Anda di halaman 1dari 13

AYAM DAN HELANG

WATAK:
AYAM
HELANG
WATAK SAMPINGAN:
ATUK
FATIN
SYAFIQ

SINOPSIS:
Kisah ini akan menceritakan tentang seekor ayam hutan yang berbangga dengan kelebihan
yang ada pada dirinya. Suatu hari, dia terjumpa dengan helang dan ingin terbang seperti
helang. Helang memberikannya jarum emas yang akan membolehkannya terbang. Namun,
akhirnya ayam telah menghilangkan jarum emas tersebut. Sejak dari itu, ayam dan helang
bermusuhan.

ADEGAN 1
Tempat: Di sebuah paya
Kelihatan Atuk dan Syafiq sedang sibuk menangkap ikan menggunakan bubu di sebuah
paya, manakala Fatin sedang duduk memerhatikan gelagat abang dan datuknya. Tiba-tiba,
seekor ikan telah masuk ke bubu Syafiq.
Syafiq:

Haa!! Dapat pun. (tiba-tiba ikan tersebut terlepas) Hahh?? Alaa.. macam
mana ni atuk?

Atuk:

Bukan macam tu. Tengok atuk buat. (sambil menunjukkan cara menangkap
ikan yang betul) Haaa!! Dapat!

Fatin:

Yeayy! Atuk dapat ikan. Abang??

Tiba-tiba seekor ikan masuk ke dalam bubu Syafiq.

Syafiq:

Haa!! Dapat ikan! (sambil menunjukkan ikan tersebut kepada adiknya, Fatin)

Fatin:

Elehh.. kecil je!

Syafiq:

Eh!! Dapat juga. Adik? Huh!!

Atuk datang menghampiri mereka berdua sambil membawa baldi.


Atuk:

Nah! Letak dalam baldi ikan tu. (sambil menghulurkan baldi kepada Syafiq)

Syafiq memasukkan ikan tersebut ke dalam baldi. Dalam masa yang sama, dia cuba untuk
menakut-nakutkan adiknya yang geli dengan ikan tersebut.
Syafiq:

Adik, haa!! Nak tak? Nak tak? (sambil menakut-nakutkan Fatin dengan ikan
tersebut)

Kemudian, mereka berlari sambil si abang mengejar adiknya. Tiba-tiba, kaki Syafiq telah
tersandung batu, lalu dia terjatuh. Begitu juga dengan ikan yang dibawanya juga turut
terkeluar daripada baldi tersebut. Syafiq cuba mengambil semula ikan yang jatuh itu, namun
dia disengat oleh ikan keli tersebut.

ADEGAN 2
Tempat: Di dalam rumah atuk
Sambil atuk membalut luka di tangan Syafiq akibat disengat, atuk berleter kepada Syafiq.
Atuk:

Itulah kamu Syafiq! Lalai! Ikan tak dapat, kamu kena sengat!

Syafiq:

Semua salah adik!

Fatin:

Apa pulak?? Abang yang kejar adik!

Atuk cuba meleraikan keadaan.


Atuk:

Sudah. Jangan tuduh-tuduh. Benda dah jadi. Nanti ibu bapa kamu dengar,
atuk yang kena marah! Lain kali, kalau nak berbuat sesuatu, mesti berjagajaga. Itulah orang kata, malang tak berbau.

Fatin:

Hah?? Malang tak berbau? (Fatin kehairanan) Macam mana tu atuk?

Atuk:

Tak faham lagi?

Fatin menggeleng tanda tidak memahami kenyataan tersebut.

Atuk:

Haaa.. dengar ni! Pada zaman dahulu...

Babak bertukar kepada teknik bercerita.

ADEGAN 3
Tempat: Di dalam sebuah hutan
Pada suatu hari, sedang ayam hutan berlari dengan sekuat hatinya...
Ayam hutan: (Sambil berlari) Huh! Huh! Huh! Malunya aku... dush!!
Ayam telah terlanggar sebuah pokok ketika ia berlari. Ia pengsan seketika dan tidak lama
kemudian ayam sedar dengan sendirinya. Kemudian, ayam melihat di sekelilingnya. Dia
menjerit sekuat hati.
Pada masa yang sama, jeritan ayam telah didengari oleh sang kancil dan angsa yang
kebetulan sedang melalui kawasan tersebut. Sang kancil pun bertanya kepada angsa.
Sang kancil: Angsa, kau dengar tak?
Angsa cuba mendengar jeritan ayam.
Angsa:

Ya, aku dengar juga.

Sambil itu, mereka berjalan mencari dari mana datangnya jeritan itu. Setelah itu, angsa dan
sang kancil terlihat seekor ayam tua. Kemudian, si angsa bertanya kepada si ayam.
Angsa:

Kenapa ni ayam?

Ayam hutan: Kancil! Angsa! Sakitnya! Aku sudah tidak boleh berkokok. (Sambil menangis)
Sang kancil terkejut dengan pernyataan ayam. Sang kancil bertanya kepada ayam.
Sang kancil: Apa dah jadi ayam?
Ayam menjawab pertanyaan sang kancil.
Ayam hutan: Macam ni..
Babak lain mula ditunjukkan.

ADEGAN 4
Tempat: Di sebuah pentas
Seekor ayam yang gemuk dan cantik telah ditunjukkan. Dia merupakan pengacara bagi
suatu majlis yang diadakan untuk ayam sahaja. Pertandingan tersebut dinamakan
Pertandingan Kokokan Termerdu.
Pengacara:

Pertandingan kokokan termerdu dimulakan sekarang. Di sebelah kanan saya,


(sambil menunjukkan tangan kanannya) badannya kecil, tapi suaranya
nyaring!! Itulah ayam serama!

Lampu dihalakan kepada ayam serama.


Pengacara menyambung kata-katanya.
Pengacara:

Di sebelah kiri pula, badannya gagah dan tinggi lampai. Itulah dia ayam
hutan!! (sambil menunjukkan ke sebelah kirinya).

Selepas itu, pertandingan dimulakan.


Pengacara:

Pertandingan dimulakan! Mempersilakan ayam serama!

Lampu dihalakan kepada ayam serama. Kemudian ayam serama berkokok dengan sekuat
hatinya.
Ayam serama: Kok kok kok kokkk!!!
Kokokannya sangat merdu dan nyaring sekali. Ayam-ayam yang menjadi penonton
bersorak, kagum dengan kokokan ayam serama tersebut.
Pengacara kemudian mempersilakan ayam hutan untuk membuat kokokan.
Pengacara:

Sekarang giliran ayam hutan pula. Macam mana? Boleh menang ke?
(dengan nada sinis)

Geram dengan kata-kata pengacara tersebut, ayam hutan mencabarnya dengan membuat
kokokan termerdu. Ayam hutan cuba membuat kokokan dengan sebaik mungkin.
Ayam hutan: Kok kok kok kokkk!!!
Namun, malang nasib si ayam hutan kerana kokokannya tidak semerdu si ayam serama.
Suaranya tersekat-sekat.

Ayam yang menjadi penonton terdiam dengan kokokan itu. Terkejut dengan kokokan ayam
hutan yang tidak merdu itu. Ayam hutan malu. Dia ingin mencuba lagi.
Ayam hutan: Eh! Eh! Belum lagi. Belum lagi. Itu main-main sahaja. He..he.. (sambil
tersengih malu)
Kemudian, si ayam hutan berkokok dengan sekuat hatinya.
Ayam hutan: Kok kok kok kokkk!!!
Kali ini, kokokannya sangat merdu dan lantang. Si ayam hutan berjaya membuktikan
kehebatannya. Para penonton yang mendengarnya mula jatuh hati dengan kemerduan
kokokan ayam hutan. Pengacara dan ayam serama pula terkejut dengan kokokan ayam
hutan yang hebat itu. Ayam hutan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
Kemudian, ayam pengacara terus mengumumkan pemenangnya.
Pengacara:

Pemenangnya adalah ayam hutan!!! (diikuti dengan tepukan gemuruh


penonton)

Ayam hutan dianugerahkan kalung yang cantik.

ADEGAN 5
Tempat: Di reban ayam
Sedang ayam-ayam yang lain makan, si ayam hutan datang mendekati ayam-ayam
tersebut. Kemudian, dia berkokok sekuat hati.
Ayam hutan: Kok kok kok kokkk!!!
Beliau ingin menunjukkan kehebatannya dalam berkokok. Si ayam hutan mula membangga
diri dengan kehebatannya. Apabila ayam yang lain mendengar kokokan tersebut, mereka
kagum dengan kemerduannya. Ayam-ayam yang lain mula mendekati si ayam hutan dan
memberi makanannya kepada ayam hutan kerana kehebatan ayam hutan tersebut. Ayam
hutan mendapat bekalan makanan yang sangat banyak.
Kemudian, datang seekor anak ayam juga membawa cacing untuk diberikan kepada ayam
hutan. Si ayam hutan bertanya kepada si anak ayam tersebut.
Ayam hutan: Ya, nak apa?

Anak ayam menjawab pertanyaan tersebut.


