangat la buat muka macam tu, tegur
Bazli dengan nada perlahan akan riak wajah aku yang masam
mencuka apabila ditegurnya berulang kali pada pagi ini.
Tegurannya aku balas dengan sepi. Tiada balasan
atau sahutan daripada aku seperti biasa. Aku hanya
mendiamkan diri sambil memandang ke luar tingkap kereta.
Tidak lama kemudian, kedengaran keluhan kecil Bazli.
Merajuk la pula sayang Li ni. Tegur aje dah
sentap, keluh Bazli akan perubahan sikap aku tiba-tiba. Saja
nak bermanja, sebenarnya. Dah lama tak berjumpa la
katakan.
Tidak lama kemudian, kedengaran telefon bimbit
aku berbunyi dari beg silang. Pantas aku keluarkan dari
poket beg. Tertera nama Kak Nadhrah di skrin. Segera aku
menekan butang hijau untuk menjawab panggilan Kak
Nadhrah.
Assalamualaikum, sapa aku.
Waalaikumussalam. Zara... Suara Kak Nadhrah
mula kedengaran di hujung talian.
Ya, Kak Nadhrah, sahut aku apabila nama aku
disebutnya.
Hari ni Zara jenguk keadaan dewan, kan? Zara
datang dengan siapa? soal Kak Nadhrah tentang kedatangan
aku untuk menjenguk keadaan dewan yang akan

100

Dhiyana
berlangsungnya majlis Mikail dan Aliya.
Zara datang dengan sepupu Zara. Mungkin pukul
dua belas kut Zara akan ada di sana. Kak Nadhrah nak datang
ke? soal aku kembali.
Haah! Datang dengan mama. Mama asyik
bertanyakan Zara aje, balas Kak Nadhrah. Kenapa pula Puan
Marina asyik bertanyakan pasal aku? Aku ada buat salah ke?
Kalau Zara dah sampai kat dewan, Zara call Kak
Nadhrah, ujar aku.
Okey, sahut Kak Nadhrah.
Assalamualaikum, sapa aku sebelum menamatkan
talian.
Waalaikumussalam. Salam aku dijawab oleh Kak
Nadhrah. Selang beberapa saat kemudian, talian sudah
dimatikan.
Dayana... Anak Puan Marina nak pelamin tiga
panel, kan? soal aku kepada Dayana yang berada di tempat
duduk belakang.
Haah! Tiga papan panel. Tema, mint colour. Puan
Marina nak guna fresh flower untuk meja makan pengantin,
jawab Dayana.
Okey, balas aku, pendek. Permintaan Puan Marina
itu aku sudah sedia maklum. Sudah acap kali Puan Marina
menyuarakan permintaannya itu kepada aku.
Sekejap lagi saya nak ke hotel. Nak tengok keadaan
ballroom sebelum kita start kerja kita buatkan pelamin.
Pesan kepada Amsyar dan Jan settle gambar majlis Ammar
dengan Ain dulu. Minggu ni dah nak hantar ke kedai, pesan
aku kepada Dayana.
Okey, Kak Zara.

101

Cinta Si Wedding Planner


Bazli tidak pula mencelah perbualan aku dengan
Dayana. Bazli hanya menumpukan perhatiannya pada
pemanduan. Selesai menyampaikan pesanan kepada Dayana,
aku kembali mendiamkan diri. Dayana dan Bazli juga
sebegitu. Mungkin dia orang berdua fikir mood aku tak
berapa baik barangkali.

Sebelum aku ke hotel yang akan berlangsungnya majlis


perkahwinan Mikail dan Aliya, aku selesaikan dahulu beberapa
kerja aku di butik dan juga kedai bunga. Aku memeriksa
beberapa tempahan para pelanggan. Bazli pula sekadar
menemani aku di dalam bilik kerja tanpa berbual sepatah pun
dengan aku.
Kruk-kruk! Perut aku mula bernyanyi-nyanyi kecil.
Aku mengusap perut tanpa dilihat oleh Bazli yang sedang
melayari Internet menggunakan iPhone miliknya. Aku cuba
menumpukan perhatian kepada kerja aku, namun ternyata
hampa. Aku pandang ke arah Bazli sekilas. Pandangan kami
berdua bertaut.
Kenapa? soalnya. Aku sekadar menggelengkan
kepala.
Kruk-kruk! Perut aku kembali berbunyi. Aku
tersandar kelaparan di kerusi. Kelopak mata aku dipejamkan
seketika, berharap rasa lapar ini akan hilang sebaik sahaja
aku membuka kelopak mata. Namun, langsung tidak berjaya.
Bukan rasa lapar yang hilang namun sebaliknya pula. Kelibat
Bazli pula tidak kelihatan di dalam bilik. Entah ke mana pula
arjuna hati aku menghilangkan diri?
Aku menyilangkan kedua-dua belah tangan aku di

102

Dhiyana
atas meja. Kepala aku diletakkan di atas meja dengan
beralaskan lengan. Lama aku sebegitu bagi mengurangkan
rasa lapar yang semakin terasa. Aduh! Kalau dibiarkan boleh
kena gastrik macam ni.
Li dah belikan roti dan air untuk Zara. Makan la.
Karang sayang kena gastrik, lagi susah. Suara Bazli
memecah kesunyian bilik. Lantas aku mengangkat wajah dan
memandang Bazli.
Tiba-tiba air mata aku mengalir di pipi. Rasa lapar
yang teramat sehingga mengalir air mata aku. Pada masa
yang sama, aku tersentuh dengan sikap prihatin Bazli
terhadap aku.
Sayang... Kenapa ni? Li ada buat salah ke?
Terkesan nada serba salah daripada suara Bazli apabila dia
seperti kaget dengan linangan air mata di pipi aku. Pantas air
mata itu dikesat dengan hujung jarinya.
Sayang makan, eh? Li minta maaf pasal pagi tadi.
Li tak sengaja nak marahkan Zara. Li minta maaf kalau Zara
terasa hati dengan kata-kata Li, pujuk Bazli dengan nada
yang lembut. Aku sekadar menggeleng kecil.
Dah la, jangan menangis lagi. Zara makan, eh? Li
suapkan Zara, pujuk Bazli lagi.
Bungkusan roti dibukanya dan roti tersebut dicubit
lalu disuapkan ke mulut aku. Aku akur mengikuti setiap
tingkah lakunya. Air kotak juga turut disuapkannya ke mulut
aku. Aku dilayan seperti anak kecil oleh Bazli.
Lapar lagi? soal Bazli apabila sudah dua bungkus
roti aku makan. Aku menggeleng kecil dengan
pertanyaannya.
Temankan Zara ke hotel. Hujung minggu ni ada
majlis Zara nak kena handle, ujar aku setelah lama

103

Cinta Si Wedding Planner


bermogok dengannya, sejak awal pagi tadi.
Okey, sayang. Bazli setuju akan permintaan aku.

104

Dhiyana

Bab 12
K

etika aku tiba di hotel, Puan


Marina dan Kak Nadhrah
terlebih awal berada di sana.
Selain mereka berdua, turut kelihatan Nana yang tersenyum
kegembiraan melihat kelibat aku. Aku menyalami Puan
Marina dan Kak Nadhrah. Dan aku juga memperkenalkan
Bazli kepada mereka berdua, tetapi hanya sebagai sepupu aku
yang baru pulang dari luar negara.
Aku berjalan beriringan dengan Puan Marina dan
Kak Nadhrah sambil menerangkan suasana majlis yang bakal
berlangsung beberapa hari lagi. Segala perancangan yang aku
aturkan aku maklumkan kepada mereka berdua.
Bazli aku biarkan bersendirian. Nana juga turut
ditinggalkan oleh Kak Nadhrah. Sesekali aku mengerling ke
arah Bazli yang cuba beramah mesra dengan Nana,
menemani Nana berbual. Bazli senang menyesuaikan diri
dengan keadaan sekelilingnya.
Sepupu Zara belajar di mana? soal Puan Marina
yang juga sesekali mengerling ke arah Bazli yang sedang
berbual mesra dengan Nana.

105

Cinta Si Wedding Planner


Switzerland, jawab aku.
Dah lama sepupu Zara belajar di sana? celah Kak
Nadhrah pula.
Empat tahun. Dah habis belajar sekarang ni,
jawab aku lagi.
Ermmm... Dah habis belajar? Dari Swiss terus
datang jumpa Zara, bukan mak dan ayah sepupu Zara? Kak
Nadhrah mula berteka-teki. Aku memandang Kak Nadhrah
yang kelihatan sedikit pelik.
Kenapa, Kak Nadhrah? soal aku kembali.
Mesti Zara ni someone special untuk dia, kan?
Sepupu yang paling dia sayang, kan? sergah Kak Nadhrah
tiba-tiba. Terkejut kecil aku dengan sergahan Kak Nadhrah.
Mana ada, Kak Nadhrah! Kami berdua memang
rapat sejak kecil lagi. Mungkin dah terbiasa antara satu sama
lain, tukas aku sebelum Kak Nadhrah dan Puan Marina
dapat menghidu perhubungan aku dengan Bazli.
Nad. Perlahan sahaja suara Puan Marina menegur
Kak Nadhrah apabila aku mula tidak selesa dengan kata-kata
Kak Nadhrah.
Bazli sepupu famili arwah ibu atau arwah abah
Zara? soal Puan Marina pula. Kenapa la semua asyik
bertanya mengenai Bazli?
Sepupu famili arwah ibu, balas aku.
Masih dihalalkan untuk berkahwin, celah Kak
Nadhrah dengan nada perlahan. Terpinga-pinga aku dengan
kata-kata Kak Nadhrah. Eh? Kak Nadhrah tahu ke aku
berpacaran dengan Bazli?
Nad... Tak baik cakap macam tu. Sekali lagi Puan
Marina menegur akan sikap cakap lepas Kak Nadhrah.

106

Dhiyana
Kak Nadhrah tersenyum tawar kepada aku. Sorry,
Zara. Terlebih hormon, ujarnya kepada aku. Aku sekadar
membalas dengan senyuman.
Abaikan aje Nad ni. Kita berbincang semula pasal
majlis nanti. Puan Marina bijak mengawal keadaan sebelum
suasana bertukar menjadi janggal.
Aku kembali memberi penerangan kepada Puan
Marina dan Kak Nadhrah akan keadaan pelamin yang diingini
oleh Mikail dan Aliya. Puan Marina turut bersependapat
dengan pilihan Mikail dan Aliya.
Aku juga turut mengambil beberapa keping gambar
keadaan dewan itu. Ia akan memudahkan aku melakukan
kerja pengubahsuaian nanti. Sedang aku leka mengambil
gambar, kedengaran suara Nana menjerit kecil sambil
memanggil seseorang. Serentak aku mengalihkan pandangan
ke arah Nana.
Pak ngah!
Susuk tubuh yang kelihatan santai berkemeja T
jenama POLO berwarna merah dan berseluar slek hitam
menapak masuk ke dalam dewan. Pakaiannya kelihatan
santai sekali pada hari ini. Tidak kerjakah dia?
Sekelip mata sahaja Nana sudah berada di dalam
gendongannya. Tubuh itu mengorak langkah menuju ke arah
Bazli yang sudah terpacak berdiri menanti akan
kehadirannya. Mereka berdua kelihatan berbual mesra lalu
berjabat tangan. Seketika kemudian, Bazli dan gerangan pak
ngah yang disebut oleh Nana mengalih pandangan kepada
aku.
Selang beberapa minit mereka berdua berbual,
tubuh yang menggendong Nana menghampiri aku, Kak
Nadhrah dan Puan Marina. Aku mula jadi serba tidak kena.

107

Cinta Si Wedding Planner


Aku kembali meneruskan kerja aku yang tergendala sebentar
tadi. Aku abaikan saja kedatangannya ketika ini.
Mama. Kedengaran sapaannya. Aku memandang
dia dengan hujung mata. Kelihatan dia tunduk menyalami
tangan Puan Marina dan kemudian sebuah ciuman melekap
di pipi Puan Marina pula.
Dah habis meeting? soal Puan Marina.
Bukan meeting la, mama. Just short meeting nak
handout paperwork aje. Meeting apanya tak sampai lima
belas minit? balasnya semula.
Mari mama kenalkan angah dengan someone.
Zara. Apabila nama aku disebut oleh Puan Marina, spontan
aku mengalihkan pandangan kepada Puan Marina.
Kenalkan, ini anak kedua saya, angah. Ringkas
sahaja pengenalan Puan Marina akan anak keduanya itu yang
sedikit misteri itu.
A.k.a... Fariz Adryan bin Ahmad Firdaus! celah
Kak Nadhrah sekali lagi, memperkenalkan gerangan adiknya
itu.
Hai... Zara... Izara Batrisya. Aku memperkenalkan
diri aku pula. Aku tersenyum kepadanya. Namun, senyuman
aku langsung tidak dibalasnya. Hanya sekadar mengangguk.
Arghhh! Lelaki sombong ni!
Mama kata tadi nak ajak lunch. Lama lagi ke nak
discuss pasal majlis alang? soalnya kepada Puan Marina.
Namun, sesekali aku dapat melihat anak matanya seperti
melirik kepada aku.
Sekejap la, angah. Mama nak settle hal majlis Mie
dulu. Tadi angah tak makan dengan klien? ujar Puan Marina.
No. Angah minum kopi aje. Lebih baik minum

108

Dhiyana
kopi kat warung dalam kampung, lagi sedap daripada kopi
kat hotel macam ni, balas Fariz. Kata-kata Fariz
mengingatkan aku akan permintaannya kepada aku agar
membancuh kopi untuknya.
Kenapa? Tak sedap? celah Kak Nadhrah.
Pertanyaan Kak Nadhrah dijawab dengan anggukan kecil
Fariz.
Lagi sepuluh minit, mama. And angah tak nak
lunch di hotel. Angah nak lunch di restoran Uncle Burn,
pesan Fariz sebelum berlalu meninggalkan kami bertiga.
Angah memang macam tu. Serius aje. Tapi hati
angah baik, ujar Puan Marina apabila aku seperti terkejut
dengan gelagat si angah.
Aku kembali menerangkan secara ringkas akan
majlis Mikail dan Aliya. Sesekali anak mata aku akan
memandang ke arah Bazli. Kelihatan Fariz sedang berbual
dengan Bazli. Kadang-kadang kedua-duanya seronok
melayani kerenah Nana.
Zara lunch sekali, eh? pelawa Puan Marina
apabila kami bertiga menghampiri Bazli dan Fariz. Serba
salah aku hendak menerima dan juga menolak akan
pelawaan itu. Mungkin Bazli tidak berapa selesa bersamasama mereka sekeluarga.
Bazli dengan Zara lunch sekali dengan kami, eh?
pelawa Puan Marina sekali lagi. Bazli dan aku saling
memandang. Tidak lama kemudian, Bazli memberi
keputusannya.
Saya dan Zara tunggu puan sekeluarga di tepi
jalan besar. Saya dan Zara akan ikut kereta puan dari
belakang, balas Bazli akan pelawaan Puan Marina. Terukir
senyuman di wajah Puan Marina dan Kak Nadhrah.

109

Cinta Si Wedding Planner


Aku dan Bazli terlebih dahulu menunggu di tepi
jalan besar. Bazli hanya diam membisu di tempat pemandu
kereta. Sejak keluar dari hotel sehinggalah sekarang, raut
wajahnya tidak setenang seperti selalu. Pasti ada sesuatu
yang mengganggu fikirannya.
Li... Li ada masalah ke? soal aku. Pertanyaan aku
dijawab dengan gelengan kecil daripada Bazli. Ternyata Bazli
menyimpannya dan belum bersedia mahu berkongsi dengan
aku.
Kalau boleh Li tak nak sembunyikan lagi pasal kita
daripada mak dan ayah. Dah lama hubungan kita, Zara. Dah
hampir empat tahun sejak Li sambung belajar sehinggalah Li
dah habis belajar. Li tak nak lengah lagi, luah Bazli tiba-tiba.
Aku hanya membungkam.
Esok kita balik kampung, jumpa mak dan ayah.
Kita berterus terang dengan mak dan ayah Li. Kita hadapi
sama-sama keputusan mak dan ayah, ya sayang, tambah
Bazli lagi lalu menggenggam erat tangan aku.
Kenapa tiba-tiba, Li? Tanpa sedar, pertanyaan itu
terpacul dari mulut aku. Seketika kemudian, kedengaran
Bazli menghela nafasnya.
Li tak nak Zara menjadi perhatian orang lain. Li
tak nak kehilangan Zara kepada orang lain. Li tak nak Zara
menjadi kepunyaan orang lain. Pendek kata, Li hanya nakkan
Zara seorang saja dalam hidup Li, jawab Bazli dengan nada
yang ditekankan.
Belum sempat aku membuka mulut, kedengaran
bunyi hon dari tepi kereta. Kelihatan sebuah kereta Audi A5
berwarna putih melewati kereta yang dinaiki kami berdua.
Aku kenal akan kereta itu dan juga tuan kereta. Fariz Adryan!
Puan Marina. Aku menuding jari telunjuk aku ke

110

Dhiyana
arah kereta mewah tersebut. Bazli seakan-akan faham lalu
mengekori kereta tersebut dari belakang.
Kita berterus terang, ya sayang, pujuk Bazli sekali
lagi. Aku mengangguk kecil bersetuju akan permintaan Bazli.
Bazli tersenyum kegembiraan.
Kenapa ni? Zara belum bersedia nak jadi pasangan
hidup Li? soal Bazli apabila aku hanya diam membisu
sepanjang perjalanan. Sesekali Bazli akan melemparkan
pandangannya sekilas kepada aku.
Pertanyaan Bazli dijawab dengan gelengan kepala
oleh aku. Ingin meluahkan rasa serba salah, takut akan
menggores perasaan Bazli. Namun, kata-kata daripada Kak
Nadhrah sebentar tadi membuatkan aku berfikir sejenak akan
perhubungan kami berdua.
Sayang... Kenapa ni? soal Bazli sekali lagi dengan
nada yang lembut untuk memujuk aku supaya berkongsi
dengannya.
Aku menghela nafas lalu memandang Bazli yang
sedang memandu. Bazli sedar akan pandangan aku lalu
memandang aku sekilas.
Li... Kita berdua sepupu. Mak lang dan pak lang
restui tak hubungan kita berdua? Perkahwinan antara ahli
keluarga seolah-olah macam keluarga tak berkembang ke?
soal aku tiba-tiba. Ternyata riak wajah Bazli sedikit terkejut.
Kenapa Zara boleh berfikir ke situ pula? Kalau
Allah dah tetapkan jodoh kita berdua, tak kira la kita ni
keluarga atau tak, Li terima dengan reda. Pertemuan, jodoh,
ajal dan maut kan di tangan Allah. Kita hanya mampu berdoa
dan terima akan ketentuan Allah. Bukan tugas kita nak
tentukan semua tu.
Sama juga dengan Li. Li memang sayangkan Zara.

111

Cinta Si Wedding Planner


Dulu, sayang Li kepada Zara hanya sebagai seorang abang
walaupun umur kita sama. Tapi, Li tak boleh halang kalau
sayang tu dah bertukar daripada seorang abang kepada
seorang kekasih. Li tak minta semua tu, Zara. Allah yang
tentukan perasaan sayang tu berubah, jelas Bazli dengan
nada serius. Pasti perasaan Bazli tergores dengan kata-kata
aku.
Zara pun sama. Zara pun tak sedar bila sayang
Zara kepada Li berubah. Zara cuma takut mak lang dan pak
lang tak dapat terima hubungan kita berdua. Tambahan pula,
kita berdua bukan orang lain. Sepupu, sesama ahli keluarga,
luah aku akan kebimbangan yang menghantui aku sejak aku
mempunyai hubungan dengan Bazli.
Sayang... Insya-Allah, mak dan ayah akan terima
hubungan kita. Zara kan anak buah kesayangan mak dan
ayah. Mustahil mak dan ayah nak reject anak buah
kesayangan dia orang sebagai menantu. Malah diterimanya
dengan tangan yang terbuka. Percayalah, sayang. Insya-Allah
mak dan ayah tak akan halang hubungan kita. Dont worry,
okey, pujuk Bazli akan kegusaran aku. Nada suaranya
kembali mengendur dan raut wajahnya juga kembali seperti
asal.
Macam mana kalau mak lang dan pak lang tak
terima? soal aku akan kemungkinan yang akan berlaku.
Li tak nak kita bincangkan perkara yang
sebaliknya akan berlaku. Think positive, sayang. Insya-Allah,
semuanya akan berjalan lancar. Trust me, okay? tukas Bazli.
Akhirnya, aku kembali mendiamkan diri sehingga kami tiba
di restoran yang ditujui oleh Puan Marina sekeluarga.
Suasana makan tengah hari kami berenam
diceriakan dengan suara Kak Nadhrah dan Puan Marina yang

112

Dhiyana
banyak berbual dengan aku. Sementara Bazli dan Fariz lebih
mendiamkan diri, mendengar perbualan kaum hawa dan
menikmati makanan yang berada di atas pinggan.
So... Bazli, kan? Tiba-tiba kedengaran suara Fariz
antara suara kami bertiga. Spontan terhenti perbualan kami
bertiga dan kami menumpukan pada perbualan kaum adam
pula.
Ya, saya, sahut Bazli yang berada di sebelah aku.
Baru habis studi, kan? Umur berapa? soal Fariz
tanpa memandang Bazli. Pandangan matanya hanya
tertumpu pada makanan yang terhidang di atas meja.
Ya, baru habis studi. Umur saya, dua puluh lima
tahun, jawab Bazli sambil memandang Fariz. Ternyata
pandangan Bazli tidak dibalas oleh Fariz.
Grad from which university? What course? soal
Fariz lagi.
University of Basel, Switzerland. Course chemistry
engineering, balas Fariz. Spontan Fariz mengangkat wajah
dan memandang Bazli yang berhadapan dengannya. Anak
matanya tepat memandang Bazli. Riak wajahnya sedikit
terkejut.
Hmmm... I am impressed! puji Fariz, tiba-tiba.
Bazli hanya tersenyum bangga.
How about you, Fariz? Giliran Bazli pula
menyoal akan Fariz. Fariz berhenti menyuap nasi ke
mulutnya dan memandang Bazli.
Seketika kemudian, kelihatan Fariz seperti
menghela nafasnya. Fariz Adryan bin Ahmad Firdaus.
Twenty eight years old. Graduated from University of
Stuttgart, Germany. Course mechanical engineering.

113

Cinta Si Wedding Planner


Pernah berkhidmat dalam tentera laut selama tiga
tahun sebagai jurutera. And now, I am working with my
family as a senior engineer, tambah Fariz lagi.
Bazli juga turut terkejut apabila Fariz bercerita
mengenai dirinya. Aku yang menjadi pendengar juga turut
terkejut kecil. Namun, aku masih dapat mengawalnya. Tak
hairan la dia boleh bawa kereta Audi. Senior engineer! Gaji
mesti masyuk gila ni!
Very impressed! Bekerja sebagai senior engineer
pada usia dua puluh lapan tahun? Very good achievement!
puji Bazli. Namun, Fariz hanya beriak biasa. Tiada senyuman
atau anggukan kepala. Hanya beriak biasa sambil
meneruskan suapan makan tengah hari ke mulutnya.
So, what is your plan? soal Fariz lagi apabila
selesai mengunyah.
Kerja, jawab Bazli.
Sponsor tak panggil interview lagi? teka Fariz.
Kelihatan Bazli seperti teragak-agak hendak menjawab
pertanyaan Fariz.
Sponsor patutnya dah call untuk interview selepas
habis belajar. Selalunya tak lebih dari sebulan lepas grad dah
call, ujar Fariz. Terketar-ketar bibir Bazli hendak
menjawabnya.
Actually, saya dah dapat call daripada sponsor.
Lagi dua bulan saya start kerja, jawab Bazli dengan sedikit
tergagap-gagap. Fariz hanya mengangguk kecil.
Welcome to real life. And good luck for your new
life.
Thanks, sahut Bazli.
Li tak beritahu Zara pun yang Li dapat call

114

Dhiyana
daripada sponsor pasal interview tu. Li dapat offer job apa?
soal aku ketika kami berdua dalam perjalanan pulang ke
butik.
Bazli tidak segera menjawab. Bazli hanya
memandang aku sekilas kemudian memandang ke jalan raya
semula. Kemudian, kedengaran Bazli menghela nafas berat.
Li dapat offer job di tempat company yang sponsor
Li. Di... Switzerland.
Jawapan Bazli membuatkan aku terkejut besar dan
buntang mata aku memandang Bazli. Lidah aku kelu untuk
berkata-kata lagi. Aku hanya memandang Bazli tanpa sepatah
kata. Pandangan aku menagih jawapan akan tawaran
pekerjaan itu daripada Bazli.

115

Cinta Si Wedding Planner

Bab 13
K

eesokan harinya, aku dan


Bazli pulang ke kampung.
Sepanjang perjalanan aku hanya
mendiamkan diri. Bazli saja yang cuba berbual dengan aku,
tapi dibalas dengan sepi. Bazli tak pernah kenal erti mengalah
untuk memujuk aku.
Kepulangan aku dan Bazli disambut gembira oleh
mak lang dan pak lang. Apa yang pasti, kepulangan Bazli
setelah empat tahun di perantauan membuatkan wajah pak
lang dan mak lang lebih kelihatan gembira.
Buktinya, pak lang dan mak lang saling berebut
untuk mendapat perhatian Bazli. Pak lang beria-ia mengajak
Bazli ke surau untuk menunaikan solat maghrib dan isyak di
sana. Manakala mak lang pula mengharapkan Bazli berada di
rumah menemaninya. Bazli tersenyum gembira melihat
telatah mak lang dan pak lang yang seperti kanak-kanak kecil
itu.
Zara balik kampung berapa hari? soal mak lang
ketika aku sedang membantu mak lang menghidangkan
makan malam di atas meja makan.

116

Dhiyana
Kejap aje, mak lang. Zara ada majlis kahwin hari
Sabtu ni. Khamis pagi Zara dah kena balik KL, jawab aku.
Lusa la? teka mak lang. Aku mengangguk kecil
akan tekaan mak lang.
Assalamualaikum. Kedengaran suara pak lang
dan Bazli memberi salam dari ruang tamu di tingkat atas.
Pasti kedua-duanya baru pulang dari surau.
Waalaikumussalam, sahut aku dan mak lang
hampir serentak.
Tidak lama kemudian, terjengul kelibat pak lang
dan Bazli yang berpakaian Melayu dan berkain pelekat
tercegat berdiri di muka pintu. Mereka lantas menuruni anak
tangga dapur.
Makan malam dah siap! ujar mak lang. Serentak
kedua-dua beranak itu menuruni tangga dan menghampiri
meja makan.
Wah! Sedapnya lauk, mak! Masak lemak cili api!
Terangkat habis ni. Bazli kegembiraan apabila melihat lauk
kegemarannya dihidangkan di atas meja.
Mak tahu anak mak suka makan. Sebab tu mak
masakkan lauk kegemaran Li hari ni. Esok mak masak lauk
yang lain pula. Li suka makan pajeri nenas, kan? Esok mak
masakkan untuk Li, sahut mak lang yang penuh dengan
kasih sayang.
Terima kasih, mak. Ni yang buat Li sayang sangat
kat mak.
Hmmm... Belalah anak manja sorang ni. Nanti dah
naik lemak jangan salahkan abang pula, celah pak lang.
Anak manja Bibah, anak abang juga. Abang yang
bawa dia ke hulu dan ke hilir keliling kampung kalau dia

117

Cinta Si Wedding Planner


bebai, tukas mak lang apabila pak lang mahu menyakatnya.
Mak... Ayah... Li kan anak manja mak dan ayah. Li,
satu-satunya anak mak dan ayah, celah Bazli dalam
pertengkaran mesra pak lang dan mak lang. Aku lihat wajah
pak lang dan mak lang tersenyum gembira.
Bazli membacakan doa makan sebelum kami
bertiga menikmati makan malam. Aku yang duduk di
hadapan Bazli terasa sedikit janggal apabila anak mata Bazli
sesekali memandang aku tanpa pengetahuan pak lang dan
mak lang.
Nasi ada atas pinggan, Li. Bukan kat muka Zara,
tegur mak lang dengan selamba. Aku jadi serba tidak kena
apabila nama aku disebut oleh mak lang. Pasti mak lang
mula syak sesuatu. Bazli pula tersengih-sengih.
Zara balik KL bila? soal pak lang pula.
Lusa, pak lang. Zara ada majlis kahwin nak kena
handle, balas aku. Pak lang kembali mendiamkan diri.
Minggu lepas, Tuan Fariz ada datang. Dua hari
juga la bermalam di homestay. Tuan Fariz datang tengok
masjid, sambung pak lang lagi. Serentak aku memandang
Bazli. Riak wajah mula berubah apabila nama lelaki lain
disebut oleh pak lang.
Siapa Tuan Fariz, ayah? soal Bazli yang mula
tidak berpuas hati.
Kontraktor yang buat masjid baru di kampung
kita. Tuan Fariz pernah datang ke rumah sebelum ni. Minggu
lepas datang lagi, balas pak lang.
Tua ke muda? soal Bazli lagi. Anak matanya
sesekali memandang aku dengan pandangan tajam.
Muda la. Segak orangnya. Belum berkahwin lagi,

118

Dhiyana
jawab pak lang, menambah perencah dalam jawapan.
Apa kaitannya dengan Zara pula? Bazli masih
tidak berpuas hati. Aku dah mula cuak jika amarahnya
meletus tiba-tiba.
Tuan Fariz tu kawan Zara, celah mak lang pula.
Aduh! Masak aku!
Pandangan mata Bazli hanya tertancap pada wajah
aku. Aku hanya menundukkan wajah sambil menyuap nasi ke
mulut. Sebenarnya, aku melindungi wajah aku daripada
dipandangnya.
Pandangan
matanya
sudah
cukup
menjelaskan apa yang akan terjadi antara kami berdua nanti.
Serentak Bazli bangun dari kerusi lalu membawa
pinggan yang masih bersisa nasi dan lauk ke singki. Pak lang
dan mak lang terpinga-pinga memandang Bazli yang beredar
begitu sahaja.
Bazli? panggil mak lang yang sedikit terkejut
dengan reaksi Bazli.
Li dah kenyang, jawab Bazli
membersihkan pinggan yang digunakannya.

