Anda di halaman 1dari 7

KESELAMATAN KANAK-KANAK DI

TEMPAT AWAM
Pada era pascamerdeka ini, kes jenayah dan penculikan kanak-kanak semakin menjadi-jadi
sehingga menjadi topik hangat dalam media massa. Kejadian kehilangan dan kemalangan
kanak-kanak seperti yang dilaporkan baru-baru ini meningkatkan kebimbangan masyarakat
terhadap keselamatan golongan berkenaan ketika di rumah, sekolah, jalan raya dan tempat
awam. Contohnya, kes adik Nurul Huda Abdul Ghani yang telah meninggal dunia dalam usia
10 tahun. Budak yang malang itu telah menjadi mangsa rogol dan dibunuh oleh binatang
yang bertopengkan manusia. Begitu juga dengan kes adik Sharlinie dan adik Asmawi yang
masih belum ditemui. Kes-kes tersebut turut diperkatakan dari warung kopi hingga
persidangan parlimen. Kes jenayah kanak-kanak telah menggusarkan ibu bapa yang
mempunyai anak yang seusia dengan kanak-kanak tersebut. Untuk mengelakkan lebih
banyak kanak-kanak menjadi mangsa kepada manusia yang tidak berkeperimanusiaan,
pelbagai langkah yang efisien patut dilaksanakan untuk melindungi kanak-kanak supaya
mereka dapat hidup dalam dunia yang aman, harmoni dan bahagia.
Pelbagai kelompok masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberikan
pandangan masing-masing mengenai keselamatan kanak-kanak termasuk mencadangkan
pendidikan mengenai keselamatan diri di sekolah seperti keselamatan jalan raya yang sudah
diajar di sekolah rendah. Selain itu mendidik kanak-kanak mengatakan `tidak kepada orang
yang tidak dikenali dan dirasakan berpotensi membahayakan mereka. Beberapa pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat tampil memberikan beberapa panduan mengenai
keselamatan kepada kanak-kanak sama ada di rumah, sekolah, jalan raya dan tempat awam.
Sesetengah panduan itu mungkin nampak ringan kepada segelintir orang, namun jika
dipraktikkan ia dapat membantu mencegah kejadian tidak diingini. Naib Presiden Persatuan
Perlindungan Kanak-Kanak Malaysia yang juga Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-undang
Universiti Malaya (UM), Dr Farah Nini Dusuki berkata, pendidikan keselamatan diri perlu
diajar pada peringkat awal kanak-kanak seperti di taman asuhan dan didikan kanak-kanak
serta prasekolah. Katanya, ibu bapa juga perlu mendapatkan ilmu bagaimana mendidik anak
masing-masing bagi menjaga keselamatan diri. Beliau berkata, pada masa sama, modul
pendidikan keselamatan diri perlu diperkenalkan di peringkat sekolah rendah selain dasar
perlindungan kanak-kanak bagi memastikan hak dan keselamatan kanak-kanak terjamin di
negara ini. Dasar ini tidak membenarkan mereka yang ada rekod jenayah termasuk
keganasan dan jenayah seksual tidak bekerja dalam sektor membabitkan kanak-kanak seperti
pengasuh, guru dan pengawal keselamatan di sekolah atau taman asuhan kanak-kanak,
katanya.
Untuk menangani masalah ini daripada terus menjalar, ibu bapa perlu memainkan
peranan yang signifikan untuk menyelamatkan cahaya mata yang dianugerahkan oleh Tuhan
kepada mereka. Dalam konteks ini, ibu bapa harus sentiasa memastikan anak mereka tidak

