Anda di halaman 1dari 9

1.

4 Bagaimana Menghasilkan Kalendar


Sekolah (Pengguna: Pentadbir)
1.4 How to Create Your School Calendar (User: Admin)

transforming education through the Internet

27

Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah


TUGASAN:
Menghasilkan Kalendar Sekolah.

OBJEKTIF:
Memastikan para peserta memahami tentang cara Pentadbir Frog memasukkan aktiviti dan acara ke dalam
kalendar sekolah.

TEMPOH MASA:
20 minit

ALATAN DIPERLUKAN:
Video 1.4 Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah
Komputer
Papan putih
Pen Marker
Pen and buku nota
Projektor

TATACARA:
1. PENGENALAN
Jurulatih akan bertanya soalan tentang keberkesanan penyampaian maklumat menggunakan
takwim sekolah di dalam bentuk hard copy.
SOALAN:
Mengapakah pihak sekolah perlu menukar takwim sekolah mereka kepada Kalendar Sekolah
Frog bagi tujuan penyampaian maklumat tentang aktiviti sekolah?
Kalendar Sekolah Frog memberi lebih kesan kepada penyampaian maklumat kerana ia mudah,
pantas dan menjimatkan penggunaan kertas!
2. VIDEO Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah
Mainkan video dan hentikannya seketika apabila perlu.
Maklumkan kepada peserta agar mematuhi arahan yang diberikan menerusi video.
3. SESI IMBASAN
Imbas semula langkah-langkah yang perlu dilakukan ketika melakukan pengubahsuaian kalendar sekolah.

transforming education through the Internet

28

PANDUAN PENGGUNA
Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah
Penting! Untuk menghasilkan kalendar sekolah, anda mesti log masuk sebagai Pentadbir Frog.
Untuk memulakannya, klik pada Quick Launch di Frog Bar.

Kemudian, klik ikon Calendar.

Dalam aplikasi Calendar, klik pada butang Add untuk menghasilkan kalendar sekolah.

Sebaik sahaja anda klik pada butang Add, satu tetingkap kecil akan
muncul.
Taipkan nama dan deskripsi kalendar. Sebagai contoh:
Calendar Name: Kalendar Sekolah
Calendar Description: Takwim Sekolah 2013

transforming education through the Internet

29

Anda juga boleh menentukan tahap akses kalendar bagi warga


sekolah. Di sebelah Calendar Availability, terdapat satu petak yang
tertulis Restricted. Klik anak panah kecil di hujung petak tersebut.

Pilih salah satu tahap akses yang terpapar di menu ke bawah iaitu:
Restricted, Public, Shared. Untuk contoh ini kita akan memilih Public.

Setelah selesai, klik pada Create Calendar.

Kini anda dapat melihat ikon Kalendar Sekolah terpapar di bahagian


kiri skrin anda.

transforming education through the Internet

30

Untuk memasukkan acara / aktiviti ke dalam Kalendar Sekolah,


klik butang New.

Tetingkap New Event akan dipaparkan sebaik sahaja anda


mengklik butang tersebut.

Dalam panel New Event, sila masukkan nama acara / aktiviti.


Sebagai latihan, taipkan: Sambutan Hari Guru Peringkat
Sekolah.
Masukkan juga lokasi acara tersebut. Contohnya, Dataran
Sekolah.

transforming education through the Internet

31

Kemudian, klik pada kotak Starts / Ends. Tetingkap Event Start &
End akan dipaparkan.

Tukarkan tarikh dan masa bagi acara / aktiviti tersebut. Sebagai


contoh:
Start Date : Wed 29/May
Start Time : 7:45
End Date : Wed 29/May
End Time : 14:00

Setelah selesai, klik butang OK yang terdapat di bahagian bawah


tetingkap tersebut. Anda akan dibawa kembali ke tetingkap New
Event yang terdahulu.

transforming education through the Internet

32

Dalam ruangan Note, sila masukkan nota jika terdapat maklumat


tambahan yang berkaitan dengan acara / aktiviti baru tersebut.

Sebagai contoh, masukkan nota:


Persembahan pelajar akan bermula pada pukul 8.30 pagi.

Untuk mempamerkannya dalam Kalendar Sekolah anda, klik pada


Calendar.

transforming education through the Internet

33

Tetingkap Choose Calendar akan terpapar.


Klik kalendar yang terdapat pada menu ke bawah Display in.

Pilih Kalendar Sekolah.


Kemudian, klik OK apabila selesai.

Klik butang Create Event untuk memasukkan acara/aktiviti tersebut


ke dalam kalendar anda.

transforming education through the Internet

34

Kini, entri tersebut akan terpapar dalam Kalendar Sekolah anda.

Anda boleh memasukkan acara / aktiviti lain ke dalam Kalendar Sekolah anda dengan mengikut langkahlangkah yang telah ditunjukkan tadi. Sebagai contoh kita akan memasukkan:
New Entry : Kelas Tambahan Tahun 6
Location : Dewan Utama Sekolah
Start Date : Sat Jun 15
Start Time : 7:45
End Date : Sat Jun 15
End Time : 11:00

Acara / Aktiviti tersebut akan dimasukkan ke dalam Kalendar Sekolah seperti paparan di bawah.