Anda di halaman 1dari 3

PERIBAHASA TINGKATAN 5

TEMA : KEMASYARAKATAN
1. Anak dagang
Maksud : Orang yang berhijrah ke tempat lain
2. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walaubagaimana kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik
lagi.
3. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut menanggung kesusahan, janganlah melakukan kerja yang
susah.
4. Indah khabar dari rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan
5. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.
6. Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : Orang kuat berpegang pada adat
7. Tuan rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara
8. Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
9. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan.
Maksud : Orang lelaki yang merisik bakal isterinya. (Dalam Adat Pepatih)
10. Batu Penghalang
Maksud : Rintangan atau halangan
11. Di mana bumi dipijak di situ langit di junjung
Maksud : Kita seharusnya mengikut adat dan peraturan di tempat kita tinggal.

TEMA : KEMANUSIAAN
1. Lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan terlalu tinggi.
2. Kacang lupakan kulit
Maksud : Lupa akan asal usul
3. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.
Maksud : Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang
menerima akibatnya.
4. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperolehi maksud kedua, tetapi yang
sudah

di tangan hilang pula.


TEMA : TOLONG MENOLONG
1. Bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara satu sama lain.
2. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : Mengalami susah dan senang bersama-sama
3. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Sama-sama bersusah dan bersenang
TEMA : KEGIGIHAN
1. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Maksud : Jika kita mendapat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh,
sudah
pasti kita tidak akan mendapat hasilnya.
2. Berakit-rakit dahulu berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenangsenang
kemudian.
Maksud : Bersusah payah terlebih dahuluuntuk mendapatkan kesenangan pada
kemudian
hari.
3. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Mendapat keuntungan daripada berbagai-bagai punca.
4. Mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara
5. Genggam bara api biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar sehingga mencapai
kejayaan.

TEMA : PEMBANGUNAN
1. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Maksud : Pengagihan yang sama banyak
2. Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa

TEMA : NASIHAT

1. Sediakan payung sebelum hujan


Maksud : Beringat-ingat sebelum mendapat kesusahan
TEMA : EMOSI
1. Berbesar hati
Maksud : Gembira
TEMA : PENDIDIKAN
1. Memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersunguh-sungguh