Anda di halaman 1dari 4

b-Refleksi

Saya dapati perubahan pencapaian dan juga sikap pelajar-pelajar dapat


dilihatdengan jelas. Pelajar-pelajar dengan mudahnya dapat meniru apa yang
dilakukanoleh saya dan seterusnya dapat memberikan jawapan yang tepat dengan
kadar yanglebih cepat. Selain itu, mereka juga menunjukkan minat yang amat
mendalam keranamereka seolah-olah bermain semasa belajar dan pada masa yang
sama merekadapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan betul. Terdapat
2 orang muridyang menyatakan rasa seronok kerana mereka hampir tidak pernah
dapat menjawabsoalan matematik dengan betul sebelum ini. 3 orang lagi
menyatakan kesedaranmereka bahawa membundarkan nombor bulat ini adalah
mudah sebenarnya.
ii- Aktiviti 2 : Ya! Saya Boleh

Murid menjalankan kaedah yang sama seperti aktiviti 1 (Tiru MacamSaya) tetapi
mereka menjawab soalan yang berbeza melalui kertasaktiviti yang diberikan.

Aktiviti ini dijalankan secara individu dan tanpa bimbingan guru.


a-Pemerhatian
Kumpulan pelajar yang selama ini sangat susah untuk memberikan
perhatiansemasa proses P&P berlangsung nampaknya begitu tekun menjawab
soalan-soalan yang diberikan dengan menggunakan kit nombor masing-masing.
Padamasa yang sama mereka juga kelihatan berlumba-lumba untuk siap
dahuludengan jawapan yang tepat.
b-Refleksi
Saya amat berpuas hati dengan pencapaian pelajar-pelajar ini. Terdapatpeningkatan
yang amat memuaskan jika dibandingkan dengan latihan di dalamproses P&P
sebelum ini. 6 orang pelajar berjaya menjawab kesemua soalanlatihan dengan
betul. 2 orang pelajar sahaja yang masih tidak menukarkan digitselepas tempat
pembundaran kepada sifar manakala 3 orang pelajar menyatakanbahawa mereka
terlupa untuk menambah satu kepada nilai tempat yang hendakdibundarkan jika
digit di sebelah kanannya bernilai 5 atau lebih.
iii- Aktiviti 3 : Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing

Pelajar yang telah menguasai kemahiran membundarkan nombor bulat ini


dimintamembantu rakan-rakan yang masih belum mahir lagi.
a-Pemerhatian
4 orang pelajar yang berjaya menjawab dengan betul dan cepat telah
dimintamembantu rakan-rakan yang masih belum menguasai sepenuhnya
kemahiran ini.Didapati mereka membantu rakan-rakan dengan rasa gembira dan
bersungguh-sungguh. Rakan-rakan yang diajar pula dapat dilihat lebih mudah
menerimapenerangan rakan sebaya mereka.

b-Refleksi
Kerjasama yang ditunjukkan amat membanggakan. Di sini saya sedar
betapapenting peranan pembimbing rakan sebaya terhadap pelajar-pelajar.
Sesetengahpelajar adalah lebih mudah menerima atau memahami penerangan
rakan sebayaberbanding guru. Ini mungkin kerana kaedah penyampaian atau gaya
pertuturanguru menyebabkan mereka lebih mudah memahami penerangan rakan
sebaya.Selain itu, pelajar-pelajar yang dijadikan sebagai pembimbing merasakan
dirimereka dihargai dan pengetahuan yang baru mereka miliki itu diterima oleh
gurudan rakan-rakan. Secara tidak langsung keyakinan diri mereka
dapatditingkatkan.
5.5 Refleksi Kajian
Saya sebagai pengkaji berpuas hati kerana terdapat perubahan dari segi
pencapaian pelajar dalam menguasai kemahiran membundarkan nombor bulat.
Masa yang diambil untukmemahami juga adalah lebih minima berbanding dengan
cara chalk and talk.Sesungguhnya, tanggung jawab mendidik pelajar sehingga
mereka faham adalah satuamanah yang perlu dipikul dan diselesaikan sebaik yang
mungkin. Menjadi satu kepuasansekiranya hasil yang diharapkan dapat dicapai dan
sudah pasti menjadi hadiah yang palingberharga buat diri saya. Ini dapat dilihat
daripada hasil ujian pos yang dijalankan kepadapelajar-pelajar ini. Soalan ujian pos
adalah sama dengan soalan ujian pra.
Jadual 2 : Analisis Ujian PosBILKEPUTUSANBILANGANPELAJAR(%)
1BETUL SEMUA2(12.50%)2BETUL 125(31.25%)3BETUL 111(6.25%)4BETUL
92(12.50%)5BETUL 82(12.50%)6BETUL 61(6.25%)7BETUL 31(6.25%)8TIDAK
HADIR2(12.50%) Jadual 2 menunjukkan 2 orang (12.5%) pelajar saya berjaya
memperolehi markah penuh100% walaupun pada awalnya saya hanya meletakkan
80% sahaja. Hanya seorangpelajar (6.25%) yang gagal dengan memperolehi
markah 23%. Ini bermakna 81.3%pelajar lulus di dalam ujian pra ini dengan
memperolehi markah minimum 46%.

