Anda di halaman 1dari 5

SUDUT PSIKOLOGI: RELEVAN UNTUK PENYELESAIAN MASALAH ESTETIK

DALAM KARYA SENI TAMPAK

Adakah aspek psikologi itu secara umumnya relevan dalam penyelesaian masalah-
masalah estetik? Isu ini ada kaitannya dengan masalah falsafah estetik itu sendiri.
Perbincangan dalam isu ini merangkumi hal-hal berikut:

a) Percubaan-percubaan dari sudut psikologi untuk mengatasi sebahagian kerja-


kerja seni dan kesannya membawa makna yang memantapkan lagi hasil sesuatu
karya.

b) Percubaan-percubaan dari pendekatan psikologi yang boleh mengekalkan


arahtunjuk dalam meningkatkan minat estetik.

c) Isu yang terakhir sebagai kesimpulannya ialah adakah percubaan estetik


menjadi persoalan psikologi.

Ada kenyataan yang menegaskan bahawa psikologi itu sudah tidak relevan untuk
digunapakai dalam nilai estetik. Pendekatan-pendekatan psikologi itu dikatakan tidak
banyak membantu meningkatkan nilai indah sesuatu karya.

Kenyataan ini telah disangkal oleh beberapa beberapa pihak. Sejak zaman Rechner’s
Vorschule der Aesthetic telah menyedari tentang adanya data-data emprikal
(berdasarkan pemerhatian dan eksprimen ujian) yang dihimpunkan di bawah tajuk
“Seni Psikologi” dan “Estetik Psikologi”. Walaupun himpunan itu dalam jumlah yang
sedikit, penulisan-penulisan berkaitannya menjadi sebahagian maklumat yang dikaitkan
dalam mencari jalan kepada masalah estetik. Tidak ada penulis ketika zaman itu yang
mahu menafikan segala maklumat psikologi adalah intipati yang berguna dalam menilai
estetik dalam karya-karya seni.

Edward Bullough yang terawal mengadakan percubaan ke atas estetik psikologi


melalui artikel pendeknya bertajuk “Hubungkait Estetik dengan Psikologi” telah
membincangkan satu isu yang mendahului pemikiran orang lain. Beliau dituduh sebagai
tukang muslihat teka-teki yang mengelirukan walaupun ada respons yang menyokong
analisis beliau dalam permasalahan yang menyentuh kesedaran estetik dalam
psikologi.

Percubaan Bullough ternyata jelas kepada sesiapa sahaja dan telah disokong oleh L.L.
Thurstone yang telah menulis satu kertas kerja dengan memberi perhatian kepada teori
estetik;
“Dalam sebahagian daripada perbincangan mengenai teori estetik dan kaitannya
dengan psikologi adalah persoalan fakta. Bermula dengan percubaan dan saya
merasakan suatu yang terlalu sukar untuk mencadangkan bagaimana pendekatan
psikologi dapat diserapkan supaya jawapan secara empirikal itu dapat difahami…ia
adalah suatu yang mencerahkan suasana kabur dalam pengalaman berkarya.
Sesetengah daripada rakan saya tidak bersetuju dengan persoalan teori estetik secara
inkuiri. Salah satu dari alasan yang ditunjukkan ialah Aristotle sendiri tidak
berkesempatan menyelesaikan masalah ini. Hujah mengaitkan tokoh Aristotle tidak
disenangi oleh saya kerana zaman ketika itu tidak relevan dengan asas-asas
perbincangan kita. Saya mencadangkan kita harus mengetahui banyak hal tentang isu
ini daripada Aristotle.” (1961:73).

Eliseo Vivas dan Murray Krieger bersetuju dalam sesetengah kenyataan. Mereka
memasukkan dalam kata pendahuluan buku estetik yang mahukan permasalahan
tentang estetik dapat dianalisis secara terperinci yang tidak dapat diselesaikan secara
empirikal. Jika kita mahu ke hadapan dalam menjulang nilai estetik, seharusnya kita
merujuk fakta-fakta dari perbincangan, buku-buku, kajian dan pendapat perseorangan.
Dari situ kita dapat mengetahui bahawa penerokaan kita belum lagi cukup sempurna.

