Anda di halaman 1dari 4

TANDA SEORANG PENAGIH Simptom atau tanda yang perlu diberikan perhatian.

Sesetengah dari simptom ini boleh berdiri berasingan dan sesetengahnya pula
berkombinasi dengan simptom-simptom yang lain. adanya perubahan/merosot
kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat
kerja. Marah-marah atau meradang tak menentu sebab Turun berat badan,
selalu menguap dan tidak bermaya Hilang selera makan atau selera bertambah
Permukaan mata berkaca,cengkung, mata berair dan kuyu Apabila bercakap
tidak bertentang mata Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria,
muka menjadi pucat Parut atau bekas suntikan di lengan Diri menjadi tidak
terurus Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan selalu
mengaru dan kelakuan aneh Suka memencilkan diri Menjadi agresif, tersengihsengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba Melakukan kegiatan mencuri
mengasingkan diri daripada rakan-rakan berdampingan dengan mereka yang
diketahui penagih

Katakan TIDAK pada ROKOK Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam
abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada
angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab
paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih
kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam
abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok
sekarang ini berterusan! Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok
membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan

empat juta kematian. Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau.
Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit. Di kalangan
negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana
merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi,
dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok. Di kalangan golongan remaja di
seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang
adalah perokok. 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok
setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia. Separuh
daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang
menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000
daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan
yang boleh menyebabkan kerengsaan. Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap
akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang. 30% daripada
semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok. 90% daripada semua
kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok. Senario dan
Tabiat merokok di Malaysia: Fakta sepintas lalu Hampir separuh daripada lelaki
Malaysia merokok. Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18
tahun mula merokok. 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua
kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja
perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya,
kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja
adalah perokok. Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit
koronari (jantung). Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang
dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok
menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

PENDIDIKAN PENCEGAHAN JENAYAH LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN


DADAH Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan
Dadah Musuh Utama Negara. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi
tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan
Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid , guru, kakitangan
sekolah dan ibu bapa. Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan
secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan,
Kurikulum, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah MATLAMAT PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk
memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan
pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjahuinya dan berupaya
menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Bebas Dadah Tahun

2012.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

REPLIKA D.A.R.I.H
Bagi menyahut cabaran dalam pertandingan Unit PPDA yang bakal tiba, kami telah berusaha
membuat replika DARIH untuk menghiasi halaman sekolah kami. Berkat kerjasama guru-guru,
replika ni dapat disiapkan. Kami berharap murid-murid mahupun pelawat akan lebih peka
tentang mesej yang cuba disampaikan melalui replika ini iaitu bahaya dadah, arak, rokok,
inhalan dan HIV.

APA ITU ZON D.A.R.I.H?


Penglibatan seseorang di dalam kancah dadah kadangkala berpunca daripada gejala-gejala
yang lain. Setiap gejala ini berpotensi untuk mengheret seseorang itu kepada aktiviti yang
menjurus kepada kandah dadah. Sememnagnya semenjak kecil lagi kita perlu memupuk
kesedaran tentang bahaya dadah, namun di peringkat kanak-kanak mereka mungkin mudah
dipengaruhi dengan aktiviti seperti merokok. Aktiviti seperti inilah yang mampu membuatkan
mereka terlibat dengan isu yang lebih besariaitu dadah. Justeru apaka zon DARIH?
D- DADAH
A- ARAK
R- ROKOK
I - INHALEN
H - HIV
Setiap gejala ini berpotensi untuk memudaratkan manusia. Jadi bergantung kepada kita, jalan
manakah yang ingin kita pilih?

SAJAK :LUAHAN HATI SEORANG PENAGIH DADAH..... DAHULU.. KAU LAH YANG
MENJADI KEUTAMAANKU MENJADI PENEMANKU SEPANJANG WAKTU
TANPAMU... KU RASA LEMAH TIDAK TERDAYA... HINGGA AKU TERLUPA DAN
TERLEKA DEK KERANA SYURGA DUNIA YANG KONONNYA INDAH DARI
PANDANGAN MATA TAPI SEBENARNYA HANYALAH ILUSI SEMATA PADA MEREKA
YANG AMAT MENYINTAI DIRIKU SEADANYA... PADA TUHAN YANG MAHA
PENCIPTA YANG BERKUASA TERHADAP MAKHLUKNYA.. HINGGA AKU BERGELUT
DENGAN NODA DAN DOSA YANG MENGHANTUI DI SETIAP URAT DAN SENDI KU
HINGGA AKU TIDAK MAMPU UNTUK MENGATAKAN BETAPA BESARNYA DOSAKU
PADAMU TUHAN.. KINI ... KERANAMU AKU HILANG SEGALA KELUARGAKU,
RAKANKU, TETANGGAKU.. HINGGA AKU TERDAMPAR KESEORANGAN
KESUNYIAN DAN KESEPIAN NYAHLAH KAU DARI HIDUPKU AKU BENCI PADAMU
SESUNGGUHNYA .. HIDUP LEBIH BERMAKNA TANPAMU DADAH DURJANA

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

PROGRAM PPDa SK RASA SEPANJANG TAHUN 2011 Pelbagai progam PPDa SEKOLAH
KEBANGSAAN RASA yang telah dan akan dijalankan sepanjang tahun 2011 ini. Program
PPDa ini bukan sahaja melibatkan seluruh warga sekolah tetapi juga dari pelbagai komuniti
luar seperti ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan penduduk setempat... Sesungguhnya
Program PPDa seperti ini telah banyak memberikan kesan yang positif dan kesedaran
tentang bahaya dadah dan rokok kepada banyak pihak bukan sahaja kepada murid sekolah
bahkan kepada penduduk setempat amnya.. Antara program yang dijalankan sepanjang
tahun 2011 ialah: PAMERAN PPDa YANG MELIBATKAN AGENSI LUAR SEPERTI PDRM,
PUSAT SERENTI DAN AADK. PROGRAM 5 MINIT TANPA ROKOK DAN DADAH
PERTANDINGAN KUIZ , DEKLAMASI SAJAK , BORIA ,BUKU SKRAP, PERTANDINGAN
MELUKIS DAN MEWARNA, PERTANDINGAN NASYID DAN PERTANDINGAN MENULIS
ESEI DIKALANGAN MURID-MURID SK RASA PENYEDIAAN SUDUT PPDa DI SELURUH
KAWASAN SEKOLAH PENYERTAAN DI KARNIVAL PPDa PERINGKAT DAERAH
KERJASAMA BERSAMA KOMUNITI 'SK RASA BEBAS DADAH' KESAN HELO-GAYA
HIDUP SIHAT & SK RASA BEBAS DADAH PROGRAM HIDUP SIHAT TANPA DADAH
EXPLORACE - SAYA BEBAS DADAH PROGRAM GOTONG ROYONG PPDa PROGRAM
KESIHATAN REMAJA JELASLAH DISINI MENUNJUKKAN BETAPA SERIUSNYA
SEKOLAH KEBANGSAAN RASA DALAM MEMBERIKAN PENDIDIKAN DAN KESEDARAN
TENTANG PENCEGAHAN DADAH....

' SK RASA BEBAS DADAH

DAN ROKOK'
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu