Anda di halaman 1dari 13

BOL

EH
MENGELAKKANNYA
KITA

Diterbitkan oleh:
Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Laman Web: http://fsq.gov.my Tel: 603-8883 3558

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Diterbitkan oleh Bahagian Kawalan Mutu Makanan


KKM Dengan Kerjasama JICA

Project2

12/18/12

9:37 AM

Page 1

Apakah itu keracunan


makanan?
eracunan makanan adalah penyakit yang berlaku akibat memakan
makanan yang tercemar. Makanan dikatakan tercemar jika ia
mengandungi sesuatu benda atau bahan yang tidak seharusnya berada di
dalamnya.

Tiga jenis pencemaran makanan utama

Biologikal - bakteria, fungsi


(kulat dan yis) dan virus.

Kimia - racun
serangga, racun
rumpai, bahan
pencuci kimia,
aditif makanan
seperti pengawet
yang berlebihan.

Fizikal - benda
atau bahan asing
seperti rambut,
cebisan kaca, paku
dan lain-lain.

Keracunan Makanan-Kita Boleh Mengelakkannya

Project2

12/18/12

9:37 AM

Page 2

Punca-punca keracunan
makanan

Punca utama berlakunya keracunan makanan adalah dengan memakan


makanan atau meminum minuman yang :
Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti sesetengah jenis
kulat, cendawan, makanan laut (shellfish) dan sebagainya
Tercemar oleh kuman yang berbahaya
Tercemar oleh bahan-bahan kimia
Tercemar oleh bahan-bahan/ bendasing

Kementerian Kesihatan Malaysia

Project2

12/18/12

9:37 AM

Page 3

Tanda-tanda dan gejala


Gejala yang dialami berbeza dari seorang ke seorang yang lain dan
bergantung kepada :

Jenis racun atau jenis bakteria


Jumlah racun atau bakteria yang termakan
Umur seseorang
Ketahanan seseorang

Biasanya tanda-tanda dan gejala mulai timbul beberapa jam selepas memakan
makanan yang tercemar tau beberapa hari kemudiannya.

Tanda-tanda dan gejala keracunan

Loya dan muntah

Memulas dan sakit perut

Kadangkala demam dan


dehidrasi

Cirit birit

Keracunan Makanan-Kita Boleh Mengelakkannya

Project2

12/18/12

9:37 AM

Page 4

Mengapa ia berlaku
Pengendali Makanan

Tidak mengamalkan kebersihan diri ketika


menyedia, menghidang dan menjual
makanan.
Mengamalkan kelakuan/ amalan buruk
seperti merokok, berbual-bual, bersin ke
arah makanan, meludah merata-rata
semasa menyedia dan menjual makanan.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Project2

12/18/12

9:37 AM

Page 5

Tidak mengendahkan kebersihan persekitaran luar dan dalam premis


makanan.
Membiarkan makanan terdedah kepada serangga/ haiwan lain dan
pencemaran fizikal.
Menggalakkan amalan pelanggan mengambil sendiri makanan tanpa
kawalan atau layan diri oleh pelanggan.

Keracunan Makanan-Kita Boleh Mengelakkannya

Project2

12/18/12

9:37 AM

Page 6

Bagaimana pengguna boleh


mengelakkan keracunan makanan?
Keracunan makanan dapat dielakkan
apabila
pengguna
secara
bijak
menuntut hak-hak mereka untuk :

Memilih makanan yang dijual oleh


pengendali
makanan
yang
mengamalkan kebersihan diri dan
persekitaran.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Project2

12/18/12

9:37 AM

Page 7

Tidak melanggani premis makanan yang kotor dan yang tidak mematuhi
peraturan kebersihan.

Melaporkan kepada Pejabat Kesihatan/ Pihak Berkuasa Tempatan


tentang pengendali makanan yang tidak mematuhi peraturan
kebersihan makanan.

Tidak menggunakan atau memakan makanan dalm tin atau paket jika :
- Tin kemek atau karat
- Paket bocor
- Gelembong
- Rosak dalm apa jua bentuk
- Tamat tempoh penggunaan

Keracunan Makanan-Kita Boleh Mengelakkannya

Project2

12/18/12

9:37 AM

Page 8

Bagaimana mencegah
keracunan makanan?
Cara yang paling baik dan berkesan untuk mencegah kejadian keracunan
makanan adalah dengan melindungi makanan dari tercemar dan mengawasi
punca-punca pencemaran seperti berikut :

Manusia (pengendali makanan)

Mengelakkan amalan buruk seperti merokok, mengorek hidung


dan telinga serta menggaru kepala atau bahagian-bahagian lain
pada badan/ semasa mengendalikan makanan.

Sentiasa mengamalkan kebersihan dan kesihatan diri supaya tidak


menjadi punca jangkitan kepada orang lain.
Membasuh tangan secara teliti terutama selepas ke tandas,
memegang bahan mentah, mengangkut sampah sarap atau sisa
makanan.
Menjaga kebersihan persekitaran di dalam dan luar premis.
Memastikan peralatan yang rosak, sumbing atau retak tidak
digunakan lagi.
Sentiasa tudung makanan yang dihidang.
Tidak menyediakan makanan terlalu awal.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Project2

12/18/12

9:37 AM

Page 9

Bahan mentah

Bahan-bahan mentah, terutama daging atau hasilnya harus


disimpan pada suhu yang rendah (<4C).
Bahan mentah harus disimpan berasingan daripada makanan yang
sudah dimasak dan sedia untuk dimakan. Ini dapat mengelakkan
pencemaran silang dari bahan mentah ke makanan yang sedia
dimakan.

Keracunan Makanan-Kita Boleh Mengelakkannya

Project2

12/18/12

9:37 AM

Page 10

Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong (chopping board)


yang berasingan untuk mengelakkan pencemaran silang.
Cuci bahan mentah dengan teliti untuk mengeluarkan kekotoran atau
bendasing pada permukaannya.
Basuh tangan secara teliti setelah memegang bahan mentah seperti
daging mentah sebelum mengendali makanan yang sedia dimakan
seperti kuih-muih dan salad.

10

Kementerian Kesihatan Malaysia

Project2

12/18/12

Page 11

Serangga dan Haiwan

9:37 AM

Makhluk perosak seperti lalat, lipas, tikus, burung dan binatang


peliharaan adalah pembawa habuk, kekotoran dan bakteria.
Kawalan serangga dan haiwan ini akan membantu mengurangkan
pencemaran makanan secara berkesan.

Bekalan air

Jika air yang digunakan tidak diperolehi secara


langsung dari sumber utama (contohnya dari
tangki yang terdedah atau menggunakan
sambungan paip getah), pencemaran boleh
berlaku melalui kebocoran ini.

Keracunan Makanan-Kita Boleh Mengelakkannya

11

Project2

12/18/12

9:37 AM

Page 12

Sisa dan Bahan Buangan

12

Bahan buangan mengandungi makanan yang sedang mereput, sisa


kulit kupasan dan bahan organik yang menjadi sumber bakteria
hidup dan membiak dengan mudah.
Bekas sisa dan sampah-sarap yang terdedah atau melimpah akan
menarik haiwan dan serangga perosak seperti tikus, burung, lalat
dan lipas.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai