Anda di halaman 1dari 5

3 PERINGKAT SEKULARISME.

Sesungguhnya jarak masa yang jauh antara zaman Rasulullah saw dengan kita telah menjadikan
manusia jauh daripada inti kandungan al Quran dan as Sunnah serta kefahaman yang betul
mengenainya. Semakin jauh zaman itu daripada kita, semakin banyaklah ajaran yang
menyimpang daripada dua sumber agung itu. Akhirnya, semakin ramai pulalah pencemar
ketulenan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw itu.
Dunia Islam hari ini dibaluti dengan pelbagai penyakit. Semakin lama semakin banyak aliran
ideologi yang bertentangan dengan ajaran Islam timbul dan cuba menyusup masuk dalam jiwa
dan sanubari orang-orang Islam. Ini semua berpunca daripada sikap lemahnya iman kita, akidah
kita terhadap agma. Barat yang telah kehilangan agama, mengisi roh tamadun mereka dengan
menjadikan harta dan kebendaan sebagai perkara terpenting. Hasilnya, agama semakin
diketepikan dan hanya tinggal sebagai amalan ritual semata-mata.
Sebelum kita mengetahui peringkat-pringkat secularism, saya akan terangkan mengenai
pengertian secularism itu. Perkataan sekular berasal daripada bahasa Latin, saeculum yang
memberi makna (merujuk) kepada masa dan tempat. Masa merujuk kepada masa (kehidupan)
sekarang, manakala tempat merujuk kepada dunia atau duniawi (kehidupan nyata). Barat
mendefinisikan sekularisme adalah satu pemisahan antara unsur-unsur agama dengan kehidupan,
sama ada daripada segi masyarakat, politik, pendidikan dan lainlain.
Terdapat 3 peringkat sekularism. Yg prtama ialah tahap pertembungan pihak gereja dgn
kebangkitan rakyat apabila gereja bertindak kejam terhadap rakyat atas nma agama.
Jika dilihat dari Sejarah Kemunculan Sekularisme tlh lahir di Italy rom dimana Pd abad ke 17,
Eropah pernah mengalami satu zaman kemunduran setelah kejatuhan Rom Barat pada tahun 476
Masihi. Dan zaman ini, benua Eropah dikenali sebagai zaman gelap. Pd masa itu tlh berlaku
pertembungan pihak gereja dgn rakyat di mana gereja tlh bertindak kejam terhadap mereka yg
menggunakan nama agama dan telah brlaku prbalahan yg hebat di kalangan ahli politik dan
saintis pd ketika itu, maka berlakulah pertembungan yg hebat antara pihak gereja dgn pihak
pemerintah pd zaman tersebut.
Pergolakan dan pertembungan yang terjadi di gereja adalah merupakan salah satu factor yang
amat penting yang telah membawa sekularisme di Dunia Barat. Sebagaimana yang telah
dijelaskan bahawa sekularisme adalah suatu fahaman yang menjauhi nilai- nilai agama dari
segala aspek kehidupan, Sepanjang abad-abad sebelum menjelangnya abad ke 17 gereja
merupakan satu institusi agama yang amat dihormati di kalangan masyarakat Kristian. Segala
peraturan yang dikeluarkan oleh pihak Gereja tetap akan dihormati di kalangan masyarakat
Kristian. Perundangan gereja berada di bawah pengaruh dan kekuasaan Paus dan Majlis Agung.
Manakala golongan gereja pula dianggap sebagai golongan yang paling mulia di dalam
masyarakat.