sambil

Ikmal Bazli? Giliran pak lang pula memanggil


Bazli. Namun, Bazli hanya berlalu mendaki tangga menuju
ke tingkat atas meninggalkan kami bertiga di meja makan.
Zara... Kenapa dengan Bazli tu? Pak lang
mengalih perhatiannya kepada aku pula. Aku hanya
menjongketkan bahu tanda tidak tahu dan meneruskan lagi
makan malam aku sehingga licin pinggan. Biarlah dia nak
merajuk, janji perut aku kenyang.
Selesai makan malam dan membantu mak lang
mengemas ruang dapur, kami bertiga beralih ke ruang atas,
ruang tamu. Kelihatan kelibat Bazli sedang menonton tv

119

Cinta Si Wedding Planner


ketika kami bertiga tiba.
Hang ni kenapa, Li? Makan tak sampai lima suap
dah kenyang, tegur pak lang lalu melabuhkan punggung di
sebelah Bazli.
Tak ada apa-apa, ayah, balas Bazli dengan riak
wajah sedikit tegang.
Hang melenting tiba-tiba bila mak hang sebut
Tuan Fariz kawan Zara tu, kenapa? teka pak lang akan reaksi
Bazli ketika di meja makan tadi. Bazli menjeling seketika
kepada aku. Aku dah mula cuak kalau Bazli membuka cerita.
Aku masih tidak bersedia nak berterus terang dengan pak
lang dan mak lang.
Tak ada apa-apa. Jawapan yang sama Bazli
berikan kepada pak lang.
Dah tu, kenapa melenting macam tu? Zara tu
girlfriend hang ka? Kalau bukan, biaq la Zara tu nak
berkawan dengan sesiapa pun, sergah pak lang. Terkejut aku
apabila pak lang menyebut perkataan girlfriend. Pandai pula
pak lang sebut.
Sergahan pak lang dijawab sepi oleh Bazli. Tiada
sepatah kata atau bunyi daripada Bazli. Pak lang dan mak
lang saling berpandangan. Aku dah mula terasa sesuatu
daripada pandangan pasangan suami isteri yang sedang
menegur sikap anak lelaki mereka. Aku yang berada bersamasama mereka mula terasa janggal dengan situasi sekarang
apabila perihal aku menjadi topik perbualan mereka.
Tak ada apa-apa, ayah, mak. Li letih. Li masuk
tidur dulu. Assalamualaikum, balas Bazli setelah sekian
lama mendiamkan diri. Tanpa menunggu jawapan daripada
pak lang dan mak lang, Bazli mengorak langkah lalu hilang
di sebalik daun pintu bilik tidurnya.

120

Dhiyana
Kenapa Bazli tu, Bibah? Pelik abang dengan
perangai dia. Tak pernah sentap macam ni. Pak lang mula
mengesyaki sesuatu daripada perubahan sikap Bazli.
Ha, Zara! Kenapa dengan Bazli tu? sergah mak
lang kepada aku pula. Terpinga-pinga aku dengan pertanyaan
mak lang. Aku hanya menjawab dengan jongketan bahu,
jawapan yang sama aku berikan di meja makan tadi. Lebih
baik dengan cara itu daripada aku membuka mulut.
Malam semakin lewat. Mak lang dan pak lang sudah
menghilang ke dalam bilik tidur. Tidak lama kemudian, aku
turut menyusul. Bazli sejak tadi tidak keluar bilik, tidur
barangkali. Cemburu dan rajuknya memang boleh tahan
kuatnya.
Telefon bimbit aku berbunyi ketika jam
menunjukkan pukul dua setengah pagi. Terpamer nama Bazli
di skrin. Berkerut wajah aku dengan panggilan Bazli pada
waktu lewat sebegini.
Hmmm... Li? Kenapa? soal aku dalam keadaan
yang masih mamai tidur.
Li lapar. Teman Li makan, ujarnya kepada aku.
Tanpa sempat aku jawab, talian sudah ditamatkan. Aku
mengeluh kecil. Itulah, layan rajuk sangat sampai dibiarkan
perut kosong. Dah lapar pandai pula cari aku.
Tidak lama kemudian, kedengaran ketukan kecil di
daun pintu bilik tidur. Aku tahu gerangan si pengetuk pintu
itu, pasti Bazli. Aku turun dari katil lalu menyarung tudung
di kepala. Aku membuka pintu bilik, namun kelibat Bazli
tidak kelihatan. Tetapi, ruang dapur telah terang-benderang.
Pasti Bazli sudah turun ke ruang dapur.
Aku turun ke ruang dapur, Bazli sedang
memanaskan lauk makan malam. Aku mengisi air ke dalam

121

Cinta Si Wedding Planner


cerek lalu letakkan ke atas dapur gas. Aku mengambil alih
tugas Bazli memanaskan lauk. Senduk aku ambil dari
pegangan tangannya.
Duduk sana. Biar Zara buatkan, arah aku
kepadanya. Bazli akur lalu duduk di meja makan.
Satu per satu lauk aku panaskan dan cedok ke
dalam mangkuk lalu dihidangkan di atas meja makan. Nasib
baik nasi masih berbaki, tidak perlu lagi aku menanaknya.
Setelah siap kesemuanya, aku bancuh pula Milo panas untuk
Bazli.
Bazli makan lauk yang aku hidangkan tanpa
sepatah kata. Tumpuannya hanya pada makan malam yang
ditinggalkan separuh jalan malam tadi. Aku pula hanya
sekadar menemani Bazli dan memandangnya makan dengan
penuh berselera.
Zara kenal Fariz tu kebetulan aje, semasa di majlis
kahwin pelanggan Zara. Dua hari lepas tu, Zara jumpa dia di
rumah pak lang pula. Dan tanpa pengetahuan Zara lagi, Fariz
tu anak lelaki Puan Marina yang kita jumpa di hotel.
Seriously, memang Zara tak tahu langsung, jelas aku akan
perihal sebenar. Bazli hanya memandang aku sekilas
kemudian pandangannya kembali tertumpu pada lauk yang
terhidang.
Kenapa masing-masing buat macam tak kenal
aje? soal Bazli.
Dah memang tak kenal sangat pun. Kenal-kenal
macam tu aje. Kenal sekadar nama aje. Dia Fariz dan Zara
ialah Zara. Titik! jelas aku lagi. Bazli hanya mendiamkan
diri.
Next time jangan sembunyikan apa-apa daripada
Li lagi. Yes! Li mengaku, Li cemburu! Sebab Zara kepunyaan

122

Dhiyana
Li seorang saja. Dari dulu sehinggalah selama-lamanya. Zara
segala-galanya untuk Li, ucap Bazli dengan nada serius.
Aku tahu cemburu dan rajuknya masih bersisa.
Empat tahun kami menyulam kasih walaupun masingmasing berjauhan. Pulang sahaja ke pangkuan aku, tiba-tiba
nama lelaki lain pula disebut dan dikaitkan dengan aku. Pasti
saja cemburunya meluap-luap.

123

Cinta Si Wedding Planner

Bab 14
K

etika bersarapan pada pagi


itu, aku mula terasa kelainan
pada wajah pak lang dan mak
lang. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan daripada
pengetahuan aku dan juga Bazli. Aku abaikan sahaja, mungkin
perasaan aku kut.
Ayah turun ke laut hari ni? soal Bazli ketika di
meja makan. Pak lang hanya menjawab dengan gelengan
kecil.
Laut beralun besar sekarang ni. Lagipun ayah kena
tengokkan orang kampung yang buatkan masjid baru tu.
Amanah daripada Tuan Fariz, jawab pak lang setelah selesai
mengunyah bihun goreng.
Sekejap lagi bawa mak hang pi pasar. Ayah tak
sempat nak bawa, pesan pak lang lagi. Bazli hanya
mengangguk kecil akan pesanan itu.
Tidak lama kemudian, pak lang mula beredar untuk
melakukan kerja-kerjanya. Tinggallah aku, mak lang dan
Bazli di meja makan. Mak lang hanya mendiamkan diri. Satu

124

Dhiyana
perubahan yang membuatkan aku tertanya-tanya.
Mak lang sihat? soal aku perlahan. Mak lang
memandang aku lalu tersenyum tawar dan mengangguk
kecil akan pertanyaan aku.
Kalau mak tak sihat, kita pergi klinik, celah Bazli
yang turut kerisauan dengan perubahan mak lang.
Mak sihat, Li, jawab mak lang. Aku terkesan
sesuatu daripada nada suara mak lang. Pasti ada sesuatu yang
mengganggu fikiran mak lang sehingga mak lang hanya
berdiam sahaja pada hari ini.
Mak lang? panggil aku lalu menggenggam tangan
mak lang. Mak lang tersenyum tawar lalu menggeleng kecil
kepada aku.
Mak lang tak dak apa-apa pun. Jangan risau,
pujuk mak lang apabila menyedari aku seperti risau akan
keadaan mak lang.
Kami bertiga bersama-sama pergi ke pasar. Bazli
yang memandu kereta aku. Mak lang masih seperti tadi,
hanya diam membisu. Aku dan Bazli semakin risau akan
perubahan mak lang. Kenapa mak lang diam aje hari ni?
Selalu tak macam ni pun.
Aku menemani mak lang membeli barang di pasar.
Bazli hanya membuntuti kami berdua dari belakang sambil
membantu membawa barang-barang yang dibeli. Sesekali
anak mata aku dan Bazli bertaut seperti menghantar isyarat
bahasa mengenai perubahan mak lang.
Kenapa dengan mak lang, Li? bisik aku kepadanya
ketika mak lang sedang leka membelek ikan.
Li pun tak tahu kenapa mak tiba-tiba jadi pendiam
macam ni. Mesti ada sesuatu yang mak tengah fikirkan tu. Li

125

Cinta Si Wedding Planner


pun risau juga tengok mak macam ni. Zara cuba la berbual
dengan mak, balas Bazli dengan nada perlahan, seakan-akan
berbisik kepada aku.
Mak lang dah tahu pasal kita ke? Sejak pagi tadi
mak lang asyik pandang Zara semacam aje. Zara risau la, Li,
luah aku akan kerisauan yang aku fikirkan sejak pagi tadi.
Mustahillah! Tak ada sesiapa pun tahu pasal kita
berdua. Li tak sempat lagi nak bercerita dengan mak dan
ayah, tukas Bazli dengan jawapannya. Aku mengeluh kecil.
Nothing to worry, sayang. Semuanya akan okey.
Trust me, sayang, pujuk Bazli dengan senyuman
menggodanya. Aku hanya tersenyum tawar untuk meredakan
kegusaran dalam hati.
Bazli! Zara! Spontan aku dan Bazli menoleh ke
arah mak lang yang sedang memandang kami berdua dengan
pandangan yang lain daripada biasa. Menggelabah aku
apabila menjadi tumpuan anak mata mak lang. Mak lang
dengar ke perbualan kami berdua?
Mak ada nak beli apa-apa lagi tak? pantas Bazli
cuba mengubah suasana.
Zara teman mak lang beli ayam. Li pergi tunggu
mak dan Zara di kereta, arah mak lang dengan nada sedikit
tegas. Belum pernah aku mendengar nada tegas ini keluar
dari mulut mak lang. Tetapi hari ini, kali pertama aku
mendengarnya.
Aku dan Bazli akur akan arahan mak lang. Bazli
mula mengorak langkah keluar dari bangunan pasar. Aku
pula mengekori langkah kaki mak lang untuk membeli ayam.
Li dengan Zara, bukan sepupu yang seperti mak
lang dan pak lang tengok, kan? soal mak lang tiba-tiba.
Tersentak aku dengan pertanyaan mak lang.

126

Dhiyana
Apa maksud mak lang? soal aku semula.
Li dengan Zara, lebih daripada sepupu, kan? teka
mak lang. Kelu lidah aku untuk menjawab pertanyaan mak
lang.
Zara, panggil mak lang dengan nada sedikit
berlembut.
Zara tak tahu, mak lang. Perkara ni jadi tiba-tiba.
Zara tak boleh nak halang atau sekat perkara macam ni.
Maafkan Zara, mak lang, ujar aku apabila menyedari rahsia
hubungan aku dan Bazli sudah dapat dihidu oleh mak lang.
Mak lang mengeluh lalu menggeleng. Selepas itu,
tiada lagi pertanyaan daripada mak lang. Aku hanya diam
membisu. Pasti mak lang kecewa dengan aku. Ya Allah,
betapa malunya aku nak berhadapan dengan mak lang dan
juga pak lang selepas ini.
Selepas membeli ayam, aku dan mak lang kembali
mendapatkan Bazli yang sedang menunggu kami berdua di
kereta. Bazli melemparkan senyumannya kepada aku. Aku
pula, tersenyum kelat membalas senyuman Bazli. Terjongket
kening Bazli dengan senyuman aku.
Bazli kembali memandu kereta di atas jalan raya
menuju ke rumah yang jaraknya kira-kira lima belas minit
dari pasar. Suasana di dalam kereta hening sekali. Kami
bertiga hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata.
Ikmal Bazli... Mak nak Li berterus terang dengan
mak sekarang ni, sergah mak lang tiba-tiba. Terkejut kecil
aku dengan Bazli.
Mak ni... Terkejut Li. Mak nak Li berterus terang
apa? soal Bazli kembali.
Hubungan Li dengan Zara... Lebih daripada

127

Cinta Si Wedding Planner


sekadar sepupu, kan? soal mak lang tanpa berkias lagi. Aku
hanya menundukkan wajah, takut untuk mengangkat dan
berpandangan dengan anak mata mak lang atau Bazli. Bazli
pula hanya diam membisu sambil memandu.
Bazli! Mak tanya ni. Kenapa diam pula? desak
mak lang. Hanya kedengaran keluhan kecil dari bibir Bazli.
Mak... Li tengah memandu ni. Malam nanti kita
berbincang pasal hal ni, pasal masa depan Li, balas Bazli
seakan-akan mengelakkan diri. Seketika kemudian,
kedengaran dengusan kasar daripada mak lang. Aku yang
berada di tempat duduk belakang sudah tidak keruan. Terasa
seperti ingin balik ke KL pada saat itu juga.
Aku membantu mak lang menyediakan lauk makan
tengah hari seperti biasa. Walaupun terasa kekok tiba-tiba
apabila bersama-sama mak lang, aku gagahkan diri juga.
Selesai membantu mak lang, aku menghilangkan diri keluar
dari rumah. Tidak sanggup aku hendak makan semeja
dengan mak lang dan pak lang. Perasaan malu terasa amat.
Aku duduk sendirian di pangkin di tepi sawah. Aku
hanya termenung sendirian sambil memikirkan nasib yang
bakal menimpa aku selepas ini, selepas hubungan aku dan
Bazli diketahui oleh pak lang dan mak lang. Apakah reaksi
pak lang dan mak lang, begitu juga reaksi saudara-mara yang
lain pula?
Kenapa Zara duduk seorang di sini? Puas Li cari
Zara merata tempat. Mak dan ayah pun dah risaukan Zara.
Kenapa tak makan sekali tadi? Suara garau itu mengejutkan
aku daripada lamunan. Serentak aku memandang Bazli yang
tidak jauh dari aku.
Kenapa ni? Takut dengan mak? teka Bazli yang
sudah mengambil tempat di sebelah aku. Aku menghela nafas

128

Dhiyana
panjang lalu mengangguk kecil.
Bazli ketawa kecil dengan jawapan aku. Tahu tak,
sayang... Maklah yang paling risau tadi semasa di meja
makan. Dicarinya Zara keliling rumah, dalam bilik, dalam
bilik air. Habis memasak aje dah lesap. Risau la mak.
Kalau mak tak sukakan Zara, kenapa mak risaukan
Zara? Kenapa mak sayangkan Zara sangat, lebih daripada
mak sayangkan Li? Biasalah, itu reaksi pertama mak bila
dapat tahu hubungan kita berdua. Mak terkejut la tu. Tak ada
apa-apa la, pujuk Bazli untuk meredakan kerisauan aku.
Zara takut kalau mak lang marah. Pagi tadi pun
mak lang macam marahkan Zara aje, luah aku. Bazli
menggenggam tangan aku lalu mengucupnya.
Tak. Mak tak marah. Li kenal mak Li. Mak tak
macam tu pun, pujuk Bazli. Aku tersenyum tawar dengan
pujukan itu. Lama kami berdua berada di pangkin di tepi
sawah itu berbual kosong.
Makan malam kami berempat berlalu dengan
suasana sepi. Masing-masing mendiamkan diri sambil
menikmati makan malam. Aku juga hanya mendiamkan diri,
tiada apa-apa yang perlu aku suarakan. Lidah aku kelu untuk
menutur kata.
Selesai makan malam dan mengemas di dapur,
Bazli memanggil aku ke ruang tamu di tingkat atas. Aku atur
langkah kaki aku dengan penuh berhati-hati menuju ke
tingkat atas. Lebih mendebarkan apabila pak lang dan mak
lang juga turut berada di ruang tamu menunggu kedatangan
aku. Wajah masing-masing serius. Aku mula menggigil
ketakutan.
Aku hanya duduk bersimpuh di atas lantai papan.
Manakala mak lang, pak lang dan Bazli duduk di atas sofa.

