Anda di halaman 1dari 32

1.

0 PENGENALAN
Psikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam
sukan
yang cukup menarik serta mendapat perhatian umum bahawa psikilogi
sukan merupakan
satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam
dan peminat
sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga
merupakan proses
memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing
atas usaha dan
keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada
Psych-out lawan,
proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi
oleh atlet. Psikologi
sukan juga juga dapat mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet
serta membina
strategi berpasukan dan menerapkan pembelajaran kemahiran kepada
atlet.
Contohnya, bila membingcangkan kemerosotan prestasi seseorang atlet,
telah
menjadi kelaziman ramai yang mengandaikan kemerosotan tersebut
berlaku kerana faktor
psikologi seperti kurang motivasi, sering hilang tumpuan, darah gemuruh,
dan kurang yakin.
Tetapi, tidak ramai pengkritik yang memberikan pendapat dan andaian
yang melibatkan
biomekanik, fisiologi mahupun kemahiran pemain tersebut. Jesteru itu,
ramai yang membuat kesimpulan bahawa psikologi sukan merupakan
satu perkara yang mudah serta boleh dipelajari dan dipraktikkan dalam
bidang sukan yang melibatkan ahli sukan serta penonton boleh dijadikan
sebagai asas untuk mendapatkan satu definisi yang lebih jelas lagi.
1

Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang
melihat
kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif
serta kognitif mereka
yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti
tersebut. Menurut
pakar psikologi sukan, bidang ini membabitkan bidang sukan dan
pergerakan. Antaranya
menjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau
prinsip-prinsip
psikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Selain itu psikologi sukan
merupakan satu bidang
kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks
sukan dan
pergerakan. Takrifan ini membuka skop yang lebih luas dalam bidang
psikologi sukan
dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang berlaku kepada
atlet, pegawai serta
penonton digelanggang atau padangpermainan serta melibatkan mereka
yang menyaksikan
atau mengikuti perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.
1.2 Sejarah Psikologi Sukan
Untuk mendalami dan memahami bidang psikologi sukan, kita harus
mengetahui sejarah
perkembangan bidang yang masih dianggap baru ini. Menurut Williams
dan Straub
(1993), bidang psikologi sukan mula muncul sebagai satu bidang kajian
tersendiri sekitar
25 tahun yang lalu. Kita boleh membandingkan bidang ini dengan bidang
sukan yang
lain seperti fisiologi, pembelajaran motor dan lain-lain, bidang psikologi
sukan
merupakan bidang yang masih baru.
2

Untuk memastikan kesahihan kesan fasilitasi sosial ini, Triplett


menjalankan kajian yang
sama dalam makmal. Beliau meminta kanak-kanak yang terlibat dalam
kajian mengayuh
basikal selaju yang boleh secara bersendirianserta beramai-ramai.
Hasilnya sama
dengan apa yang beliau dapati dengan pelumba basikal. Beliau
merumuskan bahawa
pelumba basikal yang bersaing dengan pelumba basikal yang
lainmencatatkan masa
yang lebih pantas daripada pelumba yang berkayuh secara sendirian
disebabkan kesan
dari fasilitasi sosial.
Pada persidangan pertama Kongres Antarabangsa Psikologi Sukan (1965)
telah
memperlihatkan kewujudan Persatuan Psikologi Sukan Antarabangsa
(International
society of Sport Psychology) yang mana telah menjadi pemangkin kepada
penubuhan
persatuan psikologi sukan yang lain. Pada tahun 1967 juga lahirnya
Persatuan Psikologi
Sukan dan Aktiviti Fizikal Amerika Utara yang mewakili pengkaji psikologi
sukan.
Persatuan Peningkatan Bidang Psikologi Sukan Gunaan telah ditubuhkan
pada tahun
1985 bagi memudahkan pertukaran maklumat antara pengamal psikologi
sukan
(pendidik serta ahli psikologi sukan klinikal). Bidang psikologi sukan juga
diperkenalkan
di negara kita apabila ia mula didedahkan kepada pelajar yang mengikuti
kursus dalam
bidang pendidikan jasmani di Universiti Putra Malaysia (Universiti
Pertanian Malaysia)
3

pada awal 1980-an. Disamping itu, punubuhan Majlis Sukan Negara (MSN)
Juga adalah
bertujuan untuk meningkatkan pencapaian negara dalam bidang sukan
telah menbantu
mempopularkan bidang ini di Malaysia. MSN juga telah mewujudkan Unit
Psikologi
Sukan serta menghantar pegawai MSN ke luar negara bagi mendalami
bidang ini untuk
membantu persiapan atlet negara supaya menladi pemangkin kepada
perkembangan
bidang ini di Malaysia.

Tugas Dan Peranan Ahli Psikologi Sukan


Majlis Olimpik Amerika Syarikat (USOC) telah menerbitkan satu artikel
pada tahun 1983
yang mengandungi satu artikel yang menggariskan peranan serta
klasifikasi ahli
psikologi sukan. Menurut USOC ahli psikologi sukan boleh dibahagi kepada
dua iaitu
ahli psikologi sukan gunaan (applied sport psychology) (Martens, 1987)
dan penyelidik
psikologi sukan (experimentel sport psychologist) (singer, 1984). Terdapat
dua kategori
ahli psikologi sukan yang ditentukan oleh USOC iaitu ahli psikologi sukan
klinikal dan
pendidik psikologi sukan.
1. Ahli Psikologi Sukan Gunaan
(a) Ahli psikologi sukan klinikal

Kategori pertama ahli psikologi sukan gunaan adalah ahli psikologi sukan
klinikal.
Mereka ini adalah golongan yang terlatih dalam bidang psikologi klinikal
yang mana
berkelayakan menjadi seorang pakar psikologi. Secara amnya, tugas ahli
psikologi
sukan klinikal ini adalah untuk membantu atlet yang menghadapi masalah
personaliti
serta mental yang serius seperti atlet yang mengalami masalah gangguan
emosi yang
teruk seperti kemurungan, anoresia, panik, yang memerlukan rawatan
dalam jangka
masa yang tertentu. Ahli psikologi sukan kjinikal yang berkelayakan
perlulah mendaftar
sebagai ahli dalam persatuan psikologi yang diiktiraf dan mempunyai
lesen untuk
menjalankan perkhidmatan bagi membantu atlet dalam menangani
masalah mereka.
(b)Pendidikan psikologi sukan
Kebanyakan ahli psikologi sukan yang tergolong dalam kumpulan ini
lazimnya mendapat
latihan dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan. Mereka
berkemahiran serta
mempunyai pengetahuan asas psikologi sukan. Kebanyakannya bertugas
sebagai
tenaga pengajar di pusat pengajian tinggi atau kolej yang terlibat dalam
pengajaran
kursus psikologi sukan, memberikan ceramah, memberikan khidmat
rundingcara
terhadap atlet, membantu atlet membina kemahiran psikologi (seperti
imageri, strategi
5

daya tahan, daya tindak), menyedari potensi diri sertakursus kepada


jurulatih yang
bertindak sebagai konsultan kepada pasukan dan atlet tertentu. Tugas
mereka lebih
kepada jurulatih mental iaitu membantu individu yang terbabit dengan
sukan tentang
cara untuk mengenali serta memaksimumkan potensi diri masing-masing.
Selain itu,
mereka yang terlibat dalam psikologi sukan, kelayakan peringkat sarjana
dalam bidang
psikologi sukan diutamakan kerana mereka perlu sentiasa peka terhadap
perubahan
ilmu dan teknik terkini yang membabitkan latihan mental.
2. Penyelidik Psikologi Sukan
Mereka yang terlibat dalam sesuatu bidang akan mempengaruhi
perkembangan dan
kemerosotan sesuatu cabang ilmu yang mana ia bergantung kepada hasil
kajian yang
dijalankan. Oleh itu, tugas seorang penyelidik psikologi sukan amatlah
penting demi
memastikan bidang ini mampu berdiri dengan sendirinya serta mendapat
perhatian yang
wajar di kalangan ahli akademik dan mampu memberikan sumbangan
kepada mereka
yang terlibat. Sumbangan ahli psikologi sukan gunaan banyak bergantung
kepada hasil
kajian penyelidikan psikologi sukan. Kedua-duanya saling bantumembantu dalam
menegakkan bidang ini. Lazimnya, kelayakan diperingkat sarjana dan
doktor falsafah

diperlukan kedua-dua kelayakan ini bersifat menyelidik serta mengkaji isuisu seperti
motivasi, konsentrasi, keagresifan serta isu-isu lain yang berkaitan dengan
psikologi
sukan. Penyelidikan ini juga mestilah menunjukkan bukti kesarjanaan
bidang
penyelidikan tentang aktiviti yang dikaitkan dengan sukan dan latihan.
Selain itu, mereka
perlu menjalankan kajian seterusnya menerbitkan hasil kajian serta
mempersembahkan
hasil dapatan kajian dalam konferens profesional.
1.3 Etika Dalam Psikologi Sukan
Sejak akhir-akhir ini, kerjaya sebagai ahli psikologi sukan mahupun
jurulatih mental
ini semakin popular kerana ramai orang telah melibatkan diri secara
langsung dalam
bidang ini untuk melatih atlet ataupun pasukan tertentu di negara kita
bagi memastikan
khidmat yang diberikan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang
memerlukan
khidmat tersebut maka etika psikologi perlu diwujudkan serta dipraktikkan
oleh mereka
yang terlibat. Seterusnya topic perbincangan ini akan membantu kita
mengenali kemampuan, kemahiran serta bentuk bantuan yang boleh
diberikan kepada atlet serta
jurulatih yang memerlukan khidmat ahli psikologi sukan. Kebelakangan
ini, ramai orang
telah memperkatakan bahawa teori-teori serta teknik-teknik psikologi
sukan telah
menunjukkan keberkesanannya kerana ramai diantara mereka yang
bergiat dalam
7

sukan mengakuinya kerana ia mampu membantu mereka meningkatkan


prestasi serta
mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan.

Pendedahankepada beberapa konsep, teori serta teknik psikologi


sukanyang
dapat membantu anda meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian
yang
membanggakan. Bagaimanapun dengan hanya menamatkan satu kursus
psikologi
sukan ataupun menamatkan satu kursus di peringkat diploma, anda masih
belum
boleh menganggap diri anda sebagai seorang ahli psikologi sukan serta
berkelayakan untuk memberikan khidmat nasihat kepada mereka yang
memerlukan
kepakaran dalam bidang ini.walaupun di Malaysia masih belum wujud satu
badan
akreditasi khusus untuk ahli psikologi sukan seperti mana bidang
profesional yang
lain seperti kaunseling, doktor perubatan dan psikologi ia tidak bermakna
bahawa
anda bebas menggelarkan diri anda sebagai seorang pakar psikologi
sukan.
Perbuatan ini menyalahi etika profesion kerana ia tidak mempunyai
kelayakan
minimum untuk melayakkan diri menjadi ahli psikologi sukan. Pakar
psikologi sukan
bimbang tentang risiko yang mungkin timbul dari kesilapan penggunaan
teori serta
teknik psikologi sukan sekiranya ia dipraktikkan oleh mereka yang kurang
mahir

dalam bidang ini. Kesannya mungkin akan menyebabkan ramai orang


meragui
peranan serta kepentingan dalam bidang ini dan proses penyediaan atlet
atau
pasukan sukan.
Apa yang kita faham pada awal-awal tajuk ini, tugas seorang ahli psikologi
sukanboleh diklasifikasikan kepada dua tugas utama. Pertamanya tugas
yang
bersifat memberikan tunjuk ajar (pendidikan) kepada atlet serta jurulatih
tentang cara
melakukan teknik latihan mental dengan cara lebih berkesan. Dalam
konteks ini,
guru atau jurulatih yang betul betul terlatih dalam bidang ini yang boleh
melaksanakan tugas ini . Keduanya, tugas bersifat klinikal dimana seorang
ahli
psikologi sukan diminta untuk memberikan bantuan yang bercorak klinikal
seperti
memberikan kaunseling, psikoterapi serta membuat pemeriksaan
psikologi dan
mental atet terbabit. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang ahli
psikologi sukan
mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang berkaitan untuk
melaksanakan tugas
tersebut.