Namun begitu, Keadaan ini telah berubah sama sekali apabila menjelangnya abad ke 17. Sikap
golongan gereja telah berubah dan penyelewengan-penyelewengan telah berleluasa dengan
ketara sekali sehingga telah menjatuhkan maruah golongan gereja di kalangan masyarakat umum
Kristian.Dalam suasana keruntuhan imej gereja ini, raja2, pendeta-pendeta Kristian telah mula
mengetepikan
soal-soal
agama
semata-mata
untuk
mendapatkan
kekayaan.
Di saat-saat perkembangan , pembaharuan dan pembangunan yang pesat di dunia barat, suatu
fahaman yang dikenali sebagai fahaman kapitalis telah muncul di dalam masyarakat.
Perasaan mementingkan diri mendapat keuntungan dan kebendaan meluap-luap di jiwa
masyarakat dunia barat di waktu itu. Dengan tidak segan silu lagi masyarakat ini sanggup
menyelewengkan penggunaan wang dan harta kekayaan gereja. Gejala ini amat ketara di
kalangan pendita Kristian sendiri. Mereka mendakwa bahawa harta kekayaan gereja hendaklah
digunakan untuk mendapatkan kekayaan.Masyarakat ini tidak lagi mempunyai perasaan dan
kesedaran untuk memperbaiki keadaan maruah agama mereka sendiri.Bahkan segala
tanggungjawab mengenai agama telah dilupakan oleh sebahagian dari golongan gereja sendiri.
Sebagimana yang diketahui sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik,
pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan. Sekularisme juga
boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau
peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekularis.
Secara ringkasnya sekularisme adalah memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan
ajaran agama, dan kebebasan dari ajaran agama yang dipaksakan oleh pemerintah ke atas rakyat,
Sekularisme juga dapat difahami sebagai sebuah negara yang bersifat neutral dalam hal-hal
keagamaan, dan juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana agama. Dengan kata
lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh
manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya
pengaruh
agama.
Tujuan dan alasan menyokong sekularisme adalah pelbagai. Kini Di Eropah, sekularisme
disokong kerana ia adala suatu pergerakan ke arah modernisasi. Sekularisme jenis ini, pada tahap
sosial dan falsafah, masih mengekalkan agama rasmi negara atau sokongan rasmi yang lain.

Peringkat ke 2 adlh tahap pertembungan antara sains dan agama yg berlaku sekitar
thn yg sama tlh berkembang pesat dan tlh menjadi pemangkin kpd fahaman secular utk disebarkn
ke seluruh dunia.

Teknologi sering dikaitkan dengan kemodenan. Dunia sains pd ketika itu pd mereka
gagal mencari ketuhanan. Masyarakat yang mempunyai pencapaian sains dan teknologi yang
tinggi merasa kurang perlu kepada Tuhan.
Manusia berpandangan bahawa teknologi boleh dilihat, disentuh, dirasai dan
dinikmati akan tetapi secara tidak langsung dari segi psikologinya mereka berpendapat bahawa
Tuhan tidak boleh dilihat dan disentuh, dosa pahala juga tidak nampak sehingga menjadi perkara
yang kurang diyakini. Oleh yang demikian, kedatangan teknologi boleh mendatangkan kesan
kepada tahap keberagamaan dikalangan masayarakat. Sekiranya tidak dikawal, maka manusia
akan memilih teknologi lebih penting berbanding keperluan kebergantungan hidup kepada Tuhan
sehingga adakalanya menyebabkan tahap keimana mereka kepada Tuhan itu berkurang sehingga
boleh menyebabkan akidah mudah terpesong.
Tahap ke 3 ialah manusia melupakan agama dlm mencari kehidupan. Manusia merasakan
kemewahan serta keselesaan hidup adalah amat penting berbanding kebergantunagn mereka
terhadap tuhan. Mereka lupa bahawa yang mencipta adalah Allah. Manusia mudah percaya dan
kagum tentang sesuatu teknologi yang membuatkan merasa berasa kagum dengan ciptaan
tersebut. Walhal mereka lupa bahawa Allah yang mengurniakan akal fikiran dan menjadikan
sesuatu untuk manusia berfikir serta mengkaji untuk membuat atau mencipta sesuatu untuk
keselesaan. Tetapi dalam keadaan serba moden ini manusia lupa bahawa kesenangan yang
dikurniakan itu datang dari Allah.
Manusia merasakan bahawa kereta, rumah dan lain-lain dipercayai boleh membawa
kebahagiaan.
Manusia merasa bangga sekiranya mereka dapat menguasai teknologi. Teknologi pada
zaman dahulu berbeza pada masa sekarang. Pada masa kini segala maklumat telah menjadi
barang dagangan, menjadi sumber kepada setiap individu memperoleh kemewahan dan
maklumat pada zaman sekarang telah menjadi terlalu penting dan mahal jika dapat diperolehi.
Oleh yng demikian sekularism memberikan kesan Keatas Pemikiran Manusia iaitu dapat
melemahkan keimanan dan akidah umat islam sehinggakan menimbulkan keraguan manusia
terhadap Allah, nabi dan rasul . Umat islam juga semakin terkeliru dan mula mempertikaikan

