Anda di halaman 1dari 1

Masalah Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja- Ibu Bapa

Faktor:
-Ibu bapa sering dikatakan sebagai individu yang dekat dengan remaja
dan banyak mempengaruhi proses pembentukan diri remaja.Namun
begitu, pada era globalisasi serba moden ini, ibu bapa mengabaikan
tanggungjawab dan peranan mereka terhadap anak-anak kerana mereka
rakus mengejar kemewahan dan kebendaan semata-mata untuk
memenuhi naluri mereka. Mereka tidak memberi perhatian dan kasih
saying yang mencukupi kepada anak-anak. Selain itu, sesetengah ibu
bapa sibuk bekerja. Akibat keletihan, mereka langsung tidak mahu
mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk
meluangkan masa bagi mendengar masalah anak-anak mereka. Di
samping itu, pertengkaran dan perbalahan antara ibu bapa yang
berlarutan memberi impak yang besar terhadap anaknya tanpa mereka
sedari. Akibatnya, perceraian berlaku apabila kedua-dua orang tua yang
disayangi mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan telah
menjadi dorongan anak untuk mencari kehidupan yang lebih baik di luar
dengan melibatkan diri dalam gejala sosial.
Kesan:
-Imej dan maruah ibu bapa akan terjejas. Hal ini demikian kerana mereka
akan dituduh oleh kalangan masyarakat bahawa mereka telah
mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian bimbingan, kasih saying
dan perhatian yang mencukupi kepada anak-anak. Selain itu,
ketidakharmonian dalam kekeluargaan akan ditimbulkan kerana ibu bapa
akan menyalahkan antara satu sama lain bahawa pihak antaranya terlalu
memanjakan atau mengabaikan anak. Tegal itu, perceraian akan berlaku
antara ibu bapa.
Cara
- Peranan ibu bapa juga penting dalam mengekang masalah gejala sosial
ini.Ibu bapa perlu memberi kasih sayang dengan menghabiskan
sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka. Mereka
juga perlu sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk
mengatasai masalah tersebut. Di samping itu, ibu bapa juga harus peka
dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual
mereka. Tamsilnya, mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan
intelektual. Dengan ini, perubahan tersebut mendorong remaja
membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mampu
membina jati diri sendiri. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah
mendidik dan mengajar mereka dengan pendidikan agama kepada anakanak sejak kecil lagi. Mereka perlulah menjadi suri teladan kepada anakanak dengan menunjukkan keperibadan yang mulia, mengamalkan nilainilai murni, menepati janji dan sanggup menerima kelemahan diri. Ibu
bapa juga mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan
anak-anak mereka dan mengetahui rakan-rakan anak mereka supaya
memastikan rakan-rakan anak mempunyai kedudukan moral yang baik.