Untuk memudahkan kita mendalami lagi isu-isu yang berkaitan dengan


etika,
satu garis panduan tentang kajian dan tugas klinikal dalam bidang
psikologi sukan
yang digariskan oleh Persatuan Psikologi Sukan dan Aktivit Fizikal Amerika
Syarikat
9

(North American Society for the Psychology of Sport and Physical Activity).

2.0 Latihan Iamgeri


Pengenalan
Penggunaan latihan mental dalam proses perolehan dan penguasaan
sesuatu kemahiran
motor bukanlah satu fenomena baru. Salah satu bentuk latihan mental
ialah latihan imageri.
Latihan imageri memberi peluang kepada seseorang itu berdepan dengan
masalah-masalah
tertentu dengan cara mengambarkan masalah tersebut didalam minda
sebelum berdepan
dengan masalah berkenaan secara nyata. Latihan imageri sering
digunakan bagi
mempelajari kemahiran baru disamping dapat mempertingkatkan prestasi
atlet. Peranan
latihan imageri untuk mengingatkan sesuatu bentuk pergerakan,
mengawal diri,
mengenalpasti masalah dan memotivasikan selain daripada
membolehkan seseoorang itu
merasakan sesuatu kejayaan..
Imageri adalah suatu proses raptai penggambaran sesuatu aktiviti fizikal
secara simbolik
dalam minda. Barbara Brown dalam bukunya 'Supermind' pula
menyatakan bahawa imageri
sebagai tenaga asas, yang membantu setiap individu dalam keupayaan
mencipta, atau
mereka dan reka bentuk semula, gambaran dalam mata minda untuk
perlakuan sebenar
pada masa, dan tempat tertentu kelak. Daya imaginasi selaku titik tolak
mekanisme proses

10

imageri. Rangsangan pelbagai deria digambarkan sebagai input imageri.


Gambaran atau
imageri yang terbentuk simbolik terhasil dalam minda sebagai output
interaksi
antara cue yang relevan dengan sistem memori. Imageri mental
merupakan salah satu
kombinasi latihan fizikal dan latihan mental yang memberi kesan kepada
aplikasi kemahiran
dan persediaan untuk peningkatan prestasi.
Imageri adalah langkah peralihan proses minda, kepada realiti yang dapat
diterangkan
secara fisiologi. Sungguhpun demikian, ia masih tertakluk pada teori-teori
yang dipegang.
Rangsangan imageri terbentuk dalam minda (otak) hasil daripada
kehendak kinestetik
dalam tubuh badan dan berlandaskan pengalaman pelbagai sensori.
Pemilihan dan
pembentukan imageri (contohnya kemahiran menjaring) berlandaskan
skema memori.
Program gerak balas (menjaring) di girus prasentral. Unit motor dihantar
melalui
sel purkinje dan ekstra pyramidal ke saraf tunjang melalui eferen. Neuron
motor menghantar unit motor ke otot yang relevan. (contohnya flesor
dotorum profundus di lengan bawah tangan). Unit-unit motor direkrut dan
neuron motor menghasilkan maklumat kinestetik contohnya sendi
pergelangan tangan mengalami tindakan daya otot dan sedia untuk
pergerakan.
Daya hasilan rekrut unit-unit motor cukup besar neuron motor
menghasilkan kuncupan otot
yang nyata sebagai perlakuan kemahiran fizikal. Lintasan pyramidal
(pyramid tract) terbina
11

daripada akson motor yang berpunca dari korteks motor, melintasi otot
tengah pons dan
pyramid di medulla sebelum bersinaps pada neuron motor di korda spina
(saraf tunjang).
Memori fakta adalah kebolehan pembelajaran dan ingat semula maklumat
di korteks
cerebral sementara memori kemahiran yang terletak di korteks cerebral
adalah
pembelajaran kemahiran motor yang dilakukan tanpa pemikiran yang
sebenar. Skema
memori yang relevan akan diperoleh semula dari stor memori jangka
panjang ke stor
memori kerja semasa pembentukan imageri. Hasil proses mencipta atau
reka semula
adalah gambaran imageri yang timbul dalam minda. Struktur keperluan
bagi lingkaran
memori fakta termasuk amygdala dan hippocampus, diencephalon,
prefrontal. cortek dan basal forebrain. Oleh sebab memori kemahiran
adalah tanpa pemikiran yang sebenar,
lingkarannya terus dari amygdala dan luppocampus ke basal forebram.
Maklum balas dari
basal forebrain dihantar ke cortical sensori area sebagai pelengkap
lingkaran.
Pengalaman sensori berada di cortical sensory area mengikut pola masing
masing.
Amygdala dan hippocampus berfungsi sebagai pusat pengumpulan
maklumat,
diencephalons sebagai pusat kawalan lalu menghantar maklumat
maklumat untuk
pembentukan keputusan di prefrontal cortex; hasil proses ini ke basal
forebrain. Rembesan
Acetycholine (Ach) di basal forebrain menghantar ke sensory cortex
sebagai persepsi
12

terhadap imageri yang akan dibentuk.


