Anda di halaman 1dari 13

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________
1.0 PENGENALAN
Kemahiran menulis adalah merupakan proses merakam ataupun menghasilkan bahan yang
berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan dan juga maklumat dalam bentuk tulisan yang
digunakan untuk berhubung dengan orang lain. Penulisan karangan merupkan satu komponen yang
penting dalam kemahiran bahasa dan sehingga ianya dijadikan sebagai satu gerak kerja yang penting
dalam mata pelajaran bahasa Melayu baik dalam peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah.
Menurut pendapat Kamarudin Husin (1996) telah memetik pendapat Loban uyang menyatakan
bahawa kemahiran bahasa terbahagi kepada empat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca,
dan kemahiran menulis.

Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran karangan dalam semua

peringkat sekolah adalah penting disebabkan ia merupakan tingkat tertinggi kemahiran bahasa, iaitu
kemhairan bahasa tulisan.
Namun begitu, menurut Lado(1964), Brato (1974), Bullock(1976), dan Ishak Haron (1979)
menyatakan bahawa karangan bukanlah hanya melihat kepada hasil kepandaian atau kemahiran
mengubah atau menyusun kata-kat, ayat dan frasa malah ia juga merujuk kepada kemahiran
menyampaikan idea dan fakta yang berkaitan dengan pemikiran manusia iaitu merujuk kepada
pengarag ataupun penulis. Buah fikiran ini disokong oleh Chomsky (1965) yang telah memberikan
penekanan kepada peranan pemikiran dalam kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata, frasa
dan seterusnya ayat yang terdapat dalam sesebuah wacan atau karangan. Oleh yang demikian,
kemahiran menulis karangan bukan sahaja sebagai pelajaran sampingan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas malah pelajar harus menguasai kemahiran ini dengan
baik.
Pendapat diatas disokong dengan pendapat Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz(1997)
yang mengatakan bahawa kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang penting dimana pelajarpelajar haruslah menguasai kemahiran tersebut bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa malahan juga
mata pelajaran yang lain. Ini kerana bahasa menjadi media untuk melahirkan buah fikiran. Menulis
dalam apa bentuk sekalipun mustahak. Ia dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam
pelajaran.

Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________
2.0 DEFINISI DAN KONSEP TATABAHASA WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN
Wacana merujuk kepada bahasa yang digunakan untuk dijadikan bahasa penghubung sesuatu
bahasa agar menjadi ayat yang lengkap. Fonologi adalah merupakan kajian mengenai fonem
sebagai satu unit bahasa, manakala sintaksis merujuk kepada mengkahi ayat yang sebagau unit
bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya
menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. Kamus
Dewan mentakrifkan wacana adalah merujuk kepada keseluruhan tutur yang merupakan suatu
kesatuan, ucapan, pertuturan dan percakapan. Selain ini, wacana juga adalah merupakan kesatuan
fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan contohnya pidato, khutbah atau tulisan seperti
artikel, surat, cerpen dan novel. Sehubugan dengan itu, wacana juga merupakan satu unit bahasa
yang lengkap.

Iai melebihi tingkat ayat disebabkan kerana sifatnya yang lengkap wacana

mempunyai tubuh teks seperti pendahuluan, tubuh atau isi, penutup dan graf atau jadual.
Menurut Halliday dan Hassan(1976) menyatakan bahawa organisasi sesuatu teks tribina
daripada intersentential linguistic features(ciri-ciri yang membina teks), yang memberikan sesuatu
teks itu tekstur dan ciri yang membina teks tersebut wujud di dalam teks. Halliday dan Hassan
(1976) menamakan ciri linguistik tersebut sebagai cohesiveties ( unsur tautan/ sarana kohesi).
Mereka berdua telah membahagikan tautan kepada lima jenis, iaitu rujukan, penggantian, elipsis,
penghubung dan tautan leksikal.
Menurut Nik Safiah et al. (2008) juga menggunakan penjenisan kohesi (tautan) oleh Halliday
dan Hassan (1976) tetapi menggunakan istilah penanda wacana untuk semua unsur tautan(sarana
kohesi/ cohesiveties). Menurut mereka penanca wacana terdiri daripada penana penghubung,
penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau penguguran.

Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________
Penggunaan istilah penanda wacana adalah untuk merujuk kepada semua jenis unsur tautan
tetapi

penggunaan

perkataan

tautan

mungkin

akan

mengelirukan

pengguna

bahasa

Melayu,terutamanya guru dan murid, dimana mereka sudah biasa menggunakan istilah penanda
wacana yang bermaksud sentence connectors dan sequence dalam tatabahasa Bahasa Inggeris
sebagai kata atau frasa yang berada di permulaan ayat yang pada kebiasaaannya diletakkan tanda
koma (,)selepasnya
Menurut Sanat Md. Nasir (2002), penanda wacana atau tautan penghubung ayat ( sentence
connetors) berfungsi untuk menghubungkan antara unsur linguistik, iaitu unit teks (ayat) sebelum
dengan yang sesudahnya. Menurut pandangan beliau, tautan(penada wacana) dibahagikan kepada
tiga iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat. Tautan perulangan
menunjukkan ciri sama ada bentuk unsur linguistik yang berulang atau dari segi makna unsur itu
yang berulang atau pun kedua-duanya sekali.

Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________

3.0 STRATEGI PENGAJARAN WACANA PENULISAN KARANGAN PERINGKAT


SEKOLAH RENDAH
Dalam usaha untuk memantapkan pengajaran wacana dalam penulisan karangan peringkat sekolah
rendah adalah, pertama sekali para guru haruslah didedahkan dengan unsur penanda wacana. Dalam
hal in, unsur wacana sepatutnya diberikan penekanan kepada bakal-bakal guru Bahasa Malaysia.
Pengetahuan tentang unsur wacana bolehlah disebarkan kepada para guru Bahasa Malaysia melalui
menghadirkan diri dalam kursus dan seminar. Dengan ini guru dapat memantapkan lagi memantapkan
pengetahuan dalam penggunaan wacana dalam mengajar murid menulis karangan.
Selain daripada itu, seorang guru Bahasa Malaysia juga perlulah merancang pelbagai aktiviti untuk
mengajarkan wacana dalam kemahiran menulis berdasarkan prinsip daripada mudah kepada susah.
Aktiviti yang mudah untuk penggunaan wacana perulangan(tautan perulangan) adalah seperti
menyenarikan seberapa banyak kata yang dapat diterbitkan dari satu kata dasar, memberikan perkataan
atau frasa yang sama maksud(sinonim) dengan perkataan atau frasa tertentu dan menggantikan kata
atau frasa dalam perenggan dengan unsur rujukan yang sesuai. Bagi tautan hubungan pula, aktiviti
yang mudah adalah seperti memberikan perkataan atau frasa yang berlawan (antonim) dengan kata
atau frasa tertentu untuk hubungan berlawanan,
Setelah murid sudah memahami konsep dan jenis wacana, barulah guru boleh
mengalihkan pandangan murid kepada aktiviti yang lebih sukar. Antara aktiviti yang dapat
dijalankan pada tahap ini adalah seperti mengaplikasikan unsur tautan(wacana) dalam penulisan
murid-murid. Seterusnya guru akan membetulkan kesilapan penggunaan unsur dalam penulisan
karangan yang telah dikarang oleh murid.

Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________
Menurut Lado(1994), Broto 91974), Bullock(1976, dan Ishak Haron(1979) menyatakan
karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata,
frasa dan ayat tetapi merupkan kemahiran menyampaikan idea, fakta dan sebagainya dalam
pemikiran manusia(pengarang atau penulis) melaui alat komunikasi yang dinamakan bahasa dalam
Awang Mohamad Amin(1983).

Bagi memantapkan penguasaan penggunaan penanda wacana dalam penulisan karangan, murid
perlulah menguasai empat faktor utama ini iaitu penguasaan kosa kata, tatabahasa, peribahasa dan
gaya penulisan. Ini bermakna, proses pengajaran dan pembelajaran perlulah dilaksanakan berdasarkan
perengganan, pemilihan kosa kata dan pengajaran tatabahasa dengan menggunakan teknik-teknik
penulisan seperti yang berikut:
a. Daripada am kepada yang khusus( kenyataan umum dengan huraian contoh)
b. Daripada khusus kepada yang am(huraian contoh kemudian dibuat rumusan)
c. Penulisan mengikut susunan kejadian(seperti diari)
d. Penulisan mengikut susunan pertalian(membuat huraian tentang sesuatu gambaran dari atas ke
bawah, kiri ke kanan, tengah dan selainnya).
Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk mengajar wacana dalam penulisan, antaranya
adalah seperti berikut:
a.

pendekatan terkawal

b.

pendekatan pola perenggan.


