Anda di halaman 1dari 1

SEKAPUR SIRIH

Syukur kepada Tuhan di atas segala nikmat dan rahmat yang


dilimpahkanNya sehingga kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Pensyarah
Pembimbing iaitu Puan Rohani Binti Hashim yang banyak memberi bimbingan.
Sesungguhnya keprihatinan pensyarah mencurahkan idea amat kami hargai.
Tugasan ini memberi pengalaman berharga kepada kami. Sebagai guru,
tugasan ini memberi makna kepada pengajaran berkualiti yang perlu kami jalankan
untuk anak-anak didik kami di sekolah. Tugasan ini membantu kami mengenali
tentang subjek Bimbingan dan Kaunseling dengan lebih mendalam dan terperinci.
Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan sekelas kumpulan
P7E yang memberi sokongan dan percambahan idea untuk menyiapkan tugasan ini.
Semoga dengan kesungguhan dan restu Tuhan, keluarga dan teman-teman,
memberi kita kekuatan dan akal budi bagi menghadapi cabaran mendidik anak
bangsa di era globalisasi ini.
Akhirnya, bersama kita memohon kepada Tuhan, semoga kita dikurniakan
ilham dan kesabaran untuk terus menghayati profesion perguruan yang murni ini
seterusnya dapat menabur bakti kepada anak bangsa untuk melahirkan modal insan
yang luhur hati budinya.
Sekian,