Anda di halaman 1dari 21

MTE3112

AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

TAJUK 3

KEPERLUAN KHAS DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

KEBERKESANAN KEMAHIRAN MENGAJAR BAGI KEPERLUAN KHAS


3.1

SINOPSIS

Tajuk ini memperkenalkan tentang keberkesanan kemahiran mengajar bagi keperluan


khas yang boleh dipamerkan melalui pelbagai pengajaran kreatif dan efektif untuk
keperluan khas. Bahagian ini juga membincangkan strategi pembelajaran bagi
pendidikan keperluan khas.
3.2

HASIL PEMBELAJARAN

Membincangkan tentang pelbagai pengajaran kreatif dan efektif untuk


keperluan khas.

3.3

Membincangkan strategi pembelajaran bagi pendidikan keperluan khas.


KERANGKA TAJUK

Keperluan Khas
Dalam
Pendidikan
Matematik

Keberkesanan
Kemahiran
Mengajar
Keperluan Khas

Pengajaran
Kreatif dan
Efektif
Keperluan Khas

Aktiviti
Pengayaan

Strategi
Pembelajaran
Keperluan Khas

Aktiviti
Pemulihan

Disleksia

Jenis
Ketidakupayaan
Pembelajaran

Dispraksia

Diskalkulia

Disfasia

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

3.4 KANDUNGAN
3.1.4 Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani dalam kalangan kanak-kanak di
dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Selain daripada pengaruh baka
dan persekitaran, kanak-kanak berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza.
Oleh yang demikian, di dalam sebuah kelas akan terdapat murid yang cergas serta
berkebolehan dan ada murid yang akan menghadapi kesukaran dalam pembelajaran.
Murid-murid mungkin berbeza daripada rakan-rakannya yang lain dari segi
kemampuan mereka menyelesaikan masalah, kebolehan berbincang dan bergaul
dengan rakan, mengawal perasaan atau menjalani kegiatan fizikal.
Kadangkala, kita akan berjumpa kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara
dan tidak mengikut norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain. Perbezaan
ini juga mungkin akan menyebabkan kanak-kanak ini tidak dapat mengikut
pengajaran di dalam bilik darjah seperti rakan-rakannya yang lain. Akhirnya muridmurid ini akan terpinggir dan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Kanak-kanak ini
menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa,
misalnya keupayaan kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan
berkomunikasi sesama rakan.
Kanak-kanak ini mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal
masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran,
dan terencat akal. Malahan murid-murid pintar cerdas juga dikategorikan sebagai
kanak-kanak berkeperluan khas. Satu bentuk pendidikan yang khusus perlu
dirancang dan dilaksanakan untuk kanak-kanak ini.

Latihan pengukuhan

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Bincangkan dalam kumpulan, bagaimana untuk menjalankan aktiviti pembelajaran


matematik secara kreatif dan efektif bagi murid-murid pelbagai kebolehan / potensi
dalam sebuah bilik darjah.
3.2

AKTIVITI PENGAYAAN

3.2.1 Sinopsis
Tajuk ini menerangkan strategi belajar bagi pelajar cerdas dan aktiviti pengayaan
yang sesuai dalam bilik darjah.
3.2.2 Hasil Pembelajaran

Mengklasifikasikan strategi belajar bagi pelajar cerdas

Membincangkan tentang aktiviti pengayaan yang sesuai dalam bilik darjah

3.2.3 Aktiviti Pengayaan


Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang memberi peluang kepada
murid-murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya
cipta serta bakat kepimpinan mereka.
Sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar.
Selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas
tertentu.
3.2.4 Objektif Aktiviti Pengayaan
Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa
untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan murid-murid.
Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk
meningkatkan pencapaian murid-murid.
Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat
murid-murid.
Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran.
3.2.5 Pengajaran dan Pembelajaran Kreatif
3

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Permainan, Projek mini, Penggunaan ICT, P&P di luar bilik darjah / Lawatan,
Taman Matematik.

Contoh pengajaran;

Memberikan pelajar tugasan kumpulan berkolaborasi contohnya projek


mini.

Penggunaan ICT, contohnya perisian Excel dalam pengajaran topik


pengendalian data.

Fikir ???

Terangkan dua aktiviti pengayaan untuk mengajar topik pengendalian data.

3.2.6 Penggunaan Bahan Manipulatif dan Cadangan Aktiviti


Contoh 1:
Topik : Bentuk dua matra

Lego

(Permainan / P&P Kretif 3D)

Tangram

(Permainan / P&P Kretif 2D)

Papan geo

(Bahan manipulatif P&P 2D)

Model geometri

(Bahan manipulatif P&P 3D)

Contoh 2:
Topik : Penambahan nombor bulat Tahun 1

Abakus

(Permainan / P&P Kreatif)

sudoku

(Permainan / P&P Kreatif tetapi untuk


nombor bulat sahaja, bukan penambahan)

Cuisenaire rods

(Bahan manipulatif P&P)

Coloured-beads

(Bahan manipulatif P&P)


4

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Contoh 3:
Jenis
Permainan

Contoh Aktiviti
Ular dan tangga
Domino
Cantuman nombor dengan bilangan benda
Aktiviti jual beli
Meneka

Teka-teki

nombor
waktu
operasi
bentuk
dan lain-lain
melukis corak dan pola berdasarkan bentuk

Projek

geometri
membina objek daripada bentuk-bentuk
geometri yang diberi

3.2.7 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan


Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan
tiga cara;
Aktiviti

pengayaan

untuk

semua

murid

melalui

kumpulan

mengikut

dengan

kumpulan

kebolehan.
Aktiviti

kumpulan

menjalankan

aktiviti

pengayaan

menjalankan aktiviti pemulihan.


Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan.

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

3.3

AKTIVITI PEMULIHAN

3.3.1 Sinopsis
Tajuk ini mengklasifikasikan strategi belajar bagi pelajar bermasalah membincangkan
tentang aktiviti pemulihan yang sesuai dalam bilik darjah.
3.3.2 Hasil Pembelajaran
Mengklasifikasikan strategi belajar bagi pelajar bermasalah
Membincangkan tentang aktiviti pemulihan yang sesuai dalam bilik darjah.
3.3.4 Konsep Pemulihan
Dalam konteks pendidikan, pemulihan boleh diertikan sebagai sesuatu usaha untuk
membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Koh
(1982) menyatakan pendidikan pemulihan adalah terbatas dan lebih khusus sifatnya
kerana bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Bagi Sampson (1975),
pendidikan merupakan tindakan-tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi
keperluan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran. Ee (1998) pula
menyatakan bahawa pendidikan pemulihan merupakan suatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang disediakan untuk menolong pelajar-pelajar yang menghadapi
masalah pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran dengan pendekatan,
bahan- bahan pengajaran serta aktiviti yang alternatif.
3.3.5 Aktiviti Pemulihan
Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang berusaha menolong
murid-murid untuk mengatasi masalah pembelajaran.
Dilaksanakan kepada kumpulan murid yang tidak dapat memberi tumpuan
kepada matapelajaran yang sedang diajar atau yang sebelumnya.

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Aktiviti pemulihan juga perlu diberi kepada murid-murid yang sering melakukan
kesilapan (khususnya dalam proses mengira).

3.3.6 Prinsip Pemulihan dan Tujuan Pelaksanaannya


Menurut

Kamarudin

(1992),

pendidikan

pemulihan

mempunyai

objektif

dan

matlamatnya sendiri. Pelaksanaannya harus mengikut peraturan-peraturandan


prinsip-prinsip tertentu. Diantara prinsip-prinsip yang digariskan adalah seperti berikut:
Program pemulihan matematik harus dijalankan secepat mungkin sebaik
sahaja murid-murid dikesan mempunyai masalah tertentu dalam pembelajaran
matematik.Ia perlu diatasi segera supaya tidak menghalang pembelajaran
murid.
Pendidikan pemulihan matematik juga mesti diberikan kepada murid-murid
yang bermasalah di dalam kemahiran-kemahiran matematik tertentu.
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan
pengalaman murid.
Aktiviti harus dikembangkan daripada yang mudah kepadadan daripada konkrit
kepada abstrak. Pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan
matematik yang telah dikesan (Mok Soon Sang, 1986).
Menggunakan kaedah mengajar yang sesuai supaya murid-murid dapat
mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih mudah.
Memberi pelbagai jenis latihan yang mudah dan menarik untuk menolong
murid-murid tersebut memperkukuhkan konsep dan kemahiran matematik.
Kejayaanyang

diperolehi

dalam

sesuatu

aktiviti

matematik

akan

mendorong mereka mempelajari matematik dengan usaha yang lebih gigih.


3.3.7 Tujuan Pemulihan dalam Matematik
Membantu murid mengatasi masalah salah tanggapan (miskonsepsi).
Menolong murid-murid membina konsep matematik asas dan menguasai
kemahiran supaya tidak ketinggalan daripada murid-murid lain.
7

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Melatih

murid

hingga

dapat

menggunakan

kemahiran

asas

untuk

menyelesaikan masalah matematik dan seterusnya membina keyakinan diri.


Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salah dipelajari.
Memberi peluang kepada murid-murid mempelajari matematik mengikut kadar
kebolehan sendiri.
3.3.8 Pendekatan Pemulihan Matematik
Pengajaran dan pembelajaran matematik berbeza daripada mata pelajaran
lain. Di samping kemahiran yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang
tinggi, murid juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan
menyeluruh.
Oleh itu sebelum menjalankan kelas pembelajaran khas matematik, guru-guru
harus mengambilkira perkara-perkara berikut kerana pengajaran matematik
yang berkesan akan melibatkan beberapa perkara, antaranya;

Mengenal pasti murid-murid yang bermasalah.

Mengenalpasti kaedah dan teknik yang sesuai yang dijangkakan dapat


menghasilkan pengajaran pemulihan yang berkesan.

Membuat analisis masalah pembelajaran.

Membuat perancangan dan menjalankan pengajaran.

Penilaian terhadap konsep dan penguasaan kemahiran.

3.3.9 Mengenalpasti Murid yang Bermasalah Dalam Matematik.


Sebelum merancang aktiviti pemulihan seterusnya menilai pencapaian dan membuat
keputusan, pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran matematik dapat di
kesan melalui Ujian Saringan dan Ujian Diagnostik. Melalui kedua-dua ujian inilah
guru mendapat maklumat awal tentang masalah pembelajaran pelajar.
Ujian Saringan adalah merupakan peringkat permulaan dalam merancang aktiviti
pemulihan. Ujian ini boleh dilakukan secara tidak formal dengan bersoal jawab lisan,
pemerhatian aktiviti pembelajaran serta meneliti latihan daripada buku latihan pelajar.

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Ujian Saringan bertujuan mengesan dan mendapat maklumat murid yang perlu
mengikuti program pemulihan.
Ujian Diagnostik diberikan setelah selesai Ujian Saringan dilakukan. Ujian ini menguji
semua kemahiran asas dalam sesuatu topik ataupun sesuatu unit pelajaran
matematik. Di dalam ujian ini, kemahiran-kemahiran matematik yang belum dikuasai
dapat dikesan dari pelajar yang lemah selepas guru memeriksa kertas jawapan dan
membuat analisa keputusan. Apabila kelemahan telah dikenal pasti perancangan
aktiviti pemulihan kepada pelajar yang tercicir kemahiran boleh dilakukan supaya
mereka berpeluang untuk mempelajari matematik mengikut kadar kebolehan mereka.
3.3.10 Strategi-strategi Pengajaran Pemulihan.
Dalam melaksanakan aktiviti pemulihan, guru mempunyai banyak pilihan keadah
pengajaran kepada pelajar yang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaranya.
3.3.11 Pengajaran secara individu

Pengajaran secara individu ini dilakukan semasa pelajar-pelajar sedang


membuat

latihan

bertulis

dalam

kelas

ataupun

semasa

mereka

menjalankan aktiviti kumpulan.

Guru dapat mengenal pasti pelajar yang bermasalah dalam kerja


kumpulanya dan mengajarnya secara perseorangan.

Melalui cara ini pelajar dapat dibantu untuk mengatasi kelemahanya bagi
mencapai peringkat yang setara dengan pelajar-pelajar yang lain.

3.3.12 Pengajaran Secara Kumpulan Kecil dan Keseluruhan Kelas

Melalui kaedah pengajaran ini pelajar-pelajar di bahagikan mengikut


kumpulan kecil atau keseluruhan kelas berdasarkan kemahiran yang
kurang dikuasai.

Arahan diberikan dengan jelas bersama-sama peraturan yang akan di


lakukan.

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Seorang ketua dilantik dari murid yang pandai dalam matematik untuk
membantu pelajar yang lemah.

Pengajaran juga boleh diserap permainan matematik, penggunaan bahan


manipulatif meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih memahami konsep
asas yang mereka lemah.

3.3.13 Projek Pelajar

Projek pelajar boleh memperkembangkan aktiviti yang membolehkan


pelajar menggunakan kemahiran mereka dalam pelbagai cara menarik
dan memberangsangkan.

Pelajar dapat merancang dan melaksanakan aktiviti seperti abakus, sudut,


sejarah matematik, segiempat ajaib, pai, jam, komputer dan bermacammacam lagi.

Melalui projek inilah murid dapat memperkayakan pemahaman asas


mereka di dalam bidang matematik.

3.3.14 Permainan dan Teka-teki Matematik

Aktiviti permainan dan teka-teki matematik adalah aktiviti pembelajaran


yang memerlukan proses analisis, sentesis dan penilaian (Mok Song
Sang.1993 ).

Aktiviti ini menjadi berguna dan bermakna kerana mereka melibatkan diri
secara langsung dalam aktiviti permainan tersebut.

Antara permainan yang menggunakan kemahiran proses adalah seperti


petak ajaib, permainan dan kuiz matematik, corak dan teselesi dan
tangram.

3.3.15 Bimbingan rakan sebaya

Rakan sebaya boleh mempengaruhi pelajar pemulihan dengan begitu


berkesan sekali jika dibandingkan dengan guru.

Pembimbing rakan boleh digunakan untuk menerapkan kemahiran asas


yang belum dikuasai lagi oleh pelajar yang lemah ini.
10

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

3.3.16 Contoh Aktiviti Pemulihan

Menggunakan kad berwarna

Aktiviti mengingat / latih tubi ingatan ketika berjalan atau sedang membuat
latihan

3.4

Menggunakan carta alir atau gambarajah

Menggunakan kad imbasan

Menggunakan kertas graf

Membuat simulasi

Menjalankan aktiviti hands-on

JENIS KETIDAKUPAYAAN PEMBELAJARAN

3.4.1 Sinopsis
Tajuk ini memfokuskan kepada perbezaan di antara jenis-jenis ketidakupayaan
pembelajaran, ciri-ciri diantara jenis-jenis ketidakupayaan murid, dan strategi untuk
membantu murid dengan jenis ketidakupayaan pembelajaran.
3.4.2 Hasil Pembelajaran

Menyatakan perbezaan di antara jenis-jenis ketidakupayaan pembelajaran

menyatakan ciri-ciri di antara jenis-jenis ketidakupayaan murid

membincangkan strategi mengajar untuk membantu murid dengan jenis


ketidakupayaan pembelajaran.

3.4.3 Jenis Ketidakupayaan Pembelajaran


Masalah pembelajaran merujuk kepada kesukaran seseorang kanak-kanak itu dalam
aktiviti pembelajaran yang melibatkan kebolehan bertutur, mendengar, membaca,

11

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

menulis, mengeja, memberi penjelasan atau penerangan, mengatur maklumat dan


mengira. Masalah ini sebenarnya berpunca daripada masalah neurologi atau saraf
yang melibatkan pemprosesan maklumat di otak. Pelajar yang mengalami masalah
pembelajaran tidak sama dengan mereka yang terencat akal secara amnya. Tetapi
mereka yang terencat akal pastinya akan mengalami masalah pembelajaran. Ini
hanya boleh dibezakan dengan penilaian kognitif iaitu IQ atau intelligent quotient.
Masalah pembelajaran adalah masalah yang berpanjangan sepanjang hidup
seseorang. Walaubagaimanapun dengan adanya intervensi awal, nasib kanak-kanak
ini boleh diubah.

3.4.4 Jenis ketidakupayaan pembelajaran (Isu Pemprosesan Umum)


Sesetengah jenis masalah pembelajaran dikategorikan oleh masalah pemprosesan
kognitif. Ini bermakna murid mungkin mempunyai masalah dengan salah satu
daripada yang berikut:

Tumpuan - Keupayaan untuk kekal pada tugasan yang diberikan secrara


berterusan, terpilih, atau dibahagikan

Memori Kerja - Keupayaan untuk mengekalkan dan memproses maklumat


untuk tempoh masa yang singkat.

Kelajuan Pemprosesan - Kadar di mana otak mengendalikan maklumat.


Memori Jangka Panjang - Keupayaan untuk kedua-dua kedai dan maklumat
ingat untuk kegunaan kemudian.

Pemprosesan Visual - Keupayaan untuk melihat, menganalisis, dan berfikir


dalam bentuk imej visual.

Pemprosesan pendengaran - Keupayaan untuk melihat dan menkonsepsi


apa yang didengar.

Penaakulan dan Logik - Keupayaan untuk memberi sebab, keutamaan, dan


cadangan.

12

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

3.4.5 Jenis Ketidakupayaan Pembelajaran (Gangguan Pembelajaran Khusus)


Selain kategori pemprosesan kognitif, beberapa jenis masalah pembelajaran
ditetapkan secara khusus dalam pendidikan seperti membaca, menulis, bahasa, dan
matematik. Masalah pembelajaran jenis ini lebih khusus dan dikategorikan seperti
berikut:

Disleksia - kecacatan membaca (masalah membaca perkataan yang ditulis


dengan lancar, dengan kuat).

Disgraphia - kecacatan bertulis (kesukaran dengan huruf membentuk dan


kebolehbacaan).

Diskalkulia - kecacatan matematik (bergelut dengan masalah matematik dan


konsep).

Dispraksia - kecacatan koordinasi motor (juga dikenali sebagai Gangguan


Integrasi Deria).

Disfasia - kecacatan bahasa (masalah dengan kefahaman membaca).

Afasia - kecacatan bahasa (kesukaran memahami bahasa pertuturan).

Gangguan Pemprosesan pendengaran Pusat - kecacatan deria yang


berkaitan dengan pemprosesan bunyi.

Gangguan Pemprosesan Visual - kecacatan deria yang berkaitan dengan


imej pemprosesan.

Gangguan Pembelajaran Bukan Lisan - kecacatan visual-ruang yang


berkaitan dengan kawalan badan.

3.4.6 Disleksia (kesukaran membaca dan menulis matematik)


Ciri-ciri umum disleksia ialah

kelihatan lembap.

rasa keliru dan tidak dapat mendengar arahan.


13

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

sukar menumpu perhatian dan senang hilang fokus.

Ciri-ciri Disleksia Khusus ialah:

Pendengaran

- Keliru sebelum atau selepas, kiri atau kanan


- Sukar kaitkan bunyi dengan simbol huruf
- Payah menyebut huruf m dgn n

Pertuturan

- Kesalahan mengeja perkataan, contoh: mengeja magic sebagai mjc


- Susunan huruf terbalik, contoh: mengeja does sebagai dose
- Salah mengeja perkataan tetapi bunyinya tetap sama, contoh mengeja should
sebagai shud.
- Kesalahan / kurang tepat sebutan
- Tidak lancar, tersekat atau gagap

Penulisan

- Keliru menulis angka yang berbentuk hampir serupa


contoh:
6 dan 9 ; b dan d
3.4.7 Dispraksia (Dyspraxia)
Dispraksia merupakan sejenis kecacatan koordinasi motor (juga dikenali sebagai
Gangguan Integrasi Deria).
Ciri-ciri Dispraksia (Bagi peringkat murid sekolah)

Kesulitan berkomunikasi dalam situasi kelompok.

Masalah dengan matematik dan menulis, termasuk memiliki masalah menyalin


sesuatu dari papan tulis di sekolah.

14

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Ketidakmampuan untuk mengikut arahan .

Menghindari pendidikan jasmani di sekolah atau kegiatan fizikal dengan temanteman.

Kemarahan dan kekecewaan.

Kesulitan dalam berkata-kata mahupun mengekspresikan diri.

Tidak dapat menangkap konsep seperti : di bawah, di atas, di dalam atau


di luar.

Mengalami kesukaran dalam memakai baju, mengikat tali kasut dan


menggunakan garpu atau pisau.

Keseimbangan badan yang lemah.

Kemampuan membaca yang rendah dan tulisan yang buruk.

Sebahagian

anak

dispraksia

mengalami

articulatory

dyspraxia

yang

menyebabkan mereka mengalami kesulitan dalam berbicara dan mengeja.

Memori jangka pendek yang kurang.

Tidak dapat menjawab pertanyaan sederhana meskipun mereka tahu


jawabanya.

3.4.8 Diskalkulia (Dyscalculia)

Diskalkulia merujuk khasnya kepada ketidakupayaan untuk melakukan operasi


dalam matematik atau aritmetik.

Diskalkulia adalah suatu ketidakupayaan sepanjang hayat yang melibatkan


individu yang cacat dalam aritmetik termasuk:
bahasa matematik; kemahiran kesediaan matematik; konsep matematik dan
komputasi/pengiraan; serta penyelesaian masalah.

3.4.9 Ciri-ciri Diskalkulia


Berikut merupakan beberapa ciri-ciri peringkat awal Diskalkulia yang dapat dilihat
pada murid. Antaranya ialah

tidak memahami dan keliru nilai tempat nombor

tidak berkebolehan untuk memahami konsep pecahan

bermasalah untuk mengingati sifir darab

15

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

bermasalah untuk pembelajaran mengira atau mengenali nombor

bermasalah dengan masalah ringkas /asas dalam matematik sekolah rendah

bermasalah dalam penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian


nombor .

bermasalah pembelajaran menyatakan masa

menangani wang

maklumat berturutan

Contoh: Lima ratus tujuh ditulis 57

Beberapa strategi untuk membantu pembelajaran kepada murid yang dikesan


sebagai murid diskalkulia adalah seperti berikut:

Menggalakkan pelajar untuk bekerja keras agar membayangkan / visualize


masalah matematik. Melukiskan / melakar dalam bentuk gambarajah untuk
membantu pemahaman, memastikan pelajar memberi perhatian kepada
maklumat diberi yang berbentuk visual (gambarajah, carta, graf, dll)

Menggalakkan pelajar agar membaca masalah dengan kuat dan mendengar


dengan penuh perhatian. Ini membolehkan pelajar menggunakan kemahiran
penglihatan dan pendengarannya yang mungkin merupakan kekuatannya.

Membekalkan contoh konkrit dan cuba mengaitkan masalah kepada situasi


kehidupan sebenar / seharian.

Pelajar mesti menggunakan lebih banyak masa untuk menghafal fakta


matematik. Ulangan dan latihtubi adalah amat penting. Guna irama atau muzik
untuk membantu penghafalan.

Guna lembaran kerja yang tidak mengandungi terlalu banyak maklumat visual.
Khasnya untuk ujian, pelajar dibenarkan menggunakan kertas bergaris dengan
ruang yang mencukupi bagi pengiraan yang tidak mengelirukan.

Membekalkan kertas graf kepada kanak-kanak kerana dengan penggunaannya


dapat memastikan nombor-nombor itu pada garis.

Ramai pelajar memerlukan perhatian individu untuk menguasai konsep


tertentu. Pelajar boleh bekerja dengan seorang tutor, ibu bapa, atau seorang
guru selepas waktu persekolahan dalam situasi satu dengan satu.

16

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Jika boleh, pelajar dibenarkan menduduki peperiksaan secara satu dengan


satu dalam kehadiran guru.

Pada peringkat permulaan, bina masalah yang cuma menguji kemahiran yang
tertentu. Pembelajaran pelajar Diskalkulia pada peringkat permulaan haruslah
tidak didedahkan nombor yang besar nilainya dan pengiraan yang tidak perlu.

3.4.10 Disfasia (Dysphasia)


Disfasia adalah sejenis kecacatan bahasa (masalah dengan kefahaman membaca).
Disfasia adalah ketidakupayaan untuk mengaitkan makna dengan kata-kata. Murid
disfasia menunjukkan gangguan dalam memahami bahasa pertuturan. Ekspresif
disfasia adalah gangguan dalam menggunakan bahasa untuk komunikasi lisan yang
berkesan. Disfasia adalah masalah pertuturan di mana terdapat kemerosotan
pertuturan dan pemahaman pertuturan. Istilah perkataan disfasia berasal daripada
perkataan Greek. Ia adalah disebabkan oleh kerosakan otak , biasanya di sebelah kiri
otak yang bertanggungjawab untuk bahasa dan komunikasi.
3.4.11 Ciri-ciri disfasia
Murid Disfasia yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:

Mempunyai kesukaran memahami makna daripada bahasa pertuturan.

Menunjukkan output bertulis yang lemah.

Mempamerkan kelemahan kefahaman membaca.

Menunjukkan kesukaran menyatakan pemikiran dalam bentuk lisan.

Mempunyai kesukaran melabelkan objek atau mengiktiraf label.

Sering kecewa kerana mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan tetapi


tidak dapat disampaikan.

Merasakan bahawa perkataan betul-betul di hujung lidah saya".

Boleh menggambarkan objek dan menarik , tetapi tidak boleh berfikir perkataan
untuk menamakan itu.

Tertekan atau mempunyai perasaan sedih.

Sukar untuk berjenaka.

17

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Fikir???

Cadangkan strategi dan aktiviti yang boleh dijalankan kepada murid-murid yang
mempunyai masalah Dispraksia dan Disfasia.

Latihan untuk membandingbezakan jenis-jenis ketidakupayaan


pembelajaran

Secara berpasangan,

bandingbezakan jenis-jenis ketidakupayaan pembelajaran,

Mempersembahkan dalam bentuk peta minda

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang


berdekatan untuk membantu pemahaman anda.

Cari artikel dari pelbagai sumber berkaitan dengan


Disleksia
Dispraksia
Diskalkulia
Disfasia

TAMAT

18

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Sumber Rujukan

Brennan, W.K. (1974). Shaping the Education of Slow Learners. Routledge & Kegan
Paul, London.
Kamarudin Hj. Husin (1990). Pedagogi 4. Longman, Malaysia.
Koh Boh Boon (1981). Pengajaran Pemulihan dalam Bahasa Malaysia. Percetakan
Utusan Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (1996). Pengajian Matematik untuk Dilpoma Perguruan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
.
Peter W. Airasian (Fourth Edit and Applicationion). Classroom Assessment Concept.
Boston College.
Kennedy & Tipps (1994). Guiding Childrens Learning of Mathematics. Wadsworth
Publishing Company, California.
Seow Siew Hua (1995). Pengajaran Matematik KBSR. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sampson, C. (1975). Remedial Education. Routledge & Kegan Paul, London.
Zainal Kassan & Suhaila Abdullah (2010). Pendidikan Disleksia. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

19

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Laman Web Berguna

1. http://www.propintar.com/index.php?option=com_content&view=category&id=6&Itemid=18
2. http://khasukm.blogspot.com/2008/10/masalah-pembelajaran-diskalkulia_8191.html

3. http://en.wikipedia.org/wiki/Dyslexia
4. http://www.medicinenet.com/dyslexia/article.htm
5. http://en.wikipedia.org/wiki/Dyscalculia
6. http://www.dyscalculia.org/
7. http://en.wikipedia.org/wiki/Developmental_Dyspraxia

20

MTE3112
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

PANEL PENULIS MODUL


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA
(NAMA) : SUHAIDAH BINTI TAHIR

KELAYAKAN
Ph.D / SARJANA / SARJAN MUDA / DIPLOMA /
SIJIL:

(JAWATAN) : PPPS (PENSYARAH)


(EMEL) : suhaidah@iptho.edu.my

Ph.D Pendidikan Matematik


Sarjana Pengurusan Teknologi (Pembangunan
Sumber Manusia)
Sarjanamuda Sains (Matematik)
(PENGALAMAN KERJA): Sekolah (19 tahun)
IPG ( 8 tahun)

(NAMA) : RAHA BINTI YAHYA

Ph.D / SARJANA / SARJAN MUDA / DIPLOMA /


SIJIL :

(JAWATAN) : PPPS (PENSYARAH)


(EMEL) : raha.yahya@iptho.edu.my

Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan).


Sarjanamuda Sains dengan Pendidikan (Kepujian)
(PENGALAMAN KERJA) : Sekolah (16 tahun)
IPG (7 tahun)

(NAMA): SUKIMAN BIN SAAD

Ph.D / SARJANA / SARJANA MUDA / DIPLOMA /


SIJIL:

(JAWATAN): PPPS (PENSYARAH)


(EMEL): sukiman.saad@iptho.edu.my

Sarjana Pendidikan Matematik


Sarjanamuda Pendidikan Matematik dengan
Kepujian
(PENGALAMAN KERJA) : Sekolah (7 tahun)
IPG (1 tahun)

(NAMA): NOR AZIAH BINTI BADRI

Ph.D / SARJANA / SARJANA MUDA / DIPLOMA /


SIJIL:

(JAWATAN): PPPS (PENSYARAH)


(EMEL): aziah.badri@iptho.edu.my

Sarjana Pendidikan Matematik


Sarjanamuda Sains dengan Pendidikan (Kepujian)
(PENGALAMAN KERJA) : Sekolah (18 tahun)
IPG (1 tahun)

21