lari daripada perhatian mereka ketika berada di tempat awam, terutamanya di pasar malam,
pasar raya dan pusat membeli belah. Berikut merupakan perkara-perkasa asas yang perlu
dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sebelum
dibawa ke tempat awam. Pertama, ibu bapa perlu memaklumkan perancangan dengan tepat
destinasi dan tujuan. Sebagai contoh; mula-mula ke pusat membeli belah Giant dengan tujuan
utama untuk membeli pakaian seragam sekolah. Seterusnya, ibu bapa atau penjaga
digalakkan untuk memakaikan kanak-kanak dengan pakaian yang mudah dikenali sebagai
contoh baju yang berwarna terang dengan tambahan topi berwarna terang. Kanak-kanak
perempuan mungkin boleh dikenakan penutup kepala atau tudung yang berwarna terang agar
mudah dikenali apabila berada di tempat awam. Kanak-kanak pada usia awal atau sebelum
persekolahan kerap menghadapi masalah untuk mengingati nombor telefon ibu bapa atau
alamat rumah mereka sendiri, sehubungan dengan itu, biasakan kanak-kanak ini membawa
kad nama ibu bapa yang lengkap dengan nombor untuk dihubungi untuk sebarang
kemungkinan yang bakal berlaku.
Bukan itu sahaja, ibu bapa mahupun penjaga perlu sentiasa mengingatkan kanakkanak ini berjumpa terus dengan pihak berkuasa seperti pengawal keselamatan atau pihak
polis jika terpisah dari keluarga atau tersesat. Sekiranya tidak berjumpa dengan mana-mana
pihak berkuasa, cuba minta bantuan dari jurujual pusat membeli belah tersebut ataupun
penjual di gerai jika di pasar malam. Kanak-kanak juga jangan ditakutkan dengan pihak
berkuasa polis umpamanya. Kanak-kanak ini kena diberitahu bahawa polis akan menolong
kita jika semasa kecemasan atau kemalangan. Jangan panik dan menunjukkan rasa ketakutan
dan elakkan cuba meminta pertolongan dari orang yang tidak dikenali. Sementara itu, ibu
bapa atau penjaga perlu sentiasa membawa sekurang-kurangnya gambar terbaru kanak-kanak
bersaiz pasport, mungkin boleh disimpan di dalam dompet ayah atau beg tangan ibu. Gambar
sebegini akan memudahkan dan mempercepatkan pihak berkuasa dan orang awam di tempat
kejadian untuk mengecam kanak-kanak tersebut. Tegasnya ibu bapa perlu memikul
tanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak kecil mereka.
Selain persekitaran rumah dan lokasi percutian, ibu bapa sering mengambil mudah
keselamatan kanak-kanak di pusat beli-belah. Ini kerana banyak elemen penting dianggap
remeh sehingga menjadi punca kanak-kanak hilang di khalayak awam, cedera akibat tersepit
di tangga bergerak atau pintu lif serta terjatuh ketika berlari. Menurut Pengarah Pemasaran
Sunway Pyramid, Phang Sau Lian, kanak-kanak berusia lapan tahun ke bawah masih belum
matang dan mampu menilai mengenai pentingnya keselamatan di tempat awam. Mereka
secara semula jadi tidak akan duduk diam dalam tempoh lama, sebaliknya berlari,
memanjat, menjerit dan melompat tanpa sebarang tujuan. Sifat semula jadi kanak-kanak
aktif bergerak. Dalam hal ini, ibu bapa atau penjaga seharusnya memberi perhatian ketika
berada di lokasi tertentu atau tempat awam yang sering mendedahkan mereka kepada
ancaman tanpa diduga.
Kanak-kanak mempunyai keupayaan luar biasa terutama ketika bermain kerana
mereka tidak mengambil kira sebarang ancaman membabitkan diri. Jadi ibu bapa perlu

peka mengenai sebarang kemungkinan yang bakal berlaku kepada kanak-kanak terutama di
pusat beli-belah, jelasnya. Antara panduan yang boleh diikuti bagi mengelak perkara tidak
diingini sekiranya berkunjung ke pusat beli-belah adalah dengan memberi penekanan
mengenai keselamatan ketika menaiki tangga bergerak. Sebaiknya anak-anak tidak bermain
di kawasan tangga bergerak bagi mengelak terjatuh atau tersepit. Sekiranya kanak-kanak
boleh menjaga diri sendiri, penggunaan tangga bergerak mungkin sesuai dengan mereka
tetapi tidak bagi si kecil yang masih berada di dalam kereta sorong. Ini kerana kereta sorong
perlu digerakkan dan pada masa sama, bayi di dalamnya mungkin boleh terjatuh. Perkara
begini sering dianggap tidak berbahaya, namun kami menyarankan ibu bapa menggunakan
lif kerana lebih selamat dan mudah, ujarnya yang meminta ibu bapa memegang tangan
anak ketika menaiki tangga bergerak.
Dalam kesibukan ibu bapa membeli-belah, ada sesetengah yang tidak sedar anakanak terlepas daripada pandangan mata. Bagi mengelak perkara buruk berlaku, penjaga
boleh memakaikan anak dengan abah-abah atau gelang khas bagi mengesan si kecil
sekiranya terlepas daripada pegangan. Ketika di rumah ibu bapa boleh menyediakan gelang
khas di tangan anak dengan menulis nombor telefon atau sebarang nombor lain yang boleh
dihubungi. Apabila anak terlepas daripada pegangan dan jika ditemui orang awam, mereka
boleh menghubungi nombor berkenaan. Selain itu, ajar mereka supaya tidak mengikut orang
yang tidak dikenali walaupun diberikan manisan atau permainan sebagai umpan, katanya
ketika ditemui pada program Bengkel Keselamatan Kanak-Kanak Kelab Leo di Sunway
Pyramid, baru-baru ini. Selain itu, ramai ibu bapa tidak tahu alat pemerhatian jarak jauh
disyorkan bagi membantu mereka mengawasi anak sekiranya si kecil berjalan agak jauh atau
terlindung daripada pandangan ibu bapa. Menurut Phang, Sunway Pyramid ada
menyediakan alat berkenaan dan ibu bapa boleh membelinya daripada pihak pentadbiran.
Bayangkan ketika leka membeli-belah, kebanyakan ibu terlupa mengenai anak-anak
mereka. Alat pemerhatian jarak jauh ini boleh mengesan sehingga jarak tertentu di kawasan
pusat beli-belah dan jika anak hilang daripada pandangan, ibu bapa yang menggunakan alat
ini akan menerima isyarat atau mereka juga boleh menghubungi pihak keselamatan pusat
beli-belah. Alat itu akan mengeluarkan bunyi atau getaran sekiranya anak berada pada jarak
tertentu, jelasnya. Selain itu, bagi mengelak kemalangan ketika menggunakan lif, ibu bapa
seharusnya memberi peringatan supaya anak-anak berkelakuan baik ketika masuk dan
keluar dari lif. Pastikan ketika pintu terbuka atau tertutup, si kecil tidak menghulurkan
tangan atau kaki mereka. Sekiranya berlaku kebakaran pula, elak menggunakan lif,
katanya.
Selain itu, media massa perlu mendukung kewajipan untuk mencelikkan masyarakat
kita supaya peka terhadap isu ini. Media massa terutamanya media elektronik mempunyai
pengaruh yang kuat sekali terhadap masyarakat kita. Dalam situasi ini, pihak televisyen dan
akhbar perlu menyiarkan rencana atau rancangan yang berkaitan supaya masyarakat kita,
khasnya pengusaha tabika dan ibu bapa mengambil tindakan yang drastik untuk
mengelakkan anak buah mereka daripada menjadi mangsa kepada manusia yang berjiwa
binatang buas. Siaran daripada media massa dapat segera memancing perhatian dan

kerjasama daripada masyarakat untuk menghulurkan bantuan bersama-sama demi


menyelamatkan budak yang hilang atau kena culik. Dalam masa yang sama, media
elektronik patut menyekat rancangan ganas yang dapat mempengaruhi orang ramai. Bahan
lucah yang berkaitan dengan seksual kanak-kanak harus dilarang sama sekali sama ada
dalam cakera padat digital cetak rompak ataupun dalam internet. Adegan keganasan ini
mudah ditiru oleh bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga. Senarionya, unsur
keganasan akan diterjemahkan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa. Natijahnya,
media massa perlu memainkan peranan dengan menghalang dan menyekat mahupun
menapis rancangan yang berunsur ganas dan berusaha menginsafkan masyarakat kita untuk
menyelamatkan kanak-kanak kita daripada menjadi mangsa keganasan manusia yang
bertopengkan binatang.

Sementelahan itu, penguatkuasaan undang-undang merupakan alternatif yang ampuh


untuk membanteras gejala tersebut. Hal ini demikian kerana hukuman yang ketat berupaya
memperingatkan orang ramai supaya tidak menganiaya kanak-kanak di negara kita. Mereka
yang mencabuli, memperkosa, menculik dan mendera kanak-kanak perlu dijatuhi hukuman
yang berat, seperti hukuman penjara mandatori, hukuman sebat, hukuman gantung sampai
hati. Hukuman yang maksimum sedemikian akan menyebabkan mereka yang menganiayai
kanak-kanak berasa serik dan takut untuk melakukan kesalahan tersebut. Sehubungan dengan
itu, pihak polis juga perlu membuat siasat dengan cepat dan segera. Sindiket perdagangan
manusia harus dibendung dengan segera. Alangkah malangnya, terdapat kanak-kanak yang
diculik ke negeri Thailand dan Indonesia telah dicacatkan untuk menjadi pengemis . Oleh itu,
pihak penguatkuasa perlu melaksanakan tugas mereka dengan komitmen supaya nyawa anak
yang bernilai itu tidak diragut oleh manusia yang tidak waras akal fikirannya. Natijahnya,
anak merupakan kurniaan Tuhan yang akan membawa kebahagiaan dan hiburan kepada
keluarga. Anak juga akan mewarnai masyarakat, nusa dan bangsa kita . Seisi masyarakat kita
bertanggungjawab untuk melindungi mereka supaya membesar dengan aman dan sentosa.
Kes jenayah kanak-kanak dan gangguan seksual menjadi fobia kepada ibu bapa untuk
menjaga keselamatan anak mereka. Ingatlah pepatah ini, jangan terhantuk baru tengadah
dan janganlah sampai nasi menjadi bubur baru kita sebagai masyarakat ingin membantu
dalam melindungi kanak-kanak. Semua pihak yang terlibat tidak patut melepaskan batuk di
atas tangga dan berusaha dengan gigih bagi melindungi hak kanak-kanak di negara ini.
Langkah seterusnya dalam melindungi kanak-kanak di tempat awam ialah dengan
menggunakan harness. Penggunaan harness juga mampu mencegah berlakunya bahaya
kepada kanak-kanak di tempat awam. Harness ini sebenarnya alat keselamatan khas untuk
kanak-kanak apabila ibu bapa atau penjaga bersiar-siar di tempat awam. Harness ini sangat
sesuai untuk kanak-kanak yang suka berlari sana sini apabila berada di tempat awam. Alat
kesematan ini sangat membantu untuk ibu bapa untuk sentiasa bersama dengan anak.
Malahan, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor pernah menyebut tentang harness ini. Beliau
mengalakkan ibubapa mengunakannya apabila keluar agar tidak berlaku kejadian yang tidak
diingini. Namun penggunaan harness di Malaysia sangat kurang jika dibandingkan dengan
masyarakat di luar negara, mereka sudah menggunakan alat ini dengan lebih luas. Hal ini

kerana mereka sudah mempunyai kesedaran dalam aspek keselamatan anak-anak masingmasing.
Kesimpulannya, semua pihak perlu mengambil inisiatif sendiri bagi mengelakkan
berlakunya kes-kes berkaitan kanak-kanak di tempat awam. Walaupun, masyarakat Malaysia
belum lagi bersedia untuk menggunakan tali pengikat tangan seperti yang banyak diamalkan
di luar negara. Kaedah tradisional iaitu tangan kanak-kanak ini mesti dipastikan digenggam
walaupun mereka sendiri yang membantah terutama di kawasan sesak dengan orang ramai.
Kanak-kanak juga boleh diajar membawa wisel sebagai peralatan tambahan keselamatan.
Bagaimanapun mereka ini perlu diajar dan diingatkan agar menggunakan wisel hanya semasa
kecemasan dan ketika dikuatiri diancam. Kebanyakan kes kehilangan anak adalah berada di
lokasi yang penuh dengan orang ramai, terutama ketika jualan murah diadakan kerana ibu
bapa sibuk membeli belah. Ibu bapa atau pendidik perlu mengajar anak mereka serba sedikit
pendidikan seks, iaitu bahagian aurat badan mereka yang tidak boleh disentuh oleh orang
lain. Ibu bapa perlu membimbing anak mereka supaya menolak ajakan atau pujukan orang
yang tidak dikenali walaupun terdapat gula-gula yang enak. Dalam masa yang sama, ibu bapa
bertanggungjawab untuk memastikan anak mereka tidak berseorangan sama ada di rumah
atau di luar rumah. Contohnya adik Nurin Jazlin membeli sesuatu di pasar malam sehingga
tidak pulang untuk selama-lamanya. Sementara itu, menurut keratin akhbar Metro, pengacara
Wardina Safiyyah, 31, pula menyatakan golongan ibu bapa perlu sentiasa menimba ilmu
tentang aspek-aspek keselamatan kanak-kanak melalui pembacaan buku ataupun majalah
yang sesuai. Melalui pembacaan, ibu bapa dapat mendidik anak-anak tentang keselamatan
diri dengan cara yang kreatif. Itu sekali gus merangsang perkembangan minda dan
tumbesaran mereka.
"Jikalau ibu bapa terlalu obses akan keselamatan mereka sehingga membantutkan
pergerakan cergas kanak-kanak, sediakan ruang rumah yang lebih selesa untuk bergerak,"
kata Wardina. Jelasnya, adalah lebih baik para ibu bapa menghadiri kursus membantu kanakkanak dalam kecemasan di hospital yang berdekatan. "Kursus seumpama ini banyak
membantu mereka memberi pertolongan kecemasan sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.
Kadang kala apabila anak tercedera, ibu bapa panik sehingga gagal memberi pertolongan
kecemasan," terangnya . Tambahnya, kanak-kanak yang lebih kecil patut diawasi ketika
mereka berada di kawasan luar rumah, baik di halaman sendiri ataupun di tempat awam.
Tegasnya semua pihak harus berganding bahu dalam menjaga kanak-kanak dan melindungi
mereka di tempat awam. Masyarakat haruslah prihatin akan masalah yang menimpa kanakkanak di Malaysia. Setiap hari kita mendengar berita tentang kanak-kanak di akhbar
tempatan dimana mereka dibuli, didera dan dirogol. Peristiwa-peristiwa ini berlaku di
tempat awam dimana masyarakat dapat melihat sendiri. Masyarakat perlu sentiasa peka
akan apa yang berlaku disekeliling mereka. Jika ada sesuatu yang disyaki, sepatutnya
bergegas melihat dan menghalang daripada hanya mampu melihat dari jauh. Janganlah kita
berdiam diri hanya untuk kepentingan diri sendiri. Ingatlah bahawa nyawa seorang kanakkanak itu sangat berharga untuk menjamin masa depan negara kita kelak.

cara untuk melindungi kanak-kanak di tempat awam


Contoh alat perlindungan kanak-kanak di tempat awam (Harness)

Jenis-jenis penderaan kanak-kanak tahun 2001-2007

Jenis-jenis penderaan kanak-kanak tahun 1999-2008