Anda di halaman 1dari 3

Sambutan Hari Guru

Pada 18 Mei 2015, SJKT Ladang Sabak Bernam telah mengadakan sambutan Hari
Guru peringkat sekolah. Sambutan itu diadakan di Dewan Bestari SJKT Ladang
Sabak Bernam.
Semua guru dan murid telah berkumpul di dewan sekolah pada pukul 7.00
pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan guru besar. Selepas itu, Perutusan
Hari Guru dibaca oleh En.Adnan. Ikrar guru disusuli selepas Perutusan Hari Guru.
Majlis diteruskan dengan persembahan murid. Murid-murid sekolah membuat
persembahan seperti tarian tradisional, mendeklamasi sajak, lakonan drama dan
lain-lain lagi.
Pada pukul 11.00 pagi semua murid dan guru berkumpul di kantin sekolah
untuk menjamu selera sarapan yang disediakan. Banyak juadah disediakan seperti
bihun, karipap, kuih lapis, dan sebagainya.
Majlis Hari Guru berakhir dengan pemberian hadiah kepada guru oleh semua
murid sebagai tanda penghargaan. Semua murid pulang ke rumah dengan hati yang
gembira.

Laporan Sambutan Hari Guru

Pada 18 Mei 2015, SJKT Ladang Sabak Bernam telah mengadakan sambutan hari
guru peringkat sekolah. Sambutan itu diadakan di Dewan Bestari SJKT Ladang
Sabak Bernam.
Semua guru dan murid telah berkumpul di dewan sekolah pada pukul 7.00
pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan guru besar. Selepas itu, Perutusan
Hari Guru dibaca oleh En.Adnan. Ikrar guru disusuli selepas Perutusan Hari Guru.
Majlis diteruskan dengan persembahan murid. Murid-murid sekolah membuat
persembahan seperti tarian tradisional, mendeklamasi sajak, lakonan drama dan
lain-lain lagi.
Pada pukul 11.00 pagi semua murid dan guru berkumpul di kantin sekolah
untuk menjamu selera sarapan yang disediakan. Banyak juadah disediakan seperti
bihun, karipap, kuih lapis, dan sebagainya.
Majlis Hari Guru berakhir dengan pemberian hadiah kepada guru oleh semua
murid sebagai tanda penghargaan. Semua murid pulang ke rumah dengan hati yang
gembira.

Disedikan oleh,

(SARALA KANIPPAN)
Setiausaha Persatuan Bahasa,
SJKT Ladang Sabak Bernam.

18 Mei 2015.

Sambutan Hari Guru

18 Mei 2015,
7.30 pagi
Semua guru dan murid telah berkumpul di dewan sekolah untuk menyambut hari
guru peringkat sekolah.
8.00 pagi
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan guru besar. Dalam ucapannya, beliau
mengalukan kehadiran wakil PPD, wakil PIBG dan para ibubapa ke majlis tersebut.
8.15 pagi
Selepas itu, Perutusan Hari Guru dibaca oleh En. Adnan. Kemudian, bacaan Ikrar
oleh guru-guru sekolah diadakan.
9.00 pagi
Majlis diteruskan dengan persembahan murid. Murid-murid sekolah membuat
persembahan seperti tarian tradisional, mendeklamasi sajak, lakonan drama dan
lain-lain lagi.
11.00 pagi
Semua murid dan guru berkumpul di kantin sekolah untuk menjamu selera sarapan
yang disediakan. Banyak juadah disediakan seperti bihun, karipap, kuih lapis, dan
sebagainya.
12.00 tengah hari
Majlis Hari Guru berakhir dengan pemberian hadiah kepada guru oleh semua murid
sebagai tanda penghargaan. Semua murid pulang ke rumah dengan hati yang
gembira.