Anak ayam: Cip! Cip! Cip! Nak dengar suara.
Ayam hutan: Ohh..boleh. Boleh. Dengar ni! (sambil memulakan kokokan) Kok kok kok
kokkk!!!
Si ayam hutan berkokok dengan merdu sekali.
Kemudian, si anak ayam juga mencuba untuk berkokok. Namun, tidak berjaya.
Ayam hutan menegur si anak ayam.
Ayam hutan: Eh! Kecil lagi. Kecil lagi. Jangan dipaksa.
Datang pula seekor ayam betina memberikan cacing kepada ayam hutan sebagai habuan
untuk mendengarnya berkokok.
Ayam betina: Untuk saya pula? (sambil memberikan cacing)
Ayam hutan: Boleh boleh boleh.
Si ayam hutan pun mula berkokok. Sejak dari itu, si ayam hutan mendapat banyak bekalan
makanan sebagai habuan untuknya berkokok. Dia berkokok tanpa henti. Tiba-tiba, pada
suatu saat, kokokannya tersekat.
Ayam hutan: Kok kok kok uhukk uhukk!!
Ayam lain yang mendengarnya terkejut dengan peristiwa itu. Ayam hutan cuba
mengembalikan keyakinan peminatnya.
Ayam hutan: Eh! Kejap! Kejap!
Sambil itu, dia cuba berkokok sekali lagi. Namun, tetap juga tersekat-sekat. Ayam lain yang
melihatnya terkejut sekali lagi. Kokokannya tidak semerdu seperti biasa.
Kedengaran suara perli daripada seekor ayam.
Ayam I:

(dengan nada sinis) Tak kan dah tak ada suara??

Ayam II:

Raja dah tak boleh berkokok? Mana boleh.

Ayam hutan cuba berkokok sekali lagi, namun usahanya sia-sia. Tiba-tiba, kedengaran satu
kokokan yang amat luar biasa, merdu dan nyaring.

Ayam serama: Kok kok kok kokkk!!!


Kelihatan seekor ayam serama menghabiskan kokokannya. Ayam yang lain mula tertarik
dengan suara ayam serama. Kemudian, mereka menuju kepada ayam hutan untuk
mencabut kalung yang dipakainya dan kemudian dipakaikan kepada ayam serama.
Ayam-ayam: Inilah baru raja! (sambil mengatakan kepada ayam serama)
Ayam hutan malu dengan peristiwa tersebut dan beliau berlari sekuat hati masuk ke dalam
hutan.

ADEGAN 6
Tempat: Di dalam hutan
Teknik: Imbas kembali.
Sang kancil memulakan bicara.
Sang kancil: Ohh..begitu rupanya.
Ayam hutan menangis teresak-esak setelah menceritakan peristiwa tersebut. Kemudian, dia
meminta pertolongan sang kancil dan angsa.
Ayam hutan: Tolonglah kancil, angsa. Aku mahu berkokok seperti dahulu. Tolonglah kancil!
Tolonglah aku! (dengan nada merayu).
Sang kancil berjalan ke kiri dan ke kanan sambil memikirkan cara untuk membantu ayam
hutan. Dia berbincang dengan angsa untuk membantu ayam hutan. Ayam hutan hanya
melihat perbuatan itu. Kemudian, setelah usai berbincang, sang kancil memulakan
pertanyaannya kepada ayam hutan.
Sang kancil: Ayam hutan, aku nak tanya. Sedap sangat ke kau berkokok? (dengan
menunjukkan reaksi sinis)
Ayam hutan: Sedap la! Kalau tak, aku tak jadi raja! Bila aku berkokok, semua terkejut.
Sang kancil dan angsa berpandangan. Kemudian, sang kancil membalas kenyataan ayam
hutan.
Sang kancil: Itulah engkau! Bongkak! Suka menunjuk-nunjuk. Betul tak angsa?

Angsa:

Betul!

Bongkak!

Bongkak!

Bongkak!

Bongkak!

Hahaha!

(angsa

mentertawakan ayam hutan)


Ayam hutan terkejut dengan kenyataan sang kancil dan angsa. Kemudian, sang kancil
menyambung kata-katanya.
Sang kancil: Makanan pun, ayam lain yang carikan. Kau malas!
Ayam hutan: Dah aku raja! Mereka kena lah layan aku!
Sang kancil: Itu dulu. Sekarang, kau dah tak boleh berkokok! Padan muka! Ayam lain,
semua dah tak pedulikan kau! Buat sikit angsa macam mana dia berkokok
tadi!
Sang kancil mengarahkan angsa untuk meniru semula gaya ayam hutan berkokok.
Angsa pun meniru gaya si ayam hutan berkokok dengan gaya perli.
Angsa:

Kok kok kok kokkk!!!