(a) Pendekatan terkawal
Pendekatan terkawal adalah merupakan pendekatan yang satu cara yang
dirancang secara berurutan.

Pendekatan terkawal ini juga digunakan dalam

memahirkan murid menguasai satu unsur penulisan dan ketatabahasaan.

Melalui

pendekatan ini, murid diminta untuk menyudahkan tugasan berdasarkan bahan dan
mamatuhi arahan yang telah ditetapkan. Semasa memnngunakan pendekatan ini, muridmurid akan dikawal dan dibimbing agar mereka tidak melakukan kesilapan.

Isi

Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________
kandungan

dan juga wacana yang sesuai akan disediakan untuk tujuan latihan

penulisan. Walau bagaimanapun, murid diberikan kebebasan untuk memilih


penggunaan perbendaharaan kata dan struktur ayat sendiri.
Merujuk kepada pendekatan ini, guru akan merancang dan menyediakan aktivitaktiviti secara berterusan dalam langkah pengajarannya agar murid boleh menguasai
penggunaan penanda wacana dalam menulis karangan dan kemudiannya dapat
memperbaiki ketatabahasaan. Pendekatan ini menekankan ketepatan daripada
kemahiran dan keaslian.
Dalam penulisan, murid akan diminta untuk membina ayat dengan menggunakan
penanda wacana yang disenaraikan bersesuaian dengan ayat yang dibina berdasarkan gambar.
Namun begitu, guru perlulah memastikan penggunaan bahan pengajaran pembelajaran adalah
fleksibel dan sesuai dengan peringkat dan tahap kebolehan dan kefahaman murid.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan menggunakan pendekatan ini dalam
mengajar murid menggunakan penanda wacan semasa menulis karangan adalah seperti berikut:
i.

menyusun ayat sehingga menghasilkan karangan yang lengkap menggunakan penanda


wacana.

ii.

melengkapkan ayat atau mengisi tepat kosong menggunakan penanda wacana

iii.

menyusun perkataan atau frasa

iv.

mengubah dialog kepada karangan

v.

menulis karangan berdasarkan gambar bersiri.

vi.

Menyusun isi-isi karangan bermula dengan bahagian pendahuluan, bahagian isi dan
bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan yang lengkap berstruktur.
Sekiranya guru memilih aktiviti mengisi tempat kosong atau melengkapkan ayat sebagai salah

satu aktiviti, guru haruslah membimbing murid-murid mengisi tempat kosong dengan penanda
wacana yang sesuaiuntuk menghubung ayat agar menjadi satu ayat yang lengkap. Guru juga
boleh menyediakan penanda wacana yang sesuai dalam membuat ayat untuk melengkapkan frasa

Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________
itu. Penanda wacana yang disediakan oleh guru adalah untuk mengurangkan kesilapan dalam
penggunaan penanda wacana.

