Anda di halaman 1dari 6

Teori Pembelajaran Humanisme

Humanisme melihat manusia sebagai makhluk yang istimewa dan mempunyai


keupayaan yang tidak serupadengan haiwan. Humanisme percaya bahawa manusia
bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilai. Humanisme juga percaya
bahawa individu (manusia)harus dilihat sebagai satu entiti.
Gagne dan Berliner (1991), menyenaraikan lima objektif asas pendidikan daripada
pandangan humanism:
1. Memupuk pembelajaran ke arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain
2. Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan
perkara yang dipelajari
3. Mengembangkan kreativiti pemikiran bercapah
4. Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan
5. Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi
Menurut Gagne dan Berliner (1991), prinsip-prinsip pendekatan humanisme
merangkumi :
1. Pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajar ioleh mereka dan
perkara yang ingin diketahui oleh mereka.
2. Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyak
pengetahuan.
3. Penilaian kendiri hasil kerja pelajar merupakan penilaian yang lebih
bermakna,namun pelajar perlu dapat mencapai tahap pencapaian yang
ditetapkan.
4. Perasaan adalah sama penting dengan fakta
5. Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti
selamat secara fizikal, emosional,psikologikal serta nyaman

Contoh Tokoh Humanisme

r
h
m
M
a
l
w

a
a

C
o
n
t
h
C o
T r
o
a
k
o
l
h
r
o
u
gH
m
e
r
a
n
s
i
s
m
e

Teori Carl rogers


Carl rogers beranggapan bahawa manusia pada dasarnya adalah baik dan
mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai potensi diri. Menurut Rogers,
seorang insan yang sempurna memiliki kualiti berikut ;
1. Berfikiran terbuka terhadap pengalaman dunia. Dapat membuat tanggapan
yang betul tentang pengalamannya.
2. Menerima hidup seadanya. Mengutamakan perkara yang adapada hari ini
bukan semalam atau esok.
3. Mempercayai pemikiran dan perasaan sendiri sebagai sesuatuyang tepat.
4. Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke atastindakan sendiri.
5. Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial.
Dalam bidang pendidikan, Rogers terkenal dengan teori pembelajaran pengalaman
(experiental learning).Pada Rogers, semua insan mempunyai daya dan keinginan
yang tinggi untuk belajar.Jika sesorang itu gagal belajar puncanya ialah suasana
pembelajaran yang kurang sesuai bukan ketidakupayaan pelajar berkenaan.

Rogers menkategorikan pembelajaran kepada 2 iaitu :

ePmblajngKtfToCRsri

Dalam pembelajaran Rogers memberikan penekanan kepada hubungan personal


antara

guru

sebagai

fasilitator dengan pelajar.

Lantaran

itu

humanisme

mengutamakan pembelajaran berpusatkan pelajar dan penerimaan tanpa bersyarat.


Prinsip umum Rogers :

1. Kita tidak boleh mengajar seseorang secara langsung, tetapi kita hanya dapat

membimbing pembelajarannya.
2. Struktur dan organisasi diri seseorang menjadi lebih rigid jika dia merasakan
dirinya terancam. Dia akan menjadi tenang jika tiada ancaman.

Teori Abraham Maslow

Beliau terkenal dengan dengan perkembangan potensi manusia, khususnya teori


keperluan.
Maslow telah menghasilkan pemeringkatan keperluan manusia yang perlu dipenuhi
sebelum manusia berusaha mencapai potensi diri.
Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu
dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri,belajar
perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar
diri untuk melakukan yang terbaik.
Maslow membahagikan keperluan manusia kepada 2 bahagian, iaitu ;
Keperluan kekurangan (deficiency needs)
Keperluan perkembangan (being/growth needs)
Maslow mengemukakan bahwa individu berperilaku dalam upaya untuk
memenuhi kebutuhan yang bersifat hirarkis. Pada diri masing-masing orang
mempunyai berbagai perasaan takut seperti rasa takut untuk berusaha atau
berkembang, takut untuk mengambil kesempatan, takut membahayakan apa yang
sudah ia miliki dan sebagainya, tetapi di sisi lain seseorang juga memiliki dorongan
untuk lebih maju ke arah keutuhan, keunikan diri, ke arah berfungsinya semua
kemampuan, ke arah kepercayaan diri menghadapi dunia luar dan pada saat itu juga
ia dapat menerima diri sendiri.
Maslow membagi kebutuhan-kebutuhan (needs) manusia menjadi tujuh hirarki. Bila
seseorang telah dapat memenuhi kebutuhan pertama, seperti kebutuhan fisiologis,
barulah ia dapat menginginkan kebutuhan yang terletak di atasnya, ialah kebutuhan
mendapatkan rasa aman dan seterusnya.

Keperluan kekurangan perlu dipenuhi peringkat demi peringkat sebelum manusia


berusaha untuk memenuhi keperluan perkembangan.
Menurut Maslow, sekiranya keperluan kekurangan masih belum dipenuhi, keperluan
perkembangan tidak akan bermakna.

Implikasi Pendekatan Humanisme terhadap Pengajaran dan Pembelajaran


1. Guru hendaklah memberi fokus kepada pelajar,bukannya subjek yang
hendak diajar. Guru mengajar subjek tertentu. Pelajar yang utama, mata
pelajaran yang kedua.
2. Guru hendaklah melayani pelajar sebagai insan terlebih dahulu sebelum
melayani mereka sebagai pelajar.
3. Guru hendaklah menerima pelajartanpa bersyarat mengikut potensi dan
keupayaan masing-masing.
4. Guru hendaklah memberi peluang kepada pelajar untuk memilih tugasan dan
aktiviti pembelajaran apabila ada peluang membuat demikian.
5. Guru hendaklah membantu pelajar menentukan matlamat yang realistik.
6. Guru hendaklah melibatkan pelajar dalam gerak kerja kumpulan, terutamanya
pembelajaran koperatif. Hal ini akan dapat membina hubungan sosial dan
kemahiran emosi.
7. Guru bertindak sebagai fasilitator bagi perbincangan kumpulan.
8. Guru hendaklah menjadikan dirinya sebagai teladan dan role model kepada
pelajar untuk memupuk sikap, kepercayaan, dan tabiat yang baik.

Rumusan

Humanisme melihat manusia sebagai makhluk yang istimewa mempunyai


keupayaan yang lebih baik daripada haiwan. Teori ini yang mempercayai bahawa
manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilai. Permainan
tersebut merupakan sejenis permainan yang dapat memotivasikan murid dan
meningkatkan kebolehan kognitif mereka.
Seseorang pemain memerlukan keyakinan untuk memilih perkataan yang tepat
dan meletakkannya di atas gambar yang disediakan. Sifat yakin ini juga penting
dalam pembelajaran kerana tanpa keyakinan seseorang murid sukar untuk
menjawab soalan peperiksaan. Contohnya soalan aneka pilihan yang mempunyai
banyak jawapan, tanpa keyakinan seseorang murid akan mengambil masa yang
lama untuk menjawab satu-satu soalan. Hal ini akan menyukarkan murid untuk
menjawab soalan dengan baik. Justeru, dengan latihan semasa bermain ini diharap
dapat meningkat keyakinan diri pelajar ke arah yang optimum.
Selain itu juga, melalui permainan, tanggapan murid terhadap subjek bahasa
yang membosankan akan berubah. Hal ini permainan ini mampu mewujudkan
suasana yang harmoni di samping dapat mambantu pelajar meningkat kemahiran
mereka dalam bahasa Melayu.
Dalam Teori Humanistik, beberapa andaian telah dibuat. Antara andaian yang
telah dibuat ialah manusia mempunyai keperluan dan keperluan asas. Sekiranya
keperluan dan keperluan asas dipenuhi sepenuhnya maka secara langsung individu
dapat memotivasikan individu sendiri ke peringkat yang lebih tinggi iaitu mencapai
tahap kesempurnaan diri. Ini disokong oleh hierarki keperluan mengikut Maslow
(1984) yang menyatakan bahawa jika keperluan psikologi tidak dipenuhi oleh individu
maka jiwa seseorang tersebut akan terganggu dan tidak tenteram.
Sepanjang proses pembelajaran, Teori Humanistik ini menekan kepada pelajar,
berpusat kepada pelajar dan pelajar diibaratkan sebagai klien. Dalam keadaan ini,
konsep ini sangat penting kerana ia menceritakan tentang beberapa aspek iaitu dari
segi nilai manusia, hak individu, tindakan diri dan harga diri dalam menentukan
sesuatu tindakan yang diambil.