Anda di halaman 1dari 2

PIM3153 PENYELIDIKAN TINDAKAN II

TAJUK 3

Mendokumentasi

Prosedur

Hasil

Kajian

Tindakan

Terdapat tiga tindakan yang perlu dilakukan oleh penyelaras kursus sebaik
selepas seminar dijalankan untuk menyempurnakan sesuatu proses kajian
tindakan. Tindakan-tindakan tersebut ialah:
1. Mengumpul semua kertas kajian tindakan.
2. Menyunting dan memurnikan semua kertas kajian tindakan.
3. Mendokumentasi hasil kajian tindakan.

1. Mengumpul Semua Kertas Kajian Tindakan


Selepas sesuatu seminar kajian tindakan, semua kertas kajian tindakan
pelajar

yang

telah

dibentang

dalam

seminar

tersebut

hendaklah

diserahkan kepada penyelaras kursus berdasarkan masa yang ditetapkan.


Setelah semua kertas kajian tindakan terkumpul, penyelaras akan
menyerahkan kertas-kertas kajian tersebut kepada pensyarah-pensyarah
penyelia

dan

diserahkan

semula

kepada

pelajar-pelajar

di

bawah

penyeliaanya untuk dimurnikan oleh mereka.

2. Menyunting dan Memurnikan Semua Kertas Kajian Tindakan


Pelajar

dikehendaki

meneliti

kembali

komentar

dan

cadangan

penambahbaikan yang kemukakan oleh penilai dan para peserta yang


menyertai seminar tersebut. Penyuntingan dan pemurnian terhadap kertas
kajian tindakan pelajar dibuat dengan kadar segera berdasarkan tempoh
masa yang ditetapkan. Pemurnian ini dibuat berdasarkan nota-nota
penambahbaikan oleh penilai maupun dari borang rumusan penilai.
Pelajar juga disarankan agar bertemu dengan penyelia masing-masing
untuk

mendapatkan

bimbingan

dan

pemurnian dan penambahbaikan.

nasihat

seterusnya

membuat

Penyelia akan menyemak semula


8

PIM3153 PENYELIDIKAN TINDAKAN II

pemurnian dan penambahbaikan yang dibuat oleh pelajar sehingga ia


berpuas hati dan memastikan penambahbaikan itu benar-benar mengikut
cadangan penambahbaikan berdasarkan borang rumusan penilai. Selepas
itu, barulah penyelia membenarkan pelajar menjilid kertas kajian tindakan
tersebut.

3. Mendokumentasi Hasil Kajian Tindakan


Semua hasil kajian tindakan pelajar yang telah dijilid akan diserahkan
kepada penyelaras kursus. Penyelaras akan mengkategorikan kajian
tindakan

pelajar

mengikut

markah

yang

diperolehi.

Seterusnya

penyelaras akan memilih kajian tindakan pelajar yang cemerlang dan


bermutu untuk dijadikan rujukan di peringkat IPGK/ IPGM dan
seterusnya boleh dijadikan bahan pembentangan di peringkat yang
lebih tinggi samada di dalam maupun di luar negeri.
Penyelaras juga boleh memilih dapatan-dapatan kajian yang
bernas untuk tujuan meluaskan dan memantapkan lagi bidang kajian
yang berkaitan dan sebagai rujukan untuk kajian-kajian seterusnya.

Sebagai cadangan; pihak IPGK boleh memberi pengiktirafan dan


penghargaan kepada pelajar-pelajar yang menghasilkan kajian
tindakan yang cemerlang dan berkualiti dengan mengadakan majlis
khas penganugerahan seperti Anugerah Pengarah.