Anda di halaman 1dari 13

Nama Kumpulan : Friends

Nama Ahli : Nur’atiqah Najwa bt Ibrahim


Alya Nor Marsya bt Norzalizan
Tingkatan : 1RK 1 (Gemilang)
Nama Guru : Cik Nazula Said

ISI KANDUNGAN
1. PENGHARGAAN
2. PENGENALAN
3. JENIS-JENIS DADAH:-
-JENIS/BENTUK
-NAMA LAIN
-CARA PENGUNAAN
-CIRI-CIRI PENAGIH
4. KESAN-KESAN PENGAMBILAN:-
-KE ATAS PENAGIH
-KE ATAS KELUARGA PENAGIH
-KE ATAS MASYARAKAT
-KE ATAS NEGARA
5. FAKTOR-FAKTOR PENGAMBILAN
6. PENUTUP

PENGHARGAAAN:-
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan,Cik Nazula Said kerana
telah memberi kami peluang dan tunjuk ajar kepada kami untuk
membuat folio.Kami berjanji kami akan membuat folio ini sebaik
mungkin.Kami juga berjanji akan belajar bersunggyh-sungguh
untuk mencapai kejayaan dalam ujian yang bakal kami duduki.
PENGENALAN:-
Penyalahgunaan dadah menjadi masalah utama di banyak negara membangun.
Dadah juga disifatkan sebagai musuh utama negara-negara tersebut. Di negara kita,
masalah dadah menjadi masalah nasional. Pemerintah telah membelanjakan berjuta-
juta ringgit untuk memeranginya. Selain daripada itu, banyak tenaga kerja
diperlukan bagi membasmi penyalahgunaan dadah itu.

Di negara kita ini, kebanyakan penagih dadah yang telah dikenal pasti terdiri
daripada belia-belia yang berumur antara dua puluh hingga dua puluh sembilan
tahun. Mereka ini umumnya banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan sebaya yang
ingin lari dari alam nyata dan berkhayal dengan alam fantasi ciptaan mereka. Hidup
mereka terbiar dan tidak berdisiplin. Bermula dengan mencuba-cuba dan akhirnya
terjebak ke dalam perangkap dadah. Kesudahannya mereka tidak dapat
membebaskan diri dari cengkaman ketagihan dadah. Ada juga belia-belia yang
terlibat dengan penyalahgunaan dadah bersebab dari keadaan sekeliling dan
keluarga yang tidak tenteram dan kocar-kacir. Mereka ini hidup dalam keadaan
tertekan dan bagi menghilangkan tekanan hidup ini, mereka menagih dadah.

Terdapat juga penagih-penagih yang terlibat dengan jenayah-jenayah lain seperti


mencuri, merompak, pecah rumah, merosak harta awam, mencabul kehormatan dan
kegiatan kumpulan haram.
Di negara ini, berbagai usaha telah dilakukan bagi mengatasi masaalah
penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah dengan mengadakan program pendidikan
pencegahan. Dalam program ini, belia-belia disedarkan dari segi mental dan fizikal
supaya menjauhi dadah. Program ini juga cuba membentuk suasana sekitar yang
menjadikan penyalahgunaan dadah sebagai satu perkara jelek, antisosial dan musuh
negara. Melalui program tersebut juga, semua golongan masyarakat dilibatkan sama
bagi langkah pencegahan dan pengawasan dadah yang lebih menyeluruh.

Kegawatan masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah se-


makin ketara pada masa kini. Agensi Dadah Kebangsaan telah ditubuhkan pa-da 7
Februari 1996 di bawah Kementerian Dalam Negeri. Agensi Dadah Kebangsaan
menggariskan tiga perkara sebagai strategi utama perlaksanaannya iaitu pencegahan,
penguatkuasaan undang-undang di samping rawatan, dan pemulihan. Perkara inilah
teras untuk menghapuskan gejala ini daripada merosakkan para remaja khususnya
para pelajar sekolah.

Kaedah yang digunakan oleh Agensi Dadah Kebangsaan ialah pencegahan


awalan dan umum. Pencegahan awalan ini lebih ditumpukan kepada sekolah-
sekolah. Pencegahan ini merangkumi program-program yang boleh menghindarkan
pelajar daripada terjebak ke Iembah hina ini.

JENIS-JENIS DADAH:-
HEROIN
Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula
digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan
gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan
20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

Jenis/Bentuk

Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar

Nama Lain

Big H , Dope , Smack , TNT

Cara Penggunaan

Menyuntik , Menghidu

Ciri-Ciri Penagih

Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas ,
cemas , takut , sunggul

MORFIN
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
-Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap
dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah
dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1

-Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus


morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .

-Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.

Jenis/Bentuk

Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin

Nama Lain

M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan

Cara Penggunaan

Menyuntik , Menelan

Ciri-Ciri Penagih

Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak
jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas

CANDU
Dihasilkan daripada buah popi muda .

-Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda .
Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .

-Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat .
Berwarna coklat hitam .

-Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .

Jenis/Bentuk

Candu mentah , candu masak , tahi candu


Nama Lain

Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar

Cara penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit ,
hilang selera makan , sunggul

GANJA
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi
lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah
bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan
THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi
normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1
minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .

Jenis/Bentuk

Seperti daun kering dan diampat

Nama Lain

Grass , pot , Marijuana , weed

Cara penggunaan
menghisap

Ciri-ciri penagih

Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah


dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan
perimbangan , yuforia dan sunggul

SYABU
Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu
didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti
berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah
kualitinya mempunyai rasa yang pahit .

Jenis/Bentuk

Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas

Nama lain

Ice

Cara penggunaan

Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu

Ciri-ciri penagih

Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur ,
tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan
muntah-muntah , hilang selera makan
ESTACY/MDMA
Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali
dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk
menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .

Jenis/Bentuk

Pil dengan pelbagai warna dan simbol

Nama lain

Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA

Cara penggunaan

Menelan , campur dan minuman

Ciri-ciri penagih

Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik
yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah
marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur
KETAMIN
Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan
di temasya tari-menari atau raves .

Jenis/Bentuk

Serbuk putih , kristal , cecair , pil

Nama lain

“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat

Cara penggunaan

Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman

Ciri-ciri penagih

Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan ,


bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh
bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah

KESAN PENGAMBILAN:-
Ke Atas Penagih
Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan
menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan
penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada
kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga
,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks,
pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan
berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan
penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing
gigi, mandul dan sebagainya.

Ke Atas Keluarga Penagih


Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri
penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa,
tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang
telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda.
Perpisahan dan peceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.

Ke Atas Masyarakat
Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri,
merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih –penagih yang memerlukan wang untuk
membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti
ini sudah tentu menggangu keamanan , ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang
negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak
muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan
keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.

Ke Atas Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi
akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos
yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi
kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata
termasuklah:-
 Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
 Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih
dadah
 Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
 Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan
 Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan
anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .
 Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar
ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan
yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang
dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar
terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang
pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan
bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada
kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa
golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi
harapan nusa dan bangsa .

FAKTOR-FAKTOR PENGAMBILAN:-
Profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian
besar penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-
25 tahun . Sebahagian besarnya adalah belia-belia yang masih
bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di
pusat-pusat pengajian tinggi .Di antara faktor-faktor yang
mendorongkan mereka mengguna dadah ialah kerana:-
-keseronkan
-perasaan ingin tahu
-pengaruh rakan sebaya
-rawatan perubatan
-secara tidak sengaja
-mengatasi tekanan jiwa

PENUTUP:-
Jadi, janganlah sesekali kita mengambil,mencuba dan marasai
dadah,kerana dadah sangat bahaya dan boleh membaya
maut.Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada guru
kami Cik Nazula Said kerana telah memberi kami peluang
membuat folio.Selain itu,kami dapat mempelajari tentang
bahayanya dadah.Justeru itu,kami berharap warga seri dapat
menjauhkan diri daripada bahaya dadah.Sekian,terima kasih.