Daripada data di atas, di dapati perubahan pencapaian dan juga sikap pelajarpelajar dapatdilihat dengan jelas. Pelajar-pelajar didapati menunjukkan minat
kerana mereka seolah- olahbermain semasa belajar dan dalam masa yang sama
mereka dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan betul. Mereka juga
menunjukkan kepuasan kerana selama inimereka jarang atau hampir tidak pernah
dapat menjawab soalan matematik dengan betul.Saya juga dapat merasakan
bahawa pelajar benar-benar faham tentang pembundarannombor bulat setelah
menggunakan kaedah ini kerana mereka juga berjaya menjawabsoalan-soalan
pelbagai bentuk walaupun mereka tidak tahu membaca. Ini ditunjukkan
melaluikejayaan pelajar-pelajar menjawab soalan nombor 5 dan 6 yang terdapat di
dalam soalanujian pra dan pos. Kedua-dua soalan tersebut bentuknya telah diubah
berbeza daripadasoalan-soalan yang lain.6 orang pelajar pula telah dipilih secara
rawak untuk sesi temubual . Kesemuanyamenyatakan mereka lebih faham
mengenai pembundaran nombor bulat melalui penggunaankit nombor. 4 orang
pelajar menyatakan mereka berperanan membimbing rakan yang lainmenggunakan
kit nombor dengan betul dan ini dapat membantu dalam meningkatkan self
esteem mereka. Di samping itu mereka berasa seronok dan tidak bosan kerana
penggunaanalat ini menjelaskan lagi proses pembundaran nombor bulat. Terdapat 3
orang pelajar bolehdiuji secara spontan, tanpa menggunakan kit nombor dan
mereka mampu menjawab denganbetul.
6. Cadangan Kajian Seterusnya
Saya berpendapat agar kejayaan yang ada dapat ditingkatkan. Saya insaf kerana
masihterdapat pelajar yang lemah dan memerlukan perhatian dan tunjuk ajar yang
lebih bersifatindividu. Seorang pelajar yang memperolehi 6 jawapan betul semasa
ujian pos masihmemerlukan sedikit petunjuk semasa menjawab soalan. Manakala,
seorang lagi yangmemperolehi 3 sahaja jawapan yang betul memang memerlukan
bimbingan yang lebih rapi.Saya merasakan penggunaan kit nombor ini boleh
digunakan dalam kelas-kelas yangsederhana juga. Oleh itu, saya merasakan agar
kit nombor ini dapat di buatpenambahbaikkan supaya kelihatan lebih canggih dan
menarik. Dalam masa yang samapenggunaannya boleh dikemaskinikan. Dalam
usaha ini, sedikit peruntukan kewangandiperlukan dan yang lebih penting idea-idea
serta pandangan daripada rakan-rakan guru amatdihargai supaya kit nombor ini
dapat digunakan dengan lebih berkesan. Hasil dari kajian yangdijalankan, saya
dapati terdapat perubahan yang positif dari segi pengajaran guru dan
arahpembelajaran murid.
Bibliograf
1.
Lee Chin Choy & Yeo Mui Kiow, Mathematics Volume 1 Form 1, PustakaCipta Sdn
Bhd., Kuala Lumpur. 2002.

2.
Ooi Soo Huat et.al., PMR Focus U Mathematics, Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.,
Selangor. 2005.3. Jurnal Kajian Tindakan Sekolah-sekolah Rendah Negeri Johor, Jilid
1/2006, JabatanPelajaran Johor dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA),
2006.

Anda mungkin juga menyukai