Terdapat dua pendapat utama mengenai imageri. Golongan pikturalist
mengatakan imageri
merupakan imej yang terpapar dalam minda adalah sebenar yang
terbentuk / lahir dalam
minda seolah-olah kita melihat benda tersebut berada di depan mata.
Manakala golongan
diskripsi pula berpendapat ianya merupakan gambaran grafik yangg
diterjemahkan
menerusi bahasa yang dibayangkan di dalam minda. Walaupun terdapat
pelbagai pendapat,
pada dasarnya imageri boleh diertikan sebagai bahasa minda. Imageri
merupakan salah
satu cara latihan yang berkesan digunakan keatas seseorang atlet
sekiranya mereka tidak
dapat melakukan latihan fizikal yang sebenar kerana kecederaan. Selain
itu ianya juga boleh
digunakan sewaktu waktu pertandingan itu sendiri. Penggunaan latihan
imageri
dikombinasikan dengann latihan fizikal yang lain mampu meningkatkan
prestasi atlet
ataupun sesuatu tugasan yang melibatkan kognitif
2.1

Bagaimana Imageri Berfungsi

Terdapat tiga pendekatan yang utama bagi menjelaskan lagi mengenai


fungsi imageri ini
Iaitu:
i.

Teori Psikoneuromuskular (psikologi + saraf)

Menurut teori ini, proses imageri akan menghasilkan corak yang hampir
sama dengan

13

pergerakan yang sebenar. Ianya berrpunca arahan dari otak dan


seterusnya kepada otot
yang terlibat, samaada otot tangan, kaki dan sebagainya.. ianya
melibatkan satu arahan
efferen yang paling seminimum yang mungkin dari otak sehinggalah
arahan yang paling
maksimum. terdapatnya peningkatan arus eletrik dibahagian otot yang
terlibat apabila
berlakunya sesuatu proses imageri, samada proses iti secara visual
ataupun kinestetik.
Berdasarkan pendekatan tersebut, ianya dapat menerangkan lagi
mengenai kewujudan
skema pergerakan motor yang terhasil dari proses imageri ini.
Ii. Teori Pembelajaran Simbolik
Berdasarkan teori ini pula, proses imageri akan terbentuk apabila
seseorang individu telah
merancang pergerakan yang akan dilakukan secara lebih awal lagi.
Perkara seperti
matlamat pergerakan, sekuen pergerakan motor dan pergerakan
alaternatif telah dirancang
atau diprogramkan secara kognitif sebelum sesuatu pergerakan fizikal
yang sebenarnya
dibuat. Contohnya dalam permainan badminton, pemain dalam keadaan
sedia untuk
menerima servis lawan, pemain tersebut telah merancang pukulan yang
akan mematikan
servis lawanya itu. Andaikata servis pihal lawan Berjaya, pemain tersebut
harus merancang
gerakan atau pukulan untuk menerima servis yang berikutnya. Oleh yang
demikian, segala

14

pentuk perancangan strategi yang dibentuk atau dilatih secara kognitif ,


dilakukan secara
berulang kali membolehkan pemain akan membuat respon yang tepat
apabila ianya diperlukan.
ii.

Teori Kebangkitan dan Tumpuan

Teori ini pula menggabungkan Teori Pembelajaran Simbolik dan juga Teori
Psikoneuromuskular. Melalui penggabungan, imageri akan membantu
seseorang atlet
meningkatkan pencapaian ataupun kemahiran mereka dalam sukan
secara kognitif
mahupun fisiologi. Ini kerana melalui pendekatan kognitif, proses imageri
ini akan membantu para atlet untuk lebih fokus lebih khusus kepada
tugasan yang akan dilakukan dengan menumpukan perhatian kepada kiu
yang relevan dipersekitaranya. Manakala pendekatan fisiologi pula
merujuk kepada proses mengawal sesuatu kebangkitan agar ia berada
pada tahap yang optimum yang diperlukan untuk menghasilkan prestasi
yang lebih optimum.
Berdasarkan ketiga-tiga pendekatan teori ini, ianya telah banyak
membantu atlet, jurulatih
dan yang berkenaan dalam bidang sukan supaya lebih faham mengapa
latihan mental
seperti imageri ini amat berkesan dalam meningkatkan prestasi atlet
dalam sukan yang
mereka ceburi. Selain itu para jurulatih juga haruslah banyak
menggunakan latihan imageri
ini supaya atlet mereka lebih yakin terhadap diri sendiri dan mutu
persembahan mereka.
2. 3 Jenis-Jenis Imageri

15

Secara umumnya imageri ini terbahagi kepada dua jenis iaitu imageri
dalaman dan juga
imageri luaran. Pada dasarnya kedua-duanya melibatkan bayangan.
i. Imageri dalaman
Imageri ini berlaku apabila seseorang itu dapat merasa pergerakan seperti
diri sendiri yang
melakukannya.( Neuromuscular). Contohnya cuba bayangkan anda
sedang bersedia untuk
menjaringkan gol dalam permainan bola jaring. Tangan kanan diangkat
atas kepala dan
memegang bola. Manakala mata tertumpu kepada jarring dan tiang gol.
Anda dapat
merasakan kaki dan tangan anda sedang sedikit bengkok dan dan
seterusnya bola
dilambung tinggi dan bola tersebut masuk kedalam jarring, dan anda
dapat menjaringkan
gol. Sekiranya anda dapat merasai setiap pergerakan yang dilakukan
seperti anda sendiri
sedang melakukannya, bermakna imageri dalaman sedang berlaku.
ii. Imageri luaran
Imageri luaran pula berlaku apabila seseorang hanya melihat pergerakan
tersebut.
Pergerakan tersebut dapat dilihat dengan jelas, namun demikian beliau
tidak dapat merasai
sensasi pergerakan tersebut. Dalam erti kata lain beliau tidak dapat
merasa berat bola,
perlakuan yang dibuat berdasarkan pergerakan yang beliau lihat. Pada
tahap ini seseorang
itu sedang beroperasi secara visual. Ini kerana seseorang itu dapat
melihat setiap
pergerakan dengan jelas, samada dalam telivesyen, di stadium dan
sebagainya. Namun
demikian beliau tidak merasai sensasi perlakuan yang beliau lihat.
16

Banyak kajian mengenai imageri telah dibuat, dan berdasarkan kepada


kajian ini telah
mendapati bahawa imageri dalaman telah menghasilkan kesan yang lebih
positif. Ini kerana
ianya banyak digunakan oleh atlet elit berbanding dengan atlet novis.
Melalui penggunaan
imageri dalaman ini juga ia banyak menghasilkan impuls eletrik yang
disukat pada bahagian
otot yang terbabit. Namun demikian, beberapa pengkaji menjelaskan
bahawa kedua-dua
penggunaan imageri ini mempunyai kelebihan masing-masing. Ini kerana
kedua-dua imageri
ini digunakan oleh atlet agar dapat membantu mereka meningkatkan
prestasi dalam sukan
masing-masing.
2.5 Kegunaan Imageri
Imageri mental adalah kemahiran yang boleh dipelajari. Untuk menguasai
kemahiran mental
imageri ini memerlukan usaha, konsentrasi, disiplin dan latihan yang
cukup. Imageri adalah
satu teknik mental yang boleh digunakan untuk memperoleh kemahiran,
meningkatkan
kemahiran dan menyelesaikan masalah di dalam mindanya sebelum
sesuatu pertandingan
dan pemulihan kecederaan.
i. Pemerolehan Kemahiran
Sesuatu kemahiran baru boleh diperoleh dengan melakukan latihan
imageri. Apabila
seseorang atlet dapat menguasai latihan imageri, maka dia dapat
menguasai atau 'visualiz

17

dengan mudah. Dalam seni imageri perhatian hendaklah diberi kepada


perbezaan sesuatu
aksi yang baru dengan yang sedia ada pada pemain. Imageri digunakan
sebaik sahaja
selepas latihan fizikal atau atau di antaranya adalah lebih berkesan.
Contoh : Pemain tenis
yang ditunjukkan dengan variasi servis yang baru dapat mempercepatkan
proses integrasi
kemahiran baru itu ke dalam permainannya. Ini dapat dilihat dengan
melakukan 10 minit
latihan imageri servis setiap petang dan melakukan servis 50 biji bola
dalam latihan setiap
pagi. Pada peringkat elit, belajar kemahiran baru tidak diperlukan selalu,
tetapi terdapat
banyak situasi yang memerlukan teknik imageri untuk memastikan
kemahiran yang ada
ditingkatkan atau dikekalkan pada tahap yang baik. Contoh: Teknik ini
boleh digunakan
semasa perjalanan jauh ke luar negeri, banyak masa dihabiskan di dalam
kapal. terbang
atau kenderaan. di mana tidak ada peluang untuk berlatih.
Imageri mental juga boleh digunakan sebagai reviu untuk mengulang
tayang keseluruhan
atau sebahagian daripada prestasi yang telah dilakukan. Reviu digunakan
untuk
menekankan sama ada aspek aspek positif atau negatif. Mengesan
kelemahan dan
kesilapan dan diganti dengan respons respons yang betul. Biasanya reviu
digunakan
selepas sesuatu acara.
ii. Pertandingan
Mental imageri boleh digunakan untuk menyediakan tahap kognitif atlet
untuk sesi latihan
18

dan pertandingan akan datang. Imageri boleh menjadi alat bantuan untuk
membuat dan
latihan berdasarkan situasi pertandingan yang sebenar. Contoh : Di Rusia,
pegawai-pegawai
sukan mereka telah mengambil gambar gambar kemudahan sukan di
Montreal dan gambar
gambar ini telah dikaji oleh atlet atlet mereka. Walaupun mereka tidak
pernah ke Montreal,
gambar gambar tersebut dapat membantu mereka membayangkan
seolah olah mereka
sedang beraksi di sana. Tujuannya adalah untuk mengadaptasikan diri
mereka dengan
persekitaran pertandingan.
Imageri digunakan untuk membantu atlet membuat gambaran strategi
sesuatu pertandingan
dan berlatih untuk meningkatkan aspek aspek berkaitan permainan. Ini
adalah untuk
membiasakan mereka dengan peranan ahli pasukan di samping dapat
memantapkan
peranan sendiri.Contoh : Ahli pasukan bola keranjang boleh menggunakan
imageri untuk
meningkatkan strategi pertandingan yang baru. Beberapa alternatif
strategi mesti diadakan sebab setiap pasukan lawan bermain dalam
situasi sebenar. Melalui imageri, mereka boleh
mempertajamkan strategi pasukan mereka.
Mental imageri boleh digunakan sebagai previu yang dilakukan beberapa
minit sebelum
pertandingan. Ini lebih mudah dilakuan dalam kemahiran tertutup seperti
gimnastik. Atlet
akan dapat mengetahui dengan tepat apa aksi atau pergerakan yang
terlibat. Gambaran
keseluruhan rutin pergerakan dapat membantu siri pergerakan yang lebih
automatik. Jadi
19

semasa persembahan, fokus ditumpukan kepada transisi pergerakan yang


sukar dalam
tugas seperti gimnastik. Contoh: Dwight Stones, seorang atlet lompat
tinggi Olimpik telah
menggunakan imageri mental di sepanjang kerjayanya. Sebelum
melakukan lompatan.
Stones akan merenung palang lompat tinggi sambil melakukan imageri
mental. la akan
membayangkan dirinya melakukan lompatan dengan teknik yang betul
dan tepat. Pada
peringkat pertandingan reviu melalui imageri juga boleh digunakan bagi
mengesan
kelemahan dan kesilapan, seterusnya tindakan yang betul dapat diambil
untuk pertandingan
berikutnya.
iii. Penyelesaian Masalah
Imageri juga digunakan untuk mengamati atau memeriksa rutin atau
kemahiran untuk
mengesan masalah dan membetulkannya dalam sesi latihan atau
pertandingan. Atlet boleh
menggambarkan dari pelbagai sudut pada kadar normal dalam. imageri
untuk mengesan di
mana masalah itu berlaku. Setelah dikenal pasti masalah tersebut, maka
atlet itu bolehlah
menggunakan latihan sebahagian kepada keseluruhan (part to whole)
dalam latihan
imagerinya sehingga ianya dilakukan dengan konsisten.
iv. Pemulihan Dari kecederaan
Latihan imageri mental boleh digunakan semasa pemulihan dari
kecederaan atau bila bila

20

masa latihan fizikal tidak dapat dijalankan. Kebanyakan atlet yang tidak
dapat beraksi boleh
melakukan latihan mental melalui pemerhatian. Mental imageri digunakan
untuk 'cope'
dengan sakit di tempat kecederaan yang dialami. Ini boleh
mempercepatkan pemulihan
serta melindungi kemahiran kemahiran fizikalnya daripada merosot. Satu
teknik yang
berkesan untuk mempercepatkan kesakitan atau kecederaan sembuh
adalah dengan
menggunakan visual untuk meningkatkan bekalan darah pada anggota
yang cedera. Ini
bergantung pada keupayaan konsentrasi. Untuk mengatasi kesakitan
anda boleh
menggambarkan anda berada di satu tempat yang menyeronokkan dan
menghiburkan. Ini
boleh mengelakkan anda, dari merasai sakit yang dialami. Untuk
melakukan semua ini, atlet
itu perlu belajar mengawal konsentrasi dan bagaimana hendak
mengekalkan imej.

2.6 Latihan Mental ( Imageri )


Dalam permainan bola sepak kekuatan dari segi mental amat penting bagi
mencapai
satu kejayaan atau satu matlamat. Sebagai seorang jurulatih bola sepak
harus tahu akan
kemampuan setiap pemain yang mengalas posisi masing-masing. Apa
yang kita tahu pasal
bola sepak hanyalah tending, sepak, hantar dan gol, tetapi bagi mencapai
gol harus bermula
dari latihan. Seorang jurulatih yang mendalami bidang bola sepak tahu
bagaimana cara
21

untuk memastikan kejayaan dapat dicapai. Di Malaysia sahaja kita boleh


lihat bahawa mutu
bola sepak meningkat kebelakangan ini, hal ini disebabkan oleh jurulatih
yang
berpengalaman dan berpengatahuan yang dimport sendiri dari laur
Negara. Banyak jurulatih
yang tahu melatih bola sepak, tetapi di Malaysia jurulatih yang
berpengatahuan dan
berkelayakan terhad, pekara ini yang menyebabkan kita terpaksa mencari
jurulatih dari luar
Negara .
Dalam bola sepak terdapat banyak jenis latihan yang mana latihan
tertumpu kepada fizikal
sahaja, tetapi kita lihat diluar Negara , banyak jenis latihan yang
diterapkan kepada pemain
hal ini disebabkan seorang jurulatih yang berilmu pengatahuan. Saya
ingin tekankan disini
berkaitan dengan latihan menta juga dikenali latihan Imageri. Latihan
imageri memberi
peluang kepada seseorang itu berdepan dengan masalah-masalah
tertentu dengan cara
mengambarkan masalah tersebut didalam minda sebelum berdepan
dengan masalah
berkenaan secara nyata. Latihan imageri sering digunakan bagi
mempelajari kemahiran
baru disamping dapat mempertingkatkan prestasi atlet.Selain itu iamgeri
ialah tentang
peranan latihan imageri untuk mengingatkan sesuatu bentuk pergerakan,
mengawal diri,
mengenalpasti masalah dan memotivasikan selain daripada
membolehkan seseoorang itu
merasakan sesuatu kejayaan.

22

Latihan imageri ini harus ada dalam setiap pasukan bola sepak, kerana
dalam bola sepak
pelbagai situasi yang kita akan jumpa, contohnya tekanan, emosi dan
yang paling penting
kebangkitan. Apabila latihan imageri di buat dalam satu pasukan ia akan
melatih pemain
untuk berimaginasi dengan diri sendiri. Latihan seperti ini boleh
diterapkan dalam sesi
latihan agar pemain dapat mengenal diri, kebolehan, kekuatan bagi
mencapai kejayaan.
Saya ingin memberi contoh pemain bola berimaginasi dalam situasi
tetekan, tekanan akan
timbul apabila emosi seseorang pemain tidak terkawal, pekara ini
biasanya berlaku apabila
pasukan ketingalan gol. Dengan imageri, seseorangpemain itu boleh
mengawal emosi dan
tekanan yang diahdapi contoh pasukan bola sepak yang terkenal didunia
iaitu Manchester
United , ketika itu Manchester Unitet ketingalan gol dengan Manchester
City, kita dapat lihat
tekanan yang diahadapi oleh pemain Manchester united, pada minit
terakhir Manchester
United dihadiahkan sepakan percuma , dan Sir Alex Furguson
mengarahkan Robin Van
Persie untuk mengambil sepakan percuma, apa yang kita lihat Robin Van
Persie mengambil
masa untuk tenang dan berimaginasi seketika, kerana ketika dalam situasi
tertekan kita
harus mengawal tekanan tersebut. Selepas saja bebrapa saat Robin Van
Persie tenang,
beliau melepaskan tendangan dan terkena sedekit banteng lawan lalu
bola menuju ke

