Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
FAKULTI PENDIDIKAN
HBHE 1203
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
NO. MATRIKULASI
: 850329055332002
: 850329055332
NO. TELEFON
: 0123768061
E-MEL
: ping290385@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN
: PPW NS
HBHE1203
Isi Kandungan
Bil.
Isi Kandungan
M/S
1.
Soalan 1
1.1 Pengenalan
2.0 Cabaran yang dihadapi oleh guru.
2.1 Peruntukan Masa Yang Tidak Mencukupi.
2.2 Penekanan Terhadap Penguasaan Fakta Dan Konsep
2.3 Penekanan Pengajaran Pendidikan Kesihatan Kepada
Peperiksaan.
2.4 Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir Yang
Kurang Berkesan.
3.0 Cadangan perkembangan KBAT dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Kesihatan peringkat sekolah rendah di
Malaysia .
3.1 Penggunaan Masa secara Optimum.
3.2 Galakkan pelajarar-pelajar Membuat Penaakulan
3.3 Teknik Penyoalan.
3.4 Pengurusan Grafik
3.5 Aktiviti kumpulan
3.6 Ubah Soalan Peperiksaan.
3.7 Perancangan Rapi Sebelum Pengajaran dan Pembelajaran
3.8 Menvariasikan strategi dan kaedah penyampaian dalam kelas
4.0 Kesimpulan.
Soalan 2
Rancangan Pelajaran Harian
Rujukan
Lampiran
3-4
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
5
5
5
6
6-7
8
8
8
8-9
9
10
10
10-11
11-12
13
14-19
20
21-27
HBHE1203
1.0 Pengenalan
Di Malaysia, tujuan utama pendidikan adalah untuk mengajar kanak-kanak untuk
berfikir dengan lebih berkesan, rasional dan membina pemikiran yang logik. Dengan
membina kemahiran berfikir, pelajar - pelajar akan berfikir dengan lebih kritikal, kreatif,
kritis dan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan.
Kemahiran berfikir merangkumi pemikiran kreatif, kritis dan Higher Order
Thinking Skills (HOTS) atau dikenali sebagai Kemahiran Pemikiran Aras Tinggi
(KBAT) seperti analisis, sintesis dan penilaian.
Benjamin Bloom (1984) telah mengkategorikan kemahiran berfikir kepada
peringkat-peringkat seperti pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian. Dengan menggunakan Taksonomi Bloom, guru-guru dan pelajar-pelajar
dicabar menggunakan pemikiran tahap tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran, dan
bukan pemikiran tahap mudah seperti mengingat kembali, pemahaman dan aplikasi.
Kemahiran Pemikiran Aras Tinggi (KBAT) perlu diasimilasikan dengan
kurikulum sedia ada. Hal ini adalah kerana ia akan melahirkan anak murid yang mahir
dalam melakukan operasi pemikiran seperti membanding, menganalisis dan membuat
inferens serta berupaya meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan pembelajaran. Jika
aspek KBAT dikuasai dengan baik, ia akan menjadi satu alat yang berguna untuk
membantu murid belajar dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi pencapaian dan
memperbaikkan kelemahan diri.
Kajian berkaitan juga menunjukkan bahawa pengajaran kemahiran berfikir aras
tinggi dapat mempercepatkan pembelajaran para pelajar ( Cotton, 1991). Kemahiran
berfikir ini perlu diberikan penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian
kerana mereka yang didedahkan dengan pemikiran berfikir secara kritis dan kreatif ini
lebih bersedia menghadapi masalah yang lebih kompleks serta perubahan teknologi yang
berlaku secara mendadak pada masa ini.
HBHE1203
Onosko & Newmann (1994), mentakrifkan KBAT sebagai penggunaan potensi
minda untuk menangani cabaran baru. KBAT memerlukan seseorang memahami,
menterjemah, menganalisis dan memanipulasikan maklumat. Murid harus mengalami
proses berfikir secara heuristik (pembelajaran/penemuan sendiri secara terbimbing)
dalam mempelajari KBAT.
Namun begitu, bagi melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif ini telah
menjadi satu isu yang kerap dibincangkankan dan menjadi cabaran kepada para guru
pada masa kini. Untuk mengajar KBAT, guru perlu menyesuaikan pendekatan dan
strategi yang hendak diguna pakai semasa pembelajaran dan pembelajaran.
