Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan
besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek
lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui
penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di
kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan
insanyang celik seni dan berbudaya.
Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program
antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan dengan
beberapa cara seperti
1. Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran, Proses penghubungkaitan
pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu
proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait
untuk mencapai satu matlamat
2. Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran Dengan adanya penghubungkaitan
kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan
keadaan kehidupan yang sebenar.
Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu
melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk
supaya setiap insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif
dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu
aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari
segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata
pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial,
meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak
memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari
pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan.
Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan
pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
sistematik.
Salam sejahtera
Saya tertarik dengan penerangan yang diberikan oleh cikgu. Seni dalam pendidikan memainkan peranan
penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan
kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan
pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan
membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

Terdapat beberapa peranan Seni dalam pendidikan yang boleh dikaitkan dengan mata pelajaran Bahasa
Melayu di sekolah rendah. Antaranya adalah Seni dalam pendidikan berperanan untuk menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjadi lebih seronok, menarik dan berkesan. Hal ini
sangat penting dalam mewujudkan interaksi positif dalam kalangan murid dan guru serta murid dan
murid.

Salam sejahtera,
Saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh cikgu. Di samping itu, Pendidikan Seni juga
berperanan untuk menghargai keindahan ciptaan Tuhan. Warna merupakan elemen yang penting dalam
kehidupan. Warna juga turut digunakan dalam Pendidikan Seni iaitu dalam komponen Pendidikan Seni
Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga
tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud di sekeliling kita. Contoh-contohnya adalah seperti warna
hijau yang terdapat pada daun, warna-warni yang terdapat pada pelangi dan sebagainya. Jika dikaitkan
dengan mata pelajaran Bahasa Melayu, guru bolehlah mengintegrasikan unsur seni visual (warna) dalam
sesi pengajaran dan pebelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, selepas guru mengajar murid tentang
jenis-jenis bunga misalnya, guru bolehlah meminta murid mewarnakan gambar bunga tersebut
mengikut kreativiti masing-masing. Di sini, guru boleh menyelitkan nilai mensyukuri ciptaan Tuhan yang
indah lagi menakjubkan itu kepada diri murid-murid. Di samping dapat mengintegrasikan unsur seni
visual dalam pengajaran dan pebelajaran , guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
murid-murid. Jadi, di sini jelas menunjukkan pengintegrasian Pendidikan Seni dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu berperanan dalam mewujudkan nilai menghargai keindahan ciptaan Tuhan dalam
kalangan murid-murid.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh cikgu. Pendidikan Seni sebenarnya juga
berperanan dalam memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan.
Ketiga-tiga budaya ini dapat diterapkan dalam pengintegrasikan unsur seni pergerakan dalam sesi
pengajaran dan pebelajaran di dalam kelas. Jika dikaitkan dengan sesi pengajaran dan pebelajaran
mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh menjalankan aktiviti seperti aktiviti lakonan. Semasa
berlakon, mereka akan menghayati lakonan serta membuat ekspresi yang sesuai menggunakan anggota
fizikal mereka. Misalnya, selepas guru menerangkan konsep tatabahasa mengenai kata adjektif yang
menunjukkan sifat seperti marah, sedih, gembira dan sebagainya, guru boleh meminta murid-murid
melakonkan watak-watak yang menggambarkan perasaan-perasaan tersebut. Mereka akan memikirkan
gaya yang sesuai untuk mengekspresikan perasaan-perasaan tersebut. Oleh yang demikian, jelas
menunjukkan pengintegrasian Pendidikan Seni dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat mewujudkan
budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam kalangan murid.
Salam sejahtera.
Apa yang diterangkan oleh cikgu itu sememangnya tepat sekali. Selain itu, Pendidikan Seni berperanan
dalam meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam pengajaran dan pebelajaran pengajaran dan

pebelajaran . Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna
dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang
sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga
unsur dalam Pendidikan Seni ini juga boleh diterapkan sekali gus dalam satu aktiviti semasa sesi
pengajaran dan pebelajaran . Misalnya, dalam sesi pengajaran dan pebelajaran Bahasa Melayu, guru
boleh menjalankan aktiviti menyanyi lagu warna pelangi sambil menari. Tarian yang dibuat adalah
mengikut kreativiti murid. Jadi, hal ini akan dapat membuatkan mereka lebih kreatif dalam
menghasilkan pergerakan yang sesuai dengan lagu yang dinyanyikan. Murid juga akan berasa seronok
dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik
pengajaran yang lama iaitu pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru. Oleh yang demikian, di sini
jelas menunjukkan, guru dapat meningkatkan pengetahuan murid-murid, daya kreativiti dan pemikiran
yang inovasi serta berkemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang
diamalkan dalam pengajaran dan pebelajaran .