(b ) PENDEKATAN POLA- PERENGGANAN

Pendekatan Pola- Perengganan adalah satu cara untuk membuat kumpulan ayat
berkaitan dengan isi atau idea yang sama. Dalam penulisan,, murid haruslah dibimbing oleh guru
dalam membina perenggan. Pembinaan perenggan karangan adalah sangat penting untuk
membahagikan isi yang ingin disampaikan. Setiap kali bermulanya isi yang baru, murid haruslah
memulakan perenggan yang baru dan memasukkan penanda wacan sebagai bunga bahasa untuk
menghasilkan karangan yang menarik dan berkesan.
Untuk menghasilkan perenggan yang baik dan penggunaan penanda wacana yang sesuai ayatayat yang berkiat haruslah ditentukan terlebih dahulu. Setelah itu, perlu ada kesatuan dan pertutan isi.
Kesatuan dapat dicapai jika isi berkait dipilih dan pertautan pula dapat dicapai jika dengan
menggunakan penanda wacana. Antara contoh-contoh penanda wacana adalah seperti selain itu,. Di
samping itu, oleh yang demikian dan sebagainya.
Melalui pendekatan pola perenggan adalah member keutamaan dalam pembentukan perenggan
yang baik. Dalam langkah ini murid akan dilatih untuk memberikan pendapat sendiri kemudian
membantu murid menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain menggunakan wacana yang sesuai.
Wacana yang dipilih haruslan sesuai dengan setiap perenggan yang dibina agar perenggan yang dibina
dan isi yang disampaikan mengikut urutan yang betul.
Berikut merupakan latihan yang boleh diaplikasikan dalam pendekatan ini ialah dengan
membuat latihan menyusun ayat-ayat yang disediakan oleh guru dalam satu perenggan yang kemas.
Selain itu, murid juga boleh diberikan latihan yang menyusun ayat-ayat yang diberikan oleh guru

Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________
supaya membentuk sebuah karangan yang kemas.

Setiap isi yang disediakan oleh guru perlu

diselitkan dengan wacana yang sesuai untuk

4.0 CIRI-CIRI KEPENTINGAN MENGAPLIKASIKAN WACANA DALAM PENULISAN


KARANGAN.

Menurut Rosmunah Bt Shamsuddin (2003) menyatakan dalam mod wacana pula, terdapat empat
jenis penulisan, iaitu penulisan jenis naratif, deskriptif, eksposisi, dan perbahasan. Kesedaran mengenai
tujuan dan mod wacana penulisan amat penting bagi menyampaikan isi (mesej dan maksud) penulisan
tersebut.
Dalam aspek kesedaran mengenai pembaca, Abdul Aziz Abdul Talib(1988: 174) juga sependapat
dengan Mofferr( 1968), Rosen (1973), Britton(1978) dan Smith(1982) yang mengatakan bahawa terdapat
pertalian yang rapatantara kesedaranmengenai tujuan penulisan, mod wacana, dan pembaca sasaran seperti
berikut:
i.

Isi penulisan (mesej dan maksud) hendaklah dipadankan dengan minat pembaca dan
pengetahuan yang sedia ada pada pembaca.

ii.

Teks penulisan hendaklah sesuai dengan bentuk bahasa atau laras bahasa yang mudah
difahami oleh bakal pembaca.

iii.

Pemilihan topik atau tajuk penulisan hendaklah disesuaikan dengan bakal pembacanya.

Kecekapan menggunakan wacana dalam penulisan karangan memberikan pengetahuan kepada


murid untuk menyusun atur ayat supaya terdapat pertautan dan pertalian dalam setiap ayat yang dibina.

Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________
Murid hendaklah menekankan aspek-aspek pembinaan perenggan supaya mereka dapat menghasilkan hasil
karangan yang berkesan.
Menurut Cook (1989) menyatakan bahawa pengajaran bahasa bukan sekadar menentukan betul
atau salah sesuatu kata, frasa atau ayat berdasarkan rumus tatabahasa tertentu. Sebailiknya pengajaran
bahasa harus mengambil kira peranannya secara keseluruhan, iaitu sebagai alat komunikasi. Dalam
komunikasi manusia, sama ada secara lisan atau tulisan, komunikasi tersebut tidak berlaku sekadar sayu
ayat. Komunikasi berlaku melagkaui ayat seingga membentuk suatu wacana.

Oleh itu, guru perlu

mengambil kira faktor wacana dan analisis wacana sekiranya mahu melahirkan murid yang mempunyai
kecekapan berbahasa.

Sehubungan dengan itu, pengajaran unsur wacana juga penting diaplikasikan dalam karangan
adalah untuk membantu murid menghasilkan perenggan yang kohesif dan koheran.