23

gawang gol, dan kita lihat satu kebangkitan pada minit-minit akhir
perlawanan.
Saya cuba untuk berimaginasi dalam situasi tekanan, saya
membayangkan diri saya seperti
seorang bintang yang ditugaskan untuk mengambil sepakan percuma
pada minit-minit
terakhir, dalam situasi itu saya cuba kurangkan tekanan yang saya hadapi
agar tidak
memganggu perlakuan saya. Saya akan membyangkan diri saya ini
sebagai Christiano
Ronaldo ketika mengambil sepakan percuma, lalu saya akan
membayangkan tendangan
saya melepasi banteng lawan dan bola menuju ke penjuru gawang lalu gol
terhasil pada
minit-minit terakhir perlawanan. Kepuasan diri akan terhasil atas
kebangkitan. Situasi seperti
ini sering berlaku dalam bola sepak peluang dalam menjaringkan gol akan
terhidang dalam
pelbagai situasi dan keadaan.
4.0 Kepentingan Psikologi dan Sosiologi Sukan
Psikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam
sukan yang
cukup menarik serta mendapat perhatian umum Psikilogi sukan
merupakan satu bidang
yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan
peminat sukan
memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga
merupakan proses
memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing
atas usaha dan
keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada
Psych-out
24

lawan, proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang


dihadapi oleh
atlet. Psikologi sukan juga juga dapat mencegah penggunaan dadah
dikalangan atlet
serta membina strategi berpasukan dan menerapkan pembelajaran
kemahiran kepada atlet.
Pengkaji dalam bidang ini sangat berminat dalam peningkatan psikologi
yang dapat
mempengaruhi kehidupan manusia melalui penglibatan mereka dalam
aktiviti fizikal dan
sukan. Pendekatan ini boleh dilihat sebagai satu petunjuk dan perubahan
positif yang
berlaku dalam diri atlet dalam menghadapi cabaran dan mengatasi
tekanan, gementar,
potensi kekasaran, keyakinan dan pembangunan kendiri yang boleh
menjadi pemangkin
kepada penglibatan berterusan dalam aktiviti fizikal dan sukan. Beberapa
penemuan
kesan psikologi ini memberi manfaat kepada penglibatan dalam aktiviti
sukan. Salah
satunya seperti peningkatan keyakinan diri dan kefahaman konsep kendiri
yang dapat
membantu pengekalan penglibatan seseorang dalam aktiviti sukan.
Terdapat tiga cabang utama bagi pengamal psikologi sukan iaitu klinikal,
pendidikan dan
penyelidikan. Sebagai seorang pengamal psikologi perlu mempunyai
latarbelakang
akademik yang berkaitan dengan psikologi, psikiatri dan bidang berkaitan.
Pengamal
juga perlu mempunyai pengalaman bekerja dengan atlet dan jurulatih.
Dari sudut psikologi, kepentingannya dapat dilihat iaitu, membolehkan
jurulatih
25

memahami bertingkah laku atlet, sebelum semasa dan selepas sesuatu


pertandingan.
Dalam hal itu, psikologi akan membantu atlet lebih memahami diri
mereka sendiri, serta
membantu jurulatih merancang kaedah yang perlu dilaksanakan bagi
mengurangkan
masalah yang timbul, daripada diri atlet itu sendiri. Oleh itu, dengan
wujudnya kajian
berkaitan dengan psikologi, penggkaji dapat memberi bantuan kepada
jurulatih pada
masa kini untuk memberikan kaedah yang sesuai untukatlet bagi
mengurangkan
masalah yang timbul daripada dalam diri atlet itu sendiri.
Antara kepentingan lain yang dapat dikenalpasti ialah, Melalui kajian
tentang
pertumbuhan dan perkembangan manusia, jurulatih dapat mengetahui
tahap
perkembangan atlet daripada segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Oleh
itu, jurulatih
dapat merancang latihan yang sesuai berdasarkan kepada perkembangan
seseorang
atlet. Dalam hal ini, sebagai seorang jurulatih, sewajarkan mengetahui,
jenis tubuh
badan serta bakat yang ada dalam diri seseorang atlet. Contohnya, dari
segi
perkembangan fizikal atlet iaitu, dari sudut perkembangan bentuk badan
atlet itu sendiri.
Teori somatotypes ini menyatakan bahawa manusia secara umumnya
terbahagi kepada
3 kategori rupa bentuk yang dikelaskan mengikut 3 jenis lapisan tisu
dalam tubuh badan
Endomorph, Mesomorph, Ectomorph. Jurulatih akan dapat menilai atlet
berdasarkan
26

kajian yang dilakukan oleh pengkaji dalam psikologi sukan.


17
Selain itu, psikolgi sukan berkepentingan dalam mengumpul maklumat
murid serta
membolehkan seseorang jurulatih mengkaji atlet tersebut berdasarkan
masalah
psikologi. Bidang psikologi sukan dapat menyatakan, menerangkan dan
membuat
andaian berdasarkan kepada kajian yang dilaksanakan. Hal ini amat
penting dalam
perkembangan sukan kerana, atlet seringkali akan menghadapi masalah
psikologi dalam
pelbagai situasi. Oleh yang demikian, amat penting psikologi sukan
diterapkan dalam diri
seseorang atlet.
Selain itu, bidang sosiologi sukan ini, berkepentingan dalam memberi
penjelasan kepada
masyarakat dunia berkaitan dengan fenomena yang berlaku dalam sukan.
Sebagai
contoh, persoalan yang wujud ialah, mengapa atlet kulit hitam Amerika
Syarikat tidak
pernah memenangi acara renang tetapi berjaya dalam acara olaraga dan
bola
keranjang? Persoalan ini wujud berdasarkan prestasi yang ditunjukkan
oleh masyarakat
berkulit hitam di Amerika Syarikat. Berdasarkan kepada kajian dalam
sosiologi sukan
menunjukkan, persoalan ini terjawab disebabkan oleh faktor taraf hidup.
Kebanyakkan
orang berkulit hitam di Amerika Syarikat adalah sebilang besar miskin dan
tidak mampu
menghantar anak-anak mereka untuk berenang, hal ini telah
menyebabkan wujudnya
27

fenomena seperti ini.


