Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN WIDURI

14200 SUNGAI JAWI, SEBERANG PERAI SELATAN

LAPORAN
PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TING. 1
2012
Disediakan oleh:
Nur Nadiah bt Mohd Ariffin
Siti Suria bt Shafie
Anandavalli A/P Vengadasamy
Huong Yu Hie

Kecemerlangan Milik Bersama

2.0 LAPORAN

2.1 MASA DAN TEMPAT


2.1.1

Tarikh : 31 Disember 2011 (Sabtu)

2.1.2

Masa : 8.00 pagi 11.00 petang

2.1.3

Tempat: Dewan tertutup dan dewan terbuka, SMK Taman Widuri

2.2 KEHADIRAN
2.2.1

Pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2012 dan ibu bapa/waris

2.2.2

Semua guru SMK Taman Widuri

2.3 AKTIVITI
2.3.1

Ketibaan dan Pendaftaran Pelajar


Program bermula dengan ketibaan para pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2012
bersama ibu bapa/waris masing-masing. Para pelajar dan ibu bapa/waris
tiba pada pukul 8.00 pagi dan terus bergerak ke dewan terbuka untuk
pendaftaran pelajar. Pelajar merujuk nama masing-masing untuk
mengetahui kedudukan kelas pada papan kenyataan di dewan terbuka
tersebut. Setelah mengetahui kelas, pelajar mendaftar di meja yang telah
disediakan mengikut kelas masing-masing. Guru-guru yang bertugas di
meja tersebut adalah guru kelas mereka dan pelajar diberikan fail berisi
dokumen yang diperlukan untuk mendaftar serta diberikan sarapan pagi
iaitu nasi lemak telur dadar dan air mineral. Seramai 124 orang ibu bapa
telah hadir bersama anak-anak mereka untuk mendaftar.

2.3.2

Taklimat kepada ibu bapa dan pelajar


Setelah pelajar mendaftar di dewan terbuka mengikut kelas masingmasing, ibu bapa/waris bergerak ke dewan tertutup untuk mendengar
taklimat daripada pihak pentadbiran sekolah dan para pelajar berkumpul di
dewan terbuka untuk mendengar taklimat dari kaunselor sekolah. Taklimat
untuk ibu bapa adalah berkenaan dengan pengurusan sekolah, hal ehwal

murid dan ko-kurikulum yang disampaikan oleh puan pengetua, Puan


Hajah Fathiyah bt Abu Bakar, PK pentadbiran, En. Bujang bin Sayem, PK
HEM, Puan Hajah Fatimah bt Darus dan PK ko-kurikulum, En. Hazani bin
Ibrahim. Di dewan terbuka, para pelajar diberi taklimat berkenaan iklim
serta budaya sekolah oleh kaunselor sekolah, En. Hassan bin Nayan.
Taklimat ibu bapa tamat pada pukul 11.00 pagi.

2.3.3

Orientasi pelajar di kelas masing-masing


Selepas taklimat yang diberikan oleh kaunselor tamat untuk pelajar
tingkatan 1, para pelajar dibawa ke kelas masing-masing dan sesi
berkenalan dengan guru kelas masing-masing. Guru kelas tingkatan 1
Ihsan adalah Cik Aziawati bt Abd Aziz, guru tingkatan 1 Ikram adalah En.
Zakaria bin Darus, guru tingkatan 1 Iltizam adalah Puan Asidah bt Yahaya
dan guru kelas tingkatan 1 Iman adalah Cik Nor Amiza bt Karia.

2.3.4

Pembahagian Buku Teks oleh Unit SPBT


Setelah orientasi para pelajar tamat di kelas masing-masing, para pelajar
bergerak ke bilik SPBT dibawa oleh guru kelas mereka untuk mengambil
buku teks. Guru kelas membahagikan buku teks kepada pelajar masingmasing diketuai oleh Puan Karupayee A/P Karuppiah selaku guru SPBT.
Para pelajar yang telah menerima buku teks bergerak ke dewan terbuka
dan berkumpul untuk mendengar taklimat dari Puan Karupayee. Puan
Karupayee telah memaklumkan kepada pelajar supaya menjaga buku teks
dan tidak merosakkan harta kerajaan. Buku teks juga perlu dibawa pulang
selepas waktu persekolahan tamat dan tidak boleh ditinggalkan di dalam
meja atau di dalam kawasan sekolah. Pembahagian buku teks tamat pada
pukul 11.30 pagi.

3.0 PENUTUP
Program pendaftaran tamat pada pukul 11.30 pagi selepas selesai pembahagian
buku teks. Ibu bapa dan anak masing-masing pulang selepas program tamat.
Semoga program pada hari itu dirahmati dan diberkati Allah. Diharapkan supaya
orientasi tersebut dapat membantu para pelajar yang baru mengenali alam

persekolahan sekolah menengah dan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan


kondusi sekolah.

Disahkan oleh,
..................................
(PN. HJH. FATHIYAH BT ABU BAKAR)
Pengetua,
SMK Taman Widuri

LAMPIRAN