Bab 8
Kebangkitan tamadun islam
PENDAHULUAN
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila
Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t.
Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang
sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lamakelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaankerajaan Islam lain yang muncul
Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti
kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Uthmaniyyah
Turki, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi
antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat
pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun
Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan
sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada
Zaman Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan
Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I,
Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang
menyembah bumi.
Abstrak
Buku ini menceritakan tentang tamadun tamadun islam yang ada di
dunia ini. Tamadun tamadun ini menunjukan betapa gahnya agama
islam pada masa dahulu. Tamadun tamadun yang dimaksudkan
adalah seperti kerajaan islam di China, zaman Bani Umayyah,
zaman Bani Abbasiyah, kerajaan islam Sepanyol dan lain lain lagi.
Banyak kejayaan telah dicipta oleh orang islam pada zaman
kegemilangan islam ini. Semua tamadun- tamadun ini telah
mengalami kejatuhan lalu menyebabkan agama islam terbantut
kegemilangannya. Banyak faktor faktor di dalam buku ini yang
menunjukkan punca punca kejatuhan islam. Selain itu, buku ini
juga menunjukkan tentang kebangkitan islam pada masa kini.
SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI CHINA
PENGENALAN
Agama Islam dipercayai berkembang di negeri China pada tahun
651 Masihi. Islam masuk ke China dari negeri Arab melalui jalan
darat dan jalan laut. Sambutan masyarakat China terhadap agama
Islam tidak menggalakkan kerana perasaan curiga penduduk
tempatan terhadap agama bangsa lain.Di China terdapat lebih 20
juta penduduk yang beragama islam termasuk etnik
Hijrahuizu,Uyghur,Kazakh,Kirgiz,Tajik,Uzbek,Tatar dan lain-lain.
Cara Kemasukan Islam ke China
Salah satu cara islam disebarkan ke China adalah dibawa oleh
Hamzah Bin Hamzah (anak Hamzah Bin Abi Talib). Beliau bersama
3,000 orang Muhajirin pergi ke China dan menetap di San Gan Foo.
Selain itu,islam disebarkan semasa Maharaja Yung Wei (Dinasti
Tang), utusan dari Tanah Arab pimpinan Saad Bin Abi Waqas
bersama 15 orang Muhajirin menghadap Maharaja Yung Wei.
Mereka dibenarkan berdakwah di China dan satu masjid didirikan di
Cheng-san. Di samping itu,pimpinan dakwah Islamiyah yang
pertama dipimpin oleh Saad Bin Lubayd.
Hubungan Awal Arab-China
Pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, Maharaja Kao Tsung
membantu Firuz Bin Yezdegird III (Raja Parsi) melancarkan
serangan balas terhadap tentera Islam di Khurasan - tetapi gagal.
Khalifah Uthman mengirim perwakilan dan menyebutkan bantahan
lalu, hubungan diplomatik diadakan.
Semasa Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik, tentera Islam mara ke
sebelah Barat negeri China, memasuki Sinkiang dan Kansu. Utusan
dihantar kepada Maharaja Hsuan Tsung - diterima - aktiviti dakwah
disebarkan secara meluas di China.
Perkembangan Islam di China
Pada peringkat awal,perkembangan Islam di China terdiri daripada
pendatang Arab dan Parsi. Mereka berkahwin dengan wanita
tempatan dan seterusnya berasimilasi dengan masyarakat
tempatan. Petempatan orang Arab di China seperti Chang Chow,
Chuan Chow dan Kwang Chow (Canton).
Pada Dinasti Tang (618 905M), sebanyak 37 utusan diterima dari
kerajaan Islam. Pada 878 M, terdapat 120,000 orang asing ,
kebanyakan orang asing (Arab) beragama Islam.Dicatatkan, orang
Arab dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-Shih oleh orang China.