Kesimpulanya, pisikologi dan sosiologi sukan adalah sains sosial yang
komprehensif
menyelidik fenomena kebudayaan sosial yang selalu mengalami
perkembangan dan
perubahan dalam sukan. Ia bukan sahaja menyelidik tentang
perhubungan di antara
sukan dan fenomena sosial, tetapi mengkaji tentang tingkah laku
masyarakat di antara
manusia dengan sukan, perhubungan konsep sosial, dan struktur, fungsi,
dorongan
kepada pembangunan dan faktor kekangan dalam sukan, lalu digunakan
untuk
mempromosi pembangunan sukan dan sosial yang rasional.
5.0 Refleksi
Sepanjang pelaksanaan tugasan kaedah latihan mental,pelbagai ilmu
pengatahuan yang
baru saya dapat pelajari melaui tugasan ini. Saya dapati psikologi sukan
ini amat
mempengaruhi prestasi atlet. Ia terpulang bagaimana seorang jurulatih
mengendali latihan
mental. Dalam tugasan ini saya memilih latihan imageri sebagai latihan
mental yang saya
terapkan kepada diri saya sendiri, kerana sesuatu sukan memerlukan
latihan mental agar
dapat memperbaiki dan memotivasikan diri sendiri.
Selain itu, semasa mencari maklumat berkenan dengan latihan mental
yang dilaksanakan,
saya mendapati latihan ini juga mampu menurunkan prestasi atlet. hal ini
kerana, atlet akan

28

berasa tertekan dan kecewa sekiranya apa yang diingini tidak seperti
yang dia lakukan.
Namun, sebagai seorang jurulatih haruslah memainkan peranan bagi
mengelakkan atlet
berasa kecewa dan membuat tindakan yang tidak wajar. Oleh yang
demikian, pengetahuan
berkaitan dengan psikologi dan sosiologi sukan perlu ada dalam diri
jurulatih tersebut.
Saya dapati latihan mental iniakan berjaya sekiranya seorang jurulatih
mempunyai
kemahiran melatih mental atletnya agar memahami konsep sebenar
latihan mental tidak
hanya mendengar arahan sahaja. Kebanyakan jurulatih hanya melatih
fizikal sahaja tidak
mempedulikan mental atlet, maka prestasi atlet untuk meningkat sukar
untuk dicapai.
Latihan imageri ini harus ada dalam setiap individu dalam sukan, kerana
dalam
sukanpelbagai situasi yang kita akan jumpa, contohnya tekanan, emosi
dan yang paling
penting kebangkitan. Apabila latihan imageri di buat dalam satu pasukan
ia akan melatih
pemain untuk berimaginasi dengan diri sendiri. Latihan seperti ini boleh
diterapkan dalam
sesi latihan agar pemain dapat mengenal diri,kebolehan, kekuatan bagi
mencapai kejayaan.
Sebagaimana yang kita semua ketahui, untuk mempelajari dan
mendalami psikologi sukan
ini seharusnya seseorang itu mengetahui apa yang terkandung dan selokbelok yang mana
melibatkan strategi-strategi serta teori-teori yang sepatutnya
dilaksanakan. Untuk
29

mengaplikasikan strategi serta teori ini, kita hendaklah mengetahui


konsep dan fokus utama
yang terkandung dalam tajuk ini. Perkara ini penting kerana ia
mempengaruhi mutu
pencapaian atlet. Walaupun bidang psikologi sukan ini masih baru,
mereka mempunyai
sejarah dan latar belakang yang tersendiri yang mengisahkan dan
memperkenalkan
psikologi sukan serta perkembangannya kepada umum.
Disamping itu, beberapa perkara haruslah dititikberatkan oleh seseorang
yang ingin
menjadi ahli psikologi sukan termasuklah latar belakang pendidikan yang
merupakan syarat
utama dalam profesion ini. Diantaranya termasuklah beberapa jenis
perkhidmatan yang
ditawarkan oleh ahli psikologis sukan seperti perkhidmatan klinikal,
pendidikan dan
penyelidikan.
Selain itu, perkara yang perlu diterapkan kepada ahli psikologi sukan
adalah etika-etika
dalam psikologi sukan. Perkara ini penting bagi menjaga imej mereka
yang terlibat dalam
profesion ini. Oleh itu, pelbagai aspek perlu diambil kira kerana aspekaspek tersebut akan
mempengaruhi seseorang ahli psikologi sukan serta memberikan kesan
yang positif kearah
usaha meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian atlet negara.
Namun, secara keseluruhannya, saya berasa syukur kepada Tuhan kerana
tugasan yang

30

diberikan selesai dilaksanakan,sebagai bakal jurulatih pada masa akan


datang saya hrus
mendalami ilmu latihan mental agar atlet dibawah jagaan saya akan
mencapai peningakatan
yang terbaik. Namun saya mengaku bahawa banyak pekara berkaitan
psikologi suakan
yang perlu saya pelajari agar saya dapat membantu meningkatkan kauliti
sukan pada masa
akan datang. Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih
kepada semua pihak
yang terlibat terutamanya pensyarah Psikologi sukan saya yang sering
mengingatkan kami
pentingnya psiologi dalam sukan.

RUJUKAN
Mohamad Nizam Bin Asmuni. (2010). Kekuatan Mental Pemain Bola Sepak
Piala Malaysia
Musim 2007/2008.
David Shearer, S. M. (2009). The Effects of a Video-Aided Imagery
Intervention upon
Collective Efficacy in an International Paralympic Wheelchair Basketball
Team.
Ghani, N. B. (1997). Kesan Latihan Imageri Terhadap PrestasiKemahiran
Motor Diskrit.
Kesan Latihan Imageri Terhadap PrestasiKemahiran Motor Diskrit.

31

Ibrahim, M. F. (2009). Penggunaan kaedah Mental Rehearsal untuk


membantu murid tahun5 yang akan mewakili sekolah dalam permainan
bola tampar dalam melakukan
kemahiran menyangga mengikut teknik dan cara yang betul.
Saarani, S. R. (2008). Kajian Tahap Kekuatan Mental Di Kalangan Atlet
Karate Peringkat
Universiti.
Mohd Sofian Omar Fauzee. (2003). Sosio-Psikologi:

32

Anda mungkin juga menyukai