Kemudian, sang kancil dan angsa pun ketawa terbahak-bahak. Melihat perbuatan itu, ayam
hutan mula naik berang dan marah dengan sang kancil dan angsa. Ayam hutan pun
berkokok sekuat hati.
Ayam hutan: Kok kok kok kokkk!!!
Kali ini, kokokannya menjadi. Lebih merdu daripada selalu. Kuat dan lantang sehingga
membuatkan sang kancil dan angsa terkejut. Ayam hutan juga terkejut dengan perubahan
suaranya.
Ayam hutan: Eh! Suara aku! Aku dah boleh berkokok seperti dulu! Yeayy!! Yeayy!! Yeayy!!
Sang kancil: Haa dah dah! Dah boleh berkokok tu, jaga suara baik-baik. Jangan berlagak
satu kampung.
Sang kancil memberi nasihat kepada ayam hutan.
Ayam hutan: Terima kasih kancil dan angsa! Aku tidak akan menunjuk-nunjuk lagi.
Kemudian, ayam hutan beredar pulang dari tempat tersebut sambil berkokok.

ADEGAN 7
Semasa dalam perjalanan pulang, sambil itu, ayam hutan mencari cacing untuk dijamah.
Tiba-tiba, muncul seekor helang di hadapannya. Helang mula menegur ayam hutan.
Helang:

Ayam, banyak ke dapat cacing?

Ayam hutan: (mengeluh) Seekor pun tak dapat.


Helang:

Kesian.. Kau tak bosan ke asyik mencari makanan di sini?

Ayam hutan: Habis, nak cari di mana lagi?


Helang:

Mari ikut aku! Aku tahu di mana nak cari makanan yang lagi sedap!

Kemudian, helang terbang meninggalkan ayam hutan. Ayam hutan menjerit memanggil
helang.
Ayam hutan: Eh! Helang! Helang! Aku tak boleh terbang!
Tiba-tiba, helang kembali.
Helang:

Oh!! Betul juga kau tak boleh terbang!

Ayam hutan: Aku hairan la. Macam mana kau boleh terbang ye? Aku pun ada sayap. Tapi
tak boleh terbang pun!
Helang mula bercerita kepada ayam hutan.
Helang:

Sebenarnya, aku pun tak boleh terbang. Tapi, selepas aku jahit kepak aku
dengan jarum emas, barulah aku dapat terbang! (sambil menunjukkan jarum
emas)

Ayam hutan: Wahhh!! (menunjukkan reaksi teruja) Emm..kalau aku nak pinjam jarum emas
kau boleh? Lepas ni, boleh la aku terbang tinggi! Macam kau!
Helang:

Tapi aku ada satu sahaja jarum emas. Kalau hilang...

Ayam terus mencelah.


Ayam hutan: Ahhh!! Pasal itu, kau tak payah risau. Aku akan jaga jarum emas kau baikbaik.
Helang ragu-ragu untuk memberikan jarum emas tersebut kepada ayam hutan. Namun,
ayam hutan cuba meyakinkan helang.

Ayam hutan: Boleh la! Boleh la! Boleh la! Boleh laaa!!!!! (ayam hutan menjerit sekuat hati)
Helang pun memberikan jarum emas tersebut kepada ayam hutan. Dia juga berpesan
sesuatu kepada ayam hutan.
Helang:

Esok petang, aku akan ambil semula jarum emas ini. Tapi ingat! Jaga baikbaik! Jangan hilangkan!

Kemudian, helang terus beredar pergi dari tempat tersebut. Ia terbang dengan sekuat hati.
Ayam hutan mulai teruja dengan jarum emas tersebut. Kemudian, dia berkata sendirian.
Ayam hutan: Oooo.. inilah rahsia helang rupanya! Lepas ni, boleh la aku terbang tinggi
macam helang!
Jarum emas tersebut mula mengubah diri ayam hutan. Kepaknya sudah bertukar menjadi
sayap.
Ayam hutan: Aku boleh terbang! Aku boleh terbang! (sambil mengibas sayapnya)
Kemudian, ayam hutan mencuba untuk terbang. Jarum emas tersebut diletakkan pada
mulutnya. Ayam hutan merasakan satu kebebasan pada dirinya apabila dia sudah dapat
terbang. Dia menjerit kegembiraan. Tanpa disedari, semasa dia membuka mulut untuk
menjerit, jarum emas tersebut telah terjatuh dari mulutnya. Jarum emas tersebut telah
terjatuh di satu kawasan ketika beliau sedang terbang. Apabila jarum emas tersebut jatuh,
maka ayam tidak boleh terbang lagi. Ayam pun terjatuh di satu kawasan.
Ayam hutan: Aduh! Ishh!! Tak boleh jadi ni! Kena terbang lagi.
Semasa ayam ingin terbang semula, dia mula menyedari bahawa jarum emas tersebut telah
hilang.
Ayam hutan: Eh! Mana jarum? Mana jarum tu? (sambil mencari-cari) Tidakkk!!!! (ayam
menjerit)
Ayam hutan mengais-ngais tanah mencari jarum emas tersebut di dalam kawasan hutan.
Ayam hutan: Mana jarum emas ni? Aduh!! Apa lah nasib aku. (sambil terus mencari) Ishh!!
Kalau macam ni, sampai bila pun tak jumpa!
Sedang dia mencari, tiba-tiba dia ternampak satu kilauan emas di sebalik rumput. Setelah
pergi melihatnya, rupa-rupanya bukan jarum emas yang dijumpai tetapi hanyalah cincin
emas yang tiada nilai baginya. Dia pun membuang cincin tersebut.

