Anda di halaman 1dari 18

1.

PENGENALAN
Mata pelajaran Sejarah adalah suatu mata pelajaran yang mengajar tentang

perkembangan sejarah manusia sejak zaman batu hingga masa kini. Pengajaran ini
merangkumi sejarah perkembangan manusia, perkembangan teknologi, perkembangan
negara, perkembangan politik dan sebagainya. Pengenalan pelajaran sejarah kepada murid
sekolah rendah bertujuan memberi kefahaman kepada murid tentang pentingnya sejarah
dijadikan sebagai panduan untuk membentuk masa depan yang lebih baik dan bertamadun.
Sejarah mampu mewujudkan kesedaran masyarakat untuk menjadi warganegara yang
cintakan bangsa di samping melahirkan rakyat yang mempunyai sikap keterbukaan dan
mencegah berlakunya rusuhan kaum.
Pada hakikatnya, kepentingan sejarah telah dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran
Al-Karim. Ulama telah menganggarkan kira-kira satu per enam daripada Al-Quran adalah
terdiri daripada kisah-kisah sejarah. Bermula tahun 2014, mata pelajaran Sejarah mula
diperkenalkan di sekolah rendah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Dalam KSSR, Sejarah dijadikan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid
sekolah rendah. Ini bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap Sejarah di peringkat
awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran pemikiran
Sejarah.
Disamping itu, pengetahuan dan pemahaman tentang aspek sejarah negara dapat
melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan, menganalisis dan
menilai fakta-fakta sejarah secara matang. Pendekatan pengajaran Sejarah menjurus
kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri
dan penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang Sejarah. Aktiviti tersebut
mengaplikasikan elemen didik dan hibur bagi menanam minat murid terhadap Sejarah.
Pendidikan di negara kita seharusnya boleh mewujudkan jati diri yang tinggi di kalangan
pelajar. Harapan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), adalah memupuk pembinaan jati
diri melalui kurikulum, program kokurikulum dan sukan. Ini disebabkan jati diri yang terhasil
daripada sistem pendidikan negara akan menghasilkan Negara Bangsa yang kukuh dan
maju.
Mata

pelajaran

ini

menyepadukan

pengetahuan,

kemahiran,

elemen

kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah.
Elemen ini diajar dengan harapan agar guru dapat menerapkan asas dalam melahirkan
warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan dan dapat membentuk rakyat Malaysia
yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional. Sering kita hayati dan

mengimbau suatu peristiwa lampau yang banyak memberi impak positif mahupun negatif
dalam diri masing-masing.

2.0

PERKEMBANGAN MATA PELAJARAN SEJARAH


2.1

Mata Pelajaran Tawarikh


Pada duhulu lagi mata pelajaran sejarah sudah diperkenalkan dan hidup

dalam kehidupan alam melayu. Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lagi
subjek sejarah telah dipupuk dalam kalangan rakyat. Hanya pada tahun 1956 mata
pelajaran sejarah mula diajar secara formal di Tanah Melayu.(Bilcher Bala, 2000)
Mata pelajaran tersebut telah diajar bermula di sekolah rendah yang dikenali sebagai
subjek tawarikh. Tawarikh menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat
bermaksud tarikh, sejarah dan riwayat. Subjek ini diajar di semua sekolah di Tanah
Melayu pada ketika itu.
Pendidikan Sejarah di Tanah Melayu sebenarnya sudah bermula sejak
pertengahan abad ke-19 lagi. Namun, ketika pentadbiran British, mata pelajaran
sejarah dianggap sebagai mata pelajaran tambahan sahaja dan bukanlah mata
pelajaran teras. Tambahan lagi, semasa di pemerintahan British juga, Sekolahsekolah Inggeris di Negeri-Negeri Selat pada masa itu juga telah memasukkan mata
pelajaran Sejarah dalam kurikulum sekolah khususnya untuk darjah-darjah yang
lebih tinggi yakni peringkat sekolah menengah rendah. Pada awal abad ke-19
sehingga tahun 1957 pula, Sejarah British juga telah dimasukkan dalam kurikulum
sejarah di peringkat sekolah. Hal ini, disebabkan ketika itu pengaruh British masih
dominan di Tanah Melayu. (Amir Abdul Hadi, 2013)
Kemudiannya, perubahan berlaku lebih kurang pada tahun 1918 apabila mata
pelajaran Tawarikh diperkenalkan di sekolah dan maktab. Ketika itu, di sekolah
Inggeris, sukatan pelajaran Sejarah tidak memperkenalkan Alam Melayu.(Muhd
Yusuf Ibrahim, 2000) Oleh itu, kurikulum tersebut memperlihatkan bahawa pembesar
Melayu sentiasa menganiayai rakyat dan sebaliknya pula tentang Residen.
Apa yang dapat kita perhatikan, terdapat empat aliran sekolah yang berbeza
pada tahun 1956 iaitu sekolah Inggeris, sekolah vernakular, madrasah dan pondok.
Di samping itu, subjek tawarikh diajar di setiap sekolah bagi mencapai matlamat
Penyata Razak ke arah satu sistem pendidikan yang seragam untuk mengeratkan