Dalam tempoh 75 tahun lampau atau 100 tahun dahulu segala dapatan dari makmal
yang mengkaji aspek psikologi sebagai amalan saintifik dalam seni estetik tidak begitu
diendahkan. Agak malang semua sudut telah ditutup dan hanya sedikit sahaja nilai
estetik dari dapatan yang asli ditunjukkan. Hasil keputusan lebih cenderong ke arah
dapatan sains yang cuba memisahkan seni dalam dunianya sendiri. Sesama artis terus
berkarya dan tiada pengharapan untuk terus bergantung harap pada dapatan estetika
psikologi. Andaian yang dibuat seperti memandang rendah dan maklumat psikologi itu
dianggap tidak relevan kepada persoalan estetik yang mengelirukan.

Thomas Munro telah menumpukan perhatian beliau dan mengharapkan ruang


perbincangan yang signifikan antara sains dan estetik. Pandangan Munro
melengkapkan lagi idea yang memandang ke hadapan bahawa estetik itu boleh hadir
menjadi sains. Hakikatnya maklumat psikologi hanya relevan pada sesetengah tempat
masih ada signifikannya dalam menyelesaikan masalah estetik. Selanjutnya Munro
mengumpul semua hujah dan kesimpulannya ialah:

1. Isi yang dibawa dalam menerapkan nilai artistik dalam sesebuah lukisan dan
karya seni tampak itu adalah subjektif dan perlu adanya gandingan perasaan
estetik bersama pengolahan santifik.
2. Kebimbangan untuk menolak bahawa “sains harus menjadi mekanisme” telah
mematikan nilai seni dan harus disanggah bergantung kepada hujah kita sama
ada benar atau tidak.

3. Cuba menyedarkan semula melalui kepercayaan yang jitu bahawa dalam


melengkapkan prinsip seni yang baik perlu bergantung pada keadaan semulajadi
manusia. Perbahasan ini harus dirangsang dengan perdebatan oleh pihak yang
berhak.

Apa yang dimaksudkan oleh Munro dalam hujahnya di atas ialah estetika adalah
sebahagian dari sains.

Dari pelbagai sumber dan kajian telah menunjukkan sikap ingin mencuba untuk
menonjolkan nilai estetik itu membantu kita mencari arah yang sesuai dalam
mengisi pengalaman estetik secara semulajadi. Jika semua percubaan ini diletakkan
sebagai asas dalam berkarya dan proses kerja-kerja studio akan memungkinkan isu
ini diselesaikan. Ada keputusan dari ujian hepotisis yang menunjukkan seni itu sama
seperti sains dan pendekatan psikologi itu ada bersama sains.

Objek-objek lain yang bernilai estetik dikumpul untuk manfaat sains. Percubaan
mencari makna di sebalik pengalaman estetik telah dengan sendiri melalui proses
inkuiri yang emprikal. Proses ini adalah pendekatan saintifik. Munro mengulangi
kenyataan dengan meletakkan sifat-sifat estetik seumpama sains dengan
mengembalikan ingatan ke atas kaedah-kaedah dan hasil dari percubaan estetik itu
sendiri.

Apabila perbincangan ini diserahkan kepada ahli falsafah, sekurang-kurangnya dua


jenis persoalan yang dapat disentuh berkaitan estetik. Pertama tentang persoalan
kefahaman logikal, iaitu makna di sebalik konsep-konsep tersebut, secara diskriptif
akan dapat ditafsir karya seni itu secara kritikal. Contoh yang typical (yang biasa)
mengenai isu adakah muzik membawa makna? Adakah lukisan perlu sarat dengan
fakta-fakta dan kenyataan?

Persoalan kedua ialah kesedaran psikologi yang berkait dengan pengalaman


estetik seharusnya tidak dipisahkan dari sifat semulajadi. Contohnya Monroe C.
Beardsley yang dalam rumusannya menyatakan sifat semulajadi seni dan psikologi
yang mengkaji tabiat benda bernyawa dan hidupan disekeliling itu adalah lumrah
alam adalah sebagai “falsafah estetik” dan “estetika psikologi”.
Secara semulajadi, pengalaman estetik ada kaitannya dengan tafsiran yang
meletakkan nilai indah secara semulajadi dari sudut psikologi. Segala data yang
ditemui akan dikaitkan dalam kritikan seni yang menjadi keranjang maklumat pada
kajian psikologi yang mendahului segala-galanya.

Jarak perbincangan antara psikologi dan seni itu perlu sentiasaa ada dan
didekatkan. Nilai estetik akan dipungut menjadi maklumat untuk dirumuskan;

1. Hubungkait maklumat psikologi kepada manusia yang melihat masalah logikal


(seperti makna di sebalik muzik dan erti yang terselindung di sebalik karya seni).

2. Hubungkait maklumat psikologi yang dihuraikan dalam pengalaman estetik.

Adakah jawapan dari penemuan psikologi, rakaman data, respons daripada sesiapa
yang mendengar muzik dan menghayati sebuah lukisan dihubung dan dikaitkan secara
jelas.

Isu dan pendapat yang dibahaskan dalam sudut psikologi, permasalahan estetik dalam
karya seni tampak membawa kesimpulan adakah isu estetik menjadi persoalan dalam
psikologi. Secara ringkasnya maklumat psikologi ada hubungannya dengan masalah
penciptaan karya seni yang dapat menerangkan nilai-nilai terhadap karya-karya seni.

Nilai estetika telah dimaklumi membantu bagaimana hasil seni itu dijelmakan dan
berakhir sebagai produk pengguna. Maklumat psikologi mungkin dapat membantu para
pengkritik menganalisis plot yang dimainkan, bahasa tampak yang dikaitkan dengan
tabiat dan tingkahlaku manusia menjadi sifat-sifat dalam olahan karya tersebut.

Maka sudah terjawap bahawa maklumat psikologi begitu penting dan istimewa
kaitannya pada seni. Begitu penting permasalahan tingkahlaku yang neurotik dikaji
sifatnya yang mempengaruhi sifat semulajadi seorang insan.
Sebenarnya kedudukan relevan ataupun tidak psikologi itu dalam nilai estetika
memerlukan penilaian pengkritik dan seniman memikirkannya dari sudut pengalaman
dan penghayatan apabila sudah terjun ke gelangang yang sebenar. Ada kebenaran jika
dikatakan nilai estetika itu berkait dengan psikologi kerana penghayatannya melibat
jiwa, perasaan, otak dan pengalaman emosi. Ada berlaku secara tidak disedari malah ia
dapat dirasai apabila nilai estetika itu pada ketikanya memerlukan daya persepsi
pancaindera yang tajam di mana psikologi ada peranannya di tengah-tengah. Ketika ini
sudut psikologi diperlukan apabila karya seni diperagakan sebagai objek dan pemerhati
sebagai audiens.

Rujukan:

Francis J. Coleman. Contemporary Studies in Aesthetics. New YorK: Mc Graw-Hill


Book Company, 1968

C.C.Pratt. “Esthetics” in Annual Review of Psychology, Vol.12, 1961

Von Ehrenfels dalam Psychology of the Arts oleh Hans Kreitler & Shulamith Kreitler,
N.C: Durham, Duke University Press, 1972

Edmund Burke Feldman, Art as Image and Idea, New Jersey: Prentice-Hall, Inc.,
Englewood Cliffs, 1967

Anda mungkin juga menyukai