Jarum emas tersebut masih tidak dijumpai sehingga keesokan harinya pun tiba.
Ayam hutan: Macam mana ni? Tak jumpa! Apa aku nak beritahu helang?
Tiba-tiba, helang muncul di hadapannya. Ayam terkejut dengan kehadiran helang.
Ayam hutan: (nada ketakutan) Errr.. Helang..
Helang:

(sambil memerhatikan sayap ayam hutan) Hmm.. Cantiknya. Pandai kau jaga.

Ayam hutan: Eh.. eh.. terima kasih. Terima kasih. Errr.. (nada ketakutan)
Helang:

Lepas ni, boleh lah kita terbang sama-sama. Hahaha!! (helang ketawa
bangga)

Ayam dan helang ketawa bersama-sama. Tiba-tiba, helang bersuara.


Helang:

Bagi balik jarum aku!

Ayam terdiam. Dia cuba memberi alasan.


Ayam hutan: Aku.. aku.. err.. aku belum habis guna lagi ni. Maklumlah. Nak terbang tinggi
macam kau. Kena pinjam lebih masa sikit! Haa!! Lagi pun, kau kan dah janji
nak ambil petang.
Helang:

Ohh! Betul juga! Jumpa petang nanti!

Helang pun beredar pergi dari tempat tersebut.


Ayam hutan: (nada lega) Fuhh!! Selamat.
Ayam pun terus menjalankan misinya mencari jarum emas tersebut.
Ayam hutan: Ishh!! Mana jarum emas ni! Mana tempat dia jatuh? (sambil mengais-ngais)
Mana jarum emas ni hilang??
Tiba-tiba, muncul si helang di belakangnya.
Helang:

Jarum emas hilang?

Ayam hutan: (terkejut) Ehh!! Helang! Maafkan aku helang. Aku tak sengaja.
Helang:

(nada marah) Kan aku dah beritahu kau! Jangan hilangkan jarum emas aku!
Kau ni memang lalai!

Helang berasa sangat marah dengan kelalaian ayam hutan. Dia terus mencekik leher ayam
hutan dan berkata sesuatu kepadanya.
Helang:

Baik kau cari jarum emas itu sampai dapat! Kalau tak jumpa, aku akan makan
kau, dan seluruh keturunan kau!

Kemudian, helang terus beredar pergi.


Ayam hutan: Aduh! Malangnya aku!
Ayam teruskan mencari. Namun, usahanya tidak berhasil.

ADEGAN 8
Tempat: Di rumah atuk
Atuk: Habis cerita. Sekarang tahu kenapa ayam masih di istana?
Fatin: Emm.. Haa!! Sebab dia nak cari jarum emas yang hilang!
Atuk: Betul! Itulah dia! Malang tidak berbau. Perkara buruk yang terjadi dengan tiba-tiba.
Sejak hari itu, helang bermusuh dengan ayam, dan sampai sekarang, helang
sentiasa memburu ayam. Buat apa-apa pun, kena berhati-hati. Kalau tidak, jadi
macam ayam. Menyesal tak sudah. Haa.. dengar Syafiq? Kalau nak buat apa-apa,
fikir dulu. Jangan lalai.
Fatin menambah kata-kata atuk.
Fatin: Kalau tak, nanti jadi ayam! Kok! Kok! Kok!! (sambil membuat gaya seperti ayam)
Atuk, Fatin dan Syafiq pun ketawa bersama-sama.

- TAMAT -

KISAH AYAM DAN HELANG

PENULIS SKRIP:
SYAZWANI FATIN BT BAHNAN

Anda mungkin juga menyukai