perpaduan, merapatkan jurang perbezaan antara kaum dan mewujudkan sistem


pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.
2.2

Perlaksanaan Kurikulum Sejarah dalam KBSM


Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula telah

diperkenalkan di semua sekolah pada tahun 1988. Beberapa asas dalam sistem
pendidikan negara telah menjadi panduan yang digariskan untuk rancangan KBSM
antaranya ialah sejarah dijadikan subjek teras di sekolah menengah bermula tahun
tersebut. Semua guru sejarah akan menghadiri kursus untuk memantapkan
kefahaman mereka berkenaan sejarah dan teknik yang betul untuk mengajar subjek
ini di sekolah. Selain itu, guru-guru pelatih daripada Institut Perguruan Sultan Idris
yang kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dilatih untuk
memenuhi keperluan guru sejarah di setiap sekolah menengah di Malaysia. (Aini
Hassan & Siti Hawa Abdullah,2008)
Antara objektif menjadikan sejarah sebagai subjek teras dalam KBSM adalah
untuk

menyatakan

mengamalkannya

kepentingan
sebagai

Sejarah

pendidikan

sebagai
sepanjang

satu

disiplin

hayat

ilmu

serta

dan

mampu

berdikari, menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik,


ekonomi, dan sosial, menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan
Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian, menghargai usaha dan
sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan
pembangunan negara, memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha
mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara, menjelaskan
kedudukan

Malaysia

sebagai

sebahagian

daripada

peradaban

dunia

dan

sumbangannya di peringkat antarabangsa, mengambil iktibar daripada pengalaman


sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan, mengamalkan
nilai-nilai murni dan yang terakhir ialah menganalisis, merumus dan menilai faktafakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.
2.3

Perlaksanaan Kurikulum Sejarah dalam KBSR


Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di Tahun Satu di

semua sekolah rendah seluruh Negara pada tahun 1983. Fokus utama KBSR adalah
untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu
bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam sekelilingnya serta bidang
perkembangan diri individu. Oleh kerana KBSR mementingkan kemahiran asas iaitu
membaca, menulis dan mengira (3M), maka pelbagai jenis bidang pengetahuan

diserapkan dalam pembelajaran bahasa sebagai memupuk kemahiran asas 3M


tersebut. Melalui pembelajaran bahasa, murid dapat pengetahuan tentang sejarah
disamping menguasai kemahiran asas bahasa.
Pada Tahap Dua (tahun 4 hingga 6), pendidikan bertujuan untuk
pengukuhan dan penggunaan kemahiran itu bagai mempelajari berbagai-bagai
bidang ilmu. Pendidikan Sejarah telah diterapkan dalam Komponen Kemanusiaan
dan Persekitaran di bawah mata pelajaran Alam dan Manusia. Mata pelajaran
Sejarah digabungjalinkan dengan berbagai-bagai bidang pengetahuan daripada
mata pelajaran-mata pelajaran Sains, Geografi, Sivik, Hal Ehwal Tempatan dan
Pendidikan Kesihatan. Mata pelajaran Alam dan Manusia ini hanya mula diajar pada
tahun empat dan Tahap Dua. Dijangka mata pelajaran ini dapat menolong pelajar
memperkembangkan dan memperkayakan ilmu pengetahuan serta dapat membantu
mereka membuat keputusan yang rasional. Aspek sejarah yang terkandung dalam
mata pelajaran ini ialah sejarah kebudayaan, adat resam, perlembagaan,
pembangunan Negara, perusahaan dan pengangkutan. Pembelajaran Alam dan
Manusia ini menggunakan pendekatan integrasi yang menggabungkan berbagaibagai bidang pengetahuan menjadi satu kesatuan yang menyeluruh. Menurut Tan Ai
Hoon (1997), dalam konteks pelajaran Alam dan Manusia, integrasi dimaksudkan
sebagai penyepaduan unsur-unsur dari pelbagai bidang pengetahuan,kemahiran,
dan aktiviti untuk menghasilkan suatu rancangan pelajaran yang menyeluruh dan
harmonis.
Sejak KBSR diperkenalkan sehingga tahun 1983 didapati bahawa
pencapaian kemahiran dalam mata pelajaran Sejarah adalah paling rendah
berbanding dengan mata pelajaran Sains, Geografi dan Tatarakyat. Wan Mohd.
Zahid Mohd. Nordin (1988) telah menjalankan kajian untuk melihat kejayaan KBSR
bagi mata pelajaran Alam dan Manusia. Daripada kajian ini, didapati pencapaian
kemahiran dalam mata pelajaran Sejarah amat lemah kerana hanya 36.5% sahaja
murid mencapai kelulusan 50% ke atas. Ini dipaparkan seperti jadual I di bawah :

