Anda di halaman 1dari 3

Cara Daftar Polisi

Apabila anda sudah bersedia untuk membuat pilihan pelan perlindungan yang
sesuai, berjumpa dan berbincanglah dengan pakar perunding Insuran/Takaful anda
untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan manfaat-manfaat produk
insuran tersebut. Pastikan anda fahami terma dan syarat tentang perlindungan
yang bakal anda perolehi.

Proses Pendaftaran:
1. Berjumpa dengan wakil berdaftar MAA Takaful dan kenali perlindungan yang anda
mahu mengikut keperluan dan budget anda. Dapatkan business card mereka.
2. Bersetuju, puas hati dan fahami kertas cadangan pelan perlindungan yang di
usulkan oleh ejen tersebut.
3. Tandatangani borang pendaftaran . Antara maklumat yang di perlukan: Butir-butir
peribadi, pewaris dan status kesihatan terkini dan lain2.
4. Bayar tunai caruman pertama mengikut persetujuan yang di perolehi ( kad kredit
juga diterima ).
5. Sentiasa follow-up dengan ejen anda untuk mendapatkan buku polisi, kad
perubatan dan resit terkini.
6. Perlindungan anda bermula sebaik sahaja permohonan polisi anda di luluskan
(sila rujuk kuat-kuasa perlindungan).
7. Pastikan ejen anda menghantar sendiri ke tangan anda buku polisi tersebut dan
memberi keterangan segala manfaat berkaitan yang anda persetujui dahulu.
8. 2 Weeks Free Look Period: Baca dan fahami sekali lagi segala manfaat-manfaat
yang terkandung di dalam buku polisi tersebut, dan jika anda tidak berpuas-hati
dengan terma dan syarat perlindungan, anda boleh memulangkan semula buku
polisi tersebut dalam masa 2 minggu tarikh buku polisi di keluarkan dan anda layak
menerima semula caruman pertama.

BUKU POLISI & KAD PERUBATAN


Apabila anda mendaftar polisi dengan MAA TAKAFUL, anda akan menerima:

* Buku Polisi - sebagai rujukan peribadi menerangkan jenis-jenis manfaat


perlindungan yang anda akan nikmati bersama terma dan syarat perlindungan
* Medical Card - untuk membantu urusan kemasukan menerima rawatan di hospital
panel swasta
* Senarai Hospital Panel di seluruh Malaysia.

KAEDAH CARUMAN (Cara Pembayaran)

Untuk membuat caruman MAA TAKAFUL, anda boleh lakukan melalui salah satu
daripada kaedah-kaedah seperti di bawah:
Pembayaran Caruman boleh di lakukan secara:

1. KAD KREDIT
* Visa
* Master Card
2. POTONGAN BANK
* Semua bank boleh (potongan bank biasanya bermula selepas lebih 3 bulan
permohonan, sila pastikan anda membayar secara tunai terlebih dahulu untuk
mengelakkan polisi anda tertunggak)

3. TUNAI / CEK
* Kaunter MAA di seluruh Malaysia

4. INTERNET ONLINE:
* www.maybank2u.com.my

5. POTONGAN BIRO ANGKASA (untuk kakitangan kerajaan)


(bayaran tunai hendaklah dilakukan secara bulanan terlebih dahulu sehingga
pemotongan Angkasa)

**Nota tambahan
* Sila pastikan anda mempunyai nombor sijil polisi yang boleh diperolehi dari kad
perubatan tersebut apabila ingin membuat pembayaran.
* Setelah membuat caruman, sila pastikan anda simpan resit untuk rujukan.

Anda mungkin juga menyukai