Anda di halaman 1dari 1

ATID FAIQ AD-DANIAL BIN AMIRUDIN

NO 1939
JALAN LIMAU CULA
KAMPUNG GONG LIMAU
24000 KEMAMAN
TERENGGANU

1 Meil 2014

TUAN,
PERLETAKAN JAWATAN SELAKU PENGERUSI RUMAH SUKAN HIJAU KV KUANTAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


Saya Atid Faiq Ad-Danial Bin Amirudin sebagai Pengerusi Rumah Sukan Hijau Kolej Vokasional Kuantan
ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang perletakan jawatan saya bermula 1 Mei 2014.
Untuk makluman pihak tuan, perletakan jawatan ini disebabkan prestasi buruk saya yang tidak mampu
membimbing Rumah Sukan Hijau dengan baik. Selain itu juga, perletakan jawatan ini kerana saya yang
tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran serta ketegasan pada diri saya untuk membimbing rumah
sukan saya. Di Samping Itu, saya dapat merasakan bahawa saya tidak akan dapat memimpin rumah
sukan saya kearah kejayaan.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak tuan kerana memberi kepercayaan
kepada saya selama beberapa minggu ini untuk menjalankan tugas sebagai pengerusi rumah sukan.
Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama dan saya dahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

ATID FAIQ AD-DANIAL BIN AMIRUDIN


TAHUN 2 TEKNOLOGI KIMPALAN
PENGERUSI RUMAH SUKAN HIJAU