2.4

Mata Pelajaran Kajian Tempatan


Pada tahun 1994, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dipinda dan

dinamakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bertujuan untuk melahirkan


murid-murid berperibadi seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan
jasmani selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Dengan itu, berlakunya
perubahan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran sejarah. Mata pelajaran
sejarah telah dipisahkan daripada mata pelajaran Sains, Ilmu Kesihatan, Sivik dan
Hal-Ehwal Tempatan.(Aini Hassan & Siti Hawa Abdullah, 2008) Mata pelajaran Sejarah
dan Geografi telah digabungkan menjadi mata pelajaran bersepadu yang dikenali
sebagai Kajian Tempatan (KT). Mata Pelajaran ini merangkumi bidang kemaknusiaan
dan kemasyarakatan yang membicarakan dan mengkaji interaksi manusia dengan
manusia dan manusia dengan alam persekitarannya.
Kurikulum

Kajian

Tempatan

Sekolah

Rendah

membolehkan

murid

mengetahui dan memahami peranan, tanggungjawab dan hak sebagai anggota dalam
keluarga dan masyarakat. Selain itu, memahami dan menghargai keadaan fizikal
setempat, mengenali dan memahami ciri-ciri masyarakat setempat dan negara.
Memahami dan menyedari perkembangan dan perubahan masyarakat setempat dan
negara. Mencintai dan menghargai alam sekitar. Antara tujuan kajian tempatan ialah
mengenali tokoh-tokoh dan menghargai sumbangan mereka dalam memperjuangkan
kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan. Memahami dan menghargai sejarah
negara. Menghargai keperibadian bangsa dan mempunyai semangat patriotik dan
mensyukuri segala nikmat Tuhan
Sejarah dapat diterapkan bersama dengan subjek kajian tempatan di sekolah
agar dapat diaplikasikan pengalaman peristiwa lampau dalam pembelajaran
khususnya kajian tempatan. Antara aktiviti yang dilakukan dalam kajian tempatan ialah
membuat kerja khusus atau satu kajian tentang sesuatu tajuk, mengadakan satu
lawatan sambil belajar suatu tempat yang mempunyai sejarah lampau dan
mengadakan sesi tayangan tentang sejarah lampau negara kita agar pelajar lebih
memahami sesuatu sejarah seterusnya memudahkan pelajar membuat tugasan yang
diberi.

2.5

Perbezaan Kurikulum Sejarah Baru dan Lama


Kurikulum sejarah digubal mengikut perkembangan sistem pendidikan

semasa dan keperluan terhadap pelajar-pelajar di Malaysia. Terdapat beberapa


pendekatan yang telah dilakukan untuk menambah baik kurikulum sejarah di
Malaysia setaraf dengan sistem pendidikan negara-negara maju di dunia. Pendidikan
sejarah bersetujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia dan jati diri
terhadap negara dan seluruh dunia
Kurikulum sejarah lama menunjukkan jalinan itu tidak begitu jelas walaupun ia
juga mengandungi unsur kemanusiaan umum di darjah empat. Selain itu, kurikulum
tersebut berdasarkan kronologi dari masa silam ke moden bahkan sukatan pelajaran
lama lebih mementingkan bidang politik berbanding aspek kenegaraan yang perlu
diterapkan dalam setiap individu bergelar warganegara. Walaupun ada persamaan
tajuk pada kurikulum sejarah baru dan lama, namun pendekatan yang berbeza
digunakan menyebabkan nilai asas dalam mata pelajaran sejarah tidak dapat
diterapkan dengan berkesan. Pembelajaran sejarah mengikut kurikulum lama ialah
berdasarkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja.(Arbaiyah
Mohamad Noor, 2002)
Hal ini berbeza dengan kurikulum sejarah baru. Kurikulum sejarah baru lebih
banyak menyatakan unsur-unsur setempat dan rukun negara. Di samping itu,
kurikulum ini lebih banyak menunjukkan jalinan antara

kandungan bagi tiap-tiap

peringkat serta menghubung kait perkembangan politik,ekonomi,dan sosial di


Malaysia akibat perkembangan luar. Aktiviti pembelajaran bukan sekadar di dalam
kelas sahaja tetapi lebih kepada membuat lawatan tempat-tempat bersejarah untuk
menambah minat dan kefahaman pelajar terhadap sub-topik yang dipelajari.
Kesan daripada penambahbaikan kurikulum sejarah ini telah menyebabkan
perpaduan kaum dapat diperkukuh, pelajar mempunyai jati diri yang tinggi, tidak
mudah dipengaruhi anasir luar, bersemangat patriotisme, pelajar tidak lupa asal usul
mereka, memperkukuh semangat setia negara dan pendedahan terhadap sejarah
lebih awal.
2.6

Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah di Institut Pengajian Tinggi


Semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia disarankan untuk

menerapkan elemen sejarah dalam pengajian semua pelajar di institut masingmasing. Hal ini merujuk kepada titah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdul

Halim Muadzam Shah yang menyarankan mata pelajaran sejarah yang mula diajar
pada peringkat sekolah perlu diteruskan ke peringkat IPT bagi membentuk generasi
Malaysia yang matang dan maju pada masa hadapan. Baginda bertitah lagi,
pengajian tentang sejarah negara bukan wajib dipelajari di peringkat sekolah sahaja
kerana subjek itu penting dalam kehidupan berbangsa dan bernegara.
Sejarah itu ialah 'guru kehidupan'. Di dalamnya mengandungi pelbagai pengajaran dan
perkara penting yang boleh dijadikan panduan dalam perancangan dan kemajuan sesebuah
negara bangsa. Sebagai contoh, pelajar dalam bidang Sains, Perdagangan dan
Kejuruteraan

perlu

didedahkan

dengan

kursus

sejarah,

falsafah

atau

pengajian

perbandingan agama. Justeru, sejarah bangsa itu perlu diketahui, difahami dan diserapkan
ke seluruh lapisan masyarakat. Oleh itu suatu nilai tambah perlu disuntik dalam kurikulum
pendidikan tinggi kita agar mampu melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan
mempunyai personaliti unggul
Titah Sultan Abdul Halim Muadzan Shah, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia
Mempelajari sejarah di peringkat IPT mampu untuk membentuk jati diri
pelajar, dapat mempelajari sejarah negara, mewujudkan semangat perpaduan dalam
kalangan pelajar dan menerapkan semangat patriotisme. Mempelajari sejarah bukan
saja untuk pengetahuan, tetapi perlu dijadikan iktibar dan pedoman kepada sesuatu
bangsa mengenai apa yang pernah berlaku satu masa dulu. Generasi baru ini akan
lebih menghargai erti kemerdekaan berasaskan kedaulatan bangsa serta negara
secara lebih bermakna serta bijaksana.
2.7

Subjek Sejarah dalam KSSR


Apabila KSSR diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun 2011, mata

pelajaran Kajian Tempatan telah ditransformasikan kepada mata pelajaran yang lebih
khusus iaitu Sejarah. Mata pelajaran Sejarah telah dilaksanakan secara rasmi bermula
pada tahun 2014 di semua sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan di Malaysia.
Kurikulum Sejarah di sekolah rendah akan memberi penekanan yang khusus kepada
sejarah negara selaras dengan dengan kehendak kerajaan untuk memastikan rakyat
Malaysia celik sejarah di samping menghayatinya. Mata pelajaran Sejarah termasuk
dalam mata pelajaran teras di bawah tunjang kemanusiaan. Subjek ini akan diajar
kepada murid-murid Tahap 2 dan kurikulum diorganisasikan secara modular.
Perubahan dalam sistem pendidikan kebangsaan ini dibuat berdasarkan
keperluan semasa yang dilihat penting dalam membangunkan masyarakat abad ke-21

yang holistik, dinamik dan berilmu pengetahuan. Falsafah pendidikan negara


mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KSSR
adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Berdasarkan Kamaruddin Haji Husin (1994), antara perubahan-perubahan yang jelas
terdapat dalam KBSR

ialah

sukatan

pelajaran yang

digubal memberi

penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep


seperti penggabungjalinan dan penyerapan sentiasa dititik beratkan. Selain itu,
penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Kehendak masyarakat
juga menjadi faktor kepada perubahan kurikulum, ini kerana masyarakat juga
menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka.
Salah satu faktor kurikulum Sejarah sekolah rendah ini diperkenalkan adalah
untuk memastikan masyarakat Malaysia mempelajari, mengetahui dan menghayati
peristiwa-peristiwa sejarah negara ini. Hal ini demikian kerana, generasi pada masa
kini dilihat tidak lagi menghayati sejarah negara yang menjadi dasar utama kepada
pembinaan negara bangsa Malaysia seperti yang kita lihat pada masa ini. Kekurangan
ilmu sejarah telah menyebabkan perpaduan yang dibina selama ini semakin goyah.
Masyarakat juga mula berani mempertikaikan dan mempersoalkan perkara-perkara
yang boleh menggugat ketenteraman negara seperti hak-hak sesuatu kaum, rasisme
dan sebagainya tanpa menyedari bahawa bukan mudah untuk membina perpaduan
dan keharmonian yang kita kecapi selama ini. Langkah untuk memperkenalkan mata
pelajaran Sejarah di sekolah rendah adalah tepat supaya murid-murid dapat diberi
pendedahan awal tentang sejarah di samping memupuk minat untuk mempelajari
sejarah sejarah sebagai persediaan di peringkat menengah nanti.
3.0