kebenaran hal-hal keagaman yang mana mereka lebih percaya kepada logik akal daripada
mempercayai al-quran dan hadith.
Sosial
Dalam aspek sosial pula, sekularisme telah banyak mengakibatkan berlakunya kepincangan
dalam kehidupan masyarakat islam hari ini. Kesan yang paling nyata dari pemikiran sekularisme
ialah perubahan dalam perwatakan individu. Perubahan perwatakan ini bermaksud, seseorang itu
tidak lagi mementingkan kehidupan beragama tetapi lebih kepada menurut hawa nafsu; yang
mana ia seterusnya mengakibatkan berlakunya kekosongan jiwa. Impak daripda kekosongan jiwa
itu pula telah mengakibatkan keruntuhan moral terutama di kalangan remaja. Di dunia
barat,amalan berfesyen seperti punk dan skinhead telah menjadi kebiasaan bagi pemuda-pemudi
mereka.selain itu amalan pergaulan bebas juga telah menjadi kebiasaan bagi mereka. Ini
membawa makna bahawasanya pemikiran sekularisme telah meracuni dan telah membunuh
pemikiran masyarakat kini.
Politik
Dalam lapangan politik pula sekularisme seakan-akan menjadi ikutan Negara-negara lain untuk
membangunkan Negara mereka dengan mengambil contoh Negara sekular Turki pimpinan
Mustafa Kamal Atartuk.Melingkari sejarah penubuhan Negara Turki Sekular,pada awalnya
Mustafa Kamal Atartuk agak berhati-hati untuk melakukan pembaharuan yang mana boleh
membangkitkan kemarahan umat Islam apabila menyentuh soal agama, namun beberapa
reformasi radikal yang dilaksanakannya turut membabitkan keutuhan islam dalam urusan politik
atau pentadbiran. Ini termasuklah langkahnya yang memansuhkan Kementerian Kehakiman
Syariah dan digantikan dengan Badan Kehakiman Sivil yang disesuaikan daripada Sistem
Perundangan Sivil. Ini kerana undang-undang sivil ini jelas bertentangan dengan undang-undang
Syariah apabila urusan yang berkaitan dengan umat islam disempitkan ruang lingkupnya menjadi
urusan yang bersifat peribadi.

Kesan dalam aspek pendidikan


Dalam aspek pendidikan pula,sebagaimana yang diketahui,ajaran agama
islam mampu membentuk penganutnya kearah insan yang rabbani dan
kamil.Hal ini bertentangan dengan secular kerana pemikiran sekular
hanyalah mengambil berat hal-hal berkaitan dengan keduniaan.Contohnya
adalah belajar kerana untuk mendapatkan pangkat dan kekayaan dan
bukannya belajar kerana untuk menuntut ilmu untuk melaksanakan
kewajipan sebagai seorang muslim.

Kesan Dalam Ekonomi


Dalam aspek ekonomi pula, dengan wujudnya sekularisme,maka wujudlah
dua sistem ekonomi baru iaitu ekonomi kapitalis dan juga ekonomi sosialis
yang mana tujuannya adalah bermatlamat untuk mendapatkan kekayaan
semata-mata ataupun materialistik. Bagi mereka tempat-tempat hiburan
seperti,disko dan pub adalah menjadi sumber kewangan bagi sesebuah
negara.Dalam pelaksanna kedua-dua sistem ekonomi ini,golongan atasan
biasanya akan mendapat kekayaan yang diingini manakala golongan
bawahan akan mendapat kesengsaraan kerana kesempitan hidup.
Sebagai ksimpulannya, peranan kita hari ini metilah melengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan. Pentingnya untuk kita menuntut ilmu adalah
supaya kita tahu, dapat membezakan di antara yang hak dan batil.
Selain dpd itu

proses Islamisasi perlu dilakukan dan digerakkan semula

secara menyeluruh merangkumi aspek kehidupan manusia seperti politik,


ilmu, masyarakat dan lain-lain, supaya kita kembali semula kepada Islam
yang sebenar. Contohnya, apabila kita belajar tentang ilmu sains kita dapat
kenal Allah, apabila kita belajar geografi, kita dapat melihat kebesaran Allah,
begitu juga dengan politik dan juga lainlain. Setiap perkara yang kita
lakukan, maka kita akan nampak ada nilai Islam disitu.
Iman yang sebenar mesti menolak semua ajaran, fahaman ataupun ideologi
dan

teori

yang

bertentangan

dan

melampaui

batas-batas

Allah.

Ia

merangkumi semua fahaman yang dicipta pada zaman dahulu, kini dan akan
datang. Sesungguhnya Islam adalah agama yang merangkumi semua aspek
dalam

kehidupan.

Kita

hendaklah

beramal

dengan

Islam

secara

keseluruhan37 dan bukannya secara memilih sebahagian dan menolak


sebahagian yang lain.

Anda mungkin juga menyukai