PENUTUP:
Berdasarkan tajuk-tajuk di atas,jelaslah Islam banyak
meninggalkan warisan yang sungguh bernilai kepada umat
manusia.Sebagai umat islam,kita seharusnya mengembalikan
semula kegemilangan Islam seperti di zaman Khalifah Bani
Umayyah dan Khalifah Bani Abbasiyah.Justeru itu, marilah kita
semua bersatu-padu dalam membangunkan syiar Islam.Sejarah
dahulu boleh dijadikan iktibar buat kita sebagai umat islam dalam
memartabatkan syiar Islam.
Zaman
Pertengahan
dahulu
dengan
nama
Faust
Legends."
Seterusnya Robert Briffault berkata, "Seorang biarawan dari Afrika yang bernama
Constantine yang pernah menjadi setiausaha kepada Robert Guiscard, memberikan
tumpuan untuk menterjemahkan buku-buku Arab dan dengan itu memperkenalkan
sistem pembelajaran baru dalam keluarga (Kristian dari kumpulan) Benedict di Monte
Cassino.
Seorang lagi ahli keluarga Benedict, Adelhard of Bath, membawa balik banyak bukubuku dari Cordova yang kemudiannya di sebarkan ke Perancis dan England. Daniel de
Morlay, selepas mempelajari ilmu matematik dan astronomi di Cordova, menerbitkan
semula ilmu yang telah dipelajarinya itu dan menjadi seorang pensyarah di Oxford.
Seterusnya, dalam bab Rebirth of Europe dalam buku The Making of Humanity, Robert
Briffault berkata, "Orang-orang Arab memperkenalkan tiga ciptaan untuk Eropah. Setiap
ciptaan ini kemudiannya melahirkan revolusi teknologi yang tersendiri di peringkat
global.
Pertama
ialah
kompas
(mariners
compass).
Dengannya Eropah berkembang ke seluruh pelosok dunia. Kedua ialah ubat bedil (gun
powder). Dengannya berakhirlah era pahlawan berkuda dengan baju perisainya. Ketiga
ialah kertas (paper). la membuka jalan kepada ciptaan alat-alat penerbitan yang
canggih."
Dunia terutamanya Barat sepatutnya berterima kasih kepada umat Islam. Tanpa
sumbangan mereka yang bertamadun tinggi ini, dunia tidak akan mengecap kemajuan
dan kemodenan seperti yang di kecapi pada hari ini. Terima kasih Islam
empayar. Apa yang dilakukan oleh GISB di Madinah ialah membangunkan ladang kurma, satusatunya projek ladang kurma atas nama orang melayu dari Malaysia. Sekarang menjadi tumpuan
kunjungan jemaah haji dan umrah dari Malaysia dan Indonesia. Begitu juga menyediakan khidmat
katering, pengangkutan, mutawwif, dan ziarah ke tempat-tempat sejarah. Di Mekah ada menyediakan
chalet bagi mereka yang ingin merasai kehidupan berada di kampung Rasul SAW. Juga ada ladang
unta, kuda, burung unta, kambing dan lain-lain.
Dengan terbukanya Malaysia Town di Mekah dan Madinah, memberikan peluang kepada umat Islam
dari seluruh dunia yang berkunjung di Haramain melihat model kehidupan Islam yang dibangunkan
oleh Abuya. Abuya telah mendidik anak murid dan pengikut-pengikutnya dengan meletakkan tujuan
dan matlamat pembangunan insan yang tepat diatas landasan Islam.
Matlamat pendidikan pembangunan insan ini ialah untuk melahirkan orang-orang yang
membangunkan Al-Quran dan Sunnah dalam setiap aspek kehidupan tanpa mengharapkan apa-apa
upah. Mereka berjuang menegakkan tamadun dan empayar Islam, dengan tujuan menyelamatkan
manusia dan dunia seluruhnya daripada sebarang kekejaman dan pemusnahan. Keuntungan yang
diharapkan bukan kekayaan dan kekuasaan tapi keredhaan ALLAH dan keampunan-Nya.