Matlamat Pendidikan Sejarah


Pendidikan Sejarah bertujuan memupuk semangat setia negara dan perasaan

bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air.
Di peringkat menengah rendah, kurikulumnya meliputi jangka masa selama lima ratus tahun
dan disusun secara kronologi. Kurikulum ini bertujuan untuk memberi pemahaman
menyeluruh dan satu gambaran yang lengkap tentang sejarah negara. Dalam rentetan
peristiwa ini dimasukkan pula sejarah negara luar yang mempunyai kaitan dengan sejarah
negara. Sejarah negara luar ini merupakan asas bagi pelajar untuk mengetahui dan
memahami hubungan dan kaitannya dengan Sejarah Malaysia (Abd. Rahim Abd. Rashid.
1999). Pendidikan Sejarah dilihat dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah
sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antara bangsa (Aini
Hassan & Siti Hawa Abdullah, 2008) kerana tujuan pendidikan Sejarah itu adalah untuk

memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia melalui
pengetahuan dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.
3.1

Keperibadian Bangsa
Matlamat pendidikan sejarah dapat dilihat melalui aspek keperibadian

bangsa. Sejarah mampu mewujudkan kesedaran masyarakat untuk menjadi


warganegara yang cintakan bangsa di samping melahirkan rakyat yang mempunyai
sikap keterbukaan dan mencegah berlakunya rusuhan kaum. Dalam masa yang
sama, sejarah mampu mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi
iaitu sistem sosial di mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri,
dan kebajikan insan tidak berkisar kepada orang perseorangan tetapi di sekeliling
sistem keluarga yang kukuh.
Pendidikan

sejarah

juga

menekankan

pendekatan

memupuk

dan

meningkatkan semangat perpaduaan serta bangga sebagai rakyat Malaysia,


mengurangkan perbalahan kaum dan kerenggangan dalam perhubungan inter dan
intra kaum dan wilayah, meningkatkan integrasi wilayah antara Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuaan Labuan dengan Semenanjung dan antara negeri-negeri di
Semenenjung serta memantapkan perpaduaan dan integrasi nasional melalui cara
menghormati perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat kenegaraan melalui
Kelab Rukun Negara, penyebaran maklumat dan kempen cintakan warisan bangsa.
3.2

Semangat Patriotik
Patriotisme merupakan satu ungkapan yang sering kita dengar dan diwar-

warkan apabila menjelang sambutan hari kemerdekaan. Patriotisme

merupakan

satu semangat kecintaan dan ketaatan seseorang kepada negaranya sendiri.


Patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak dan ia tidak dapat diukur secara metrik
tetapi semangat patriotisme ini dapat dilihat melalui tindakan, tingkah laku, perbuatan
atau perlakuan seseorang itu. Jika seseorang itu patriotik, segala tindakan dan
amalan yang dilakukannya mesti menepati ciri-ciri patriotisme.
Pendidikan

sejarah

mampu

membentuk

keperibadian

palajar

dalam

menyemai semangat patriotik dalam jiwa individu supaya setiap yang bergelar
warganegara Malaysia mempunyai semangat cinta akan negara dan bangsa,
berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha
dan produktif.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk menyemai semangat patriotik


dalam jiwa individu adalah dengan menyertai aktiviti sambutan Hari Kemerdekaan,
menghargai jasa pemimpin dan semua aktiviti yang mencetus kesedaran semangat
cintakan negara.
3.3

Tokoh dan Sumbangannya


Ramai generasi muda kini tidak kenal dan tidak tahu akan bekas pemimpin

dan jasa mereka. Sikap tidak cakna itu menyebabkan tiada perasaan hormat, kagum
dan apatah lagi menyayangi pemimpin. Mereka melihat semua manusia adalah
sama sebagaimana mereka melihat rakan-rakan sedangkan mereka perlu ditanam
pemahaman tentang perbezaan sosial antara manusia. Mengenali perbezaan sosial
adalah penting sebagai asas membina kesantunan diri di samping rasa kagum dan
hormat. Mata Pelajaran Sejarah banyak menceritakan mengenai perjuangan tokohtokoh misalnya Rentap, Dol Said, Tok Janggut dan lain-lain yang dapat pelajar ambil
iktibar.
Sebagai generasi muda penerus bangsa ini, kita berkewajiban meneruskan
perjuangan para pahlawan kita dengan cara mengisi kemerdekaan ini. Ada banyak
hal yang dapat kita lakukan untuk mengisi kemerdekaan. Sebagai seorang
mahasiswa pendidik misalnya, kita harus belajar dengan giat, berprestasi di institut,
dan tidak melakukan perbuatan yang tidak terpuji. Kita harus berusaha untuk kuatkan
dan menonjolkan diri dengan pelajar-pelajar dari negara-negara yang telah maju di
dunia. Kegigihan dan kesungguhan tokoh-tokoh negara dalam memperjuangkan
kemerdekaan negara dan membangunkan negara seharusnya dihargai seperti
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang
berusaha memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu bersama Tun Tan Chen
Lock, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh tanah air yang lain.
3.4

