Anda di halaman 1dari 2

1.

PENGENALAN
Ekologi merupakan hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan

persekitaran (Laman Web Pusat Rujukan Persuratan Melayu 2008-2014). Ekologi adalah
ilmu hubungan antara makhluk hidup dan lingkungannya (Kamus Dewan dan Bahasa Pustaka
Edisi Keempat 2010). Persekitaran ialah kawasan di sekeliling sesuatu tempat dan kawasan
sekitar (Laman Web Pusat Rujukan Persuratan Melayu 2008-2014).
Persepsi bertakrif gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu, pandangan menerusi pancaindera dan tanggapan (Laman Web Pusat Rujukan Persuratan Melayu
2008-2014). Manakala penduduk membawa maksud orang yang menduduki sesuatu tempat
(Kamus Dewan dan Bahasa Pustaka Edisi Keempat 2010).
Sampah membawa maksud benda-benda yang dibuang kerana tidak digunakan lagi atau
yang tidak dikehendaki seperti kertas kotor dan daun kering serta sesuatu yang tidak berharga
atau yang tidak berguna (Laman Web Pusat Rujukan Persuratan Melayu 2008-2014).
Sampah

bukanlah

benda

mati

yang

tiba-tiba

muncul

dalam

kehidupan

manusia. Munculnya sampah dalam kehidupan adalah kerana adanya aktiviti atau tindakan
manusia itu sendiri. Munculnya sampah kerana wujudnya manusia dengan segala macam
keperluan dalam hidupnya. Dengan kata lain sampah boleh dianggap seperti simbol
masyarakat, atau lebih tepat lagi dalam konteks kehidupan manusia moden kini, sampah
adalah simbol masyarakat yang berkait rapat dengan budaya hidup masyarakat itu sendiri.
Jumlah sampah boleh dirujuk sebagai petunjuk mengenai banyaknya penggunaan
seseorang. Begitu juga dengan jenis sampah yang memberi gambaran mengenai komoditi
yang digunapakai oleh seseorang. Dalam hubungan inilah sampah menjadi satu tanda
kepenggunaan masyarakat. Jenis sampah yang dibuang akan memberi gambaran mengenai
budaya dan pola kitaran hidupnya. Sebagai contoh, kalau kita berada di mana-mana asrama
yang menjadi kediaman kebanyakan orang bujang, maka lazimnya sampah yang banyak
dibuang ialah dari jenis bungkusan makanan segera. Keadaan ini akan berbeza sekiranya kita
berada di kawasan industri, kerana jenis sampah yang dibuang pastinya lebih menjurus
kepada bahan-bahan buangan perindustrian.
Selain itu, sampah sebagai simbol gaya hidup manusia. Hal ini lebih berkaitan dengan
kesihatan, iaitu sama ada gaya hidup sihat ataupun sebaliknya. Rata-rata dalam pemikiran
kita, sampah sering dikaitkan dengan kekotoran. Sampah itu kotor, sampah boleh

mendatangkan penyakit, sampah busuk, sampah menyakitkan mata yang memandang dan
seribu satu macam keburukan sampah. Maka dengan itu, tidak kira dengan apa-apa cara
sekalipun sampah mestilah dijauhkan dari persekitaran hidup kita. Corak pemikiran kita akan
menegaskan bahawa sampah adalah tanda atau simbol kepada gaya kehidupan manusia, sama
ada seseorang itu boleh digelar seorang pengotor kerana gaya hidupnya bergelumang dengan
sampah yang tidak terurus, atau seorang yang pembersih kerana pandai menguruskan sampah
yang ada di sekelilingnya.
Berhubung dengan hal sampah dan gaya hidup ini juga, rata-rata kita boleh membuat
kesimpulan bahawa kualiti gaya hidup rakyat Malaysia masih lagi tidak memuaskan. Urusan
menguruskan sampah masih lagi dilihat sebagai tanggungjawab kumpulan tertentu dan bukan
sebagai tanggungjawab bersama. Memang benar, ada manusia yang kerjanya mengutip
sampah dan mereka dibayar untuk kerja tersebut. Namun urusan mengutip sampah ini hanya
terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja. Mereka ini tidak dibayar untuk mengutip
sampah sehingga ke dalam rumah ataupun di halaman rumah, apatah lagi untuk mengutip
sampah yang berselerakan di dalam semak ataupun yang bertimbun menutup aliran air
longkang. Mereka hanya mengutip sampah yang telah dikumpulkan oleh si pembuang
sampah yang diletakkan di hadapan rumah. Hanya itu tugas mereka, tanggungjawab
selebihnya untuk memastikan sampah diuruskan dengan baik terletak di bahu kita.
Oleh sebab pengurusan pembuangan sampah sarap yang tidak sistematik di Taman
Layang-Layang, ini telah mempengaruhi keselesaan penduduk di Taman LayangLayang,Seremban. Terdapat rungutan daripada penduduk tentang pembuangan sampah sarap
berhampiran kediaman penduduk-penduduk. Pembuangan sampah sarap yang tidak
sistematik di Taman Layang-Layang menyebabkan lalat berlegar dan anjing serta kucing
selalu berkeliaran di tempat tersebut. Masalah ini telah mengganggu aktiviti kanak-kanak dan
pergaulan antara jiran. Masalah ini kemungkinan diakibatkan oleh kekurangan kesedaran
penduduk terhadap kesan pembuangan sampah sarap.
Oleh itu, kajian yang berkaitan telah dilakukan untuk mengkaji persepsi penduduk
terhadap pengurusan pembuangan sampah sarap di Taman Layang-Layang.