129

Cinta Si Wedding Planner


Aku menundukkan wajah, memandang permaidani. Tidak
berani aku hendak memanggung kepala memandang setiap
wajah yang berada di ruang tamu.
Ayah... Mak... Li ada sesuatu nak beritahu. Ni
berkenaan masa depan dan hidup Li. Li harap ayah dan mak
dapat terima semua ni dan restui keputusan Li, ujar Bazli
memecah kesunyian di ruang tamu.
Aku memandang sekilas ke arah mak lang dan pak
lang. Mak lang sudah tersandar di sofa sambil memicit dahi.
Manakala pak lang pula menghela nafas dan memandang aku
dan Bazli silih berganti.
Berterus terang aja Li dengan ayah dan mak. Ayah
nak dengaq dari mulut hang sendiri, pinta pak lang.
Bazli
menarik
nafas
seketika
sebelum
menghembusnya kembali. Antara Li dan Zara, hubungan
kami berdua dah lebih daripada sekadar sepupu. Li sayangkan
Zara lebih daripada sayang terhadap seorang adik dan Zara
sayangkan Li lebih daripada sayang kepada seorang abang.
Bazli berterus terang. Berkerut wajah pak lang memandang
aku dan Bazli silih berganti.
Perkara ni jadi spontan, ayah... mak. Li pun tak
tahu sejak bila Li dan Zara sayang antara satu sama lain. Tapi,
yang pastinya Zara adalah pilihan yang selama ni Li cari. Li
hanya nak ayah dan mak merestui hubungan kami berdua,
tambah Bazli lagi.
Apa yang hang merepek ni, Ikmal Bazli? Suara
pak lang mula kedengaran. Nada suara pak lang kedengaran
tegas.
Li cintakan Zara, ayah. Li sayangkan Zara, mak. Li
nak Zara jadi isteri Li, di dunia dan di akhirat, balas Bazli
berterus terang. Pak lang mula menggelengkan kepala.

130

Dhiyana
Ya Allah! Apa yang dah jadi sekarang ni? Ikmal
Bazli bin Aziz! Hang sedaq tak apa yang hang cakap sekarang
ni? Suara pak lang mula kedengaran semakin meninggi. Aku
mula ketakutan jika pak lang dan Bazli mula bertelagah.
Li sedar, ayah! Li tahu apa yang Li cakap. Zara
sekadar sepupu Li. Masih boleh dihalalkan untuk berkahwin.
Tolonglah, ayah, mak. Li sayangkan Zara. Restuilah
hubungan kami berdua, jawab Bazli seakan-akan merayu
pengertian daripada pak lang dan mak lang.
Abang... Tak guna kita simpan lagi. Lebih baik dia
orang berdua tahu hal yang sebenarnya. Sebelum dia orang
berdua sama-sama terlajak jauh. Kita kena perbetulkan
semula semua ni, abang. Salah kita juga sebab biarkan
perkara ni tanpa pengetahuan dia orang berdua. Suara mak
lang mula kedengaran. Aku dan Bazli sama-sama terpingapinga dengan kata-kata mak lang. Apa yang disembunyikan
oleh pak lang dan mak lang?
Apa ni, ayah? Apa yang ayah dan mak sembunyikan
daripada pengetahuan kami berdua? Bazli mula menyoal
akan rahsia yang tersimpan kemas antara pak lang dan mak
lang. Aku pun juga mula tertanya-tanya.
Ayah tak benarkan hang ada hubungan dengan
Zara lagi. Kahwin pun ayah tak benarkan. Itu keputusan
ayah! tekan pak lang dengan keputusan muktamad.
Tapi, kenapa ayah? soal Bazli yang masih tidak
berpuas hati.
Tak boleh! Hukumnya, haram! jawab pak lang
dengan nada tegas.
Zara sepupu Li. Haram mananya, ayah?
Li tu muhrim Zara! Satu-satunya wali Zara selepas
pak long hang meninggal! balas pak long dengan nada yang

131

Cinta Si Wedding Planner


ditekankan. Terkesima aku dengan jawapan pak lang.
Apa maksud pak lang? Aku mula bersuara,
menagih jawapan daripada pak lang. Aku mengalihkan
pandangan ke arah mak lang pula. Mak lang sudah menangis
kecil.
Apa maksud ayah? Bazli juga seperti aku, tidak
memahami apa yang cuba disampaikan oleh pak lang.
Sebenarnya...
Jawapan pak lang memang mengejutkan aku dan
Bazli. Kami berdua sama-sama terkelu lidah. Sunyi sepi
ruang tamu yang sebentar tadi bising dengan suara pak lang
dan Bazli bertikam lidah.

132

Dhiyana

Bab 15
K

edua-dua belah mata aku


bengkak disebabkan menangis
sepanjang malam. Awal pagi
selepas menunaikan solat subuh, aku sudah bertolak pulang
ke KL. Mak lang menghalang niat aku untuk pulang seawal
sebegini. Tetapi, pak lang pula mengizinkan aku untuk pulang
ke KL.
Kelibat Bazli langsung tidak kelihatan. Entah ke
mana Bazli menghilang aku pun tidak tahu. Selepas
mengetahui hal sebenar, Bazli keluar dari rumah tanpa
memberitahu kami bertiga arah tujunya. Pak lang dan mak
lang hanya membiarkan pemergian Bazli untuk
menenangkan fikiran.
Maafkan pak lang dan mak lang sebab selama ni
sembunyikan hal sebenar daripada Zara dan Bazli, ucap pak
lang ketika aku mahu mengundur diri. Aku hanya tersenyum
tawar.
Kak Dina tahu hal ni? teka aku. Pak lang dan mak
lang menggeleng kecil.

133

Cinta Si Wedding Planner


Dina kecik lagi masa tu. Dina baru empat tahun
kalau tak silap mak lang, balas mak lang pula. Aku hanya
mengangguk kecil. Selepas bersalaman dengan pak lang dan
mak lang, lantas aku memandu kereta meninggalkan
kampung.
Mengingati
semula
peristiwa
semalam
membuatkan aku sakit hati dan dalam masa yang sama aku
berasa sangat sedih. Pasti Bazli juga seperti aku. Empat
tahun menyulam kasih, akhirnya punah sebegitu sahaja
dengan satu kebenaran. Kebenaran yang sememangnya tak
dapat aku, mahu pun Bazli menyangkal lagi.
Tanpa sedar, air mata aku mengalir lagi. Masih
terngiang-ngiang kata-kata pak lang di cuping telinga aku.
Kebenaran yang amat menyakitkan. Semakin aku kesat air
mata itu, semakin banyak air mata aku mengalir di pipi.
Aku perlu tenangkan diri aku semula sebelum aku
meneruskan kembali perjalanan. Aku memberi isyarat ke kiri
dan memandu susur ke kiri, memasuki hentian rehat di tepi
lebuh raya. Aku memarkir kereta di kawasan teduh dan jauh
sedikit dari orang ramai. Aku menangis semahunya di dalam
kereta. Wajah aku basah dengan air mata yang mengalir laju.
Aku sembamkan wajah aku di stereng kereta. Aku
hamburkan segala kesedihan aku ketika itu. Aku sudah tidak
kesah jika ada orang yang berdekatan dengan kereta aku.
Tangisan aku mula kedengaran. Kepada siapa lagi aku harus
luahkan rasa sedih aku? Dengan siapa aku harus berkongsi?
Ya Allah... Tak pernah aku rasa kesunyian seperti ini. Ibu!
Abah! Zara rasa sakit sangat.
Tok-tok! Tiba-tiba, cermin kereta aku diketuk. Aku
terkejut kecil lalu mengangkat wajah aku memandang kanan
dan kiri kereta. Alangkah terkejutnya aku memandang seraut

134

Dhiyana
wajah yang sedang memandang aku dari tepi kiri kereta. Dia?
Dia buat apa di sini?
Buka pintu ni! arahnya dari luar. Seperti biasa,
wajahnya kelihatan serius. Tetapi, aku terkesan sesuatu di
wajah serius itu. Raut kerisauan! Kenapa dengan dia?
Izara Batrisya! I said, open this damn door!
arahnya sekali lagi. Akhirnya, aku mengalah juga dengan
arahannya. Pantas sahaja tubuh tegap itu meloloskan diri ke
dalam perut kereta.
Bum! Pintu kereta dihempas dengan kuat. Aku
terkejut sehingga terpejam mata aku dengan bunyi
hempasan itu. Aku memandang wajah lelaki yang selamba
berada di dalam kereta dengan aku ketika ini.
Kau ni, kenapa? Menangis macam orang mati
laki, perlinya apabila kami berdua saling berpandangan. Aku
tidak mengendahkan pertanyaannya.
Kau ni kenapa? soalnya lagi yang masih belum
berpuas hati selagi aku tidak memberi jawapan kepada
pertanyaannya.
Awak masuk ke dalam kereta saya, kenapa? Kalau
nak berceramah kepada saya rasanya tak perlulah.
Dipersilakan keluar dari kereta saya ni, sindir aku kembali.
Fariz diam membisu.
Aku hanya membiarkan kelibat Fariz bersama-sama
aku di dalam kereta. Aku menangis lagi tanpa menghiraukan
kelibat Fariz. Fariz hanya diam menyepi, membiarkan aku
dengan kesedihan dan tangisan.
Sepuluh minit asyik menangis dan membiarkan
wajah dibasahi dengan linangan air mata, tangisan aku
kembali reda perlahan-lahan. Sendunya masih bersisa. Tibatiba Fariz menghulurkan sehelai sapu tangan kepada aku.

135

Cinta Si Wedding Planner


Nah! Hulurannya aku sambut juga.
Kadang-kadang kebenaran tu amat menyakitkan
daripada penipuan, ujar Fariz, penuh mendalam maksud
kata-katanya itu.
Awak tak tahu apa-apa lebih awak diam aje. Awak
tak rasa apa yang saya rasa. Kalau awak di tempat saya baru
awak tahu macam mana rasa sakit, kecewa, marah, sedih dan
segala-galanya, tempelak aku dengan tangisan kecil yang
masih bersisa.
Fariz tersenyum sinis. Pertama kali aku melihat
wajah itu mengukir senyuman, walaupun hanya sekadar
senyuman mengejek. Kalaulah wajah itu dihiasi dengan
senyuman kegembiraan, alangkah indahnya ciptaan Allah.
Belum sempat Fariz membuka mulut, telefon
bimbitnya berbunyi. Pantas Fariz menjawab panggilan itu.
Waalaikumussalam. Ya, saya. Dah! Saya dah
jumpa! jawabnya apabila talian berjaya disambungkan.
Seketika kemudian, Fariz keluar dari perut kereta untuk
menjawab panggilan telefon.
Aku tersandar di tempat duduk kereta. Aku
memandang sekilas ke kiri kereta. Terparkir elok kereta
mewah berwarna putih. Aku kenal kereta itu! Audi milik
Fariz! Tapi, macam mana dia boleh tahu aku ada di sini?
Kebetulan kut.
Aku kembali tersandar di kerusi. Aku cuba
memejamkan kelopak mata untuk melupakan peristiwa
semalam. Tapi, ternyata tidak berjaya. Terngiang-ngiang
kata-kata pak lang dan mak lang. Kemudian, terngiang pula
suara Bazli yang tidak dapat menerima hakikat kebenaran
yang disampaikan oleh pak lang.
Tanpa sedar, sekali lagi air mata aku kembali

136

Dhiyana
mengalir di pipi. Kali ini tiada lagi tangisan atau sendu.
Hanya ada linangan air mata di wajah aku. Tapi, itu sudah
cukup menggambarkan perasaan aku ketika ini. Lama aku
dalam keadaan sebegitu.
Sekali lagi aku dikejutkan dengan bunyi hempasan
pintu. Aku membuka mata dan memandang Fariz yang sudah
berada di sebelah aku. Dihulurkannya aku secawan kopi
panas. Teragak-agak aku hendak menyambut huluran
tersebut.
Ambil ajelah. Bukannya aku jampi pun kopi ni,
sindir Fariz yang sedar akan keletah aku. Dengan sedikit
geram akan sindiran itu, aku sambut hulurannya.
Kopi boleh menenangkan fikiran, ujarnya lalu
menghirup kopi panas yang juga turut dibeli untuk dirinya.
Seketika kemudian, wajah Fariz kelihatan berkerut-kerut.
Tak sedap! Kurang kopi. Susah betul nak cari kopi
yang betul-betul menepati cita rasa aku, sambung Fariz lagi,
merungut akan kopi yang dibelinya.
Air kopi yang berada di dalam pegangan, aku teguk
sedikit. Okey aje. Kopi secukup rasa, gula pun secukup rasa.
Apa yang kurang kopinya? Cerewet juga Fariz ni.
Feeling much better now? soalnya apabila aku
kembali meneguk air kopi. Dan tiada lagi tangisan atau
sendu kecil.
Little bit, balas aku.
Hmmm... Kadang-kadang lebih baik kita ketahui
kebenaran daripada kita ditipu. Memang menyakitkan!
Kesakitan itu juga mengajar kita supaya lebih tabah untuk
menjalani kehidupan. Dan kesakitan itu juga kita jadikan
sebagai pengajaran untuk masa akan datang, madah Fariz
tiba-tiba. Hilang sifat pendiam yang selalu diceritakan oleh

137

Cinta Si Wedding Planner


Kak Nadhrah apabila gerangan Si Fariz Adryan mula
membuka mulut.
Aku tahu apa yang kau lalui, apa yang kau rasa
memang susah nak hilangkan. Bukan senang nak hilang
semua rasa tu dalam sekelip mata. Semuanya mengambil
masa. Sakit, kecewa, sedih, marah... Semuanya bercampur
dalam satu perasaan. Susah kau nak jelaskan perasaan tu.
Tapi, yang pastinya kalau boleh kau nak pergi jauh dari
semua ni, tambah Fariz lagi. Aikkk? Macam mana Fariz tahu
pula apa yang aku rasa?
Melarikan diri bukan jalan penyelesaiannya, Izara
Batrisya binti Aziz. Malah, pilihan tu akan mengusutkan lagi
keadaan. Dan tak akan pernah selesai langsung masalah tu.
Cara yang paling bijak, bersemuka dan berbincang. Capai
kata sepakat kedua-dua belah pihak. Memang ia menyakitkan
untuk bersua muka dan berpandangan mata. Tetapi, itu cara
yang terbaik daripada terus melarikan diri, sambung Fariz
lagi.
Aku sedikit terkejut dengan hujah yang panjang
lebar daripada gerangan yang aku sangkakan selama ini
hanya pendiam. Tetapi, dia bijak berkata-kata. Aku tersenyum
sinis dengan hujah panjang lebar Fariz.
Senang untuk awak berkata-kata Fariz, tapi awak
sendiri tidak merasainya. Sakitnya terasa pedih ke hulu hati,
tempelak aku. Fariz kembali membalas dengan senyuman
sinis.
Aku couple dengan dia semasa aku belajar di
Jerman. Selepas tujuh tahun kami saling mencintai, dia
hilang macam tu aje tanpa sebarang mesej atau call. Kalau
kau kat tempat aku, apa kau rasa? Nak bunuh diri? Terkejut
aku dengan cerita Fariz. Ringan mulut sahaja Fariz

138

Dhiyana
menceritakan kisahnya kepada aku.
Awak tak jumpa dia sehingga sekarang? Tanpa
sedar, pertanyaan itu terpacul dari mulut aku. Fariz
menggeleng.
Kalau awak jumpa dia, apa yang awak nak buat?
Sambung semula perhubungan yang tergantung tu? teka
aku. Fariz menghela nafasnya lalu menggelengkan kepalanya
lagi.
Aku tak tahu apa aku buat kalau jumpa dia. Marah,
kecewa, sedih, sayang, cinta dan kasih semuanya bercampur
baur. Hanya Allah yang mampu membantu aku mengawal
perasaan aku kalau aku bertemu dengan dia semula, jawab
Fariz.
Aku hanya mendiamkan diri. Fariz juga sebegitu.
Masing-masing mendiamkan diri, melayani perasaan. Fariz
sudah tersandar di kerusi kereta. Raut wajahnya sedikit
kelihatan sedih. Aku tahu dia cuba melindungi riak
kesedihan itu dengan riak wajah yang serius supaya sukar
untuk orang mengetahui perasaannya.
Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la, perli
Fariz tiba-tiba, mula mencari pasal dengan aku. Aku pantang
jika kereta kesayangan aku diejek.
Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King
Koil! perli aku kembali.
Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro
ke apa ke. Ni tak! Macam mana beli, macam tu juga tak
bertukar walaupun dah guna bertahun-tahun. Tak sakit
badan ke perjalanan jauh macam ni? Fariz masih tidak
mahu mengalah dengan aku. Suka sangat mengejek kereta
yang sudah banyak berjasa dengan aku.
Kalau sakit badan, dipersilakan keluar. Nak rasa

139

Cinta Si Wedding Planner


macam kerusi urut, naik semula kereta mewah Audi A5 yang
berwarna putih kat sebelah sana. Memanglah terasa sedap
dan nyaman, perli aku. Fariz mendengus kecil lalu
membuka pintu kereta.
Belum sempat Fariz melangkah keluar, telefon
bimbit aku pula berbunyi. Lantas aku capai telefon dari
dashboard sebelum Fariz yang kelihatan sudah panjang
tangan mahu mencapai dapat mengambilnya. Nama Bazli
tertera di skrin. Aku dan Fariz saling berpandangan.
Siapa? soalnya. Aku hanya diam membisu lalu
memandang semula ke skrin telefon bimbit.
Kalau rasa nak jawab call daripada dia, jawab aje.
Kalau rasa masih tak kuat nak berbual dengan dia, abaikan
aje call daripada dia. Kau sendiri yang buat keputusan.
Pilihan di tangan kau dan handphone juga di tangan kau. So,
fikirlah baik-baik. Sekali lagi Fariz berhujah dengan aku lalu
keluar dari perut kereta.
Aku pandang skrin telefon bimbit yang masih
tertera nama Bazli. Lama aku biarkan panggilan itu tanpa
dijawab. Akhirnya, tiada lagi deringan. Selang beberapa saat
kemudian, telefon bimbit aku kembali berdering.
Aku sendiri yang buat keputusan. Aku sendiri yang
akan membuat pilihan. Fikir dengan bijak, Izara Batrisya.
Memang kau sayangkan dia. Tapi, sayang kau tak akan
pernah dan tak akan sesekali dapat membuatkan impian kau
dan dia menjadi realiti. Tidak mungkin sesekali! Terima
kenyataan, Zara! Kau dan dia tak akan pernah dapat bersama
langsung.
Aku biarkan telefon bimbit aku berdering sehingga
ia mati dengan sendiri. Aku masukkan telefon ke dalam beg
silang dan segera aku keluar dari perut kereta. Fariz yang

140

Dhiyana
sedang bersandar di tepi kereta sambil berpeluk tubuh
memandang aku.
Saya nak ke toilet, ujar aku kepadanya. Fariz
mengangguk kecil.
Tidak lama kemudian, aku kembali ke kawasan
parkir kereta. Fariz kelihatan sedang berbual di telefon.
Sibuknya mengalahkan Perdana Menteri, betul kata Puan
Marina. Aku bersandar di tepi kereta sambil berpeluk tubuh.
Sesekali kedengaran perbualan Fariz di telefon.
Pertuturannya dalam bahasa Inggeris memang macam air
pili yang keluar laju dari paip. Terbaik!
Tetapi malang bagi wanita yang menjadi isteri
kepada Fariz Adryan. Sibuknya 24 jam. Pasti jarang berada di
rumah. Aku menjadi kasihan kepada wanita yang bakal
menjadi isterinya itu. Hesy... Kesian... Kesian...
Jom! Gerak balik KL. Aku ada meeting dengan
arkitek dan engineer petang ni, pukul tiga. Aku malas nak
kena bebel dengan papa kalau aku lambat masuk meeting,
ajaknya tiba-tiba apabila sudah tamat berbual di telefon.
Hah? Terkejut aku dengan sergahan tiba-tiba itu.
Hah, hah apanya? Dah, jom balik KL! Aku ada
meeting petang ni. Dah la kau pandu kereta macam kurakura, perlinya lagi. Mendidih darjah kepanasan hati aku
mendengar sindiran Fariz.
Okey! Kita tengok siapa yang bawa macam kurakura. Aku memang pantang dicabar. Tambah-tambah lagi
dengan Fariz Adryan, si sombong.

141

Cinta Si Wedding Planner

KETAHUI KISAH SELANJUTNYA DALAM NOVEL

Cinta Si Wedding
Planner
DAPATKAN NOVEL INI DI SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI DAN SINGAPURA

MPH
POPULAR
KINOKUNIYA
MUDA OSMAN
KEDAI-KEDAI BUKU
ATAU DAPATKAN SECARA
ONLINE DI
www.p2u.my
BOLEH JUGA DILANGGAN MELALUI
APLIKASI MUDAH ALIH KARYASENI

142

TERBARU FEBRUARI, 2015

RM23.00 - SM
RM26.00 - SS

KAU DAN AKU - LISA MUHAMAD


Pertemuan semula antara Min Nur Kesha dan Luth Qadri selepas lima tahun
terputus hubungan mencetuskan perasaan tidak selesa dalam hati gadis itu.
Sikap kaki perempuan Luth Qadri yang suka berpelesiran di kelab malam
telah menyebabkan pertunangannya dengan Min Nur Kesha seolah-olah
samar-samar dan tiada arah tujuan.
I tak simpan cincin tu, dah lama campak ke laut! MIN NUR KESHA.
Campak ke laut? Kalau dah campak ke laut, kenalah ganti cincin yang sama
bentuknya. LUTH QADRI.
Atas tiket perhubungan kekeluargaan, Min Nur Kesha dan Luth Qadri
kembali bertemu di bawah satu bumbung. Min Nur Kesha terjebak semula
dengan sejarah hidupnya bersama Luth Qadri. Pabila berhadapan dengan
Luth Qadri, Min buat tak kenal. Luth Qadri pula selamba dan hanya ikut
rentak Min Nur Kesha. Kemunculan teman lama Min, ARMAN ASHRAF
pada saat Luth Qadri menagih kembali cintanya terhadap Min menambahkan
lagi konflik kisah cinta mereka.
Lalu dapatkah Luth Qadri memiliki semula cinta sejati Min Nur Kesha
setelah pertunangan mereka sebelum ini dilangsungkan tanpa pengetahuan
pihak keluarga perempuan. Siapakah yang bakal menjadi teman hidup Min?
Adakah kekal untuk Luth Qadri? Ataupun Arman Ashraf yang juga menagih
harapan?

LOVE RIDDLES - MISZTYRA

Ainun Naural gadis universiti yang biasa. Dirinya yang suka


bermain gitar di bawah pokok di padang UKM menjadi perhatian
seseorang yang sering melihatnya dari jauh. Dia tidak pernah
menyangka bahawa kehadiran lelaki bertopi itu di dalam
hidupnya akan membuatkan cik hatinya berdegup kencang.
Saat dirinya basah ditimpa hujan, jejaka misteri itu payungkan,
saat dirinya kebasahan, jaket lelaki itu disarung ke badannya
yang dingin.
Naural tak nafikan yang dia mula menyukai jejaka yang sering
melindungi dirinya dari jauh itu. Namun saat cinta dihulur
kepadanya, Naural seperti kaku.
Sudi awak jadi kekasih saya?
Tapi semua ni macam awal lagi. Kita pun baru kenal, kan?

RM31.00 - SM
RM34.00 - SS

Jejaka bertopi terus menghilang selepas itu. Naural cuba


menjejaki ke bilik piano yang pernah dia dan jejaka bertopi
kunjungi bersama, tetapi apa yang dia jumpa hanyalah bilik
yang berdebu dan kotor! Adakah dia hanya bermimpi selama ini?
Kehadiran Luth, jejaka pujaan ramai di dalam hidup Naural,
mengembalikan senyuman wanita itu. Cik hati Naural mula
terjatuh lagi. Tapi kehadiran Marysa membuatkan cinta yang
baru bertunas, layu kembali.

SWEET DREAMS CINTA - NINA KAMAL


MOON Seorang gadis kampung yang hiperaktif. Yang cantik
bak bulan yang diakui oleh mata-mata di sekelilingnya. Kelebihan
yang ada membuatkan semua mata sang arjuna membulat dan
rahang hampir terjatuh setiap kali memandangnya. Adrian
Eusoff satu-satunya lelaki yang dia amat tergila-gilakannya.
Moon sayang kat Abang Ian. Moon nak kahwin dengan Abang
Ian. Abang janganlah kahwin dengan perempuan tu. Kahwinlah
dengan Moon. MOON.
IAN Seorang pemuda biasa namun terkenal dengan sikap
playboynya. Perasaan menyampah kepada budak kampung yang
selalu mengganggu hidupnya setiap kali balik bercuti melebihi
segala-galanya. Budak kampung itu juga menjadi penyebab dia
terpaksa melarikan diri.
Tapi itu dulu, dia tidak menyangka perasaan benci terhadap
Moon sejak zaman kanak-kanak bertukar menjadi gila bayang
terhadap si gadis cantik jelita bernama Ramona setelah
menganjak ke alam dewasa. Kecantikan Moon ibarat bulan
menyebabkan Ian terjatuh hati.
Kini, Moon bukan lagi budak perempuan yang selalu menagih
perhatian Ian. Dia ada impian baru yang lebih hebat. Namun
disebabkan impian itulah Moon terpaksa memerangkap Ian
sekali lagi.

RM24.00 - SM
RM27.00 - SS

BUKAN DUA, TAPI TIGA? AZIMAH LILY


Setelah 26 tahun membawa diri ke kota London, Munirah
mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bersama
anak-anaknya Aleya, Alisa dan Alina untuk berjumpa dengan
suaminya, Dato Syed Mohd Kadir yang sebelum ini tidak
mengetahui akan kelahiran tiga puteri kembarnya selepas dia
menghalau keluar Munirah dari rumahnya.
Keadaan bertambah rumit selepas permintaan Munirah untuk
bercerai tidak dipersetujui oleh Dato Syed Mohd Kadir yang
ingin memulakan kisah hidupnya dan menghabiskan sisa-sisa
hidupnya bersama wanita yang dahulunya dibenci dan kini
dicintainya sepenuh jiwa.

RM31.00 - SM
RM34.00 - SS

Lalu dapatkah Dato Syed Mohd Kadir mengetahui kewujudan


dua lagi anaknya? Berjayakah Aleya dan Alisa memisahkan
ibu bapa mereka? Mampukah Dato Syed Mohd Kadir memiliki
semula cinta wanita yang pernah disakiti dan dilukai selepas
26 tahun?

PERGI - SYIMA SYAWAL


RABIATUL ADAWIYAH Kerana kekhilafannya, dia dihalau
oleh keluarga. Dibuang tanpa diberikan peluang untuk meminta
keampunan dan menebus dosa semalam. Kerana kesilapannya
juga, dia keseorangan selama lima tahun. Dia hilang cinta,
dia hilang jejak keluarganya dan dia juga hilang permata hati.
Dan sehingga kini mimpi ngeri itu sentiasa mengganggu lena
tidurnya.
SYAKRI Saat dia bakal bertunang, dia bertemu dengan si
gadis misteri, gadis berniqab yang menyewa di sebelah rumah
keluarganya. Dan saat hatinya mula terpaut, rahsia gadis
tersebut menyingkap kisah semalam yang menusuk hati
Kisah yang membawa duka dalam keluarganya.
Cinta? Dia tidak percaya. Cinta hanya melekakan dirinya dan
cinta juga membuatkan dia jauh dari keluarga. Kisah cinta
semalam masih meninggalkan bekas dalam hatinya. Namun
dia tiada pilihan lain. Saat dia mahu memulihkan keadaan yang
keruh, siapa sangka keluarga kandungnya mengenakan syarat
untuk membayar harga erti sebuah keluarga dan keampunan.
Kerana lelaki hidupnya menjadi sengsara Dan kerana lelaki
juga dia mampu mengembalikan hubungan dengan keluarganya
tetapi bersyarat. Mampukah dia menggapai kembali bahagianya?

RM24.00 - SM
RM27.00 - SS

SATU PELURU CINTA AIMY HANIYA


Di sebalik status kerjaya yang digalas, ARIQ ADAMY sama
seperti lelaki lain. Mendambakan kasih sayang daripada
seorang gadis. Mengelak untuk bercinta dengan mudah, Ariq
membenarkan kesunyian melanda diri. Membiarkan sunyi
berkubur dalam hati lelaki kelahiran kota London yang
menetap di New Zealand ini.
Pabila hadirnya ABIERATUL LYANA, alam cinta kelihatan
begitu indah walaupun cinta bertepuk sebelah tangan, Ariq
tetap cuba mencari cinta. Tapi, gelora cinta datang tanpa
diduga. ZAREL datang memberi saingan. Biarpun dengan
mudah saingan ditepis, status Ariq menjerat Abieratul Lyana
ke dalam kancah bahaya.

RM28.00 - SM
RM31.00 - SS

Lalu dapatkah si teruna kacukan Inggeris ini mencari kehidupan


yang seakan-akan melambai pergi dan mengelak daripada
ditembak satu peluru cinta?

ENCIK GULA UNDER AGE? QISTINA ALYA


Pertemuan demi pertemuan tanpa sengaja telah menemukan
MUHAMMAD AMMAR RIZQY dan QASEH QASHDINA. Bagi
RIZQY, pasti ada maksud di sebalik setiap pertemuan. Mustahil
dia dipertemukan dengan QASEH tanpa sebarang hikmah. Di
sisi lain, QASEH tak habis-habis menyalahkan RIZQY setiap
kali dia ditimpa masalah.
Kenapa, ya? Setiap kali saya jumpa awak mesti saya ditimpa
malang-QASEH
Err Awak tak rasa ke saya ni penyelamat awak. Setiap kali
awak ada masalah aje saya yang selamatkan. Tak gitu? Macam
ultraman selamatkan penduduk bumi-RIZQY
QASEH mengharapkan seorang imam yang bisa membimbing.
RIZQY perlukan teman sebagai pelengkap kepada sebahagian
diri yang hilang. Saat RIZQY rapuh, QASEH hadir sebagai
teman yang menenangkan. Menjadi guru yang setia di sisi
pelajar bernama suami. Biarpun tika itu dia sudah mengetahui,
hakikat rahsia yang RIZQY sembunyikan.
Qaseh, kalau satu hari nanti awak tahu saya sembunyikan
sesuatu daripada awak, agak-agak awak marah tak?-RIZQY

RM24.00 - SM
RM27.00 - SS

BERSATU SELAMANYA ROYAL KEOSS

RM29.00 - SM
RM32.00 - SS

Pertemuan pertama antara FAZRI dan FAZIRA terus memberi


kesan dan terpahat kukuh dalam hati si teruna. Cukup untuk
membuatkan si teruna menanam tekad untuk menyunting si
dara menjadi suri dalam hatinya walaupun si dara langsung tidak
mengendahkan kehadiran si teruna.
Namun bagi Fazira, kehadiran insan bergelar lelaki itu cuba
dihindari walaupun hati mula menerima lelaki itu. Namun, jika
sudah jodoh, Fazira tidak mampu menolaknya. Atas restu keluarga,
mereka dijodohkan walaupun Fazira memberi seribu alasan agar
lelaki tersebut tidak memilihnya sebagai isteri.
Saya mahu perkahwinan kita... diteruskan. Kita tetap akan
berkahwin. - FAZRI
Jangan mengarut Awak dah lupa dengan apa yang pernah saya
katakan pada hari tu? Awak tak takut menyesal lepas berkahwin
dengan perempuan seperti saya?! - FAZIRA
Saya akan lebih menyesal kalau lepaskan awak pergi! - FAZRI
Akhirnya, bahtera yang dibina tetap bersulam bahagia. Namun tidak
sangka perkahwinan mereka benar-benar diuji dengan bermacam
dugaan. Kemunculan orang ketiga umpama asid beracun, mengikis
rasa cinta dan kepercayaan Fazira terhadap Fazri. Ditambah pula
rahsia hitam yang cukup perit untuk diluahkan kepada Fazri.

ISTERI TAK DIJANGKA S. N. HIDAYAH HARON


ASMYALIANA ARIFFIN... Dia tidak sangka nasib hidupnya berubah
dalam sekelip mata. Terpaksa berdepan dengan ujian, Mya reda
menjadi umi dalam sekelip mata, menjadi isteri tak dijangka. Demi
menjaga maruah diri, dia harus mengkhianati dan melukai hati
seseorang
Atas alasan itu, Mya dan ZALIFF MOHAMMAD disatukan atas
ugutan Mya sendiri setelah dirinya dinodai lelaki itu. Biarpun
sudah beristerikan NATRAH yang merupakan kakak angkat baik
kepada Mya, pemikiran cetek Zaliff yang berlandaskan nafsu telah
menyebabkan Mya dilanda kegelapan. FAZZY, si kekasih hati Zaliff
pula menjadi penambah duka dan lara kepada isteri pertama Natrah
dan Mya isteri kedua.
Dalam sampul surat ini ada dua barang. Satu barang adalah laporan
kesihatan aku dan yang kedua adalah CD rakaman pencerobohan
kau ke dalam rumah aku. Kau tengok dan kau analisis dulu okey?
Lepas itu baru kau buat keputusan sama ada kau nak kritik atau kau
nak aku jadi juri? MYA
Kau nak ugut aku? ZALIFF
Aku tak ugut kau, tapi aku cuma nak ingatkan kau. Kalau aku buat
laporan polis, agak-agak kau boleh hidup aman macam orang lain
tak? Kau dapat tak kahwin dengan Fazzy? MYA

RM21.00 - SM
RM24.00 - SS

SAYANG TAK DIKENANG WAZRUL SHAH


Pertemuan yang tidak disengajakan sewaktu pesta buku di PWTC
telah menemukan AYU IZZHANI dan RAQIB. Tidak semena-mena
Ayu menjadi tunang sementara Raqib ketika
lelaki itu diserang oleh CAMELIA.
Namun pada saat Ayu berjumpa dengan tunangannya itu, sahabat
sejatinya, HATTIN juga bertemu dengan pilihan hati, TAFZANI
setelah hampir beberapa tahun hati Hattin tidak dihuni gara-gara
peristiwa hitam yang membuatkan hatinya bernanah.

RM27.00 - SM
RM30.00 - SS

Pada masa yang sama, ERICK yang selama ini menyukai Ayu Izzhani
datang menagih janji dan Raqib yang disayangi Ayu Izzhani mula
membuat onar. Sementelah pula Tafzani seakan-akan mempunyai
agenda yang tersembunyi sehingga menyebabkan renggangnya
hubungan persahabatan di antara Ayu Izzhani dan Hattin.
Bertahankah hubungan persahabatan itu? Dan apakah sebenarnya
yang disembunyikan oleh Tafzani?

PEWARIS TAKHTA CINTA - SITI KHADIJAH


Kerana cinta papanya, Tan Sri Syed Umar yang tidak kesampaian,
SYED ARYAN HAIDAR menjadi galang ganti. Dia mengahwini
WAFIYA KHADEEJA hanya untuk memenuhi permintaan terakhir
papanya demi menyambung sebuah cinta yang terhalang suatu
ketika dulu.
Nak kata benci, dia tak rela untuk melepaskan gadis itu pergi. Nak kata
sayang, Syed Aryan tidak kesah apabila mamanya memperlakukan
gadis itu seperti bola. Kerana menjunjung amanah yang diberi,
Wafiya didera mental dan fizikal.
Perempuan macam kau tak layak mendapat hormat aku. Dan kau
tak boleh jatuh cinta dekat mana-mana lelaki termasuk Muzamil dan
Haq. Kalau aku nampak kau dengan mana-mana lelaki, tahulah nasib
kau. - SYED ARYAN HAIDAR
Baiklah. Saya takkan jatuh cinta dengan sesiapa pun termasuk
tuan. - WAFIYA KHADEEJA
Namun, masa berlalu dengan pantas. Rasa yang mula mekar dalam
hatinya menyebabkan Syed Aryan tidak sanggup berpisah dengan
gadis itu. Tetapi dendam Puan Sri Sharifah Mastura menghalang rasa
itu. Dek tidak sanggup melihat isterinya menjadi mangsa dendam
mamanya, Syed Aryan terpaksa berkorban. Ya, berkorban meskipun
dia terpaksa menerima kebencian gadis
itu!

RM25.00 - SM
RM28.00 - SS

SETEGUH FAYQA - HANINA ABDULLAH

RM29.00 - SM
RM32.00 - SS

FAYQA LARA LYANA, gadis yang mempunyai latar belakang yang


misteri, tersadai di rumah kawan baiknya kerana terlibat dalam
peristiwa hitam yang menimpa kawan baiknya, Dzahim. Hidup
di bawah satu bumbung dengan keluarga Haji Dzulqarnain
yang ceria dan penyayang membuatkan dia terasa kehilangan
keluarganya sendiri.
Dzariff, si abang yang sentiasa berprasangka negatif tentang
Fayqa menjadikan hidupnya lintang-pukang. Dzariff ataupun
digelar sebagai jeneral sengal sering mengganggu hidupnya
dengan arahan dan aksi yang tidak masuk akal. Fayqa yang teguh
dapat bertahan dengan sikap sengal si abang.
Why is it that my reproductive part always become your point
of attack? - DZARIFF
Sorry. Mulut awak tak ada insurans. - FAYQA
Jodoh datang tanpa dirancang. Fayqa tidak sangka si jeneral sengal
rupa-rupanya ada hati terhadapnya. Bercinta? Jauh sekali. Atas
nasihat ibunya, Fayqa menerima lamaran yang tiba-tiba hadir.
Lalu bermulalah kehidupan yang manis namun tetap tidak dapat
lari daripada dugaan yang melanda. Apabila orang tua berikan
nasihat supaya banyak bersabar selepas berkahwin, dia tidak
sangka hingga ke tahap ini seorang isteri perlu bersabar. Sejauh
mana Fayqa dapat bertahan?

BENCI AMAT, SAYANG SANGAT! EZZA MYSARA


Hidup Amna Safiya berubah tatkala seorang lelaki yang
membantunya ketika keretanya rosak di tepi jalan tiba-tiba
menghantar rombongan meminang dirinya di tempat kerja.
Erk? Di pejabat, okey! Apa, dia ingat bos boleh jadi wali ke?
Kenapa awak masuk meminang saya di ofis? Apa, awak dah
terdesak sangat nak berbini ke atau saya ni terlalu cun hingga
menarik perhatian awak?- AMNA SAFIYA
Saya masuk meminang awak sebab saya kesian... Dalam hati
saya terfikir... Siapalah yang nakkan perempuan yang pemarah,
selekeh dan tak cantik macam awak ni? - REDZA KHUSYAIRI.
Dalam pada masa yang sama, seorang jejaka turut memuja
Amna dalam diam. Dia yang trauma kerana pernah ditolak dulu
berharap agar Amna akan memahami lenggok bahasa jiwanya.
Pernah tak awak terfikir, apa yang saya lakukan itu cinta?
Pernah tak awak sedari, setiap bicara saya itu bernada rindu?AMIRUL AHFAN.

RM24.00 - SM
RM27.00 - SS

MUHASABAH CINTAKU - QAULA SAFIYYAH

RM23.00 - SM
RM26.00 - SS

MEMANG Haziq tak sangka yang dia akan bertemu lagi dengan
Hajira, perempuan garang yang pernah menyerang sahabatnya,
Syafiq di ofis itu dulu.
Ops... Sorry, tak sengaja.
Awak ni kan Memang sengaja nak langgar saya, kan? Saya
tahulah saya ni handsome. Perempuan... memang macam tu la,
nak dapatkan perhatian lelaki.
Eh, eh awak ni, saya dah minta maaf, kan? Awak handsome?
Saya rasalah kan... kambing belakang rumah mak ngah saya lagi
handsome kut. Dasar lelaki perasantan.
Hajira juga mula kurang senang dengan Haziq. Asalnya dia
bergaduh dengan Syafiq sahaja, tup-tup, Haziq juga masuk
campur dengan tiba-tiba merenung dan menjeling dia tanda tak
puas hati. Siapa yang tak sakit hati?
Atas niat jahat Syafiq yang berpaksikan dendam lama, rancangan
rapi diatur. Dia mahu Hajira hidup sengsara bersama orang yang
dia benci dan juga membencinya. Sasarannya Haziq!
Dia tu pantang sikit kalau jumpa orang kaya ni, lebih kurang
macam perempuan pisau cukur. Syafiq
Kerana fitnah, dua manusia yang saling tidak menyukai
itu disatukan. Maruah Hajira rabak saat tiada siapa pun
mempercayainya. Haziq yang sedia diracuni dengan kata-kata
Syafiq, langsung tidak memberi ruang kepada hatinya untuk
mencintai Hajira. Otaknya seperti telah diprogram, Hajira hanya
inginkan hartanya. Namun hatinya berkata Kalau Hajira tak
seburuk yang disangkakan, pasti aku akan mencintainya sepenuh
hati.

TIKA HATI INI BERBICARA - GEE MUSZISYA

ARIEF HAKIMI, kali pertama menatap wajah itu gerak hatinya


berdetik sesuatu. Dia mula mengayam angan untuk mengenali
gadis itu dengan lebih dekat. Namun, keadaan memaksa untuk
dia melupakan hasratnya itu. Juga melupakan janjinya kepada
seseorang.
QASEH QALESYA, gadis yang berjaya mencuri hati Arief Hakimi.
Namun, tiada siapa yang menduga keperitan dan duka yang
dilaluinya. Derita hidup bersama keluarga tiri yang terlalu
membencinya hanya mampu dipendam sendirian.
Untuk memiliki Qaseh, Arief perlu merahsiakan masa silamnya
dan janjinya kepada seseorang yang perlu ditunaikan. Namun
tanpa diduga, rahsia yang selama ini tersimpan akhirnya
terbongkar dan membuatkan perasaan benci bersemai dalam hati
orang yang dicintai.
Rahsia apakah yang Arief cuba sembunyikan? Mungkinkah
perpisahan pengakhiran perhubungan mereka?

RM24.00 - SM
RM27.00 - SS

PA UNTUK DIA - SYAMINURIEZMIL

RM20.00 - SM
RM23.00 - SS

YARA AISYA YAZID. Dia seorang PA yang sangat komited dalam


kerjayanya. Bagi Yara, tiada yang lebih seronok di dalam dunia selain
mejadi PA kepada Tan Sri Wazir. Namun keseronokan Yara tersekat
apabila Tan Sri Wazir jatuh sakit dan melantik anaknya, Hanania
sebagai pemangkunya.
HANANIA WIDAD WAZIR seorang yang sangat serius sehingga Yara
sering merasa tertekan. Sejak itu, hidup Yara disaster. Kerja sebagai
PA tidak lagi seindah syurga. Masalahnya, semua orang tidak berpihak
kepada dia, namun hanya Onn saja yang memahami situasinya.
ONN ANDRE OTHMAN, pengurus kedai kopi yang sering dikunjungi
Yara. Selama setahun dia cuba mendekati Yara dan akhirnya, Yara
nampak usahanya. Oleh kerana hubungan yang masih baru, dia cukup
bimbang kalau hati Yara beralih arah kepada Hanania Widad Wazir.
Soal hati, susah untuk dimengertikan. Yara cuba untuk tidak memilih,
tetapi... kalau dia dipilih, macam mana? Sewaktu berada di Kalimantan,
hatinya sudah mula berbelah bagi. Karakter Hanania Widad, mula
meragut hati. Habis, macam mana dengan Onn? Kalaulah pilihan itu
hanya sesenang memilih kopi dan teh. Mana satu yang akan dipilih?

MR. FUSSY OR MR.COOL? - LIEYA IEZA


Akibat kecewa, DHIEYA AMIERA membawa hati yang lara. Tapi siapa
sangka, pertemuan kali pertama dengan seorang jejaka yang cerewet
akhirnya mengundang episod baru dalam hidupnya. Episod yang
sentiasa bersambung membawa cerita tersendiri.
Bagi ZHARIF FARHAN, kehadiran Dhieya Amiera mengundang rasa
aneh dalam hidupnya. Rasa yang sukar dimengertikan. Gadis yang
sentiasa ceria dan selamba itu membuatkan perasaannya kucar-kacir.
Perasaan apakah itu?
Kau buat apa kat dalam ni? Inikan tandas lelaki? Zharif
Saya nak cuci tandaslah. Waktu ni memang waktu saya cuci tandas.
Dhieya
Habis tu, kau tak reti nak tanya dulu ke? Ada orang ke tidak dalam
tandas ni? Zharif
Habis tu, bos tak reti ke nak keluar dari tandas ni? Kalau bos berniat
nak tolong saya sama-sama cuci tandas ni, kecik tapak tangan,
Stadium Shah Alam tu saya tadahkan. Dhieya.
Dhieya sedar siapa dirinya yang sebenar. Tak mungkin si enggang akan
terbang bersama si pipit. Dalam masa yang sama, HAZYRUL NIZAM
meluahkan perasaannya. Pemuda itu ikhlas dalam meluahkan rasa
cintanya.
Adakah usaha Dhieya Amiera dalam memperjuangkan cintanya akan
berhasil? Adakah cinta Dhieya Amiera akan kesampaian? Antara Zharif
Farhan dan Hazyrul Nizam, siapa yang menjadi pilihan hati Dhieya
Amiera?

RM24.00 - SM
RM27.00 - SS

AKU SUKA KAU BENCI - TINTA BIRU

Bermula dari satu cabaran, Ikmal bertekad untuk memikat Mia Sarah.
Niat asalnya sekadar main-main tetapi hatinya pula yang terpikat
dengan gadis kampung tersebut. Namun, gadis itu cukup payah untuk
dilembutkan hatinya sekaligus membuatkan Ikmal berusaha memenangi
sekeping hati milik Mia sarah.
Nak buat apa saya beri dekat orang lain? Saya tak suka orang lain, saya
suka awak. Sebab tu saya nak bagi dekat orang yang saya suka. Orang yang
saya sayang. - IKMAL
Hesy... Awak jangan merepek boleh tak? Siapa yang sukakan awak?
MIA SARAH
Awaklah, Cik Mia Sarah. -IKMAL
Perasan... MIA SARAH
Saya memang perasan pun. -IKMAL

RM23.00 - SM
RM26.00 - SS

Cinta tidak boleh dipaksa namun Ikmal sering kali memaksa. Penolakan
cinta dan tragedi dia dimalukan oleh Mia Sarah membuatkan Ikmal
sanggup melakukan tindakan di luar batas. Tindakan yang didorong atas
rasa malu dan dendam. Namun, perasaan bersalah tiba-tiba terbit dalam
hatinya dan perasaan sayang pula makin bercambah. Kesalahan besar
yang dilakukan harus ditebus. Mia Sarah wajib dinikahinya walau dengan
apa cara sekalipun.

DAH JODOH I DENGAN YOU - AIN KAMALIA

Pertemuan Yana dan Ben di sebuah kedai makan telah mencipta sebuah
permulaan kisah yang berbunga-bunga dalam hati mereka.
Mata tu tak payahlah pandang tempat lain, pandang pinggan nasi
aje boleh tak? Ataupun kalau teringin sangat nak pandang orang, you
pandang I aje sebab I pun orang. Ben
Di situ bermulanya hubungan teman tapi mesra mereka. Semuanya
mereka lakukan bersama, hampir seminggu tujuh hari.
Kenapa you letak nama I Ben 10?
Ben 10 tu adi wira tau.
Do I look like a cartoon to you?
Taklah Youre an angel to me
Peristiwa kuah kari yang tertumpah pada pagi hari telah menemukan
Yana dengan Ikmal, si klon Nazim Othman yang ternyata sungguhsungguh ada hati dengannya. Tak jemu-jemu Ikmal mencuba nasib, meski
dalam masa yang sama, Ben sudah menyerahkan sebentuk cincin belah
rotan platinum kepada Yana, tanda permulaan kepada sebuah cinta. Cuma
halangannya kini, mereka tidak seiman, tidak seagama.
Kepergian Ben ke Australia secara terburu-buru dan tanpa khabar
berita telah meninggalkan Yana dengan tanda tanya. Yana setia utuh
memegang janji Ben. Telah banyak e-mel yang dikirimkan buat Ben
namun balasannya hanya hampa. Situasi itu membuka peluang kepada
Ikmal untuk mencuba nasib.
Apa hobi awak? Ikmal
Saya selalu keluar dengan Ben, sekarang ni saya rindu sangat kat Ben...
Ermmm... Hobi terbaharu saya adalah keluar dengan Ben... Yana
Sebuah kejadian tak diduga berlaku. Sebuah peminangan yang diterima
oleh keluarganya di kampung membuatkan Yana jadi umpama jasad tak
bernyawa. Lebih mengharukan, peminangan itu daripada Ikmal!

RM28.00 - SM
RM31.00 - SS

SETANGGI CINTA UMIRAH - BUNGA AMANI

NUR UMAIRAH Gadis kampung yang alim dan tidak pandai


menonjolkan kecantikannya. Melakukan perubahan diri demi
sayang akan persahabatannya dengan Juma yang sama-sama
mengharungi suka duka kehidupan di alam kampus.
IMRAN Jejaka kacak yang dibuai cinta dengan gadis
idamannya, Zulaikha. Hubungan yang dibina beberapa tahun
musnah jua akhirnya apabila Zulaikha berpaling.
Imran dan Umairah : Takdir. Disatukan untuk menjaga
maruah keluarga masing-masing. Penyatuan tanpa rasa cinta
dalam diri, tidak seperti pasangan yang lain. Imran yang
masih mengharapkan Zulaikha menolak terus Umairah dari
hidupnya. Namun, tidak pula dia ingin menceraikan Umairah.

RM31.00 - SM
RM34.00 - SS

Umairah tu bilik kau, ni bilik aku. Rumah ni rumah aku.


Jadi aku tak suka kau ubah apa-apa. Kalau kau rajin sangat,
buat je dalam bilik kau tu. Kat luar ni semua kawasan aku
Kau tak boleh tuntut apa-apa pun daripada aku. Kau bukan
sesiapa pun. Kau faham apa maksud aku, kan? IMRAN

SUAMIKU MR. BOSS - ELIN NADIA

NAIM HAZIQ, seorang lelaki kota yang berasal daripada


keluarga berada telah jatuh cinta pandang pertama dengan
SAFIA HANA, seorang gadis desa yang hidup sederhana. Naim
memerlukan Safia hidup di sisinya kerana gadis itu penuh
dengan jiwa penyayang. Manakala Safia yang masih muda dan
naif memerlukan seorang lelaki yang boleh membimbingnya
menjadi seorang wanita dewasa yang matang.

Sebelum kahwin, Safia rasa dia tepat memilih
Naim. Lelaki itu sempurna di matanya. Walau apa juga
rintangan, dia terima asalkan dapat hidup bahagia dengan
Naim. Hakikatnya dia tidak tahu Naim sebenarnya seorang
lelaki kaki buli dan sudah mengatur rancangan untuk
mengawal hidupnya. Maka hidup Safia jadi kacau-bilau
kerana sikap Naim yang kuat cemburu, panas baran dan suka
mengongkong. Lalu... Mampukah hubungan Safia dan Naim
bertahan ke akhir hayat?

RM28.00 - SM
RM31.00 - SS

SAYANG AWAK CINTA AWAK - DAYANA DARWISY

PERTEMUAN pertama antara SHAHRUL HAIRI dan SALMIHA


HAINI tidak dirancang. Pertemuan kedua di KLIA pula seakanakan sukar dilenyapkan. Malahan sering menghantui setiap gerak
langkahnya. Tangisan hiba dan kesayuan gadis itu benar-benar
meruntun jiwa lelakinya.
Shahrul Hairi nekad, andai dia bertemu dengan gadis itu buat kali
ketiga, dia akan melamar gadis itu sebagai permaisuri hidupnya.
Namun hendak mendekati gadis impiannya bukanlah semudah
yang dijangkakan. Bukan senang seperti yang digambarkan. Gadis
itu terlalu sombong dan cengil.
Dan pertemuan ketiga menyebabkan Shahrul Hairi tidak
melepaskan peluang. Masing-masing dilanda masalah yang harus
diselesaikan dengan segera sekaligus menjadi batu loncatan untuk
mereka melepaskan diri dari masalah yang membelenggu.

RM25.00 - SM
RM28.00 - SS

Apa kata kita saling menolong? Saya tolong awak dan awak
tolong saya. - Shahrul Hairi
Kalau awak nak jadi gila, jangan heret orang lain untuk samasama jadi miring macam awak boleh tak, cik abang handsome.
- Salmiha Haini
Shahrul Hairi sendiri pelik akan dirinya sendiri. Nak kata dirinya
tak laku, tidak! Terdesak pun langsung tidak. Dia masih ada
peminat dan sering menjadi buruan si gadis manis dan jelita. Tapi
yang pelik bin hairannya, kenapalah balik-balik Si Salmiha Haini
yang suka menjeling itulah yang menjadi pujaan hatinya?

MY DEAR, MR. DIMPLE - AIFA BATRISYA

UMAR FALIQ. Kehadirannya secara kebetulan di majlis


pertunangan versi kejutan antara Zarin Sofea dan Naim menjadi
titik permulaan jodoh Umar Faliq bersama Sofea. Zarin Sofea
tertipu dengan tindakan Puan Zahlia a.k.a si Angry Bird yang
merupakan majikannya. Naim, anak si Angry Bird ini akhirnya
ditunangkan dengan Umayra dan bukannya Sofea.
Awak sendiri pun masih lagi belum boleh terima hakikat yang
lelaki di dalam tu dah bertunang. Kalau awak tak boleh terima
inikan pula ahli keluarga awak kan? Jadi Alang-alang saya dah
tolong awak tadi apa kata, awak bagi saya teruskan? UMAR
FALIQ.
Awak sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Umar? Ini bukan
perkara main-main, tahu? Ini melibatkan masa depan awak dan
dah tentu-tentu masa depan saya. Awak sedia nak jadi tunang saya
untuk selamatkan keadaan malam ni dan lepas kita bertunang,
awak nak putuskan pulak? Macam tu? ZARIN SOFEA.

RM24.00 - SM
RM27.00 - SS

MENANTU MITHALI - KHAYRIESHA

RM25.00 - SM
RM28.00 - SS

EMMA RAISHA... Dia tidak sangka nasibnya akan berubah dalam


sekelip mata. Dibenci daddynya semenjak kecil, mummynya pula
meninggal dunia, putus cinta dengan kekasihnya, dibuang kerja dan
rumahnya turut disita. Semuanya berlaku dalam tahun yang sama.
Akhirnya dia tidak punya sesiapa di sisi kecuali rakannya sahaja.
Atas alasan itu, dia sanggup menerima pertolongan daripada rakannya,
RAJA AFFENDY. Seorang lelaki yang bakal mengubah hidupnya
seratus peratus. Pada saat Andy ditimpa kesusahan, Emma juga
ingin membantu kerana lelaki itu telah banyak membantunya.
You cakap you boleh tolong. Kalau macam itu, kahwin dengan I
jom? ~ Andy
Errr... ~ Emma
Akhirnya, demi kepentingan diri sendiri, Emma menerima lamaran
tersebut. Namun dia tak sangka akan ada syarat-syarat yang menguji
kesabarannya.
Mama I fussy sangat. You tolong menangi hati mama I. You tolong
jadi menantu paling mithali buat mama I. Boleh tak?
Menantu mithali? Oh tidak!!! Kenapalah dia harus jadi menantu
mithali? Kalau menantu yang dikesali itu barulah dia tahu! Syarat
pertama, Emma sudah mula merungut. Syarat kedua, Emma sudah
berfikir dua tiga kali. Syarat ketiga, dia mula resah. Syarat keempat,
macam tak masuk akal. Dan syarat seterusnya, terus Emma berdendam
dengan bakal mertuanya.

EVOLUSI SI NAKAL - ALMAR NALEA


Ketenangan hidup AWINA SYAFINI, seorang gadis yang berlagak
kasar tetapi sangat manja bergoncang apabila dia menjadi saksi
kepada satu kes pembunuhan kejam oleh konco-konco John.
Hadirnya QALIFF FIRDEE, si nakal yang handal dalam sukan drift
dalam hidup Awin sebagai penyelamat nyawanya. Atas keselamatan
Awin, Firdee menyembunyikan Awin di dalam sebuah rumah pusaka
daripada penjahat. Telatah Firdee yang suka mengusiknya selalu
menaikkan angin Awin.
Suka kat kau? Uwek! Uwek! Nak termuntah hijau aku dengar. Tak
ingin aku nak suka kat kau. Aku benci! Benci! Benci dengan kau!
Meluat aku tengok kau tahu tak? - AWIN
Kau jangan... Kau cakap benci, nanti suatu hari kau cinta! Cinta!
Cinta! Dan cinta kat aku, baru padan muka kau. Baru terhegeh-hegeh
nak merayu kat aku. Kita tengok nanti. - FIRDEE
Usik-usik, marah-marah. Lama-lama jadi suka. Lama-lama jadi cinta.
Namun seperkara yang Awin tidak tahu, Firdee mempunyai hubungan
yang rapat dengan seorang janda muda beranak satu iaitu Lisa dan
anaknya, Raiyan. Firdee melayan Raiyan seperti anaknya sendiri. Lisa
dan Awin ibarat langit dan bumi. Lisa jauh lebih baik daripada Awin
dan mempunyai ciri-ciri idaman setiap lelaki.

RM22.00 - SM
RM25.00 - SS

HATI PEREMPUAN - NUR AIN AL-ABBAS

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf


hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu
berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi.
Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang
menyayanginya dalam diam.
Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben
berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan
Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran
disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut
datang daripada sang pria terhangat di pasaran.
Just say yes and well begin. - Tengku Zaril.
Takkan semudah itu. - Yuhanis.

RM27.00 - SM
RM30.00 - SS

Lalu Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai


oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada
kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?