Alat Membangunkan Perpaduan Kaum, Bangsa dan Negara


Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang

diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk
mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan
adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti
dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Melalui pendidikan
dan pemantapan mata pelajaran Sejarah yang mampu meningkatkan semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat dengan mudah. Pada tahun 2006, Jabatan
Perdana Menteri telah mengetengahkan dasar perpaduan dan integrasi nasional

dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional yang bertujuan untuk
memperkukuh lagi perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat. Pelan
tersebut merangkumi falsafah perpaduan dan integrasi nasional dengan merujuk
dasar-dasar Kerajaan yang ada dan berteraskan Perlembagaan, Rukun Negara dan
Wawasan 2020. (Chan Nelee, 2010)
Pendidikan merupakan antara aspek penting yang diambil kira dalam
merangka program-program di bawah Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi
Nasional. Sistem pendidikan negara harus menyediakan persekitaran serta
kemudahan bagi interaksi dan sosialisasi di kalangan sebilangan besar rakyat yang
masih berusia muda. Bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, integrasi
nasional merupakan persoalan yang sangat rumit dan menyukarkan proses
pembinaan

negara

bangsa.

Dasar

Pendidikan

Kebangsaan

menggariskan

matapelajaran sejarah sebagai alat utama bagi merealisasikan matlamat tersebut.


Penekanan pendidikan sejarah tertumpu terhadap kesedaran sejarah, toleransi dan
kepekaan masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan
negara.Matlamat tersebut digariskan dengan jelas dalam sukatan mata pelajaran
sejarah
3.5

Penekanan Terhadap Penghayatan dan Iktibar Peristiwa Sejarah


Semangat patriotisme secara tidak langsung dapat disemai dan dipupuk

melalui pengkisahan sejarah tokoh-tokoh patriotik dan dapat dijadikan iktibar kepada
generasi hari ini. Seharusnya kita berbangga dengan sumbangan para sejarawan
dan sarjana tempatan yang telah banyak menulis perjuangan tokoh-tokoh tempatan
walaupun pada awalnya dianggap oleh para orientalis Barat mereka ini
diklasifikasikan sebagai penderhaka. Perkembangan penulisan sejarah bercorak
tempatan telah membela nasib dan meletakkan jasa para pejuang yang terdahulu
pada tempat yang sesuai.Sumbangan dan peranan para penulis tempatan ini amat
besar ertinya kerana telah berani memperbetulkan fakta bias yang dihasilkan oleh
sejarawan atau penulis Barat.
Sebagai generasi baru, kita perlu meluangkan sedikit masa untuk ambil tahu
dan ambil kisah mengenai detik-detik bersejarah atau peristiwa bersejarah sebelum
negara ini benar-benar merdeka daripada penjajah. Negara kita telah melalui
pelbagai peristiwa pahit manis yang amat panjang dan ia berlaku bukan setahun
dua, tiga atau empat tahun tapi beratus tahun. Marilah kita hayati peristiwa demi
peristiwa yang berlaku dan kita akan dapati betapa mahalnya sebuah kemerdekaan.

3.6

Generasi Upaya Ekonomi, Sosial dan Politik Negara


Ke arah membentuk satu negara-bangsa Malaysia, terdapat tiga faktor yang

mendominasi perbincangan iaitu faktor politik, ekonomi, dan sosial. Mengikut Ishak
Saat(2010), faktor politik dilihat dari sudut penggabungan parti-parti politik pelbagai
kaum melalui Parti Perikatan dan Barisan Nasional.Kerjasama dan pakatan politik
pelbagai kaum dalam Barisan Nasional telah menghasilkan kestabilan politik dan
keamanan di dalam negeri. Faktor politik juga merupakan ciri asas ke arah
mempercepatkan agenda pembinaan negara-bangsa ini.Kestabilan politik menjadi
prasyarat kepada pembangunan dan kepesatan ekonomi sesebuah negara. Secara
umumnya terdapat perbezaan persepsi antara individu di dalam melihat kepada
faktor ini. Perbezaan persepsi ini berlaku kerana di dalam masyarakat majmuk yang
dicirikan oleh kewujudan berbagai-bagai unsur perbezaan menghasilkan kehendak
yang berbeza didalam melihat sesuatu isu.Seterusnya ianya menghasilkan
perbezaan

falsafah

dalam

rupa

pembinaan

negara-bangsa

dan

cara-cara

mencapainya.Melalui kajian dan penulisan, didapati perbezaan persepsi tentang


negara-bangsa melalui faktor politik wujud berdasarkan kaum dan wilayah. Keadaan
ini menjuruskan kepada lahirnya persepsi-persepsi tersendiri daripada mahasiswa
mengenai perspektif politik ini.Jika terdapat perbezaan persepsi yang tidak ketara
dikalangan mahasiswa pada masa kini, ianya mampu mempercepatkan terbentuknya
negara-bangsa Malaysia.
Dari segi faktor ekonomi, perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
merupakan perkara yang sering dikaitkan dengan pembinaan negara-bangsa
Malaysia.Selepas merdeka, keadaan ekonomi rakyat Malaysia pada masa itu adalah
diidentifikasikan dengan sesuatu kumpulan etnik.Secara umumnya, jika terdapat
kumpulan etnik yang diindentitikan sebagai menguasai sesuatu bidang, ianya pasti
menimbulkan perasaan cemburu dan syak wasangka dan ini pastinya mencacatkan
proses pembinaan negara-bangsa.Pudarnya pengenalan kaum berdasarkan fungsi
ekonomi secara tidak langsung menguatkan lagi hubungan perpaduan antara kaum
di Malaysia.vSelepas perlaksanaan DEB, persepsi-persepsi mahasiswa mengenai
aspek ekonomi ini adalah diharapkan turut berubah.
Faktor sosial yang mempengaruhi pembinaan negara-bangsa Malaysia pula
merangkumi peranan-peranan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan.Melalui perkara-perkara ini
banyak perbincangan yang dapat dibuat bagi menghasilkan satu identiti nasional