Penentuan

terhadap penghasilan perenggan yang kohesif dan koheran tersebut adalah dengan membuat analisis
kekerapan penggunaan unsur tautan tyang terdapat dalam karangan. Kaedah analisis kekerapan unsur
tautan ini digunakan oleh pengkaji
seperti Musmira Saad (1995), Abdul Jalil Othman (2000), Lucas dan Wesenforth(2001), Sanat Md.
Nasir (2002) dan Bayatee Dueraman(2007). Lebih kerap unsur tautan yang digunakan di dalam ayat
atau di antara ayat akan menjadikan ayat itu lebih dekat lagi.

Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________

5.0 APLIKASI PENULISAN WACANA YANG BERBENTUK FAKTA DI PERINGKAT


SEKOLAH RENDAH.

Berikut merupakan wacana diaplikasikan dalam penulisan sekolah rendah. Kemahiran yang
perlu digunakan oleh murid untuk memantapkan penulisan karangan yang berjenis fakta dengan
menerapkan penggunaa wacana dalam penulisan mereka adalah, murid perlulah menjawab soalan
tentang isi sesuatu bahan terlebih dahulu. Murid perlulah memahami kehendak soalan terlebih dahulu
sebelum mengaplikasi kan kemahiran yang kedua. Seterusnya muri perlulah mempunyai idea yang
bernas. Murid-muri perlu menyatakan pendapat yang bernas dalam sesi perbincangan tidak kira
bersama guru atau bersama dengan rakan-rakan yang berada dalam satu kumpulan.

Idea yang

dikemukankan haruslah menepati kehendak soalan dan tidak kelua dari tajuk.
Sehubungan itu, murid haruslah menulis semula maklumat yang diterima dengan teratur.
Maklumat yang ditulis semula haruslah betul mengikut keutamaan dan isi penting agar membentuk
perenggan karangan yang baik. Pemilihan wacana yang sesuai akan menyerikan lagi setiap perenggan
karangan yang dibina. Muri-murid juga perlulah menulis karangan dalam bentuk prosa.
Melalui aktiviti yang dijalankan, objektif aktiviti yang dirancang tersebut adalah untuk
memberikan peluang kepada murid untuk memberi dan menyusun isi penting mengikut turutan serta
dapat menulis semula dengan baik.

10

Media pengajaran yang boleh digunakan untuk mengajar

Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________
kemahiran tersebut adakah seperti menggunakan gambar, kad jalur, carta dan keratin akhbar. Tujuan
aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif murid-murid.

6.0 KESIMPULAN

11

Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________

RUJUKAN
1

MENULIS KARANGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN KOMUNIKATIF


ROSMINAH BINTI SHAMSUDDIN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
MAC 2003

William Littlewood (1992). Pengajaran bahasa secara komunikatif: satu pengenalan. Trj. Juriah Long.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jurnal
Abdul Aziz Abdul Talib (1988). Konsep Gaya, Mod Wacana, dan Kesedaran Mengenai Pembaca dalam
Penulisan: Implikasi daripada Sudut Pengajaran dlm. Dewan Bahasa 32:10, hal. 704-719.

Abdul Aziz Abdul Talib (1996). Menguji kemahiran bahasa: prinsip, teknik, dan contoh. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

12

Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________
Kamarudin Husin (1994). KBSM dan strategi pengajaran bahasa. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Cook, G. (1989). Discourse. Oxford: Oxford University Press.

Abdul Jalil Othman. (2000). Analisis tautan ayat dari segi kohesi
nahuan dan leksikal dalam penulisan karangan. Jurnal Bahasa,
44, 826-845.
Ary, D., Jacobs, L.C., & Razavieh, A. (2002). Introduction to

Lucas, S.B., & Weasenforth, D. (2001). E-mail and word processing


in the ESL classroom: How the medium affects the message.
Language Learning & Technology, 5, 135-165.
Sanat Md. Nasir. (2002). Tautan dalam wacana bahasa Melayu
akhbar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Bayatee Dueraman. (2007). Cohesion and coherence in English


essays written by Malaysian and Thai medical students.
Proceedings from Southern Thailand English Language
Teaching/Cultural Change Conference.

Kesan Model Unsur Tautan Terhadap( 2009)


Pengajaran Karangan Bahasa Melayu
ZAMRI SALLEH
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 5, Gurun
ABDULL SUKOR SHAARI
Universiti Utara Malaysia

ABSTRAK

13

Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

Anda mungkin juga menyukai