HBHE1203
2.0 Cabaran yang dihadapi oleh guru.
2.1 Peruntukan Masa Yang Tidak Mencukupi.
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan adalah bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan
kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup
sihat. Ia juga bertujuan mewujudkan insan yang berpelajaran dan berpengalaman tentang
kesihatan. Oleh itu, guru berpendapat bahawa pelajar perlu menguasai semua fakta dan
konsep
pelaksanaan
pendidikan
kesihatan
terlebih
dahulu
sebelum
mereka
HBHE1203
2.3 Penekanan Pengajaran Pendidikan Kesihatan Kepada Peperiksaan.
Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh guru dalam usaha untuk melahirkan pelajar
yang berfikiran kritis dan kreatif adalah penekanan pengajaran Pendidikan Kesihatan
yang lebih menjurus kepada peperiksaan yang lebih mementingkan pengujian kebolehan
pelajar mengingat kembali fakta. Ini adalah bagi menjaga prestasi sekolah. Secara tidak
langsung, ianya mendorong guru untuk memberi lebih banyak fakta dan mengutamakan
penghafalan serta kurang menggalakkan supaya pelajar berfikir tentang fakta yang
dipelajari. Sikap pentingkan markah dalam peperiksaan dan terlalu banyaknya
peperiksaan seragam dalam sistem pendidikan kebangsaan menjadi faktor utama pelajar
yang berfikiran kritis dan kreatif tidak dapat dicapai secara maksimum. Ini menyebabkan
pelajar tidak mempunyai masa untuk mengembangkan bakat, kebolehan dan potensi
mereka.
Tambahan pula, pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah bersifat
reproduction iaitu mengeluarkan semula apa yang telah dipelajari tanpa menggalakkan
pelajar berfikir (Wenning, 2002). Bentuk soalan peperiksaan yang terdapat di peringkat
sekolah kebanyakkan lebih menjurus kepada mengingat semula fakta dan formula yang
telah dipelajari. Guru juga berpendapat bahawa mengajar pelajar menguasai maklumat
untuk peperiksaan dan memperkembangkan daya pemikiran pelajar adalah dua matlamat
yang berlainan dan bercanggah.
2.4 Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir Yang Kurang Berkesan.
Pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan untuk meningkatkan
kemahiran berfikir juga menjadi satu cabaran bagi guru Pendidikan Kesihatan untuk
melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif ini.
Ini adalah kerana, mengajar kemahiran berfikir kepada pelajar sama ada kritis
atau kreatif tanpa membantu mereka belajar cara menggunakannya dalam membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah adalah tidak mencukupi (Mohd Nashuha, 1997).
Guru juga kurang pengetahuan dan berkebolehan untuk mengintegrasikan
kemahiran berfikir dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. Penggunaan cara
pengajaran kemahiran berfikir kritis dan kreatif tidak diambil berat oleh guru dan mereka
tidak mempelbagaikan kaedah atau teknik menyampaikannya.
6
HBHE1203
Guru lebih yakin tentang kemahiran penyampaian pengajaran yang mereka miliki
berbanding kemahiran pedagogi untuk mengajar kemahiran berfikir aras tingi (KBAT).
Ada guru yang pernah menghadiri kursus untuk mengajar KBAT tidak bersedia dan
mendapati sukar untuk mengajarnya terutama sekali bagi pelajar pelajar yang lemah.
Pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru juga menjadikan pelajar tidak
dapat menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Terdapat juga guru yang memberikan
penerangan tentang tajuk yang diajar tanpa memberikan peluang kepada mereka untuk
menggunakan kemahiran berfikir ini. Padahal penekanan pengajaran berfikir kritis dan
kreatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan merupakan
faktor penting bagi melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif ini.
HBHE1203
3.0 Cadangan perkembangan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan peringkat sekolah rendah di Malaysia .
3.1 Penggunaan Masa secara Optimum.
Guru boleh menangani cabaran ini dengan menggunakan masa secara optimum
dan sistematik di mana guru boleh mengajar berkenaan dengan soalan penyelesaian
masalah dahulu sebelum mengajar fakta. Guru boleh menggunakan teknik penceritaan
yang melibatkan situasi harian bagi membolehkan pelajar lebih memahami dan
menggunakan pemikiran kritis dan kreatif bagi menyelesaikannya.
Guru juga boleh mengintegrasikan topik lain bagi mengatasi masalah masa yang
tidak mencukupi. Ini membolehkan guru mempunyai lebih banyak masa untuk
menerapkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif kepada pelajar.
3.2 Galakkan pelajarar-pelajar Membuat Penaakulan
Pemikiran penaakulan melibatkan proses deduktif dan induktif. Untuk
menggalakkan penaakulan deduktif, konsep dan prinsip hendaklah benar-benar difahami
oleh pelajar. Mereka perlu diberi galakan untuk memberikan contoh-contoh yang
berkenaan . Galakan penaakulan induktif pula dapat dilakukan dengan memberi contohcontoh khusus dan pelajar perlu berfikir untuk merumuskan generalisasi.
Oleh itu, bagi menggalakkan mereka membuat penaakulan dan berfikir secara
kritis dan kreatif, guru haruslah mengelakkan diri daripada memberi terlalu banyak
penerangan dan jawapan terus.
3.3 Teknik Penyoalan.
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular
digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan.
Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep,
kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri
sendiri di kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan
soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi
8
HBHE1203
tindak balas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan
pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.
Guru hendaklah sentiasa memberi panduan kepada pelajar supaya mereka dapat
menjawab soalan yang memerlukan mereka berfikir dengan kritis dan kreatif. Kaedah ini
akan membantu murid berfikir secara eksplisit bagi melahirkan idea-idea bernas
mengikut jenis soalan.
Hal ini adalah kerana proses berfikir memainkan peranan penting dalam menjana
proses pemikiran murid dengan cara perbincangan, penyoalan dan penyelesaian masalah.
KBAT menggalakkan murid berfikir dalam mencari jawapan kepada sesuatu masalah
yang terkandung dalam pembelajaran.
3.4 Pengurusan Grafik
Grafik merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam
menyampaikan pengajaran. Grafik dalam pembelajaran boleh dipersembahkan dalam
bentuk imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran,
gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Dari aspek teknologi, ia juga merupakan elemen
multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian
maklumat.
Penggunaan grafik telah lama digunakan dalam sistem pendidikan negara
sebelum merdeka dan selepas merdeka malah penggunaan grafik berjaya menjadi suatu
media dalam pendidikan tidak formal dan formal.
Grafik sangat sesuai digunakan dalam pendidikan kesihatan kerana ia membantu
murid supaya pemikiran mereka akan lebih terarah, tersusun, dan tarancang. Hasilnya
akan lebih berstruktur dan senang difahami. Melalui grafik dan gambar, murid dapat
merancang dan menyusun idea secara teratur dan jelas. Mereka juga akan lebih senang
mengawal dan memahami proses pemikiran sendiri disamping menterjemahkan idea
dalam bentuk nyata.
Penggunaan grafik dalam pembelajaran amat sesuai digunakan dalam kumpulan
yang ramai terutama di dalam kelas. Pelajar ini perlu banyak melihat atau menggunakan
deria penglihatan mereka untuk memahami sesuatu maklumat. Adalah penting bagi
pelajar ini ditunjukkan dengan pelbagai visual dalam proses pembelajaran mereka.
9
HBHE1203
Semasa pengajaran, elakkan menggunakan bahan pengajaran yang menggunakan
ayat yang bertulis terlalu panjang, terutama dalam matapelajaran pendidikan kesihatan
yang banyak memerlukan ilustrasi gambar. Oleh itu, adalah lebih berkesan jika guru
boleh memperbanyakkan bahan pengajaran berbentuk simbol, warna, gambar, grafik dan
corak untuk membantu pelajar memahami pembelajaran serta dapat belajar dengan lebih
efektif.
3.5 Aktiviti kumpulan
Bentuk aktiviti kumpulan yang berkesan dapat menjana pemikiran aras tinggi
termasuklah pembelajaran koperatif, tutor rakan sebaya, perbincangan kumpulan kecil.
Perbincangan kumpulan yang diselia dengan baik akan membolehkan murid terlibat
dengan pemikiran aras tinggi. Pembelajaran koperatif akan meningkatkan motivasi dan
penyertaan murid dalam proses pembelajaran.
3.6 Ubah Soalan Peperiksaan.
Guru boleh mengubah sistem peperiksaan kepada beberapa cara penyelesaian
masalah. Sebelum ini, guru-guru membuat soalan yang berbentuk objektif. Ini
memberikan peluang kepada pelajar terutamanya pelajar kelas hujung menjawab soalan
tanpa membacanya. Mereka hanya menanda jawapan secara suka hati bagi soalan yang
senang pun.
Oleh itu, untuk mengelakkannya, guru boleh mencuba membuat soalan yang
mempunyai pelbagai cara penyelesaiannya. Ini bermakna guru akan menerima apa sahaja
jawapan murid sama ada dalam bentuk ayat , bentuk lazim, dalam bentuk gambar atau
cara yang murid fikirkan sesuai dan betul sebagai jawapan. Jadi, guru perlu menerima
jawapan murid asalkan jawapannya adalah logik walaupun ianya tidak terkandung dalam
skema jawapan peperiksaan.
3.7 Perancangan Rapi Sebelum Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan untuk meningkatkan
kemahiran berfikir terutama kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), guru-guru
Pendidikan Kesihatan yang mengajar KBAT perlu menguasai ilmu pengetahuan,
10
HBHE1203
kemahiran pedagogi dan sikap sebelum mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Hanya
guru yang betul-betul yakin sahaja mampu menyebatikannya di dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Kesihatan.
Oleh itu, kursus-kursus yang dikendalikan untuk menyediakan guru-guru
mengajar KBAT perlu dirancang dengan teliti dan dikendalikan dengan cara yang
profesional supaya kursus-kursus ini mampu meninggalkan kesan positif dan berkesan di
kalangan guru-guru.
Satu daripada aspek yang perlu diberi perhatian dalam pengendalian kursuskursus ini ialah perlu mengadakan sesi-sesi hands-on yang cukup bagi guru merancang,
mencuba, menilai dan belajar bagi menyampaikannya semasa pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas nanti.
3.8 Menvariasikan strategi dan kaedah penyampaian dalam kelas
Guru-guru perlu diberi sistem sokongan untuk melaksanakan KBAT di kelas
nanti. Ianya meliputi aspek-aspek seperti bahan rujukan, bahan resos untuk
mengendalikan
pengajaran
dan
pembelajaran
serta
wacana
untuk
guru-guru
HBHE1203
12
HBHE1203
4.0 Kesimpulan.
Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) , kemahiran berfikir adalah
unsur utama yang diberikan penekanan. Untuk meningkatkan pemikiran pelajar yang
analitis dan kreatif, penyelesaian masalah merupakan satu aspek penting yang perlu
diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan. Penyelesaian
masalah yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan tahap pelajar.
Di samping itu, guru perlu menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi dan berani
membuat keputusan. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran juga bergantung pada
pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat
merangsang dan menggalakkan pelajar berfikir secara kritis, kreatif, inovatif,
berkomunikasi dan berinteraksi.
Guru Pendidikan Kesihatan perlu mengambil initiatif dan tindakan dalam
pengajaran Pendidikan Kesihatan bagi melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan
kreatif kerana ia merupakan salah satu elemen penting yang perlu dimiliki oleh para
pelajar yang meliputi kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif dan kebolehan
mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan dalam pelbagai bidang yang diceburi
nanti.
Oleh itu, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang melampaui penguasaan
kemahiran asas dan pengetahuan Pendidikan Kesihatan perlu diterapkan dan
dikembangkan dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan bagi melahirkan pelajar yang
menepati kriteria Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
13
HBHE1203
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
Mata Pelajaran
: Pendidikan Kesihatan
Tarikh
: 1 Oktober 2014
Masa
: Pemakanan
Sub Tajuk
: Piramid Makanan
Tahun
: Tahun 4
Bilangan Murid
Hasil Pembelajaran
: Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:1. Kognitif : Mengenalpasti 4 daripada 5 kumpulan
makanan dan fungsinya.
Menyayangi tubuh sendiri dan menjaga
kesihatan.
2. Afektif : Pentingnya menjaga kesihatan diri dengan
mengambil pemakanan yang sihat dan
seimbang.
Memupuk gaya hidup sihat di dalam diri
melalui pemakanan.
Pengetahuan sedia ada
Nilai
Strategi Pengajaran dan pembelajaran: Kemahiran Berfikir (KB) dan Teori Kecerdasan
Pelbagai (TKP)
Langkah /
Strategi
Masa
Pembelajaran /
Fokus Pembelajaran
Catatan/Strategi/
Sumber
14
HBHE1203
Set Induksi
Aktiviti
Pengenalan
Strategi
(5 minit)
~Guru memainkan
Kemahiran Berfikir
Mengenal
piramid makanan
pasti
Kecerdasan Pelbagai
yang berkhasiat.
Kecerdasan
Interpersonal
Kecerdasan
Intrapersonal
Kecerdasan
~Guru menerangkan
secara lisan tajuk
yang diajar pada hari
Gambar 1
ini.
bahasa.
Mengemukakan
Sumber
soalan
~Murid-murid
Gambar-
gambar
nampak di dalam
piramid
makanan dan
~Murid-murid
makanan
mengingat kembali
berkhasiat.
Nilai
ditayangkan dan
Patuh kepada
arahan
Menyayangi
diri
Yakin diri
menceritakan apa
Gambar 2
yang mereka
nampak.
~Guru bertanya
kepada beberapa
orang murid
mengenai makanan
yang mereka makan
semasa sarapan,
makan tengahari dan
15
HBHE1203
makan malam.
~Guru mencatatkan
semua hidangan
yang disebut oleh
murid di papan tulis
~Guru menerangkan
kepada murid
mengapakah
manusia perlu
mengambil makanan
Langkah 1
berkhasiat.
Penerangan Guru
~Guru menerangkan
Strategi
(7 minit)
tentang topik
Kemahiran Berfikir
pembelajaran
~Topik mengenai
beza dan
piramid makanan.
~Guru memberitahu
~Jenis-jenis nutrien
murid-murid tentang
menjana idea.
Mengenal
di dalam makanan
nutrien-nutrien yang
Membanding
pasti
Sumber
Gambar
piramid
tersebut.
makanan
Gambar jenisjenis makanan
Nilai
Patuh kepada
Langkah 2
Kepentingan nutrien
~Guru menerangkan
arahan guru
Strategi
(4 minit)
Kemahiran Berfikir
Mengenal
pasti
Kecerdasan Pelbagai
HBHE1203
per satu kepentingan
Kecerdasan
interpersonal
Kecerdasan
tersebut.
~Guru meminta murid
intrapersonal
membaca semula
kepentingan nutrien
tersebut secara kelas dan
berkumpulan.
Sumber
Slideshow
Piramid
makanan
Nilai
Patuh kepada
arahan guru
Menghormati
Gambar 3
Langkah 3
Strategi
(10 minit)
~Guru menunjukkan
Kemahiran Berfikir
gambar-gambar
Membanding
yang mengandungi
beza dan
makanan yang
mengenal
berkhasiat.
Gambar 4
17
pasti
HBHE1203
~Murid
Sumber
melengkapkan
Lembaran
kerja
Gambar-
perkataan bagi
nama-nama jenis
makanan yang
gambar
berkhasiat.
makanan
~Guru memberikan
berkhasiat
Nilai
lembaran kerja
kepada murid untuk
menguji tahap
kefahaman mereka
Patuh kepada
arahan guru
Yakin diri
Gambar 5
Penutup
Soal Jawab
(4 minit)
~Guru memberi
Strategi
soalan kepada
murid-murid
hari ini?
Apakah
kepentingan
pengambilan
18
Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan
interpersonal
Kecerdasan
intrapersonal
HBHE1203
ini.
nutrien kepada
Sumber
~Guru mengulas
tubuh badan?
Power point
Lembaran
kerja
Buku teks
secara ringkas
dibincangkan.
sekiranya terdapat
~Meminta murid
kekeliruan.
Nilai
menyebut kembali
nama makanan
berkhasiat mengikut
Murid mendengar
jenisnya.
rumusan yang
Rumusan
~Guru memberitahu
dan menasihati
cuba menerapkan
murid-murid agar
mengambil
di dalam kehidupan
pemakanan yang
seharian.
Patuh kepada
arahan guru
Menyayangi
diri
Rujukan:
Open University Malaysia (2007). HBHE 1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan .Meteor
Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
http://kemahiranberfikir2282.blogspot.com/
19
HBHE1203
http://revolusiminda.webs.com/
http://www.cikguhailmi.com/2013/07/rangsang-kemahiran-berfikir-aras-tinggi-hots.html
http://cikguazman.blogspot.com/2014/01/menjana-kemahiran-berfikir-aras-tinggi.html
http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2013/05/strategi-menggalakkankemahiran.html
http://www.oocities.org/gardner02_8/hot.htm
http://cikguluarbandar.blogspot.com/2014/03/pengajarankemahiran-berfikir-di.html
Lampiran:
20
HBHE1203
Gambar 1
21
HBHE1203
Gambar 2
22
HBHE1203
Gambar 3
23
HBHE1203
Gambar 4
24
HBHE1203
Gambar 5
25
HBHE1203
Lembaran Kerja:
26
HBHE1203
27