negara-bangsa Malaysia yang dibentuk.Pembinaan negara-bangsa merupakan suatu


proses mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan Melalui takrifan
ini faktor sosial merupakan faktor penting untuk mewujudkannya.Kepelbagaian kaum
yang terdapat di Malaysia menyukarkan pembentukan satu identiti nasional namun
titik pertemuan antara kepelbagaian kaum ini masih tidak mustahil dapat
dilaksanakan. Oleh itu persepsi-persepsi yang lahir dari mahasiswa sebagai
sebahagian dari masyarakat mampu membantu mencari titik persamaan dan
pertemuan didalam melahirkan negara-bangsa yang stabil.
4.0

HUBUNGKAIT ANTARA PEMBINAAN NEGARA BANGSA DAN PERPADUAN


KAUM DI MALAYSIA
4.1

Pembinaan Negara Bangsa


Sejarah Pendidikan di negara ini, selepas merdeka dirangka bagi tujuan

pembinaan semula bangsa Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai wawasan
hidup bersama berprinsipkan kepada keadilan sosial. Penekanan kepada konsep
Malayanization ialah untuk membina satu bangsa Malaysia yang mempunyai taat
setia dan cintakan negara serta dapat menyumbang kea rah masa depan
pembangunan bangsa. Menggunakan kurikulum berorientasikan Malaysia dapat
mendukung aspirasi dan cita-cita baru pembinaan negara Malaysia. Sistem
pendidikan yang digubal mendukung wawasan bagi membina semula negara baru
berteraskan kepada Negara-Bangsa. Konsep pembinaan Bangsa dan Negara
menyebabkan

terbentuknya

Negara-Negara (Nation

State)

yang

bertujuan

mengukuhkan dan mendaulatkan imej, identiti dan kewibawaan bangsa yang


dikaitkan dengan negara. Asas-asas pembinaan negara ini dibuat dengan
memperkukuhkan unsur-unsur nasionalisma dan budaya kebangsaan.
Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang
kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa
bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi
semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran
secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga
sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. (Shakila Yacob, 2010)

Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia


boleh dihuraikan seperti berikut:
...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa
hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi
wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang
sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa
Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap
bangsa tersebut.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Melangkah Ke Hadapan, 1991)
Melalui pembinaan negara bangsa, semua masyarakat mendukung satu
bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang di
menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan
sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi.( Abd.
Rahim Rashid, 2004) Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya
yang tersendiri. Negara bangsa menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat
dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman,
keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh
membawa kepada perpecahan.
4.2

Perpaduan Kaum di Malaysia


Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan

India. Kemajmukan kaum ini menyebabkan perpaduan merupakan asas yang amat
penting dalam mewujudkan keharmonian dan keamanan dalam kalangan rakyat.
Perpaduan merupakan perkara pokok atau asas dalam pembentukan sebuah negara
harmoni yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia tercinta ini.
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan
sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran setempat mereka. Perpaduan
juga merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah
ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan
(Chew Fong Peng,2006). Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam
masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan
nilai saling melengkapi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat
beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun
masyarakat. (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1972)

Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu


gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah
pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga
Skrang pada tahun 1983, Dato Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir
Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada
tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan pemimpin negara
yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa
kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira
kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa bersatu
teguh, bercerai roboh.
4.3

Perkaitan Antara Mata Pelajaran Sejarah, Pembinaan Negara Bangsa


Dan Perpaduan Kaum di Malaysia
Peranan pendidikan penting untuk melahirkan semangat cintakan negara.

Oleh itu, KPM menghadapi cabaran besar melahirkan pelajar dengan ciri-ciri individu
dan masyarakat Bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia yang dihasratkan terdiri
daripada individu dan masyarakat yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh,
berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral dapat hidup sebagai sebuah
masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur, serta berfikiran
dan berbudaya saintifik. Perpaduan merupakan aspek penting dalam pembangunan
negara. Kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat
antara pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu, aktiviti pendidikan mestilah memberi
keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan
di kalangan rakyat. Usaha-usaha perpaduan boleh dicapai melalui aktiviti kurikulum,
kokurikulum dan sukan.
Mempelajari