DALAM HATI ADA DIA? - ILLA SHANAHILA


WANDA NURHANNAH. Seorang yang kalut, lurus dan tak capai
apa-apa kejayaan yang membanggakan selain mendapat 5A dalam
UPSR. Namun dia punya hati... Dia punya perasaan... Dan dia
juga pernah dikecewakan. Akhirnya dia bangkit menjadi Wanda
Nurhannah yang baru.
NICK RAYYAN LEE. Dikenali dengan gahnya, disegani dengan
kebijaksanaannya dan diidami wanita kerana ketampanannya.
Tapi dia juga punya rahsia sendiri. Satu keinginan hati, dia hanya
inginkan yang memahami dan yang tulus menghargai.
Dua sifat, dua insan, dua jiwa ditemukan oleh satu peristiwa dan
satukan oleh satu Hati.
Ada syiling tak? - NICK
Kenapa? - WANDA
Nak tukar, boleh? - NICK
Nah! - WANDA
Homai! Hati aku! Hati aku dalam beg syiling tadi! Dia dah
terambil hati aku.
Dan bermulalah kisah dua hati. Dua insan yang bertemu kerana
satu percaturan, satu takdir.

RM24.00 - SM
RM27.00 - SS

KAHWIN 6 BULAN AJE?! - ANABELLA

RM28.00 - SM
RM31.00 - SS

RANIA IXUNA Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai


kelebihan. Kelebihan yang membuatkan semua mata membulat dan
rahang hampir terjatuh setiap kali melihatnya.
EMIR ENRIQUE Seorang pemuda biasa dengan perangai yang
biasa-biasa. Tidak menyangka hidupnya akan berubah apabila
berkahwin dengan si comel yang digelar raksasa oleh sepupunya itu!
Si comel yang merupakan cinta pandang pertamanya!
Sayang, sayang nak pakai baju pengantin warna apa?- Emir
Hitam. - Ixuna
Sayang ingat kita nak berkabung ke pakai pakaian pengantin warna
hitam? Warna lain? - Emir
Warna kelabu tahi anjing. - Ixuna
Grrr Lain?! - Emir
Lut sinar. - Ixuna
Dah gila nak pakai baju lut sinar? Nak suruh semua orang nampak
badan kau tu ke? Bila dah kahwin nanti, diri kau hanya untuk tatapan
aku saja! - Emir
Akankah berterusan ikatan perkahwinan yang diatur oleh kedua-dua
belah keluarga itu? Atau terus terputus setelah tempoh tamatnya
enam bulan seperti yang diungkap oleh si gadis comel rupawan lagi
kuat makan itu?

SUAMIKU MR. BLIND - DANISYARAHMAT


Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di
sekolah lagi. Ain Syuhada, pengawas yang sebesar anak gajah itu ingin
balas dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah.
Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil
Zafran.
Aku tak nampak apa-apalah!
Ah, sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun
serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia
sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup untuk membayar apa yang
telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu
melunaskan hutangnya itu.
Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau
lagi. Apa saja yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu. AIDIL
ZAFRAN.
Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia
sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas tahun kemudian Aidil
Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya.
Errr Saya Ain Ain Syuhada Ismail. PA bos.
AIN SYUHADA muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa
dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain
Syuhada. Dah namanya pun mr. blind!

RM19.00 - SM
RM22.00 - SS

AKU MAHU KAMU - ALFA SYAMIMI

Siapa kata junior mesti cinta dengan senior walaupun meminatinya?


Itu yang berlaku antara Widya Solehah dan juga Izzat Amir. Widya
Solehah, pelajar junior yang suka menyendiri dan pasif tetapi suka
curi-curi pandang melihat Izzat Amir. Hanya meminatinya dalam
diam, Solehah menerima kata-kata pedas daripada senior pujaannya.
Okey. Aku just nak nasihat. Cuma secebis nasihat. Hubungan kat alam
sekolah ni jarang yang kekal lama. Yang clash tanpa sebab pun ada
So?
So, jangan berangan la nak couple ke, apa ke dengan aku.
Abang Izzat Saya tak pernah pasang angan nak bercintan-cintun
dengan orang macam abang ni. Not my taste.

RM23.00 - SM
RM26.00 - SS

Sejak itu, daripada mengintai dalam diam, dia hanya menjeling apabila
bersua muka. Tapi kata orang, kalau sudah jodoh, lari ke hujung
dunia pun tak ada gunanya, kan? Mereka ditemukan semula ketika
Solehah berada di menara ganding. Namun, kali ini Izzat Amir yang
menghulurkan perkenalan semula
Tapi ternyata, hubungan Widya Solehah dan Izzat Amir tak semudah
yang disangka. Kerana kesilapan Izzat Amir yang sukar mengawal
nafsu... Kerana kesilapan lampau along... Kerana hubungan kawan
baik yang disalah tafsir... Pelbagai konflik yang mendatang. Dan apakah
takdir mereka?

DIA... ISTERI LUAR BIASA - UMIE NADZIMAH


SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki,
lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil
kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkatangkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi,
ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... mesti ada
jalanlah
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak
dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan
Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje
ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati
ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu - Dewi Yusra

RM24.00 - SM
RM27.00 - SS

JANGAN PANDANG SEBELAH MATA, BRO! - SYIMA SYAWAL

RM23.00 - SM
RM26.00 - SS

Happy birthday to you Happy birthday to you Happy


birthday to you...
Andai lagu itu selalu dinyanyikan ketika majlis ulang tahunnya
sebelum ini namun berbeza tatkala irama dan lagunya bertukar
menjadi
Aku terima nikah Mira Maira binti Amir
Ketika dia menginjak usia 19 tahun, MIRA MAIRA rasa bingung,
keliru dan pasrah. Dengan rasminya dia telah menjadi isteri kepada
lelaki yang bernama ALIF HAZRIQ BIN DATO MUSTAFFA
HARUN. CEO sebuah syarikat produk kecantikan.
Adakah gadis sepertinya yang bertubuh kurus, berkulit hitam
manis, hidungnya pula tidak mancung sepertimana model iklan
syarikat suaminya akan dapat memiliki suami yang begitu
sempurna? Mampukah mereka melayari bahtera yang tiada arah
tujuannya? Dan jika itu takdir mereka berjayakah Alif Hazriq
membuang rasa egonya lalu menerima Mira Maira seadanya?

KERANA MAHALNYA SYURGA - IMI HAFIMI

Sebagaimana kau hasut abang aku untuk tukar agamanya,


kau seksa mak aku sampai mak aku gila dan mati dalam keadaan
yang paling mengerikan, dan sebagaimana kau menjadi punca
ayah aku sakit tenat sampai ayah aku mati, kau kena ingat semua
tu, Umi Zafwa! Kau kena sedar betapa dalamnya dendam aku
kepada kau dan apa sahaja yang berkaitan dengan kau!
Dendam itu. Kerana dendamnya kepada Umi Zafwa, dia
merancang untuk membiarkan Umi Zafwa turut terluka. Umi
Zafwa perlu disakiti dan caranya, Umi Zafwa perlu menjadi
miliknya dahulu!
Umi Zafwa. Tiada seorang wanita pun yang menginginkan
perkahwinan sepertinya. Perkahwinan yang hanya membuka
kepada jalan penderitaan. Namun, racun yang diberi Alex, madu
yang dibalasnya. Benci yang diberi, kasih yang dibalasnya.
Bukan Alex tidak pilu, bukan Alex tidak terjentik lewat
pengorbanan Umi Zafwa, bahkan bergenang air matanya melihat
ketenangan Umi Zafwa yang sentiasa tabah meski dilukai.
Lantas, semakin Alex terasa mula sayang, semakin keras
dia menyakiti Umi Zafwa. Kemesraan di hadapan Katherina,
kekasihnya sentiasa ditunjuk-tunjuk. Umi Zafwa hanya mampu
memendam rasa.

RM28.00 - SM
RM31.00 - SS

BERMUSIM BADAI CINTA - ZARA RYANA

RM30.00 - SM
RM33.00 - SS

Sampai hati! Tergamak sungguh memperlakukannya sebegini.


Mungkin sikap sambil lewa dan kurang prihatin dia menyebabkan
teman lelaki sendiri curang.
Semenjak itu, Arissa serik! Tak mahu bercinta lagi. Tapi muncul
pula seorang mamat ni, asyik menyakat dan mengacau hidupnya.
Semakin lama, entah mengapa, kehadirannya mula membuatkan
rasa geram dan sakit hati berubah menjadi sayang dan rindu
Awak... suka saya?
Sebagai bos, ya... mungkin,
Mungkin?
Yalah. Sebab Encik Hez suka sakat saya, kenakan saya. Rasa suka
tu jadi kuranglah.
Bertemu dengan Arissa yang selamba itu, Hezriq nekad untuk
melanggar perjanjian yang telah dimeterainya. Hati dan perasaan,
siapa dapat jangka?
Semenjak itu, Arissa sering dilanda masalah dan musibah.
Kehadiran Rayyan yang cuba melepaskannya daripada kesedihan
bersama Hezriq menyebabkan hati Arissa jadi berbelah bahagi.
Lalu Siapakah yang mampu memiliki cinta sejati Arissa?
Adakah kekal untuk Hezriq? Ataupun Rayyan yang menagih
harapan? Atau mungkin ada yang lebih berhak?

NAK BERCINTA DENGAN SAYA TAK? - KATRINA ADAM

Alahai... Kami pula yang kena denda? Okeylah, tak kisah... Apa
denda kami? - EIZHAM
Sekarang abang berdua berpeluk di depan saya. Tadi bukan main
suruh saya, kan? Apalagi, peluklah. Alah... Macam loving couple
tu. - JULIANA MAZ
Senior dan junior. Peristiwa yang tidak disangka-sangka telah
menjadi titik permulaan bagi sebuah perkenalan dan sebuah
jalan kehidupan baru. Juliana Maz ingin merasakan kehebatan
bercinta. Alangkah bahagia dan sejuknya jiwa apabila diri dicintai
dan dirindui seseorang yang bernama Eizham.
Akhirnya cinta terikat namun Juliana Maz hanya dapat memeluk
bayang-bayang Eizham. Identiti Eizham membunuh kepercayaan
dan cintanya selama ini. Dia berusaha mengajak Eizham ke jalan
yang diredai Allah SWT. Tapi, usahanya hanya setakat itu saja
apabila lafaz terucap... Eizham semakin hanyut dan Juliana Maz
semakin jauh...
Ketika ada cinta cuba mengetuk hatinya, kenapa ada resah dalam
jiwanya? Kenapa ada getar mengganggu bicara? Oh Tuhan...
Kenapa hatiku tiba-tiba berat untuk meluahkannya?

RM24.00 - SM
RM27.00 - SS

SM

SS

SAYA RINDU AWAK - KAY ERIN

TAJUK / PENULIS

RM18

RM21

PROTECT THE BOSS - ELLYNE ALYANA

RM18

RM21
RM24

PROJEK MEMIKAT SUAMI - HANINA ABDULLAH

RM21

KAMI DAH KAHWINLAH! - LISA MUHAMAD

RM18

RM21

BILA NAK SAKSI - REHAN MAKHTAR

RM23

RM26

PELAKON CINTA & MR. G - ANABELLA

RM26

RM29

AMAR FARISH - NURAQILAH SYUHAIDA

RM26

RM29

CINTA SEDINGIN MINT - AZURA RASIDDIN

RM24

RM27

KURNIA UNTUKKU - LIZ HALIZA

RM19

RM22

I'M MRS. KERTU - DANISYARAHMAT

RM19

RM22

KAU YANG PERTAMA DAN TERAKHIR - QASEH FARINA

RM23

RM26

SUAMIKU PEMALU - QISTINA ALYA

RM20

RM23

SUNGGUH AKU GILAKAN KAU - IZZ ALEJANDRA

RM24

RM27

BE MY WIFE - NURUL AIN SYUHADA

RM22

RM25
RM24

TAKDIR BUAT Q - S.N. HIDAYAH HARON

RM21

CALON ISTERI JUTAWAN - NURIFFA

RM25

RM28

RINDU KAMU MR. DARCY - SYAMNURIEZMIL

RM18

RM21

SUAMI EKSPRES - FIEYTA AN NISA

RM22

RM25

JERAT HATI - TINA DERIKA

RM22

RM25

BABAK TERAKHIR - HANNA EZATY

RM33

RM36

PELINDUNG CINTA - MISZTYRA

RM25

RM28

NAK BERCINTA DENGAN SAYA TAK? - KATRINA ADAM

RM24

RM27
RM33

BERMUSIM BADAI CINTA - ZARA RYANA

RM30

JANGAN PANDANG SEBELAH MATA, BRO! - SYIMA SYAWAL

RM23

RM26

KERANA MAHALNYA SYURGA - IMI HAFIMI

RM28

RM31

AKU MAHU KAMU - ALFA SYAMIMI

RM23

RM26

DIA... ISTERI LUAR BIASA - UMIE NADZIMAH

RM24

RM27

KAHWIN 6 BULAN AJE?! - ANABELLA

RM28

EM31

SUAMIKU MR. BLIND - DANISYARAHMAT

RM19

RM22

DALAM HATI ADA DIA? - ILLA SHANAHILA

RM24

RM27

SM

SS

HATI PEREMPUAN - NUR AIN AL-ABBAS

TAJUK / PENULIS

RM27

RM30

TIBA-TIBA, DIA ADA - REHAN MAKHTAR

RM25

RM28

CINTA GANTUNG - ILMAR IMIA

RM18

RM21

MENANTU 'MITHALI' - KHAYRIESHA

RM25

RM28

EVOLUSI SI NAKAL - ALMAR NALEA

RM22

RM25

SAYANG AWAK CINTA AWAK - DAYANA DARWISY

RM25

RM28

MY DEAR MR. DIMPLE - AIFA BATRISYA

RM24

RM27

SETANGGI CINTA UMAIRAH - BUNGA AMANI

RM31

RM34

SUAMIKU MR. BOSS - ELIN NADIA

RM28

RM31

AKU SUKA KAU BENCI - TINTA BIRU

RM23

RM26

DAH JODOH I DENGAN YOU - AIN KAMALIA

RM28

RM31

PA UNTUK DIA - SYAMINURIEZMIL

RM20

RM23

MR. FUSSY OR MR. COOL? - LIEYA IEZA

RM24

RM27

TIKA HATI INI BERBICARA - GEE MUSZISYA

RM24

RM27

BENCI AMAT, SAYANG SANGAT! - EZZA MYSARA

RM24

RM27

SETEGUH FAYQA - HANINA ABDULLAH

RM29

RM32

SAYANG TAK DIKENANG - WAZRUL SHAH

RM27

RM30

PEWARIS TAKHTA CINTA - SITI KHADIJAH

RM25

RM28

ISTERI TAK DIJANGKA - S.N HIDAYAH HARON

RM21

RM24

BERSATU SELAMANYA - ROYAL KEOSS

RM29

RM32

SATU PELURU CINTA - AIMY HANIYA

RM28

RM31

ENCIK GULA UNDER AGE? QISTINA ALYA

RM24

RM27

BUKAN DUA, TAPI TIGA? - AZIMAH LILY

RM31

RM34

PERGI - SYIMA SYAWAL

RM24

RM27

LOVE RIDDLES - MISZTYRA

RM29

RM32

SWEET DREAMS CINTA - NINA KAMAL

RM28

RM31

KAU DAN AKU - LISA MUHAMAD

RM23

RM26

* SM = SEMENANJUNG MALAYSIA
* SS = SABAH / SARAWAK