sejarah

bukanlah

semata-mata

untuk

mendapatkan

pengetahuan, tetapi ianya boleh menjadi pedoman dan member iktibar kepada
sesuatu bangsa mengenai apa yang telah berlaku. Apa yang telah berlaku perlu
dinilai semula bagi tujuan merancang perubahan masa depan. Oleh sebab sejarah
memberi banyak pengajaran yang berkait jatuh bangun dan perpaduan kaum
sesuatu negara maka mata pelajaran sejarah patut dijadikan garis panduan untuk
pembinaan semula kedudukan dan kekuatan bangsa dan negara. Pendidikan
Sejarah bertujuan memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai
rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air. Oleh itu,
kandungan kurikulum sejarah member penekanan terhadap pengetahuan tentang

sejarah negara dan nilai-nilai yang dapat memupuk semangat kewarganegaraan dan
patriotisme.
Selepas kemerdekaan, kurikulum pendidikan sejarah ditumpukan ke arah
pembinaan dan penyatuan bangsa Malaysia agar matlamat untuk membina sebuah
Negara Bangsa Malaysia dengan penyatuan setiap etnik dalam negara menjadi satu
bangsa Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, Akta Pendidikan 1995 digubal untuk
menegaskan peri pentingnya Dasar Pendidikan Kebangsaan yang akan diterapkan
melalui sistem pendidikan kebangsaan bagi memenuhi keperluan negara serta
memupuk perpaduan negara dalam pelbagai bidang melalui sektor pendidikan.
Perpaduan yang ada perlu diperteguhkan lagi ke tahap yang lebih mantap dan kukuh
supaya mampu menghadapi berbagai-bagai tekanan dan cabaran tanpa mudah
digugat.
Isi kandungan kurikulum yang memaparkan sumbangan kaum Melayu, Cina
dan India terhadap proses kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan negara.
Dengan ini semua kaum akan dapat memahami sejarah bagi setiap kaum yang lain
dan menarik minat pelajar semua kaum menilai sumbangan kaum mereka terhadap
sejarah pembangunan negara. Ini secara tidak lansung akan dapat meransang
pelajar-pelajar agar dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan mereka.
Sejarah mengandungi unsur-unsur penting yang meliputi pembinaan semangat
kebangsaan dan semangat tersebut amat diperlukan untuk mencapai hasrat satu
negara dan impian bangsa Malaysia. (Azwani Ismail & Zahara Aziz, 2009)
Hubungkait seterusnya, tema-tema yang dipilih dalam kurikulum pendidikan
sejarah itu sendiri menjurus kepada tema yang dapat meningkatkan tahap integrasi
kaum di negara ini. Tema ini adalah berkaitan dengan peranan dan sumbangan
setiap kaum dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Contohnya dalam menuntut
kemerdekaan negara, peranan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun
Sambanthan dikupas dan diperhaluskan dengan perspektif perpaduan dan integrasi
kaum di negara ini. Perkara ini dapat dijadikan model integrasi terbaik generasi
terdahulu dalam membentuk konsep integrasi kaum sebenar. Semua ini dapat
membina, memupuk perpaduan dan menyatukan bangsa Malaysia.

5.0

Penutup
Generasi yang buta sejarah sering tidak menghargai apa yang berlaku. Contohnya

kemajuan yang terbina kini tidak berlaku secara tiba-tiba atau kebetulan. Ia akibat
perancangan, pemikiran dan strategi bijaksana yang terjadi dan menyebabkan generasi hari
ini berada dalam iklim sosial dan kehidupan yang jauh lebih baik berbanding situasi di awal
kemerdekaan dulu. Yang baik itu seharusnya dijadikan tradisi, manakala landasan yang
berguna itu harus diteruskan walaupun dengan pendekatan berbeza untuk respons cabaran
yang tidak serupa. Tujuannya untuk menimbulkan kesedaran jati diri dan kewatanan supaya
generasi muda menginsafi, memahami dan menghayati sejarah adalah penting supaya
kesayangan negara terbina.
Pendidikan sejarah sejak awal dapat merangsang pelajar-pelajar agar dapat
menghayati sejarah yang dipelajari itu adalah milik bersama. Perkara ini penting agar setiap
kaum akan dapat memahami sejarah bagi setiap kaum lain. Pengetahuan dan pemahaman
tentang aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan
memberi pendedahan, menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang.
Kandungan kurikulum Sejarah bertujuan mendidik murid untuk memahami latar belakang
negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan yang berlaku serta kesinambungan yang
masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.
Kandungan kurikulum pendidikan sejarah meletakkan integrasi dan asas perpaduan
sebagai matlamat dan hala tuju negara. Oleh itu, kurikulum sejarah dapat membentuk jati
diri dalam kalangan pelajar, semangat patriotik, membinan negara bangsa serta
meningkatkan lagi unsur perpaduan kaum yang sedia terjalin. Melalui kefahaman dan usaha
memperkasakan elemen ini akan dapat membantu hasrat kerajaan merealisasikan hasrat
1Malaysia. Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai
1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan,
meritokrasi, pendidikan dan integriti. Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses
pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar.
Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa
mengira agama dan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai